GTR Burger Pekan Gambang, Kuantan.

Menyediakan & menyajikan burger jalanan terbaik masakini dengan kualiti rasa smokey daging tempatan.

Photos from GTR Burger Pekan Gambang, Kuantan.'s post 30/05/2024

Pakej Baru GTR Burger bukan lagi 8250, bukan 9980 dan bukan 14,300!!

Apa bezanya ?

Tiga hari lalu GTR Burger bersama Kedah Darul Aman FC melancarkan pakej khas istimewa untuk usahawan Kedah

Harga pakej amat berbeza , hanya RM3850 sahaja !! Jauh lebih murah dari harga pakej sekarang RM14,300 bang

Jadi apa bezanya ???

Saya terangkan disini ya , untuk pakej ini sebenarnya konsep atau business model yg berbeza daripada konsep perniagaan GTR sebelum ini

Kalau sebelum ini , selain jenis stall / gerai yang besar , Pakej GTR menawarkan pakej lengkap dengan kawalan perniagaan sepenuhnya seerti berikut
1. Membantu menguruskan perniagaan staller secara sistematik
2. Membantu menguruskan aliran tunai stall
3. Membantu menguruskan inventori stall
4. Daily report untuk memantau perjalanan perniagaan harian
5. P&L untuk merumuskan untung rugi secara lengkap setiap bulan
6. Memastikan perniagaan secara jujur dan tidak menyalahgunakan wang modal
7. E-wallet supaya stall tidak keputusan modal
8. Mengesan pembaziran dan ketidakbetulan menguruskan stock dalaman dan luaran

Namun banyak juga permintaan daripada usahawan yang tidak mahu berada dalam kawalan sistem sendiri dan hanya mahu menggunakan patty dan produk GTR , maka wujudlah Pakej baru sekarang ini dan kami mulakan dengan Program Khas bersama KDA FC yg kami lancarkan baru baru ini

Maka lahirlah 3 Pakej yg kami rangka khas untuk mereka yang mahu sertai Program Usahawan GTR Burger dengan harga yang amat murah kali ini

RM3850.00 - pakej dengan stall boleh lipat beserta semua peralatan, uniform , penjenamaan dan bahan mentah
RM1850.00- pakej tanpa stall tapi ada penjenamaan, uniform dan bahan mentah
RM580- pakej bahan mentah sahaja

Namun dengan pakej ini , usahawan

1. Akan menggunakan sistem baru hanya utk purchasing sahaja
2. Stall purchase ke stokis dan stokis akan purchase ke hq
3. Tiada yuran bulanan
4. Tiada POS dan Laporan Harian
5. Tiada PnL (kecuali kepada yg memerlukan dgn bayaran)
6. Tiada territory kecuali dengan Stall lama yang masih akan dijaga territory masing masing dpd dimasuki stall konsep baru

Jadi , itulah perbezaan nya dua konsep dan pakej baru ini ya

Inilah evolusi baru GTR Burger

Salintampal.
Founder GTR Burger

09/04/2024

Sedang berlangsung dari RTM TV1 Borak Dulu Baru Buka dengan penampilan Wakil dari Ibu Pejabat GTR Burger Puan Afiqah Binti Abd Sukor

"Burger Berkualiti, Sentiasa di Hati".

08/04/2024

Sedang berlangsung dari RTM TV1 Borak Dulu Baru Buka dengan penampilan Wakil Usahawan GTR Burger dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Encik Mu'izzuddin Jasmi

"Burger Berkualiti, Sentiasa di Hati".

07/04/2024

Sedang berlangsung dari RTM TV1 Borak Dulu Baru Buka dengan penampilan Wakil Usahawan GTR Burger
"Burger Berkualiti, Sentiasa di Hati".

06/04/2024

Sedang berlangsung dari RTM TV1 Borak Dulu Baru Buka dengan penampilan Wakil Usahawan GTR Burger

"Burger Berkualiti, Sentiasa di Hati".

05/04/2024

Sedang berlangsung dari RTM TV1 Borak Dulu Baru Buka dengan penampilan Wakil dari Ibu Pejabat GTR Burger pada petang ini Encik Helmi Bin Md Hashim

"Burger Berkualiti, Sentiasa di Hati".

04/04/2024

Sedang berlangsung dari RTM TV1 Borak Dulu Baru Buka dengan penampilan Wakil Usahawan GTR Burger dari Selangor pada petang ini Encik Hairul Azwan Bin Jamaludin.

"Burger Berkualiti, Sentiasa di Hati".

03/04/2024

Sedang berlangsung dari RTM TV1 Borak Dulu Baru Buka dengan penampilan Wakil Srikandi usahawanita GTR Burger dari Terengganu pada petang ini Nur Fitri Binti Saiful.

"Burger Berkualiti, Sentiasa di Hati".

02/04/2024

Sedang berlangsung dari RTM TV1 Borak Dulu Baru Buka dengan penampilan Wakil Usahawan GTR Burger dari Pulau Pinang pada petang ini Encik Hafiq Haiqal bin Hashim.

"Burger Berkualiti, Sentiasa di Hati".

01/03/2024

💐Cebisan Rentak Hidup🤲

Bisnes KA meletop, dia bagi ulasan. Macam mana KA berstrategi itu dan ini, dan atas sebab itulah KA berjaya.. alhamdulillah.

Ustazah Asma Harun kena tutup kedai, dia bagi "so called" perkongsian p**ak. Siap nganjing, jatuhnya sebab tak amalkan doa itu dan ini yang UAH sendiri kongsi.. wallahuallam.

Cuba awok try niaga, nak tengok macam mana jadinya?

Hakikatnya itulah bila berniaga. Hatta dlm hidup ni, tak ada yang fixed.

Buat ni jadi A, buat tu jadi B.

Hidup bukan soalan exam, ada jawapan betul, ada jawapan salah.

Kadang kadang, kau dah rancang habis baik dah, segala ilmu, teknik petala langit kau dah apply.

Tapi, kalau takdir kata tidak, kau buat la macam mana pun, tak akan jadi.

Ada time p**ak, kau buat sekadar yang kau mampu, tapi Allah beri lebih dari apa yang kau usahakan.

Memang tak ada yang fixed.

Sebab apa?

Sebab semuanya rahsia Allah.
DIA beri siapa yang dia nak, DIA tahan siapa yang DIA kehendak.
Atas kebijaksanaan Allah yang Maha Adil.
Tapi, dalam setiap kejatuhan tu, ada something yang lebih berharga.

Pengalaman.

Abang s**a nak share kata kata Hamka ni
"Tugas kita, bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana ketika mencuba itulah waktu di mana kita menemukan kesempatan untuk berhasil."

Rezeki, takdir, semuanya rahsia Allah.

26/02/2024

"Dulu pakej mula gerai GTR Burger RM8250 sahaja, tapi kenapa sekarang RM14,300?"

Saya sering ditanyakan soalan begini.

Izinkan saya terangkan dengan jelas dan ringkas.

Pada tahun 2022, pakej kami bermula dengan harga RM8,250 sahaja. Kemudian, harga tersebut meningkat kepada RM9,980 pada tahun 2023.

Mengenai pakej dengan harga RM8,250 ini, saya mengakui ini adalah salah satu sebab kami mendapat kritikan hebat.

"Harga ini terlalu mahal untuk memulakan perniagaan burger jalanan!" demikian kata mereka.

Tidak kira apa pun hujah atau jawapan yang kami berikan, kami tetap dikritik tanpa belas kasihan.

Bagaimana mungkin nak berniaga burger sahaja perlu modal sebanyak itu? Tak kurang juga, ramai yang pernah berpengalaman berniaga burger sebelum ini mentertawakan kami.

‘Berniaga dengan GTR secara ‘licensing’ ini tidak sama tuan-tuan, kamu bukan sekadar memberikan anda gerai burger, peralatan dan bahan mentah untuk berniaga sahaja. Kalau dengan cara begitu kami boleh jual pakej ini serendah lima ribu ringgit sahaja tak da masalah” begitu antara penerangan yang cuba kami sampaikan.

"Namun, apa yang kami usahakan adalah membantu para usahawan ini berniaga dengan cara yang lebih sistematik, menggunakan sistem digital, serta dibimbing untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi sehingga berupaya mencapai penjualan jutaan ringgit," tambah saya lagi.

“Menjalankan perniagaan jalanan ini memang tidak mudah, kita tidak mahu peniaga berfikiran ia akan selamanya berniaga dijalanan dan tanpa ada jaminan masa depan.
Kami mahu bantu peniaga burger ini melihat ia sebagai satu perniagaan yang dapat berkembang dari satu Langkah ke satu Langkah p**a, dari satu gerai sahaja, ke banyak gerai kemudian akan berkembang perniagaan restoran tetap p**a dengan secara organik”

Pelbagai nilai tambah kita berikan untuk mereka yang berniaga dengan GTR Burger yang tidak akan dapat dibuat jika mereka berniaga sendiri. Ini terutamanya mengenai pengiraan untung rugi mereka berniaga dengan tepat selain dapat uruskan gerai-gerai lain dengan mudah dan teratur.

Selain itu, pihak ibu pejabat GTR juga menyediakan pejenamaan dan pemasaran berpusat yang akan dapat digunakan oleh para peniaga bagi membuat promosi gerai masing-masing.

Tambahan p**a pada tahun ini, GTR Burger akan menjadi rakan strategik Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan akan datang beberapa Kelab lain juga yang pasti akan memberi impak kepada penjenamaan burger selain akan mempunyai peluang untuk berniaga di stadium dengan kapasiti yang besar sekali.

Selain itu, tahun ini juga, GTR Burger juga akan menjadi rakan strategik dengan pihak Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sepanjang bulan Ramadhan untuk memperkuatkan lagi jenama kami ke seluruh negara.

Segala nilai tambah ini ,hanya boleh dilakukan dengan kesepakatan semua gerai yang bernaung dibawah jenama GTR dan akan seterusnya mengembangkan perniagaan masing masing juga.

Begitulah sistem perniagaan ala franchise yang sebenarnya telah terbukti dapat membantu para peniaga berniaga secara teratur dan berjemaah.

Nordin Mat
Pendiri GTR Burger

Photos from GTR Burger Pekan Gambang, Kuantan.'s post 17/11/2023

Salam jumaat yg barokah, last week gerak ke Gold Coast Morib, Banting bercuti bersama keluarga sempena hari kelahiran anak Sulong. Minggu nie akan ke Puchong di Tractor Malaysia - Sime Derby Academic, anak yg teNgah training 3 Minggu. So ttup stall 18&19/11 - GTR Burger Pekan Gambang, Kuantan. Family's first, the rest will comes.

16/11/2023

Hujan... dugaan berniaga, kalau lewat sgt kita ttup dulu sambung esok p**a 🤲😊
syukur dgn Rahmat mu

Photos from GTR Burger Pekan Gambang, Kuantan.'s post 14/11/2023

Upgrade menu yg dinantikan pd 21hb Nov 2023 nanti. Smokey mampu milik.. bukan RM 12 tapi... mampu milik khas buat pelanggan budiman kami. Menu baru kami dah tersedia.. Hickory Smoke Beef Oblong burger.

09/11/2023

Bermula 13.11.23 guys.. di Stall kami ya Pelanggan yg Budiman.

09/11/2023

Pepagi nie pekena roti canai telur bawang.. indah panorama Gambang pagi nie.

Photos from GTR Burger Pekan Gambang, Kuantan.'s post 08/11/2023

Assalamualaikum semua , nama saya M Asrie A Jufri.

1. Saya adalah seorang peniaga Burger GTR yang telah membuka perniagaan di Taman Gambang Damai, Gambang Kuantan.

2. Saya telah berniaga di sini selama 2 tahun, namun begitu hasrat dan semangat saya untuk memberikan yang terbaik kepada tuan puan telah membawa saya tetap disini.

3. Setiap hari, mulai dari jam 5 petang hingga tengah malam, saya bersiap sedia berkhidmat untuk anda saya dalam membangunkan perniagaan ini tidak pernah pudar.

4. Burger GTR bukan seperti burger biasa; ia adalah pengalaman makan yang unik dan istimewa yang ingin saya kongsi dengan komuniti tempatan.

5. Keistimewan utama Burger GTR menggunakan daging segar tempatan (smokey local beef), dan ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk membantu para penternak lembu tempatan. Kami percaya bahawa dengan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dari komuniti tempatan, kami dapat memberikan pengalaman makan yang lebih baik kepada pelanggan kami.

6. Nama "GTR" dalam Burger GTR melambangkan moto kami: "Grab Taste Repeat." Ini adalah apa yang kami harapkan pelanggan kami akan lakukan - mereka akan datang, merasai burger kami yang lazat, dan kembali lagi untuk merasakannya sekali lagi. Hakikatnya juga, GTR ini adalah satu Group Transformasi Ruminan iaitu kami mewakili para penternak ruminan (lembu. Kambing, rusa) tempatan bagi membantu mereka memasarkan produk daging mereka.

7. Walau bagaimanapun, kehidupan sebagai peniaga burger jalanan bukan tanpa cabaran. Salah satu kesusahan utama yang saya hadapi adalah cuaca hujan yang kadang-kala melanda kawasan ini.

8. Ketika hujan turun dengan lebat, menjalankan perniagaan menjadi lebih s**ar. Saya terpaksa berdiri di bawah payung, berusaha untuk menjaga kualiti burger GTR kami dan menyediakan pengalaman makan yang memuaskan kepada pelanggan, walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak bersahabat.

9. Saya sangat berharap kepada penduduk sekitar agar datang menyokong perniagaan ini. Saya berharap agar diberi peluang kepada burger GTR kami yang unik ini dan merasakan keistimewaan rasanya.

10. Saya adalah pemilik yang baru dalam dunia perniagaan burger, dan sokongan dari komuniti tempatan adalah kunci kejayaan kami. Kami sentiasa terbuka untuk menerima kritikan dan nasihat yang boleh membantu kami meningkatkan perniagaan kami.

11. Saya berharap agar lebih banyak orang akan datang untuk mencuba burger GTR kami yang berbeza dari yang lain, dan bersama-sama kita dapat mencipta kisah kejayaan yang menggembirakan.

12. Jadi, jangan ragu untuk datang dan merasa Burger GTR, Grab Taste Repeat, yang akan memikat lidah anda dengan rasa uniknya!

No wasap saya adalah 0139861976 kalau anda nak buat tempahan awal.

Lokasi stall saya di sini https://maps.app.goo.gl/78wpYfCA1vTyKoUg8

Page FB saya adalah GTR Burger Pekan Gambang, Kuantan.

Tiktok saya adalah https://www.tiktok.com/?_t=8hBpVIvubdy&_r=1

Photos from GTR Burger's post 07/10/2023

InnshaAllah, jika stall GTR Burger Pekan Gambang, Kuantan. terpilih, kita jemput KP Mustaqim membuat pemberian burger infaq nanti. Wait & see guys 🫡🤲👍

06/10/2023

Contest 3

🎵*GTR Got Talent*🎶

- Tiada Yuran Penyertaan di kenakan
- Terbuka kepada semua yang berbakat
- Peserta hanya perlu membuat persembahan bakat LIVE selama 1 jam di akaun sendiri & akaun staller GTR Burger

*- Serlahkan bakat & kreativiti semasa LIVE dengan menyanyi,busking,nasyid,bersajak, magic show ,stand up comedy dan sebagainya.*

*Jangan lupa letak dan sbg syarat semasa membuat live tersebut*

-Peserta yang mendapat live view dibawah 1000 akan mendapat 3 biji burger petak daging / ayam

- View 1000 keatas akan mendapat 3 biji burger Smokey daging/ayam

- dan jika mendapat View 10,000 akan mendapat 3 biji burger Wagyu Aussie!

- dan pada setiap hujung bulan, berdasarkan rekod peserta yang mempunya live view yang tertinggi akan memenangi hadiah RM1000 bagi tempat pertama, RM500 bagi tempat kedua dan RM250 bagi tempat ketiga.

- jumlah View di kira semasa live di akaun peserta dan di akaun stall gtr tersebut perlu di screenshot dan beri kpd stall atau admin gtr

- setiap peserta boleh sertai sehingga 3 kali contest ini dlm tempoh setiap bulan

Semua peserta yg telah sertai juga akan layak secara automatik utk sertai Lucky Draw setiap bulan dan Challenge Beli Burger terbanyak dan menang RM10,000

Bagaimana sertai contest ini ? Sila berhubung terus dgn stall gtr burger seluruh negara yg ada di www.gtrburger.my atau boleh wa.me/60192783607/gtrgottalent utk setkan temujanji anda ❤️🔥

Selamat menyerlahkan bakat dan makan burger gtr PERCUMA !

05/10/2023

Jom.. ada yg berani? T&C apply

GTR Got Talent !!
Anda berbakat besar dan tak tahu nak serlahkan di mana ?

Kini ada solusinya 😁😁

Boleh busking
Boleh acappella
Boleh stand up comedy
Boleh berzanji
Boleh deklamasi
Boleh nasyid
Boleh buat magic
Boleh macam macam lagi ?

Anda boleh datang ke stall gtr burger seluruh negara dan tunjukkan bakat anda dgn buat live show selama 1 jam dan anda akan boleh menang pelbagai hadiah

3 biji burger biasa @
3 biji burger smokey @
3 biji burger Wagyu

View live tertinggi akan memenangi CASH 1000 setiap bulan selain
Lucky draw setiap tunai RM100 cash x 10
Contest utk menangi Cash RM10000

Tanpa yuran penyertaan !!

Nanti kan info lanjut kami esok hari !!

05/10/2023

Assalamualaikum
Kami dah buka seperti biasa di GTR Burger Pekan Gambang, Kuantan.
Marilah support kami ❤️

Photos from GTR Burger Pekan Gambang, Kuantan.'s post 02/10/2023

Alhamdulillah, hari pertama buka di Pekan Gambang, Kuantan. Cabaran dihari ini, biar apa pun yg berlaku tetap istiqamah. Pada Allah ku berserah 🤲, semoga dipermudahkan rezeki disini sentiasa...🤲🤲🤲aaminn.

02/10/2023

GTR Got Talent !!
Anda berbakat besar dan tak tahu nak serlahkan di mana ?

Kini ada solusinya 😁😁

Boleh busking
Boleh acappella
Boleh stand up comedy
Boleh berzanji
Boleh deklamasi
Boleh nasyid
Boleh buat magic
Boleh macam macam lagi ?

Anda boleh datang ke stall gtr burger seluruh negara dan tunjukkan bakat anda dgn buat live show selama 1 jam dan anda akan boleh menang pelbagai hadiah

3 biji burger biasa @
3 biji burger smokey @
3 biji burger Wagyu

View live tertinggi akan memenangi CASH 1000 setiap bulan selain
Lucky draw setiap tunai RM100 cash x 10
Contest utk menangi Cash RM10000

Tanpa yuran penyertaan !!

Nanti kan info lanjut kami esok hari !!

01/10/2023

Lama sangat tak berinteraksi secara live dgn pelanggan saya. Jom mlm nie live bersama saya pukul 8.00pm lepas maghrib, sembang2 santai di tapak baru Stall Pekan Gambang.

27/09/2023

CHALLENGE GTR BURGER KATEGORI 3

Amoi Saka turun MITC, Melaka berentap dengan Peserta dalam Kategori 3 Contest Makan Burger GTR..

Bagi anda yang ingin sertai Contest ini, boleh terus Whatsapp team kami di : https://www.wasap.my/60192783607

Anda bakal memenangi Hadiah menarik..

Juara : RM1,000.00
Naib Juara : RM500.00
Ketiga : RM300.00

Jumpa anda disana !!!!!!

14/09/2023

PERTANDINGAN MAKAN SEBIJI BURGER GRASS FED 150G GTR BURGER

Syarat & Peraturan

1. Pergi ke mana-mana cawangan Stall GTR Burger seluruh Malaysia
(Lokasi boleh layari website www.gtrburger.my)

2. Beli burger Grass Fed 150g RM16 dengan menggunakan Apps

3. Rakam Video secara live di Facebook atau di Tiktok akaun staller atau peserta

4. Habiskan sebiji burger Grass Fed 150g dalam masa
- Lelaki = 40 saat
- Perempuan = 50 saat

5. Jika berjaya, hadiah wang tunai sebanyak RM100 diberikan dan duit pembelian burger RM16 dip**angkan semula kepada pemenang (RM100 + RM16 = RM116)

6. Wajib guna Apps GTR Burger untuk menyertai pertandingan makan sebiji burger ini.

Photos from GTR Burger Pekan Gambang, Kuantan.'s post 23/08/2023

Assalamualaikum Bro & Sis, kami telah berada di Kafe Student Centre - UIA Asasi Gambang. Jommm grab, try & repeat GTRBURGER yg kami sediakan.
Nak mudah lagi Download apps GTRBURGER utk tempahan awal.

Photos from GTR Burger Pekan Gambang, Kuantan.'s post 20/08/2023

Mudahnya jika ada apps utk tempah dan nak infaq burger pd majlis kenduri, keramaian @ bersedekah selepas solat jumaat.. 🤔.

SELESAI MASALAH 👍😁
Jommm!! download apps GTRBURGER yg terbaru dan pertama utk kemudahan pelanggan semua. All in One - buat tempahan, dapat cabutan bertuah, dapat diskaun utk burger premium terpilih.. 30% potongam harga, berbaloi !!!
Cari stall GTR Burger Gambang Damai, Kuantan. di dalam sistem apps nie utk mula buat tempahan.

JOMMM ORDER GTRBURGER!!!

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Sedang berlangsung dari RTM TV1 Borak Dulu Baru Buka dengan penampilan Wakil  dari Ibu Pejabat GTR Burger Puan Afiqah  B...
Sedang berlangsung dari RTM TV1 Borak Dulu Baru Buka dengan penampilan Wakil Usahawan GTR Burger , "Burger Berkualiti, S...
Sedang berlangsung dari RTM TV1 Borak Dulu Baru Buka dengan penampilan Wakil Usahawan GTR Burger "Burger Berkualiti, Sen...
Sedang berlangsung dari RTM TV1 Borak Dulu Baru Buka dengan penampilan Wakil Usahawan GTR Burger  "Burger Berkualiti, Se...
Sedang berlangsung dari RTM TV1 Borak Dulu Baru Buka
Sedang berlangsung dari RTM TV1 Borak Dulu Baru Buka
Borak Dulu Baru Buka
Hot Selling!! Kembali lagi dengan ramuan yg memukau rasa. Hickory Smoke Beef Oblong GTRBburger kembali lagi guys.. Dapat...
Nantikan kami beraksi kembali.. GTR Burger Pekan Gambang, Kuantan. #gtrburgergambangdamai  #gtrburger  #streetburger  #W...
Contest 3🎵*GTR Got Talent*🎶- Tiada Yuran Penyertaan di kenakan- Terbuka kepada semua yang berbakat- Peserta hanya perlu ...
GTR Got Talent !!.Anda berbakat besar dan tak tahu nak serlahkan di mana ? Kini ada solusinya 😁😁Boleh buskingBoleh acapp...
CHALLENGE GTR BURGER KATEGORI 3 Amoi Saka turun MITC, Melaka berentap dengan Peserta dalam Kategori 3 Contest Makan Burg...

Category

Address


No 27, Tapak Gerai MBK, Jalan Gambang Damai 1, Taman Gambang Damai
Kuantan
26300

Opening Hours

Monday 15:30 - 22:30
Tuesday 15:30 - 22:30
Wednesday 15:30 - 22:30
Thursday 15:30 - 22:30
Friday 15:30 - 22:30
Sunday 15:30 - 22:30

Other Food Stands in Kuantan (show all)
burgermbira burgermbira
Jalan HAJI ABDUL AZIZ
Kuantan, 25000

Burger Nenas Terbaik Di Kuantan. JOM BERGEMBIRA

Liurlekor Liurlekor
No. Im6/7 Indera Mahkota
Kuantan, 25200

GTR Burger GTR Burger
Taman Cenderawasih Indah
Kuantan, 25200

Popia Crispy Cheese Selambok HQ Kuantan Popia Crispy Cheese Selambok HQ Kuantan
Kuantan, 26060

POPIA CRISPY CHEESE SELAMBOK. RASA YANG RANGUP BERSALUT CHEESE POWDER MELAZATKAN LAGI PEMBUKA SELERA.

Azri Homemade Roti Bakar Azri Homemade Roti Bakar
3/640 Jalan Sungai Karang Darat
Kuantan, 26100

Rasai Roti Bakar yang disediakan dengan Roti Benggali yg segar setiap hari dengan kaya homemade Asli.

AIFA FoodBros AIFA FoodBros
Kolej KOMUNITI KUANTAN
Kuantan

kami menyediakan sajian makanan yang berasaskan popia dan keropok lekor. Anda perlu mencuba produk kami kerana ianya lain dari yang lain

Kiefc_kuantan Kiefc_kuantan
Kuantan

AYAM GORENG AYAM GORENG + CHEESE

NASI KUKUS MA NASI KUKUS MA
Kuantan, 25200

Mr Chicken Crispy Mr Chicken Crispy
Kuantan
Kuantan

Cawangan di indera sempurna , Open 12pm Close 7pm

ChewyCheezy.Co ChewyCheezy.Co
TAMAN GELORA
Kuantan, 25050

ChewyCheezy.Co adalah gerai Ramen Seaweed Cheese Roll dalam talian yang menawarkan penghantaran percuma . Sebut sahaja , kami menghantar terus ke depan pintu anda .

Syukor Burger Chendor Syukor Burger Chendor
R&R BANDAR BARU CHENDOR, BALOK
Kuantan, 26080

BURGER SWEET CABIN CHENDOR Kami Akan Mula Beroperasi Pada 22/8/2022 Di Kawasan R&R Chendor

LANG BUANA kitchen LANG BUANA kitchen
Kuantan, 25050