SI ORI Therapy KB

Menyediakan perkhidmatan rehab Terapi Pertuturan-Bahasa, Terapi Carakerja, Terapi Intensif, dan bengkel.

Rehabilitation, Speech Therapist, Occupational Therapy, & Intensive Intervention Program

Photos from SI ORI Therapy KB's post 29/09/2024

🍎✨ "Bermain dengan buah-buahan bukan hanya seronok, tetapi salah satu aktiviti menarik untuk menggalakkan pertuturan anak!
Jom kami kongsikan 7 cara bermain buah untuk menarik minat anak bermain dengan Ibu Ayah di rumah.

Tips Strategi sambil bermain untuk galakkan stimulasi bahasa anak adalah
❌tanya soalan tapi ✔komen apa yang anda lakukan atau apa yang anak lakukan
❌suruh/ arah anak tapi ✔tunjuk & buat sama sama dengan anak
❌guna intonasi yang mendatar tapi✔gunakan intonasi yang menarik & elemen kejutan!

Selamat Mencuba!
ST Adhwa
SI ORI Therapy

22/09/2024

Mencipta momen belajar yang penuh rasa! 🍕✨ Terapi pertuturan dengan permainan pizza menjadikan komunikasi lebih mudah dan menyeronokkan!

Jom kami kongsikan apa yang speech therapist ajar ketika bermain Set Pizza

15/09/2024

Hari Malaysia adalah hari untuk meraikan kekuatan kita sebagai sebuah negara yang bersatu. Teruskan berusaha untuk masa depan yang lebih cerah bagi Malaysia.

Harapan kami di SI ORI Therapy juga semoga kita bersama-sama dapat memberikan peluang, meningkatkan kemahiran diri, mencakna masyarakat, menginklusif kehidupan dan memberi hak intervensi kepada semua anak-anak kita. Supaya mereka turut berpeluang untuk membentuk negara Malaysia madani.

Terima kasih semua.
Selamat Hari Malaysia.

SI ORI Therapy ☺️🤟🏼

15/09/2024

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." (HR. Ahmad)

Nabi Muhammad Saw adalah utusan Allah Swt yang meninggalkan banyak ajaran dan nasihat berharga kepada semua manusia.

Semoga hadis dan sunnah Rasullullah menjadi panduan dan pedoman kita semua.

SI ORI Therapy

Photos from SI ORI Therapy KB's post 10/09/2024

‼️Kemahiran MEMBACA‼️

Assalamualaikum dan salam sejahtera..👋🏻

📖 Kemahiran membaca kini menjadi satu isu hangat di kalangan ibubapa yang mempunyai anak yang berumur 4-7 tahun.

▶️ Ada ibubapa yang menghantar ke pra-sekolah @ pusat-pusat pembelajaran semata-mata untuk memastikan anaknya pandai membaca awal.

▶️ Ada juga guru, terapis dan pakcik makcik yg begitu menggalakkan ibu bapa kanak-kanak ini untuk memastikan anaknya menguasai kemahiran membaca seawal 4 tahun.

Tetapi…..💆🏻‍♂️

Saya tidak katakan yang ianya salah @ tidak betul. Namun tahukah anda bahawa untuk pastikan anak pandai membaca, banyak lagi kemahiran awal yg sangat penting dan diperlukan oleh anak supaya dia boleh menjadi pembaca yang bagus.🤔

☑️ Antaranya adalah s**a akan buku. Nampak mudah tapi ianya s**ar bagi kanak-kanak zaman 'teknologi' ini. Dan minat @ s**akan buku ini datangnya daripada model dan galakkan daripada ibu bapa itu sendiri. Jika ibu bapa kurang membaca dan jarang membaca bersama anak...maka anak pun s**ar untuk belajar membaca. 😩

🔖 Pembaca yang bagus bukan bermula dengan boleh hafal ABC @ boleh mengeja...tetapi bermula dengan memahami konteks dan peceritaan (boleh imaginasi) serta boleh mengkaitkan isi cerita dengan pengalaman atau kehidupannya. Kemahiran ini tidak akan dapat kecuali ada org mendedahkannya ketika membaca buku cerita bersama-sama secara verbal/nyaring @ “read aloud”. 🗣📖

