ChocoMai

ChocoMai

Hai everyone�
My business was selling a few food product like Mellow crunch, Chococrispy and odeen. I really hope all of you can support my business.

All food was available to postage and just odeen can cod around area Gambang- Kuantan.

13/10/2021

5 WAKTU MAKAN YANG PALING SESUAI
Waktu makan adalah waktu yang sering di nanti untuk menambah semula tenaga, apatah lagi apabila perut sudah mula berkeroncong. Waktu makan perlu dipatuhi supaya makanan yang diambil dapat dicerna dengan baik sebelum mengambil makanan yang baru. Seeloknya makan sebelum berasa lapar dan berhenti sebelum berasa kenyang. Berikut dinyatakan waktu yang sesuai untuk mengambil makanan supaya dapat mengekalkan kesihatan diri:
1. Sarapan pagi
Sarapan pagi sekitar 8 pagi atau dalam masa 30 minit sehingga 1 jam selepas bangun dari tidur. Selepas tidur selama 6 hingga 8 jam, sarapan pagi amat penting untuk menambah kembali paras gula di dalam darah. Selain untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan, sarapan pagi juga membuat otak kita lebih cergas dan cerdas. Seeloknya pilih makanan tinggi kandungan karbohidrat kompleks seperti kekacang, oat, bijirin gandum, buah-buahan dan sayur-sayuran. Contoh sarapan pagi: Muffin pisang dengan oat, muesli bar
2. Makan tengahari
Makan tengahari sekitar 12 tengahhari atau dalam tempoh 3 hingga 4 jam selepas mengambil sarapan pagi. Makan tengahhari amat penting kerana kita memerlukan banyak tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Seeloknya ambil makanan yang seimbang dengan protein, karbohidrat kompeks, lemak baik (lemak yang tidak di proses serta bebas daripada bahan kimia sintetik) dan serat.

Haaa nak tahu lebih banyak tips? Boleh follow my page 😊https://www.facebook.com/ChocoMai02/











/2021

13/10/2021

2 MANFAAT MAKANAN YANG SIHAT. 1)Makanan sihat dapat mengawal berat badan
kelebihan makan secara sihat.Tabiat yang sihat termasuklah makan dengan betul dan bersenam secara tetap. Makanan sihat dan seimbang juga dapat membantu anda mengekalkan berat badan anda dan membuatkan anda bertenaga sepanjang hari. Selain itu, ia boleh membantu mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan perut. Makan hidangan utama anda 3 kali sehari dengan 2 atau 3 makanan ringan sepanjang hari memastikan tekanan darah anda stabil dan mengurangkan penyimpanan lemak. Pakar mendakwa bahawa mempunyai berat badan yang sihat atau beransur-ansur menurunkan berat badan berdasarkan makanan sihat dan terancang boleh mengurangkan risiko mempunyai penyakit jantung dan batu hempedu. Senaman bukan hanya untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Senaman perlu bagi semua orang daripada semua peringkat umur dan jantina. 20 hingga 30 minit berjoging atau berjalan benar-benar boleh mengurangkan risiko seseorang mempunyai penyakit kardiovaskular. Memandangkan masyarakat moden hampir tiada masa lapang untuk bersenam, berdiri dan berjalan lebih kerap, gunakan tangga dan abaikan lif jika boleh.

2) Boleh meningkatkan tenaga
kelebihan makan secara sihat. Makanan yang tidak diproses boleh meningkatkan tahap tenaga dengan segala kebaikan semula jadi. Makan dengan penuh kesedaran dan bersenam selalu boleh membantu tidur anda, dengan itu, memberikan anda lebih banyak tenaga. Banyak kajian mendapati bahawa orang yang mempunyai masalah tidur mengalami tekanan darah tinggi, kencing manis, tekanan perasaan dan penyakit jantung. Untuk membaiki masa tidur anda, tetapkan jadual tidur, sediakan tempat tidur yang selesa tanpa bunyi bising dan cuba untuk mengikut jadual tidur pada setiap malam.

Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow my page 😊https://www.facebook.com/ChocoMai02/











/2021

13/10/2021

BAHAYA GARAM BERLEBIHAN PADA KESIHATAN TUBUH BADAN.
Berikut adalah beberapa risiko dan bahaya yang dapat timbul jika Anda mengonsumsi garam berlebihan.

1. Penurunan fungsi otak
Studi menemukan bahwa orang dewasa yang mengonsumsi banyak garam dalam makanan berisiko lebih mengalami penyakit jantung. Tak hanya itu, studi Baycrest bahkan menunjukkan bahwa orang dewasa yang yang mengonsumsi terlalu banyak garam dan tidak berolahraga, berisiko lebih besar dalam mengalami penurunan kognitif.

2. Mengganggu fungsi ginjal
Seperti yang Anda ketahui, salah satu fungsi garam adalah menyeimbangkan kadar cairan dalam tubuh, dengan memberikan isyarat kepada ginjal kapan harus menahan air dan kapan harus membuang air. Sayangnya, konsumsi garam berlebih justru dapat mengganggu proses tersebut.

Jika Anda mengonsumsi garam berlebih, ginjal Anda akan mengurangi pengeluaran air ke dalam urin, yang dapat menyebabkan peningkatan volume darah akibat retensi air. Gejala yang akan timbul di antaranya adalah edema, yang ditandai dengan pembengkakan terutama di tangan, lengan, pergelangan kaki, dan kaki, yang disebabkan oleh retensi cairan.

Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow my page 😊https://www.facebook.com/ChocoMai02/











/2021

13/10/2021

3 TIPS PERGI BERCUTI.
1. Bercuti di waktu luar musim bercuti
Pelancongan dalam negara ini mempunyai waktu-waktu tertentu yang padat di tempat-tempat menarik yang anda gemari seperti pada musim cuti sekolah, cuti umum dan musim perayaan. Ini dipanggil waktu puncak atau ‘peak season’. Jika anda pergi melancong ke Cameron Highlands pada masa ini contohnya, anda akan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas, dan sangat sukar mencari tempat letak kereta. Mungkin anda akan mereasa stress dengan keadaan ini. Melancong;ah pada waktu bukan musim cuti, anda akan dapati segal-galanya mudah dan murah.

2. Pilih tempat menarik yang kurang dikunjungi
Banyak tempat menarik di Malaysia yang menawarkan keseronokan tanpa batasan walaupun tempat tersebut kurang dikunjungi ramai, sebagai contoh anda boleh ke Hutan Royal Belum Gerik atau Taman Negara. Atau anda boleh berihat dan menikmati keindahan pantai di p**au Tioman, Pulau Tenggol di Terengganu atau di p**au Bohey Dulang Sabah.

3. Periksa waktu yang sesuai untuk melancong
Walaupun di Malaysia mempunyai iklim panas sepanjang tahun, tetapi terdapat juga musim hujan yang akan membatasi perjalanan anda. Di pantai timur misalnya, akan mengalami musim hujan pada bulan November hingga Mac. Pada waktu ini agak kurang sesuai untuk anda berada di tepi pantai di pantai timur kerana angin dan ombak yang kuat akan mengganggu aktiviti pantai anda. Namun pada waktu ini anda boleh memilih bercuti ke pantai barat yang menawarkan berbagai pakej pelancongan yang menarik.
Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow my page 😊https://www.facebook.com/ChocoMai02/










/2021

13/10/2021

2 TIPS MENGURUSKAN MASA BAGI 'SUPERWOMAN'2 YANG SERBA SIBUK.
1. TIPS PENYEDIAAN MAKANAN
Bagi mempercepatkan penyediaan makanan, sewaktu hari minggu, atau masa kelapangan, gunakan sifat rajin anda untuk mengupas bahan-bahan asas memasak seperti mengupas bawang putih, bawang merah dan halia kemudian dikisar secara berasingan. Setelah itu masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Mudah bukan jika anda nak memasak kelak, bahan-bahan asas telah tersedia. Jika anda memasak menggunakan lada kering, pastikan anda telah merebus lada tersebut, kisar dan simpan di dalam peti ais. Begitu juga dengan sayur-sayur yang tahan lama boleh dipotong terlebih dahulu, siang ikan, membersihkan ayam dan kemudian simpan.

