Mastemang Kitchen

Kami Pakar dlm membantu anda utk dapatkan hidangan nasi kandar yg betul-betul syahdu lagi padu yg bol

23/12/2023

23/12/2023

Terkejut tengok berita tadi.

Kartel ayam akhirnya ‘tumpas’ .

Tak ada lah betul-betul tumpas , at least didedahkan dan dikenakan penalti.

Memang jelas mereka ni sekepala cuba naikkan harga ayam yang mana mereka ni memonopoli lebih kurang 40% pasaran ayam malaysia.

Bravo kepada petugas agensi kerajaan yang mendedahkan ini. Memang verani! 💪

23/12/2023

21/12/2023

Simpan rahasiamu berdua saja:
1. Dirimu
2. Allah swt
-------------------
Jagalah di dunia ini dua keridhoan:
1. Ibumu
2. Bapamu.
---------------
Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua hal:
1. Sabar
2. Sholat
-------------------
Jangan risau dua hal ini:
1. Rezeki
2. Ajal
Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt.
-------------------
Dua hal yg tak perlu diingati selamanya:
1. Kebaikanmu terhadap orang lain.
2. Kesalahan orang lain terhadapmu.
---------------------
Dua hal yang jangan dilupakan selamanya:
1. Allah swt
2. Alam Akhirat
-----------------------
Selalu dekat dengan 6 orang ini:
1. Ibumu.
2. Ayahmu.
3. Gurumu
4. Saudara lelakimu.
5. Saudara perempuanmu.
6. Sahabat dan tetanggamu
---------------------
Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka:
1. Yatim
2. Miskin
3. Fakir
4. Orang Sakit
-------------------
Empat hal yang memperindah dirimu :
1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu
4. Dermawan
------------------------
Empat orang yang hendaknya kamu dekati:
1. Orang yg Ikhlas
2. Orang yg setia
3. Orang yg dermawan
4. Orang yg jujur
--------------------
Empat orang yg hendaknya jangan kamu jadikan teman:
1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang hasut
4. Tukang adu domba
------------------
7 orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:
1. Orang tuamu
2. Mertuamu
3. Isterimu
4. anak2 mu
5. Keluargamu
6. Gurumu
7. Sahabatmu
-------------------
Empat hal yang hendaknya kamu kurangi:
1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bergunjing
---------------
5 hal yang jangan kamu putus :
1. Sholat.
2. Qur'an.
3. Zikir.
4. Silaturrahimi.
5. Shodaqoh
-------------------
Kirimkan ini kepada orang yang anda sayangi Semoga bisa menjadi motivasi diri untuk terus tetap berbuat baik selamanya.. Aamiin Yaa Rabbal Alaamiin...!
========================

21/12/2023

21/12/2023

Akibat mulut badan binasa

21/12/2023

Selamat Pagi Semua

20/12/2023

Salam Takziah kepada keluarga Penyanyi Veteran Datuk M.Daus Kilau yang telah menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini. Semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah 🤲🏻

20/12/2023

Alhamdulillah! 🇵🇸

Syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, dilarang berlabuh di Malaysia

20/12/2023

Yang nak dibawa p**ang ke akhirat itu, tak perlu mahal.

Kain putih sikit..
Kapas sikit..
Wangi-wangian sikit..

Kalau susah nak dapatkan 'perfume', cuma carik-carikkan daun pandan..

Dapatlah wangi sekejap tubuh kita.

Kayu papan pun, perlukan sikit..

Dapatlah 'lindung' jasad kita sebelum 'ditutup' dengan tanah.

Mereka yang hadir menziarahi jenazah kita..

Ada yang menangis sekejap.

Ada yang saling bercerita kita mati sebab apa.

Ada yang saling berkenalan sesama mereka.

"Dari mana?"
"Saudara ke?"
"Kawan?"
"Kerja apa?"

Selesai kita dikebumikan..

Yang bersembang, akan terus bersembang.

Yang berkumpul, ada juga yang akan buka topik baru untuk teruskan lagi sembang.

Kita?

Tinggallah jasad kita sendirian di bawah tanah.

Ruh sudah terpisah dengan alam dunia.

Nampak macam dekat.

Atas tanah, mereka yang masih hidup.

Bawah tanah, kita yang telah tinggalkan alam dunia.

Dekat, tapi jauh.

Sudah ada 'pembeza'.

Kerana, barzakh itu sendiri ertinya 'sekat'.

Mereka di dunia, dah tak boleh 'tembus' alam kita.

Kita di alam kubur, dah tak boleh 'tembus' alam dunia.

Benarlah,

Kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan gurau senda.

Kekadang, 'sibuk main' hingga terlupa apa nak dibawa p**ang.

Sedangkan,

Alam akhirat itu penuh dengan seribu suatu soalan.

"Buat apa kat dunia dulu?"
"Hari ini dah tinggalkan dunia, ada bawa balik apa-apa bekal?"

Sebesar-besar rumah kita di dunia, bila mati terpaksa menumpang juga di tanah wakaf orang.

Secantik-cantik pakaian kita di dunia, bila mati cuma berbalut kain putih kafan.

Semewah-mewah kenderaan kita di dunia, bila mati cuma perlukan keranda papan.

Itulah hakikat sebenar diri kita.

Hamba Allah yang miskin.

Bukan ada apa-apa.
Bukan siapa-siapa.

Tempat jatuhnya pandangan Allah itu, cuma pada hati dan amal.

Peringatan buat diri yang seringkali lupa dan jahil..

20/12/2023

Masa sih teman teman

Hidup ini kerass gaisss

20/12/2023

Hujan2 ning kalau baham nasi kandar jadi gok....

Open hour
9.30am - 5.00pm

kedai kami area Chendering, berhampiran masjid sultan ismail.. kedai kami berhadapan kedai Mok ngoh nasi dagang.. ni link location kedai 👇
https://g.page/mastemang?share

Nak Oder Nasi Kandar?? Nak kami CoD??

wasap.my/601157801427/NasiKandarSempoiGanu

20/12/2023

19/12/2023

19/12/2023

#
#

18/12/2023

18/12/2023

18/12/2023

Dengar cerita owner masih dekat ICU..
Kentut berapi katanya 🤣🤣

18/12/2023

Kenali tokoh ulama' kite..
SYED ABDUL RAHMAN (TOKKU PALOH)

PROFIL****

Nama sebenar = Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus.
Pangkat = Qutubul Ghaus (tiap 100 tahun seorang)(sumber dari guru)
Asal = Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.
Tahun lahir = 1817
Tahun wafat = 1917 (usia 100 tahun)
Sumbangan = Ulama besar Terengganu pada abad ke-19.

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah. Diceritakan pada suatu ketika, British cuba berunding dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III supaya membenarkan mereka menduduki kawasan Bukit Besar tetapi baginda menyuruh penjajah itu menemui Tokku Paloh.

Baginda menyebut, “Terengganu ini ada tuannya, hendaklah berunding dengan tuannya terlebih dulu,” yang mungkin bermaksud bahawa Tokku Paloh adalah orang yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan. Mendengar jawapan Sultan Terengganu itu, sepasukan pegawai British kemudian bergerak ke rumah ulama itu untuk berunding. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka.

“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun tapi kalau hendak tanah, silakan. Isikan ke dalam armada tuan sebanyak mana yang pihak British mahu, ambillah tanah,” demikianlah jawapan ulama besar itu. Mendengar jawapan sindiran ulama itu, British berasa sakit hati dan cuba menunjukkan kemarahan mereka dengan bangun daripada kerusi yang diduduki. Akan tetapi, dengan izin Allah, secara tiba-tiba kerusi yang diduduki penjajah melekat di punggung mereka.

Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?” sekali gus menyebabkan British beredar dengan perasaan malu. Selepas peristiwa itu, British cuba berunding untuk kali kedua dan proses itu diadakan di atas kapal perang mereka yang besar. Ia bertujuan untuk mengugut ulama itu secara psikologi kononnya British memiliki angkatan perang yang besar dan mampu menyerang Terengganu jika hasrat mereka menduduki negeri itu dihalang.

Mereka menjemput Tokku Paloh ke kapal berkenaan tetapi ulama itu mengatakan bahawa kapal perang besar itu tak mampu bertahan jika beliau naik. Pihak British kemudian ketawa mengejek sebaik mendengar kata Tokku Paloh. Ulama itu kemudian naik ke kapal berkenaan dan dengan izin Allah juga, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal besar itu turut senget. Keadaan itu mencemaskan pihak British sehingga mereka membatalkan rundingan itu serta merta.

Pada masa yang lain p**a, penjajah itu cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi mereka mula ketakutan sebaik melihat negeri itu dijaga pahlawan Melayu yang siap bersenjata sejauh mata memandang. Keadaan itu menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup. Demikianlah antara beberapa kisah Tokku Paloh, seorang ulama besar yang berjaya menyekat penjajahan British pada peringkat awal di Terengganu.

Selain menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan Haji Abdul Rahman Limbong iaitu pejuang penentang penjajah di Terengganu, ulama itu turut bertanggungjawab menyemarakkan semangat jihad di kalangan pejuang menentang penjajah di Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Peristiwa itu berlaku apabila pasukan pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri selepas mengalami tekanan dan serangan berterusan daripada tentera penjajah pimpinan Residen British, Hugh Clifford.

Keadaan tersepit itu menyebabkan mereka berlindung di hutan Terengganu dan menghubungi Tokku Paloh pada Mei 1894. Sebaik bertemu dengan ulama itu, mereka diberi perlindungan dan diajar ilmu untuk menentang musuh. Hasil perguruan singkat dengan ulama itu menyebabkan semangat kump**an pejuang terbabit kembali membara dan mereka terus tekad melancarkan jihad menentang penjajah British di Pahang.

Walaupun dikenali sebagai ulama, Tokku Paloh turut membabitkan diri dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu selain penasihat utama Sultan dalam pelbagai hal. Malah, ketegasan dan kepintarannya dalam hal ehwal diplomatik menyebabkan ulama itu sering diberi peluang mewakili Sultan untuk berunding dengan British hingga penjajah itu gagal menawan Terengganu.

Tokku Paloh dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ulama itu mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad al-Aidrus atau dikenali Tokku Tuan Besar, selain beberapa ulama tempatan sebelum berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan menimba pengalaman. Sekembalinya dari Makkah selepas kira-kira 10 tahun menuntut ilmu di sana, Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Terengganu sebelum membabitkan diri dalam bidang pentadbiran negeri.

Tokku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawauf dan sufi. Beliau juga menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan Syahadat Tokku iaitu satu amalan yang disusun oleh bapanya. Kepercayaan Sultan Terengganu terhadap dirinya menyebabkan Tokku Paloh diamanahkan Sultan Zainal Abidin III untuk mentadbir kawasan Paloh selain mengawasi beberapa daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga.

Dalam usaha memastikan kawasan pentadbirannya terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang, Tokku Paloh menubuhkan pasukan penguat kuasanya sendiri yang dikenali sebagai Budak Raja. Pasukan Budak Raja ditugaskan menjaga keamanan sama seperti fungsi pasukan polis pada hari ini. Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat terjaga, Tokku Paloh gemar keluar pada malam hari malah pada hari tertentu, beliau keluar dengan mengenakan kain selubung di kepala.

Tindakannya itu bertujuan membolehkan beliau meninjau kehidupan masyarakat dan sekiranya beliau mendapati ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh akan memerintah Budak Raja membuat tangkapan pada keesokan hari. Ulama itu juga memiliki mahkamah sendiri di Paloh untuk mengadili pesalah di kawasan pentadbirannya.

Usaha beliau itu mendapat perkenan daripada pihak istana. Hubungan rapat antara Tokku Paloh dan Sultan Zainal Abidin menyebabkan baginda menyerahkan puteranya iaitu Tengku Sulaiman untuk dijadikan anak angkat dan murid Tokku Paloh. Malah, seorang daripada isteri Tukku Paloh iaitu Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin III sendiri.

Tokku Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh sakit pada usia 100 tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918. Selepas kewafatan ulama itu, barulah British berani dan berjaya menjajah Terengganu pada 24 Mei 1919.

17/12/2023

17/12/2023

Baca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah.

1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia
3. Jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan
4. Jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan
5. Jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6. Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya
7. Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan

Untuk dipermudahkan hafazan:

Ayat 128 Surah At-Taubah
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”

Ayat 129 Surah At-Taubah
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”

Erti ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia p**a menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Erti ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

17/12/2023

MAKLUMAT ORANG HILANG DAERAH HULU TERENGGANU

Nama: Jannatul Maqwa binti Jefri
Jantina : Perempuan
Warganegara : Malaysia
Bangsa : Melayu
Kpt: 090914-11-0364
Umur : 14 Tahun
Tarikh Kehilangan : 16.12.2023
Almat : No Lot 71709 Kampung Kepah 21700 Kuala Berang Terengganu

Orang ramai yang ada maklumat boleh menghubungi dan memaklumkan kepada PDRM Hulu Terengganu atau Pegawai Penyiasat Insp Aiman Baihaqi bin Che Shaffie Hp: 019-9377864





Via: Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu

Photos from Mastemang Kitchen's post 16/12/2023

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

Maaf buat pelanggan kami...

Hari ni kedai TUTUP ya...

Kite hantar tukang masak dan team gi kursus pengendalian makanan...

Esok insyallah kami akan beroperasi semula

14/12/2023

Bacaan Qunut Nazilah diteruskan seperti biasa di Terengganu - JHEAT

14/12/2023

Morning

13/12/2023

🔴 UAI LIVE : 13/12/2023 Kuliyyah Maghrib Jemputan & Soal Jawab Agama - Ustaz Azhar Idrus

📆 13 Disember 2023 | Rabu
⏰ 7.30 malam
🕌 Masjid Paya Resak, Bukit Payong, Marang, Terengganu
📖 Kitab : -

~ Channel Rasmi Ustaz Azhar Idrus ~

📸 Watch this video on Facebook
https://www.facebook.com/share/p/NQeJw6uihXoReb8y/?mibextid=qi2Omg

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Hujan2 ning kalau baham nasi kandar jadi gok....Open hour9.30am - 5.00pmkedai kami area Chendering, berhampiran masjid s...
#nasikandarmelayukualaterengganu #nasikandarsempoiganu #mastemangkitchen #seleraorangkite #Abaram #SelamatPagiSahabat #s...
Hebat kau dik #nasikandarmelayukualaterengganu #mastemang #nasikandarsempoiganu #mastemangkitchen #seleraorangkite #Abar...
#nasikandarmelayukualaterengganu #mastemang #nasikandarsempoiganu #mastemangkitchen #seleraorangkite #Abaram #SelamatPag...
#nasikandarmelayukualaterengganu #mastemang #nasikandarsempoiganu #mastemangkitchen #seleraorangkite #Abaram #SelamatPag...
#nasikandarmelayukualaterengganu #mastemang #nasikandarsempoiganu #mastemangkitchen #seleraorangkite #Abaram #SelamatPag...
LIMITED EDITION!!!Menu Terbaru October 2023!KARI IKAN TEMPOYAK. Pertama dlm dunia perkandaran tau.. Jom try selagi masih...

Category

Telephone

Address


143 Kg Masjid Besar Chendering Jalan Batu Buruk
Kuala
21080

Opening Hours

Monday 10:45 - 16:30
Tuesday 10:45 - 16:30
Wednesday 10:45 - 16:30
Thursday 10:45 - 16:30
Saturday 10:45 - 16:30
Sunday 10:45 - 16:30

Other Restaurants in Kuala (show all)
感恩有您素食馆 沙登 gan ens serdang 感恩有您素食馆 沙登 gan ens serdang
9G Jalan Pandan Indah 4/6 Pandan Indah
Kuala, 55000

3样菜+1饭=RM 5

Hasil Laut Bagan Tengkorak KING UDANG Hasil Laut Bagan Tengkorak KING UDANG
Tanjung Karang
Kuala, 45500

KuaciRangup_PelbagiPerisa KuaciRangup_PelbagiPerisa
Lorong Haji Da 4, Batu Buruk
Kuala, 20400

Kak bee catering Kak bee catering
21100
Kuala, 21100

Kedai Kopi Jernih Inn Hotel Kedai Kopi Jernih Inn Hotel
Jalan Air Jernih
Kuala, 20300

Qheyoohcafe qc Qheyoohcafe qc
Qheyooh Cafe
Kuala

Payung Caffe Payung Caffe
79A, Jalan Tok Lam
Kuala, 20100

No pork No alcohol, Halal for everyone �

Traffic Light KS Seafood Restaurant Traffic Light KS Seafood Restaurant
66, Jalan Besar, Pasir Penambang
Kuala, 45000

Restaurant | Seafood | Pasir Penambang | Kuala Selangor

NASI KUKUS UDA UTAMA NASI KUKUS UDA UTAMA
Kuala, 20050

NASI KUKUS UDA UTAMA

Satay DarulSalam Satay DarulSalam
1654, Jalan Panji Alam, Kampung Gemia
Kuala, 21100

Pes feruz Pes feruz
Jalan Desa Mawar 1/19
Kuala, 45500