Tadika Pintar Al Kenali(Program SmartHuffaz)

Tadika Pintar Al Kenali(Program SmartHuffaz)

You may also like

Himanshu Khatri
Himanshu Khatri

Tadika Pintar Al Kenali merupakan kesinambungan perjuangan Pondok Tok Kenali yang telah diasaskan ol

07/06/2023

Hari Minggu Yang Hambar?
Anak anak kebosanan?

🪄Jom isi masa lapang sekeluarga di KARNIVAL AULAD BESTARI anjuran Pusat Pengajian Islam Tok Kenali.

Bila?? Save the date!!
🗓️ 17 JUN 2023 - SABTU
🕗 08:00 PAGI - 4:00 PETANG
🏫 PUSAT PENGAJIAN ISLAM TOK KENALI / PONDOK TOK KENALI

Banyak acara menarik menanti anda:

👨‍👩‍👧‍👦 Borak Parenting Bersama Ustaz Syakirin Avengers

💁🏻‍♂️ Pencarian Bilal Si Cilik

🎨 Pertandingan Mewarna

📚 Pameran BUKU

🥋 Demo Taekwondo

🛝 Soopa Doopa

🥅 Shoot The Ball

🏹 Archery Try Out

🥙 Gerai Jualan

👮 Pameran Agensi

Dan banyak lagi.

Kami juga akan buka pendaftaran pelajar baharu sesi 2024/2025.

Disamping akan memperkenalkan *PROGRAM 3R - REFER, REWARD, REPEAT!!*

Jom pakat-pakat mari bagi ramai.
Ajak sekampung turun takpa.

Meh-meh.
=======
NAK MITOK TOLONG SIKIT BULIH KO?
====
SEBARKAN KO SAING-SAING.

Tolong sebarkan di akaun media sosial masing-masing.
Tolong sebarkan di group-group whatsapp masing-masing.
Tag kawan-kawan.

Supaya lebih ramai kawan-kawan kita tahu tentang karnival ni.

Jumpa Anda Disana 🔊... Disana 🔊... Disana 🔊

Untuk Keterangan Lebih Lanjut Boleh Hubungi Pihak Organizer Di Talian :

www.wasap.my/60139134007 (En. Syahir )
www.wasap.my/60183716617 (Pn. Farah )

01/03/2023

"Anak-anak daripada tak tahu baca Quran sekarang boleh baca Quran dah"
- Man Khan, Kubang Kerian
TADIKA PINTAR AL KENALI
🌺Tadika berkonsep Islamik
🌺Menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
🌺Menerapkan kurikulum “Smart Huffaz” yang menekankan hafazan, pembelajaran ibadah, sirah dan asas-asas fardhu ain yang lain
🌺Perkhidmatan transit bagi ibu bapa yg bekerja
🌺Menggunakan teknik cepat membaca iaitu (Fonik)
🌺Lokasi yang selamat dan strategik (Kawasan kampung di Bandar Kubang Kerian)
🌺Kawasan yang ceria dan luas sesuai untuk pelbagai aktiviti
Terbuka untuk umur 4 - 6 Tahun
TIGA PILIHAN Waktu Persekolahan:
1️⃣ 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
2️⃣ 7.30 pagi - 2.30 petang
3️⃣ 7.30 pagi - 5.00 petang
‼️PENDAFTARAN SESI BARU KINI DIBUKA TERHAD KEPADA 60 MURID SAHAJA‼️
Klik link whatsapp dibawah untuk kami bantu daftarkan
Link whatsapp 👇🏻
http://wasap.my/60194081358/TPAKPromoFBMar23

Photos from Tadika Pintar Al Kenali(Program SmartHuffaz)'s post 13/02/2023

Alhamdulillah telah berlansungnya Majlis Graduasi pelajar - pelajar Tadika Pintar Al Kenali(Program SmartHuffaz)bagi sesi 2022/2023 ....

Pada : Sabtu
Tarikh : 11.2.2023(20Rejab)

30/01/2023
30/01/2023

🕌Assalamualaikum wbt.🕌

👨🧕 *KEM SMART MUSLIM (KSM) 2023 SIRI 2* 👨🧕
Sempena Cuti Persekolahan akan Diadakan Seperti Berikut:

🗓 *Tarikh:* 7 Mac Hingga 11 Mac 2023
⏰ *Masa:* 8.00 pagi Hingga 5.00 Petang
🕌 *Tempat:* Pusat Pengajian Islam Tok Kenali, Kubang Kerian

📍 *Yuran Pendaftaran Hanya RM 180.00 Ringgit Jer Seorang.* Termasuk Modul, Makan pagi, makan tengah hari & makan malam(jati diri).✌️✌️📍

*Terbuka untuk peserta lelaki dan perempuan berumur 7 tahun hingga 17 Tahun Sahaja*

📝Pendaftaran kini dibuka dan *terhad untuk 150 orang* peserta sahaja. Pelbagai Aktiviti Menarik Sedang Menanti Para Peserta Kem Smart Muslim 2.0 .

🐓Kursus dan Amali Sembelihan Halal
👨‍🏫Kursus Komunikasi
👳🏻‍♀️ Smart Solat
🏃‍♂️Aktiviti Outdoor & Indoor
🏹Sukan Sunnah Memanah
🧕🏻Fiqh Wanita
🤼‍♂️Aktiviti Berkumpulan
🤹‍♂️Malam Kebudayaan
🌌Qiamullail & Zikir Munajat
🎤Kursus Kepimpinan & Motivasi Ibubapa & Peserta
(Dan banyak lagi Aktiviti Menarik)

🎁📃 *Sijil penyertaan dan hadiah istimewa menanti peserta*. Rugi tak Join Tau..

*Untuk Maklumat Lanjut Boleh Whatsapp ke:

http://wasap.my/60179337561/KSM2.0 (Ustazah Dini)

01/12/2022

Assalamualaikum wbt
YBhg Dato /Datin/Tuan/Puan dimuliakan dan dirahmati Allah,

*INFAQ PENAMBAHBAIKAN TADIKA PINTAR AL-KENALI KUBANG KERIAN*

Tadika Pintar Al-Kenali *[TPAK]* yang ditubuhkan pada tahun 2015 di bawah pengelolaan Pusat Pengajian Islam Tok Kenali a.k.a Pondok Tok Kenali yg diterajui olh Ustaz Muhammad Hafiz Hukmi Bin Wardi (cicit Tok Kenali) di Kubang Kerian, Kelantan. Selain itu, TPAK merupakan tadika yang berkonsepkan Islamik untuk melahirkan individu yang seimbang dari sudut *Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek & Sosial*. Murid-murid di TPAK ini adalah terdiri daripada anak² yg berumur 4 - 6 tahun. Kurikulum yg digunakan adalah mengikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di samping menerapkan kurikulum “Smart Huffaz” yang menekankan hafazan, pembelajaran ibadah, sirah dan asas-asas fardhu ain yang lain.

Untuk makluman Tuan/Puan keadaan lantai simen yang tidak rata telah boleh menyebabkan kecederaan kepada murid dan guru. Selain itu, ia menampakkan persekitaran yang kurang ceria & kusam.

Jadi, kami merancang utk menambah baik pelantaian yang tidak rata agar ianya serata dan tidak merbahaya utk anak anak kami.

Kerja penambahbaikan akan dilaksanakan semasa cuti sekolah Disember ini.

Oleh itu, kami ingin mengajak tuan/puan bersama sama mengumpul saham akhirat, dgn menginfaq seikhlas hati bg penambahbaikkan tadika kami demi *Pembangunan Membina Warasatul Anbiya* ☺️

*Anggaran Kos yang diperlukan:*

Simen, Pasir dll = RM2,500.00
Upah = RM2,000.00
Peralatan, cat dll = RM500.00

*Jumlah = RM 5,000.00*

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

MAYBANK
*TADIKA PINTAR AL KENALI*

*No AKAUN : 553131019518*

*Remark: INFAQ TPAK*

@ hubungi kami utk info lanjut: wasap.my/60194081358

Jika kutipan sumbangan melebihi sasaran, kami mohon izin untuk digunakan bagi tujuan penambaikan infrastruktur dan pengurusan lain di PPITK.

InSha Allah sumbangan tuan/puan menjadi jariah dan wakaf berpanjangan untuk pusat ilmu di PPITK.

Semoga infaq tuan/puan akan diganti dengan pahala, limpahan rezeki yang berpanjangan dan barokah buat tuan/puan sekeluarga.

*Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.”*

Jazakumullahukhoir🌷

01/12/2022

Assalamualaikum wbt.

Ibubapa yang dihormati,

Isikan masa cuti sekolah anak-anak dengan pengisian bermanfaat bersama kami.

*KEM SMART MUSLIM* Anjuran Pusat Pengajian Islam Tok Kenali (Pondok Tok Kenali) Kubang Kerian akan memberikan ilmu serta pengalaman berharga buat anak-anak tuan puan musim cuti sekolah ini.

📍5 hari pengisian ilmiah pagi-petang
📍2 hari pengisian ilmu kendiri dan qiamullail
📍Smart SOLAT
📍Motivasi
📍Pengurusan Jenazah
📍Ilmu fiqh Wanita (Memahami Haid/ Keputihan) bersama Dr Nik Faezah
📍Ilmu fiqh Lelaki (Memahami Adab Bersuci) bersama Abi
📍Sembelihan Halal
📍Fardhu Ain
📍Jatidiri & Modul

Ayuh bersama kami, berikan kenangan dan ilmu berharga buat anak-anak. Biar kemas Aqidah, Feqah dan Jatidiri anak-anak kita.

Untuk pertanyaan sila Whatsapp kepada nombor dibawah

wasap.my/60179337561/KSM (Ustazah Dini)

Terima kasih😊

21/11/2022

Semua dijemput hadhir.......🎉

17/11/2022

🌈 OPEN DAY TADIKA PINTAR AL-KENALI🌈

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

🐤 Dijemput semua ibu bapa & anak-anak ke "Hari Terbuka" kami.

🦁 Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anak-anak & ibu bapa pada hari tersebut.

🐰 Ikuti penerangan bagaimana TADIKA PINTAR AL-KENALI dapat membantu dalam proses pendidikan anak-anak tuan/puan.

🐱 Pendaftaran dengan bayaran penuh layak menerima POTONGAN SEHINGGA 10% !!!!

**Hanya terhad kepada 10 terawal yang mendaftar.
**Tawaran hanya sah pada 26/11/2022 sahaja.

📣TEMPAT TERHAD!!📣
📣DAFTAR SEKARANG!!📣

'

30/10/2022

Sanah Helwah Ahmad Syafi🎉🎉🎉

Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanfaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna,.InsyaAllahhh amennnn...

❤️Sambutan Hari Lahir Oktober 2022❤️

27/10/2022

‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎.

Alhamdulillah... Hari Sukan Tadika Pintar Al Kenali 2022...

Tarikh : 27/10/2022
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Terbuka SRITK

🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉

07/09/2022

🌹Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera 🌸

🥳Pendaftaran bagi sesi 2023/2024 kini dibuka🎉

🥳Pendaftaran bagi sesi 2023/2024 kini dibuka🎉

🥳Pendaftaran bagi sesi 2023/2024 kini dibuka🎉

Masih mencari tadika yang sesuai untk ank2 anda..???

Jom!!!kami bersedia menerima tuan puan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga TADIKA PINTAR AL KENALI..

