IAM Management Consultant

IAM Management Consultant

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from IAM Management Consultant, Business consultant, No. 11A, Tingkat 1 (Malay town), Jalan Putra Square 2, Putra Square, Kuantan.

Company No.: 199401023785 (309466-M)

Company Registration Sendirian Berhad / Berhad / Yayasan

Company Secretarial Services

Accounting Services / Preparation of FS / Taxation

30/04/2024

Selamat menyambut Hari Buruh 1 Mei 2024 kepada semua pekerja di Malaysia

Pejabat tutup pada 1 Mei 2024 (rabu)

Terima kasih

Photos from IAM Management Consultant's post 26/04/2024

Alhamdulillah syukur selesai jamuan kecil kecilan di pejabat IAM sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Terima kasih kepada semua🤲🏻

09/04/2024

Awal Syawal rai kemenangan,
Umat Islam saling berkunjungan,
Tahmid bertukar erti ketenangan,
Selamat menyambut Hari Lebaran.

Kami akan bercuti mulai 10 April (rabu) hingga 14 April 2024 (ahad).

Operasi semula 15 April 2024 (isnin).

Terima kasih.

12/03/2024

Selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan 2024M/1445H yang mulia.

Semoga Ramadhan kali ini penuh barakah dan rahmat Nya.

Ramadhan Kareem🤲🏻

24/10/2023

JAWATAN KOSONG

Jawatan : Pembantu Setiausaha Syarikat

Kelayakan : Ijazah Pengurusan Korporat (Degree Corporate Administration) atau Ijazah dan Diploma lain berkaitan

Skop Kerja : Menyediakan Laporan Tahunan syarikat, menyediakan resolusi syarikat, menyediakan dokumen statutori syarikat, mengurus buku daftar dan rekod minit syarikat, membantu menguruskan urusan mesyuarat syarikat, berurusan dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia, berurusan dengan pelanggan dan lain-lain kerja berkaitan

Lokasi : Malay Town Putra Square, Kuantan Pahang

Ketersediaan : Segera

Sila emel resume di [email protected] dengan tajuk "Pembantu Setiausaha Syarikat" bagi yang layak dan berminat.

Terima kasih.

29/06/2023

Selamat Hari Raya Aidiladha 1444H

Semoga ibadah korban membawa keberkatan dan keikhlasan hati buat kita semua.

🤲🏻

21/04/2023

Salam Aidilfitri 1444H/2023M

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga amal ibadah kita diterima sepanjang bulan Ramadan dan termasuk juga orang-orang yang sentiasa bersyukur.

Ikhlas dari,
Warga Kerja IAM, IAS & MTS

21/04/2023

🔄📜PERTUKARAN NAMA SYARIKAT📜🔄

🖋️ Sesebuah Syarikat boleh menukarkan namanya melalui resolusi/ketetapan khas.

🖋️ Pertukaran nama Syarikat hendaklah diberitahu kepada Pendaftar (SSM) dalam masa 30 hari dari tarikh resolusi/ketetapan khas tersebut diluluskan.

🖋️ Sekiranya fi yang ditetapkan telah dibayar dan mendapatkan kelulusan pihak SSM, pihak SSM hendaklah: -

a) mencatatkan nama baru syarikat tersebut dalam daftar bagi menggantikan nama yang lama;

b) mengeluarkan satu notis (sijil) pendaftaran bagi nama baru tersebut.

🖋️ Pertukaran nama sebuah syarikat hendaklah berkuatkuasa dari tarikh notis pendaftaran bagi nama baru tersebut dikeluarkan.

🖋️ Pertukaran nama sebuah syarikat tidak menjejaskan hak atau obligasi syarikat tersebut dan mencacatkan sebarang prosiding undang-undang oleh atau terhadap syarikat tersebut,

Anda ingin tahu lebih lanjut berkenaan kami?
Boleh whatsappp di
Wasap.my/+60182544101/SetiausahaSyarikat

Email : [email protected]

Kredit : Masyitah

18/04/2023

Audit adalah satu proses pengesahan dimana akaun akan disahkan dengan bukti oleh auditor. Oleh itu amat penting untuk segala bukti transaksi telah disediakan.