Bagi ibu yang ada anak kecil yang perlu diberi bubur, anda boleh masak dengan segera bubur tersebut, tetapi perlu ada caranya. Kaedah ini akan mempercepatkan proses anda untuk memasak di hari bekerja.

2. TIPS MENGEMAS RUMAH
Untuk pastikan masa anda mencukupi untuk mengemas rumah, pastikan seisi rumah mempraktikkan amalan ‘dah guna, simpan’. Jangan biarkan pinggan tak dicuci selepas makan atau masak. Menangguh kerja akan hanya membuatkan anda lebih stres. Jika anda mengamalkan cara ini, walau pun hari bekerja, anda masih boleh mengekalkan kebersihan rumah.
Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow my page 😊https://www.facebook.com/ChocoMai02/
Haa nk order blh click link di bio ig.










/2021

13/10/2021

5 TIPS MUDAH MENGURUSKAN KEWANGAN SECARA BIJAK.
Apabila tiba hujung bulan ramai antara individu sering mengalami masalah untuk mengurus pendapatan secara bijak. Ini kerana, ada yang sering kali terlebih belanja hingga duit yang sepatutnya dikeluarkan untuk membayar komitmen bulanan turut digunakan. Hal ini, pasti sering kali berlaku kepada ramai individu di luar sana.

Masalah kewangan dan risiko dibebani hutang boleh menimpa sesiapa sahaja jika mereka tidak tahu cara bagaimana menguruskan kewangan secara berhemah. Namun, melalui pengurusan kewangan yang bijak pasti membantu anda merancang pendapatan dengan baik.

Berikut 5 tips yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus kewangan anda secara berhemah:

1. Setiap kali terima gaji bulanan, pastikan anda mengasingkan sejumlah wang sekurang-kurangnya 10% untuk dijadikan simpanan.

2. Utamakan keperluan berbanding kehendak diri. Jelaskan segala komitmen bulanan seperti kereta, rumah dan bil-bil bulanan terlebih dahulu. Kemudian baharu memasang niat untuk berbelanja ke arah memenuhi kehendak diri.

3. Belanja mengikut kemampuan, elakkan berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan. Kecuali untuk membeli barang yang tidak mampu dibeli secara tunai seperti kereta dan rumah.

4. Bebas daripada hutang jahat seperti kad kredit, pinjaman peribadi dan seangkatan dengannya. Impak terikat dengan hutang sebegini hanya akan mengakibatkan anda menanggung beban hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi.

5. Wujudkan akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM supaya mengelakkan anda mengeluarkan wang sesuka hati. Sebagai contoh simpanan ASB di mana pengeluaran wang hanya boleh dilakukan di kaunter bank.
Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow my page 😊https://www.facebook.com/ChocoMai02/










/2021

07/10/2021

Nutrition Facts Chococrispy

07/10/2021

Nutrition Facts Mellow Crunch

07/10/2021

AJAR ANAK SUPAYA MENJAGA MARUAH DIRI.
Penting buat Ibu bapa untuk mengajar anak-anak tentang maruah diri mereka dan juga maruah ibu bapa. Jika berlaku pergaduhan dalam keluarga, ajar anak supaya tidak menceritakan perkara-perkara yang membabitkan hal kekeluargaan kepada orang luar. Ini bagi memastikan maruah seluruh keluarga terpelihara dan mengelakkan fitnah masyarakat.
Haa nk tahu lebih banyak kelebihan makan makanan halal? Boleh follow my page 😊https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

07/10/2021

AJAR ANAK TIDAK MENCELAH PERKATAAN IBU BAPA.
Sejak kecil kita perlu mendidik anak agar tidak mencelah ketika ibu bapa berbual dalam keluarga. Apabila ibu atau ayah bercakap dengan kakak atau abang, suruh adik tidak mencelah atau menyampuk dalam perbualan. Begitu juga sebaliknya. Tak perlu marah mereka. Namun nasihatilah mereka dengan cara yang baik dan berhemah. Jika ibu bapa marah anak-anak ini, ia akan memberi kesan mendalam kepada psikologi mereka. Mereka mungkin jadi pendiam dan tidak ceria dalam keluarga.
Haa nk tahu lebih banyak kelebihan makan makanan halal? Boleh follow my page 😊https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

