KMK Kemaman Kopitiam Sdn Bhd

GPS coordinate
N03 48'55.5"
E103 19'42.1"

Tempat dan rekacipta dalaman yang selesa berhawa dingin>>Kualiti Makanan yang tinggi, memenuhi piawai pelanggan yang mencari makanan-makanan tradisi melayu yang sedap di kuantan, seperti Nasi lemak Kukus & NAsi Dagang. Konsep makanan yang dijual juga diperbaharui untuk kalian, dihidangi makanan barat, masakan panas, dan snek snek yang istimewa>> seperti Peria Telur MAsin, Beef Steak, CHicken CHop, Mee Goreng, Ketam, Sup Sayur, Sotong Goreng dan banyak lagi.

19/03/2024

Jom berbuka di KMK

08/07/2023
04/09/2022

Jom layan sambal sotongluuuu

12/06/2022

7pagi - 7 malam

06/04/2022

Kedai buka 1.30pm sehingga 12 tengah malam

08/07/2021

Sempena PKPD ini kedai kami tutup.
So untuk beli serbuk kopi kami boleh cari kami di shopee😍
Type masuk::πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
(kemamankopitiam.s.b.-original)
ATAU pick up
Whatapps kami di : 01137179961

24/04/2021

Kepada semua pelanggang kami,

Untuk mengetahui keaslian Kemaman Kopitiam sila merujuk kepada LOGO bulat yang digunakan.

Kami yang asli telah "trademark" logo kami iaitu yang seperti di gambar. Maka untuk tidak mencetuskan kekeliruan diharapkan semua boleh merujuk kepada LOGO.

Kami hanya ada 1(satu) kedai SAHAJA.
Kedai lain lain yang nameyer serupa atau sama adalah PALSU.

BUKAN KAMI PUNYA... 😊

We have ONLY (1) SHOP
NO BRANCH
NO FRANCHISE
NO OTHER OUTLET
ONE (1) AND ONLY ONE (1)
Don't get confused 😊
Please refer to the trade mark LOGO as we already registered.
We are just beside MERCEDES-BENZ showrooms kuantan.
Search : Mercedes-Benz showroom KUANTAN

22/04/2021

Kepada semua pelanggang kami,

Kami hanya ada 1(satu) kedai SAHAJA.
Kedai lain lain yang nameyer serupa adalah PALSU.

BUKAN KAMI PUNYA... 😊

We have ONLY (1) SHOP
NO BRANCH
NO FRANCHISE
NO OTHER OUTLET
ONE (1) AND ONLY ONE (1)
Don't get confused 😊
We are just beside MERCEDES-BENZ showrooms kuantan.
Search : Mercedes-Benz showroom KUANTAN

Photos from Wan Rosdy bin Wan Ismail's post 16/01/2021
14/01/2021

π—žπ—˜π—‘π—¬π—”π—§π—”π—”π—‘ π— π—˜π——π—œπ—”
𝗬𝗔𝗕 π— π—˜π—‘π—§π—˜π—₯π—œ π—•π—˜π—¦π—”π—₯ π—£π—”π—›π—”π—‘π—š


PKPB; Syarat-syarat pengoperasian dan aktiviti dibenarkan/tidak dibenarkan di Pahang


Bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti yang diputuskan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang bermesyuarat hari ini memutuskan supaya semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melaksanakan syarat-syarat pengoperasian dan aktiviti yang dibenarkan seperti berikut dan berkuatkuasa serta-merta –

1) Syarat-syarat Am Operasi Premis

a) Premis-premis dibenarkan beroperasi mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bermula 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

b) Majikan hendaklah memastikan pekerja bebas daripada simptom-simptom COVID-19 sebelum dibenarkan bekerja.

c) Saringan suhu badan pekerja hendaklah dibuat setiap hari dan direkodkan.

d) Menjalankan saringan suhu badan dan merekodkan data termasuk nama, alamat dan nombor telefon ke atas pelanggan, pelawat dan semua yang berurusan di premis. Saringan hendaklah dilaksanakan oleh pemilik premis/perniagaan.

e) Premis hendaklah dinyah kuman setiap hari.

f) Menyediakan hand sanitizer untuk semua pekerja dan pelanggan.

g) Semua pekerja dan pelanggan hendaklah memakai pelitup muka (face-mask) sepanjang masa berada di premis.

h) Premis yang mempunyai 10 pekerja ke atas hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Tindak Balas Kecemasan (Emergency Response Team).

i) Pemilik premis diwajibkan mendaftar dan memuat turun aplikasi MySejahtera untuk digunakan oleh pelanggan yang memasuki premis.