Amalan filing yang konsisten dan teratur akan menjadikan proses audit mudah dan cepat. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa proses audit

-bank statement
-senarai stock
-senarai supplier
-statement of accounts dari supplier
-senarai penghutang (yang bisnes berhutang)
-senarai pemiutang (yang berhutang dengan bisnes)
-petty cash listing (maklumat aliran duit tunai keluar masuk)
-senarai jualan
-senarai belian
-resit perbelanjaan
-invois jualan
-senarai pekerja dan bayaran gaji
-penyata bayaran KWSP and SOCSO pekerja

Senarai Di atas hanyalah sebahagian daripada dokumen yang diperlukan. Auditor mungkin akan meminta lebih dokumen sekiranya diperlukan.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi kami di Wasap.my/+601161391992

Email : [email protected]

Kredit : Nur Aziera

29/03/2023

💢5 Kepentingan Penyata Kewangan Dalam Perniagaan.

1. Mengenalpasti prestasi perniagaan
- dapat mengukur perkembangan dan prestasi perniagaan dari semasa ke semasa
- mengelakkan perbelanjaan yang tidak perlu

2. Memudahkan proses pinjaman dan pembiayaan
- membantu institusi kewangan menilai dan membuat keputusan sebelum memberi pinjaman atau pembiayaan

3. Mengenalpasti risiko
- dapat mengelakkan isu hutang lapuk dan risiko bankrup

4. Mengelakkan penyelewengan
- penyelewengan dapat dikesan jika terdapat kawalan keluar masuk aliran tunai yang berkesan

5. Memudahkan urusan percukaian
- dapat merancang dan menyelaras bayaran cukai mengikut kadar keuntungan semasa

Untuk maklumat laniut boleh menghubungi kami di Wasap.my/+601161391992

Email: [email protected]

Kredit: Ain Azhani

27/03/2023

ZAKAT DAN CUKAI PENDAPATAN

1. Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 terdapat peruntukan bahawa setiap mereka yang telah membayar zakat boleh dikecualikan atau mendapat pelepasan kadar tersebut dari membayar cukai pendapatan. Untuk mendapatkan pengecualian tersebut, pembayaran haruslah dibuktikan dengan resit yang dikeluarkan oleh pihak yang diberi kuasa untuk memungut zakat.

2. Sekiranya seseorang individu telah membayar zakat pada tahun tertentu, maka pelepasan cukai akan diberikan pada tahun yang sama.

3. Selain itu, bayaran zakat melalui potongan gaji akan dapat mengurangkan bayaran Potongan Cukai Bulanan(PCB).

❗️Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa bagi pendapatan syarikat kadar zakat bagi rebat pengecualian cukai hanyalah 2.5% daripada pendapatan agregat.

Ingin tahu lebih lanjut berkaitan Percukaian? Hubungi kami di Wasap.my/+60176005923/mts_percukaian

E-mail : [email protected]

Kredit : Nurul Hidayah

21/03/2023

Pindaan Akta Kerja 1955 berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.

🤰🏻Beberapa pindaan telah dibuat antaranya adalah tempoh cuti bersalin.

Cutin bersalin ialah faedah untuk pekerja menerima cuti bergaji untuk pekerja wanita yang bersalin.

Tahun 2022

🔴 Jumlah kelayakan cuti bersalin adalah sebanyak 60 hari sahaja

Tahun 2023

🔴 Jumlah Kelayakan Cuti Bersalin bertambah sebanyak 38hari dan menjadi 98hari

Antara Syarat - syarat Kelayakan

🔹 Tidak melebihi 5 orang anak yang masih hidup
🔹 Bekerja tidak kurang 90 hari (3bulan) dalam tempoh mengandung
🔹 Memaklumkan tarikh mula bersalin dalam tempoh 60 hari sebelum bersalin kepada majikan
(Jika tidak maklum majikan boleh tahan elaun bersalin)
🔹 Usia kandungan tidak kurang 22 minggu (5 bulan 14 hari) - bersalin/gugur/hidup/mati

Anda nak tahu lebih lanjut berkenaan kami?
Boleh whatsappp di
Wasap.my/+60182544101/SetiausahaSyarikat

Email : [email protected]

Kredit : izati zulkifli

20/03/2023

💰APA ITU PENYATA ALIRAN TUNAI

Penyata Aliran Tunai (Cash Flow Statement) merupakan salah satu laporan dalam Penyata Kewangan. Ia melaporkan aktiviti aliran wang keluar dan masuk dan menunjukkan kedudukan kewangan syarikat bagi sesuatu tempoh. Tiada non-cash item yang ditunjukkan di sini. Hanya wang terima dan wang dibelanjakan syarikat yang direkodkan disini.