07/10/2021

AJAR ANAK BERSIKAP SOPAN.
Penting buat ibu bapa untuk mengajar anak bercakap dengan sopan dan lemah lembuh. Ini penting agar komunikasi dengan kedua ibu bapa penuh dengan kasih sayang. Ajar anak guna perkataan atau ganti nama yang sopan seperti nama mereka. Boleh juga gunakan pangkat mereka dalam keluarga. Contohnya seperti saya, Daniel, Iera, kakak, abang, adik dan sebagainya. Elak gunakan perkataan seperti “aku” kerana ia tidak sesuai untuk komunikasi dalam keluarga.
Haa nk tahu lebih banyak kelebihan makan makanan halal? Boleh follow my page 😊https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

07/10/2021

RINGANKN TULANG UTK MEMBANTU KEDUAIBUBAPA.
Ibu bapa terutamanya yang sudah berumur lazimnya mempunyai tenaga dan keupayaan yang terbatas, tidak sama seperti semasa mereka masih muda. Inilah masanya kita sebagai anak menunjukkan rasa hormat dan kasih kepada mereka dengan cara meringankan tulang untuk membantu kedua ibu bapa dalam urusan seharian mereka. Mungkin dulu ibu bapa kita boleh memandu ke hospital dengan sendiri untuk temujanji dengan doktor, namun kini dengan usia yang makin senja, memandu ke hospital bukan lagi sesuatu yang mudah. Apa salahnya kalau kita luangkan masa untuk menemani kedua ibu bapa ke hospital. Pastinya ibu bapa akan menghargai dan berasa disayangi. Selain itu, rajinkan diri untuk membantu membersihkan rumah, memasak, dan kerja-kerja rumah yang lain. Itulah salah satu cara untuk kita menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa.
Haa nk tahu lebih banyak kelebihan makan makanan halal? Boleh follow my page 😊https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

07/10/2021

MELAYAN IBU BAPA DGN LEMAH- LEMBUT.
Ingat tak lagi? Semasa kita masih kecil dahulu, kedua ibu bapa melayan kita dengan lembut, baik, dan penuh kasih sayang. Kini tiba masanya untuk kita membalas jasa mereka dan menunjukkan rasa hormat dengan melayan kedua ibu bapa dengan lemah-lembut, sopan-santun, dan penuh dengan kasih sayang. Lebih-lebih lagi jika kedua ibu bapa kita semakin tua dan berumur. Orang tua biasanya lebih sensitif dan mudah terasa. Itulah sebabnya kita sebagai anak wajib menjaga setiap kata-kata, perbuatan, dan layanan kita terhadap mereka agar tidak melukakan hati kedua ibu bapa. Layanan kita yang baik adalah salah satu cara untuk menunjukkan rasa sayang dan hormat kepada kedua ibu bapa.
Haa nk tahu lebih banyak kelebihan makan makanan halal? Boleh follow my page 😊https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

07/10/2021

MINTA PANDANGAN DLM MEMBUAT KEPUTUSAN PENTING DLM HIDUP.
Satu lagi cara menghormati ibu bapa yang boleh kita amalkan ialah dengan cara meminta pandangan mereka sebelum membuat sebarang keputusan yang penting dalam hidup. Contohnya sebelum berkahwin, sebelum memilih kerjaya, sebelum membeli rumah, sebelum membeli kereta, dan sebagainya. Sememangnya anda adalah orang yang akan membuat keputusan untuk diri sendiri, namun meminta pandangan kedua ibu bapa menunjukkan anda hormat kepada mereka dan akan membuatkan mereka berasa penting dalam hidup anda..
Haa nk tahu lebih banyak kelebihan makan makanan halal? Boleh follow my page 😊https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

07/10/2021

MENGAMBIL BERAT DAN SELALU BERTANYA KHABAR KEDUA IBUBAPA KITA.
Dalam kehidupan kita seharian, pastinya sentiasa sibuk dengan tanggung jawab hakiki di tempat kerja. Ditambah lagi dengan urusan di rumah di mana ada suami dan anak-anak yang sentiasa dahagakan perhatian dan kasih sayang dari kita. Dalam menyeimbangkan di antara keluarga dan kerjaya, ada kalanya kita terlupa bahawa sebagai seorang anak adalah menjadi tanggung jawab kita untuk sentiasa mengambil berat dan bertanya khabar kedua ibu bapa di kampung.
Sentiasa mengambil berat dan bertanya khabar ibu bapa adalah di antara cara untuk kita menunjukkan bahawa kita menghormati mereka sebagai orang tua yang telah banyak berjasa kepada kita. Tanpa mereka berdua kita takkan berada ditahap dan pencapaian kita hari ini. Oleh itu, jangan lupa untuk selalu bertanya khabar ibu bapa anda.
Haa nk tahu lebih banyak kelebihan makan makanan halal? Boleh follow my page 😊https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

07/10/2021

PATUH & TAAT KEPADA IBU BAPA.
Apabila kita membesar dan menjadi seorang dewasa, pastinya kita mempunyai hidup sendiri. Malah pada masa ini kita sudah mempunyai keluarga sendiri dan bergelar ibu atau bapa. Sungguh pun kita sudah bergelar seorang dewasa, sebagai seorang anak kita masih mempunyai tanggung jawab untuk patuh dan taat kepada perintah ibu bapa selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam.
Ada yang beranggapan bahawa anak perempuan tidak lagi wajib untuk patuh dan taat kepada ibu bapanya selepas berkahwin kerana kini syurganya terletak pada suami. Pandangan ini adalah salah. Walau pun sudah bersuami, tanggung jawab untuk menghormati ibu bapa dengan cara patuh dan taat kepada perintah kedua mereka masih perlu dilakukan, namun wajib meletakkan suami pada kedudukan utama.
Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow and like my page https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

07/10/2021

NILAI HORMAT PENTING DALAM MASYARAKAT.
Hormat didefinisikan sebagai perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang.
Hormat-menghormati amat penting untuk memastikan masyarakat hidup dalam keadaan aman dan damai. Tidak mustahil jika hilang rasa hormat dalam diri, masyarakat negara kita akan menjadi hura-hara kerana pergaduhan dalam masyarakat. Ini menunjukkan betapa pentingnya amalan hormat-menghormati dalam kehidupan seharian kita.
Nilai hormat-menghormati ini perlu dipupuk sejak kecil lagi, bak kata pepatah “meluntur buluh biarlah daripada rebungnya”. Ini jelas menunjukkan peranan ibu bapa dalam mencorakkan anak tersebut. Jika sejak kecil lagi sikap hormat-menghormati ditanamkan dalam diri anak-anak ia akan menjadi satu budaya yang akan dibawa sehingga mereka dewasa.
Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow and like my page https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

05/10/2021

TIPS PENGURUSAN MASA UNTUK PELAJAR (PART5)

1. Jangan buat kerja separuh jalan.
Buat kerja separuh jalan menyebabkan banyak masa diperlukan semula untuk menyelesaikan tugasan yang tergendala tadi. Tugasan tadi kemungkinan tergendala kerana melakukan perkara-perkara lain yang tiada kaitan dengan kerja seperti membaca wassap, e-mail, menjawab panggilan telefon dan sebagainya.

2. Tukar Jadual Anda
Anda perlu menukar jadual jika ingin mengurus masa dengan baik. Bangun lebih awal adalah baik, contohnya pukul 5 pagi. Pada waktu ini, masa anda dapat digunakan dengan produktif seperti bersenam, membuat rancangan seharian, melihat e-mail tanpa gangguan.
Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow and like my page https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

05/10/2021

TIPS PENGURUSAN MASA UNTUK PELAJAR (PART4)

1. Jangan Bertangguh
Jangan bertangguh, kadang-kadang benda yang makan masa 2 minit pun kita bertanguh sampai 1 Jam.Bayangkan berapa banyak masa kita buang. Kalau ada perkara yang kita kena buat, terus selesaikan.
Kalau ada assignment yang nak kena buat, start je–atleast bukak la laptop tu dulu, buat je ayat pertama before you know it assignment tu pun dah siap. Ingat just start je.

2.Elakan dari segala gangguan
Kalau boleh allocatekan berapa jumlah masa yang diperlukan untuk menyelesaikan satusatu tugasan. Contohnya ada assignment, cuba siapkan dalam masa 1Jam atau assignment yang mudah 30 minit, latih diri untuk siap sesuatu perkara dalam jumlah masa yang diperuntukkan sahaja. Dalam pada masa yang sama, jauhkan diri dari segala bentuk gangguan seperti handphone dan social media. Kalau nak lagi hardcore turn off je semua notification Facebook, Twitter,Instagram dan Whatsapp group. Bagi diri kau Deep Focus dalam masa 1 jam tu
Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow and like my page https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

05/10/2021

TIPS PENGURUSAN MASA UNTUK PELAJAR (PART3)

1.Sarapan Secara Sihat
Lepas dah exercise makan, sebelum kau nak take charge of your day, make sure you feed yourself first. Makan la, tapi agak agak la baru lepas exercise kan~. Make sure to incorporate lots of plain water dalam diet dan kurangkan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi.

2.Buat Jadual
Okay sekarang awal lagi and ada banyak lagi masa untuk selesaikan semua benda yang dah plan. Maybe sempat sebelum pergi kelas tu boleh ulangkaji sikit atau buat apa-apa yang menarik minat. Senaraikan semua perkara yang ingin diselesaikan hari ini.
Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow and like my page https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

04/10/2021

TIPS PENGURUSAN MASA UNTUK PELAJAR (PART2)

1.Bangun awal
Bab ni subjektif dan sensitif sikit. Tapi cuba lah latih diri untuk bangun awal pagi sebaik-baiknya sebelum matahari terbit.Secara tak lansung melatih untuk jaga solat Subuh, bila jaga solat Subuh, insyaallah waktu solat lain akan terjaga.Cuba seminggu dan lepas tu badan kau akan adjust sendiri untuk bangun pagi effortlessly

2.Bersenam
Tahukah anda bahawa dengan bersenam badan kita akan menjana lebih tenaga?
Bila dah bangun pagi semua tu mesti lah mengantuk kan? Awal awal je nanti lama lama biasa la. Jadi untuk dapatkan tenaga tambahan tu pergi lah bersenam. Kalau selalu rasa lemau, letih letih atau cepat mengantuk, itu maknanya badan kurang bersenam.Senam jalan kaki 15min pun okay.Asalkan dapat gerakkan jantung dan otot. Buat 3-4 kali seminggu. Tak payah buat hari-hari. Bukan nak jadi Atlet pun.
Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow and like my page https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

04/10/2021

TIPS MENGHASILKAN BISKUT YG RANGUP & SEDAP. (PART4)

1. Adunan yang menggunakan nozzle
Adunan yang menggunakan nozzle mestilah lembut dan senang di picit. Gunakan piping bag yang tebal dan muncung nozzle yang sesuai untuk menekan adunan keluar. Hanya adunan yang lembut dan kosong, tidak bercampur kekacang, kismis dan bahan lain yang mudah di picit keluar.

2. Dulang pembakar
Tips bakar biskut p**a, guna dulang pembakar dengan tepinya yang rendah untuk memudahkan aliran haba dari oven ke atas biskut.
Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow and like my page https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

04/10/2021

TIPS PENGURUSAN MASA UNTUK PELAJAR(PART1)

1.Dapatkan tidur yang secukupnya.
Bagi aku untuk dapat tidur yang cukup ni adalah dengan tidur awal.Lain orang, lain dia punya cara.Tapi apa yang works for me adalah dengan tidur awal. Sebaiknya tidur pada pukul 10, paling lambat pun pukul 12 malam.

