Pertubuhan Suara Anak Pahang

Pertubuhan Suara Anak Pahang

Pertubuhan Anak Kelahiran Pahang

01/04/2024

https://www.facebook.com/share/p/xBuSde7X6LJy9Ufn/?mibextid=oFDknk

KFC, McD lebih teruk diboikot, tapi tiada p**a isu lempar bom petrol - PSAP

KUANTAN - Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) bimbang kejadian melempar bom petrol di kedai serbaneka KK Mart Cawangan Sungai Isap, di sini pada 30 Mac lalu sengaja dicetuskan bagi mewujudkan provokasi yang bertujuan mencetuskan ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat.

Presidennya, Haslihelmy DM Zulhasli berkata, jika bercakap soal boikot, rangkaian makanan segera, McDonald's (McD) dan Kentucky Fried Chicken (KFC) lebih teruk menerima kesan ekoran tindakan itu, namun tiada p**a kejadian sedemikian berlaku.

"Kita hairan, apabila KK Mart diboikot, berlaku tindakan yang dibimbangi boleh mencetuskan api perkauman.

"Ia suatu yang tidak boleh dipandang ringan dan PSAP berharap perbuatan sebegini dibendung supaya ia tidak merebak lebih luas," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 30 Mac lalu, sebuah pasar raya KK Super Mart di Sungai Isap di sini mengalami kebakaran kecil akibat perbuatan khianat dibaling bom petrol.

Bagaimanapun kejadian kira-kira pukul 5.14 pagi di pasar raya yang baru dua minggu beroperasi itu dan tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu dilaporkan berkata, berdasarkan laporan terdapat individu yang tidak dikenalpasti membaling botol bom petrol hingga menyebabkan kebakaran di pintu masuk pasar raya KK Super Mart berkenaan.

Susulan kejadian itu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kecewa dengan insiden tersebut.

Baginda menitahkan pihak berkuasa supaya memberikan perhatian serius serta mengambil tindakan tegas dan segera berhubung perkara tersebut.

Mengulas lanjut, Haslihelmy berkata, PSAP berharap rakyat bertenang dan tidak mengambil tindakan di luar batas undang-undang sehingga boleh mencetuskan huru hara dalam negara.

"Usah bertindak terburu-buru dan mengambil tindakan sendiri yang melangkaui pihak berkuasa," katanya.

Parkir ditutup adalah atas tanah kerajaan yang wujud sejak 1970an lagi – PSAP 01/04/2024

https://www.utusan.com.my/berita/2024/04/parkir-ditutup-adalah-atas-tanah-kerajaan-yang-wujud-sejak-1970an-lagi-psap/

Parkir ditutup adalah atas tanah kerajaan yang wujud sejak 1970an lagi – PSAP BENTONG: Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) berharap kerajaan negeri membuka semula kawasan parkir yang ditutup berhampiran Kafe Tanah Aina Fareena di sini kerana ia sudah wujud di situ sejak tahun 1970an lagi. Presidennya, Haslihelmy DM Zulhasli berkata, parkir itu bukan dibina oleh pemilik kafe s...

19/08/2023

YAB MB Pahang, DS Wan Rosdy bin Wan Ismail merancang untuk membina Kolej Universiti Tahfiz Al-Quran dan Sains di negeri Pahang.

Ini adalah universiti pertama berkonsepkan sebegini di Pantai Timur sekiranya pembinaanya diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Asalnya, cadangan ini ditawarkan didalam manifesto BN untuk negeri Kelantan dalam PRN baru baru ini, tetapi seperti sedia maklum, keputusannya tidak memihak kepada BN.

Jadi, apa salahnya kalau ia dibina di Pahang kan? Saya pasti ia akan memanfaatkan beribu anak Pahang dalam masa sama melahirkan generasi yang lebih sempurna akhlak dan akidahnya untuk masa depan negara.

Doakan semoga perancangan ini berjaya..In sya Allah. Nikmat apakah lagi yang mahu kamu dustakan.

13/08/2023

Assalamualaikum warahmattullahiwabarakatuh

Dengan rendah hati dan keinsafan Terima Kasih saya ucapkan kepada semua Pengundi, Jentera BN Seluruh Malaysia yang memberikan sepenuh komitmen sepanjang Pilihan Raya 6Negeri..

Pelbagai cabaran kita tempuhi semalam di hari pengundian, namun ianya berjaya di atasi dengan dipermudahkan oleh Allah SWT..