Laporan ini menunjukkan bagaimana sesebuah syarikat mengurus kewangan tunai mereka. Aktiviti aliran wang keluar masuk ini di kategorikan kepada 3 bahagian (3 komponen Penyata Aliran Tunai) iaitu.

Penyata Aliran Tunai
• Aliran tunai dari aktiviti operasi (Cash Flow from Operating Activities)
• Aliran tunai dari aktiviti pelaburan (Cash Flow from Investing Activities)
• Aliran tunai dari aktiviti kewangan (Cash Flow from Financing Activities)

Apabila jumlah aliran tunai dari ketiga-tiga kategori ini ditambah, ia akan memberikan jumlah aliran tunai bagi sesuatu tempoh. Jumlah aliran tunai ini p**a akan dicampurkan dengan baki tunai dari tempoh sebelum ini untuk mendapatkan baki tunai semasa.

Mari kita lihat definisi ketiga-tiga komponen aliran tunai ini:

⚙️ Aliran Tunai dari Aktiviti Operasi

Pada bahagian ini, sebarang aktiviti aliran tunai berkaitan dengan operasi perniagaan akan ditunjukkan disini. Ia merangkumi aktiviti menjalankan perniagaan seperti menerima wang dari pelanggan apabila menjual produk atau servis, pembayaran atas pembelian bahan mentah, pembayaran gaji, kos pemasaran, penerimaan lebihan cukai atau pembayaran cukai dan lain-lain aliran tunai dari perniagaan.

⚙️ Aliran Tunai dari Aktiviti Pelaburan

Sebarang aktiviti yang melibatkan pelaburan akan direkodkan disini. Aktiviti pelaburan disini termasuk membeli dan menjual aset, membeli dan menjual pelaburan saham dan lain-lain instruments. Sekiranya jumlah aliran tunai dari bahagian ini adalah negative (duit keluar lebih banyak dari duit masuk), ia tidak semestinya bermaksud sesuatu yang buruk. Banyak kemungkinan dan senario yang berlaku sekiranya aliran keluar lebih banyak pada bahagian ini dan salah satunya syarikat tersebut membeli aset yang banyak bagi bertujuan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Sudah tentu aliran tunai pada bahagian ini akan menjadi negative.

⚙️ Aliran Tunai dari Aktiviti Kewangan

Pada bahagian ini, sebarang aliran tunai berkaitan dengan kewangan sama ada hutang atau ekuiti akan direkodkan disini. Ia termasuk membayar hutang, atau mengambil hutang baru, memasukkan modal di dalam perniagaan, pembayaran dividen, pengeluaran saham baru, share buy-back dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi kami di Wasap.my/+601161391992

Email : [email protected]

Kredit : Nurul Syafiqah

14/03/2023

Apakah dokumen yang perlu disediakan untuk pengurusan penyata kewangan syarikat:

1. PENYATA BANK
- Pihak syarikat perlu menyediakan penyata bank untuk tempoh kewangan syarikat.

2.DOKUMEN JUALAN
- Pihak syarikat perlu menyediakan dokumen jualan seperti Invois, resit dan dokumen lain.

3. DOKUMEN BELIAN
- Pihak syarikat perlu menyediana dokumen belian seperi Invois, resit bayaran, dan mana-mana dokumen yang berkaitan.

4. DOKUMEN BELANJA
- Belanja adalah kos tetap yang dikeluarkan seperti bayaran sewa pejabat, bil eletrik dan air, gaji pekerja, serta lain-lain kos yang perlu dibayar. Dokumen yang perlu disediakan adalah seperti resit bayaran, bil eletrik dan air, senarai pekerja beserta slip gaji pekerja.

5. SURAT PERJANJIAN
- Sekiranya syarikat ada terlibat dengan mana-mana perjanjian seperti sewa pejabat, pembelian aset seperti kenderaan dan banggunan, pinjaman dengan pihak bank, pihak syarikat perlu menyediakan segala dokumen yang berkaitan dengan perbelanjaan yang dilakukan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻

http://www.wasap.my/+0601161391992

[email protected]

Kredit : Siti Suhaida

13/03/2023

Penyata Kewangan vs Laporan Tahunan
Seringkai pemilik Syarikat terkeliru dan tertukar dengan Penyata Kewangan dan Laporan Tahunan.

Tahukah anda kedua-dua perkara tersebut adalah berbeza. Apa itu Penyata Kewangan? Apa itu Laporan Tahunan?

