Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI)

Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI)

Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) adalah sebuah institusi pendidikan tinggi bertaraf un Link Sumbangan KUDQI
https://kliksini.my/BantuKUDQI

22/12/2023

Kelebihan bersedekah amat luas,

kejarlah hingga kita merasai kelebihannya

jika bukan didunia,diakhirat itu pasti

20/12/2023

Thalhah bin Ubaidillah, Sahabat Yang Dijamin Syurga

Sekilas sejarah Islam, Thalhah merupakan antara sosok pertama yang berjaya memasuki Islam (Assabiqun al-Awwalun).

Walaupun mendapat tentangan dan seksaan dari kaum keluarga, pendirian Thalhah untuk memeluk agama Islam tidak pernah berubah.

Sebelum menjadi pejuang di medan perang, Thalhah bin Ubaidillah yang datang dari suku kaum Quraisy merupakan seorang pedagang yang berjaya dan bijak.

Ketika sedang berdagang di Syam, Thalhah mendengar ucapan dari pendeta Bushra tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai penutup para nabi sebelumnya.

Peristiwa ini telah membuatkan Thalhah mengucapkan 2 kalimah syahadah di hadapan Rasulullah SAW dan memeluk agama Islam selama-lamanya.

Kerana sifat kesetiaannya kepada Nabi Muhammad SAW ketika dalam peperangan, Thalhah juga turut dikenali sebagai perisai Rasulullah SAW di dalam Perang Uhud dan Asy-Syahidul Hayy (Syahid yang Hidup).

79 bekas luka tus**an pedang, tombak dan panah yang memenuhi tubuh badan beliau menjadi bukti kesetiaan Thalhah dalam menyelamatkan Baginda SAW dari serangan musuh-musuh kafir.

Thalhah telah wafat pada usia 60 tahun, ketika dalam peperangan Jamal. Beliau telah dijamin syurga oleh Rasulullah SAW melalui sabda Baginda, “Thalhah berada di syurga...” [HR Tirmidhi]

18/12/2023

Orang yang hebat disisi Allah selalunya akan diuji

Benarlah dunia ini medan ujian ,
lepaskah kita dengan ujian dengan hati yang redha?

17/12/2023

Tanpa anda pembinaan kami tidak dapat disiapkan

Bantu kami realisasikan pembangunan yang sempurna untuk kegunaan pelajar KoleJ Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI)

15/12/2023

Jumaat 2 Jamadil Akhir 1444H

Kita hampir menuju ramadan.

Apakah persiapan amal kita menuju ramadan?

Ayuh bersama menderma bersama KUDQI dan istiqamah hingga ke akhirnya

13/12/2023

Setia Pada Doa

Ada orang doanya terus makbul. Ada juga, doanya yang lambat dimakbulkan.

Jangan khuatir, kerana doa yang dipohon akan dimakbulkan dalam keadaan dan masa yang sesuai dan tepat.

Allah SWT knows best what the best for you.

Teruskan berdoa dengan bersungguh-sungguh.

Dia hanya mendatangi dan memakbulkan doa yang setia meminta walau belum terkabul jua.

Insya-Allah, one fine day, doa kita termakbul dengan cara yang tak disangka-sangka.

Ustaz doakan, segala doa yang dipohon oleh para penyumbang budiman, dikabulkan satu persatu oleh Allah SWT.

11/12/2023

Counting Days to Ramadan 2024

Alhamdulillah, berbaki 90 hari lagi menuju Ramadan, Tuan Puan sudah bersediakah untuk menghadapi malam-malam yang bermakna ini?

Disini, kami kongsikan juga beberapa persiapan kendiri untuk menyambut Ramadan yang dirindui. Moga bermanfaat untuk semua. 🤲🏻

• Latih diri untuk tidur awal dan bangun awal, 30 minit sebelum waktu Subuh.

• Memperbanyakkan zikir di selang waktu. Mungkin juga Tuan Puan boleh tetapkan ‘Wallpaper’ zikir di paparan telefon bimbit dan komputer riba sebagai peringatan.

• Berlama-lama dengan Al-Quran sama ada melalui bacaan ayat Al-Quran, menghadiri kelas tafsir atau membaca buku-buku berkaitan Al-Quran untuk memupuk rasa cinta kepada Al-Quran.

• Berazam untuk kurangkan/tinggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat.

• Berazam untuk mendekatkan diri dengan masjid. Mulakan dari sekarang, agar tidak kekok ketika bulan Ramadan nanti.

• Menyemak semula hukum-hakam berkaitan ibadah puasa di bulan Ramadan.

• Menjaga kesihatan diri dengan baik agar apabila masuknya bulan Ramadan nanti, kondisi badan kita kekal aktif dan bertenaga.

