ASB Financing

Mempunyai pengalaman menguruskan pemohonan ASB Financing selama lebih 3 tahun dengan mudah, cepat da

03/09/2021

Untuk makluman semua.

Saya boleh dihubungi disini
πŸ‘‰www.wasap.my/60199538753/gurukewangan

Photos from ASB Financing's post 03/09/2021

Dua orang client asbf disburse awal bulan ni. Musim pkp ni proses approval agak slow berbanding sebelumnya tapi tak lah lambat sangat. Tahniah clients πŸ˜ƒ

Bagi mereka yang tak terkesan dari segi kewangan di musim pandemik ni disarankan agar mula bina simpanan semampunya dengan segera.

Kita tak tahu selama mana wabak ni akan bersama kita. Rancanglah kewangan dengan baik. 😊

Photos from ASB Financing's post 03/09/2021

Anak muda zaman sekarang pasti buat tanpa nanti, terus ambil tindakan tanpa tapi tapi.

Terbaik πŸ˜ƒπŸ‘πŸ»

03/09/2021

Bila dapat gaji kita biasanya belanja dulu dan sedar-sedar dah lari bajet bulan tu. Takpe bulan depan dapat gaji lagi. Jangan jangan.

Untuk elakkan kebocoran seperti ini, buat senarai sebelum dapat gaji. Kita boleh cuba bahagikan gaji mengikut bahagian seperti berikut:

1. Komitmen
Dahulukan komitmen seperti sewa rumah atau pinjaman perumahan,bil api, bil air, bil telefon dan sebagainya. Tak bayar, susah nanti semua benda ni.
LM s**a syorkan parents sebagai komitmen juga. Berikan semampu dan seikhlasnya. Jadikan yang ni yang top priority ya. Ada berkat disitu.

2. Simpanan
Asingkan siap-siap sejumlah simpanan dari gaji kita untuk elakkan terrrrrguna, terrrbeli, terrpakai dan semua yang terrr.
Ada banyak kaedah simpanan yang payah nak korek balik seperti ASBF, Unit Trust, emas dan lain lain. ASB dan Tabung Haji mudah je sekarang ni nak keluarkan. Pernah cuba tak?
RM 200 sebulan setahun dah RM 2,400. Ok sangat dari takde langsung.

3. Perbelanjaan
Baki dari point 1 dan 2 kita gunakan untuk perbelanjaan. Utamakan keperluan seperti makanan, pakaian dan pengangkutan. Tak perlu branded selalu, brand biasa tapi selesa juga sudah bagus. Kalau tak hujung bulan bernafas nyawa-nyawa ikan.

4. Sedekah
Sediakan sedikit dari bahagian gaji kita untuk memberi pada mereka yang memerlukan terutamanya keluarga kita. Ada lebih kita kongsikan dengan orang luar juga. Cari keberkahan dalam setiap rezeki kita.
Cuma sedikit perkongsian biasa-biasa. Mungkin masing-masing ada cara tersendiri. Jika bermanfaat Alhamdulillah.
Yang penting kebajikan kita terjaga untuk masa sekarang, masa depan dan masa disana.

03/09/2021

HASIL ASB VS ASBF

β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’
1️⃣ Lina mampu menyimpan RM 387 sebulan dan dia memilih untuk menyimpan di akaun ASB. Tak nak buat loan dan kayakan bank katanya.

Selama lima tahun dia dah keluarkan modal sebanyak RM 387 x 60 = RM 23,220.

Jumlah dividen yang diperolehi adalah RM 2,637.
Setelah lima tahun total simpanannya di ASB adalah RM 25,857 βœ”οΈ

2️⃣ Adiknya p**a Liza tahu ASBF adalah jenis hutang baik. Dia mohon ASBF 100K dengan komitmen bulanan sebanyak RM 387 sebulan. Lima tahun dia dah keluarkan jumlah yang sama seperti kakaknya sebanyak RM 23,220.