📚Penyata kewangan
Rekod kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah perniagaan.
Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka pendek dan jangka panjang bagi sesebuah perniagaan. Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyata kewangan. Terdapat lima perkara di dalam Penyata Kewangan iaitu:-

1. Penyata Kedudukan Kewangan
2. Penyata Pendapatan Komprehensif
3. Penyata Perubahan Dalam Ekuiti
4. Penyata Aliran Tunai
5. Nota kepada Penyata Kewangan

Penyata Kewangan wajib diserahsimpan kepada pihak SSM dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kewangan.

📚Laporan Tahunan
Di dalam laporan ini mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut:-
1. Alamat Berdaftar & Peniagaan Syarikat
2. Aktiviti Syarikat
3. Maklumat Pengarah
4. Maklumat Pemegang Saham
5. Jumlah Saham Syarikat Terkini

Setiap Syarikat perlu memastikan Laporan Tahunan diserahsimpan kepada SSM dalam tempoh 30 hari dari tarikh penubuhan pada setiap tahun.

Kegagalan pihak Syarikat untuk menyerahsimpan kedua-dua perkara tersebut kepada SSM akan dikenakan kompaun tidak melebihi RM500,000

Anda ingin tahu lebih lanjut berkenaan kami?
Boleh whatsappp di
Wasap.my/+60182544101/SetiausahaSyarikat

Email : [email protected]

12/03/2023

Apa itu Borang CP500?

📌CP500 adalah bayaran ansuran cukai pendapatan untuk individu berpendapatan perniagaan.

Amaun ansuran akan dianggarkan oleh LHDN dan akan dihantar kepada pembayar cukai pada setiap awal tahun menggunakan notis ansuran CP500. Pembayar cukai dikehendaki membuat bayaran mengikut tarikh dan jumlah bayaran ansuran seperti yang ditetapkan di dalam notis CP500 tersebut.

❗️Sekiranya jumlah ansuran dibayar melebihi jumlah cukai kena dibayar (seperti yang diisytihar pada e-filing), maka bayaran balik akan dibayar secara automatik. Sekiranya jumlah cukai kena dibayar melebihi jumlah ansuran dibayar, maka tambahan bayaran cukai perlu dibayar segera.

Ingin tahu lebih lanjut berkaitan Percukaian? Hubungi kami di Wasap.my/+60176005923/mts_percukaian

E-mail : [email protected]

Kredit : Nurul Hidayah

07/03/2023

KEMUKAKAN E-MAJIKAN SEBELUM 31 MAC SETIAP TAHUN

✅Borang E berfungsi sebagai laporan pengisytiharaan untuk memaklumkan kepada LHDN mengenai bilangan pekerja dalam syarikat dan butiran pendapatan mereka.
✅Borang ini perlu dikemukakan oleh majikan selewat-lewatnya pada 31 Mac setiap tahun tanpa gagal.

Bagaimana untuk kemukakan Borang E?

✅Mulai tahun saraan 2016 Borang E perlu dikemukakan melalui e-Filing (e-E). Borang E hanya akan dianggap lengkap sekiranya C.P.8D dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan.
✅Majikan yang telah menghantar maklumat melalui e-Data Praisi tidak perlu mengisi dan menghantar C.P.8D.

Apakah impikasi sekiranya gagal mengemukakan Borang E?

✅Majikan boleh dikenakan denda dan penalti di atas kesalahan Tidak Mengembalikan Borang Nyata Cukai Pendapatan di bawah Seksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 di antara RM200 sehingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Ingin tahu lebih lanjut berkaitan Percukaian? Hubungi kami di http://wasap.my/+60176005923/mts_percukaian

E-mail : [email protected]

Kredit : Aidatul Ashikin

03/03/2023

💡Juruaudit dan Kepentingan Audit Tahunan

Siapakah juruaudit?
- Juruaudit merupakan pihak yang menjalankan proses pengauditan.
- Juruaudit memerlukan lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Institute of Accountants (MIA) dan dikawal selia oleh badan-badan kerajaan yang berkaitan untuk melakukan tugas pengauditan.

Audit tahunan adalah proses penilaian dan semakan. Pihak pengurusan syarikat perlu menyediakan dokumen audit yang lengkap bagi memenuhi keperluan audit yang akan dijalankan oleh juruaudit. Juruaudit juga akan memastikan laporan yang dikeluarkan adalah mengikut undang-undang dan piawaian akaun yang ditetapkan.