2.Tetapkan Niat dan Matlamat
Setiap hari sebelum hari bermula, tetapkan niat dan matlamat, apa yang kau nak buat hari ni, apa yang nak kena selesaikan hari ni , apa yang kau boleh buat hari ni yang boleh melonjakkan kan diri kau untuk diri kau jadi sekurang kurangnya 1% lebih baik dari semalam.
Kalau kau ada goal yang kau nak achieve, cuba pecahkan kepada beberapa mini-goal yang perlu dicapai terlebih dahulu sebelum dapat mencapai goal yang asal.
Contohnya:
Goal: Nak belajar main gitar.
Mini-goal adalah dengan mempelajari open chord ABCDEFG terlebih dahulu, selepas tu boleh dah start belajar satu lagu yang simple, sebelum progress ke lagu yang lebih susah.
Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow and like my page https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

02/10/2021

TIPS MENGHASILKAN BISKUT YG RANGUP & SEDAP. (PART3)

1. Merehatkan adunan
Apabila adunan biskut telah siap, simpan dulu di dalam peti sejuk sekurang-kurang 3-4 jam atau semalaman. Dengan cara ini menjadikan biskut lebih rangup. Setelah dikeluarkan dari peti sejuk adunan mungkin agak kering sedikit tetapi jangan risau, tambahkan sedikit mentega dan uli semula hingga lembut.

2. Lain- lain bahan untuk merangupkan biskut
Mesti ramai yang tertanya kenapa biskut tak rangup ? Tahu tak yang tepung jagung, tepung kastard, tepung ubi, tepung kentang juga memainkan peranan dalam merangupkan biskut, jika ingin menambahkan tepung-tepung ini kurangkan sukatan pada tepung gandum. Serbuk Emplex dan Crisco (lemak sayuran,shortening) juga berfungsi merangupkan biskut tetapi jangan guna terlalu banyak, ikut sukatan pada resipi. Biasanya pernah dengar resepi ada sebut emplex, sukatan emplex untuk biskut ini mestilah ikut resepi.
Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow and like my page https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

02/10/2021

TIPS MENGHASILKAN BISKUT YG RANGUP & SEDAP. (PART2)

1. Menggaul dan menguli adunan
Untuk mendapat hasil yang baik, biarkan mentega dan telur pada suhu bilik. Jangan pukul mentega dan gula berlebihan, cukup hingga berkrim sahaja (apabila mentega bertukar warna lebih cerah). Terlebih pukul menyebabkan adunan menjadi lembut dan biskut mengembang apabila di bakar. Seeloknya, tepung dan bahan-bahan kering di letakkan dalam satu mangkuk besar berasingan. Apabila siap memukul mentega, masukkan ke dalam bahan-bahan kering tadi dan gaul ringan menggunakan tangan hingga menjadi doh.

Betul tu, sepanjang sis try dan error dalam buat biskut, belajar dari kesilapan kan. Nak terlebih pukul untuk adunan biskut ni tak boleh nanti, biskut kembang selepas bakar tak cantik.

Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain? Boleh follow and like my page https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

02/10/2021

TIPS MENGHASILKAN BISKUT YG RANGUP & SEDAP. (PART1)

Ketahui Tips-tips Ini Untuk Menghasilkan Biskut Yang Rangup Dan Sedap | Salam semua, sebut sahaja tentang biskut. Ada penyediaan nak buat biskut ni mudah dan ada yang susah. Ada setengah biskut bila makan gebu cair dan ada setengah biskut bila makan rangup. Ke semuanya bergantung kepada bahan yang digunakan. Lagi sekali nak tekankan, nak sedap ke tak ?. Kalau nak sedap gunalah bahan yang berkualiti untuk menghasilkan biskut pun yang sedap bila kita makan kan.

1. Pemilihan Mentega
Bahan asas utama dalam membuat biskut mestilah mentega. Sebaiknya gunalah mentega asli seperti Tatura Butter, SCS, Anchor dan jenama yang tertulis "Pure Butter" atau lepa susu seperti Buttercup. Menggunakan majerin memberi rasa yang masin dan kurang enak, selain itu biskut cepat berbau hamis.

2. Penggunaan Kekacang
Sekiranya adunan biskut yang ingin dimasukkan dengan kekacang seperti almond, hazelnut, kacang tanah mestilah di bakar terlebih dahulu atau di goreng tanpa minyak. Dengan cara ini biskut lebih rangup dan tahan lebih lama.

Bagi kekacang seperti walnut, pecan, pistachio,macadamia tak perlu di bakar kerana kekacang jenis ini agak berminyak apabila di bakar. Boleh terus di campurkan ke dalam adunan biskut.

Haaa nk tahu lebih b*k tips yg lain?Boleh follow and like my page https://www.facebook.com/ChocoMai02/












2020/2021

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Nutrition Facts Chococrispy#Live5
Nutrition Facts Mellow Crunch#Live4
OPEN ORDER MELLOW CRUNCH#Live3
"FAKTA MILO"Kandungan nutrien dalam MILO juga dapat menyumbang kepada pemakanan yang seimbang dan sihat, walaupun MILO m...
"HIDUP AKTIF BERSAMA MILO"MILO membantu memberikan tenaga untuk menempuhi hari. Pengambilan MILO dipadankan dengan amala...
"LATE NIGHT SNACK"Nk late night snack?Haa today sis nk open order Mellow crunch yang sangat sesuai untuk dijadikan night...
ATTENTION TO ALL CHOCOLATE LOVER ❗❗❗Today sis nk open order dekat any Chocolate lover here. So? siapa yang belum dapatka...
STEAMBOAT ODEEN CEKYANANk cepat? Malas duduk dapur lama-lama? Haaa guna rempah odeen cekyana je dh siap steamboat yg sgt...
APA BESTNYA CHOCOCRISPY niii?😋 Saiz GEDABAKKK 😋 Coklat sedap Meleleh-leleh😋 Mudah dimakan Sudu dah aderr😋  Ready to Eat ...
"FAKTA MENGENAI HARI MALAYSIA"Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan perseku...
"HARI MALAYSIA"Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia d...
DESSERT YANG WAJIB ADA DI RUMAH ANDA❗❗❗🍫Suka mengunyah ketika menonton kdrama?🍫Selalu lapar sebelum tidur?🍫Nk cocojar mu...

Telephone

Address


No. 3 Lorong Seri Damai Aman 55 Kuantan
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Other Food Delivery Services in Kuantan (show all)
chocolatelarvacake_ chocolatelarvacake_
Kuantan, 26100

Menjual Chocolate Cake

Poketto Kuantan Poketto Kuantan
No 22, Lorong Kempadang Indah 9/22
Kuantan, 26060

poketto by uncle hashim.

AUNTY EMY'S Homemade Dessert AUNTY EMY'S Homemade Dessert
Kuantan, 26100

@tapai bonda@homemade aiskrim@kuih muih tradisional@kepok ikan ssaje@tempahan makanan

Sweet.fluffy Tapak Kuda Sweet.fluffy Tapak Kuda
C10 Apartment Semambu Lorong Semambu 46
Kuantan, 25300

Kek Tapak Kuda lembut dan manis ��

Carbolog Carbolog
Kuantan, 25000

Popia Bolognese & Popia sardin!

Dapor Recipe K & L Dapor Recipe K & L
Kuantan, 25150

Menjual pelbagai makanan

KOPI & KUDAP KOPI & KUDAP
Kuantan, 26060

cakes cupcakes brownies dessert western food

Fieyra Suprise Delivery Fieyra Suprise Delivery
Kuantan, 26300

Mencari Suprise Delivery Last Minute? Order hari ini , Dapat hari ini ! Whatsapp Eyra Sekarang ? ?

Popiakudapp Popiakudapp
Semambu
Kuantan, 25350

Rasa nak mengunyah?Mencari popia yang sedap dan murah?PM LAA KAMI!!!

Ayam Tekak Melayu Ayam Tekak Melayu
Kuantan, 25000

Kami menjual ayam korean spicy chicken untuk semua warga Kuantan �

Mamasab bakery kuantan Mamasab bakery kuantan
Kuantan, 25200

AGENT SAH MAMASAB MENJUAL/MENGAMBIL ORDER SERTA MEMBUAT DELIVERY SEKITAR KUANTAN(TEMPAHAN KEK SEBELU

Popia Crispy Cheese Selambok HQ Kuantan Popia Crispy Cheese Selambok HQ Kuantan
Kuantan, 26060

POPIA CRISPY CHEESE SELAMBOK. RASA YANG RANGUP BERSALUT CHEESE POWDER MELAZATKAN LAGI PEMBUKA SELERA.