Resipi Mama Nana

Resipi Mama Nana

You may also like

Hanya media
Hanya media

Resipi Mama Nana adalah koleksi resipi yang mama buat untuk bagi nana makan. Simpan sini utk dikongsi

Photos from The Alternatif's post 14/10/2023

PERGINYA KAKAK, ANAK ASUHAN KU YANG KU ANGGAP BAGAIKAN ANAK KU SENDIRI

Assalamualaikum Wbh. Dengan nama Allah, apa yang saya sampaikan ini adalah benar dan kerana Allah, izinkan saya pertahankan diri saya atas tuduhan menyebabkan KEMATIAN ANAK ASUHAN dibawah jagaan saya.

Bismillahirrahmanirrahim.

19 NOVEMBER 2022

Saya telah melihat satu posting di group PENGASUH AREA JOHOR seorang ibu muda yang kesusahan (nama fb : Ozwell Onycha) dan mencari pengasuh untuk menjaga 2 orang anaknya yang masih kecil. Ibu tersebut tidak mempunyai kenderaan menyatakan baru dihalau mak angkatnya serta memerlukan pengasuh selama 3-4 bulan sebelum pulang ke kampungnya di Sabah.

Saya menjadi kasihan dan sangat simpati dimanakan anak-anaknya akan tinggal selepas ibunya dihalau?? Semalaman saya tidak dapat tidur dan berfikir. Saya cuma tinggal di rumah flat PPRT, tinggal bersama-sama 4 anak pun dah terasa sempitnya. Makan minum kami juga sekadar mencukupi ditambah perbelanjaan anak sulong ke sekolah menengah sains begitu besar.

Namun saya masih menyatakan hasrat kepada suami untuk membantu ibu bernama Leha ini. Pada mulanya, suami takut kerana tanggungjawab besar menjaga 2 anak kecil tinggal bersama-sama. Saya hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa dan suami cuma bekerja kilang gaji harian.

Tetapi entah bagaimana, suami bersetuju juga untuk membantu akhirnya. Setelah menghubungi Leha dan bertanya sudah ada pengasuh atau tidak, ternyata Leha masih mencari dan menyatakan persetujuan untuk membayar seorang anak RM375 sebulan termasuk kos susu, pampers, makan, dan tempat tinggal. Saya bersetuju dan Leha boleh membayar selepas bekerja.

20 NOVEMBER 2022

Saya dan suami pergi ke lokasi Leha untuk mengambil anak-anaknya serta sedikit barangan keperluan. Kami dapati, baju anak-anaknya tidak muat lagi dan pampers juga cuma untuk kegunaan 2-3 hari. Leha turut memberikan surat beranak dan buku kesihatan anak-anaknya kepada saya. Saya membawa 2 anaknya (kakak 3 tahun dan adik 6 bulan) ke rumah dan memberi mereka makan serta memandikan mereka.

Alangkah terkejutnya saya setelah melihat surat kelahiran mereka tidak berbapa. Setelah bertanya kepada Leha, barulah Leha menyatakan status beliau belum berkahwin. Sedarlah saya bahawa 2 orang anaknya tidak sah taraf. Saya dan suami juga telah memerhatikan tanda-tanda lebam di badan kakak terutama paha dan perut, manakala adiknya tidak mempunyai tanda-tanda tersebut dan telah bertanyakan keadaan kakak kepada ibunya.

Disebabkan tiada kelengkapan juga, saya telah membelikan anak-anaknya baju, stroller dan carseat untuk kegunaan anak-anaknya berjalan dengan kami nanti.

KERISAUAN TERHADAP KESIHATAN KAKAK.

Saya berasa sangat risau disebabkan kakak terlalu kerap demam (2-3 kali setiap bulan dalam jangka masa yang panjang). Kakak dan adik juga didapati tidak mendapat vaksinasi, namun sikap kakak begitu ketara untuk pembesaran kanak-kanak berusia lebih 3 tahun seperti :

1. Tidak pernah/tahu bercakap walaupun perkataan pendek.
2. Kerap menangis tiba-tiba, tantrum, dan hyper active.
3. Apabila bercakap dengannya, kakak tidak mahu memandang muka dan apabila panggil tiada respond.
4. Sangat aktif tapi secara sendirian dan tidak mahu berkawan.