Kepentingan Audit Tahunan.
• Keperluan di sisi undang-undang (serah simpan di SSM setiap tahun)
• Memastikan laporan kewangan perniagaan adalah betul
• Memastikan laporan kewangan adalah mengikut akta syarikat, piawaian perakaunan dan undang-undang lain yang berkaitan
• Memberi motivasi kepada pemilik syarikat untuk menjalankan bisnes berdasarkan laporan kewangan yang disediakan
• Menyediakan pengurusan kewangan yang teratur bagi pemilik syarikat

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi kami di Wasap.my/+601161391992

Email: [email protected]

Kredit: Ain Azhani

28/02/2023

PERLEMBAGAAN SYARIKAT📋

📌 Menurut *Artikel 31, Akta Syarikat 2016,* sesuatu syarikat, selain berhad menurut jaminan, boleh atau tidak perlu mempunyai suatu perlembagaan.

📌 Jika suatu syarikat mempunyai suatu perlembagaan, syarikat itu, setiap pengarah dan setiap anggota syarikat hendaklah mempunyai hak, kuasa, kewajipan dan obligasi yang dinyatakan dalam Akta ini, kecuali setakat yang hak, kuasa, kewajipan dan obligasi itu dibenarkan untuk diubah suai mengikut Akta ini, dan diubah suai sedemikian oleh perlembagaan syarikat itu.

📌 Jika suatu syarikat tidak mempunyai perlembagaan, syarikat itu, setiap pengarah dan setiap anggota syarikat hendaklah mempunyai kuasa, kewajipan dan obligasi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta ini.

Anda ingin tahu lebih lanjut berkenaan kami?
Boleh whatsappp di
Wasap.my/+60182544101/SetiausahaSyarikat

Email : [email protected]

Kredit : Masyitah

26/02/2023

Pentingnya penyata bank kepada perniagaan.

- Penyata bank merujuk kepada transaksi kewangan keluar dan masuk direkod berserta tarikh serta transaksi yang dilakukan.

- Penyata bank berguna kepada peniaga terutama bagi pemegang akaun semasa.

- Antara kepentingan Penyata Bank dalam pengurusan akaun adalah:

1️⃣ Peniaga dapat melihat pergerakan wang dalam perniagaan dan dapat mengukur prestasi kewangan syarikat dari semasa ke semasa.

2️⃣ Penyata bank boleh dijadikan angka perbandingan antara penyata bank dengan transaksi yang terdapat di dalam buku tunai.

3️⃣ Penyata bank juga dapat melihat jumlah-jumlah yang dibayar oleh bank (Dividen/Hibah) serta caj-caj yang dikenakan oleh pihak bank.

4️⃣ Peniaga juga boleh mengetahui baki akhir dari semasa ke semasa dalam penyata, sekaligus dapat membantu peniaga untuk merancang perbelanjaan syarikat pada masa akan datang.

5️⃣ Dapat melihat caj-caj yang dikenakan oleh bank.

6️⃣ Dan juga dapat mengesan sebarang kesalahan pihak bank atau perniagaan.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi kami di Wasap.my/+601161391992

Email : [email protected]

Kredit : Nur Aziera

21/02/2023

✅Kepentingan Sistem Akaun

Ramai usahawan berfikir hanya perniagaan besar yang memerlukan perisian perakaunan. Namun persepsi dan pemikiran itu tidak tepat kerana perniagaan kecil mahupun besar, perakaunan merupakan perkara asas kepada semua jenis perniagaan. Tanpa perakaunan, kita tidak tahu adakah perniagaan kita memperolehi keuntungan atau tidak. Bagi membantu syarikat, sistem akaun perniagaan telah dibangunkan. Sistem akaun ini adalah penting untuk mereka yang tidak ada pengetahuan mengenai perakaunan supaya dapat menghasilkan laporan kewangan dengan mudah dan cepat. Antara kepentingan sistem perakaunan adalah:

✅1) Merekod Maklumat Secara Sistematik

Penyimpanan maklumat secara manual amat merisaukan kerana ia boleh dipadam, dimanup**asi atau hilang serta merta. Penggunaan sebuah perisian perakaunan dapat memastikan segala maklumat transaksi dan aktiviti perniagaan disimpan dengan cara yang lebih sistematik, teratur dan selamat. Selain itu, penggunaan perisian perakaunan dapat memberi usahawan keupayaan untuk mengeluarkan segala laporan kewangan dan perniagaan yang diperlukan dengan hanya satu butang klik. Laporan juga dapat Segala laporan juga dapat dilihat mengikut hari, bulan atau tahun dengan sangat mudah tanpa perlu mencari dari timbunan fail.