14 hari kita berkampung dan Ianya Cukup bermakna dan memberikan pelbagai pengalaman kepada saya dan seluruh jentera.

Walaupun keputusan kali ini tidak memihak kepada kita, ia memberi suatu peluang untuk kita sama-sama bermuhasabah, dan melihat akan hikmah di atas setiap yang berlaku.

Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang tempoh Saya berkempen,Segala yang baik itu adalah dari Allah SWT dan segala yang buruk itu adalah kelemahan serta kekurangan dari diri saya sendiri.

Bagi peluang dan ruang Kerajaan Perpaduan ini selama 5tahun..Demi kestabilan dan kemakmuran Rakyat...

12/08/2023

Semoga dipermudahkan dan diberikan Kemenangan Kepada kerajaan perpaduan Demi kestabilan Rakyat

Alhamdulillah, selesai sudah berkempen di keenam-enam negeri dengan Pulau Pinang merupakan negeri terakhir.

Baru ni lah terasa penatnya. Terima kasih kepada semua jentera dan sahabat handai yang turut sama membantu kempen kali ini.

Semoga Barisan Nasional dan Pakatan Harapan memperoleh kejayaan pada Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan esok. Insya-Allah.

10/08/2023

Saya tiba di DUN Pedu bagi memberikan sokongan saya kepada Dato' Sri Diraja Mahdzir Khalid yang merupakan calon Barisan Nasional bagi kawasan tersebut.

Semoga sahabat saya ini beroleh kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan pada Sabtu ini. Insya-Allah.

09/08/2023

Sosok Tubuh Bernama Tok Wan Ini Tidak Pernah Kenal Erti Penat..Berkempen,Siang Dan Malam Untuk Memastikan Jentera Bergerak Dengan Penuh Satu Hati Demi Memastikan Kemenangan..Pertubuhan Suara Anak Pahang Terlalu Kagum Dengan Semangat , Tanggungjawab Yang Ditunjukkan Oleh Naib President 1 UMNO Malaysia Ini Tok Wan Rosdy.. Beliau Mengingatkan Kepada Semua Kita Bekerja Demi Parti Keramat UMNO Ini..Syabas TOK WAN..

08/08/2023

Hari ini pengundi awal akan melaksanakan tanggungjawab membuang undi bagi memilih Kerajaan Negeri yang layak untuk mentadbir negeri-negeri yang akan adakan Pilihan Raya Negeri pada kali ini iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan juga Kedah.

Saya amat berharap agar pengundi-pengundi di negeri-negeri ini dapat memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan yang akan membawa kesejahteraan demi kebaikan semua.

Pilih Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran.

Selamat mengundi kepada pengundi awal.

Photos from Wan Rosdy bin Wan Ismail's post 07/08/2023
07/08/2023

Sebelum memulakan tugas pada hari ini, perut perlu diisi terlebih dahulu.

Bersama kakak saya di Ayang Cafe, Kampung Langgar, Kelantan.

Alhamdullilah untuk rezeki pagi ini.

07/08/2023

Naib President 1 UMNO Malaysia Yang Sudah Sinonim Panggilan TOK WAN ..Dalam Siri Jelajah PRN Di Kelantan.. Pertubuhan Suara Anak Pahang Mengikuti Perkembangan Kempen Di Sana Apabila Tok Wan Hadir Bersama Rakyat DiKelantan Rata Ratanya Memberi Sokongan Penuh Kepada Calon Calon Barisan Nasional Yang Bertanding Pada PRN Kali Ini.. TOK WAN Dalam Ucapan Beliau Mengingatkan Kepada Semua Agar Diberikan Kemenangan Kepada Semua Calon Barisan Nasional Dan Selari Dengan Kerajaan Persekutuan Pada Hari Ini Demi Kesejahteraan Rakyat Kelantan..

29/07/2023

Pas tolak calon progresif, profesional?

Sebelum mengumumkan calon pada PRN kali ini khususnya di Kelantan dan Terengganu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pada 14 Jun 2023 berkata, parti itu akan melebihkan calon-calon dalam kalangan profesional dan aliran bukan agama pada PRN kali ini sebagai langkah imbangan serta meningkatkan mutu dalam pentadbirankerajaan negeri.

Sebelum ini orang ramai menganggap bahawa calon-calon Pas adalah dalam kalangan ustaz namun pada PRN kali ini, ia tetap sama dan terbukti apa disebut oleh Mohd. Amar hanya cakap tidak serupa bikin.