Tapi setelah lima tahun total p**angannya adalah RM 28,908 βœ”οΈ

Selepas 5 tahun:
▢️ Lina telah mendapat return sebanyak 11.4%
▢️ Liza p**a mendapat return sebanyak 24.5%

Siapakah yang lebih bijaksana? Lina atau Liza?
😎
www.wasap.my/60199538753/asbvsasbf

03/09/2021

5 kelebihan simpan dulu baru belanja yang ramai tidak tahu
β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’

Salah satu cara mudah untuk pastikan kita berjaya buat simpanan adalah dengan simpan dulu, baru belanja.

Ini kelebihannnya:

1️⃣ Dapat menguruskan kewangan dengan bijak dan betul
Kita dah biasa lihat dan alami bila belanja dulu baru simpan akan terjadi keadaan di mana kita terlebih berbelanja dan akhirnya tak dapat menyimpan. Kita boleh cuba cara sebaliknya p**a.

2️⃣ Sentiasa ada duit untuk diri sendiri dan keluarga
Mereka yang utamakan simpan dulu akan berjaya cipta satu dana untuk kegunaan diri dan keluarga untuk hal kecemasan dan keperluan. Tak perlu nak bebankan orang lain.

3️⃣ Dapat mengawal kewangan bulanan
Mereka yang simpan dulu, akan bijak buat kira kira perbelanjaan yang sepatutnya dan cuba elakkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya.

4️⃣ Dapat capai matlamat simpanan
Letakkan matlamat untuk setiap simpanan, anda akan lihat anda menuju ke arah itu dan dapat penuhi impian anda.

5️⃣ Peluang untuk capai kebebasan kewangan
Semua orang inginkan kebebasan kewangan antaranya ialah mengelakkan daripafa sentiasa berhutang. Semuanya bermula dengan simpanan.

Jom cuba. Kita simpan dulu baru belanja. Yang paling penting adalah disiplin dan konsisten.

03/09/2021

Apa beza ASB dan ASBF ?
β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’

1⃣ ASB ialah unit amanah yg ditawarkan ASNB. Pelaburan adalah secara tunai dan boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut kemampuan.

2⃣ ASBF ialah pinjaman yg ditawarkan bank untuk pelaburan dlm ASB. Bayaran ansuran bulanan dan tempoh pinjaman sudah ditetapkan.

3⃣ Kesimp**annya, nak apply ASB Financing ialah WAJIB ada akaun asb dahulu.

4️⃣ ASB Financing dilakukan dengan cara apply sijil ASB dahulu dan bayar secara bulanan atau tahunan. Setiap tahun pelabur akan dapat dividen based on jumlah pelaburan di ASB (sijil + cash jika ada).

Secara fakta dividen lebih banyak jika ambil melalui ASB Financing (sila rujuk gambar) πŸ˜ƒ

Kiraan tidak termasuk nilai p**angan prinsipal setelah terminate ASBF.

Untuk pertanyaan boleh klik sini ya
πŸ˜ƒπŸ‘‰πŸ»www.wasap.my/60199538753/asbf

03/09/2021

Alhamdulillah, rezeki Ramadhan. Terima kasih clients untuk sokongan dan kepercayaan 😊

Komited untuk bantu lebih ramai mencipta tabungan dan perlindungan masa depan πŸ˜ƒπŸ™πŸ»

Photos from ASB Financing's post 03/09/2021

Refinance ASBF 200K bulanan RM 1012
menjadi RM 885 cuma 😍
β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’

Client submit permohonan pada 20 April dan permohonan ASBF nya disburse pada 6 Mei.

Antara kes yang refinance ASBF paling lancar.
Kenapa boleh jadi laju?