✅2) Perekodan Maklumat Dengan Tepat

Apabila sebuah sistem atau perisian digunakan, segala maklumat dan data dapat direkodkan dengan tepat dan tersusun. Tanpanya, data terpaksa dicatat secara manual dan ini yang menyebabkan berlakunya kesilapan kerana maklumat yang direkod tidak tepat dan kemungkinan boleh hilang berbanding dengan menggunakan sistem / perisian. Tambahan lagi jika tugasan seperti penyediaan akaun atau “book keeping” di mana sistem akaun melibatkan catatan dan kiraan nombor. Oleh itu dengan adanya perisian perakaunan , segala proses tersebut dilakukan secara automatik. Ini akan mengelakkan pengguna daripada melakukan kesilapan dan laporan-laporan yang terhasil juga lebih tepat.

✅3) Pengurangan Kos Perniagaan

Istilah “Masa Itu Emas” adalah benar dalam menjalankan perniagaan. Tempoh pemprosesan yang lebih pendek menunjukkan kecekapan yang tinggi dan efisyen. Kecekapan ini boleh bantu mengurangkan kos kerana kurang masa dan tenaga kerja yang diperlukan. Begitu juga, penggunaan sistem atau perisian perakaunan dalam persekitaran perniagaan yang kompetitif. Apabila perisian akaun digunakan untuk menguruskan akaun anda, sistem akaun boleh membantu mempercepatkan segala urusan catatan dan perekodan dan juga penghasilan laporan. Sistem akaun menghasilkan laporan kewangan secara automatik, memenuhi piawaian perakaunan, menghasilkan laporan-laporan perniagaan, dan banyak lagi maklumat dan informasi perniagaan dengan hanya satu klik.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi kami di Wasap.my/+601161391992

Email : [email protected]

Kredit : Nurul Syafiqah

13/02/2023

Perbezaan aset ketara dan aset tidak ketara:

📍ASET KETARA
- Aset fizikal
- Contoh seperti tanah, kenderaan, mesin, peralatan, stok, bangunan, perabot.
- Aset ini boleh digunakan sebagai pembubaran untuk selamatkan syarikat.

📍ASET TIDAK KETARA
- Bukan fizikal (tidak dapat disentuh)
- contoh seperti paten, tanda-dagangan, hak cipta, muhibah, usahasama.
- menambah nilai masa depan syarikat yang mungkin dan boleh menjadi lebih bernilai daripada aset ketara.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻

http://www.wasap.my/+0601161391992

[email protected]

Kredit : Siti Suhaida

30/01/2023

AKRUAN terdiri daripada perbelanjaan terakru dan pendapatan terakru.

- Pendapatan terakru adalah pendapatan syarikat yang telah diperolehi, tetapi belum menerima wang tunai.

- Perbelanjaan yang terakru p**a adalah perbelanjaan yang telah ditanggung, tetapi wang tunai belum dibayar secara fizikal.

- Akruan dibuat untuk perbelanjaan atau hasil yang sudah diketahui oleh firma, dan direkodkan dalam penyata kewangan apabila ia berlaku, sebelum pertukaran tunai dan dana berlaku.

- Ini bagi memastikan bahawa semua maklumat kewangan termasuk jualan atas kredit dan faedah akhir bulan yang akan dibayar dicatatkan untuk tempoh tersebut.

- Contoh perbelanjaan terakru ialah gaji yang perlu dibayar pada akhir bulan dan akruan yang akan diterima seperti dana yang akan diterima oleh penghutang.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi kami di
Wasap.my/+601161391992

Email : [email protected]

Kredit : Nor Shahira

30/01/2023

GAJI VS UPAH

Gaji dan upah adalah antara belanja yang mesti didedahkan di dalam Penyata Untung Rugi sesebuah syarikat jika ada.

Gaji adalah jumlah wang yang dibayar kepada pekerja secara tetap bagi setiap bulan sepanjang tempoh bekerja dalam syarikat.

Upah merupakan jumlah wang yang dibayar kepada pekerja berdasarkan kerja yang dilakukan. contohnya, bayaran upah untuk seorang pekerja dibayar secara harian, mingguan ataupun mengikut jam kerja.

PERBEZAAN
Kos struktur: Gaji dibayar dengan kadar yang ditetapkan manakala upah dibayar dengan kadar yang berubah - ubah.

