Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu
Nearby government services
Kampong Kuala Setiu
21200
Km07 Jalan Kuala Berang
Kampong Kuala Setiu
Kampong Kuala Setiu
20503
20000
Wisma Darul Iman
20100
20100
Kampus Gong Badak
Kg Alur Parit
Wisma Darul Iman
Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu
Jom Pakat HADIR belake awok-awok kite..
Macam-macam maklumat penting boleh kita ambil dari program ni
Jom baca dan fahami gejala penyakit mpox
OPS GOMO ASAP PKD KUALA TERENGGANU
Kuala Terengganu 28 Ogos 2024: Unit Inspektorat PKD Kuala Terengganu dengan kekuatan seramai 20 anggota telah menjalankan Ops Gomo Asap di Terminal Bas MBKT, premis makanan dan Kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR). Ops ini dijalankan sempena operasi rutin daerah.
Dalam operasi ini, sebanyak tujuh belas (17) notis kesalahan iaitu lapan (8) notis Peraturan 11(1)(d), tiga (3) notis Peraturan 11(1)(e), tiga (3) notis Peraturan 13(1) dan lima (5) notis Peraturan 22(2) di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan nilai tawaran RM4050.00 telah dikeluarkan.
Semua kesalahan boleh ditawarkan kompaun dan bayaran boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan laporan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura.
Imej yang ditularkan 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 imej kes mpox tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022.
Usah terpedaya dengan mesej yang disampaikan. Elakkan juga daripada berkongsi mesej ini kepada ahli keluarga atau 'groupchat' yang lain. Rujuk sumber rasmi sahaja di platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X.
Mohon semua ambil maklum dan jangan beli dan jual kopi ini
*Program Duta Prihatin Masyarakat (DPM) PKD Kuala Terengganu Siri 7/2024*
Tarikh: 22 Ogos 2024 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat :
1) Kampung Losong, Kuala Terengganu
Pegawai Farmasi yang terlibat :
1)Pn. Zainab (KKC)
2. Wan Muhammad Afiq Fikri( KKC)
Duta Kenali Ubat Anda (KUA) yang terlibat:
1) En. Halimi bin Ahmad (PKDKT)
Program DPM di bawah kelolaan Unit Farmasi PKDKT pada kali ini dikendalikan oleh 2 orang Pegawai Farmasi dan seorang Duta KUA dengan kerjasama daripada 2 orang ahli JPKK Kampung Losong Hj Mat Shafei. Seorang pesakit yang tinggal di Kampung Losong Hj Mat Shafei telah dilawati dan disantuni.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemeriksaan tekanan darah tinggi dan glukosa dalam darah, menilai kepatuhan pengambilan ubat, cara penyimpanan ubat di rumah, pemeriksaan ubat dan mengenalpasti masalah lain berkaitan ubat-ubatan.
*Penemuan/Tindakan*:
1. Pemantauan berkala tekanan darah & paras gula pesakit pesakit di rumah di lakukan oleh penjaga dengan baik kerana menganggap kesihatan itu adalah sangat penting kerana pesakit telah menghadapi masalah buah pinggang dalam tempoh tang lama (16 tahun).Pegawai farmasi menekankan kepentingan pemantauan berkala terhadap paras gula dan tekanan darah pesakit untuk mengelakkan komplikasi pada masa akan datang.
2. Kebanyakan ubat-ubatan lama dan baru disimpan di dalam satu plastik dan bercampur- campur. Ini akan menyukarkan untuk membezakan tarikh luput ubat . Didapati terdapat ubat yang sudah menghampiri tarikh luput. Duta KUA telah menerangkan cara penyimpanan dan pelupusan ubat yang betul.
Program ini telah disambut baik oleh penduduk kampung dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak JPKK.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program DPM pada kali ini. Semoga berjumpa lagi untuk program seterusnya.
PROGRAM PHARMACY INTEGRATED COMMUNITY CARE (PICC) PKD KUALA TERENGGANU SESI 4 TAHUN 2024
Tarikh : 22/8/24
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Masjid Kg. Losong Haji Mat Shafie
Duta Kenali Ubat Anda (KUA) yang terlibat :
1) En.Halimi (PKDKT)
2) En. Yusof (PKDKT)
3) En. Adnan (HSNZ)
4) Pn. Alia (HSNZ)
5) Pn Norlida (PKDKT)
6) En Wan Rosli (PKDKT)
Aktiviti :
1) Pemeriksaan kesihatan
2)Chairobik
3) Aktiviti Berkumpulan Modul 4
-amalan gaya hidup sihat
4)Duta Prihatin Masyarakat
Seramai 16 orang pesakit pesakit diabetes dari mukim Losong telah dihimpunkan sebagai peserta PICC di Masjid Kg. Losong Haji Mat Shafie. 9 penduduk kampung hadir untuk saringan kesihatan dan telah diberi penerangan berkaitan konsep 5B di perkarangan masjid serta 5 orang pesakit diabetes di sekitar Kg. Losong Haji Mat Shafie turut disantuni.
Program ini telah dikendalikan oleh 8 orang anggota farmasi PKDKT dan disertai juga oleh 4 orang anggota farmasi HSNZ, 5 orang Pasukan NCD KK Hiliran dan 1 orang Pasukan Fisioterapi PKDKT turut bersama-sama melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
Program dimulakan dengan sesi chairobik yang dikendalikan oleh Pasukan Fisioterapi. Kemudian, diteruskan dengan bacaan doa oleh En. Wan Rosli (Duta Ubat)dan Sesi ' _Recap'_ Oleh Pn. Liana.
Selesai sesi pengenalan, peserta diberikan penerangan mengenai
1.Panduan senaman dan aktiviti fizikal oleh Pn Tengku Jawahir dan Pn Zuraida Jurupulih Perubatan Fisioterapi
2.Amalan pemakanan seimbang/sihat bagi pesakit diabetes oleh Pegawai Dietetik Pn Nur Afiza dan Pn Nurul Hidayah
3.Mengakhiri sesi dengan ' _Recap'_ modul 2 dan 3 serta sesi soal jawab diadakan menggunakan buku aktiviti picc, dikendalikan fasilitator.
Kerjasama yang sangat baik daripada pihak JPKK Kg. Losong Haji Mat Shafie, JPKK Kg. Losong Panglima Perang, Kg. Losong Wakaf Nyior Berkembar dan JK Masjid Kg. Losong Haji Mat Shafie serta penduduk kampung yang menyertai program sangat dihargai. Program berakhir jam 2 petang.
Sesi penutup Program PICC LOSONG dirancang untuk dijalankan pada 19 September 2024.
OPS GOMO ASAP ROKOK PKD KUALA TERENGGANU
Kuala Terengganu 21 Ogos 2024: Unit Inspektorat PKD Kuala Terengganu dengan kekuatan seramai 20 anggota telah menjalankan Ops Gomo Asap di Terminal Bas MBKT, premis makanan dan kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR). Ops ini dijalankan sempena operasi rutin daerah.
Dalam operasi ini, sebanyak dua puluh dua (22) notis kesalahan iaitu tujuh (7) notis Peraturan 11(1)(e), enam (6) notis Peraturan 11(1)(d), lima (5) notis Peraturan 22(2) dan empat (4) notis peraturan 13(1) di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan nilai tawaran RM4700.00 telah dikeluarkan.
Semua kesalahan boleh ditawarkan kompaun dan bayaran boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan keselamatan orang sekeliling dari bahaya asap rokok
Anda gemar mengunyah ais❓
Mengunyah ais mungkin kelihatan tidak berbahaya, tetapi ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan gigi kita! ❄️🦷
Jaga senyuman anda dan elakkan daripada mengunyah ais.
OPS GOMO ASAP PKD KUALA TERENGGANU
Kuala Terengganu 19 Ogos 2024: Unit Inspektorat PKD Kuala Terengganu dengan kekuatan seramai 18 anggota telah menjalankan Ops Gomo Asap di Terminal Bas MBKT, premis makanan dan kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR). Ops ini dijalankan sempena operasi rutin daerah.
Operasi dengan melibatkan beberapa pasukan telah digerakkan ke tempat-tempat tersebut. Dalam operasi ini, sebanyak sembilan belas (19) notis kesalahan iaitu sembilan (9) notis Peraturan 11(1)(e), enam (6) notis Peraturan 11(1)(d), tiga (3) notis Peraturan 22(2) dan satu (1) notis peraturan 13(1) di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan nilai tawaran RM4550.00 telah dikeluarkan.
Semua kesalahan boleh ditawarkan kompaun dan bayaran boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
Jom Daftar..
Baju pun lawa boh
Boleh bayar hari gaji
Tekan link dibawah untuk daftar sekarang👇
https://forms.gle/wMqt2zLcEADuDYaR7
Jemput semua pakat join
OPS GOMO ASAP PKD KUALA TERENGGANU
Kuala Terengganu 14 Ogos 2024: Unit Inspektorat PKD Kuala Terengganu dengan kekuatan seramai 18 anggota telah menjalankan Ops Gomo Asap di Terminal Bas MBKT, premis makanan dan kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR). Ops ini dijalankan sempena operasi rutin daerah.
Operasi dengan melibatkan beberapa pasukan telah digerakkan ke tempat-tempat tersebut. Dalam operasi ini, sebanyak lima belas (15) notis kesalahan iaitu enam (6) notis Peraturan 11(1)(e), tiga (3) notis Peraturan 11(1)(d) dan lima (6) notis Peraturan 22(2) di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan nilai tawaran RM3750.00 telah dikeluarkan.
Semua kesalahan boleh ditawarkan kompaun dan bayaran boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
OPS GOMO ASAP PKD KUALA TERENGGANU
Kuala Terengganu 12 Ogos 2024: Unit Inspektorat PKD Kuala Terengganu dengan kekuatan seramai 15 anggota telah menjalankan Ops Gomo Asap di Terminal Bas MBKT, premis makanan dan kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR). Ops ini dijalankan sempena operasi rutin daerah.
Operasi dengan melibatkan beberapa pasukan telah digerakkan ke tempat-tempat tersebut. Dalam operasi ini, sebanyak empat belas (14) notis kesalahan iaitu enam (6) notis Peraturan 11(1)(e), tiga (3) notis Peraturan 11(1)(d) dan lima (5) notis Peraturan 22(2) di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan nilai tawaran RM3500.00 telah dikeluarkan.
Semua kesalahan boleh ditawarkan kompaun dan bayaran boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
KURSUS PENGUKUHAN PERKHIDMATAN KESIHATAN REMAJA PKD KUALA TERENGGANU 2024
PROGRAM TRIM & FIT PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUALA TERENGGANU 2024
1 Ogos 2024 : Unit Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar (KPAS) telah mengadakan aktiviti berkayak di Persatuan Kanu Terengganu yang terletak di Kuala Ibai bagi peserta - peserta Trim & Fit PKDKT 2024.
Aktiviti kayak disertai seramai 31 orang dan aktiviti ini adalah bertujuan untuk membantu peserta menurunkan berat badan dan memberikan pendedahan tentang sukan air seperti berkayak agar dapat membantu dalam proses penurunan berat badan yang ideal.
Pelepasan aktiviti kayak dilakukan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, Dr. Mohd Hanief bin Ahmad. Peserta Trim & Fit diberikan taklimat ringkas dan tunjuk cara oleh pemilik Persatuan Kanu Terengganu sebelum aktiviti kayak dilakukan.
Penghargaan terima kasih dan tahniah diberikan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Bengkel Psychology First Aid (PFA) peringkat PKD Kuala Terengganu 2024
Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran serta mendedahkan anggota mengenai cara-cara untuk menangani mangsa semasa berlaku situasi bencana dan beberapa aktiviti psikososial.
Maklumat lanjut di RUANGAN KOMEN
*Pameran Kenali Ubat Anda (KUA) Sempena Konvensyen Psikologi Kesihatan (PSYCHE 2.0) Peringkat Negeri Terengganu 2024*
Tarikh : 29/7/2024 (Isnin)
Masa : 8 pg - 5 petang
Jumlah anggota :
1)PF Liana bt Mamat (KK Manir)
2)PF M. Ridhuan b Awang (KK Manir)
3)PF Wajihah bt Mahmood (KK Hiliran)
4)PPF Basri b Ahmad (KK Chendering)
Lokasi : Dewan Berlian, Hotel Permai, Kuala Terengganu.
Jumlah pengunjung : 50 orang
Pengisian aktiviti :
1. Pameran & penerangan serta edaran risalah-risalah berkaitan Kenali Ubat Anda dan Kenali Ubat Diabetes Anda.
2. Kuiz Santai Kenali Ubat Anda
Semoga program ini berjaya memberi lebih pengetahuan dan kesedaran kepada semua peserta berkaitan penggunaan ubat-ubatan yang betul.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang telah menjayakan program KUA pada kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Aishah binti Hamzah, Pegawai Farmasi Kesihatan Daerah serta En. Syafiq bin Yusof, Penyelaras PUB negeri Terengganu atas sokongan dan sumbangan yang diberikan.
Jom adik-adik daftar Pertandingan Mewarna penyertaan adalah percuma.
Sempena Jelajah ANMS Peringkat Negeri Terengganu 2024
Kategori penyertaan dan maklumat lanjut seperti di poster infografik.
Penyertaan adalah terhad!
3 Ogos 2024 | Perkarangan Stadium Kompleks Sukan Negeri (depan Hotel Raia)
Daftar segera!
Ibu bapa & guru sila isi borang pada link dibawah
https://forms.gle/g8zdcCy8tbh3s7s26
Jom daftar org Tranung!
*Pertandingan Street Soccer 3vs3* sempena Jelajah ANMS Peringkat Negeri Terengganu 2024
Kategori terbuka, penyertaan terhad kepada 48 pasukan sahaja!
3 Ogos 2024 | Perkarangan Stadium Kompleks Sukan Negeri (depan Hotel Raia)
Daftar segera! WhatsApp en. Yusri di talian 0139677778
Macang- Macang acare kami bawakang untuk sek mung semua Sempena JELAJAH ANMS peringkat Negeri Terengganu.
Pakat mari ramai-ramai belake deh..
Rugi dok mari.
JANGAN WAT LEPE PULOK
KEmaH sek mung
2-3 Ogos 2024
Perkarangan Stadium Gong Badak
PAMERAN DENGGI DAN PROGRAM CARI DAN MUSNAH AEDES DI KAWASAN PERUMAHAN DESA YPKT
27 Julai 2024 : Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Terengganu telah menjemput Unit Vektor bersama Unit Pendidikan Kesihatan Daerah Kuala Terengganu bagi mengadakan program cari dan musnah aedes beserta pameran demam denggi sebagai pendedahan ilmu baru dan langkah pencegahan awal bagi mengelakkan penduduk sekitar dijangkiti oleh demam denggi .Peserta program diberi taklimat dan tunjuk cara oleh PPKP Encik Afiq dari Unit Vektor PKD Kuala Terengganu. Para peserta program terdiri dari warga flat dan jemputan dari SMK Ibrahim Fikri, Kuala Nerus. Program Cari dan Musnah Aedes dianjurkan sebagai pendedahan kepada penduduk sekitar dan pelajar tentang tempat berisiko pembiakan nyamuk aedes di kawasan flat. Sampah-sampah yang berpotensi tempat pembiakan aedes juga dikutip, dikumpulkan dan dibuang.
Penghargaan terima kasih dan tahniah diberikan kepada Pengurusan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Terengganu dan penduduk sekitar diatas kerjasama menjayakan program ini.
Staff Stress akan ganggu perkhidmatan berkesan kepada masyarakat.
Jom tengok apa yang kami di PKDKT buat untuk kurangkan risiko stress kepada staff
Maklumat lanjut di komen
JOM SEMUA PAKAT HADIR..
BANYAK MANFAAT, BUDAYAKAN HIDUP SIHAT
🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi juga boleh mengakibatkan kematian sekiranya tidak mendapatkan rawatan awal. Rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda demam denggi, segeralah ke klinik atau hospital.
📍Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi . Bertindaklah bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi. Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.
Bila kes Denggi berlaku, Inilah yang kami lakukan:
Kenalpasti tempat yang berpotensi berisiko jadi tempat Pembiakan nyamuk dan Maklumkan kepada semua Penduduk agar mengambil langkah-langkah perlu untuk elak dijangkiti denggi.
Penduduk juga main peranan untuk menjaga kebersihan sekitar rumah, Kampung dan Taman Perumahan agar sentiasa bersih dan lakukan cari & Musnah tempat Pembiakan nyamuk.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Kuala
20100
Tingkat 3 & 4, Wisma Darul Iman
Kuala, 20595
Pada umumnya Objektif Pejabat Perbendaharaan Negeri Terengganu ialah untuk mengurus hal-hal kewangan negeri secara berkesan dan cekap serta menepati kaedah-kaedah dan prosedur kewa...
Majlis Perbandaran Kuala
Kuala, 45000
SELAMAT DATANG KE LAMAN SOSIAL MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR. Kuala Selangor Indah dan Bersejarah
Unit Perancang Ekonomi Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tingkat 12 & 13, Wisma Darul Iman (Terengganu State Economic Planning Unit, The Office Of The Secretary Of State Terengganu, 12th
Kuala, 20503
Kerajaan Negeri sentiasa optimis mengorak langkah menarik lebih ramai pelabur untuk melabur ke negeri ini sekaligus merancakkan pelbagai ekonomi terutamanya sektor industri dan pem...
PUSAT CARI KERJA @ GERBANG KERJAYA TERENGGANU, Jalan LAPANGAN TERBANG
Kuala, 21300
Pemadanan Pekerjaan Yang Bersesuaian Dengan Anda.
Jabatan Penerangan Negeri
Kuala, 20612
Cawangan Perkhidmatan Komunikasi Dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Negeri Terengganu
Kuala
Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah No 19 Pusat Komersial Chabang Tiga
Jalan Kemajuan Bukit Kecil
Kuala, 20648
BERTUJUAN UNTUK MENUNJUKKAN AKTIVITI PESKAB BBP KUALA TERENGGANU
BAHAGIAN KAWALAN RACUN PEROSAK DAN BAJA, JABATAN PERTANIAN NEGERI TERENGGANU, KM. 7 Jalan KUALA BERANG
Kuala, 20050
Akaun Facebook Rasmi Bahagian Kawalan Racun Perosak dan Baja Negeri Terengganu Darul Iman
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Tingkat 7 & 8 Wisma Negeri
Kuala, 20200
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan membangunkan khazanah hutan.
No. 50, Jalan Peladang Jaya, Taman Peladang Jaya
Kuala, 02000
Jalan Sultan Mahmud
Kuala, 20400
Untuk perkongsian informasi dan tip-tip kesihatan mental. Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu