IKRAM Sarawak

Ukhuwah Teras Kegemilangan

31/08/2024

Sempena Hari Kemerdekaan ini, mari kita panjatkan rasa syukur atas keamanan negara yang dirasai hari ini. Semoga Malaysia amnya dan Sarawak khususnya terus maju serta Harmoni dalam kepelbagaian bangsa dan Agama.

Malaysia Madani: Jiwa Merdeka.
Merdeka, merdeka, merdeka!

23/07/2024
Photos from IKRAM Sarawak's post 14/07/2024

Pada 13 Julai yang lalu, giliran JK Pendidikan dan Jk Wanita IKRAM Kawasan Bintulu mengadakan program Meniti Usia (MUB) yang telah dijalankan saban tahun.

Program ini telah disertai sekitar 38 orang murid berusia 9 hingga 12 tahun dengan kerjasama SRI Al Amin Bintulu di mana program MUB ini berlangsung.

Tujuan program ini adalah untuk memberi kefahaman tentang perubahan semasa usia baligh, peranan & tanggungjawab, dan memberi tips-tips menjaga etika & gaya hidup remaja yang sudah baligh.

Cabaran explorace adalah acara kemuncak MUB pada kali ini yang mengandungi aktviti seperti kuiz, tayangan video, melabel gambar rajah dan menyusun kad yang semuanya berkaitan tentang pendidikan mengenai persediaan menghadapi usia baligh.

Guru Besar SRI Al-Amin, Encik Ahmad Fahullah sendiri telah turun padang bersama muridnya untuk menjayakan program MUB ini.

Turut hadir adalah Ketua Wanita IKRAM Bintulu, fasilitator daripada ahli IKRAM sendiri serta tenaga pengajar SRIAAB.

Photos from IKRAM Sarawak's post 10/07/2024

Riadhah Puteri IKRAMTeens Bahagian Bintulu

Pada 7 Julai 2024, bertempat di Kenyalang Futsal Bintulu yang dihadiri seramai lebih kurang 39 orang merangkumi pelajar Institut Iqra' Bintulu, anak anak Peryatim Bintulu dan beberapa orang ahli Ikram Bintulu.

Riadhah yang berlangsung selama 3 jam itu dimulakan dengan sesi Taaruf (Ice breaking), Dodge Ball & Futsal serta Tazkirah ringkas sebagai penutup.

Riadhah ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan menyantuni mereka.

Dengan adanya aktiviti hujung minggu ini yang secara tidak langsung boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat, sesuai dengan yang tersenarai dalam 10 Muwassofat Tarbiyah (Qowiyul J**m). Tahniah kepada seluruh AJK yang terlibat !

Photos from IKRAM Sarawak's post 30/06/2024

Daurah "Kenali Diri, Kendali Emosi"

30/6/24, bertempat di Pusat Komuniti Ikram Bintulu yang dihadiri seramai lebih kurang 50 orang peserta yang dihadiri oleh ahli IKRAM Kawasan Bintulu dan Mukah serta pelajar Institut Iqra' Bintulu.

Daurah Mental Health disampaikan oleh Dr. Samsiah Jayos , seorang Pensayarah & Kaunselor berdaftar UNIMAS.

Talk daurah merangkumi isu gangguan emosi (kesihatan mental) yang berkait rapat dengan kelangsungan dakwah di bumi Bintulu. Melalui talk ini, peserta dapat ilmu baru tentang pengurusan emosi, menguji jenis personaliti & mencari solusi untuk permasalahan yang timbul.

Peserta juga diberi peluang untuk berbincang serta mencari solusi bersama. Turut hadir memeriah suasana Pn Raliah Sebli , Ketua Wanita Ikram Bintulu.

Photos from IKRAM Sarawak's post 20/06/2024

Pada 20 Jun, Program Malam Jumaat (PMJ) telah dijalankan di Pusat Komuniti IKRAM Kawasan Bintulu yang dihadiri lebih 20 remaja dan belia IKRAM Bintulu .

PMJ merupakan program bulanan IKRAM Kawasan Bintulu di bawah Jawatankuasa Belia dan Remaja, sebagai wadah perjumpaan remaja dan belia IKRAM Bintulu untuk bersilaturahim dan mengisi rohani.

Program dimulakan dengan Solat Isya berjamaah, diikuti pengisian rohani yang telah disampaikan oleh Ustaz Salleh bin Morshidi. Program diakhiri dgn jamuan makan bersama.

03/06/2024

Selamat Hari Gawai 2024!
Semoga ikatan perpaduan rakyat Malaysia terus kuat dan aman damai sentiasa.

Photos from IKRAM Sarawak's post 28/04/2024

RAMAH TAMAH RAYA IKRAM & HCF BINTULU

Gabungan Program Ramah Tamah Raya di antara IKRAM Bintulu dan Hidayah Centre Foundation Bintulu telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad, 28 April di Pusat Komuniti IKRAM Bintulu

Acara ini dihadiri oleh ahli IKRAM sendiri serta wakil pelbagai agensi berbilang bangsa dan agama.

Antara wakil agensi yang hadir adalah daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Bintulu Tua Pek Kong Temple, Kelab Belia Sungai Kakus dan Kelab Belia Tanjung Kidurong.

Turut hadir daripada jauh adalah Mantan YDP IKRAM Sarawak, Haji Ibrahim bin Mohd yang datang daripada MIri bersama isteri tercinta.

Program yang diadakan setahun sekali pada tahun ini diadakan secara santai dan tidak formal supaya dapat mengeratkan lagi hubungan ahli IKRAM bersama masyarakat Bintulu pada umumnya.

09/04/2024

SALAM AIDILFITRI 1445H

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Janganlah kamu saling membenci, saling iri hati, saling bermusuhan, saling memutuskan hubungan, dan jadilah hamba-hamba yang bersaudara."

Hadis Riwayat Bukhari, 6076

Ikhlas daripada IKRAM Sarawak

Photos from Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu's post 29/03/2024
Photos from IKRAM Sarawak's post 10/03/2024

BINTULU - Pada 3 Mac yang lalu, IKRAM Wanita Kawasan Bintulu telah menyertai Masjid At Taqwa Bintulu dengan mengadakan Pertandingan Mewarna Melukis Poster dan Explorace: Ramadan Hunter bersempena dengan Hari Terbuka At Taqwa.

Seramai 53 murid-murid sekolah rendah menyertai aktiviti ini dengan jayanya dan meramaikan suasana hari terbuka masjid tersebut dari waktu pagi sehinggalah ke petang dengan upacara penutupan.

Program ini dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha berjemaah. Kemudian perserta dipisahkan mengikut umur. Murid Tahun 1 hingga 3 menyertai aktiviti mewarna dan melukis poster. Manakala murid Tahun 4 hingga 6 menyertai Eksplorace: Ramadan Hunter.

Penutupan Program telah disempurnakan oleh Haji Arshad bin Anuar selaku pengerusi masjid.

Photos from IKRAM Sarawak's post 10/03/2024

Tahniah dan syabas Sekolah Rendah Integrasi Al-Amin Bintulu(SRIAAB) untuk sesi persekolahan 2024.

Selamat datang Guru Besar Baharu Mualim Ahmad Fathullah Bin Ali ke Sriaab. Semoga kehadiran tuan dapat membantu SRIAAB lebih maju ke hadapan. Tahniah kepada pihak pengurusan yang dilantik bagi sesi tahun ini. Semoga dapat menjalankan amanah dengan baik.

Pihak pengurusan dan Ahli Lembaga Pengelola(ALP) SRIAAB merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas khidmat bakti Puan Azfira Binti Hussain guru besar sebelum ini yang telah berpindah ke sekolah baharu.

Photos from IKRAM Sarawak's post 06/03/2024

BAJU RAYA PRELOVED PERCUMA - EXTENDED

Kami tambah lagi satu hari tambahan untuk mengumpul dan mengagihkan baju raya preloved esok hari.

Bertempat di Pejabat IKRAM Negeri Sarawak, Jalan Matang
(Di atas MATANGHUB 88 CAFE), https://maps.app.goo.gl/CTcFjrfRYFJk1nxQ8

Pengumpulan baju raya
7 Mac 2024 (khamis)
Bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari

Agihan baju raya
7 Mac 2024 (khamis)
Bermula jam 9 pagi hingga 5 petang

Hubungi
Marzatul - 0198596016
Raja Salmah - 0168879492

Jumpa anda di sana!!!!

Photos from IKRAM Sarawak's post 03/03/2024

Sedang berlangsung program Ramai Ramai Raikan Ramadan di Masjid At Taqwa Bintulu bersempena dengan Hari Terbuka At Taqwa.

Photos from IKRAM Sarawak's post 02/03/2024

BINTULU - Doktor Nasa Fazira binti Mahmud telah dijemput khas bagi memberi ceramah berkaitan hal kesihatan sempena bulan Ramadan yang bakal tiba.

Wanita IKRAM Bintulu menganjurkan ceramah Puasa Itu Sihat di Dewan Madrasah At-Taqwa bersempena dengan Hari Terbuka Masjid At-Taqwa Bintulu.

Seramai 35 orang peserta telah hadir dan aktif bertanyakan soalan tentang kesihatan kepada Doktor Nasa Fazira yang juga merupakan salah seorang Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Bintulu.

Cenderahati buat beliau telah diserahkan oleh Ketua Wanita IKRAM Kawasan Bintulu, Ustazah Raliah binti Sebli

Photos from IKRAM Sarawak's post 02/03/2024

Sedang berlangsung Program Ikram Junior With Ramadan di SRI Al-Amin Sibu.

Photos from IKRAM Sarawak's post 02/03/2024

Sedang berlangsung Ceramah Puasa Itu Sihat di Masjid At-Taqwa Bintulu yang disampaikan oleh Dr Nasa Fazira binti Mahmud.

01/03/2024

: ARTIKEL ANDA DIALU-ALUKAN ::

Jabatan Pendidikan Masyarakat, Pertubuhan IKRAM Malaysia membuka peluang kepada yang berminat untuk menyumbang artikel Ramadan.

Artikel yang terpilih sahaja akan dimasukkan ke Portal IKRAM dan akan menerima honorarium (sagu hati) penghargaan.

Artikel yang tidak diterbitkan di portal IKRAM dalam tempoh 14 hari (dua minggu) selepas dihantar dianggap tidak terpilih.

Syarat-syarat penulisan artikel:

1. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
2. Dalam bahasa Melayu antara 400 hingga 1,000 patah perkataan.
3. Tema penulisan ialah โ€œJangan sekadar lapar dan dahaga.โ€

Sekiranya berminat, sila hantar artikel anda ke e-mel [email protected] berserta nama, pekerjaan / jawatan, nombor telefon bimbit dan nombor akaun, sebelum 22 Mac 2024.

Selamat meyebarkan kebaikan melalui penulisan!

Sekretariat Artikel
Jabatan Pendidikan Masyarakat

"Bangunkan Jiwa Takwa"

Photos from IKRAM Sarawak's post 29/02/2024

BAJU RAYA PRELOVED PERCUMA

Bertempat di Pejabat IKRAM Negeri Sarawak, Jalan Matang
(Di atas MATANGHUB 88 CAFE), https://maps.app.goo.gl/CTcFjrfRYFJk1nxQ8

Bermula pada 29 Februari dan 1 Mac 2024 jam 9 pagi hingga 5 petang

Hubungi
Marzatul - 0198596016
Raja Salmah - 0168879492

Jumpa anda di sana!!!!

25/02/2024

PUASA ITU SIHAT

Ceramah bersempena Hari Terbuka Masjid At-Taqwa, BINTULU pada 2 Mac 2024 jam 9.00am hingga 11.00am

Penampilan Khas :
Dr. NASA FAZIRA BINTI MAHMUD
(Pegawai Perubatan)

Hanya untuk WANITA.

Daftar sekarang ๐Ÿ‘‰https://forms.gle/XQW7ek5CkodE33GG6

Tarikh akhir pendaftaran: 28 Feb 2024

Photos from IKRAM Sarawak's post 18/02/2024

Alhamdulillah. Bengkel IKRAM Media Sarawak 2024 yang berlangsung selama 2 hari telah pun tamat di Pejabat IKRAM Negeri Sarawak, Kuching.

Kami didedahkan dengan kaedah penentuan halatuju dan perancangan media daripada 'player' media yang berpengalaman iaitu Puan Siti Hamisah Manan. Beliau kini merupakan Pengurus Besar di syarikat OMMGSB.

Di sini segala ilmu dicurahkan dan segala pertanyaan yang kami utarakan dijawab dengan baik sekali.

Kami merasa lebih yakin untuk terus bergerak ke hadapan dalam memastikan mutu dan kualiti kerja media kami terjaga. Semoga langkah ini dapat membuka lembaran baru buat Media IKRAM Sarawak bagi tahun 2024.

03/02/2024

[IKlan] ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐“๐„๐‹๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐๐”๐Š๐€! ๐๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘ ๐Ž๐๐‹๐ˆ๐๐„
๐Œ๐„๐‹๐€๐‡๐ˆ๐‘๐Š๐€๐ ๐†๐„๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘๐€๐๐๐€๐๐ˆ & ๐๐„๐‘๐€๐Š๐‡๐‹๐€๐Š ๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐€

Kalau pergi mencari perigi,
Jangan dicari yang sudah mati,
AKHLAK MULIA disanjung tinggi,
Selalu dikenang sehingga mati

๐™‹๐™€๐™‰๐˜ฟ๐˜ผ๐™๐™๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ ๐™†๐™€๐™ˆ๐˜ผ๐™Ž๐™๐™†๐˜ผ๐™‰ ๐™๐™„๐™‰๐™‚๐™†๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‰ 1 ๐™Ž๐™€๐™ƒ๐™„๐™‰๐™‚๐™‚๐˜ผ 5 ๐™Ž๐™๐˜ฟ๐˜ผ๐™ƒ ๐˜ฟ๐™„ ๐˜ฝ๐™๐™†๐˜ผ!

Bukan sahaja cemerlang akademik, malah cemerlang akhlak dan peribadi.

Harapan mencapai 11 ciri-ciri INSAN RABBANI

Sekolah Menengah Al Amin Kuching (SMAAKU), merupakan salah sebuah sekolah rangkaian MUSLEH seluruh Malaysia dengan jumlah lebih 50 buah sekolah, SMAAKU mula beroperasi sejak 2017 sehingga kini, Alhamdulillah dengan graduasi SPM pertama sesi 2022/2023.

Istimewanya, sekolah ini bukan sahaja memberatkan pengajaran akademik, seiring itu adalah pembangunan insaniah para pemuda Islam, bersahsiah, soleh dan musleh.

๐‘ป๐™€๐‘ด๐™‹๐‘จ๐™ ๐˜ผ๐‘ซ๐˜ผ๐‘ณ๐˜ผ๐‘ฏ ๐‘ป๐™€๐‘น๐™ƒ๐‘จ๐˜ฟ! ๐‘จ๐™”๐‘ผ๐™ƒ ๐˜ฟ๐‘จ๐™๐‘ป๐˜ผ๐‘น ๐‘บ๐™€๐‘ฒ๐˜ผ๐‘น๐˜ผ๐‘ต๐™‚!

Pra Pendaftaran Awal di https://bit.ly/49gmDqY
Pertanyaan lanjut di www.wasap.my/60137784138

Syarat Kemasukan Asas :
Mempunyai sahsiah yang baik dan pandai membaca Al Quran.

๐˜๐”๐‘๐€๐ ๐๐”๐‹๐€๐๐€๐
Setiap warganegara Malaysia, layak mendapat bantuan Baitulmal Sarawak*, dengan Bantuan Baitulmal Sarawak, YURAN BULANAN termasuk makan tengahari ;

RM297/sebulan [Aliran Agama/Perdagangan] dan
RM357/sebulan [Aliran Sains]
*Bantuan Baitulmal boleh di mohon/pihak sekolah akan membantu proses permohonan

๐’๐Ž๐‹๐„๐‡ ๐–๐€ ๐Œ๐”๐’๐‹๐„๐‡
๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐„๐๐†๐€๐‡ ๐€๐‹-๐€๐Œ๐ˆ๐ ