Kebun Kecil Ku
Kami menjual pelbagai jenis pokok keladi di sekitar Kuantan
Petua orang kampung
Kenal tak pokok ni..
Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.
Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.
Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa s**a cuba boleh je dan tak s**a abaikan.
Antaranya :
*Menurunkan darah tinggi*
Rebus beberapa helai daun pandan dengan s**atan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.
*Mengubati lemah saraf*
Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
*Mengatasi lemah syahwat*
Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.
*Menurunkan bacaan gula*
Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.
*Mencuci kewanitaan*
Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.
*Merawat gaot*
Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.
*Menghilangkan bau badan*
Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.
*Matikan kuman dalam darah*
Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.
*Menurunkan Kolesterol*
Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
*Mengatasi sembelit*
Rebus daun pandan dan minum airnya.
*Melembutkan daging*
Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.
*Buka selera makan*
Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.
*Makanan tidak cepat basi*
Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.
*Merawat rambut*
Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.
*Melicinkan kulit*
Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.
*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*
Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.
*Pewangi alami*
Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.
*Merawat susah tidur*
Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.
*Pewarna asli*
Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.
*Buang angin dalam badan*
Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam
*Mengecutkan rahim*
Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.
*Wallahualam*
Pokok Oregano Batik / Bangun Bangun Batik
KHASIAT POKOK BANGUN-BANGUN / CUBA OREGANO
1. Merawat Sakit Kepala
Daun bangun-bangun boleh digunakan untuk merawat sakit kepala.
Caranya ialah dengan cucikan beberapa helai daun bangun-bangun. Tumbuk daun bangun-bangun sehingga lumat. Ratakan daun yang telah lumat di bahagian dahi untuk meredakan sakit kepala.
2. Meredakan Ulser
Disebabkan kandungan vitamin C yang didapati dalam pokok bangun-bangun, ia juga didapati berkesan dalam meredakan ulser di dalam mulut.
Caranya ialah mengunyah 5 lembar daun bangun-bangun yang sudah dibasuh bersih. Kunyah dengan perlahan dan buang hampas daun. Kemudian, telan air liur.
3. Melegakan Batuk
Manfaatnya dalam melegakan batuk sudah diketahui umum sejak dahulu. Pengambilan air rebusan daun bangun-bangun mampu melegakan batuk serta meredakan kahak.
Ramai yang memilih menggunakan daun bangun-bangun kerana ia mampu memberi kesan yang agak cepat dalam merawat batuk.
4. Membantu Ibu Menyusu Memperbanyak Susu Badan
Selain popular sebagai penawar batuk semulajadi, pokok bangun-bangun juga terkenal sebagai herba yang berkesan untuk membantu para ibu menghasilkan susu ibu.
Para pengkaji juga telah membuktikannya melalui kajian terperinci.
Para ibu boleh mengamalkan pengambilan daun bangun-bangun dalam diet dengan memakannya sebagai ulam atau dimasak dalam hidangan seperti sup.
5. Melancarkan Saluran Pernafasan
Daun bangun-bangun telah digunakan secara meluas untuk merawat penyakit seperti melegakan batuk dan kahak.
Kajian mendapati daun bangun-bangun mengandungi komponen antibakteria serta komponen ekspektoran yang berfungsi untuk melancarkan saluran pernafasan yang tersumbat akibat lendir atau kahak.
Melancarkan Pembuangan Air Kecil
Herba bangun-bangun juga terkenal dengan sifat diuretiknya yang dapat melancarkan pembuangan air kecil.
Pembuangan air kecil secara normal adalah penting bagi memastikan cecair dan toksin dalam tubuh dapat dikeluarkan.
CARA PENYEDIAAN DAUN BANGUN-BANGUN
Cara 1 : Dibuat Jus
Tumbuk daun dan perahkan airnya.
Ambil beberapa helai daun bangun-bangun dan cuci sehingga bersih.
Panaskan di atas kuali tanpa minyak sehingga layu.
Tumbuk daun tadi sehingga lumat.
Perahkan daun yang sudah ditumbuk untuk dapatkan airnya.
Tapiskan supaya tiada hampas daun. Minum airnya.
Cara 2 : Direbus Sebagai teh
Sediakan Air Rebusan Daun Bangun-Bangun
Rebus 3 helai daun bangun-bangun dengan 2 gelas air.
Tutup api apabila air sudah berkurang kepada segelas.
Minum bila sudah suam. Boleh minum 2 kali sehari untuk kelegaan segera.
Cara 3 : Dimakan Sebagai Ulam / Masakan
Selain dua cara ini, daun bangun-bangun juga boleh dimakan seperti ulam atau dimasukkan di dalam masakan.
Walaupun ia lebih dikenali sebagai herba penawar batuk, ia juga baik untuk diamalkan bagi merawat masalah kesihatan lain seperti sakit kepala, melancarkan pembuangan air kecil serta membantu dalam menghasilkan susu badan.
Anda juga boleh mencuba menanam pokok herba kecil ini kerana ia mudah dibiak dengan biji benih atau keratan batang.
Selain itu, bangun-bangun juga boleh juga dimasak seperti berikut:
1) Rempah untuk memerap daging dan ikan
2) Menggantikan oregano, thyme, sage dalam masakan
3) Goreng celup tepung
4) Bahan utama untuk Cuban Black Bean Soup
5) Dimasak seperti masak daun bayam
KEGUNAAN LAIN
Antara kegunaan lain pokok bangun-bangun ni:
1) Sabun / balm
2) Car air freshener
3) Aromatherapy / herbal infused oil
4) Natural pesticide / racun serangga organik
5) Hiasan / indoor plant (rupa-rupanya bangun-bangun ni kategori succulent sebab daunnya tebal)
6) Daun pokok bangun-bangun boleh dimakan mentah sebagai ulam atau salad. Boleh dibuat minuman seperti teh, smoothies atau infused water
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Bypass
Kuantan
25150
Kuantan, 26060
Cactus Lover▪️ Natural Lover▪️ Natural Theraphy▪️ My Passion ▪️Plant Decor▪️Mini Garden 🌵💖
Kampung Bukit Palas Cherating
Kuantan, 26080
meracun mesin rumput menebang
Pekan-kuantan-bukit Sagu-bukit Goh-beserah-balok-gambang
Kuantan, 25150
servis pemotongan rumput membersihkan kawasan rumah tebang pokok** meracun
Kuantan, 25150
Bismillahirahmanirahim. Kami menyediakan perkhidmatan memotong rumput.
Jalan TG Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur
Kuantan, 26060
Menjual gazebo berasaskan kayu yang berkualiti . Custome made by EJAM : 011-31559855 ( CA0385388-V )
Jalan Seri Inderapura
Kuantan, 25150
Perkhidmatan Memotong Rumput, Meracun dan Tebang Pokok di sekitar Area Kuantan.
Kuantan
Kuantan, 25200
Perkhidmatan mesin rumput, potong pokok dan kerja-kerja pembersihan halaman rumah.