Dewan Persuratan Melayu Pahang - DPMP

Dewan Persuratan Melayu Pahang

Photos from Dewan Persuratan Melayu Pahang - DPMP's post 07/09/2024

Tahniah buat Deklamator Negeri Pahang iaitu Wan Muhammad Hanif bin Wan Abdul Hamid berjaya menjuarai pertandingan Sayembara Jiwa Merdeka 2024.

Teruslah mekar mengharumkan nama negeri kita, jika bukan kita, siapa lagi... 😊

https://tunascipta.jendeladbp.my/2024/09/07/9292/

14/08/2024

Inshaa-Allah pada 26hb hingga 29hb Ogos 2024, delegasi DPMP akan melakukan kunjungan muhibbah ke negeri Cik Siti Wan Kembang.

Semoga dengan kunjungan ini bakal mengeratkan lagi ukhuwah dan silaturahmi badan kerabat budaya dan sastera dalam negara kita.

Jumpa nanti ya. 🙏 😊 🥰

14/08/2024

Bengkel Penulisan Cerpen Islami selama 3 hari 2 malam bakal diadakan pada 13-15/9/2024
Jemput menyertainya ya.

13/08/2024

AYUH SERTAI SESI PEROLEHAN MANUSKRIP PENA-MALAYSIA MADANI!

Anda ada manuskrip yang berpotensi menjadi sebuah buku?
PENA mengajak anda hadir ke sesi perolehan manuskrip pada:

Tarikh: 18 Ogos 2024 (Ahad)
Masa: 10 pagi - 5 petang
Tempat: Rumah PENA, Kuala Lumpur

Bawa apa? Manuskrip anda (bercetak) sahaja!

Apa yang akan berlaku?
- Penerangan asas: panduan penerbitan buku PENA-MALAYSIA MADANI.
- Sesi Interaktif: Berbincang terus dengan editor kami tentang manuskrip anda.
- Peluang Besar: Dapatkan peluang untuk manuskrip anda diterbitkan!

Semangat untuk berkarya!
Daftar sekarang: https://forms.gle/fj1iGsbLZNPAGLVC9

Jangan lepaskan peluang ini!
Daftar segera dan jadikan impian anda untuk memiliki buku sendiri menjadi kenyataan.

Maklumat lanjut: 0195196316 (Mazni) | [email protected]

Photos from Persatuan Penulis Nasional Malaysia - PENA's post 02/08/2024
23/07/2024

Wahai para penulis, marilah sertai sayembara ini.

Pemakluman Terkini

Sayembara Penulisan Kreatif DBP.

Ayuh, serlahkan bakat menulis anda menerusi kategori-kategori yang dipertandingkan.

(a) Kategori Novel
☑️Karya yang dihantar mestilah bertaip dan menggunakan tulisan Times New Roman bersaiz 12 dengan jarak langkau dua baris.
☑️Panjang teks novel adalah antara 35,000 hingga 50,000 patah perkataan.
🗓️Tarikh tutup: 31 Mac 2025.

(b) Kategori Drama Pentas
☑️Skrip yang dihantar hendaklah menggunakan format dan struktur skrip drama pentas yang standard, menggunakan jenis Times New Roman saiz fon 12 dengan jarak langkau dua baris.
☑️Panjang naskhah (drama) hendaklah sesuai untuk pementasan selama 90 hingga 120 minit sahaja, bersesuaian dengan konsepnya sebagai drama pentas.
🗓️Tarikh tutup: 31 Disember 2024.

(c) Kategori Kump**an Puisi
☑️Puisi yang dihantar hendaklah bertaip dan menggunakan tulisan Times New Roman, saiz fon 12 dengan langkau 1.5 baris.
☑️Kump**an puisi hendaklah mengandungi 40 hingga 50 puisi.
🗓️Tarikh tutup: 31 Disember 2024.

(d) Kategori Kump**an Cerpen.
☑️Karya yang dihantar mestilah bertaip dan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dengan jarak langkau dua baris.
☑️Kump**an cerpen hendaklah mengandungi 15 buah cerpen dengan jumlah halaman sebanyak 200 hingga 300 halaman.
🗓️Tarikh tutup: 31 Disember 2024.

Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, layari https://tinyurl.com/sayembara-kreatif
Pertanyaan:
Tel.: 03-21479124/03-21479132
E-mel: [email protected]

Sastera Pembangun Akal Budi Bangsa Era Kini 15/07/2024

Sastera Pembangun Akal Budi Bangsa Era Kini Bagi Dr. Aminudin Mansor, sastera masih relevan sebagai pembangun akal budi bangsa, lebih-lebih lagi pada era digital dan media sosial serba laju dan

Photos from Zambry Abd. Kadir's post 14/07/2024
07/07/2024

Mengulit Rindu
Muhd Mansur Abdullah
Pekan Ilmu Publication
Cetakan Pertama 2013
419 halaman

Alhamdulillah.
Dengan sekali duduk, khatam buku ini.

Beli asbab, pernah baca beberapa buah buku oleh penulis yang sama. Bila tengok namanya tertera dikulit buku, dengan senang hati terus ambil.

Kisah cinta, nak kata tiga segi pun ya, bukan tiga segi pun ya.

Ismail, Yusuf & Kamaliah, berkawan sejak kecil sampai ke besar, dah macam adik beradik.

Perasaan s**a, cinta tetap timbul. Bila dah begitu, siapa yang Kamaliah nak pilih.

Yusuf jadi tentera, tubik kampung. Ismail tetap di kampung Tanjung Penaga, meneruskan kerja orang tuanya, sebagai nelayan. Kamaliah juga di kampung, dapat kerja kerana sekolah.

Kampung Penaga p**a, masa tu dapat penghulu baru, muda Dan punya wawasan untuk memajukan kampung.

Nak majukan kampung, tentulah majukan anak muda. Maka bermula la Persatuan Belia, diketuai oleh Ismail, dan Kamaliah jadi setiausahanya.

Dah begitu, gi mari la, mereka berdua ni. Mesyuarat situ sini. Ada tubik jauh, ada tubik dekat.

Jadi orang kampung pun bertutur la perkara ini tak comel. Orang tuan pun, suruh bertunang dan kahwin.

Jadi belah perempuan, lagi kuat kena, jadi tunggu la antara dua sahabat ini yang masuk dulu.

Bila orang tua, Ismail masuk minta Kamaliah, mahu tak mahu terima akhirnya, pun begitu sempat berhubung dengan Yusuf. Terasa la Si Yusuf ni.

Setakat tu, tak berapa padu lagi cerita mereka. Kampung Penaga, Pontian, Johor, kampung nelayan, ada la Tauke Boon Tat yang jadi orang tengah, beli hasil tangkapan orang kampung.

Orang kampung tak ada duit, dia bagi pinjam tapi dengan syarat jual ikan kepadanya.

Bila Belia kampung dah berpesatuan, Mula celik mata, selama ini mereka ditindas.

Nak buka koperasi dan beli hasil ikan daripada penduduk kampung. Tauke Boon Tat, tergugat, Mula main taktik kotor, semoga tak jadi buat.

Lagi kemah cerita, pada suatu kali tu, Ismail ke laut dengan geng-gengnya, dan kena balik awal. Balik sendiri. Kena musibah, yang disebabkan oleh rancangan jahat Tauke Boon Tat.

Hilang la Ismail, entah ke mana. Nak kata mati, mayatnya tak ditemui.

Dari situ, Kamaliah pun sangkut balik dengan Yusuf. Ada la ceritanya, yang menjadi sedemikian itu.

Ismail, diselamatkan oleh orang Pontianak, Indonesia. Lepas tu, senang cakap, jatuh cinta dengan anak orang yang selamatkannya.

Kisah...perjuangan keluar daripada kemiskinan. Bina kekuatan, dengan berpesatuan dan mudah dapat bantuan daripada kerajaan.

Terima kasih sudi membacanya.

Photos from Karya Anak Pahang's post 03/07/2024
Bab Terakhir - Selangorkini 19/06/2024

Cerpen karya Mohd Fudzail Mohd Nor di akhbar Selangorkini

Bab Terakhir - Selangorkini Oleh Mohd Fudzail Mohd Nor Dini duduk di sudut malap Pesta Buku Kuala Lumpur, jemarinya yang gerutu menjejak tulang belakang novel lama yang berdebu. Udara berbau kertas dan nostalgia, gabungan dakwat dan kenangan. Pada usia enam puluh, dia adalah peninggalan – seorang penulis yang pernah diraikan...

07/06/2024
Rahman Haji Yusof Sasterawan Negeri Pahang 2024 31/05/2024

Liputan Hadiah Sastera Darul Makmur Ke-2 yang berlangsung pagi tadi oleh lamanweb Jendela DBP

Rahman Haji Yusof Sasterawan Negeri Pahang 2024 Kuantan – Kerajaan negeri Pahang memberikan pengiktirafan kepada Rahman Haji Yusof dengan menobatkannya sebagai Sasterawan Negeri Pahang 2024. Pengiktirafan tersebut merupakan ...

30/05/2024

Hadiah Sastera Darul Makmur Ke-2

Bakal diadakan di Dewan Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada hari Jumaat, 31/5/2024

29/05/2024
07/05/2024

Puisi karya Kelompen Koe

Photos from Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang's post 21/08/2023

Dapatkan buku-buku terbitan DPMP dan pengkarya DPMP di reruai no 45.

29/07/2023

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Ke-37 Peringkat Negeri Pahang.

Boleh imbas Kod QR di dalam poster untuk syarat-syarat penyertaan dan borang penyertaan.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScUoUhzjf1MvxPl8xJWeG8dJ0Ygpb2qq-WpRcxWY3kRRiK9vA/viewform?usp=pp_url

19/07/2023

PROMOSI TERHEBAT 2023!

Ayuh dapatkan karya-karya Prof Emeritus Datuk Dr Hj Mansor Abdullah dengan harga istimewa.

3 buku RM100
1 buku RM38

hubungi 👇

wa.me/60192175400
wa.me/60192175400

Photos from Dewan Persuratan Melayu Pahang - DPMP's post 24/06/2023

Terima kasih Dato' Sri MB sudi singgah ke meja DPMP

24/06/2023

Majlis Perasmian
Karnival Buku Sungai Koyan
oleh Y.A.B. Menteri Besar Pahang

Photos from Dewan Persuratan Melayu Pahang - DPMP's post 28/05/2023

Dapatkan karya-karya terbaharu Datuk Dr Mansor dan Hj Rahman Yusof di Laman Santai Seni, PBAKL di Main Entrance, WTC KL.

*Dr Mansor dan Hj Rahman sedang menandatangan buku-buku yang dibeli peminat

Photos from Dewan Persuratan Melayu Pahang - DPMP's post 25/04/2023

Tiga novel Prof Datuk Dr Mansur, Ketua Satu DPMP kita.

Sebuah RM40

PROMOSI!! : Ketiga-tiganya RM90 termasuk pos.

Jika berminat boleh whatsapp wa.me/60192175400

Photos from Dewan Persuratan Melayu Pahang - DPMP's post 20/03/2023

Seputar kenangan yang berjaya dibidik dalam Bicara Karya " SEROJA MASIH BERBUNGA" oleh Profesor Dr Azhar serta SM Zakir dan juga malam meraikan Juara Deklamator peringkat kebangsaan yang telah dimenangi oleh beberapa deklamator Pahang.

18/03/2023

Jangan lupa live di FB DPMP malam nie jam 9 mlm

10/03/2023

Assalam semua,

Nak menjemput kalau berkelapangan pada semua di sini untuk hadir memeriahkan bersama MAJLIS MALAM GEMA PUISI RAMADAN PADA 18 MAC 2023 DI HOTEL SRI MANJA KUANTAN.

ATURCARA:

18.3.23 - 9.OO mlm
Malam Gema Ramadan dan jamuan.

Jemput datang ya..

Pada sesiapa yang sudi hadir, mohon berikan nama dan berapa orang ya untuk memudahkan kami siapkan tempat dan makanan kepada para tetamu.
Semua, dialu2kan di sini...

Boleh PM atau wasap ifa juga di 016-2204242

Photos from Dewan Persuratan Melayu Pahang - DPMP's post 29/10/2022

Mesyuarat Agung Tahunan DPMP Kawasan Kuantan 2022

Mesyuarang Agung Tahunan DPMP Kawasan Kuantan 2022 telah berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 28 Oktober 2022. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Encik Fadzilah Bin Hj Mohamed Tahir, Ahli Majlis MBK.

Selamat datang juga diucapkan kepada ahli-ahli baru ke Dewan Persuratan Melayu Pahang, antaranya Prof. Dr. Jamal Rizal Bin Razali dan Dr. Hasmadi Bin Hassan daripada Universiti Malaysia Pahang.

Photos from Dewan Persuratan Melayu Pahang - DPMP's post 07/08/2022

Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan ke 36 Peringkat Negeri Pahang telah berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada 6 Ogos 2022. Program anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang dengan kerjasama GAPENA, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang ini telah menghimpunkan 14 orang peserta dari seluruh Negeri Pahang. Berikut adalah pemenang-pemenang edisi Sayembara kali ini :
JUARA - JOHARI BIN IBRAHIM
NAIB JUARA - WAN MUHAMMAD HANIF BIN WAN ABD HAMID
TEMPAT KE 3 - MUHAMMAD AMIRULL AFIQQ BIN MOHAMAD LOKMAN
SAGUHATI - NUR NADHIRAH BINTI ZAINUDDIN
SAGUHATI - MARIANI ALI AMRAN
SAGUHATI - NUR ATIKAH BINTI JAMALUDIN
SAGUHATI - NURUL ADIBAH BINTI AZHAR
SAGUHATI - SITI NURZULAIKHA BINTI ADAM

04/08/2022

Ayuh semua untuk berikan semangat dan sokongan kepada peserta-peserta yang akan bertanding dalam Sayembara Puisi Kemerdekaan ke-36 Peringkat Negeri Pahang pada :

Tarikh : 6 Ogos 2022
Hari : Sabtu
Waktu : 9.30 pagi
Tempat : Aras 2, Pusat Warisan Intelek Negeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Pada tahun ini, peserta-peserta dikehendaki untuk menggunakan Puisi-Puisi dari Naskah Jangan Gendang Bertingkah Lagi. Naskah ini turut akan dijual pada hari tersebut.

Semua dijemput hadir.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Pagi, sebelum majlis bermula. # #hadiahsasteradarulmakmur
Perkongsian Video Peserta Akhir SPDK KE 35 Negeri Pahang

Website

Address


Kuantan

Other Non-Governmental Organizations (NGOs) in Kuantan (show all)
Yayasan Kebajikan At-Tibyan Yayasan Kebajikan At-Tibyan
Yayasan Kebajikan At-Tibyan No B-26, Tingkat 2, Jalan 1M 3/10, Bandar Indera Mahkota Darul Makmur
Kuantan, 25200

Enlighten Minds, Building Bridge, Inspiring Change

IKRAM Pahang IKRAM Pahang
A*5 Jalan IM 7/16, Bandar Indera Mahkota
Kuantan, 25200

IKRAM adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan masyarakat.

People Moving Onwards - PMO People Moving Onwards - PMO
Lorong Permatang Balak
Kuantan, 25150

Pvattbm Pahang Pvattbm Pahang
Kuantan, 25200

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen (PVATTBM) Pahang

Karyawan Pahang Karyawan Pahang
A7, Mezzanine Floor, Kuantan Avenue
Kuantan, 25250

Persatuan Karyawan Muzik Negeri Pahang

RCC Malaysia RCC Malaysia
Jalan Bukit Ubi
Kuantan, 25200

Badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan bagi tujuan bekerjasama Dengan Pihak Kerajaan Dan Swasta Serta Badan-Badan Sukarela Untuk Menjalankan Aktiviti Membantu Masyarakat untuk ...

Persatuan Wanita Dinamik Pahang Persatuan Wanita Dinamik Pahang
Kuantan

Pertubuhan cakna kebajikan masyarakat di Negeri Pahang. Sumbangan anda dialu-alukan menerusi A/C Maybank 556093260140 Persatuan Wanita Dinamik Pahang

Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang Badan Penyelaras KPT Pendidikan Pahang
Jabatan Pendidikan Negeri
Kuantan, 25604

Menjalinkan ukhwah diantara ahli-ahli KPT Pendidikan Pahang dalam satu wardah perjuangan

Kelab Kebajikan Rekreasi Felcra Pahang Kelab Kebajikan Rekreasi Felcra Pahang
No-5 Jalan IM6/1
Kuantan, 25200

Muafakat MRSM Kuantan Muafakat MRSM Kuantan
Kuantan, 25200

This is the offical page of Muafakat Cawangan MRSM Kuantan. All contribution and constructivce comments are welcomed.

Persatuan Anak Kuantan Utara - Pakuta Persatuan Anak Kuantan Utara - Pakuta
Kuantan, 26100

Kami menyalurkan sumbangan kebajikan kepada penduduk di bahagian utara Daerah Kuantan yang meliputi kawasan Mukim Beserah sehingga ke Cherating.

Mari Melukis & Menghafal Mari Melukis & Menghafal
Taman Seri Inderapura Kuantan
Kuantan, 25150

Kelab Kebajikan Dan Sosial Pahang adalah sebuah NGO atau pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk untuk membantu dan memberi kebajikan kepada masyarakat yang memerlukan khus...