Saya juga dapati kakak dan adik tidak dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan bulanan dan suntikan vaksinasi. Ibu tersebut mengatakan bahawa dia tidak dapat membawa anak-anak ke klinik kerana dia sendiri berada dalam keadaan susah.

Saya dan suami telah membawa mereka ke klinik kesihatan untuk rawatan dan vaksinasi, namun saya TIDAK MENDAPAT KEBENARAN kerana bukan penjaga sah mereka. Perancangan saya juga adalah untuk bertanya perkembangan si kakak yang kerap demam dan ciri-ciri autism/speech delay/seumpama dengannya untuk tindakan lanjutan.

Malangnya juga, apabila kakak demam, saya juga tidak dapat bawa ke klinik kerana klinik memerlukan kad mykid dan saya tiada maklumat. Jadi, saya telah membeli ubat di farmasi/klinik swasta. Saya juga perlu berjaga sepanjang malam untuk monitor keadaannya, sama seperti anak sendiri.

SIKAP LEHA, IBU KEPADA ANAK-ANAK

Pada awalnya, Leha menyatakan suaminya bernama Nizam dan saya juga banyak kali berhubung dengan Nizam berkenaan perkembangan anak-anaknya. Mereka berkongsi nombor wassap yang sama.

Saya telah banyak kali menghubungi Leha ketika awal jagaan kerana saya risau kakak yang kerap demam. Leha terlalu tenang dengan situasi yang berlaku kepada anak-anaknya.

Sejak bulan November 2022 sehingga Januari 2023, Leha telah memberi bayaran asuhan buat kali pertamanya untuk sebulan bayaran. Saya tidak marah akan bayaran, tetapi saya risau apabila dia menghilangkan diri dan dia telah berjanji akan mengubah sikap selepas itu. Sejak itu, saya juga kerap menghantar gambar untuk perkembangan anak-anaknya.

21 MAC 2023

Disini kisah hitam dalam hidup saya bermula. Ketika anak-anak asuhan saya sedang bermain,(anak-anak saya semua bersekolah), si adik telah membuang air besar dan saya membawa adik ke tandas untuk membersihkan najis. Tiba-tiba kakak menjerit dari ruang tamu dan setelah saya berlari mendapatkannya, kakak dalam keadaan meniarap dan telah dihempap basikal! Saya segera memeriksa dan dapati ada sedikit lebam di kening dan dahi.

Saya terus memerhatikan kelakuannya untuk tindakan jika perlu membawanya ke hospital memandangkan kesan lebam tersebut begitu sedikit. Ketika itu, jika lah ada mykid kakak dan lengkap dokumen, mestilah saya segera akan bawanya ke klinik. Tapi disebabkan pengalaman yang lepas(diarahkan pulang kerana bukan ibunya/tiada dokumen sokongan), saya terfikir saya pasti disuruh pulang memandangkan kakak juga masih lagi aktif.

Ya, kakak terus aktif dan tidak menunjukkan sebarang perubahan. Selepas kejadian, saya juga akan membawa kakak sentiasa bersama-sama saya walaupun ke dapur atau tandas kerana bimbang peristiwa itu akan berulang. Saya turut memaklumkan kepada Leha perkara tersebut.

BASIKAL MILIK ANAK SULONG

Tinggal di flat PPRT yang kecil menjadikan saya selalu memberi sokongan agar anak-anak saya mampu mengubah nasib keluarga. Setelah anak saya berhempas pulas belajar dan diterima ke sekolah menengah sains, saya dan suami membelikan anak sulong hadiah basikal idamannya. Bolehlah dia bermain basikal apabila pulang dari asrama. Saya juga mematuhi peraturan Flat PPRT untuk tidak meletakkan apa-apa benda (pasu/basikal/dll) di hadapan rumah laluan orang. Justeru, saya telah menyandarkan basikal tersebut di dinding. Basikal tersebut sebenarnya ringan dan diletak dengan posisi terbalik agar lebih stabil. Ketika membeli basikal itu, saya belum ada lagi anak asuhan dan semua anak saya telah besar.

23 MAC 2023
(2 hari selepas peristiwa kakak dihempap basikal)

Ketika waktu hendak tidur, kakak sedang menghisap botol susu dan tiba-tiba kakak telah kejang dan mencampak botol susunya akibat sawan. Saya segera mengelap badannya dan menenangkan kakak sementara tunggu suami pulang solat tarawikh. Kurang satu jam daripada tempoh kejadian, kami tiba ke HSI. Saya ketika itu terlalu takut dan berasa kakak sawan kerana keadaan kesihatannya sebelum ini memang tidak begitu baik.