2) Syarat-syarat Khusus Operasi Premis

2.1) Restoran

a) Jarak antara meja: 2 meter

b) Jarak antara kerusi pelanggan: 1 meter

c) Dibenarkan untuk dine-in dengan kapasiti dua (2) orang untuk satu meja. Bagi seisi rumah dibenarkan duduk semeja berdasarkan kapasiti kerusi.

d) Waktu operasi : bermula 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam (tertakluk pada syarat lesen perniagaan).

2.2) Kilang yang Dibenarkan Beroperasi Selepas 11 Januari 2021

a) Semua kilang dibenarkan beroperasi. Bagi kumpulan pengurusan, hanya 30 peratus pekerja dibenarkan berada di pejabat. Dibenarkan beroperasi sebagaimana kelulusan lesen.

b) Pekerja kategori lain terhad kepada mereka yang perlu hadir secara fizikal ke tempat kerja.

c) Dibenarkan beroperasi sebagaimana kelulusan lesen.

2.3) Food Court (termasuk dalam Pusat Membeli Belah) dan Food Truck

a) SOP Food Court termasuk di Pusat Membeli Belah adalah sama dengan SOP restoran.

b) Food Truck adalah secara bungkus (take away) sahaja buat masa ini.

2.4) Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Karak-KL, LPT 1 dan LPT 2

Operasi R&R dibenarkan dengan syarat-syarat berikut –

a) Restoran: Satu meja hanya dibenarkan untuk dua (2) orang pelanggan.

b) Surau: Pelanggan hendaklah menggunakan sejadah dan telekung sendiri disamping memakai face mask semasa solat. Pengurusan lebuh raya hendaklah meletakkan pengawal bagi menguatkuasakan arahan ini.

c) Hand sanitizer disediakan di semua kaunter restoran/gerai, surau.

d) Sabun pencuci tangan hendaklah disediakan di semua sinki, tempat wudhu’ dan tandas.

2.5) Stesen Minyak
a) Waktu operasi pengepaman di stesen minyak bermula 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam kecuali pengoperasian stesen minyak di lebuh raya yang dibenarkan beroperasi 24 jam (tertakluk pada syarat lesen perniagaan).

b) Hendaklah menyediakan sarung tangan atau hand sanitizer di setiap pintu masuk kedai serbaneka stesen tersebut.

c) Setiap nozzle hendaklah dinyah kuman setiap jam.

2.6) Pasar Awam/Pasar Harian/Pasar Borong/Pasar Tani/Pasar Malam/Car Boot Sale

a) Dibenarkan beroperasi mengikut lesen/permit sehingga jam 12.00 tengah malam.

b) Pasar/premis hendaklah dinyah cemar (kuman) setiap hari selepas waktu operasi.

c) Anggota RELA ditugaskan membuat kawalan sewaktu pasar beroperasi.

d) Memastikan pelanggan:

# Berada di gerai tidak melebihi lima (5) minit untuk satu pembelian barang atau tidak melebihi 20 minit untuk lebih 10 barang.

# Hanya seorang pelanggan di setiap gerai pada satu masa.

# PBT perlu bertanggungjawab memastikan keadaan terkawal sewaktu premis/pasar beroperasi.

# Penganjur pasar yang berkaitan perlu memastikan kawalan dan pematuhan SOP sewaktu premis/pasar beroperasi.

2.7) Premis Dobi Layan Diri

a) Waktu Operasi : bermula 7.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam.

b) Menyediakan hand sanitizer.

c) Mesin basuh dan mesin pengering perlu dinyah kuman setiap kali digunakan.

d) Menandakan tempat yang dibenarkan pelanggan berada pada sepanjang masa di dalam premis dengan jarak sekurang-kurangnya satu (1) meter antara pelanggan.

e) Jumlah pelanggan dalam ruang menunggu hendaklah mengikut keluasan ruang lantai iaitu lima (5) meter persegi bagi seorang pelanggan.

f) Tidak dibenarkan melipat pakaian dalam premis.

g) Menyediakan petugas sepanjang masa operasi bagi memastikan pelaksanaan syarat-syarat dipatuhi.