📍Berada di Pusat Pengajian Islam Tok Kenali🏘️

*Diskaun menarik menanti anda bagi yg membuat pendaftaran awal bagi sesi baharu ini✌🏻*

Jangan lepaskan peluang anda...boleh terus wtsp :

Ustazah Mimie : www.wasap.my/60194081358/daftar2023

Photos from Tadika Pintar Al Kenali(Program SmartHuffaz)'s post 03/09/2022

Memori Sambutan Kemerdekaan ke 65🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Photos from Tadika Pintar Al Kenali(Program SmartHuffaz)'s post 03/09/2022

Sambutan hari lahir untuk birthday bulan 8 dan 9... 🥳🥳🥳

Tarikh : 1 September 2022
Hari : Khamis

Semoga ank2 tadika pintar Al kenali menjadi seorang khalifah yg terbaik untk agama bangsa dan negara❤️....

09/08/2022

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jawatan PERSONAL ASSISTANT (Admin Office) - DIPERLUKAN SEGERA!

Mohon sampaikan kepada yang berhajat yer.

Terima kasih.

Photos from Tadika Pintar Al Kenali(Program SmartHuffaz)'s post 09/07/2022

SALAM AIDILADHA
10 Zulhijjah 1443H

تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
َكُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga kita termasuk di kalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita pada tahun ini.

Bulan Zulhijjah Bulan Mulia
Di Sambut Dengan Hati Gembira
10 Zulhijah Kini Menjelma
Ucapan Di kirim Maaf Di Pinta...


Salam Aidiladha🎊
Ikhlas dari Tadika Pintar Al kenali 🎉

Photos from Tadika Pintar Al Kenali(Program SmartHuffaz)'s post 31/05/2022

🌷Assalamualaikum w.b.t🌷

❗️❗️❗️BERITA BAIK❗❗❗

Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang bertemakan *“Membina Si Cilik Pintar dan Kreatif"* akan diadakan pada *11,18,25 JUN & 2 JULAI 2022*.

Jika anda merupakan :
🌸Guru Tadika
🌸Guru Taska
🌸Guru Taski
🌸Guru Pasti
🌸Guru Tabika
🌸Guru Sekolah Tahap 1
🌸Ibu bapa @ Individu yg berminat.

Bolehlah segera mendaftar untuk menyertai kursus ini dan menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan☺️

Www.wasap.my/60194081358/DaftarPAKK

16/05/2022

DOA MEMOHON KEAMPUNAN UNTUK GURU²

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمَشَايِخِنَا وَلِمَنْ عَلَّمَنَا وَارْحَمْهُمْ، وَأَكْرِمْهُمْ بِرِضْوَانِكَ الْعَظِيْمِ، فِي مَقْعَد الصِّدْقِ عِنْدَكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

YA ALLAH, ampunilah guru-guru kami dan orang yang telah mengajar kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredhaan-Mu yang agung, di tempat yang disenangi di sisi-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara penyayang.

Selamat Hari Guru 2022

01/05/2022

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنكُم
Taqaballahu minna wa minkum 🌺

*"Semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian."*

Eid Mubarak
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin🌺

27/04/2022

Antara bacaan hafazan anak-anak🌺🤗

Photos from Tadika Pintar Al Kenali(Program SmartHuffaz)'s post 27/04/2022

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

٢٥ رمضان ١٤٤٣ ه

🌺Alhamdulillah berlansungnya Majlis Tilawah Al Quran Dan Hafazan Ramadan peringkat Tadika Pintar Al Kenali. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang yang terpilih dan berjaya menghafal beberapa surah daripada Juz Amma ..🌺

Rasulullah bersabda:

من قرأ حرفًا من كتابِ اللهِ فله به حسنةٌ والحسنةُ بعشرِ أمثالِها، لا أقولُ ألم حرفٌ، ولكن ألفٌ حرفٌ، ولامٌ حرفٌ، وميمٌ حرفٌ

Yang artinya: “Barang siapa yang membaca satu huruf dari Alquran, maka baginya satu kebaikan dengan membaca tersebut. Satu kebaikan dilipatgandakan menjadi 10 kebaikan di setiap satu huruf: akan tetapi Alif satu huruf, lam satu. Aku tidak mengatakan bahwa (yang dimaksud huruf) berarti Mim (dimaknai) satu huruf.”

Photos from Tadika Pintar Al Kenali(Program SmartHuffaz)'s post 22/04/2022

❤️Tarikh : 21/4/2022

❤️Hari : Khamis

🤝Menerima kunjungan mesra drpada ank2 dan guru2 Tadika Showmekids Kubang Kerian dalam program mereka "TRIP TO MOSQUE ".🤝

❤️SyukroN Jazilan yaa ukhti🌺☺️

21/04/2022
05/04/2022

🌺Ramadhan adalah bulan al-Quran. Satu-satunya bulan yang disebut dalam al-Quran melalui firmanya Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk. (al-Baqarah: 185) sebulan Ramadhan ini juga lah Baginda saw bertadarus al-Quran dengan Jibril as.🌺

Want your school to be the top-listed School/college in Kubang Kerian?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

🌺Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi.....🌺🌜Salam 26 Jamadil'Awal 1443H 🕌Tajuk : Aktiviti Smart Huffaz Al- Kenali🐝🐝🐝Ob...
Alhamdulillah hari ini telah masuk minggu ke 2 Kelas Intensif Cepat Membaca di adakan di Tadika Pintar Al- Kenali 🥰Semog...
Assalamualaikum dan selamat pagi...Salam 25 Rabi'ul Akhir 1443H1 Desember 2021#motivasiPagi#hatiTenang#zikir❤️❤️❤️
Live FB sambil Live Radio Kelantan FM (by Handphone) bersama FOUNDER SAFIZ

Telephone

Website

Address


PUSAT PENGAJIAN ISLAM TOK KENALI
Kubang Kerian
16150

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 16:30
Sunday 07:30 - 17:30

Other Kubang Kerian schools & colleges (show all)
JOM Belajar Fardhu 'AIN-Kanak-kanak JOM Belajar Fardhu 'AIN-Kanak-kanak
Kubang Kerian, 15200

Assalamualaikum semua ibu ayah. Page ini bertujuan berkongsi ilmu2 fardhu ain kepada anak2.. Smg dpt membantu anak2 untuk belajar dengan baik

CIC Where Leaders Are Born CIC Where Leaders Are Born
PT 1554, Tingkat 1 & 2, Jalan Perempuan Zainab II
Kubang Kerian, 16150

Nursing USM Nursing USM
Jalan Raja Perempuan Zainab 2
Kubang Kerian, 16150

Nursing Programme, School of Health Sciences, Universiti Sains Malaysia

Tuisyen FIZIK CIKGU YUSRI Tuisyen FIZIK CIKGU YUSRI
Kubang Kerian, 16150

GURU FIZIK SEPENUH MASA Lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal Upm dan Kpli Fizik BERSEDIA MEMBANTU A

Tadika Kanak-kanak Cemerlang Kubang Kerian 013-3023890 Tadika Kanak-kanak Cemerlang Kubang Kerian 013-3023890
Pt 460 Bandar Baru
Kubang Kerian, 16150

Seni Silat Cekak Malaysia USMKK Seni Silat Cekak Malaysia USMKK
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Kubang Kerian, 16150

Maklumat Kelas Latihan Hari : Ahad & Rabu Masa : 9.00 p.m. - 11.00 p.m. Tempat : Dewan Murni Univers

Tadika IslahKids Kubang Kerian 014 633 8118 Tadika IslahKids Kubang Kerian 014 633 8118
PT 1321, Jalan Persiaran KK 5/2, Bandar Baru Kubang Kerian
Kubang Kerian, 16150

Alami suasana pembelajaran dengan aplikasi Teknik Nabi, amalan budaya Melayu tinggi dan penerapan nil

IGuide Home Tuition Pantai Timur IGuide Home Tuition Pantai Timur
Permatang Pasir
Kubang Kerian, 16150

Menyediakan khidmat personal tutor di kawasan Kota Bharu, Kelantan dan Kuantan, Pahang.