Asas pembayaran: Gaji dibayar seperti yang diputuskan dan faktor berubah bergantung kepada prestasi. Pekerja akan diperiksa prestasi mereka secara berkala dan prestasi yang akan menentukan kenaikan gaji mereka manakala upah dibayar berdasarkan kadar setiap jam yang ditentukan oleh trend industri.

Jadual pengajian: Seorang pekerja bergaji mempunyai jadual gaji dan cuti bergaji yang telah ditetapkan manakala Seorang pekerja upah tidak mempunyai jadual dan setiap hari cuti adalah hari tanpa upah.

Tujuan: Sebagai pertukaran gaji, setiap pekerja diharapkan dapat meningkatkan pendapatan syarikat secara langsung atau tidak langsung manakala buruh yang menerima upah tidak perlu menjana pendapatan dan mereka hanya perlu menyiapkan tugas khusus yang diberikan.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi kami di Wasap.my/+601161391992

Email: [email protected]

Kredit : Alina Sakinah

29/01/2023

Peringatan penting kepada semua majikan.

Tahun 2022 telah berlalu jadi setiap majikan harus menyediakan Borang EA 2022 untuk diberikan kepada semua pekerja.

Borang EA adalah penyata gaji / saraan setahun bagi pekerja - pekerja swasta. Borang ini sangat penting kerana di dalam penyata itu ada dinyatakan segala butiran dan maklumat berkenaan gaji, bonus, ganjaran atau kemudahan yang diberikan oleh majikan.

Borang EA ini WAJIB diberikan kepada setiap pekerja sebelum 01 Mac bagi setiap tahun berikut nya. Borang EA akan digunakan oleh pekerja untuk kiraan cukai individu mereka.

Anda nak tahu lebih lanjut berkenaan kami?
Boleh whatsappp di
Wasap.my/+60182544101/SetiausahaSyarikat

Email : [email protected]

Kredit : izati zulkifli

28/01/2023

Apa Itu Ekuiti?
Bahasa mudahnya ekuiti (Equity) adalah milikan bersih pemegang saham.

Ekuiti biasanya disebut sebagai ekuiti pemegang saham (atau ekuiti pemilik untuk syarikat milik persendirian)

Ia mewakili jumlah wang yang akan dikembalikan kepada pemegang saham syarikat jika kesemua aset dicairkan dan semua hutang syarikat telah dibayar dalam kes pembubaran.

Formulanya E (Ekuiti) =A (Aset) – L (Liabiliti).

Istilah - istilah berkait Dalam Ekuiti
-Modal
-Tambahan modal (exercise warrant, right issues)
-Keuntungan terkumpul ( profit after tax and minority interest)
-Pendapatan komprehensif lain
-Kepentingan minoriti

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi kami di Wasap.my/+601161391992

Email : [email protected]

Kredit : Nur Aziera

25/01/2023

📜Kewajipan Am Untuk Membuat Penzahiran (General Duty to make Disclosure)📜

📌 Merujuk kepada Akta Syarikat 2016, Seksyen 219, Pengarah Syarikat hendaklah memberi notis secara bertulis kepada syarikat : -

a) mengenai butir-butir yang berhubungan dengan syer, debentur, kepentingan kesertaan, hak, opsyen dan kontrak yang perlu bagi maksud pematuhan kepada seksyen 59 oleh syarikat itu;

b) mengenai butir-butir apa-apa pertukaran berkaitan dengan butir-butir yang disebut dalam (a) yang notis telah diberikan kepada syarikat termasuk balasan, jika ada, yang diterima sebagai akibat daripada kejadian yang memberi kesan kepada pertukaran itu; dan

c) mengenai apa-apa kejadian atau perkara yang menyentuh atau yang berhubungan dengan dirinya yang perlu bagi maksud pematuhan kepada kehendak Akta ini oleh syarikat.

📍Keperluan penzahiran am: Untuk memastikan ketelusan dalam sebarang urusan yang diuruskan oleh pihak pengurusan syarikat.

Anda ingin tahu lebih lanjut berkenaan kami?
Boleh whatsappp di
Wasap.my/+60182544101/SetiausahaSyarikat

Email : [email protected]

Kredit : Masyitah

18/01/2023

❓PERBEZAAN ANTARA PENGHUTANG DAN PEMIUTANG

✅Penghutang adalah pihak yang berhutang kepada syarikat. Pihak-pihak boleh menjadi individu atau syarikat atau bank atau agensi pemerintah, dan lain-lain. Apabila syarikat menjual barangnya dengan kredit kepada seseorang (pembeli) atau memberikan servis kepada seseorang (penerima servis), maka orang itu dianggap sebagai penghutang dan syarikat itu dikenali sebagai pemiutang.

Perkataan 'penghutang' berasal dari perkataan Latin 'debere', yang bermaksud 'berhutang'. Dengan cara ini, penghutang bermaksud pihak yang berhutang dan hutang yang perlu dibayar olehnya dalam tempoh yang singkat. Penghutang adalah aset semasa syarikat, iaitu mereka boleh ditukarkan menjadi tunai dalam masa satu tahun.

✅Pemiutang adalah pihak, yang kepadanya hutang syarikat. Di sini, pihak boleh menjadi individu atau syarikat yang termasuk pembekal, pemberi pinjaman, kerajaan, penyedia perkhidmatan, dan lain-lain. Apabila syarikat membeli barang dari syarikat atau perkhidmatan lain dan jumlahnya belum dibayar, individu atau syarikat itu dianggap sebagai pemiutang.

Pemiutang adalah liabiliti semasa syarikat, yang hutangnya dibayar dalam tempoh satu tahun. Mereka dipanggil sebagai liabiliti semasa kerana mereka memberikan kredit untuk masa yang terhad dan oleh itu mereka perlu dibayar, tidak lama lagi. Pemiutang membenarkan tempoh kredit, selepas itu syarikat itu harus menunaikan kewajipannya.

Kesimp**annya, Penghutang dan Pemiutang adalah pemegang kepentingan syarikat. Untuk kitaran Modal Kerja yang cekap, setiap syarikat perlu mengekalkan lag masa antara penerimaan daripada penghutang dan bayaran kepada pemiutang. Sehingga, aliran modal kerja akan berjalan lancar.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi kami di Wasap.my/+601161391992

Email : [email protected]

Kredit : Nurul Syafiqah

16/01/2023

PENGARAH (DIRECTOR) SYARIKAT 👨🏻‍💼

🧷 Merujuk kepada Seksyen 196, AS 2016, Syarikat hendaklah mempunyai bilangan minimum pengarah seperti yang berikut:

📍 Syarikat Persendirian (Sdn Bhd) - Seorang (1) Pengarah
📍 Syarikat Awam (Berhad) - Dua Orang (2) Pengarah

🧷 Di bawah Seksyen yang sama, Pengarah Syarikat hendaklah sekurang-kurangnya berumur 18 tahun dan bermastautin serta mempunyai tempat kediaman yang utama di Malaysia

📍 Merujuk kepada Seksyen 198, AS 2016, seseorang individu tidak boleh memegang jawatan sebagai Pengarah sekiranya :-

1. Bankrap
2. Terlibat dengan kes jenayah
3. Telah dihilangkan kelayakan oleh Mahkamah di bawah Seksyen 199, AS 2016
4. Tidak Waras

Anda ingin tahu lebih lanjut berkenaan kami?
Boleh whatsappp di
Wasap.my/+60182544101/SetiausahaSyarikat

Email : [email protected]

Kredit : Syaera Hanim

12/01/2023

2022 TELAH BERAKHIR, TIBA MASA UNTUK LAPOR CUKAI

Jika anda pembayar cukai, sila pastikan dokumen berkaitan pelepasan yang boleh dituntut dalam borang cukai telah tersedia, antaranya:

✅ Borang EA/EC;
✅ Penyata bayaran bagi tuntutan pelepasan seperti bil hospital, pusat pengajian, insurans, belanja gaya hidup, simpanan SSPN dan lain-lain yang layak;
✅ Penyata bayaran bagi tuntutan rebat seperti zakat pendapatan dan zakat fitrah;
✅ Bagi individu yang mempunyai perniagaan, Penyata Kewangan bagi Tahun Berakhir 2022 perlu disediakan.

Dokumen-dokumen di atas perlu *disimpan* dengan rapi selama *tujuh (7) tahun* dari tarikh pengemukaan bagi tujuan semakan dan audit pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sekiranya diminta.

Ingin tahu lebih lanjut berkaitan Percukaian? Hubungi kami di http://wasap.my/+601169729833/mts_percukaian

E-mail : [email protected]

Kredit : Aidatul Ashikin

Want your business to be the top-listed Business in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


No. 11A, Tingkat 1 (Malay Town), Jalan Putra Square 2, Putra Square
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00