3) *Aktiviti Riadah*

3.1) Jogging

a) Dibenarkan hanya di taman awam dan pantai.

b) Hanya berlari atau berjalan (tidak dibenarkan menggunakan alatan senaman seperti monkey bar, air-bike, skywalker, alatan taman permainan kanak-kanak seperti jongkang-jongket, buaian, gelongsor dan bangku).

c) Dilakukan secara sendirian atau bersama anggota isi rumah sahaja (pastikan jarak dengan orang lain adalah dua (2) meter dan tidak melebihi dua (2) orang jika bukan ahli isi rumah).

d) Tidak dibenarkan membawa kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

e) Tidak dibenarkan menganjurkan sebarang bentuk aktiviti berkumpulan, keraian dan pertandingan.

f) Aktiviti tidak boleh dilakukan di jalan raya/persekutuan/negeri/kampung dan trek taman hutan.

3.2) Basikal dan Motosikal

a) Aktiviti berbasikal dan bermotosikal tidak melebihi 10 orang dalam satu-satu kumpulan dan masa dengan mematuhi SOP Sektor Sukan & Rekreasi.

b) Satu (1) kenderaan hanya untuk satu (1) orang.

3.3) Operasi & Penggunaan Fasiliti oleh Orang Awam

a) Terhad bagi aktiviti latihan yang tidak melibatkan sentuhan fizikal.

b) Maksimum 10 orang sahaja dalam satu-satu masa dan tempat.

c) Pemilik fasiliti boleh mengadakan jadual penggiliran jika terlalu ramai ingin menggunakan kemudahan tersebut.

3.4) Golf

a) Semua padang golf awam dan swasta perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Malaysia Golf Association (MGA) serta syarat-syarat berikut –

# Kelab dibenarkan beroperasi bermula 7.00 pagi sehingga 7.00 petang sahaja.

# Kelab dikehendaki mengikut semua SOP permainan yang ditetapkan.

# Penggunaan driving range berdasarkan tempahan sahaja dan penggunaan bay secara berselang.

# Caddy perlu memastikan jarak satu (1) meter daripada pemain sepanjang tempoh permainan.

# Penggunaan buggy dibenarkan hanya seorang (1) untuk satu (1) buggy. Buggy perlu sentiasa disanitasi sekurang-kurangnya sekali sehari.

# Semua kemudahan Kelab seperti gimnasium, surau dan bilik persalinan dibenarkan beroperasi dengan kapasiti maksimum berdasarkan kesesuaian saiz ruang.

# Jumlah dan tempoh masa pelanggan berada di Pro Shop perlu dikawal oleh pengurusan Kelab berdasarkan saiz ruang premis.

# Kafetaria Kelab perlu mematuhi SOP seperti mana yang telah ditetapkan untuk restoran.

b) Tiada sebarang bentuk aktiviti berkumpulan, keraian dan pertandingan dibenarkan sepanjang PKPB berlangsung.

4) Aktiviti Keagamaan

a) Aktiviti di masjid dan surau DIBENARKAN dengan had kehadiran ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP).

b) Aktiviti di Rumah Ibadat Bukan Islam DIBENARKAN dengan had kehadiran ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)/Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/Kerajaan Negeri.

c) Upacara pernikahan (akad nikah) bagi orang Islam DIBENARKAN dengan kehadiran maksimum lapan (8) orang sahaja. Upacara akad hanya dibenarkan untuk dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dalam negeri Pahang sahaja.

d) Upacara perkahwinan bukan Islam DIBENARKAN dengan kehadiran maksimum lapan (8) orang sahaja di Jabatan Pendaftaran Negara/Rumah Ibadat/Persatuan Agama Bukan Islam.

e) Sambutan perayaan Thaipusam bagi tahun 2021 di negeri ini dibatalkan.

5) Aktiviti Gotong-Royong Pasca Banjir Negeri

a) Semua pihak yang terlibat dalam aktiviti pembersihan pasca-banjir perlu mematuhi SOP Covid-19 iaitu –

# Sentiasa memakai pelitup muka (face mask) dan menggunakan mini hand sanitizer serta sarung tangan sendiri sewaktu melaksanakan kerja.

# Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), badan korporat dan sukarelawan yang ingin terlibat dalam aktiviti gotong royong pasca-banjir negeri ini perlu berdaftar secara dalam talian di laman web (https://ebanjir.pahang.gov.my). Semakan status kelulusan permohonan boleh disemak melalui laman web tersebut. Pas kenderaan yang disertakan bersama dengan surat kelulusan juga perlu dicetak dan dipaparkan pada kenderaan yang digunakan.

# Jumlah sukarelawan bergantung kepada saiz ruang yang ingin dibersihkan dengan maksimum 10 orang dalam satu-satu masa.

# Semua NGO dan sukarelawan terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang sentuhan fizikal dengan mangsa banjir terutamanya di Pusat-pusat Pemindahan Sementara (PPS).

# Bagi mana-mana sukarelawan, badan korporat dan NGO yang berada di luar negeri Pahang khususnya dari Zon Merah di bawah PKP adalah TIDAK DIBENARKAN menjalankan aktiviti tersebut di negeri ini. Selain daripada itu, kelulusan merentas sempadan negeri adalah tertakluk kepada budi bicara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dari destinasi masing-masing.

# Jika diluluskan, aktiviti yang dibenarkan hanya penghantaran barangan bantuan tanpa melibatkan sebarang aktiviti gotong-royong, program ramah mesra dan interaksi dengan mangsa banjir.

# Konvoi akan sentiasa dipantau oleh pihak PDRM sepanjang perjalanan. Jika berlaku ketidak patuhan SOP sewaktu perjalanan seperti tidak memakai pelitup muka, gagal mengawal penjarakan fizikal, tidak menggunakan hand sanitizer, tidak menggunakan aplikasi MySejahtera dan kesalahan-kesalahan lain yang berkaitan, tindakan kompoun akan dikenakan serta-merta.

Senarai Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan (Negative List)

# Aktiviti Hiburan

Aktiviti di kelab malam atau pub

Aktiviti di taman tema, indoor playground dan panggung wayang

Aktiviti konsert atau acara langsung dengan kehadiran penonton

# Seminar/Bengkel/Persidangan/Pameran/Perhimpunan

Semua seminar/bengkel/kursus/latihan/persidangan/ceramah/pameran/perhimpunan dan aktiviti berkaitan Meetings, Incentives, Conferences & Exhibitions (MICE)

Pengecualian; Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan BOLEH DILAKSANAKAN hanya dalam kawasan institusi latihan dan perlu ditamatkan sebelum penghujung bulan Januari 2021

# Penganjuran Majlis Keramaian

Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan dan Swasta, Majlis Sosial seperti kenduri-kendara, majlis perkahwinan dan pertunangan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat, family gathering dan majlis-majlis sosial lain

Penyertaan pegawai kerajaan dan swasta bagi Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersayart (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke luar kawasan

# Aktiviti Sukan dan Rekreasi

Aktiviti berkelah, aktiviti kolam renang, aktiviti bersentuhan fizikal/sukan tempur, aktiviti perlawanan bagi sukan berpasukan danpenganjuran kejohanan/pertandingan

Aktiviti sukan dan rekreasi membabitkan ramai orang dan sukar dikawal penjarakan sosial

Acara dan pertandingan sukan dengan kehadiran penonton, dan acara dan pertandingan sukan yang melibatkan peserta luar negara

# Aktiviti Pelancongan

Aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan di kawasan PKPD

Aktiviti pelancongan ke luar negeri oleh warganegara dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang melibatkan pelancong asing memasuki Malaysia kecuali pelancong asing dari negara sebagaimana dinyatakan oleh Menteri

# Lain-lain yang tidak dibenarkan

Apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan ramai orang hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan

Lain-lain perkara yang diputuskan oleh Kerajaan dari masa ke semasa

DATO’ SRI HAJI WAN ROSDY WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
14 Januari 2021

Photos from KMK Kemaman Kopitiam Sdn Bhd - Beside Prudential's post 25/12/2020
13/10/2020

Karipap DIRAJA..... ada ada...
Ranggup diluar berkentang didalam siap ada telur tau..... πŸ‘

02/10/2020

Thanks you for support us..πŸ₯°

01/10/2020

Happy mooncake festival all that celebrate...
With Astro Singer in town... Tq for coming

KMK Kemaman Kopititam Sdn Bhd 31/08/2020

KMK Kemaman Kopititam Sdn Bhd β˜…β˜…β˜…β˜…β˜† Β· Cafe Β· A-1, Ground Floor, No, Jalan Tun Ismail 1

Photos from KMK Kemaman Kopitiam Sdn Bhd - Mercedes-Benz's post 29/08/2020
KMK Kemaman Kopititam Sdn Bhd 29/08/2020

We have ONLY (1) SHOP
NO BRANCH
NO FRANCHISE
NO OTHER OUTLET
ONE (1) AND ONLY ONE (1)
Don't get confused 😊
We are just beside MERCEDES-BENZ showrooms kuantan.
Search : Mercedes-Benz showroom KUANTAN

KMK Kemaman Kopititam Sdn Bhd β˜…β˜…β˜…β˜…β˜† Β· Cafe Β· A-1, Ground Floor, No, Jalan Tun Ismail 1

KMK Kemaman Kopititam Sdn Bhd 26/08/2020

Here u go guyss....
We have ONLY (1) SHOP
NO BRANCH
NO FRANCHISE
NO OTHER OUTLET
ONE (1) AND ONLY ONE (1)
Don't get confused 😊
We are just beside MERCEDES-BENZ showrooms kuantan.
Search : Mercedes-Benz showroom KUANTAN

KMK Kemaman Kopititam Sdn Bhd β˜…β˜…β˜…β˜…β˜† Β· Cafe Β· A-1, Ground Floor, No, Jalan Tun Ismail 1

22/08/2020

Dear Valued Customer,
We have ONLY (1) SHOPβœ…1️⃣
❌NO BRANCH❌
❌NO FRANCHISE❌
❌NO OTHER OUTLET❌
ONE (1) AND ONLY ONE (1)ℒ️
Don't get confused 😊
We are just beside MERCEDES-BENZ 🚘 showrooms kuantan.
Search : Mercedes-Benz showroom KUANTAN

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Category

Website

Address


No A1, Jalan Tun Ismail 1, Kuantan Perdana
Kuantan
25000

Opening Hours

Monday 07:00 - 00:00
Tuesday 07:00 - 00:00
Wednesday 07:00 - 00:00
Thursday 07:00 - 00:00
Friday 07:00 - 00:00
Saturday 07:00 - 00:00
Sunday 07:00 - 00:00

Other Restaurants in Kuantan (show all)
KAK YUS FOOD KAK YUS FOOD
KAK YUS FOOD
Kuantan, 25000

PENGEDAR JERUK MADU KAKYUS, BISKUT, KEREPEK, COKLAT DAN MENYEDIAKAN KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN

Pawon Java Pawon Java
Kuantan, 25000

khas masakan java .. bakso , gado gado , soto, rawon οΏ½οΏ½οΏ½

Aida's Food Court Aida's Food Court
NO 1-14, FOOD Court CENTRE POINT, Jalan HAJI ABDUL RAHMAN
Kuantan, 25000

》 Menu β€’ Nasi Ayam β€’ Nasi Kukus Ayam Berempah β€’ Mee/Mihun/Kutiaw - Kari Kerang - Kari Ayam - Bakso - Sup β€’ Laksa ...

Zan paitee Zan paitee
Kuantan

Zan Pai tee

D’Boy Cafe D’Boy Cafe
No 41, Lorong Tas 2, Taman Tas
Kuantan, 25150

Western|kopi|frappe|dessert

Gangnam Street Kuantan Gangnam Street Kuantan
No 16, Lorong Tun Ismail 8, Sri Dagangan Bussiness Center
Kuantan, 25000

A Korean based restaurant with Korean food and also Soju Cocktail. A vibrant LED Lighting to chill

Homemade Salted Baked Chicken Homemade Salted Baked Chicken
Taman Tas
Kuantan, 25150

Homemade Salted Baked Chicken/Herbal Salted Baked Chicken

Rempah Ayam Goreng Mamak Rempah Ayam Goreng Mamak
Kuantan, 25150

Stokis ayam goreng mamak KUANTAN οΏ½ 2 jenis pilihan rempah original & spicy οΏ½harga hanya rm10/

Mari's Buffet Mari's Buffet
Lot 140/10, B-2, Lorong Mat Kilau 24/1
Kuantan, 25150

For Bahasa Malaysia version please search mari's buffet kuantan.

Warung Kedai Kita Warung Kedai Kita
Jalan Permatang Badak
Kuantan, 25150

Warung Kedai Kita

Resepi Anje Official Resepi Anje Official
Jalan Tanjung Lumpur
Kuantan, 26060