Di HSI, doktor hanya membenarkan ibu kandung untuk melihat kakak. Saya dan Nizam menunggu perkembangan kakak dari bawah dan tidak dibenarkan naik ke atas. Leha memaklumkan kepada kami perkembangan kakak yang ada turun naiknya sehinggalah 5 hari kemudian...

28 MAC 2023

Hari yang paling gelap dalam hidup saya setelah menerima khabar kakak sudah meninggal dunia. Dunia saya seakan-akan gelap. Hilangnya kakak yang saya sudah anggap bagaikan anak kandung sendiri membuatkan air mata saya tidak berhenti keluar.

Ketika itu, saya disiasat dan perlu melakonkan semula kejadian yang berlaku kepada pihak polis. Setelah disiasat dan post mortem dilakukan keatas jenazah kakak, didapati punca kematian disebabkan hentakan basikal di bahagian kepala seterusnya sawan. Tiada kesan kecederaan yang lain seperti dera. Adik turut ditahan di hospital untuk melihat adakah adik didera dan kesihatannya namun adik juga sihat.

Kasihannya kakak!! Kakak yang istimewa dan keluarga saya sendiri menyedari keadaan kakak begitu jelas. Keadaan kakak yang kerap sakit, pembesaran kakak yang jauh terkebelakang berbanding umurnya, dan tak pernah sekali pun menerima apa-apa rawatan. Mungkin saya yang salah, tapi jika ada mykid bersama-sama atau surat sokongan mestilah kakak dah terima rawatan.

Selepas hasil siasatan, Pegawai Penyiasat(IO) memaklumkan saya telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 31(1) A Akta Kanak-Kanak. Mengikut seksyen itu, saya akan berhadapan hukuman penjara 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya.

IO dan Pihak Bantuan Guaman menyatakan 2 pilihan iaitu :

1. Mengaku salah dan Bantuan Guaman akan membantu mengurangkan hukuman.
2. Sediakan wang ikat jamin RM10,000 pada Ahad ini (30 April 2023) dan cari peguam berbayar untuk membantu saya.

Allahuakbar..
Peristiwa ini terlalu pantas berlaku.

Saya tiada wang, jadi saya kena redha. Yang ada pada saya hanyalah seorang ibu yang ingin melihat anak-anaknya berjaya. Seorang isteri yang sentiasa nak suaminya bangga punya anak baik akhlak dan berjaya. Saya tiada apa pun nak digadaikan.

Saya redha dan seperti sudah berputus asa dan telah berpesan kepada 4 anak-anak saya yang semuanya masih bersekolah. 2 anak saya lelaki bersekolah asrama penuh dan 2 lagi darjah 4 dan darjah 1.

"Anak anak, kita orang susah..Lihatlah ayah bekerja keras untuk kita semua..Selama ini, ayah hanya beri fokus mencari rezeki buat kita sementara mama uruskan makan minum kamu..Teman belajar..Dengar s**a duka kamu disekolah..Mama minta maaf kerana lepas ini, mama dah tiada bersama-sama kamu semua..Mama akan dipenjarakan..Bila abang balik dari asrama, tolong jagakan adik supaya adik berjaya macam abang..Adik jangan cari mama malam-malam lagi sebab mama tak ada.."

Persiapan saya ialah memberi sokongan kepada suami dan anak-anak! Saya dah redha. Saya perlu terima nasihat IO dan Biro Guaman.

Allah..Hancurnya hati saya melihat teriakan anak-anak yang telah diyatimkan..Sakitnya rasa ini Ya Allah..Bukan salahku Ya Allah..

Anak-anak tak berhenti menangis. Lagi beberapa hari saja lagi kami akan bersama-sama. Saya teringat pada kaunselor Puan Nadiah Samsudin yang juga cikgu sekolah berdekatan rumah saya. Saya hubungi dia dan ceritakan masalah saya, mungkin dia ada idea untuk kuatkan semangat anak-anak saya!

27 MAC 2023

Puan Nadiah minta saya, suami dan semua anak-anak pergi ke rumahnya memandangkan hari dah malam. Saya minta beliau berikan sokongan kepada anak-anak. Tapi sangkaan saya jauh meleset! Beliau dan suami memaksa saya berjuang demi anak-anak!!

