Dr Aizuddin Pakar Perubatan Am - SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu

Dr Aizuddin Pakar Perubatan Am - SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu

WhatsApp +60108607644

Menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang Perubatan Am/Perubatan Dalaman terutamanya penyakit berkaitan kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, perut, usus, hati, paru-paru, autoiimun, radang sendi, angin ahmar (strok), jangkitan kuman

20/05/2023

=CUACA PANAS DAN BUAH PINGGANG MENGALAMI KEROSAKAN=

1. Encik K, berusia 45 tahun, telah membuat "open house" jamuan raya dirumahnya dalam cuaca panas.

2. Ketika persediaan dan penganjuran open house ini, beliau banyak mengangkat benda berat dan mencangkung dan berdiri (squat). Beliau jarang bersenam semasa waktu lapang.

3. Kebetulan cuaca teramat panas dan dalam kesibukkan menguruskan open house, beliau tidak minum air secukupnya.

4. Pada petang hari tersebut, dia mula merasa sakit yang sangat hebat pada kedua-dua kakinya. Dia perasan bahawa otot-otot kakinya kram dan terasa lemah. Dia cuba menahan kesakitan tetapi keadaannya semakin teruk.

5 Encik K cuba berehat di rumah, tetapi beliau mengalami kesakitan yang sangat hebat dan hampir tidak dapat bergerakkan kakinya. Beliau datang ke hospital.

6 Di hospital, didapati bacaan buah pinggang dan creatinine kinase beliau naik mendadak. Beliau juga perasan tidak kencing selama 36jam. Setelah sample air kencing diambil, didapati berwarna kemerahan+chocolate

7. Beliau didiagnosakan dengan "rhabdomyolysis" disebabkan "heat stroke", satu keadaan di mana tisu otot rosak dan melepaskan bahan beracun ke dalam aliran darah. Ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan komplikasi lain.

8. Doktor memberitahu Encik K bahawa aktiviti yang terlalu berat dalam cuaca panas telah menyebabkan ototnya rosak dan melepaskan bahan beracun ini. Rawatan termasuklah cecair intravena untuk membantu membuang bahan beracun dan mengelakkan kerosakan buah pinggang.

9 Encik K dimasukkan beberapa hari di hospital, menjalani rawatan dan memantau fungsi buah pinggangnya.

10. Akhirnya dia dibenarkan keluar tetapi diarahkan untuk berhati-hati dan tidak melakukan senaman yang terlalu berat sehingga badannya pulih sepenuhnya.
_________________________________________________________________________________________

Nota kaki

1. Kisah ini menunjukkan betapa pentingnya kesedaran terhadap kesan aktiviti fizikal yang mengejut pada badan, terutamanya dalam cuaca panas.

2. Adalah penting untuk pengambilan air yang secukupnya, berehat bila diperlukan, dan tidak mendorong diri melampaui had. Jika anda mengalami gejala seperti kram otot, kelemahan, atau sakit, adalah penting untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.

3. Rhabdomyolysis adalah satu keadaan di mana otot-otot kita rosak dan melepaskan bahan beracun ke dalam darah.

4 .Biasanya, ia berlaku apabila kita melakukan senaman yang terlalu berat atau panjang dalam cuaca panas.

4 .Apabila otot-otot kita rosak, mereka melepaskan bahan kimia yang tidak baik untuk badan.
Bahan kimia ini boleh merosakkan buah pinggang dan organ dalaman lain jika tidak dibuang dengan betul.
5 .Gejala rhabdomyolysis termasuk kram otot yang teruk, kelemahan, kesakitan, dan kadang-kadang air kencing menjadi gelap.
6. Jika seseorang mengalami rhabdomyolysis, mereka mungkin perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Rawatan termasuk pengambilan cecair drip
7 .Selepas itu, pesakit perlu berehat dan mengelakkan senaman yang terlalu berat untuk memberi

8.Jika anda mengesyaki rhabdomyolysis, cari bantuan perubatan dengan segera kerana keadaan ini memerlukan penjagaan dan rawatan yang tepat.

Dr Mohd Aizuddin bin Yusof
Pakar Perunding Perubatan AM
SALAM SPECIALIST HOSPITAL KUALA TERENGGANU
010-8607644

18/09/2022

= Mitos kesihatan dan masyarakat Malaysia =

- Sejak turun-temurun masyarakat Malaysia terkenal dengan pantang larang yang diwarisi

- Sebahagiannya adalah salah daripada sudut fakta terutamanya yang melibatkan kesihatan. Walaubagaimanapun tujuannya adalah baik iaitu untuk mengelakkan tabiat atau amalan yang buruk.

Berikut merupakan contoh mitos yang wujud :

1. Paru - baru berair disebabkan oleh mandi malam.

Paru-paru berair adalah keadaan di mana cecair terkumpul di selaput yang membaluti paru-paru. Paru-paru berair berpunca daripada jangkitan kuman (pneumonia,tuberkulosis), kanser paru-paru, lemah jantung, kekurangan albumin, sakit buah pinggang kronik dan lain-lain

2. kulit gatal akibat diludah hantu

Kulit gatal disebabkan oleh faktor-faktor alergi kepada makanan,ubatan atau terkena gigitan serangga

3. Perut kembung (membusung) disebabkan disihir.

Busung atau ascites disebabkan oleh beberapa faktor terutamanya sakit hati kronik, sakit jantung dan sakit buah pinggang

4. Makan lobak merah akan memulihkan rabun

Lobak merah mengandungi vitamin A yang bagus untuk penglihatan malam tapi jika anda memakan 1 kilo lobak sehari, rabun anda tidak akan pulih

5. Kuasa Cermin Mata Dapat Dikurangkan atau Akan Bertambah Sekiranya Memakai Cermin Mata Setiap Hari.

Penambahan atau pengurangan kuasa cermin mata adalah bergantung kepada pertumbuhan mata pesakit. Cermin mata hanyalah alat bantuan penglihatan yang dapat membantu si pemakai untuk melihat dengan lebih jelas.

6. Mental terjejas akibat 100% disihir.

Jika anda merasakan ada perubahan dari segi mental atau ada ahli keluarga/kawan yang mengalami symptom sakit mental, sila berjumpa dengan doktor terlebih dahulu . Masalah kesihatan mental boleh dan harus dikesan lebih awal.

7. Paracetamol (panadol dan sebagainya) kekal di dalam badan bertahun- tahun

Sebenarnya paracetamol hanya kekal didalam badan selama beberapa jam dan akan diproses dan disingkarkan dalam tempoh 24jam

8. Betulkah apabila terkena angin ahmar (stroke) maka kita perlu titiskan darah di jari mangsa?

Angin ahmar tidak boleh dirawat dengan kaedah ini. Sila berjumpa doktor dengan kadar segera kerana angin ahmar merupakan kes kecemasan .

9. Meminum air yang banyak bagus untuk kesihatan

Amaun air yang diperlukan hanyalah sekitar 2liter sehari, bergantung kepada berata badan, aktiviti harian dan umur. Pengambilan air berlebihan boleh mengurangkan kepekatan garam sodium di dalam darah dan boleh menyebabkan kematian.

10. Garam bukit, garam himalaya, garam harga T20 dan lain-lain garam viral lebih baik dari garam biasa

Sebenanya semua jenis mempunyai kandungan natrium (sodium) yang hampir sama. Tiada bukti mengatakan lain jenis garam, lain kesan kepada pemakannya.

11. Cukur bulu akan buat bulu tumbuh lebih cepat.

Setiap kali kita mencukur apa yang kita lakukan adalah kita sedang memotong bahagian bulu yang sudah pun mati sementara bahagian folikel kulit yang menghasilkan bulu tersebut tidak terkesan dengannya.

