Wardah Spatula
Kepakaran kami ialah membantu menyelesaikan masalah anda yang ingin makanan sihat. Sihat utk Ibadah
Orang s**a emo/marah²/dll biasanya ada masalah pada usus mereka.
cc: Asmr Dhia
Alhamdulillah untuk hari ini😍
✅ Kek Oren Bebas Gluten
✅ Brownies Bebas Gluten
✅ Kek Pisang Coklat Cip Bebas Gluten
✅ Roti Bebas Gluten
Thank You yang percaya pada Wardah Spatula 😁
Kek, Roti dan Biskut Bebas Gluten sedia untuk ditempah.
Merdekanya seorang Mukmin itu bila masuknya dia kedalam syurga dengan kasih sayang Allah❤️
Pagi ni belajar kitab akidah dan bab darah.
Kena rest sekejap, banyak sangat pendapat mazhab berlegar dalam kepala.
Bab akidah pada asasnya memang wajib supaya keyakinan kita tidak salah pada Allah dengan tharikat/manhaj yang benar.
Perempuan wajib belajar bab haid, nifas, dan istihadhah. Itu penentu solat dan ibadah kita sah atau tidak. Benarlah hadith Rasulullah SAW ramainya penghuni perempuan dalam neraka kerana bab ibadah itu perlu kepada suci daripada hadas. Banyak perkara perlu dititberatkan. Pening untuk memahami sebab banyak situasi harus dipahamkan. InsyaAllah, Allah akan bantu bila mana kita berusaha.
Jadi, belajarlah selagi masih ada waktu.
Kopi panas + Roti Bebas Gluten Wardah Spatula
Enjoyyy...
"Bersusah2 sebab kita bukan orang senang tapi kita berusaha" ❤️
Jangan malas, orang malas banyak alasan.
Hari ni kalut sangat...
Balik dari kampung terus siapkan order kek, roti dan biskut sihat. Letih sungguh hari ini rasa macam nak pengsan sekejap. 😆
Siap je pos & cod makanan gluten free terus mintak pelanggan beri maklum balas jika dah rasa kek/roti/biskut bebas gluten.
Bila dapat maklum balas pelanggan terus hilang rasa penat nak pengsan tadi 🤣
"Sedaplah roti gf ni"
"Kek gf dah sama macam kek biasa je kak"
"Tq Sis Wardah buat sedap2"
Alhamdulillah syukur, Allah bagi sedap.
Tak lupa juga nak cakap "Selamat ulang tahun buat suami terchinta jugak yg ke...." ☺️
Tolong doakan suami Wardah ye 🤲
Nak sihat ke? Ke nak makan banyak?
Siapa yang jenis strict diet, maaf kek sihat Wardah Spatula bukan pilihan anda. 😁 Wardah Spatula guna gula kelapa sebagai pengganti gula putih. If nak request tak der gula boleh tapi jangan salahkan saya if kek rasa lari dan sebagainya. Sebenarnya gula sihat atau pemanis semulajadi sangat penting. Itulah agen penaik yang membuat kek gebu gebas.
Dessert itu sifatnya manis. Jadi makan berpada2 jika nak makan dessert. Even awak beli 3 jenis kek sihat sekalipun tetap dia dessert. Tak der istilah sihat kalau awak makan 3 jenis kek sekali hadap. GI tetap tinggi if awak makan benda manis terlalu banyak dalam 1 masa. 😁 Jangan fokus pada kandungan gula sahaja, binder pada kek sihat itu fibre. Bila ambil fibre terlalu tinggi juga akan efek pada masalah pencernaan/diarrea. Jadi berpada2 dalam semua pengambilan makanan.
Tepung gluten free GI lebih rendah berbanding tepung gandum dan mesra usus tapiiii...
berpadalah makan makanan gluten free sebab badan tetap naik if kita makan berlebihan dalam satu hari. Sebagai contoh roti gluten free kita makan berkeping2 dalam satu hari. Semua makanan ada GI even sihat. Key dia berpada2 ketika makan, bukan main bedal makan sebanyak-banyak konon sihat punya. Berat badan tetap naik even slow2. Ini pemerhatian atas diri Wardah sendiri.
Nak sihat bukan setakat pilih versi yang lebih sihat sahaja tapi jangan makan berlebihan. Ikut sunnah Rasulullah SAW banyak IF. Ramai orang pilih makanan sihat sebab dia s**a makan dan nak makan banyak2 sampai tak terkawal sebab mindset dia yang sihat punya tak pe. Kesimpulannya, banyak makan pun tak bagus untuk tubuh badan kita. Jadi benarlah hadith Rasulullah, akhir zaman kena banyak belajar berlapar kerana ketika ini iman kita akan diuji ketika Dajjal keluar nanti membawa segunung roti.
Kek Batik Gluten Free 😍
Tiada gula dalamnya...
hanya....
manis dark chocolate ✅
koko asli✅
Terhad 3 bekas sahaja lagi 😍
Pos Hari Isnin !!!
Berminat pm Wardah 😍😍😍
Open order Kek, Roti & Biskut Gluten Free hari Ahad & Isnin.
Hari Ahad 18/8/24
Hari Isnin 19/8/24
Limited order.
Saya fokus pada siapa yang cepat order dulu. 🥰🙌
KOPI SIHAT
Coffee Bean tak kisah jenama apa (kisar sendiri)
Gula kelapa asli
Susu kambing serbuk / susu segar
Satu jug kecil boleh dapat 4 cawan.
(Sukatan bergantung taste masing2)
Siap 🥰
Rasa macam kopi kedai dah...😋
Boleh cuba guyssss...
Kunci rezeki itu terletak pada redha Allah & redha emak ayah.
Perbaikilah solatmu, maka Allah akan perbaiki hidupmu.
Jangan jadi lagha dalam mencari rezeki...
Ikutkan permintaan untuk makanan bebas gluten itu semakin meningkat sebab hari-hari ada yang tanya Wardah. Jujur Wardah cakap, Wardah tak sempat nak buat semua jenis makanan bebas gluten, apa yang Wardah boleh buat dan fokus hanya kek, roti dan biskut bebas gluten. Kalau Wardah buat semua, Wardah tak dapat nak fokus buat ibadah (join kelas2 agama online) buat kerja rumah & mendidik anak & berkhidmat untuk suami. Dulu Wardah dah rasa zaman buat vendor dulu, memang tak sempat masa.
Terkejar2 siapkan bill vendor dan marketing untuk lariskan jualan vendor dalam masa sama buat kek. Wardah rasa letih sangat2. Ibadah pun terkejar2. Rasa berdosa dan bersalah pada Allah, apalah aku kejar sangat? sampai tak sempat duduk untuk beribadah, mengaji kitab apatah lagi. Semua jadi tak sempat sebab sibuk kumpul duit niaga. Sebenarnya, Allah akan bagi bila kena pada tempatnya dengan kita jaga ibadah kita dan berusaha sekadarnya (berpada2). Dunia ni persinggahan, yang kekal itu akhirat.
Bukan bermaksud tak perlu kerja atau niaga tapi janganlah sampai ibadah itu tertinggal tanda laghanya kita dalam mencari rezeki. Dalam masa sama kita jahil dalam agama, langsung tak sempat untuk belajar agama. Belajar ni sampai kita mati kerana ilmu Allah ni seluas 7 lautan malah lebih lagi. "Jangan jadi lagha dalam mencari rezeki" . Sama2 kita perbaiki.
Al-Faqirah Wardah Al-Jufry.
Wallahua'alam
Jangan risau bab rezeki. Rezeki itu Allah sudah tetapkan. Jangan jadi penyembah duit, jadilah hamba Allah yang tawakalnya kuat pada Allah .
ومن يتق الله يجعل له مخرجا.
Ramai orang sakit rupanya...
Majoriti yang tempah kek bebas gluten Wardah Spatula sememangnya sudah sakit. Mereka mencari makanan yang tidak beri mudharat pada tubuh mereka.
Kesian sangat pada mereka. Ada yang kena gastrik, gerd, anxiety, ekzema, kencing manis dan penyakit lain-lain. Yang Wardah sebut itu yang kebanyakannya kena. Mereka pantang gula putih, gandum dan produk tenusu.
Wardah sebagai pembuat kek akan tanya mereka pantang atau alergik dengan apa sebelum buat kek. Itu hari-hari fikir alternatif untuk tukar cara buat kek supaya mereka boleh makan dengan baik (tidak trigger sakit mereka). Pening juga sebenarnya, hari-hari Wardah akan cari idea untuk ubah.
Tapi, alhamdulillah Allah beri ilham dan mudahkan segalanya buat Wardah. Mereka gembira dapat melepaskan craving setelah sekian lama tak makan kek, roti dan biskut.
Nikmat sihat ni sangat bernilai. Moga Allah beri kita kesihatan yang baik.
Alhamdulillah, hasil bakar kek, roti dan biskut gluten free minggu ni🥰👇👇👇
Terima kasih percaya pada Wardah🥰
APA YANG SENANGKAN TIDUR,
APA YANG SUSAHKAN TIDUR..
KENALI 321 BERKAITAN TIDUR!
--------------------------------------------
PERHATIAN pesakit Ekzema, GERD, migrain, IBS,IBD, autoimuniti terutamanya thyroiditis..
Susah gila nak tidur..?
Makin berumur makin susah kan..
Bila ada penyakit lagi susah tidur kan..
Tidur ni sangat kompleks..orang nak mudah,
Dia cari ubat tidur, lepas tu jadi ketagih.
Tak tertanya-tanya ke macam mana nak atasi masalah ini secara semulajadi? Mahal ilmu ni oversea pun payah dapat hehe..pertama dalam bahasa Malaysia :D
Nak mudah tidur, korang kena tau..
3,2 DAN 1 berkaitan tidur!
3 SLEEP PROMOTER senangkan tidur.
1) Hormon: Melatonin.
2) Agen Saraf : GABA dan Galanin.
3) Mineral: Magnesium.
2 WAKE PROMOTER susahkan tidur.
1) Hormon : Kortisol
2) Agen Saraf : Histamin, Serotonin, Adrenalin.
1 PENGIMBANG : Protein OREXIN (Hypocretin)
MACAM MANA NAK TIDUR BERKUALITI.
1) Kopi : Halang GABA, Naikkan Kortisol.Naikkan adrenalin. Ambil pagi sahaja. Kalau ada penyakit..masalah radang, elakkan.
2) Pisang : Tinggi magnesium akan tolong tidur. Tapi tinggi serotonin juga susahkan tidur..pepandai lah cuba-cuba. Tetapi makanan tinggi serotonin seperti ayam dan pisang ini sesuai ambil pagi..cahaya matahari pagi juga naikkan serotonin. Serotonin tinggi waktu pagi akan tukar jadi hormon melatonin yang bantu tidur waktu malam.
3) Peningkatan gula dalam otak mengurangkan OREXIN di otak.
Maka anda mungkin mengantuk jika:
- Minum makan manis-manis banyak.
- Makan nasi banyak terutamanya nasi lemak dan pulut.
Orexin yang rendah boleh menyebabkan tidur siang berlebihan seperti Nobita. Rasa penat dan mengantuk sokmo.
Orexin rendah juga dikaitkan dengan obesiti.
Makanan yang meningkatkan aktiviti Orexin ialah makanan protein.
Otak menjadi cerdas dan badan jadi cergas dengan peningkatan orexin.
Menariknya, menambahkan protein pada makanan manis/karbohidrat menghalang penurunan orexin oleh gula menurut kajian.
Maka seperti saya sokmo bagitau..Makan nasi lemak jangan lupa ayamnya, sotongnya, dagingnya dan kacangnya :D nyam nyam.
Bersenam dan berpuasa juga meningkatkan orexin.
4) Rawat penyakit tinggi histamine dan kortisol : Ekzema, psoriasis, GERD, migrain, IBS,IBD, autoimuniti terutamanya thyroiditis.
Kurangkan histamin dan stres melalui pemakanan terutamanya.
Ubat antihistamin H1 macam piriton/acifed kurangkan histamin di otak maka sebabkan mengantuk. Namun begitu tidak boleh selalu amal kerana badan akan toleran dan ada kesan sampingan juga.
Macam mana nak kurangkan histamin secara semulajadi?
Sertai FB group : Ekzema dan Alahan - Sharing Komuniti
-Kaedah pemakanan di pinned post.
5) Toksin persekitaran:
Bahan kimia seperti spray nyamuk. Racun sayur dan buah. minyak wangi dan sabun aromaterapi sintetik mungkin sedap baunya tetapi bahan-bahan toksik ini meningkatkan stres dalaman dan mungkil berkumpul dalam badan. Kesannya, makin tua makin susah tidur.
Tips di atas insha Allah membantu bukan sahaja jangka masa pendek tetapi jangka masa panjang. Tiada masalah lagi tidur walaupun umur 100 tahun insha Allah.
Suplemen favourite saya biasa guna ialah magnesium..kalau tak jalan baru saya guna Melatonin dan GABA. Tidur yang terbaik mengurangkan stres dengan sangat berkesan insha Allah.
Tak faham post atas tu? Histamin tu ape?
Memang lah tak faham kalau first time baca hehe..
FOLLOW saya rapat-rapat SEE FIRST supaya tak ketinggalan.
Saya sentiasa kongsi tips dan info terutama berkait pemakanan dan pemulihan kesihatan secara semulajadi lain daripada lain :)
Semoga Allah memberi kita semua tidur yang berkualiti supaya kita dapat mengabdikan diri kepadanya ameen..Jangan lupa SHARE sebab ramai tak dapat tidur kat luar tu...moga sedikit sebanyak membantu mereka juga insha Allah.
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan
Segala punca penyakit yang membawa maut bermula daripada USUS.
Ini fakta. Apa makanan yang boleh gugat kesihatan USUS?
1. Gula Putih
Gula ibarat racun pada diri. Kandungan gulanya terlalu tinggi maka ianya meracuni diri. Penyebab pelbagai penyakit kronik. Penyebab inflamasi atau keradangan pada pembuluh darah.
2. Garam Putih
Ini bukan garam yang asli. Garam yang asli warnanya seakan-akan merah jambu. Makanya elakkanlah garam berwarna putih, kerana inilah disebut sebagai 'refined salt', raja segala penyakit.
3. Susu putih
Ramai kata susu bagus. Tapi tak ramai mahu menimba ilmu tentang susu. Katanya susu low fat itu bagus tapi itulah yang menambah lagi lemak dalam badan. Sentiasa diingat, susu original, warnanya kekuningan, banyak kandungan khasiat.
4. Nasi Putih/Roti Putih/Bijirin Putih
Manusia dahulu kala sekitar 60an 70an, mereka amalkan 'brown rice', bukan nasi berwarna putih rutin harian kini. Analisa dan kajian telah dilakukan. Buang nasi putih, singkirkan 'white bread', tinggalkan 'wheat', resultnya? Daya ingatan makin kuat, stress tidak lagi menjengah, maka kemurungan makin berkurangan.
5. Minyak Masak
Seri murni, V-sawit, Buruh, Corn oil, Minyak sayuran, bagi saja nama, semua pasti tahu. Tapi tak ramai amalkan minyak kelapa (coconut oil), olive oil atau gee.
Pesakit Alzheimer, Parkinson, Diabetes, Autism, Dementia sudah makin pulih dek kerana asbab mengamalkan hanya coconut oil. Ini kerana fungsinya sebagai antibacterial, antiviral fever dan antifungal. Hidup tenang dan sihat.
Ada juga yang bertanya, apa yang terbaik untuk anak mereka yang masih lagi BELAJAR?
Jawapannya mudah. Untuk dapatkan "otak cantik cerdik", amalkan ini.
1. OMEGA 3
2. FISH OIL
3. CURCUMIN IN TURMERIC
4. COCONUT OIL
5. ALMONDS
6. WALNUTS
7. BROCOLI
8. BERRIES
9. OLIVE OIL
Boleh ingat?
Wardah semangat nak buat makanan sihat sebab passion Wardah s**a buat kek🥰 Wardah s**a orang makan kek-kek gluten free yang Wardah buat. Cuma kadang2 down juga, itula fitrah dalam bisnes. Esok pagi bangun, buat kek lagi dah lupa dah masalah2 yang berlaku. Buat kek ni satu terapi buat diri Wardah☺️ Terima kasih customer yang percaya Wardah Spatula. ❤️
Kek Bebas Gluten orang masih kate mahal...
Bila Wardah sendiri dah masuk dalam bidang buat kek, Wardah sendiri sudah tau kos sebenar bahan2 nak buat kek sihat.
Barang sihat susah nak dapat. Contoh, tepung almond. Di Terengganu hanya satu sahaja kedai bakery yang jual di kawasan Wardah. Bila nak restock barang bukan se kedai sahaja, kena masuk banyak kedai baru jumpa bahan-bahan organik yang diperlukan untuk buat kek sihat. Dari pagi Wardah keluar dengan suami , petang baru balik hanya cari barang untuk restock barang nak buat kek bebas gluten sahaja.
Sebab tu Wardah selalu pesan pada customer, kami tak buat readystock, kami buat bila customer nak sahaja. Kawasan kami terhad, sumber susah nak dapat. Ada barang yang kena order online, kami order online. Ada barang kami kena beli borong, kami beli borong dengan modal yang tinggi contoh gula kelapa asli. Di Terengganu tak der yang jual borong.
Bila fikir-fikir balik, bukan mudah nak buat benda yang melawan arus. Ada je customer yang persoalkan itu ini. Sangat susah, kadang2 Wardah rasa macam nak tukar bisnes dengan harga bahan bakery mendadak naik, untung sangat tipis. Tak campur lagi suami Wardah yang pump modal pulak untuk beli kos bahan kek sihat untuk cover bisnes Wardah.
Customer ramainya tak faham. Buat kek bukan hanya kos butter dan telur sahaja, sangat banyak kos2 tersembunyi dalam sedar tak sedar. Wardah dah cuba yang terbaik.
wallahua'alam.
Promo kek gluten free ini yang pertama dan terakhir Wardah buat untuk customer yang Wardah kasihi.
Total cost bahan kek sahaja untuk promo kali ini Rm600 lebih 😭 Untung tipis sangat. Ya Allah mahalnya barang kali ni. 😭🙌 Semua naik belake harga. Sekejap je naik, baru je minggu lepas beli.
Ulama dan Tok2 Guru berulang kali pesan tolong mengaji. Mengaji dan mengaji khasnya ilmu Fardhu Ain. Umat Islam harini ramai yg jahil Fardhu Ain. Mengajilah Fardhu Ain sebelum nak beramal. Membuat persiapan dengan segunung amalan tapi diri dalam jahil Fardhu Ain pun akan sia-sia amalannya. Beramal tanpa ilmu, amalnya ditolak. Bila dah mati, kita kosong tak bawa apa-apa. Nak patah balik dah tiada peluang. Rugi.
mengaji disitu MENUNTUT ILMU ( belajar berkitab berguru dengan GURU ASWJ )
Ustaz Ahmad Abdullah.
Sempat lagi siapa nak grab promo kek butter dan kek marble gluten free 😍😍😍
Tinggal berapa box je lagi untuk promo kali ini ☺️
Jom rasa kek yang selamat untuk usus. Jangan risau kembung perut dan GI naik mendadak. InsyaAllah semua masih terkawal. Dengan izin Allah.
Boleh wassap Wardah ye: https://wa.me/message/JMOKXKCARD7CE1😁
Kek Marble Cheese Bebas Gluten menu baru Wardah Spatula 🥰
Alhamdulillah ramai customer yang sakit makan kek bebas gluten Wardah tiada kesan pada tubuh dengan izin Allah 🥰🤲
Promo Ogos Kek Bebas Gluten Wardah Spatula !!!
Terhad hanya 50 bekas sahaja !!!
*Siapa cepat dia dapat*
Hanya dua jenis kek bebas gluten yang kami tawarkan dengan harga Rm25/pek😍
1. Kek Marble
2. Kek Butter
Keistimewaan kek bebas gluten kami:
✔️ Tanpa gula putih
✔️ Tanpa gluten
✔️ Tanpa pengawet
✔️ Bahan organik
✔️ Tanpa susu pekat/cair
✔️ Gula kelapa asli sebagai pemanis
✔️ Koko premium
✔️ Menggunakan spread minyak zaitun pengganti butter/marjerin
🚛 Yang jauh boleh pos kecuali Sabah/Sarawak.
🚗 Yang dekat kawasan Kuala Terengganu boleh cod, caj bergantung kepada jarak.
Terhad 50 pek sahaja untuk promosi ini.
Kek bebas gluten akan dibakar dan dipos pada minggu depan antara 4/8/24 (Ahad) - 8/8/24(Khamis)
Berminat boleh wassap Wardah Spatula🥰
https://wa.me/message/JMOKXKCARD7CE1
Sihat itu pilihan.
InsyaAllah kita sama-sama jaga. ☺️☺️☺️
Dibawah ni kek butter dan buah bebas gluten. Seawal pagi Wardah bakar kek sebelum suami busy ke Haul Tokku Paloh. Suami memang tak kasi Wardah duk sorang di keda, maklumlah realiti dunia sekarang tidak selamat macam dulu.
Walhasil, pelanggan ni sangat s**a dengan kek butter buah bebas gluten ni demi anaknya. Dia sanggup berhabis duit asalkan anak-anaknya dapat makan kek versi sihat. ☺️😍
TQ kak percaya pada Wardah Spatula 😘
PENGUMUMAN !!!
Kedai Wardah Spatula hanya tempat bakar kek, roti dan biskut bebas gluten sahaja. Kami tak buat readystock kerana makanan gluten free tidak tahan lama. Permintaan pun kurang di kawasan Terengganu. Jadi untuk elak risiko kerugian juga kerana faktor bahan bakery semakin mahal. Customer boleh order sehari awal untuk dapatkan dessert gluten free yang fresh2.
Untuk order boleh direct dengan Wardah di wassap 👇
https://wa.me/message/JMOKXKCARD7CE1
Terima kasih :)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Telephone
Website
Address
Surau Al Iman Jalan Siakap, Kampung Losong Panglima Perang
Kuala
21000
Opening Hours
Monday | 10:00 - 18:30 |
Tuesday | 07:00 - 18:30 |
Wednesday | 10:00 - 18:30 |
Thursday | 10:00 - 18:30 |
Friday | 10:00 - 12:00 |
Sunday | 10:00 - 18:30 |
22A & B, Jalan Dato' Isaac, Kg Dalam Bata
Kuala, 20000
CantekSekali (TR0120069-K) Instagram: CantekSekali Kindly WA us for more details: 60122298919
Kuala, 20100
ieyda cookies leleh �230+- gram cookies �satu bekas sos coklat (75-85g) �Rangup �Chocolate di asingkan bagi memelihara kualiti cookies ni akan bertahan sebulan jika tidak buka s...
Sungai Buloh
Kuala, 47000
Home Baker.. premium cookies, cake & dessert at affordable price..
Lot 3713 Lorong Tapa Jalan Rizab Zazuli, Kg Bukit Cherakah
Kuala, 45800
Biskut Emping Jagung
UNISZA
Kuala, 21300
Get your brownies here😋 Cookies seller🍪 Trusted seller💯 Service tiptop👏
Kuala, 21000
This page is for assignment purposes. Thank you for your support <3 I'm selling pavlova, tornado cake, s'mores, and lotus biscoff jar.
Kuala, 20100
Kek Durian Viral On The Go : RM30.00 sebekas Durian Crepe KDV : RM10.00 satu COD boleh, Rm3-6 mengik
Tebengau
Kuala, 06600
Mamasab Reseller MW123007, ready to serve you with delicious cakes, biscuits, snacks, marinated lamb