🔺 Ingat, permulaan membaca buku bersama dengan anak bukannya membaca setiap perkataan yang ada pada buku, tetapi menceritakan apa yang ada dalam buku tersebut dengan intonasi, mimik muka dan gaya yang menarik serta dimasukkan elemen 'suspen', drama dan seronok. 🧞‍♂️🧚🏻‍♀️

🧑🏼‍🚒 Ini turut melatih anak memahami konteks, meningkatkan 'vocab'nya, melatih imaginasinya, melatih ingatannya, mengkaitan perkataan/ayat dengan gambar, menganggar jalan cerita, memberi idea tentang apa yang akan berlaku, belajar tentang sebab akibat, belajar tentang membuat rancangan, belajar tentang tanggungjawab, memahami nilai-nilai murni, belajar 'konkrit'kan perkataan yang abstrak, dan mengkaitkan cerita dengan pengalamannya selain melatih kemahiran bahasa-pertuturannya.🤩

😱 Wow! Banyak tu... dan jangan lupa bahawa dengan membaca buku cerita, sebenarnya anda mendedahkan dan mengajar anak semua domain@ subjek di dalam kurikulum akademik persekolahannya tanpa mengasingkan setiap satu subjek!

🛠 Ia lebih praktikal, lebih inklusif, lebih bagus, lebih menarik malah lebih seronok! 😍🤣

‼️ Kenapa "SERONOK" itu penting kepada kanak-kanak❓

✅ kerana.. Sesuatu yang tidak seronok, tidak akan melekat di otak anak.

🧠 Ingat tentang sel-sel neuron yang bersambung?? 😁

🙀 Kenapa anak lebih s**a belajar dengan TV/SKRiN berbanding belajar dengan mak ayah⁉️

➡️ kerana elemen keseronokan tersebut! 😅

⏰ Bilakah masa yang sesuai untuk mendedahkan anak kepada buku ini..📖❓

‼️ Seawal yang boleh... Lagi awal lagi bagus!

✅ Ingat...kita bukannya mahukan anak itu boleh menguasai kemahiran membaca dahulu, tetapi berasa seronok dengan buku dan cerita-cerita yang ada di dalamnya. 🦸🏻

😉 Pernah seorang terapis memberitahu saya bahawa untuk melatih pertuturan-bahasa anak dengan cepat dan berkesan adalah dengan membaca buku cerita bersama anak sekurang-kurangnya 20 buku sehari‼️

▶️ Kerana BUKU adalah gedung ilmu, dan lebih banyak dia didedahkan dengan perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang pelbagai dengan konteks yang sesuai, lebih bagus kemahiran bahasanya.... 👍🏻

😓 .... jika tidak boleh 20 buku sehari..cubalah dengan 1 buku sehari.🤗

👨‍👩‍👧‍👦 Anak yang selalu dibacakan buku cerita kepadanya ini akan mempunyai kemahiran bahasa yang bagus dan 'vocab' yang banyak. Mereka juga merupakan anak yang pandai bercerita.👦🏻

❓ Tahukah anda, kebolehan bercerita dengan bagus ini merupakan kemahiran bahasa yang paling tinggi bagi kanak-kanak sebelum memasuki umur persekolahan❓

✅ Ya, kanak-kanak yang pandai bercerita merupakan kanak-kanak yang punyai kemahiran bahasa yang bagus! Dan kemahiran bahasa yang bagus merupakan tanda-tanda potensi tinggi untuk mempunyai kemahiran akademik yang bagus juga! 👍🏻

🤩 Jom mulakan membaca buku cerita bersama anak!

Mr. SI SLP
SI ORI Therapy
SI ORI Therapy KB

29/08/2024

Belajar menjadi ibu bapa yang “WUJUD” ketika anak memerlukan dan yang mengisi MEMORI indah mereka.🥰

🌏 Dalam dunia yang mencabar yang memerlukan kedua-dua ibu bapa bekerja, pasti s**ar untuk melatih anak di rumah. 😓

💼 Menggunakan kerjaya sebagai alasan juga tidak bagus, kerana sudah pastinya anaklah harta terpenting anda. 😰

Namun itulah kehidupan….