• Menghidupkan suasana Ramadan di rumah bersama ahli keluarga.

• Rencanakan kembali target Ramadan.

30/11/2023

Menangis karena berkorban itu lebih manis daripada menangis karena kesalahan
-Hanan Attaki-

29/11/2023

Sokongan Menguatkan Ummah

Teruskan berdoa untuk saudara Islam kita di bumi G4Z4.

75 tahun mereka berjuang demi hak tanah yang kekal.

75 tahun juga mereka ditindas, dijajah fizikal dan mental.

Setiap hari jugalah mereka dihujani dengan kematian dan serangan bom yang tidak henti.

Kesenangan kita disini, impian mereka di sana.

Inilah masanya, kita bersama mereka.

Sekalipun kita tidak mampu berjuang bersama mereka secara fizikal atau menyalurkan bantuan kewangan di saat ini, maka rebutlah peluang yang ada ini untuk sama-sama menadah tangan, memanjatkan doa serta bantu sebarkan mesej yang bermanfaat.

Semoga Allah SWT merahmati setiap usaha kecil kita ini. Insya-Allah.

28/11/2023

1001 Sebab Perlunya Kita Berfikiran Positif

“It is easier said than done...” tapi percayalah, dengan berfikiran positif, ianya dapat membantu kita mengatasi masalah tekanan dan mengawal urusan hidup kita dengan baik.

Selalunya, bila kita menghadapi tekanan yang melampau, kita lebih terdedah kepada banyak penyakit seperti, serangan jantung, darah tinggi dan kemurungan.

Yang paling ditakuti, jika fikiran yang pesimis ini mampu mempengaruhi gaya hidup dan komunikasi kita.

Silap hari bulan, apa yang kita usahakan dari awal, hilang begitu saja kerana tidak minda yang tidak positif.

Maka, hargailah nikmat akal yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan sebaiknya, jika salah pandu, ianya akan menuju kepada keburukan.

, Think Positive, Talk Positive, Feel Positive

27/11/2023

Sumbangan anda amat kami harapkan

Teruskan bersama kami

24/11/2023

Hari yang baik untuk bersedekah

21/11/2023

Sedekah yang baik

19/11/2023
17/11/2023

Jangan sesekali putus asa dalam beribadah kepada Allah

15/11/2023

Kadang - kadang inilah yang jarang dan susah kita lakukan di dunia namun di syurga kelak ia menjadi amalan bagi hambanya

13/11/2023

Contohi Saidina Nuaiman, Sahabat Nabi Yang Sering Berjenaka

Keadaan dunia hari ini memaksa kita untuk menjalani kehidupan dengan keterpaksaan.

Makanya, kita perlu lengkapi lika-liku perjalanan dunia dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan agar tiada rasa penyesalan di kemudian hari.

Seperti Saidina Nuaiman, yang sering membuatkan Baginda SAW tertawa dengan lawak jenakanya.

Telah diceritakan karakter Nuaiman, adalah seorang sahabat yang s**a mengusik sesiapa pun yang dijumpainya termasuklah Nabi Muhammad SAW.

Bayangkan, kisah Saidina Nuaiman yang berjaya menjual sahabatnya di Syam sehinggakan Saidina Abu Bakar terpaksa membeli semula sahabatnya tadi.

Hasil dari menjual sahabatnya itu, Saidina Nuaiman membeli makanan dan minuman serta hadiah untuk Rasulullah SAW.

Kisah Nuaiman ini diceritakan kepada Nabi Muhammad SAW, lalu Baginda SAW tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.

Erti kata lain, kisah Saidina Nuaiman boleh dijadikan pedoman untuk kita terus berbahagia walaupun dilanda ujian.

07/11/2023

[TAHNIAH & SELAMAT BERGRADUASI]

Warga Kudqi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Ustazah Hamidah binti Harun, Pensyarah Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) atas kejayaan menyempurnakan pengajian dan memperoleh Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam majlis konvokesyen yang telah berlangsung pada 5 November 2023.

Tajuk kajian tesis beliau ialah: “Garis Panduan Pembubaran Perkahwinan Berasaskan Darar Kecacatan Seksual di Malaysia”.

Meskipun jadual terlalu padat dengan kerja-kerja dakwah, jemaah, masyarakat dan keluarga, komitmen dalam menuntut ilmu tetap diperjuangkan.
............

Semoga PAS dapat melahirkan lebih ramai para ilmuwan yang dapat memberi manfaat dan khidmat bakti kepada seluruh masyarakat dan jemaah.

Semoga kejayaan ini memberi 1001 inspirasi kepada umat dan terus cemerlang dunia akhirat

Siiru ‘ala barakatillah

06/11/2023

"“Alhamdulillah, Semua Berjalan Lancar...”

Hari ini, kami ingin berkongsi 1 berita gembira khusus untuk penyumbang KUDQI yang dikasihi.

Hujung bulan lepas, kami telah berjaya menyiapkan pembinaan longkang belakang bangunan asrama KUDQI yang baru.

Walaupun masih ada baki pembinaan longkang yang perlu diteruskan, namun kejayaan kecil ini telah memberi makna besar kepada kami semua.

Insya-Allah, kami akan manfaat amanah Tuan Puan untuk keselesaan pengajian anak-anak pelajar disini.

Doakan urusan kami menyiapkan pembinaan longkang bahagian depan bangunan dipermudahkan Allah. Aamin ya Rabb.
"

Photos from Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI)'s post 03/11/2023

Selamat datang ke Kudqi

02/11/2023

Hanya di Kudqi..Jom daftar di Kudqi..spm pun dapat diploma pun dapat.Inshallah..

30/10/2023

Tawakal, Puncak Segala Harapan

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” [QS Ath-Thalaq, ayat 3]

Pada akhirnya nanti, akan sampai satu masa, kita akan berserah dan bertawakal, kerana sekeras apapun kita memaksa keadaan itu, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Ustaz doakan semua para penyumbang KUDQI sekalian, diberi kemudahan dalam setiap urusan hidup.

Usaha, doa dan tawakal.

3 kunci kepada kesempurnaan hidup sebagai mukmin sejati. Jom bertawakal.

29/10/2023

Siapakah Pemuda Yang Sering Disebut Rasulullah SAW?

Tidak disangkal lagi, kisah Uwais Al-Qarni (Pemuda Terkenal Di Langit) sering dijadikan tauladan dalam beberapa hal zuhud dan takwa dalam kalangan kaum Muslimin.

Uwais Al-Qarni merupakan golongan tabi’in yang hidup pada zaman Nabi Muhammad SAW namun tidak pernah bertemu dengan Baginda.

Hal ini terjadi kerana beliau tidak berpeluang menziarahi Baginda SAW di Madinah, dan perlu segera pulang kerana teringat pesan ibunya yang menyuruh beliau untuk pulang ke Yaman dengan pantas.

Untuk pengetahuan semua, Uwais merupakan sosok pemuda yang soleh dan sangat memuliakan ibunya yang sudah tua dan uzur.

Walaupun menghadapi penyakit sopak, Uwais berusaha memenuhi setiap permintaan ibunya meskipun hidup dalam serba kekurangan.

Antara bukti cinta beliau kepada ibunya yang terbesar adalah ketika mana Uwais menggendong ibunya di belakang, berjalan melewati pasir tandus yang panas dan kering menuju tanah Makkah untuk menunaikan ibadah haji.

Beliau juga yang memangku tangan ibunya untuk pulang semula ke Yaman, meninggalkan kota Makkah.

Mudah-mudahan semua penyumbang kami terinspirasi dengan kisah Uwais Al-Qarni yang setia berbakti kepada kedua ibu bapa selagi hayat masih ada.

Photos from Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI)'s post 28/10/2023

Jemput singgah di booth Kudqi di Konvokesyen pagi esok di Kompas.

26/10/2023

Carilah amalan yang membawa pahala berterusan

Amalan Jariah bersama KUDQI

25/10/2023

Ucapan dari Pengerusi Majlis KUDQI.Selamat bergraduasi kepada mahasiswa dan mahasiswi KUDQI dan KIDU.

25/10/2023

“Kata-Kata Itu Satu Doa...”

Sememangnya kita tidak akan terlepas dari berbicara setiap masa.

Bayangkan, berapa ribu patah perkataan yang kita ucapkan dalam masa sehari...

Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Hari ini, kami bakal kongsikan beberapa adab dalam berkomunikasi, tidak kira sama ada secara bersemuka atau di media sosial.

1 – Memulakan dengan memberi salam.
2 – Menggunakan perkataan yang baik-baik
3 – Berinteraksi mengikut keperluan (Jika benar-benar penting dan bermanfaat)
4 – Sopan dalam percakapan
5 – Tidak berbohong dan menyakiti orang lain
6 – Menggunakan nada suara tidak terlalu perlahan atau terlalu kuat

Semoga bermanfaat untuk kita semua, kerana lisan adalah penampilan luar kita.

24/10/2023

Semoga dipermudahkan urusan oleh Allah.

24/10/2023

Menjemput rezeki dari Allah banyak caranya terutama dalam membantu agama Allah

Photos from Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI)'s post 23/10/2023

Sekitar memori penghantaran mahasiswa Kudqi ke Universitas Serambi Mekah,Aceh.

