Teknik Max Simpanan

Teknik Max Simpanan

You may also like

KSP Sumber graha inti
KSP Sumber graha inti

Maksimumkan kehidupan dengan positive vibes

Photos from Teknik Max Simpanan's post 30/06/2024

BERLAMBAK BUKTI DI MALAYSIA DAN SUMATERA LELUHUR MELAYU BERAGAMA HANIF KETIKA KURUN KE 7 MASIHI

Bukit Choras ketika 800 AD atau 1200 tahun dahulu adalah sebuah p**au kerana ketinggian nya sekarang lebih kurang 70 meter dari paras laut. Ia terletak di daerah Yan, daerah ini merupakan kawasan paling rendah sekitar 4 meter dari paras laut. Ini bermakna bukit Choras itu sebuah p**au suatu ketika dahulu dengan kata mudah ia terletak di luar tanah besar Kedah. Justeru penemuan patung Buddha baru-baru ini adalah milik pedagang-pedagang atau bisku-bisku dari China yang menuntut agama Buddha di India. Ketika itu Maharaja China amat menggalakkan rakyatnya belajar agama Buddha di India. Maka Alam melayu merupakan laluan utama dari China ke India, mereka sentiasa berulang alik melalui Kedah. Namun ada juga yang melalui Palembang dan Jambi iaitu Selatan Sumatera apabila mereka berurusan di Pulau Jawa. Penemuan patung tersebut amat tidak wajar untuk mengaitkan dengan kepercayaan leluhur melayu dan Raja-raja Melayu terutama di Kedah. Ini kerana bukti-bukti kewujudan Islam lebih awal tercatat di atas batu-batu nesan yg boleh mewakili prasasti-prasasti Islami apabila tertulis padanya tarikh-tarikh kewafatan Ahli al Bait yang datang ke tempat-tempat seperti Barus, Perlak, Acheh, Pattani, Terengganu, Kelantan, Champa dan Kedah itu sendiri.

Antaranya ditemui sebuah nesan di Langgar, Kedah yang berinskripsikan nama Syeikh Abdul Qadir ibnu Husein Syah Alirah/Alam dan tarikhnya 291H bersamaan 903M
https://www.facebook.com/photo?fbid=880469057431307&set=pcb.880469070764639

Tarikh ini 100 tahun lewat dari tarikh patung bukit choras, bukan bermakna islam tiada sebelum itu, kerana ini tarikh meninggal bukan tarikh hidup, maknanya Syeikh ini hidup ketika 800+ AD. Hakikatnya banyak lagi bukti-bukti prasasti nesan ditemui di utara Sumatera seperti Barus terdapat nesan anak kepada Muaz bin Jabal iaitu Syeikh Mahmud Qaddasallahusirruh Al-Yaman Bin Abdurrahman Bin Muadz Bin Jabal bertarikh 672 Masihi bersamaan kurun ke 7 masehi. Sebenarnya kedudukan utara Sumatera dan Kedah adalah bersebelahan ini bukti kukuh anutan agama Hanif atau Islam adalah amalan penduduk setempat apatahlagi anutan agama pemerintah iaitu Raja-raja. Mereka itu orang Islam sentiasa berdekatan dengan para ulama sebagai penasihat utama. Tambahan p**a penemuan duit syiling fulus timah yg bertarikh 118 hijrah bersamaan tahun 736 masihi tertulis 'Belanja Kedah Darul Aman' adalah bukti kukuh sudah ada penguasa yg beragama Islam yg memerintah Kedah ketika itu. https://youtu.be/w7wtPynLN8M?si=IIH7PMwYV12hB1cY

Koin Dinar dan Dirham dari Kerajaan Umayyah dan Abbasiyah yang ditemui di Kawasan Sumatra yang Geografinya bersebelahan dengan Tanah Besar Kedah bukti kukuh Islam menerajui bumi Kedah dinaungi oleh Raja-raja Kedah Pattani Kelantan Terengganu yang bersyariatkan agama Islam. Batu bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 masihi bertulisan jawi yang amat sempurna paleografi nya itu hanyalah berlaku waktu penulisan itu ditulis. Hakikatnya abjad Arab dalam lenggokan lidah Melayu ini sudah lama digunakan kerana penulisan di atas batu bersurat itu sendiri telah melambangkan sistem agama Islam sudah lama tercatat dengan berwasilahkan tulisan jawi, ia sudah lama digunakan ini berkemungkinan sekitar 300 atau 400 tahun ke belakang sistem undang-undang Islam telah diguna pakai sekiranya telahan ini benar maka penulisan Jawi berabjad Arab ini telah muncul sekitar 800 AD-900 AD ini berdasarkan kajian simbol Arab di zaman tabi` tabiein. Ini terbukti apabila gaya penulisan yang sungguh matang terkandung di dalam batu bersurat tersebut menunjukkan masyarakatnya sudah ada sistem anutan bersyariat tinggi.