1. Client laju. Hantar maklumat laju. Ke bank laju. Sangat berikan kerjasama yang baik. Ini penting.
2. Kami submit dan proses permohonan sejurus mendapat full dokumen dari client.
Client jimat hampir RM 130 sebulan. Setahun dah RM 1,560. Banyak tu πŸ˜ƒ

Tahniah client. LM akan poskan hadiah istimewa nanti ya πŸ˜ŠπŸ™πŸ»

03/09/2021

Pastikan kita tahu cara untuk memaksimumkan keuntungan melalui ASBF ya πŸ˜ƒ
Untuk penerangan lebih jelas boleh terus hubungi LM disini
πŸ‘‰πŸ»www.wasap.my/60199538753/detailasbf

03/09/2021

Asas Kefahaman ASB Financing
β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’
ASB Financing boleh dilabur menggunakan cash atau pun loan (sijil).
Tetapi orang bijak dia takkan menggunakan cash, sebab bank telah menyediakan kemudahan loan untuk melabur di ASB. Ini lah dinamakan OPM (other people money). Bermaksud gunakan duit bank untuk melabur di ASB.
πŸ“Œ Konsep ASB Financing
Ada 3 watak penting:
βœ…Korang (peminjam asb financing)
βœ…Bank
βœ…PNB (asb)
β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’
Hubungan Korang & Bank
β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’
1. Korang apply loan dengan bank.
2. Nilai pinjaman tu bank akan beli sijil ASB. Sijil ASB tu atas nama korang.
3. Nilai sijil tu tak akan dicatat di buku asb. Sebab ia sijil bukan cash. Hanya cash sahaja yang tercatat di buku ASB.
4. Sijil ASB tu bank akan pegang (dicagarkan).
5. Bila buat pembiayaan (pinjaman) dengan bank, akan ada profit rate (interest) dikenakan. Contoh 3.45%, 3.5% dan 3.7%.
6. Jangan rasa tinggi p**ak rate asbf ni. Pahtu gi compare dengan rate goverment personal loan. Sebab kiraan interest asbf ni ikut effective rate sama macam home financing.
7. Dah korang meminjam duit dengan bank, jadi setiap bulan korang kena bayar kepada bank lah.
8. Ingat! Korang pinjam duit dengan bank tapi duit tu bank beli sijil ASB. Maksudnya korang tak dapat duit pun kat tangan!
9. Tapi bila korang terminate asb financing tu, bank akan jual sijil ASB tersebut. Dan duit hasil jualan tu akan ditolak dengan baki pinjaman korang.
10. Balance duit lebihan tu lah dinamakan PRINCIPAL. Duit ni akan dikreditkan ke dalam akaun saving korang bila loan korang fully terminate.

β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’
Hubungan Korang & PNB (ASB)
β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’β€’

1. Bank telah beli sijil ASB atas nama korang. Bermaksud akaun ASB korang ada pelaburan berjumlah 200k (contoh).
2. Jadi korang layak dapat Dividen dan Bonus pada bulan Januari setiap tahun. Duit ini akan dikreditkan ke dalam akaun ASB korang.
3. Kiraan dividen dan bonus ikut prorate. Walaupun sijil ASB korang dibeli pada bulan 2 atau bulan 7 atau bulan 11, dividen dan bonus asb tetap diberi pada Bulan Januari.
4. Dividen dan Bonus adalah milik penuh korang. Korang bebas gunakan duit ini untuk kegunaan apa sahaja.
5. Jangan timbul isu bank akan "curi atau ambil" duit dividen asb korang plak. Semua tu karut marut.

Jika nak start simpan asbf, klik link dibawah:
www.wasap.my/60199538753/asbF

Want your business to be the top-listed Accountant in Kubang Kerian?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Jalan Raja Perempuan Zainab 2
Kubang Kerian
16150

Other Kubang Kerian accountants (show all)
Burhanuddin&Associates - Chartered Accountant Burhanuddin&Associates - Chartered Accountant
PT 3371, Tingkat Dua, Bandar Satelit Islam
Kubang Kerian, 16150

Kami membantu usahawan menambah nilai perniagaan melalui khidmat perakaunan, audit dan percukaian

ASB Financing-i ASB Financing-i
Pt 1672 Tingkat 2, Jalan Raja Perempuan Zainab 2
Kubang Kerian, 16150

All about how to optimum potential gain in Asb Financing-i or Asb Loan and also about Unit Trust