🩷 Tetapi bolehkah anda memperuntuk 15-20 minit sehari masa anda, untuk bergurau, berbual sambil buat aktiviti rumah, duduk bermain bersama anak, menyanyi sambil bergerak mengikut irama dan membacakan buku cerita kepada anak❓🎙️📖

🕰Cubalah luangkanlah masa walau 15-20 minit khas untuk anak anda sebelum anda sendiri menyesal suatu hari nanti. 😩

🎦Erm.. masa berkualiti penuh ya.. bermakna anda dengan anak anda meluangkan masa bersama, bermain sambil bergelak tawa, menyanyi dengan gembiranya dan berdrama ketika membaca buku sehingga anak mahu anda ulang berkali-kali.🕺🏻

🤩 Jadikan ianya satu MEMORI yang paling indah serta masa yang cukup SERONOK kepada anak anda.👶🏻👧🏻👦🏻

📱Sudah pastilah ketika ini... letak dan jauhkan SKRIN “hp, iPad, tablet, TV” daripada anak anda.. Hanya anda bersama anak! “BONDING TIME” gitu.. 😁👨‍👩‍👧‍👦

✅ Belajar menjadi ibu bapa yang “WUJUD” ketika anak memerlukan dan yang mengisi MEMORI indah mereka.

💗 Barulah anak akan jadikan anda “SuperHero” kesayangan dia! 🦸🏻‍♂️🦸🏻‍♀️😍

Mr. SI SLT
SI ORI Therapy

Photos from SI ORI Therapy's post 20/08/2024
19/08/2024

Antara cara terbaik untuk latih kawalan inhibitori anak adalah dengan menggunakan kaedah DIALOG.
Cara kita bercakap dengan anak sangat kritikal untuk memastikan anak dengar, buat dan rasa kita fahaminya.

19/08/2024

🎊 Tahniah 🎉

Kumpulan pertama yang telah menyelesaikan Modul ABC dan DEF Khamdy ✅

Satu perjalanan yang cukup berinspirasi yang dapat memanfaatkan lebih ramai kanak-kanak Autisme juga yang berkeperluan khas lain.

Team SI ORI Therapy berasa sangat bersyukur kerana terlibat bersama sepanjang perjalanan kejayaan ini.

Terima kasih Brainbow USM Spin-off, center/ persatuan NGO/ institusi/ JKM dan semua peserta.

Jom kita sama-sama CAKNA, BELAJAR dan BERTINDAK membantu mewarnai dunia ASD serta kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia.

Photos from Brainbow USM Spin-off's post 15/08/2024
13/08/2024

🏃🏻‍♂️AKTIVITI KEHIDUPAN SEHARIAN (ADL) PART l

🧕Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dalam siri kali ini saya akan berkongsi ilmu tentang tajuk ADL.

🆙 ADL merupakan aktiviti yang sangat PENTING yang merangkumi aktiviti dari awal pagi 🔆 hingga malam 🌌seseorang manusia.

⏩Penglibatan secara aktif penjagaan diri dapat memupuk kemahiran keberdikarian, meningkatkan harga diri, mengembangkan konsep diri dan mewujudkan rasa kepunyaan dan penguasaan diri (Frank, 1994)

TAPI ⏸️ tunggu ✋✋

Ingat lagi tak, topik- topik yang saya pernah kongsikan sebelum ini❓❓❓ 🤔

🔰Saya telah berkongsi tentang 10 Building Blocks di dalam kemahiran MOTOR HALUS yang PERLU DILATIH & DIKUASAI oleh anak-anak.

🔰Kemudian, saya kongsikan idea membuat mainan sendiri (DIY) bersama-sama anak dengan 4 bahan iaitu cloth pegs, botol, egg carton & bekas tisu.

🆗 Melalui latihan praktikal sudah tentu banyak FAEDAH yang telah anak-anak anda perolehi dari aktiviti tersebut.

Disini saya ringkaskan, antara FAEDAHnya adalah:

1️⃣Meningkatkan kemahiran MOTOR HALUS

2️⃣Meningkatkan kemahiran MOTOR KASAR

3️⃣Meningkatkan kemahiran PEMPROSESAN SENSORI

4️⃣Meningkatkan kemahiran PERSEPSI VISUAL

5️⃣Meningkatkan kemahiran MENGIKUT ARAHAN

6️⃣Meningkatkan kemahiran KOMUNIKASI

7️⃣ Meningkatkan daya TUMPUAN

🤔 APA kaitan kemahiran diatas☝️dengan tajuk kita hari ini ❓

JENG..JENG JENG ⏰💓🚨

🆗‼️Semua KEMAHIRAN tersebut SALING BERKAITAN 👉👈 untuk membantu KECEKAPAN dalam melaksanakan aktiviti ADL anak-anak.

‼️Jadi, anak-anak yang mempunyai kelemahan atau masalah didalam kemahiran tersebut akan mengalami kes**aran @ LIMITASI dalam melaksanakan aktiviti ADL mereka‼️

👣JOM sama-sama kita baca apa kata pakar🕵️🕵️‍♀️

🌟Kemahiran motor halus turut memberi kesan kepada pencapaian akademik, pengurusan kehidupan, sosial, emosi dan juga tingkahlaku kanak-kanak (Case-Smith, 1993; Cheatum & Hammond, 2000; Beilei, Lui, Qu & VonHofsten, 2002; Summers, Larkin & Dewey, 2008)

🌟Masalah kemahiran motor halus turut memberi impak yang sangat besar kepada kehidupan seorang kanak-kanak yang berada disekolah (Wehrmann, Chiu, Reid &Sinclair, 2006; Jackman & Stagnitti, 2007)

🌟Selain daripada menghadapi masalah dengan aktiviti di dalam kelas, kanak-kanak dengan masalah kemahiran motor halus turut menghadapi masalah dengan aktiviti pengurusan diri (Cheatum & Hammond, 2000; Summers et al., 2008)

🌟Kelemahan dalam mengendalikan kemahiran ini akan mengganggu keupayaan mereka membutang baju, mengenakan zip, memakai stoking, memakai kasut dan mengurus diri di tandas. Mereka memerlukan bantuan daripada individu lain dalam aktiviti pengurusan seharian (Case-Smith, 1993)

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

🆗 Patutlah kemahiran ADL ini merupakan kemahiran yang paling TINGGI untuk dikuasai.

Pada part 1, 🧕akan ceritakan secara ringkas tentang ADL beserta contoh dan kepentingannya kepada anak- anak dan juga kita.

👉PENGENALAN 👈

🗣️Maksud ADL: Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kehidupan normal seharian. Di lakukan setiap hari untuk mengekalkan kebersihan dan tahap kesihatan yang optimun.

🗣️BADL: Adalah komponen asas dalam aspek pengurusan diri merangkumi:

👖👕Berpakaian

💄Kecantikkan muka

💅Penjagaan diri

🍚🍷Makan & minum

🚽Pengurusan tandas

🚿Mandi

🗣️IADL: Adalah kemahiran yang lebih kompleks yang merangkumi penglibatan kanak- kanak dalam komuniti di rumah dan sekolah . Contoh aktiviti adalah seperti:

🍝🛋️🗑️Melakukan kerja rumah (memasak,mendobi,menyapu)

🛒🛍️Membeli belah (shopping)

⚖️⏰Menguruskan masa

💰💊Menguruskan wang & ubatan

🚌📞 Menggunakan pengangkutan & telefon

✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️✏️

💎KEPENTINGAN MENGUASAI ADL💎

✅Tingkatkan fungsi otot, koordinasi, memori dan skill menyelesaikan masalah

✅Meningkatkan keyakinan diri

✅Dapat menambahbaik skill pergaulan sosial

✅ Sebagai syarat asas kemas**an sekolah arus perdana

✅ Anak kurang bergantung kepada ibu bapa ➡️ meringankan bebanan kerja ibu bapa

💖 Ok, kita dah belajar apa tu ADL dan kepentingan kepada anak dan juga ibu bapa 💖

⌛Setakat ini dulu untuk part 1️⃣, kita jumpa lagi pada part 2️⃣ saya akan berkongsi tentang Aktiviti Kehidupan Harian (ADL) dengan lebih details lagi 🆙➕

Ibu bapa boleh rujuk gambar yang dilampirkan ye ☺️

🎦🎦Boleh klik link berikut untuk video pengenalan aktiviti ADL:

👕 https://www.youtube.com/watch?v=QxsEBrGTg58

👖 https://www.youtube.com/watch?v=SvLGAEEmmUE

🧦 https://www.youtube.com/watch?v=Iy2Lgc93jFY

JUMPA LAGI, BYE.😃

OT Azila 🧕🏻
SI ORI Therapy

11/08/2024

Masih ramai kanak-kanak yang s**ar berkawan dan bina ayat lebih 5 perkataan serta bercerita walaupun sudah berumur 5 tahun. Ada yang memang masalah kecelaruan dan ada yang disebabkan belum pernah diajar.

04/08/2024

Majoriti kanak-kanak ASD ada masalah kecelaruan pertuturan, bahasa dan komunikasi. Ini kerana otaknya yang bersifat neurodivergen. Mereka tiada “Speech Language Delay” kerana rujukan ini berdasarkan otak yang bersifat neurotipikal.

03/08/2024

Latih anak sendiri… Insyaallah ibu bapa boleh lakukannya!!

Ibu bapa merupakan orang yang paling faham tentang anaknya.

Apabila anak ada masalah, semuanya menjadi celaru dan mula masuk fasa untuk “MEMBAIKI” anak.

Hakikatnya apa yg anak perlu hanyalah bantuan dan sokongan untuk dia belajar dengan lebih baik dan berkesan.

Dapatkan bantuan pakar untuk lebih memahami tahap perkembangan dan kesihatan anak. Jangan mudah tertipu dengan produk @ nasihat daripada orang yang bukan ahli sesuatu kepakaran tersebut.

Dapatkan sokongan rakan-rakan sekasut supaya boleh ekspress diri dan belajar daripada pengalaman mereka.

Untuk latih anak bercakap ni, ibu bapa kena banyakkan bercakap, menyanyi bersama-sama, bacakan buku cerita, banyakkan bergurau serta menerangkan sesuatu dengan anak dan berikan masa anda untuk bermain dengan anak setiap hari.

Bermain, menyanyi dan membacakan buku cerita kepada anak merupakan LATIHAN harian yang cukup berkesan dan mampu bantu perkembangan pertuturan bahasa anak.

Malah aktiviti harian di rumah bermula anak bangun sehingga dia tidur kembali merupakan latihan yang cukup bermanfaat untuk perkembangan motor kasar-halus, integrasi sensori, kemahiran urus diri, kognitif selain untuk bahagian pertuturan, bahasa dan komunikasi anak. Jangan sub kan bahagian ini kepada SKRIN nanti kita yang akan menyesal dikemudian hari.

Kami percaya ibu bapa mampu lakukan..
✅ kerana andalah orang paling layak untuk melatih anak
✅ kerana andalah orang paling memahami anak.
✅ Kerana anda merupakan insan terpilih
Insyaallah..

SI ORI Therapy

Photos from SI ORI Therapy's post 02/08/2024

Kenapa anak s**a humming tetapi tak bercakap??

30/07/2024

SKILL @ Kemahiran Berkesan untuk latih anak bercakap.

Ia bukanlah kemahiran sebarangan yang dibuat daripada “try error” dan pengalaman semata.

Ia merupakan KEMAHIRAN yang telah dikaji, ditapis serta terbukti berkesan (EBP) daripada terapis dan pengkaji dari seluruh dunia.

Semua kemahiran dan strategi ini boleh diperoleh di MEDSOS kerana ia kelihatan agak mudah dan senang dipelajari.

Hakikatnya setiap kemahiran dan strategi ini ada kaedah spesifik serta cara tertentu yang dapat tingkatkan % kejayaan apabila dibuat. Kerana itulah hanya terapis yang telah terlatih dan bertauliah dalam bidang ini sahaja yang mahir tentang strategi ini. Lagi lama SLT tersebut dalam klinikal pediatrik lebih mahir dan berpengalaman beliau dalam menjalankan strategi-strategi ini.

Oleh yang demikian adalah digalakkan untuk ibu bapa dan guru belajar dengan SLT bertauliah yang sentiasa menjalankan penilaian dan terapi supaya apa yang dipelajari merupakan SKILL yang dapat dipraktikalkan.

Di bawah ini merupakan antara STRATEGI berkesan yang boleh membantu pertuturan bahasa anak daripada Malaysian Association of Speech-Language and Hearing (MASH).

Kepada ibu bapa yang anaknya sedang mendapatkan sesi terapi dengan SLT. Belajarlah STRATEGI-STRATEGI ini dan jadikanlah SLT sebagai COACH anda. Inilah nilai MAHAL yang anda peroleh daripada bayaran terapi. Adalah rugi jika anda tidak mempelajarinya.

Percayalah hanya apabila anda gunakan strategi ini dan kemahiran anda telah meningkat barulah dapat latih anak dengan lebih berkesan. Itulah kepuasan yang tidak ternilai.

Jadilah ibu bapa yang bijak. Kerana andalah PENDIDIK Pertama anak anda. Anda sahaja yang mampu mengubahnya.

Mr. SI SLT
SI ORI Therapy

27/07/2024

Anak yang s**ar memahami bahasa mereka memerlukan input pelbagai selain melalui auditori sahaja untuk belajar sesuatu perkataan. Intonasi, penerangan, gambarkan, tunjuk objek/perbuatan @ gambar sangat membantu.

25/07/2024

Kadang kala kita sudah berusaha sehabis baik namun hasilnya masih tidak memuaskan. Anak masih tidak berubah! Itu pemikiran yang salah. Apa sahaja usaha di jalan yang betul ada hasilnya… teruskan berusaha!

23/07/2024

Kemahiran “turn taking” merupakan kemahiran asas komunikasi yang s**ar dimodelkan oleh ibu bapa menyebabkan kemahiran komunikasi, pertuturan bahasa anak juga terbantut. Betul tak?

20/07/2024

Bagaimana nak tahu anak sudah mula pandai betulkan sebutan pelatnya sendiri? Apabila dia sudah pandai gunakan kemahiran “auditory feedback loop” dan kaya kosa katanya.

18/07/2024

Apabila kita mula faham kenapa anak belum @ ada masalah bercakap dan ada SKILL bercakap dengannya. Barulah kita akan nampak senyuman anak serta semakin bersungguh dia untuk bercakap dengan kita.

Photos from SI ORI Therapy KB's post 17/07/2024

Tentang “Masalah Disleksia”: Bahagian 2.

Melihatkan semakin ramai pelajar yang punyai masalah membaca setiap tahun maka SI ORI Therapy mula jalankan kelas membaca pada tahun 2020. Kami dah mula awal tetapi masa tu secara tidak formal.

Sebelum ini oleh kerana En Syahrulikram telah punyai buku membaca sendiri maka hanya beberapa terapis sahaja yang menggunakan buku tersebut di dalam sesi terapi terutama untuk anak-anak yang bermasalah pendengaran, pertuturan pelat serta s**ar membaca.

Kini oleh kerana sudah ada banyak permintaan maka kita buat kelas membaca secara intensif dengan melatih Guru Intervensi (GI) untuk jalankan program ini. GI ini dilatih sendiri oleh En. Syahrulikram dan dipantau oleh terapis lain.

Alhamdulillah sambutan agak bagus juga kerana walaupun pada awalnya Buku “Membaca Menggunakan Kaedah SI” itu dibuat khusus untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran. Ia turut sesuai untuk semua kanak-kanak bermasalah membaca nampaknya.

Buku ini agak berbeza daripada buku membaca dipasaran yang lebih menggunakan kaedah “mengeja dan membatangkan” juga “kaedah bunyikan fonem @ fonik”. Kaedah yang digunakan dalam buku membaca ini lebih kepada kaedah FONETIK yang memberikan maklumat lengkap kepada anak berkenaan bagaimana setiap huruf itu dikeluarkan, cara penghasilan serta ianya huruf bersuara @ tidak. Pada masa yang sama mengkhususkan latihan membaca setiap huruf secara spesifik. Agak teknikal tetapi sangat berkesan untuk kanak-kanak yang s**ar memahami kemahiran membaca serta ada masalah kesedaran fonologi.

Namun kini setelah hampir 20 tahun sejak penghasilan buku pertama ia turut digunakan untuk pelbagai jenis kategori masalah anak daripada masalah pendengaran kepada masalah lambat membaca, masalah disleksia, pelat, apraksia, autisme, sindrom down malah klien dewasa yang menghadapai masalah pertuturan disebabkan aphasia (selepas kena strok).

Walau bagaimana pun, satu permasalahan yang timbul adalah apakah sub bahagian utama yang anak bermasalah membaca ini ada? Supaya pendekatan latihan kita lebih spesifik dan berkesan.

Bagi SLT ini tidaklah ses**ar mana namun untuk manjalankan penilaian mengambil masa dan kepakaran tambahan juga. Bagi GI ia lebih s**ar kerana tanpa panduan daripada terapis proses latih kemahiran membaca kanak-kanak ini s**ar dilakukan dengan lebih berkesan dan memakan masa lebih lama.

Kerjasama SI ORI Therapy bersama Brainbow USM memberikan kami kelebihan apabila pihak Brainbow mula menghasilkan alat pengujian Disleksia My Baca Uji (MBU). Melihat prototaip dan menghadiri sesi penerangan di USM Pulau Pinang cukup membuka mata. Alat ujian MBU ini sangat menarik, malah memberikan kami maklumat awal apakah sub bahagian membaca yang anak-anak ini ada masalah. Inilah yang kami cari selama ini.

Walaupun harganya agak mahal kerana ini merupakan satu ujian standard yang punyai kriteria serta satu-satunya ujian Disleksia berdasarkan bahasa Malaysia. Melihatkan kepentingan ujian diagnostik Disleksia MBu ini sangat diperlukan untuk memberi maklumat berkenaan kemahiran membaca klien. Pada masa yang sama mampu memberikan “value added service” kepada perkhidmatan SI ORI Therapy.

Oleh itu SI ORI Therapy telah menghantar 4 terapis kami untuk menjadi Assessor @ penguji bertauliah alat ujian MBU. Alhamdulillah mereka semua telah pun berjaya lulus ujian tersebut.

Maka buat masa kini SI ORI Therapy Gombak dan SI ORi Therapy Kota Bharu sudah ada perkhidmatan penilaian Disleksia. Ia merupakan perkhidmatan terbaru yang SI ORI THERAPY tawarkan mulai bulan Julai ini. Laporan ujian MBU ini boleh menjadi panduan kepada doktor ketika memberikan diagnosis masalah Disleksia anak.

Apa yang menariknya kini Program Membaca SI ORI turut dapat menyokong latihan kemahiran membaca kanak-kanak Disleksia dengan lebih berkesan berdasarkan data kemahiran membaca MBU.
………..

Apakah yang kami dapat lakukan untuk membantu kanak-kanak Disleksia @ yang alami kes**aran membaca??

Inilah apa yang kami di SI ORi Therapy mampu berikan untuk membantu dan menyokong perkembangan kanak-kanak yang ada masalah membaca @ disleksia di Gombak, Selangor, KL serta di sekitar Kota Bharu Kelantan. Semoga usaha sedikit ini dapat membantu mengubah masa depan kanak-kanak ini.

Mr. SI SLT
SI ORI Therapy

Want your school to be the top-listed School/college in Kubang Kerian?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Selamat Hari Raya Aidiladha
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan Al Mubarak.Kita sudah ke minggu kedua sekolah. Namun ada di kalangan kanak-kanak ...
Bilakah kita patut RISAU akan Pertuturan Bahasa ANAK??Jom kita lihat dahulu apakah perkembangan anak 0 hingga 2 tahun.Ke...
Kepada ibu bapa yang hendak mencari perkhidmatan Penilaian dan Terapi untuk Terapi Pertuturan Bahasa (SLT) dan Terapi Ca...
👀 SIRI BACA & TENGOK 👀📖 JOM MEMBACA BERSAMA GURU INTERVENSI (GI) Naim! 📖Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Kali ini, Ci...
✨Assalamualaikum✨ hai semua 👋Sempena cuti sekolah, SI Ori Therapy KB akan mengadakan aktiviti ✨PLAYGROUP✨ dengan aktivit...
Perkhidmatan kepakaran SI ORI Therapy.ORI Specialist : Penilaian, Saringan, Diagnosis, Konsultasi dan Terapi. Di SI ORI ...
Bengkel Intervensi Inklusif Khamdy. Modul B: Kesediaan Balajar.  Satu topik yang sangat menarik kerana membincangkan str...
👀 SIRI BACA & TENGOK 👀📖 JOM MEMBACA BERSAMA GURU INTERVENSI (GI) Zubaidah! 📖Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Kali ini...
👀 SIRI BACA & TENGOK 👀📖 JOM MEMBACA BERSAMA GURU INTERVENSI (GI) Luqman! 📖Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Kali ini, ...
👀 SIRI BACA & TENGOK 👀📖 JOM MEMBACA BERSAMA GURU INTERVENSI (GI) Nik! 📖Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Kali ini, Cik...