Bukti-bukti di atas telah mematahkan dakwaan leluhur melayu itu Budha dan Hindu, hakikatnya penganut Buddha dan Hindu/Indus itu hanyalah pengembara, pedagang dan bisku-bisku yang sentiasa melalui kawasan alam melayu ini. Adapun penemuan patung Buddha di bukit Choras itu ternyata bukan bukti kukuh untuk mendakwa agama anutan leluhur Melayu kerana dapatan ini tidak dapat menyanggah bukti duit syiling Fulus Timah Belanja Kedah Darul Aman bertarikh 118 Hijrah bersamaan 736 Masihi. Duit syiling timah ini ditulis dalam abjad Arab dan bunyian Melayu iaitu `Belian` dari perkataan beli, penambahan berimbuhan `an` di belakang bukti masyarakatnya terpelajar dalam membentuk suku kata perkataan. Ini menunjukkan ia dicipta oleh sebuah kerajaan yang berdaulat dan mempunyai penguasa yang rasmi kerana pemerintah sahaja yang dapat mencipta duit dan bukannya orang perseorangan atau swasta! https://www.facebook.com/share/p/JeW9RmaMLiWQUcPF/?mibextid=oFDknk

Selain itu bukti kukuh yang lain iaitu penemuan duit syiling kerajaan Umayyah dan Abbasiyah berlambak telah dijumpai di Sumatera. https://www.facebook.com/share/p/LmiyY6yNYvjNmW8X/?mibextid=oFDknk .

Saya amat yakin banyak lagi bukti-bukti yang bakal terbongkar membuktikan leluhur alam Melayu itu bersyariat Hanifa atau Islam.
PROFESOR DR SOLEHAH YAACOB 28 Jun 2024

27/06/2024

Kredit:Siakap Keli

23/06/2024

Game yang mengimbau kenangan

Korang order sini je tak sampai RM30 pun. Murah yakmat! Dulu bukan main mahal nya.
https://goeco.mobi/2RGmTlYR

12/06/2024

BESI BURUK BERGERAK. .
Saya letak downpayment kereta ini RM50000. Beli plat number hampir RM10000. Pasang skirting dan lain-lain dalam RM5000. Total RM65000.
RM65000 yang saya sangkakan ianya sebagai satu kejayaan. RM65000 yang saya sangkakan sebagai satu kemajuan dalam karier. Walhal menjadi satu bebanan di dalam kehidupan.
Saya bukan seperti orang lain yang bergerak menggunakan kereta. Kadang kala dalam sebulan tidak sampai 10 kali kereta bergerak. Sifat dan jiwa saya banyak bergerak menggunakan motor. Lagi-lagi p**a kini saya tinggal di Kuala Lumpur. SO TIDAK BERBALOI LANGSUNG MENGGUNAKAN KERETA.
Bergerak atau tidak Vellfire ini, bulanan tetap kena bayar pada bank sebanyak RM3300. Roadtax + insurans hampir RM10000 setahun.
Di sini saya mula terfikir. Untuk apa lagi saya simpan ‘ kejayaan ‘ ini. Dan saya mula renung ke dalam diri ini untuk apa saya simpan Vellfire ini. Di mata orang terlihat saya berjaya. Di mata sendiri hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya menjadi hamba kerja untuk menampung bulanan kereta ini.
Saya mengambil keputusan menjual kereta ini. Ternyata keputusan saya tepat kerana saya dapat berjimat hampir RM5000 sebulan. Kini hidup saya tenang tanpa hutang. Kini jiwa saya tenang untuk menjalani kehidupan seperti orang-orang biasa.
Nak beli kereta mewah tidak salah. Yang salahnya apabila kita terpaksa bekerja keras hingga tidak dapat ketenangan dalam kehidupan demi untuk membayar SEBUAH BESI YANG AKAN MENJADI BURUK SATU HARI NANTI.
KERETA BUKANLAH SATU KEJAYAAN. TETAPI KERETA ADALAH SATU BEBANAN DI DALAM KEHIDUPAN.

Kredit: owner

Bukan gambar sebenar

12/06/2024

Pertama kali min tengok rupa kepingan salji di bawah mikroskop dan perbezaannya antara satu sama lain. Keunikan partikel salji dan Fenomenanya membuktikan Keagungan Sang Pencipta. 🌨️❄️
Nikmat apa lagi yang nak didustakan.. Bersyukurlah.

📸 Erin Marie

kredit john cosmos II

08/06/2024

Bagus owner kedai ni
Kalau tak faham juga tak tahula

📸Suchen SK

28/05/2024

Berikut ialah kod rahsia 𝐍𝐄𝐓𝐅𝐋𝐈𝐗 yang membuka kunci banyak filem dan rancangan tersembunyi.

Hanya letakkan kod dalam bar carian dan ia akan memberikan anda semua rancangan/dokumentari/filem tanpa mencari nama.

Action and Adventure (1365)
Asian action movies (77232)
Classic Action & Adventure (46576)
Action comedians (43040)
Action Thrillers (43048)
Adventures (7442)
Superhero comics and movies (10118)
Western ( 7700 )
Spy Action & Adventure (10702)
Crime action and adventure (9584)
Foreign action and adventure (11828)
Martial arts films (8985)
Military action and adventure (2125)
Anime (7424)
Adult entertainment (11881)
Anime Action (653)
Animated Comedy (9302)
anime dramas (452)
Animated Features (3063)
Sci Fi Anime (2729)
Anime horror (10695)
Animated Fantasy (11146)
Anime series (6721)
Movies for kids and family (783)
Movies for kids 0-2 years old (6796)
Movies for ages 2-4 (6218)
Movies for ages 5-7 (5455)
Movies for ages 8-10 (561)
Movies for ages 11-12 (6962)
Child Education (10659)
Disney (67673)
Movies based on children's books (10056)
Family features (51056)
Cartoon television (11177)
Children's television (27346)
Children's Music (52843)
Tales of Animals (5507)
Classic Movies (31574)
Classic Comedy (31694)
Classic Drama (29809)
Classic sci-fi and fantasy (47147)
Classic Thrillers (46588)
black Movie (7687)
Classic war movies (48744)
Epic (52858)
Classic foreign movies (32473)
Dirty Movies (53310)
Classic Westerns (47465)
Comedy (6548)
Black Comedy (869)
Foreign comedies (4426)
Comedy Night (1402)
Zombies (26)
Political comedies (2700)
Screwball Comedies (9702)
Sport Comedy (5286)
Stand Up Comedy (11559)
Comedy for Teenagers (3519)
Satire (4922)
Romantic comedy (5475)
Slap Comedy (10256)
Cult Movies (7627)
Horror Movies B (8195)
Campy movies (1252)
Cult Horror Movies (10944)
Science fiction and fantasy cult (4734)
Cult comedies (9434)
Documentaries (6839)
Biographical Documentaries (3652)
Documentaries on crime (9875)
Foreign Documentaries (5161)
Historical Documentaries (5349)
Military Documentaries (4006)
Sports documentaries (180)
Concert music and documentaries (90361)
Travel and adventure documentaries (1159)
Political Documentaries (7018)
Religious documentaries (10005)
Scientific and natural documentaries (2595)
Social and Cultural Documentaries (3675)
Drama (5763)
Biographic Drama (3179)
Classic Drama (29809)
Court room drama (528582748)
Crime Drama (6889)
Drama based on books (4961)
Drama based on real life (3653)
The Tears (6384)
Foreign Drama (2150)
Sports Drama (7243)
Independent Drama (384)
Drama for Teenagers (9299)
Military dramas (11)
Coins of the period (12123)
Political Drama (6616)
Romantic Drama (1255)
Showbiz Drama (5012)
Drama of social problems (3947)
Faith and Spirituality (26835)
Movies of Faith and Spirituality (52804)
Spiritual Documentaries (2760)
Faith and Spirituality of Children (751423)
Foreign movies (7462)
Art House Movies (29764)
Foreign action and adventure (11828)
Classic foreign movies (32473)
Foreign comedies (4426)
Foreign Documentaries (5161)
Foreign Drama (2150)
Foreign horror movies (8654)
Foreign Scientist and Fantasy (6485)
Foreign Thrillers (10306)
Romantic foreign movies (7153)
African Movies ( 3761 )
Movies in Australia (5230)
Belgian films (262)
Korean Movies (5685)
Latin American Movies (1613)
Movies from the Middle East (5875)
New Zealand Movies (63782)
Russian (11567)
Scandinavian films (9292)
Southeast Asian Movies (9196)
Spanish Movies (58741)
Greek Movies (61115)
German Movies (58886)
French films (58807)
Eastern European movies (5254)
Dutch films (10606)
Irish films (58750)
Japanese films (10398)
Italian Movies (8221)
Indian films (10463)
Chinese Movies (3960)
British Movies (10757)
Horror Movies (8711)
Horror Movies B (8195)
Characteristics of the Creature (6895)
Cult Horror Movies (10944)
Deep Sea Horror Movies (45028)
Foreign horror movies (8654)
Comedy of horror (89585)
Monster Movies (947)
Slasher Movies and Serial Killer (8646)
Supernatural Horror Movies (42023)
Cry of Teenagers (52147)
Vampire horror movies (75804)
Lobisome Horror Movies (75930)
Zombie Horror Movies (75405)
Satanic Tales (6998)
Independent Movies (7077)
Experimental films (11079)
Indie Action & Adventure (11804)
Independent Thrillers (3269)
Independent Romantic Movies (9916)
Indie Comedy (4195)
Independent Drama (384)
Music (1701)
Children's Music (52843)
Country and Western/Folklore (1105)
Jazz and Easy Listening (10271)
Latin Music (10741)
Urban Concerts and Dancing (9472)
World Music Concert (2856)
Rock & Pop Show (3278)
Musical comedy (13335)
Classical Musicians (32392)
Disney Musicians (59433)
Musicians of Showbiz (13573)
Stage Musicians (55774)
Romantic Movies (8883)
Romantic heartbeats (502675)
Crazy Romance (36103)
Independent Romantic Movies (9916)
Romantic foreign movies (7153)
Romantic Drama (1255)
Hot Romantic Movies (35800)
Classic Romantic Movies (31273)
Romantic comedy (5475)
Sci Fi and Fiction (1492)
Science fiction action and fantasy (1568)
Alien science fiction (3327)
Classic sci-fi and fantasy (47147)
Science fiction and fantasy cult (4734)
Fantasy Movies (9744)
Adventures of sci-fi (6926)
Science fiction drama (3916)
Sci Fi Horror Movies (1694)
Sci Fi Thrillers (11014)
Foreign Scientist and Fantasy (6485)
Sports movies (4370)
Sport Comedy (5286)
Sports documentaries (180)
Sports Drama (7243)
Baseball movies (12339)
Soccer Movies (12803)
Boxing movies (12443)
Football Movies (12549 )
Martial arts boxing and wrestling (6695)
Basketball movies (12762)
Sports and fitness (9327)
Thrillers (8933)
Action Thrillers (43048)
Classic Thrillers (46588)
Criminal Thrillers (10499)
Foreign Thrillers (10306)
Independent Thrillers (3269)
Gangster Movies (31851)
Psychological Thrillers (5505)
Political Thrillers (10504)
Mysteries (9994)
Sci Fi Thrillers (11014)
Spy Thrillers (9147)
Steam Thrillers (972)
Supernatural Thrillers (11140)
TV shows (83)
British Television Shows (52117)
Classic TV Shows (46553)
Criminal TV Shows (26146)
Cult TV Programs (74652)
Travel food & TV (72436)
Children's television (27346)
Korean TV Programs (67879)
Mini Series (4814)
Military television programs (25804)
Science and Nature TV (52780)
Action TV and Adventure (10673)
Television comedy (10375)
Television documentaries (10105)
TV Drama (11714)
Horror TV (83059)
Mysteries of TV (4366)
Sci Fi and Fantasy TV (1372)
Reality TV (9833)
TV Programs for Teenagers (60951)

