Sektor Kesihatan Keluarga JKNT
Aktiviti dan program melibatkan sektor kesihatan keluarga Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
KURSUS PENGURUSAN SARINGAN THALASSEMIA MURID TINGKATAN 4 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2023
12 & 13 Sept 2023
@ ArRiyadah Residence MSNT Kuala Nerus
Day 1
Overview berkaitan saringan thalassemia & juga makluman terkini berkaitan ujian refleks. Interpretasi keputusan ujian & pengendalian sampel seterusnya lawatan penyeliaan persahabatan ke unit Pasukan Kesihatan Sekolah Kuala Nerus.
Day 2
Pengemaskinian data berkait rekod & reten thalasemia. Aktivi role play berkisar post test kaunseling saringan thalassemia. Tahniah kepada peserta yg sangat sporting.
Setinggi perhargaan terima kasih diucapkan kepada Dr Norhairie Sumarlie & En Mohd Shahriel dari Sektor Kesihatan Sekolah BPKK KKM serta Dr Azly Sumanti ketua pakar pathologi HSNZ yang telah menyampaikan perkongsian ilmu & pencerahan info terkini sepanjang kusus berlangsung.
Diharapkan kursus ini dapat membuka mata semua anggota kesihatan agar lebih peka terhadap objektif utama utk mengurangkan kelahiran bayi dgn masalah dependen transfusi (transfusion dependant).
15 Feb 2023, Rabu
Mesyuarat Teknikal Sektor Kesihatan Keluarga Bil 1/2023 telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Raudah, Wisma Peladang K.Terengganu
Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Sektor Kesihatan Keluarga JKNT, Dr Nurnajayati binti Omar dan dihadiri oleh Team Sektor Primer JKNT, Pakar Kesihatan Keluarga Yang Menjaga Aktiviti Kesihatan Keluarga Daerah, Pegawai Kesihatan Keluarga dan Penyelia Daerah.
Agenda mesyuarat hari ini ialah
1. Ucapan Pengerusi
2. Update aktiviti terkini program Sektor Kesihatan Keluarga
3. Pembentangan Pencapaian Prestasi Aktiviti Kesihatan Keluarga 2022 oleh KPPK Keluarga 1&2
4. Update Pemurnian Pelan Tindakan 2023
5. Hal2 lain
Semoga Program Kesihatan Keluarga dpt diteruskan dgn lebih cemerlang utk tahun 2023 demi kesejahteraan rakyat Terengganu💪🏻
Azlina AbManan Nurnajayati Omar Rohani Said Wan Adila Wan Hasan
Isnin, 13 Februari 2023
Sektor Kesihatan Keluarga JKN Terengganu telah mengadakan mesyuarat Program Kesihatan Lelaki buat julung kalinya pada hari ini selepas diambil alih oleh Sektor Kesihatan Keluarga bersama-sama subject matter experts (SME) Kesihatan Lelaki iaitu barisan Pakar Perubatan Keluarga Lelaki Dr Mohamad Hassan, Dr Hafiz, Dr Adam dan Dr Azmi. Mesyuarat dipengerusikan oleh KPPK Keluarga, Dr Nurnajayati binti Omar dan pembentangan berkaitan program dan update telah disampaikan oleh KPPK Keluarga 1, Dr Azlina binti Ab Manan@ Kamaruddin.
Turut hadir adalah Ketua Sektor NCD Dr Siti Mariam dan wakil dari Sektor Primer JKN Terengganu.
Agenda mesyuarat adalah membincangkan update dan perkembangan terkini Program Kesihatan Lelaki dan mendapatkan input dan pandangan ahli mesyuarat untuk mengukuhkan lagi pelaksanaan Program Kesihatan Lelaki di negeri Terengganu.
Terima kasih atas percambahan idea yang disumbangkan oleh ahli mesyuarat dan semoga Program Kesihatan Lelaki dapat diperkasakan lagi di masa hadapan dan menambahbaik perkhidmatan sedia ada di fasiliti kesihatan awam.
9/2/2023
Program Berjalan Kaki 10 Ribu Langkah Sempena Sambutan Hari Kanser Sedunia
Tahniah diucapkan kepada Unit NCD kerana berjaya melangsungkan program pada pagi ini dan mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.
Tahniah juga kepada semua peserta dari pelbagai unit kesihatan negeri Terengganu atas penglibatan dan berjaya menaiki Bukit Panorama.
Cegah kanser, rapatkan jurang pencegahan💜
Rabu, 8 Feb [email protected]
Team Sektor Kesihatan Keluarga JKNT hadir bersama Ketua Jabatan O&G HSNZ, Dr Faridah dan barisan subject matter experts Dr Norhana, Dr Kamilah Mohamed dan Dr Maira sama² mendengar Taklimat C&P utk Modul Prosedur Ultrasound Obstetrik Asas Bagi Pegawai Perubatan drpd Sektor Primer BPKK telah diadakan secara video conference.
Hadir bersama ialah wakil drp Sektor Primer JKNT yg menjadi Penyelaras kpd program C&P di Kesihatan Awam.
Susulan drp taklimat tersebut, ahli mesyuarat yang hadir telah mencapai beberapa cadangan pelaksanaan di Negeri Terengganu yg akan dibentangkan di peringkat tertinggi JKNT sebelum ia dilaksanakan.
Adalah diharapkan pelaksanaan C&P utk Prosedur Ultrasound Obstetrik Asas Bagi Pegawai Perubatan akan memberi nilai tambah kpd anggota terlibat dlm meningkatkan lagi kualiti penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak Negeri Terengganu.
8 Februari 2023
PEMBENTANGAN & PERBINCANGAN PELAN TINDAKAN KESIHATAN AWAM
**PELAN TINDAKAN MENGURANGKAN KADAR KEMATIAN KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN (UNDER 5) BAGI TEMPOH 2023-2027 NEGERI TERENGGANU**
Ke arah mencapai penetapan sasaran Sustainable Development Goal (SDG 3.2) iaitu mengurangkan kadar kematian yg boleh dicegah sehingga 30% menjelang tahun 2030, Sektor Kesihatan Keluarga bersama subject matter experts yg terdiri daripada Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Neonatologi & Pakar O&G (fetomaternal) serta Pakar Perubatan Kesihatan Awam berganding bahu menyumbang idea bernas dalam memurnikan pelan tindakan yg telah dibangunkan lebih sedekad yg lalu sewaktu era MDG.
Terima kasih tidak terhingga kepada Dr Kasmawati (FMS KK Ajil), Dr Rohaiza (FMS KK Marang), Dr Zubaidah (neonatologist HSNZ) & Dr Kamarul (pakar fetomaternal HSNZ) yg sudi hadir memberi input dalam sesi pembentangan. Terima kasih juga kepada barisan panel ; Dr Mohd Anuar TPKN KA, Dr Hanief PKD Setiu & Dr Effah PKD Kuala Nerus atas komen yg memberangsangkan. Diharapkan pelan yg lebih komprehensif ini dapat membantu mencapai sasaran bg negeri Terengganu khasnya & SDG 2021-2030 WHO amnya.
7 Februari 2023
MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI PEMAKANAN BAYI & KANAK-KANAK :
PROMOSI PENYUSUAN SUSU IBU (PSI)
bertempat di Bilik Mesyuarat KK Chendering
Dipengerusikan oleh KPPK Pemakanan, mesyuarat ini adalah bersama Sektor Kesihatan Keluarga dan wakil dari daerah (PKD) & hospital yg merupakan ahli jawatankuasa PSI di PTJ masing-masing.
Mesyuarat julung kali diadakan ini sebagai platform membincangkan aktiviti pelaksanaan promosi PSI :
1. Breastfeeding Friendly Hospital
2. Klinik Rakan Bayi
3. Sambutan Minggu PSI
4. Latihan PSI 20 jam
5. Kump**an sokongan PSI
Juga perbincangan mengenai penyelarasan BFHI di peringkat hospital berpakar & daerah. Diharapkan kerjasama ini dapat meningkatkan kualiti kesedaran serta keberkesanan PSI di negeri Terengganu.
6/2/2023
Lawatan Penyeliaan Perkhidmatan Klinik Mesra Remaja KK Kg Raja
Terima kasih kepada team PKD Besut dan KK Kg Raja kerana menyambut baik kedatangan kami dengan diiringi persembahan si cilik dari SK Tanah Merah. Terdapat beberapa inovasi yang dijalankan di KK Kg Raja yang boleh dijadikan contoh buat KK yang lain bagi memperkukuhkan lagi PKMR di Terengganu. Semoga KK Kg Raja diiktiraf sebagai salah satu Best Practise PKMR di Terengganu.
Kami juga membuat lawatan ke KD Alor Lintah yang memulakan operasi sementara bermula semalam di kuarters PKD Besut disebabkan kerosakan KD akibat banjir. Kesungguhan anggota dalam memastikan servis tetap berjalan harus diberi pujian👍.
Sebelum bertolak p**ang, sempat singgah di PKMR KK Padang Luas yang merupakan Best Practise PKMR sejak 2019.
Terima kasih kepada Dr Hafizuddin Bin Awang, Pegawai Kesihatan Daerah Besut yang turut hadir semasa penyeliaan. Tahniah dan terima kasih juga kepada semua yang terlibat pada hari ini
Siri 1️⃣ : Jangkitan HPV
Tahukah anda❓
🧐Jangkitan Virus Human Papilloma (HPV) adalah salah satu daripada pelbagai jenis penyakit kelamin di kalangan orang dewasa.
✔️Ia boleh berjangkit melalui hubungan seks. Jangkitan mungkin bercirikan ketuat pada bahagian kemaluan (yang kelihatan seperti isi buah anggur).
☸️Jangkitan HPV jenis berisiko tinggi pada serviks boleh menyebabkan kanser serviks pada masa akan datang.
❗Kanser Serviks juga dikenali sebagai Kanser Pangkal Rahim.
🩺Pada peringkat awal kanser, ia berlaku di sekitar serviks iaitu bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan va**na. Kemudian, pada peringkat lewat p**a, kanser merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain (malignan).
✅Ujian saringan kanser serviks iaitu Calitan Pap dan Ujian HPV boleh dilakukan di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan secara PERCUMA .
5/2/2023
Penyeliaan Perkhidmatan Klinik Mesra Remaja (PKMR) di KK Kemasek.
Walaupun PKMR mula dilaksanakan pada Julai 2022 di KK Kemasik, namun mereka telah mencapai sasaran saringan yang ditetapkan. Tahniah kepada team KK Kemasek & PKD Kemaman atas komitmen yang diberikan walaupun terdapat beberapa cabaran dalam menjalankan program ini.
Semoga KK Kemasik akan mencapai klinik Best Practise PKMR pada tahun ini.
Di samping itu, Sektor Kesihatan Keluarga turut membuat penyeliaan di Unit Ibu & Anak KK Kemasek yang merangkumi dokumentasi, verifikasi alatan dan rangkaian sejuk.
Semoga kita dapat memperkukuhkan lagi Perkhidmatan Kesihatan Remaja dan Perkhidmatan Kesihatan Ibu & Anak di Terengganu. Terima kasih kepada team KK Kemasik dan team PKD Kemaman.
2/2/2023-Telah berlangsung penyeliaan dalaman bagi Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR) di KK Kuala Berang. PKMR di KK Kuala Berang telah bermula sejak Julai 2022 dan mendapat sambutan baik daripada golongan remaja setempat. Anggota kesihatan juga komited dgn pelaksanaan program ini. Terima kasih atas usaha baik daripada semua dan semoga PKMR di Terengganu dapat diperkukuhkan lagi
1/2/2023- Tirai februari 2023 dimulakan dengan lawatan ke Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR) di KK Manir. Tahniah kami ucapkan kepada KK Manir kerana telah menerima pengiktirafan sebagai Best Practise PKMR. Semoga kejayaan KK Manir dapat manjdi rujukan dan contoh buat KK yang lain. Semoga PKMR di Terengganu dapat diperluaskan dan diperkukuhkan lagi perkhidmatan
Selasa, 31 Januari 2023
Pada hari ini Sektor Kesihatan Keluarga JKNT telah mengadakan Mesyuarat Perkhidmatan Perubatan Tradisional Posnatal (PTP) Bil 1/2023 bersama team Perubatan Tradisional dan Komplimentari (TCM) bertempat di Bilik Mesyuarat KK Seberang Takir, Kuala Nerus.
Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Ketua Sektor Kesihatan Keluarga Dr Nurnajayati dan Pn Maria KPPK dari TCM.
Turut hadir adalah wakil drp 2 klinik kesihatan di Terengganu yg melaksanakan program PTP iaitu KK Kuala Berang Hulu Trg dan KK Rahmat, Setiu. Program PTP ini telah dilaksanakan di Terengganu bermula 2019.
Agenda mesyuarat:
1. Pembentangan pencapaian program dan hasil audit pemantauan program PTP drp Cik Hamizah drp Team TCM
2.Pengukuhan dan isu pelaksanaan program PTP
2. Hala tuju program PTP di negeri Terengganu
Adalah diharapkan semoga Program PTP ini akan lebih mendapat sambutan drp ibu² posnatal dgn promosi yg berterusan drp semua pihak yg terlibat.
30 Januari 2023
Sektor Kesihatan Keluarga bermesyuarat bersama Unit Pemakanan dan wakil penilai dari 8 daerah, membincangkan penilaian klinik rakan bayi bagi klinik kesihatan & klinik desa yang telah cukup tempoh untuk dinilai oleh pasukan penilai KRB.
Tahniah kepada semua klinik yg berjaya mempertahankan keunggulan KRB ini. Moga semua klinik mengikut penetapan kriteria yg disarankan & semua ibu sedar tentang kepentingan penyususuan susu ibu.
TAKLIMAT PELAN & RETRN SARINGAN PENDENGARAN NEONATAL (NHS)
19 Januari 2023
Walau hanya sebahagian drpd pelan tindakan NHS perkara berkaitan saringan awal bagi neonatal pihak Kesihatan Awam amat menitikberatkan. Pun begitu pengump**an data hendaklah mengikut kamus & format pengump**an data seperti disarankan, yg ringkas serta tidak membebankan.
Terima kasih kepada semua wakil PKD yg telah sama-sama mengikuti taklimat ini. Moga semuanya mendapat pencerahan sejelasnya. Diharapkan data yg tepat & reliable dpt diperolehi agar pengesanan awal masalah pendengaran diberikan intervensi seawal mungkin.
19/1/2023-Telah berlangsung mesyuarat inter-agensi Bersama UniSZA bagi membincangkan program yang bakal dilaksanakan oleh UniSZA khusus untuk warga emas. Kami sangat berbesar hati dan mengalu-alukan kerjasama antara UniSZA dan JKN Terengganu. Semoga program yang bakal berlangsung ini dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan kesihatan warga emas di Negeri Terengganu
18/1/2023-Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Format Reten dalam Penjagaan Kesihatan Warga Emas di Klinik Desa secara virtual, yang dipengerusikan oleh Dr Noraliza binti Noordin Merican, Ketua Sektor Warga Emas, BPKK. Terdahulu, penerangan berkenaan reten penjagaan warga emas di KD telah diberikan ketika lawatan Sektor Warga Emas, BPKK ke KK Manir dan KD Belara pada Disember 2022. Semoga mesyuarat kali ini dapat memberikan pencerahan dan kefahaman yang lebih jelas kepada anggota kesihatan yang terlibat. Tahniah juga diucapkan kepada KD Belara kerana mendapat pujian daripada BPKK dan menjadi contoh kepada KD yang lain dalam pengurusan Kesihatan Warga Emas. Semoga perkhidmatan kesihatan warga emas dapat dijalankan dengan penuh dedikasi
10 & 17 Januari 2023
Pembentangan kematian kanak-kanak bawah 5 tahun diadakan setiap 2 bulan. Perbincangan bersama Pakar Perubatan Keluarga & Pakar Rujuk Klinikal (Neonatologist & MFM specialist) dan juga pasukan incaj daerah dalam mengenalpasti permasalahan dan seterusnya tindakan tambahbaik yang dilakukan bagi mencegah daripada berulangnya faktor yang menyumbang kepada kematian.
Terima kasih kepada semua yang sentiasa memberi komitmen penuh dlm pelaksanaan aktiviti Sektor Kesihatan Keluarga JKNT. Semoga usaha untuk terus mengurangkan kadar kematian kanak-kanak yang boleh dicegah dipermudahkan pengendalian di samping menigkatkan lagi kualiti perkhidmatan jagaan kesihatan kanak-kanak di negeri Terengganu.
Alhamdulillah, pada Ahad 8 Jan 23 yg lalu, team kami bersama Pakar² hosp (O&G dan Perubatan) dan Pakar Perubatan Keluarga yg menjadi Subject Matter Expert Program Kesihatan Ibu telah berjaya memuktamadkan draf Pelan Strategik Menurunkan Kadar Kematian Ibu Negeri Trg utk 2023-2027 sblm dibentangkan kpd Pengurusan atasan.
Terima kasih kpd semua yg sentiasa komited menyokong segala aktiviti Sektor Kesihatan Keluarga JKNT, hanya Allah yg dpt mmbalas segala kebaikan.
Semoga usaha murni ini diberkati Allah dan memberi impak positif dan meningkatkan lg kualiti perkhidmatan penjagaan ibu Negeri Terengganu tercinta.. AMIN, INSHA ALLAH❤️
Selesai semakan kes kematian ibu pd 2-3 Jan 2023 bersama Subject Matter Expert (SME) Program Kesihatan Ibu JKNT, kami gigih 'bersidang' p**a di bilik mesyuarat mini ini, membuat analisa hasil semakan pd 5 Jan 2023.
Alhamdulillah, sentiasa mendapat sokongan padu drp team...
Towards safemotherhood, together we are stronger💪
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Tingkat 5, Wisma Persekutuan
Kuala
20920
Opening Hours
Monday | 09:00 - 17:00 |
Tuesday | 09:00 - 17:00 |
Wednesday | 09:00 - 17:00 |
Thursday | 09:00 - 17:00 |
Sunday | 09:00 - 17:00 |
L17, Hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Batu 7, Dungun
Kuala, 23000
Menjual Jus & Benih Kombucha Tea @ Cendawan Mekah yang asli
PT 1895 A, Jalan KUALA BERANG, KAMPUNG PADANG MIDIN
Kuala, 21400
Klinik Aqwa Care merupakan sebuah klinik perubatan swasta yang menawarkan pelbagai servis rawatan kesihatan dan pengalaman rawatan yang selesa.
Taman Desa Solehah, Kuala Nerus
Kuala, 21200
Rawatan Awal Keluarga, Golek2 lega. Terapi sakit sendi dan lutut. Dari baby hingga yg berusia. Sebotol penawar seisi keluarga.
Ground & Mezz Floor 1-J Kompleks Perdana, Jalan Air Jernih
Kuala, 20300
Hi saya Sofia! Agen Profesional dari Coway (ID 607007) Memberikan khidmat nasihat, menguruskan temp
Kampung Bukit Bayas
Kuala, 21100
Rawatan tradisional untuk kebahagiaan bersama 🥰 ✅Tiada kesan sampingan ✅Lulus KKM dan Sijil halal ✅100% herba asli ✅lebih 97,000 pengguna