Telephone

Website

https://www.facebook.com/sioritxkb

Address

Lot 2317 Taman Kenali
Kubang Kerian

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Other Kubang Kerian schools & colleges (show all)
Taska Lestari Ilmu Taska Lestari Ilmu
PT 1293, Jalan KK 8/4
Kubang Kerian

Taska Lestari Ilmu(TLI) diletak di Bandar Kubang Kerian, Kota Bharu dibuka pada Feb 2020. Sedia menerima anak asuhan dari bayi 2bulan hingga kanak-kanak 4tahun.

USM Medical Education Department USM Medical Education Department
Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan, Universiti Sains
Kubang Kerian, 16150

Greetings! We are here to reach educators, doctors and interested postgraduate students and public out there to share latest update on medical education.

JOM Belajar Fardhu 'AIN-Kanak-kanak JOM Belajar Fardhu 'AIN-Kanak-kanak
Kubang Kerian, 15200

Assalamualaikum semua ibu ayah. Page ini bertujuan berkongsi ilmu2 fardhu ain kepada anak2.. Smg dpt membantu anak2 untuk belajar dengan baik

Speech-Language Therapy, Universiti Sains Malaysia Speech-Language Therapy, Universiti Sains Malaysia
Universiti Sains Malaysia, Health Campus
Kubang Kerian, 16150

This is a page for an academic program i.e., Speech Pathology Program and clinical services i.e., Klinik Patologi Pertuturan, Hospital Universiti Sains Malaysia and Klinik Pertutur...

PSS Zidni Ilman SK Kubang Kerian 3 PSS Zidni Ilman SK Kubang Kerian 3
Jalan Raja Perempuan Zainab II
Kubang Kerian, 16150

Our Centre of Knowledge

Tadika Pintar Al Kenali(Program SmartHuffaz) Tadika Pintar Al Kenali(Program SmartHuffaz)
PUSAT PENGAJIAN ISLAM TOK KENALI
Kubang Kerian, 16150

Tadika Pintar Al Kenali merupakan kesinambungan perjuangan Pondok Tok Kenali yang telah diasaskan ol

Tadika Pasti Kubang Kerian Tadika Pasti Kubang Kerian
Kubang Kerian, 16150

Jabatan Farmakologi USM Jabatan Farmakologi USM
Jabatan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kampus Kesihatan
Kubang Kerian, 16150

PPKT Kampus Kesihatan PPKT Kampus Kesihatan
Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan
Kubang Kerian, 16150

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) USM Kampus Kesihatan. PPKT adalah pusat tanggungjawab (PTJ) yang berperanan menyediakan perkhidmatan IT khusus untuk warga USM Kamp...

CIC Where Leaders Are Born CIC Where Leaders Are Born
PT 1554, Tingkat 1 & 2, Jalan Perempuan Zainab II
Kubang Kerian, 16150

Al-Imam International Institute Al-Imam International Institute
Pangsapuri Kenali , Jalan Hospital USM
Kubang Kerian, 16150

Sekolah Tahfiz & Akademik yang berpusat di Kubang Kerian Kelantan pada tahun 1992 hasil usaha Nik Mohd Amin dan Isteri beliau Dr. Adibah

Medical Students' Society of Universiti Sains Malaysia - MedSoc USM Medical Students' Society of Universiti Sains Malaysia - MedSoc USM
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan
Kubang Kerian, 16150

This is the official page for the Medical Students' Society of Universiti Sains Malaysia - MedSoc USM. "Our Journey, Our Legacy"