Jika dilihat, 50 peratus calon Pas di Kelantan, Terengganu adalah dalam kalangan ustaz dan mempunyai latar belakang agama. Jadi, adakah Pas menolak calon progresif, profesional untuk menjadi calon parti itu?

Pas dilihat masih bergantung kepada golongan agama untuk mendapatkan sokongan rakyat pada PRN kali ini sekali gus menafikan golongan progresif dan profesional. Tepuk dada tanya hati. Rakyat bijak menilainya..

Biar undang-undang 'hukum' penceroboh tanah haram - PSAP 23/07/2023

https://www.sinarharian.com.my/article/269664/edisi/pahang/biar-undang-undang-hukum-penceroboh-tanah-haram---psap

Biar undang-undang 'hukum' penceroboh tanah haram - PSAP KUANTAN - Tindakan kerajaan Pahang menyerahkan kepada mahkamah bagi 'menghukum' penceroboh tanah haram adalah keputusan tepat dalam memastikan pihak tidak...

23/07/2023

Biar undang-undang 'hukum' penceroboh tanah haram

KUANTAN: Tindakan kerajaan negeri menyerahkan kepada mahkamah untuk 'menghukum' penceroboh tanah haram adalah keputusan tepat bagi memastikan pihak tidak bertanggungjawab terbabit dihukum berlandaskan undang-undang.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, ia juga memperlihatkan keseriusan kerajaan Pahang pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail membanteras kegiatan penerokaan tanah haram di negeri ini.

"Isu penerokaaan tanam haram ini bukan perkara baru, ia sejak sekian lama berlaku yang mana pihak tidak bertanggungjawab mengaut untung jutaan ringgit tanpa membayar premium, sewaan atau pemilikan sementara tanah serta cukai.

"Sekiranya hanya didenda, penceroboh-penceroboh tanah haram tetap berleluasa kerana mereka mampu bayar denda, jadi kini biar mahkamah tentukan termasuk kemungkinan mereka perlu kosongkan tanah diteroka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Wan Rosdy dilaporkan sebagai berkata, tiada lagi kompaun akan dikenakan sebaliknya individu yang dikesan terlibat aktiviti penerokaan tanah haram di Pahang akan terus didakwa di mahkamah.

Menteri Besar itu berkata, ia merupakan tindakan tegas dalam usaha mengekang aktiviti penerokaan tanah haram di negeri ini.

Beliau juga dilaporkan berkata, tindakan kompaun yang dikenakan sebelum ini dilihat tidak menakutkan golongan terbabit selain seolah-olah kerajaan negeri tidak serius.

Mengulas lanjut, Haslihelmy berkata, isu penerokaan tanah secara haram di negeri ini mengakibatkan kerajaan negeri tidak mendapat hasil yang sewajarnya untuk digunakan meningkatkan ekonomi domestik.

"Sesiapa yang mengusahakan tanah secara haram dan salah maka pihak terbabit tidak berhak memilikinya malah mesti menanggung kos mengosongkan tanah itu atau mengeluarkan barangan dari situ.

"Kerajaan negeri berhak menghalang dan menyekat daripada diusahakan tanah-tanah tertentu yang didapati diceroboh secara haram," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Pahang juga mempunyai hak menghukum pihak yang melanggar undang-undang tanah supaya menjadi pengajaran dan mengelakkan kerugian kepada negeri.

"PSAP menyokong penuh tindakan kerajaan negeri mengheret penceroboh tanah haram ke mahkamah. Kita harap ia menggerunkan pihak berkenaan," katanya.

21/07/2023

Susuk Tubuh Insan Bernama Tok Wan Ini Tidak Pernah Kenal Erti Penat,Beliau Selaku Naib President UMNO Dan Menteri Besar Pahang Amat Kuat Bekerja Dan Menunaikan Tanggungjawab Beliau Seperti Yang Diamanahkan..Kadang Kadang Hairan Bila Masa Beliau Rehat Mesyuarat Sampai Ke Malam..Berulang Alik Seluruh Negara Demi Parti UMNO Malaysia...Semoga Beliau Sentiasa Dalam Lindungan Allah SWT .

PSAP yakin kerajaan Pahang tidak tunduk desakan isu Musang King 20/07/2023

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/psap-yakin-kerajaan-pahang-tidak-tunduk-desakan-isu-musang-king/?fbclid=IwAR3tDR9FolV-AuXb46a_fn0HIitXkTnRtUVfQ2KlE7IsPRs7-Kz4etI41pQ

PSAP yakin kerajaan Pahang tidak tunduk desakan isu Musang King KUANTAN: Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) yakin kerajaan negeri tidak akan tunduk sebarang desakan mahu pun tuntutan mana-mana pihak termasuk rakan dalam kerajaan Perpaduan berhubung isu pekebun durian Musang King di Raub. Ia termasuk dari Ahli Parlimen Raub dari DAP, Chow Yu Hui yang didakwa cub...

Photos from Zahid Hamidi's post 25/12/2022
04/11/2022

TINDAKAN ISMAIL HANYA DEMI KEPENTINGAN DIRI, KUASA

WALAUPUN sudah empat penggal bergelar wakil rakyat, namun Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib masih lagi belum 'puas' bergelar Yang Berhormat ataupun YB di Parlimen Maran.

Atas sebab itu, setelah namanya tidak dicalonkan semula oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, beliau ibarat cacing kepanasan lalu mencari parti politik lain untuknya bertanding.

Semalam, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan Ismail akan mempertahankan kerusi itu pada PRU15 kali ini atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Saya sebagai bekas pegawai kepada timbalan menteri berkenaan sememangnya tidak terkejut dan hairan dengan tindakan Ismail.

Sememangnya umum dapat melihat tindak tanduk Ismail sewaktu beliau di dalam kabinet kerajaan khususnya sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri di bawah kerajaan Perikatan Nasional.

Sikapnya lebih kepada 'play safe' demi kepentingan dirinya semata-mata. Matlamatnya adalah demi kuasa.

Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) berpandangan keputusan Ismail bertanding semula atas tiket PN tidak akan menggugat sokongan rakyat kepada BN di Parlimen Maran.

Pepatah menyebut, tak kenal maka tak cinta. Jika beliau setia kepada BN tentunya beliau akan menerima keputusan parti dan tidak bertanding atas tiket Perikatan Nasional.

Namun sebaliknya, sebenarnya BN tidak rugi hilang pemimpin seperti Ismail kerana masih ramai individu berbakat yang boleh diangkat sebagai wakil rakyat di Parlimen Maran.

PSAP akan menggerakkan ahli-ahli beliau untuk menolak Ismail yang dianggap sebagai 'pengkianat'.

Kapten (K) Haslihelmy DM Zulhasli
President Pertubuhan Suara Anak pahang

PSAP persoal kehadiran Presiden Majlis Belia Malaysia di pentas politik 16/08/2022

https://malaysiagazette.com/2022/08/16/psap-persoal-kehadiran-presiden-majlis-belia-malaysia-di-pentas-politik/

PSAP persoal kehadiran Presiden Majlis Belia Malaysia di pentas politik Menurut Presiden Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli kehadiran Izzat Afifi dalam program yang didakwa dianjurkan oleh Parlimen Indera Mahkota dilihat canggung kerana MBM seharusnya bebas pengaruh politik. Menurut Presiden Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli kehadiran Izzat....

Wujud tangan ghaib lindungi nelayan asing di perairan negara? 05/08/2022

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/wujud-tangan-ghaib-lindungi-nelayan-asing-di-perairan-negara/

Wujud tangan ghaib lindungi nelayan asing di perairan negara? KUANTAN: Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) mempersoalkan adakah wujud dalang ataupun tangan-tangan ghaib yang melindungi pencerobohan nelayan asing di perairan negara. Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli berkata, isu pencerobohan nelayan asing dan menjadi samseng di perairan negara bukan perkara...

Adakah wujud tangan ghaib lindungi nelayan asing, soal PSAP 05/08/2022

https://malaysiagazette.com/2022/08/05/adakah-wujud-tangan-ghaib-lindungi-nelayan-asing-soal-psap/

Adakah wujud tangan ghaib lindungi nelayan asing, soal PSAP Menurut presidennya, Kapten Haslihelmy DM Zulhasli, pencerobohan yang berterusan bukan sahaja menjejaskan ekonomi negara, malah menggugat sektor perikanan negara pada masa akan datang. Menurut presidennya, Kapten Haslihelmy DM Zulhasli, pencerobohan yang berterusan bukan sahaja menjejaskan ekonomi n...

10/07/2022

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, hari ini seluruh umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha dan marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita sekali lagi dapat menyambut hari kebesaran umat Islam ini.

Ibadah korban adalah tanda kita bersyukur atas rezeki yang Allah berikan dan sebagai bukti, kita perlu berkorban dan berkongsi kesyukuran itu dengan mereka yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Kita pernah melakukan pengorbanan ini ketika negara teruk dilanda pandemik dua tahun lalu yang mana setiap rakyat saling berganding bahu, bantu membantu mereka yang dalam kesukaran dan kesempitan dan insya-Allah kita boleh melakukannya sekali lagi.

Kepada yang sudah tiba di kampung halaman, raikan Aidiladha ini dengan penuh kegembiraan dengan ibu bapa dan sanak saudara manakala yang sedang dalam perjalanan p**ang p**a, berhati- hati memandu semoga anda semua selamat tiba di destinasi masing-masing.

Saya berdoa agar ibadah korban yang kita lakukan diterima Allah SWT dan kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya.

Saya juga mendoakan semua jemaah yang sedang menunaikan haji di Tanah Suci dipermudahkan ibadah mereka, diberi kesihatan dan memperoleh haji yang mabrur.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd

PRU15: BN Pahang perlu berani tampil calon muka baru 23/06/2022

https://www.sinarharian.com.my/article/208271/BERITA/Politik/PRU15-BN-Pahang-perlu-berani-tampil-calon-muka-baru

PRU15: BN Pahang perlu berani tampil calon muka baru KUANTAN - Barisan Nasional (BN) dan UMNO Pahang perlu memastikan kriteria calon yang dipilih benar-benar layak, muka baru dan boleh memberikan kemenangan pada parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, itu antara satu...

22/06/2022

PRU15: UMNO perlu kukuhkan jentera, pilih calon diterima pengundi https://malaysiagazette.com/2022/06/22/pru15-umno-perlu-kukuhkan-jentera-pilih-calon-diterima-pengundi/

12/05/2022

USAH DAKWA, BUAT ANDAIAN KEJADIAN BANJIR KILAT, LUMPUR DI JANDA BAIK

BANJIR kedua selepas musibah banjir Disember 2021 di Janda Baik di sini telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang membuat pelbagai andaian dan dakwaan tentang kejadian tersebut.

Antara dakwaan dibuat adalah pembalakan kononnya menjadi punca kejadian banjir di Janda Baik.

Seperti mana dimaklumkan oleh Menteri Besar, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail,
hujan terlampau lebat awal pagi semalam merupakan antara punca utama kejadian banjir yang melanda Janda Baik.

Hujan lebat di kawasan hulu mengakibatkan berlakunya limpahan air dari sungai berhampiran.

Cerapan data stesen hujan di Kampung Janda Baik menunjukkan taburan hujan awal pagi di kawasan tersebut sebanyak 19.5 milimeter dalam tempoh tiga jam.

Kadar hujan 19.5 milimeter dalam tempoh tiga jam ini dikategorikan sangat lebat kerana taburan normal hujan adalah di bawah 10 milimeter.

Jelas sekali, ia bukan berpunca dari kegiatan pertanian mahupun pembalakan seperti mana sering didakwa.

Saya sendiri sebagai penduduk Janda Baik cukup cakna dengan sebarang musibah yang berlaku di situ.

Sebagai rakyat yang bertangung jawab wajib membuat kenyataan berdasarkan fakta bukan melalui pemahaman sendiri.

Terima kasih diucapkan kepada Menteri Besar, Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail yang telah mengarahkan beberapa tindakan dilaksanakan dengan kadar segera khususnya bagi membantu mangsa banjir yang terkesan.

Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah SWT supaya musibah banjir yang melanda Janda Baik tidak akan berulang lagi di masa akan datang.

Kapten (K) Haslihelmy DM Zulhasli
President Pertubuhan Suara Anak Pahang

Tiga pertuduhan terhadap Shariffa Sabrina bukti keraguan PSAP benar - Haslihelmy 16/03/2022

https://malaysiagazette.com/2022/03/16/tiga-pertuduhan-terhadap-shariffa-sabrina-bukti-keraguan-psap-benar-haslihelmy/?fbclid=IwAR2fft6ZiLOHd-lpTGfbwCp1rqqYPiTnZXIKltB8thRIql1E2uZCwrQxYTQ

Tiga pertuduhan terhadap Shariffa Sabrina bukti keraguan PSAP benar - Haslihelmy Saya dan PSAP tiada niat buruk ataupun jahat sebaliknya hanya membangkitkan persoalan dan aduan yang diterima oleh PSAP. - Haslihelmy DM Zulhasli. Saya dan PSAP tiada niat buruk ataupun jahat sebaliknya hanya membangkitkan persoalan dan aduan yang diterima oleh PSAP. - Haslihelmy DM Zulhasli.

15/03/2022

ISU TANAH AINA: SERAH KEPADA MAHKAMAH MENGADILINYA

Pada 12 Jun 2021, saya dan Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) mendesak kerajaan negeri Pahang supaya segera menyiasat tentang sebuah resort tepi sungai yang dibuka di Raub.

Saya membangkitkan perkara itu pada waktu itu kerana terdapat keraguan bagi pihak saya dan PSAP tentang operasi resort berkenaan terutama apabila ia dibuka berdekatan dengan sungai di Raub.

Adakah wujud pelanggaran syarat-syarat tanah, pencerobohan tanah milik kerajaan atau lain-lain kesalahan termasuk membabitkan alam sekitar?

Atas faktor itu, pada waktu itu saya dan PSAP berpandangan ia perlu disiasat oleh pihak berwajib termasuk kerajaan negeri Pahang kerana tidak adil individu berkenaan boleh membuka resort itu jika ada kesalahan dilakukan.

Jika wujud kesalahan, tidak kiralah siapa pun individu berkenaan, dia perlu disiasat dan diambil tindakan berdasarkan kepada undang-undang sedia ada.

Hari ini, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil didakwa di Mahkamah Sesyen Raub atas tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan tanpa kebenaran yang sah.

Shariffa Sabrina yang juga Pengasas Rangkaian Tanah Aina Resort dan Restoran didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 26148, GM4135 Mukim Bentong iaitu kawasan Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant di Bentong pada pukul 2 petang 11 Jun 2021.

Pertuduhan kedua p**a tertuduh, dia didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 1053, PM0053 Mukim Ulu D**g iaitu kawasan Tanah Aina Fahad Glamping Resort di Raub, Pahang pada pukul 2 petang 10 Jun 2021.

Bagi pertuduhan ketiga, Shariffa Sabrina didakwa melakukan kesalahan tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di Lot 10061, GM1572 Mukim Tras iaitu kawasan yang ketika ini didiami Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort di Raub, Pahang.

Bagi ketiga-tiga kesalahan tersebut, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara 1965 iaitu menduduki atau membina apa-apa bangunan di atas mana-mana tanah kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan.

Jika bersalah, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun bagi setiap pertuduhan.

Ekoran pertuduhan itu, ia mengesahkan apa yang dipersoalkan oleh saya dan PSAP pada 12 Jun 2021 bukanlah suatu tuduhan liar semata-mata.

Biarlah kes itu kini diadili oleh pihak mahkamah. Saya dan PSAP tiada niat buruk ataupun jahat sebaliknya hanya membangkitkan persoalan dan aduan yang diterima oleh PSAP.

Kapten(K) Haslihelmy DM
Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang

Photos from Pertubuhan Suara Anak Pahang's post 04/03/2022

DSIM meluangkan masa bersarapan pagi dan beramah mesra dengan penduduk di Kg Sagil dalam kawasan DUN Gambir. Terima kasih kepada KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG yang turut serta bersama DSIM.

Photos from Pertubuhan Suara Anak Pahang's post 03/03/2022

Alhamdulilah Pertubuhan Suara Anak Pahang Hadir Mengiringi YB Dato Sri Ismail Mutalib Ahli Parlimen Maran Menyantuni Dan Memberikan Sokongan Penuh Kepada Calon BN Bagi DUN Serom Bahagian Ledang Dan Terima Kasih Kepada KETUA UMNO BAHAGIAN LEDANG Dan Exco PEMUDA UMNO Malaysia Selaku Tuan Rumah Kerana Sudi Menerima Kunjungan Kami Dari Anak2 Negeri Pahang Dan Ahli Parlimen Maran Sendiri Menyatakan Sokongan Penuh Dan Memohon Pengundi Pengundi Agar Terus Memberikan Mandat Dan Sokongan Kepada Calon Barisan Nasional...

Photos from Ismail Abd Muttalib's post 12/02/2022
Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Indera Mahkota
Kuantan
25200