Beli android box sini tgh SALE 👉🏻 https://s.shopee.com.my/AUYPvdKRa5

Nak layar skrin mcm tengok wayang sini 👉🏻 https://s.shopee.com.my/6060ZUucJK

Jangan Lupa Claim Free Shipping 👉🏻

https://s.shopee.com.my/2AtFgGd3sU

Kredit: Michelle Souza Tudella

Photos from Teknik Max Simpanan's post 12/05/2024

Ni partime real, bukan berniaga atau cari sale ya kekawan.

Guna ni utk yg cari: https://shope.ee/7f20PI4A89

Syarat dia simple, kena ada IC dan lesen sahaja. Kerja mudah, korang just amek kereta sewa hantar ke customer ATAU ambil kereta yang dah disewa bawa ke tempat asal. Atau nak lebih lagi, jadi personal driver hanya untuk beberapa jam jer.

Kalau amek job malam lagi masyuk sebab ada insentive. Pastu ada shuttle yang akan ambil korang selepas selesai job. Biasanya 1 job dibayar dalam RM19-RM40 depend lokasi kita nak anta. Kalau korang isi minyak, dorang akan bayar balik duit korang tu dan kasi extra lagi 10%..

Nama apps ni Dash, mula2 saya malas nak amek tau, bila dah try macam terjebak p**ak haha. Sebab senang giler. Baru dapat 3job kelmarin.. Start 8am-11am dah dapat RM107.. So sape nak try blh la try, install jer apps Dash dan masukkan code referal saya ni 5X3F6E, tak nak masuk pun xpe, kalau masukkan lagi bagus, korang akan dapat RM50 dari referal code tu nanti. Atau guna link saya share ni lagi mudah.

Hi kawan! Register your Dash account with my referral code: 5X3F6E to earn your first RM50 with your first Dash job today! https://deeplink.dashnow.my/QozCb4Q8exb

So semoga bermanfaat.

Kredit info to owner

12/05/2024

CARA KENAL ORANG KAYA❓

Nak kenal orang kaya, bukan tengok kopi apa yang dia minum, bukan tengok kereta apa yang dia pakai. Itu semua boleh jadi sekadar simbol kekayaan palsu.

Sebaliknya kena tengok cara dia berfikir (mindset). Yang membezakan seseorang itu ialah cara dia berfikir (mindset). Apa yang kita fikir, itulah yang akan mencorakkan kehidupan kita.

Cuma kita tak benar-benar faham cara orang kaya berfikir, melainkan kita dah jadi sebahagian daripada mereka. Ataupun bakal jadi sebahagian daripada mereka.

Hanya orang kaya mudah kenal sesama orang kaya.

Orang yang benar-benar kaya tahu siapa orang kaya sebenar, dan siapa yang sekadar berlakon kaya.

Bukan sahaja dalam bab kekayaan, dalam apa bidang sekalipun, kita akan kenal mereka yang sama bidang dengan kita.

Bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam.

Doktor kenal sesama doktor, walaupun dia tak berpakain dan tak perkenalkan diri dia sebagai doktor.

Kaki bola kenal sesama kaki bola.

Kaki main kereta kenal sesama kaki kereta.

Orang hartanah kenal sesama orang hartanah.

Kita bukan kenal daripada apa yang dia pamerkan, tapi apa yang keluar dari mulutnya.

Sebab apa yang keluar daripada mulutnya, itulah cerminan apa yang ada dalam fikirannya. Mindsetnya, dan ilmunya.

Nak kenal tahap kekayaan seseorang pun macam tulah juga...

Yang nampak mewah, belum tentu kaya. Yang kaya belum tentu pilih hidup mewah.

Nak kenal orang kaya, perhatikan apa yang keluar dari mulutnya, dan juga sikapnya.

Walaupun kita tak tahu berapa jumlah harta bersihnya, tapi kita boleh agak tahap kekayaan seseorang itu berdasarkan;

Apa yang keluar dari mulutnya, topik apa yang dia s**a bercakap, apa perkataan yang sering dia gunakan, sudut pandang dia pada sesuatu perkara, khususnya tentang kekayaan...

Dan yang bagaimana dia bawa dirinya...

Great people talk about ideas.
Everage people talk about event.
Negative people talk about other people.

Orang kaya s**a bercakap tentang idea dan masa depan. Dia sentiasa fokus macam mana nak jadikan diri dia (dan mereka yang di bawah tanggungjawab dia) lebih baik.

Dia rimas bercakap perkara yang tak mengubah apa-apa. Apatah lagi bercakap tentang orang lain. Bagi dia, "masa" dia lebih berharga daripada duit yang dia ada.

Itulah sebab kenapa orang kaya ada PA (personal assistant) dia sendiri.

PA dia itulah yang bantu filter perkara yang akan membuang masa dia, tolong susun jadual dia supaya dia cuma ruangkan waktu pada perkara-perkara yang bernilai tinggi sahaja. Yang berbaloi bagi dia.

Bukan habiskan waktu pada perkara yang cuma membuang masa.

Orang kaya sentiasa fokus pada "penyelesaian", bukan pada "masalah". Sedangkan orang biasa fokus pada masalah dan melayan masalah. Bahkan mereka 'selesa' layan masalah.

Orang kaya tak anggap "masalah" sebagai "masalah". Mereka anggap "masalah" sebagai "cabaran", bahkan "peluang" untuk jadi lebih baik. Mereka fokus pada apa yang mereka boleh ubah.

Orang lain bercakap tentang politik sekadar nak kecam pemimpin ataupun musuh politik, dan mengeluh tentang politik, orang kaya fikir strategi yang patut dia ambil supaya bisnes dia dapat bertahan sesuai dengan keadaan politik.

Bahkan sentiasa cari peluang supaya bisnesnya jadi lebih baik.

Mereka fokus pada "penyelesaian", bukan pada masalah politik itu sendiri - yang dia pun tak boleh buat apa-apa.

Bak kata seorang billionnaire bernama Bill Britt, "people live at the level of their speech". Kehidupan seseorang itu ialah pada tahap percakapannya....

Jadi kalau nak ubah masa depan, mulakan dengan mengubah apa yang ada dalam fikiran kita. Banyak baca buku, dan joinlah circle (rakan pegaulan) yang betul.

Kalau kita fikir apa yang orang kaya fikir, dan buat apa yang orang kaya buat, cepat atau lambat kita juga akan dapat apa yang orang kaya dapat.

Kredit: Muhammad Naim

Photos from Teknik Max Simpanan's post 10/05/2024

Baca sampai habis 😢

Sudut cerita kami dari Riyadh dan panjang ceritanya…

Kisah Muhammad Aidil berumur 19 tahun sampai ke Tanah Haram sememangnya hangat dalam dua tiga hari ini. Tidak dilupakan kepada dua suami isteri Rahmat Barbarossa dan Linda Mohd yang ride sepanjang perjalanan dengan beliau.

Perit jerih yang mereka ceritakan membawa kita kepada satu pemahaman tentang tekad dan nekad mencapai cita-cita, bersandar kepada Tawakkal. Saya kongsikan sedikit cerita dari sudut kami di Riyadh.

Menyambut.

Asalnya kami rancang untuk menyambut mereka sekitar 100-200km sebelum mereka memasuki Riyadh. Terdapat 2 laluan utama dari UAE menuju Riyadh, dan saya memberi cadangan supaya melalui Bandar Hofuf yang lebih selamat.

Perjalanan mereka pada sebelah malam (terkandas akibat urusan yang lama di sempadan), memilih laluan gila ‘The Longest Straight Highway in The World’. Laluan lurus ini sekitar 250km dan dikelilingi padang pasir. Saya hanya sedar laluan gila mereka pada waktu subuh, setelah Rahmat berkongsi lokasi di WhatsApp. Mmmg

Terdetik dalam hati tentang kerisauan, kerana saya pernah lalu jalan itu dulu dan sedar tentang risiko.

Dalam pukul 10.30 pagi saya mendapat WhatsApp dari Aidil. Motornya rosak dan mereka mencari bengkel terdekat untuk baiki masalah motor. Di sini tidak ada bengkel khusus untuk kapchai, dan saya tidak memberi sebarang jawapan. Saya hanya bertanya tentang apa jenis kerosakan pada motor Aidil.

Tepat pukul 1 tengah hari, Aidil sampai dulu. Dalam hujan dan motornya berada di atas trak pickup, seorang lelaki Pakistan memberi tumpang kepada Aidil dari lokasi rosak hingga sampai ke rumah kami. Jaraknya lebih kurang 200km.

Waktu kali pertama lihat motor Aidil, kami hampir jatuh air mata. Keadaan yang serba daif. Saya menjemput masuk ke rumah sambil menunggu Rahmat dan Linda sampai.

2 jam kemudian, Rahmat dan Linda sampai dengan selamat dalam meredah hujan.

Keadaan motor.

Keadaan motor Modenas Kriss yang Aidil tunggang sangat meruntun hati.
1. Tiada brake depan dan belakang
2. Cover set pecah
3. Tongkat diikat dawai ke swing arm
4. Throttle jammed akibat masuk pasir
5. Tiada side mirror (cermin pecah)
6. Tayar depan bocor berpaku
7. Fork bengkok

Bayangkan, Aidil ride motor tersebut dalam keadaan yang sebegitu. Brake lever depan patah dari Pakistan. Brake belakang habis sejak dari Iran.

Throttle minyak jammed dalam perjalanan menuju Riyadh. Bila dip**as, bergerak side mirror motornya.

Beliau jatuh motor pada malam sebelum ketika melalui ‘The Longest Straight Highway in The World’ menuju Riyadh. Rahmat dan Linda lah yang sentiasa ada dan membantu.

Pemijak brake belakang motor Kriss telah bengkok ke belakang foot rest. Bayangkan lah sendiri…

Cabaran.

Setelah mereka bertiga duduk bersama, kami mendengar rancangan mereka untuk singgah sebentar di Riyadh hanya untuk membaiki motor Aidil dan terus bergerak menuju Mekah akibat kekangan masa.

Dan kami sekat rancangan mereka.

Hari itu cuaca agak menggila, hujan lebat yang panjang dan ribut pasir dijangka sampai sekitar pukul 3 petang. Kami tidak dapat melepaskan mereka pergi dan memujuk mereka untuk bermalam dulu.

Setelah setuju, kami duduk bersama dan cuba cari jalan selesai untuk masalah motor Aidil. Pada masa yang sama motor Rahmat dan Linda tiada apa-apa masalah.

Yang lebih parah, kami tiada tools yang cukup untuk buka dan baiki motor Aidil. Jadi keputusan nya terus ke kedai beli set tools yang lengkap untuk baiki motor Aidil.

Pada sebelah malam, kami mulakan proses gila membuka motor Aidil. Throttle yang lekat itu kami cuba tengok apa masalah sebenar. Apabila dibuka, rupanya berpunca dari flap karburetor sambungan kabel minyak. Rahmat membuka setiap satu bahagian karburetor dan terus membuat servis. Dicuci setiap bahagian dan kami dapati terdapat pasir terkumpul di dalamnya.

Brake lever yang patah kami gantikan dari part superbike, dah lama bertahun saya beli dan tersimpan. Rupanya brake lever tu rezeki motor Aidil. Tentu sekali saiznya tidak sama, kami ukur dan buat perbandingan dengan tapak asal. Kami bawa ke kedai basikal dan potong menggunakan mesin. Dua kali kami ke kedai tersebut demi mendapatkan ukuran yang tepat, dan kali kedua itu kami bawak terus motor Aidil ke sana.

Juga lelaki Pakistan yang membantu kami menyelesaikan masalah. Bayaran SAR 20 untuk potong brake lever menggunakan mesin dan selebihnya adalah percuma.

Tayar depan yang bocor ditampal, brake belakang juga diservis ala kadar.

Risau.

Walaupun motor Aidil telah dibaiki, tidaklah sepenuhnya. Risaunya tetap ada, risikonya tetap tinggi.

Lebih kurang pukul 11 malam telah selesai semua hal motor. Saya cuba ride motor Aidil, untuk dapatkan gambaran sedikit tentang motornya sebelum perjalanan jauh.

Macam-macam yang saya fikirkan, semuanya tentang risau. Kalau motor tu rosak lagi, kalau dia jatuh motor lagi, kalau ada masalah lain p**ak macam mana..

Tapi, semuanya berbalik kepada Tawakkal. Kami berpesan kepada mereka bertiga supaya tidak malu dan segan untuk memberitahu kami di sini sebarang masalah dalam perjalanan nanti.

Tak pernah kami serisau ini waktu berjumpa dengan overlander-overlander lain sebelum ni.. Untuk Aidil, kami sangat risau..

Syukur.

Mereka sambung perjalanan keesokkan harinya. Sebelum keluar dari Riyadh, mereka mendapat jemputan ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh untuk jamuan tengah hari.

Kami iring mereka sehingga ke stesen minyak, dan mereka meneruskan perjalanan.

Syukurnya kerana mereka masih berhubung dan memberi update sepanjang perjalanan sehingga mereka singgah di hentian R&R dan bermalam.

Syukurnya kerana di hujung-hujung, mereka masing-masing sampai ke destinasi dengan selamat..

Syukur itu kita kembalikan kepada Allah, kerana temukan kami dengan mereka. Dapat kami belajar sesuatu tentang perjalanan dan kehidupan.

Jemput.

Sebelum mereka bertolak, kami telah maklumkan kepada sahabat Nasruddin Nawi di Madinah bahawa Aidil akan sampai lewat malam.

Kami mintak kepada beliau untuk berjaga dan tunggu sehingga Aidil sampai. Manakala Rahmat dan Linda dalam perjalanan turun dari Miqat menuju Mekah..

Masing-masing menunggu dengan penuh gelisah, hotel telah dibooking dan sususan program telah dirancang.

Akhirnya pukul 2 pagi, Aidil sampai dengan selamat. Kami terima WhatsApp dari Aidil dan sahabat di Madinah sebagai pengesahan.

Terima kasih pada sahabat di Madinah yang sudi tunggu dan sambut beliau di sana.

Sebenarnya banyak lagi ceritanya dan kami tak mampu nak kongsikan semua. Diharap mereka semua tidaklah serik untuk singgah lagi ke Riyadh selepas ini.

Kami hanya bantu setakat terdaya, mengikut kemampuan. Selebihnya kita serahkan kepada Allah untuk bantu mereka kerana yang sebenarnya mereka semua adalah tetamu Allah.

Saya sendiri telah kehilangan adik pada tahun lepas, jadi kami jaga dan pantau Aidil seperti adik kami sendiri. Juga kepada Rahmat dan Linda, seperti saudara kami sendiri..

Diharap kepada semua yang membaca tulisan
panjang ini yang bercita-cita ke Mekah dan Madinah melalui jalan darat, sudi-sudilah singgah di Riyadh. Kami pasti akan menunggu dan menanti anda, kerana kami juga ingin tumpang berkat doa para musafir ke rumah Allah.

Terima kasih kepada semua yang terlibat, dan tahniah kepada Aidil, Rahmat dan Linda!

Oleh : Cput Nakal

Photos from Teknik Max Simpanan's post 07/05/2024

Baru-baru ni, terbaca pasal SPRM nak mulai bongkar skandal di Pejabat Tanah.

1. Saya sebetulnya, dalam menyampah, bersetuju usaha ini diteruskan. Menyampah sebab kemain lama luka ini dibiar berdarah, sampai tergadai ribuan hektar. Gila. Menyokong p**ak, sebab, kalau tak dibuat sekarang, 100 tahun lagi belum tentu ada yang nak mulakan.

2. Benda bukan baru, and not from out of blue. Dah berdekad dan bergenerasi dia menipu, baru nak bukak mata. Pengkhianat tu, jangankan dah pencen (rujuk gambar tu), yang dah mati pun ada (saya tak guna perkataan 'meninggal'). Punyalah lama dia buat kerja, sampai cucu cicit dia semua dapat tanah free.

3. Selain tukar status, tukar saiz pun ada, sempadan beralih pun ada. Kita punya juruukur kasi pelan terkini, gambar pakai satelit pakai dron, bukan pakai burung. Barulah tahu, ada rumah-rumah jiran yang dah berdekad-dekad langgar sempadan. Kata mereka, pejabat tanah dalam kocek dia. Bana betul.

4. Ada kes tu, orang kampung dah 3 generasi duduk tanah rizab, kerajaan kasi tumpang. Lepas tu, datang berita gembira kerajaan negeri nak bagi geran. Bila tiba hari geran, nama dia tak muncul. Bila check, rupanya tanah tu ada owner sejak 1942. Aik? Macam mana tanah rizab tetiba ada owner? Rupanya pengkhianat letak nama nenek moyang dia, so nanti dapat geran baru kat dia.

5. Pengkhianat p**ak tak kenal warna kulit, jangankan hukum hakam agama. Tapi bab hukum dunia NambaWan. Dia bertuhankan duit, jadi jangan cakap pasal Melayu, bumi or non bumi, walau China dari tanah besar sekalipun, asalkan berduit, ONNN JE.

6. SPRM pergi siasat sekali, macam mana orang yang IC MERAH dan tak BERMYKAD, boleh dapat tanah FREE?? Free makna kata, alih tanah orang di kiri sikit, tanah di kanan sikit, tiba-tiba CHING!! Lahir geran baru kat tengah-tengah tu. Magik. Pernah dengar idea pasal 'tanah poket'? Orang lama banyak tahu cerita ni.

7. Takkan tak tahu, si pengkhianat siap mengaku ada kabel sultan/YDP (dia lah mengaku), dapat perlindungan lagi, berani ke kita nak fight? Ini paling pasrah rakyat nak perjuang. Akhirnya, kepada Yang Maha Kuasa dan Perkasa jualah kami panjatkan harapan.

8. Apa polis boleh buat? Inspektor datang ke lokasi kejadian dua pihak bertelagah, cuma sebagai perantara dan pemerhati. Kata polis, "Ini cuma isu sivil, bukan isu jenayah. Kalian bincanglah baik-baik, saya akan mengawasi." Saya macam, WHATT?? Baru saya tahu alihkan batu sempadan tu cuma kesalahan sivil? CUMA? Habis tu, apa guna ada Kanun Keseksaan Seksyen 188, 378, 406, 415, 420, 441... apa lagi, mohon tambah.

9. Marhaen ni, sekeping resit pun takde, tiba-tiba si pengkhianat depan mahkamah kemain berkepuk-kepuk dokumen dia boleh ada. Tiba-tiba dia ada bukti surat reminder/notis keluar, notis ajak sign agreement, notis bukti kehadiran/pendengaran, surat ajak ukur tanah semula, surat perintah itu arahan ini, eh semua suratlah dia ada. Makcik yang jadi mangsa ni terpinga-pinga, "Aik, apasal dia hantar berkepuk-kepuk surat tu, satu pun aku tak terima?" Padahal, makcik tu last dokumen dia ada mungkin sekeping resit RM1 dia pergi Klinik Kesihatan tu je lah.

10. Berani ke rakyat nak fight, baru borak-borak dengan lawyer, nak kena belanja dia ngeteh RM5 paling koman. Lawyer cakap, "Makcik kalau ada RM200k, boleh kita fight, sebab kes ni kena gi Mahkamah Tinggi. Bukan libatkan daerah je ni, negeri pun kena sekali. Libatkan pegawai tertinggi dan orang kenamaan ni." Padahal tanah yang dia kena tipu tu, value RM150k pun tak jejak lagi.

11. Awal-awal lawyer dah bagi hint, "Nak bukak fail saja kena standby RM8k." Sedih kan jadi kat makcik tu? Itu pun, RM5 yang makcik ni ajak ngeteh (tapi makcik pun tak minum sekali), terkial-kial makcik tu menguis-nguis handbag dia carik RM5.

12. Satu je yang buatkan makcik tu sangat-sangat kecewa. Makcik tu menyesal tak suruh anaknya belajar tinggi-tinggi sampai jadi lawyer tanah. Tak pun, makcik tu suruh je anak dia jadi artis. Senang sikit anaknya jadi macam Amar Baharin, boleh sembur pakai media sosial sampai heboh satu malaya.

Yang cadang anak-beranak Haslam buat movie Sheriff pasal PTG (pejabat tanah), mama maunyee.. lagipun jenayah PTG ni mana pakai bahan letup-letup, peluru terbang sana-sini. Depa pakai pen, sain, dan kaya. Baik buat filem Tanah Kubur, kasi berdarah liang lahad dia, kasi tsunami tanah kubur dia.

Kredit: AL IRFAN JANI

Want your business to be the top-listed Finance Company in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Game yang mengimbau kenanganKorang order sini je tak sampai RM30 pun. Murah yakmat! Dulu bukan main mahal nya. https://g...
Pertama kali min tengok rupa kepingan salji di bawah mikroskop dan perbezaannya antara satu sama lain. Keunikan partikel...
👀 Clueless.... Hampa sepatah dua kata..
MASUK SINI (BRIEFING PAIR GOLD/XAUUSD)
MASUK SINI (BRIEFING PAIR GOLD/XAUUSD)
MASUK SINI (BRIEFING PAIR GOLD/XAUUSD)
MASUK SINI (BRIEFING PAIR GOLD/XAUUSD)
mention you MASUK SINI (BRIEFING PAIR GOLD/XAUUSD)
MASUK SINI (BRIEFING PAIR GOLD/XAUUSD)
Sofa Raya 👇👇👇https://invl.io/clh696g#viralreels #mantapbetul #raya
Penampal Dinding Dirumah👇👇👇https://invl.io/clh65ec#viralreels #mantapbetul

Address


Kuala
21300

Other Kuala finance companies (show all)
BOOST Syamimi BOOST Syamimi
Jalan Sultan Sulaiman
Kuala, 20200

Sistem Tanpa Tunai Ewallet Dan Bank QR Untuk Semua Jenis Peniagaan Atau Di Kenali Sebagai Cashless.P

𝗙𝗕𝗦 𝗣𝗿𝗼 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗶𝗻𝗴
𝗙𝗕𝗦 𝗣𝗿𝗼 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗶𝗻𝗴
L2, Jalan ML16, Kawasan Perindustrian ML16, Bakalong
Kuala, 43300

� JAMINAN KESELAMATAN 100%

AIA Takaful Advisor - Norafadilah AIA Takaful Advisor - Norafadilah
Batu Burok
Kuala, 20400

AIA Takaful

Find infocash resources Find infocash resources
PT 4010-1, Block C, Kedai Jalan Pejabat, Kampung Ladang Tok Pela
Kuala, 20000

PINJAMAN PERIBADI KEPADA SEKTOR KERJAAN & SWASTA COVER SELURUH AREA TERENGGANU, KUANTAN & PAHANG.

Nur Zakirah Nur Zakirah
Kuala

I AM FULLTIME FINANCIAL CONSULTANT WITH ETIQA FAMILY TAKAFUL BERHAD.

Athan-Thewill 财富传承规划师 Athan-Thewill 财富传承规划师
No. 1, Jalan PJU 8/5A, Bandar Damansara Perdana
Kuala, 47820

The Will 提供一站式线上遗嘱规划,信托,资产保障规划, 理财规划的财富传承系统。 只需要30-60 分钟就能完成。 TheWill营销创业平台,培育了超过2500全方位专业遗产规划师。

Claim bonus wallet Claim bonus wallet
Block E-7-1, Jalan GC4, Glomac Cyberjaya
Kuala, 63200

Claim bonus wallet guna terima bonus

Syarikat Pinjaman Utara Syarikat Pinjaman Utara
Jalan Utama Simpang Kuala
Kuala

Syarikat kami adalah sebuah syarikat pinjaman berdaftar dibawah KPKT sejak 2013.

Kredit Komuniti BMT JAYA Kredit Komuniti BMT JAYA
No 133-a , Mezzaine Floor, Jalan Sultan Zainal Abidin
Kuala, 20000

BMT JAYA SDN.BHD. PEMBERI PINJAMAN WANG BERLESEN

Melaka express loan Melaka express loan
Kuala, 45500

🦾Top coway🦾live A Healthy way with coway# FREE Pendaftaran&pemasangan Seluruh Malaysia#promosicoway

BSN Terengganu - Pembiayaan Kewangan BSN Terengganu - Pembiayaan Kewangan
11, Jalan Kota Lama
Kuala, 20300

- Kakitangan Kerajaan,Negeri,Badan Berkanun,Intitusi Kewangan,Petronas Group. TETAP / KONTRAK