Photos from Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI)'s post 23/10/2023

Sekalung penghargaan buat semua pensyarah Kudqi yang membuat pembentangan diperingkat antarabangsa iaitu Al Fadhil Ust Syed Amni Syed Mohamed,Al Fadhil Ust Abdul Fatah Zakaria dan Dr Hamidah Harun di Universiti Serambi Mekah Aceh yang bertemakan “Dimensi Pengetahuan Pendidikan Agama Islam Dalam Menghadapi Tantangan Global”

23/10/2023

6 Hari Lagi. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua 🤲🏻

Photos from Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI)'s post 23/10/2023

Alhamdulillah selesai menghantar pelajar Batch Pertama yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universitas Serambi Mekah Aceh

23/10/2023

“Sedekah tidaklah mengurangi harta.” (HR. Muslim)

22/10/2023

Tuan Puan Tahu Tak Yang Kita Dah Masuk Bulan Rabiul Akhir?

Makna kata, tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk kita memasuki bulan Ramadan akan datang.

Tentunya, kita perlu mula persiapkan diri kita dengan sebaiknya.

Agar Ramadan akan datang lebih bermakna dari Ramadan yang dilalui tahun ini.

Walaupun tiada anjuran amalan yang khusus, namun kita digalakkan untuk membuat amal kebaikan secara berterusan.

Ayuh, manfaatkan bulan mulia ini untuk perbanyakkkan doa, zikrullah, sedekah serta sunnah Rasulullah SAW yang lain.

Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.

Kebetulan, kami sedang mencari dermawan yang inginkan pahala berpanjangan.

Seandainya Tuan Puan tergerak hati untuk mengimarahkan bulan Rabiul Akhir ini dengan sunnah, boleh segera salurkan sumbangan ke Tabung Dana Pembangunan KUDQI sekarang.

Insya-Allah, kami tidak akan sia-siakan amanah yang diberi. Moga menjadi asbab, kita dipertemukan dengan bulan Ramadan yang akan datang.

20/10/2023

Hari Jumaat tiba jangan lepaskan peluang ini

19/10/2023

Tuntutlah ilmu tanpa mengira tahap usia

17/10/2023

Sudahkah anda bersyukur hari ini?

30/09/2023

Ayuh kenali Rasululllah SAW

Tak kenal maka tak cinta terhadap insan teragung ini

Want your university to be the top-listed University in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Orang yang hebat disisi Allah selalunya akan diuji Benarlah dunia ini medan ujian , lepaskah kita dengan ujian dengan ha...
Kebergantungan  tinggi seorang hamba kepada Allah,Allah tidak akan mengecewakannya

Telephone

Website

Address


Kubang Lembek, Manir
Kuala
21200

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Sunday 08:30 - 16:00

Other Colleges & Universities in Kuala (show all)
Penerbit UMT Penerbit UMT
Penerbit UMT, Aras 2 Bangunan Canselori
Kuala, 21030

Menjana Khazanah Ilmuwan

Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA
Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA
Kuala, 21300

Selamat datang ke Pusat Pembangunan Holistik Pelajar UniSZA

Naval Architecture / Senibina Kapal UMT Naval Architecture / Senibina Kapal UMT
Universiti Malaysia
Kuala, 21300

Official page for Naval Architecture Club in Universiti Malaysia Terengganu.

Unisza Mehsza Unisza Mehsza
Jalan Sultan Mahmud
Kuala, 20400

Bachelor of Medical & Health Sciences

Biodiversity Club UMT Biodiversity Club UMT
21030
Kuala, 21030

We share various interesting information, pictures and facts about biodiversity around us and also a

Kelab Dikir Barat Atmakirana UMT Kelab Dikir Barat Atmakirana UMT
Kuala, 21030

OFFICIAL PAGE KELAB DIKIR BARAT UMT UNTUK SEMUA "TEGUH BANGSA KERANA BUDAYA" UPDATE SEGALA AKTIVITI KELAB INFO MENARIK DIKIR BARAT JANGAN LUPA FOLLOW

Kedai komputer Umt Kedai komputer Umt
University Malaysia
Kuala, 21300

KEDAI KOMPUTER UMT (LIBRARY)

KPTI KUALA Selangor KPTI KUALA Selangor
Jalan Alam Suria, Bandar Puncak Alam
Kuala

Diploma secara atas talian.

MPP KUIPs MPP KUIPs
Kolej Universiti Islam Perlis, Taman Seberang Jaya 3
Kuala, 02000

Laman ini akan memberikan anda maklumat dan info yang berkaitan.

KRIM Unisza KRIM Unisza
Kuala, 20100

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan, Faskes, Unisza Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan, Faskes, Unisza
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kuala

Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan UniSZA