Saya : Kita ada lagi 2 hari, sempat ke nak dapatkan RM10k?? Tak cukup itu, nak bayar peguam.

Pn Nadiah : Puan, bukan kata kita cuma ada 2 hari lagi, malah 2 jam pun kita mesti usaha. Selebihnya kita yakin bulat2 Allah pasti bantu puan!

Saya akur. Kalau dulu saya berkorban untuk anak orang, hari ini saya perlu berjuang demi anak-anak saya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Saya, Nor Huzaimah Binti Herman dengan sangat rendah hati memohon sumbangan kepada anda semua untuk membantu saya daripada ikat jamin seterusnya membiaya kos peguam buat saya.

Saya benar-benar mendoakan hajat anda dimakbulkan oleh Allah Swt. Jika anda inginkan zuriat, kebahagiaan, rezeki, kekayaan, bebas hutang, saya benar-benar mendoakan agar Allah memakbulkan doa kalian kerana asbab kalian lah saya dapat bersama-sama anak saya. Dan jika anda tiada wang sekalipun, mohon doakan kelancaran urusan saya. Tolong viralkan posting saya yang sangat memerlukan saat

Kredit fb Nor Huzaimah Herman Emma untuk lihat gambar.

29/05/2023

Ini baru resipi original spagetti carbonara. Sangat simple je sebenarnya. Tak perlu nak tumis sebarang bawang pun.

24/05/2023

Resipi chicken chop khairulaming

Photos from Resipi Mama Nana's post 14/05/2023

Sangat berguna!

Kredit: Rebecca Joy

Mencari hadiah hari guru? Boleh tekan sini https://shope.ee/6KZ4AYT4th

22/03/2023

Bahan:
6 biji limau kasturi (buang biji)
50g belacan yang telah dibakar
3 biji cili merah + 1biji cili hijau
8 biji cili padi hijau
25 biji cili padi merah
100ml air asam jawa pekat
Masukkan sedikit gula dan garam
*(kisar kasar bahan-bahan)

Tips untuk menghasilkan sambal belacan yang wangi, sedap dan tahan lama.

Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma.

Tips 2
Guna asam jawa yang dibancuh dengan air suam. Petua supaya sambal belacan tahan lama.

Tips 3
Limau kasturi yang dikisar brsama kulit (buang biji) sambal lebih wangi dan sedap.

Tips 4
Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal.

Kredit resepi: Nurulain Insyirah

Want your business to be the top-listed Home Improvement Business in Kubang Kerian?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Ini baru resipi original spagetti carbonara. Sangat simple je sebenarnya. Tak perlu nak tumis sebarang bawang pun. #resi...
Ini baru resipi original spagetti carbonara. Sangat simple je sebenarnya. Tak perlu nak tumis sebarang bawang pun. #resi...
Claim birthday reward. Mama nana dah berjaya claim yang mekdi punya. KFC pun ada bg birthday reward jugak.
Resipi chicken chop khairulaming
Ayam tu goreng deep fry dalam periuk. Sama macam kat kedai dah
Hari tu tengok fb story member. Dia buat macam ni. Nak share takleh. Cekgu pun cari la video kat tiktok. Ada. Ha, boleh ...
Lawak jugak khairulaming ni ye. Buat kurma ayam, rasa dia macam ikan 😆
🌶Resipi Sambal Belacan Yang Wangi, Sedap & Tahan Lama 😋
🌶Resipi Sambal Belacan Yang Wangi, Sedap & Tahan Lama

Category

Telephone

Address


Kubang Kerian

Opening Hours

Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Other Kitchen supplies in Kubang Kerian (show all)
H.H burger Dan lokcing H.H burger Dan lokcing
Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu
Kubang Kerian, 15200

Dale Rok Kubang Kerian Dale Rok Kubang Kerian
Jalan KK4b/2
Kubang Kerian, 15200

Nasi Sup Daging Bakar

Sotong Ngosekkk Sotong Ngosekkk
Uptown Pasir Tumboh
Kubang Kerian

sotong yang disumbat dengan isi ketam dibakar sehingga masak� dan dimakan bersama sambal ngosekkkk

Warisan Empire Warisan Empire
Jalan Kubang Kerian
Kubang Kerian, 16150

Menjual produk makanan tradisi turun temurun dari nenek moyang dan proses pembuatannya mengikut cara yang betul/asli.