12. Tidak boleh minum air sejuk masa tengah datang bulan.

Minum air sejuk tidak akan memberhentikan kitaran darah haid wanita. Kitaran Haid dihubungkan dengan Sistem Pembiakan (Reproductive System), manakala jika kita makan dan minum ianya p**a dihubungkan dengan Sistem Pencernaan (Digestive System). Sistem Pembiakan dan Sistem Pencernaan adalah dua perkara yang berbeza.

Jika anda mempunyai masalah kesihatan boleh hubungi nombor 010 860 7644 untuk temujanji dengan:

Dr Mohd Aizuddin, Pakar Perunding Perubatan Am
SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu

06/04/2022

SAKIT KEPALA - SINUSITIS SELEPAS JANGKITAN COVID-19

1. Puan N mengalami gejala sakit kepala yang sangat teruk semenjak 2 minggu. Beliau telah mengunjungi 2 orang doktor dan diberi ubat sakit kepala, tetapi symptom beliau masih belum pulih sepenuhnya.

2. Puan N mengunjungi Dr Aizuddin. Setelah sejarah penyakit diambil dengan lebih lanjut, symptom beliau sebenarnya bermula dengan jangkitan COVID-19. Beliau mengalami selsema , dan akhirnya selsema beliau bertukar menjadi sangat berbau. Muka beliau juga berasa sakit ketika sembahyang (posisi sujud)

3. Pemeriksaan fizikal dilakukan dan didapati muka beliau terasa sakit. Ujian CT scan (brain and paranasal sinus) didapati ada jangkitan kuman di dalam rongga sinus beliau.

5. Beliau telah dimasukkan ke dalam wad dan diberi antibiotic. Pesakit menjalani pembedahan dan nanah telah dibuang daripada rongga sinus beliau

6. Symptom sakit kepala beliau terus hilang dan Puan N selamat discas daripada wad

_______________________________________________________________________

Nota kaki
1. Sakit kepala berlaku kepada 50% pop**asi umum dalam satu tahun, dan 90% mengadu mengalami masalah sakit kepala sepanjang hayat mereka.

2. Sakit kepala terbahagi kepada
a) Primer (Tension, migraine dan kluster),
b) sekunder (penyakit sinus, kanser,radang otak, rangsangan dari chocolate,arak, kurang tidur, masalah mata, cermin mata tak sesuai, salur darah otak tersumbat dll ,
c) dan jenis ketiga ialah sakit saraf

3. Sakit kepala boleh diubati dengan ubat-ubatan, perubahan gaya hidup, dan pembedahan (jika perlu)

Jika anda mempunyai masalah sakit kepala, migraine dan seangkatan dengannya boleh berjumpa dengan Doktor Pakar anda.

Dr Mohd Aizuddin bin Yusof
Pakar Perubatan AM
SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu
010-8607644

02/04/2022

Maklumam waktu operasi Klinik Dr Aizuddin Pakar Perunding Perubatan Am berubah sempena bulan Ramadhan

Selamat Menyambut bulan Ramadhan

15/02/2022

= Cirit-birit berpanjangan - symptom dan punca berlaku=

1. Puan M telah datang berjumpa Dr Aizuddin dengan masalah cirit birit berpanjangan melebihi 1 bulan.

2. Beliau juga mengadu berat badan turun, rasa serabut, selalu nak marah orang, dan selalu merasakan badan beliau panas dan memerlukan aircond/kipas selalu. Tangan beliau juga asyik terketar-ketar dan banyak berpeluh.
Kitaran haid beliau juga tidak teratur.

3. Beliau mengesyakki terkena buatan orang dan pergi berjumpa perubatan traditional, tetapi telah dinasihati untuk datang berjumpa doktor.

4. Setelah pemeriksaan dan ujian darah dilakukan, beliau telah didiagnose mengidap penyakit hyperthyroid, sejenis penyakit di mana hormon thyroid tinggi, menyebabkan cirit birit berlaku

_______________________________________________________________________

Nota kaki

1. Cirit birit berpanjangan (chronic diarrhea) merupakan keadaan di mana berak cair tiga kali sehari melebihi 2minggu.

2. Kebiasaannya, symptom cirit birit akan berlaku sekali dengan symptom lain, bergantung kepada jenis penyakit, contohnya sakit perut, berak berdarah, demam, muntah dan sakit sendi

3. "Chronic diarrhea" disebabkan oleh banyak faktor, sebagai contoh

-masalah radang usus (inflammatory bowel disease - chrohn disease,ulcerative colitis)

-masalah hormon : hyperthyroid, kencing manis,hypoparathyroid, addison disease

-Kanser : carcinoid, VIPoma, gastrinoma,lymphoma, kanser pancreas

-Jangkitan kuman dan virus

-Ubat ubatan: ubat kencing manis, antibiotic, ubat tahan sakit

-Ketagihan alcohol

4. Bergantung kepada jenis penyakit yang disyakki, pemeriksaan yang perlu dilakukan termasuklah ujian darah, ujian sampel najis, ultrasound, CT scan dan sebagainya

4. Sebarang pertanyaan dan temujanji boleh hubungi doktor

Dr Mohd Aizuddin bin Yusof
Pakar Perunding Perubatan Am
SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu
010 8607644

Photos from Dr Aizuddin Pakar Perubatan Am - SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu's post 30/10/2021

=Sakit ulu hati - adakah sakit gastric semata-mata =

1. Puan R berumur 45 tahun mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi semenjak 5 tahun lepas.

2. Puan R telah datang berjumpa Dr Aizuddin dengan masalah sakit ulu hati atau nama khasnya "epigastric pain".

3 Sakit beliau (rasa senak) berlaku apabila memakan makanan, terutamanya makanan berlemak. Beliau juga mengadu sakit (rasa ketat) apabila melakukan aktiviti seperti menaiki tangga atau berlari.

4. Puan R telah menjalani pemeriksaan ujian jantung (stress test, echocardiogram), ujian darah dan imbasan ultrasound perut.

5. Didapati Puan R mengidap penyakit jantung, dan pada masa yang sama mengidap batu karang dalam pundi hempedu

_______________________________________________________________________

Nota kaki

1. Sakit ulu hati atau "epigastric pain" merupakan symptom yang biasa berlaku di kalangan pesakit

2. Sakit di lokasi tersebut berpunca daripada pelbagai masalah dan penyakit, contohnya:

a) berpunca daripada jantung - Acute coronary syndrome, Ischemic Heart disease, pericarditis dan sebagainya

b) berpunca daripada perut (stomach) - gastritis, GERD, peptic ulcer disease, gastroparesis, functional dyspepsia,kanser dan sebagainya

c) berpunca daripada hati dan pundi hempedu - batu karang, radang pundi hempedu, radang saluran hempedu, jangkitan kuman pada hati, pundi hempedu, dan salur hempedu

d) berpunca dari organ pankreas - radang pankreas

e) berpunca dari paru paru - radang paru-paru, radang selaput pleural

3. Bengatung kepada sejarah pesakit, deskripsi tentang sakit tersebut, umur pesakit, jantina, faktor risiko dan sebagainya doktor akan menjalani pemeriksaan termasuklah

-pemeriksaan jantung (ECG, echocardiogram)

-pemeriksaan paru - paru (Chest X-ray)

-pemeriksaan perut (ultrasound, CT scan, OGDS teropong di dalam perut)

-pemeriksaan darah

4. Sebarang pertanyaan dan temujanji boleh hubungi doktor

Dr Mohd Aizuddin bin Yusof
Pakar Perunding Perubatan Am
SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu
010 8607644

Photos from Dr Aizuddin Pakar Perubatan Am - SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu's post 12/10/2021

= Busung - adakah buatan orang =

1. Puan Z berumur 63 tahun telah datang berkunjung dan mengadu masalah perut(abdomen) makin besar.

2. Setelah diperiksa, didapati Puan Z mempunyai air yang banyak di dalam perut beliau.
Keadaan ini dipanggil "ascites" atau orang dulu-dulu cakap busung.

3. Puan Z menjalani pemeriksaan CT scan perut, dan disyakki mengidap kanser di dalam perut.

4. Procedur membuang air di dalam perut (peritoneal tap) dilakukan, dan 2 liter air yang berwarna kuning dalam perut dibuang.

5. Analysis air yang dihantar ke makmal menunjukkan ada cell kanser (adenocarcinoma) di dalam perut.

___________________________________________________________________________________________________

Nota kaki:

1. Busung atau "ascites" merupakan penyakit yang biasa berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia

2. Pada zaman dahulu, busung dituduh sebagai sihir / ilmu hitam yang dihantar oleh orang lain terhadap pesakit.

3. Namun begitu, seiring dengan teknologi perubatan moden, satu-per-satu penyebab busung telah dijumpai

4. Antara sebab-sebab busung ialah:

- Penyakit hati kronik (Liver cirrhosis) - disebabkan pengambilan alkohol,Jangkitan Virus Hepatitis B dan C, salur darah dalam hati tersumbat

- Penyakit buah pinggang kronik (chronic kidney disease)

-Penyakit lemah Jantung

- kanser di dalam perut (abdomen) contohnya kanser ovari,usus,pancreas dll

- Penyakit hormon Thyroid rendah

-kekurangan paras albumin di dalam darah

Jika anda mempunyai masalah sakit perut kembung/ makin membesar silalah mendapatkan rawatan untuk pemeriksaan.

Dr Mohd Aizuddin bin Yusof
Pakar Perunding Perubatan AM
SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu
0108607644

Photos from Dr Aizuddin Pakar Perubatan Am - SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu's post 07/09/2021

= Sesak nafas : jantung berair =

1. Adik N berumur 20 tahun datang dan mengadu tiba-tiba beliau berasa sesak nafas tanpa sebab dalam masa 3 hari dan semakin teruk

2. Dengan serta merta pemeriksaan xray dada dijalankan dan didapati jantung beliau bengkak.

3. Adik N segera menjalani pemeriksaan echocardiogram(scan jantung) dan didapati jantung beliau dikelilingi air (pericardial effusion)

4. Analysis air daripada "pericardial effusion' dan ujian-ujian darah yang lain dijalankan, dan didapati beliau mengidap kanser darah (lymphoma)

5. Beliau sekarang menjalani rawatan kimoterapi.
_________________________________________
Nota kaki:

1. "Pericardial effusion (PE)" merupakan keadaan di mana pengump**an air di antara jantung dan juga selaput yang mengelilingi jantung (pericardium).

2. PE boleh didiagnose menggunakan scan jantung (echocardiogram) dan juga CT scan

3. Punca kepada PE termasuklah

a) kanser yang tengah merebak (kanser paru-paru,kanser payudara,kanser kulit, kanser darah etc)

b)penyakit autoimmun contohnya SLE atau radang selaput jatung (pericarditis)

c)penyakit jantung lemah

d)penyakit buah pinggang

e)jangkitan virus dan bakteria

f)pengambilan beberapa jenis ubat

g) kekurangan albumin dalam darah

Dr Mohd Aizuddin bin Yusof
Pakar Perunding Perubatan
SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu

untuk pertanyaan dan temujanji hubungi/whatsapp 010 8607644

Photos from Dr Aizuddin Pakar Perubatan Am - SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu's post 09/08/2021

=Sakit kepala kronik - kanser pangkal otak dan paru-paru =

1. Encik A merupakan seorang Engineer di syarikat terkenal berumur 60, telah datang mengunjungi Dr Aizuddin dengan masalah sakit kepala di belakang semenjak 2 bulan lalu

2. Beliau juga mengadu berjalan tidak seimbang, semacam kereta yang lari "alignment"

3. Setelah dibuat pemeriksaan rapi, pesakit menjalani imbasan MRI otak dan didapati ada ketumbuhan di kedua-dua bahagian bawah otak (cerebellum).

4. Disyakki ketumbuhan itu datang dari tempat lain (metastasis), pesakit dibuat ujian imbasan CT pada dada dan perut, dan didapati pesakit mempunyai kanser paru-paru tahap 4...

______________________________________

Nota kaki

1. Sakit kepala berlaku kepada 50% pop**asi umum dalam satu tahun, dan 90% mengadu mengalami masalah sakit kepala sepanjang hayat mereka.

2. Sakit kepala terbahagi kepada

a) Primer (Tension, migraine dan kluster),

b) sekunder (penyakit sinus, kanser,radang otak, rangsangan dari chocolate,arak, kurang tidur, masalah mata, cermin mata tak sesuai, salur darah otak tersumbat dll ,

c) dan jenis ketiga ialah sakit saraf

3. Sakit kepala boleh diubati dengan ubat-ubatan dan juga perubahan gaya hidup

Jika anda mempunyai masalah sakit kepala, migraine dan seangkatan dengannya boleh berjumpa dengan Doktor Pakar anda.

Dr Mohd Aizuddin bin Yusof
Pakar Perubatan AM
SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu
+60 10-860 7644

27/07/2021

= Tolong Doktor, saya rasa geletik sangat =

Hyperthyroidism

1. Puan K telah datang mengadu dalam seminggu beliau rasa sangat "geletik" (bahasa ganu)
- bermakna tidak boleh duduk diam, rasa gelisah semachiam.
- English = Agitated

2. Setelah disoal lebih lanjut, didapati beliau juga mengalami simptom seperti berdebar-debar, tangan berpeluh, tangan ketor. Didapati nadi beliau 140 (normal bawah 100 - waktu rehat)

3. Puan K disyakki mengidap penyakit terlebih hormon thyroid(hyperthyroidism). Beliau dimasukkan ke dalam wad melakukan pemeriksaan darah dan jantung.

4. Paras hormon thyroid beliau tinggi (FT4 > 75, =normal 9-25 dan TSH

24/07/2021

=Kuman s**a pesakit kencing manis yang tidak terkawal=

1. Puan M merupakan pesakit kencing manis semenjak 5 tahun dahulu tetapi tidak mengambil apa-apa ubat

2. Beliau datang kepada Dr Aizuddin dengan masalah lesu 4 hari (org ganu kate dokrok), demam 2 hari dan dan sakit bahagian kiri pinggang

3. Bacaan gula beliau adalah 39 ! (normal 4-6),
bacaan racun urea 20 (normal bawah 7),
fungsi buah pinggang creatinine 250(normal bawah 100),
darah putih 22 (normal 4-11) ,
bacaan jangkitan kuman C-reactive protein 400 (normal bawah 3)

4. Didapati air kencing beliau menjadi keruh seperti nanah (seperti dalam gambar). CT scan perut menunjukkan ada jangkitan kuman pada buah pinggang kiri

5. Beliau telah dimasukkan ke dalam ward, diberikan antibiotic, insulin. Setelah beberapa hari rawatan, bacaan gula dan buah pinggang beliau telah kembali normal.

___________________________________________________________
Nota kaki:

1. Kencing manis berlaku kepada 20.8% rakyat Malaysia berumur lebih 30tahun.

2. Kencing manis yang tidak terkawal akan menyebabkan, sistem pertahanan badan kita akan menjadi lemah

3. Kemudian kuman-kuman (bakteria,virus dll) s**a datang dan membiak dalam badan pesakit, menyebabkan jangkitan kuman yang serius berlaku

4. Sebarang pertanyaan mengenai kencing manis, rawatan intensif dengan Doktor Pakar dan komplikasi kencing manis boleh hubungi nombor di bawah

Dr Mohd Aizuddin bin Yusof
Pakar Perubatan Am
SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu
+60 10-860 7644

10/07/2021

= Sakit tekak, susah menelan dan asid reflux =

1. Puan N telah datang mengunjungi Dr Aizuddin kerana mengadu senak ulu hati dan rasa terbakar di dalam dada

2. Pada masa yang sama beliau mengadu mengidap sakit tekak yang berpanjangan (kronik), menyebabkan beliau susah menelan dan tiada selera makan.

3. Pemeriksaan menyeluruh dilakukan kepada bahagian jantung, salur makan dan juga perut. Puan N juga dirujuk kepada Dr Pakar ORL (tekak, hidung dan telinga) untuk melakukan teropong kepada tekak pesakit.

4. Diagnosis laryngopharyngeal reflux (LPR) diberikan, iaitu keadaan di mana asid di dalam perut pergi kepada salur makanan dan juga tekak. Ini menyebabkan asid tersebut menyerang salur makanan dan juga tekak. Pesakit akan mengalami gejala sakit ulu hati, terbakar dalam dada dan juga sakit tekak

5. Pesakit telah diberikan ubat untuk menurukan kadar asid di dalam perut dan juga ubat untuk merangsang pergerakan perut untuk beberapa minggu.

6. Semasa sessi susulan (follow-up) symptom pesakit telah hilang dan pesakit amat gembira dengan rawatan yang diberikan. Selera makan beliau beransur pulih.

Dr Mohd Aizuddin
Pakar Perunding Perubatan Am (Internal Medicine)
+60 10-860 7644

Photos from Dr Aizuddin Pakar Perubatan Am - SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu's post 02/07/2021

= Batuk berkahak bertahun-tahun - bronchiectasis=

1. Encik M telah mengalami masalah batuk berpanjangan bertahun-tahun.

2. Pada suatu hari, beliau mendapati tiba-tiba batuk semakin teruk, dengan kahak kuning yang sangat banyak

3. Beliau telah datang ke hospital SALAM KT
Untuk mendapatkan rawatan.

4. CT scan paru-paru segera dibuat dan didapati beliau menghidapi masalah bronchiectasis, dan tiada nodul disyakki kanser.

5.beliau telah dimasukkan ke dalam wad dan di rawat dengan antibiotik dan ubat kahak. Pemeriksaan kahak juga didapati tiada kuman TB.

6. Setelah beberapa hari, keadaan semakin baik dan sebelum keluar daripada wad, beliau diberikan suntikan vaksin influenza dan pneumoccal
------------------------
Nota kaki:
Bronchiectasis merupakan keadaan di mana terowong kecil di dalam paru-paru menjadi besar.

Ini disebabkan oleh jangkitan kuman pada masa dulu, terowong tersumbat dengan kahak dll, sejarah terdedah kepada habuk/partikel berulang kali atau dilahirkan dengan masalah enzyme tidak sempurna.

Bronchiectasis menyebabkan pesakit mengalami masalah batuk yang kronik, batuk dengan kahak yang banyak dan kadang-kadang batuk berdarah.

Dr Mohd Aizuddin Bin Yusof
Pakar Perubatan Am
SALAM SPECIALIST HOSPITAL KT
010 8607644

Photos from Dr Aizuddin Pakar Perubatan Am - SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu's post 18/06/2021

= Sembab kedua belah kaki =

1. Puan Z telah datang ke Hospital Pakar SALAM Kuala Terengganu dan berjumpa dengan Dr Aizuddin mengenai masalah beliau sembab kaki dan selalu sesak nafas apabila berjalan.

2. Dengan prinsip "common things is common" Dr Aizuddin memeriksa beberapa penyebab biasa yang menyebabkan masalah sembab kaki berlaku iaitu:
-masalah lemah jantung
-masalah sakit buah pinggang kronik
-masalah hati(chronic liver disease)
-masalah kekurangan albumin dalam badan
-kesan sampingan makan sesetengah ubat darah tinggi

3. Dr Aizuddin membuat pemeriksaan scan jantung (echocardiogram) dan didapati jantung Puan Z lemah (Ejection fraction 40%), dan jantung beliau dikelilingi air

4. Puan Z telah dimasukkan ke dalam ward untuk diberikan ubat penguat jantung dan juga ubat untuk mengeluarkan air dalam badan.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai masalah sembab kaki boleh dapatkan temujanji dengan Dr Aizuddin di talian/whatsapp
010 860 7644

Photos from Dr Aizuddin Pakar Perubatan Am - SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu's post 14/06/2021

=Adakah sakit dada saya sakit jantung=

1. Encik K telah datang kepada Dr Aizuddin dengan mengadu sakit dada.

2. Yang paling membimbangkan, beliau mengatakan sakit dada berlaku apabila membuat kerja berat contohnya menebas dan berlari.

3. Dr Aizuddin melakukan pemeriksaan scan jantung (echocardiogram) kepada Encik K.

4. Echocardiogram berfungsi untuk melihat:
-kekuatan jantung
-ukuran bilik jantung
-keadaan dinding jantung
-injap tersumbat/bocor (jantung ada 4 injap)
-juga ukuran pembuluh darah yang keluar/masuk jantung

5. ECG 12 lead juga dilakukan untuk menilai litar jantung dan kadar degupan jantung.

6. Didapati echocardiogram dan ECG beliau normal

7. Dr Aizuddin menjalani prosedur stress test Jantung kepada Encik K. Stress test merupakan ujian di mana calon akan berlari di atas mesin treadmill dan ECG akan dilihat secara "real-time".

8. Apabila jantung bekerja dengan laju, makan jantung memerlukan oxygen yang lebih.

8. Apabila arteri koronari jantung sempit, darah tidak dapat membekalkan oxygen secukupnya kepada jantung maka ECG akan menunjukkan petanda calon mempunyai sakit jantung ketika stress test

9. Didapati Stres test Encik K positif (positif bermakna ada petanda sakit jantung)

10. Encik K telah dikonsultasi untuk langkah rawatan seterusnya dan diberikan ubat sakit jantung.

11. Untuk pemeriksaan jantung, prosedur Echocardiogram(scan jantung), stres test jantung boleh hubungi 010 8607644 (call/whatsapp) utk temujanji dengan Dr Aizuddin

08/06/2021

=Tekanan darah SANGAT TINGGI=

Pesakit telah dirujuk oleh Klinik Addeen, Gong Badak kerana masalah darah yang sangat tinggi

Tekanan darah 250/120!

Pesakit telah ada darah tinggi semenjak 20tahun lepas, tetapi tidak pernah mengambil ubat kerana tiada symptom(sakit kepala, sakit dada, angin ahmar etc)

Pesakit datang kerana sebenarnya ingin cucuk vaksin COVID-19.

Pemeriksaan ECG nya juga menunjukkan beliau telah ada tanda-tanda sakit jantung.

Beliau dinasihati untuk makan ubat dahulu dan menangguhkan vaksin beliau.

Ingat! Darah tinggi boleh menyebabkan angin ahmar, sakit jantung, sakit buah pinggang dan tidak "power" pada waktu malam dan lain-lain

Photos from Dr Aizuddin Pakar Perubatan Am - SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu's post 08/06/2021

=Kanser Hati=

Kanser hati amat jarang berlaku, tetapi kebiasaannya disebabkan oleh jangkitan virus Hepatitis B dan C, hati berlemak, atau kencing manis yang lama menyebabkan hati menjadi berparut dan juga pengambilan alcohol berlebihan.

Kulit pesakit akan menjadi kuning dan pesakit akan menjadi pucat lesi disebabkan pendarahan dalaman.

Pesakit tahap akhir akan menyebabkan berlakunya pengsan dan koma kerana hati pesakit tidak lagi berupaya memproses racun dalam hati

Mesej page ini untuk mengetahui lebih lanjut rawatan Virus Hepatitis B, C dan juga rawatan intensif kencing manis, pengambilan alkohol dan juga penyakit hati yang lain

07/06/2021

Senarai bidang kepakaran Dr Aizuddin

04/06/2021

Dr Aizuddin akan berada di klinik hospital pada:
Sabtu - Rabu : 9 pagi - 5 petang
Khamis : 9 pagi - 1pm

Jumaat dan kelepasan am (klinik tutup)

Bertugas atas panggilan mengikut giliran

Want your practice to be the top-listed Clinic in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


SALAM Specialist Hospital, Lot 4075 Jalan Engku Sar
Kuala
20300