Program Pergigian Bukit Goh

Kami Komited Memberi PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN Berkualiti melalui Penambahbaikan Berterusan Demi Kepuasan Pelanggan

BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI PAHANG

PENGENALAN
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian telah mengalami perkembangan yang pesat dengan peralihan fokus merangkumi kesihatan mulut secara menyeluruh yang sememangnya menjadi sebahagian daripada asas kesihatan individu. Secara tidak langsung kesihatan pergigian ditahap optimum dapat menjurus kearah peningkatan kualiti hidup. SEJARAH
Perkhidmatan Kesiha

Photos from Program Pergigian Bukit Goh's post 15/06/2023

Ceramah berkaitan kesihatan pergigian di SMK Semambu, Kuantan.. Semoga menjadi perkongsian yang bermanfaat untuk semua yang mendengar.. 😊

Timeline photos 05/07/2022

Assalamua'laikum dan salam sejahtera, jom cegah dan rawat! Serlah senyuman sihat!
Alhamdulillah sudah selesai aktiviti di Klinik Pergigian Bukit Goh sebentar tadi. Terima kasih kami ucapkan kepada peserta-peserta yang sudi melibatkan diri. Semoga kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut dalam masyarakat kita terus meningkat.

27/04/2022
27/04/2022

PERHATIAN SEMUA PELANGGAN KLINIK PERGIGIAN BUKIT GOH

Sistem janji temu yang lama (iStemP) tidak akan digunakan lagi dan bakal digantikan dengan sistem janji temu yang baharu.

Mohon kerjasama daripada semua agar terus ke klinik untuk mendapatkan janji temu rawatan atau pemeriksaan.

Sebarang pertanyaan dan penjelasan boleh terus disalurkan di talian 095478457. Terima kasih.

PERHATIAN WARGA KUANTAN!

Bermula 1 Jun 2022, semua klinik pergigian di daerah kuantan akan beralih dari Sistem Temujanji Pergigian PKPD Kuantan (i-STemP) ke Sistem Janji Temu Klinik KKM (SJTKKKKM) dibawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Klinik Pergigian Beserah sahaja yang telah menggunakan Sistem Janji Temu Klinik ini sejak febuari 2022 di Kuantan. Klinik pergigian lain akan menyusul pada bulan JUN 2022.

Jadi, anda boleh mula memuat turun aplikasi SISTEM JANJI TEMU KLINIK KKM di Play Store atau Apss Store untuk mula menempah janji temu anda. SIla scan Kod QR di bawah untuk melihat cara mendaftar dan cara menempah temujanji anda.

JIMAT MASA, MUDAH, MESRA PELANGGAN

04/02/2022
04/02/2022
06/01/2022

MySejahtera Trace (MySJ Trace) merupakan salah satu fungsi dalam aplikasi MySejahtera untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19.

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang sering diajukan mengenai fungsi baharu MySJ Trace ini.

06/01/2022

Senyuman menawan dan gigi cantik memerlukan amalan penjagaan gusi yang baik.

04/01/2022

🔴PENJAGAAN KESIHATAN KETIKA BANJIR🔴

Antara penyakit yang berisiko semasa banjir:
- Sakit gigi dan mulut berbau
- Penyakit Taun
- Penyakit Kencing Tikus
- Demam Kepialu
- Sakit Mata

Cara-cara mencegah:
- Gosok gigi 2 kali sehari
- Menjaga kebersihan diri
- Minum air bersih/masak
- Patuhi arahan anggota kesihatan
- Segera dapatkan rawatan sekiranya demam, cirit birit dan muntah

***********

Hujan Lebat Di Negeri Pahang,
Tidak Berhenti sampai ke malam,
Penjagaan kesihatan amatlah senang
Ikutlah nasihat tidaklah demam.

Hujan lebat bersambung petir,
Sudah pagi belum berhenti
penyakit berjangkit bawaan banjir
Dapat dicegah sebelum terjadi.

16/11/2021
16/11/2021

Ikan siakap atau Lates calcarifer kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan dan salah satu sumber Omega-3, vitamin, protein dan mineral semula jadi lain seperti selenium, fosforus, potassium dan magnesium. Namun, ia turut bergantung kepada cara memasaknya.

Masaklah secara sihat sama ada secara kukus, panggang atau 'air fryer'. Jika perlu menggoreng, gunakan minyak dalam kuantiti yang sedikit dan gunakan minyak sayuran seperti minyak sawit yang kaya dengan tokotrienol.

Jadi, apa kata dapatkan siakap untuk menu malam ini. Ingat, makan malam yang sebaiknya adalah antara jam 6.30 petang – 8.30 malam. Elakkan makan malam yang terlalu lewat kerana boleh menjejaskan kualiti tidur anda dan menganggu proses penurunan berat badan.

Jika anda menikmatinya dengan yang lain, sentiasa patuh pada SOP walaupun anda telah divaksin. Jadikan norma baharu sebagai kebiasaan harian. Tingkatkan penilaian kendiri melalui TRIIS iaitu test (uji), report (lapor), inform (maklum), isolate (asing) dan seek (dapatkan rawatan).

10/11/2021

Jom ikuti sesi ceramah sempena Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2021 di laman Facebook negeri-negeri berikut bermula esok!

✔8 November 2021

i. Tanda-Tanda Awal Kanser Mulut (Bahagian Kesihatan Pergigian Pulau Pinang - https://www.facebook.com/gigipenang )

ii. Kanser Mulut – Kenali Kanser Mulut (Bahagian Kesihatan Pergigian Kedah - https://www.facebook.com/kesihatanpergigiankedah )

iii. Tahap Kesedaran Kanser Mulut di Sabah (Bahagian Kesihatan Pergigian Sabah - https://www.facebook.com/bahagiankesihatanpergigiansabah )

✔9 November 2021

i. Mulut Pun Ada Kanser Ke? (Bahagian Kesihatan Pergigian Perak - https://www.facebook.com/BKPPerak )

ii. Bicara Santai Sempena Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2021 (Bahagian Kesihatan Pergigian Selangor - http://www.facebook.com/BahagianKesihatanPergigianSelangor )

iii. Ada Apa Dengan Kanser Mulut? (Bahagian Kesihatan Pergigian Sabah - https://www.facebook.com/bahagiankesihatanpergigiansabah )

10/11/2021

Kini anda perlu mendapatkan tarikh dan masa janji temu sebelum hadir ke semua klinik pergigian kerajaan di negeri Pahang untuk sebarang perkhidmatan pergigian (kecuali bagi kes-kes kecemasan). Berikut merupakan senarai klinik-klinik pergigian dan nombor telefon untuk dihubungi.

Mari berama-sama mainkan peranan untuk mengawal penularan wabak COVID-19

--

You will now need to get the appointment date and time before attending all government dental clinics in Pahang for any dental services (except for emergency cases). The following is a list of dental clinics and telephone numbers to contact.

Let's play a role in controlling the outbreak of the COVID-19 outbreak

12/10/2021

*MCAW Virtual Run 2021 (BookDoc) *

PKPD Petaling menganjurkan MCAW Virtual Run/Walk Challenge bersempena dengan Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2021 yang bertemakan ‘Jom Check Mulut’. Minggu kesedaran ini dianjurkan bagi mendidik masyarakat Malaysia mengenai kanser mulut, faktor risiko, tanda awal dan langkah pencegahan kanser mulut. Cabaran ini diadakan bukan sahaja untuk meningkatkan kesedaran kanser mulut tetapi juga untuk menggalakkan para peserta untuk meningkatkan kecergasan tubuh badan & kesihatan mental dengan melakukan aktiviti fizikal.

*Syarat-syarat penyertaan*

1.Terbuka kepada kepada semua anggota Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Petaling. Pengguna lain juga boleh menyertai cabaran ini untuk mengumpulkan virtual medal dan sijil
2. Penyertaan ini adalah PERCUMA
3. Setiap peserta perlu memuat turun aplikasi BookDoc untuk melayakkan diri menyertai acara ini
4. Sila pastikan anda telah mendapat ‘activation code’ - (9110070215 untuk staf klinik di bawah PKPD PETALING) atau sila rujuk video tutorial https://youtu.be/LacPNbs8i98 untuk pengaktifan Exclusive challenge
5. Acara ini akan diadakan selama 1 bulan bermula 6 Oktober 2021 - 6 November 2021
6. Sasaran purata langkah bagi cabaran ini adalah 150 000 langkah
7. Peserta boleh berlari, berjogging atau berjalan bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang selamat, di dalam kawasan rumah ataupun menggunakan treadmill
8. Peserta diingatkan agar mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang aktiviti dijalankan
9. Peserta perlu sentiasa mengemaskini aplikasi BookDoc setiap hari sepanjang acara ini berlangsung

_*Hadiah eksklusif:*_

1. Hadiah berupa hamper dan plak akan diberikan kepada tiga peserta daripada Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Petaling dengan jumlah langkah tertinggi
2. Semua peserta yang berjaya menamatkan cabaran ini layak menerima
- e-certificate
- e-medal
- CPD Point 2B
- SKT Kegiatan Luar

Nota : Peserta yang berminat juga boleh membeli T-shirt MCAW run 2021 berharga RM13-16 ( _Sila hubungi ketua penyelaras di klinik anda untuk keterangan lanjut _)

12/10/2021

📢📢 MOH LER WARGA PAHANG 📢📢
‼️ JOM SERTAI KAMI ‼️

🎗️PERTANDINGAN POSTER INFOGRAFIK 2021 📊
🎗️SEMPENA : MINGGU KESEDARAN KANSER MULUT 2021 / Mouth Cancer Awareness Week (MCAW) 2021.

🎗️ANJURAN : BAHAGIAN PERGIGIAN NEGERI PAHANG
🎗️TEMA : #️⃣JomCheckMulut🔎👄👄👄🔎

Klik pautan dibawah untuk bagi
Terma & Syarat Pertandingan: https://forms.gle/iMKP94nmKGqdUfr77

p/s:

⌛ Hasil poster perlu dimuatnaik ke dalam pautan 'Google Form' yang disediakan bermula 4 Oktober 2021 hingga 24 Oktober 2021.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

12/10/2021

Jom Periksa Gigi Anak Anda! Dapatkan pemeriksaan gigi untuk anak anda bermula seawal gigi pertama tumbuh. Jom cegah sebelum terlambat. 😃







Bahagian Kesihatan Pergigian Pahang

Want your practice to be the top-listed Clinic in Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

PROGRAM PERGIGIAN BUKIT GOH

PENGENALAN
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian telah mengalami perkembangan yang pesat dengan peralihan fokus merangkumi kesihatan mulut secara menyeluruh yang sememangnya menjadi sebahagian daripada asas kesihatan individu. Secara tidak langsung kesihatan pergigian ditahap optimum dapat menjurus kearah peningkatan kualiti hidup.



VISI
Penduduk negeri Pahang Darul Makmur akan mempunyai tahap kesihatan pergigian yang optima melalui perkhidmatan pergigian yang menekankan pencegahan dan rawatan awal.

MISI
Menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian yang mengutamakan pelanggan kepada penduduk negeri Pahang Darul Makmur agar mereka dapat mencapai tahap kesihatan pergigian yang optima dan seterusnya menikmati kehidupan yang berkualiti.

OBJEKTIF
Objektif Perkhidmatan Kesihatan Pergigian ialah untuk mempertingkatkan status kesihatan pergigian penduduk melalui perkhidmatan pencegahan, promosi, pemeliharaan dan pemulihan dengan memberi penekanan kepada kumpulan keutamaan iaitu murid sekolah rendah dan menengah, kanak-kanak pra sekolah, ibu mengandung, kanak-kanak istimewa dan warga tua supaya dengan demikian status kesihatan pergigian penduduk berada ditahap yang memuaskan selaras dengan perkembangan sisio-ekonomi Negara.

STRATEGI
1. Mengesan awal masalah pergigian dari kumpulan sasaran utama & menyediakan rawatan sehingga sempurna

2. Menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian yang mudah diperolehi dan mesra pelanggan serta memberi liputan maksimum kepada kumpulan sasaran.

3. Mendorong individu, keluarga dan masyarakat agar lebih bertanggungjawab kepada kesihatan pergigian mereka melalui galakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan

4. Meningkatkan kemudahan dan persekitaran tempat kerja yang sesuai agar mencapai tahap kualiti perkhidmatan yang mencerminkan imej jabatan.

5. Memberi perkhidmatan kesihatan pergigian secara profesional, memenuhi kehendak pelanggan dan berteknologi sesuai.

6. Membudayakan aktiviti penyelidikan dan kajian dalam bidang kesihatan pergigian.

7. Memastikan sokongan & penglibatan pihak pengurusan yang berterusan secara menyeluruh termasuk dalam pengurusan teknologi maklumat.

8. Mengadakan pendidikan pergigian berterusan & kursus-kursus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota pergigian

Videos (show all)

Category

Address


Klinik Pergigian Bukit Goh, Pusat Kesihatan Bukit Goh
Kuantan
26050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Other Medical & Health in Kuantan (show all)
AXA Medical Essential by Faiz Akmal AXA Medical Essential by Faiz Akmal
Kuantan, 25000

Dapatkan nasihat percuma dan pelan MEDICAL CARD yang murah dan terbaik untuk anda dan keluarga tersayang.

Khidmat urut Khidmat urut
Jalan Taman
Kuantan, 25000

suha therapy confinement suha therapy confinement
Perkampungan Pakngah Aziz Bukit Goh
Kuantan, 26050

confinement therapist available at pahang

Aqua Mag Sweet Zero Ejen Kg Padang Aqua Mag Sweet Zero Ejen Kg Padang
Kuantan
Kuantan, 25200

Penganti Gula Pemanis Sihat ��

Mai kite pakat ii sihat Mai kite pakat ii sihat
Lorong Permatang Badak Baru 24, Permatang Badak Baru
Kuantan, 26070

Perunding takaful: Zahid Prudential Perunding takaful: Zahid Prudential
Kuantan, 25200

We provide health protection, income protection, hibah and investment products

Klinik RelyOn Bestari Klinik RelyOn Bestari
GF-B, Pusat Latihan Keselamatan, Lot 2014, Mukim Sungai Karang, Cherating
Kuantan, 26080

ECSS 2022 Pahang ECSS 2022 Pahang
SASMEC @IIUM, Jalan Sultan Ahmad Shah
Kuantan, 25200

EAST COAST SURGICAL SYMPOSIUM (ECSS) 2022 “Realignment of Surgical Practice Post Pandemic” 14th September (Pre-Symposium) 15th – 16th September 2022 Sultan Ahmad Shah Medical Cen...

Klinik Arrawda Kg. Padang Klinik Arrawda Kg. Padang
B18 Tingkat Bawah Lorong Kg Padang Baru 15
Kuantan, 25200

Kami menyediakan perkhidmatan perubatan, pembedahan kecil dan scan ultrasound

SEN_D XPERT SEN_D XPERT
KUANTAN
Kuantan

旺旺海参膏 Gamat Gel 旺旺海参膏 Gamat Gel
Kuantan

采用 日本最新技术 和 新鲜有机海参 所制! 有效帮助 快速降尿酸、抗糖延缓衰老、疏解关节炎、伤口快速愈合!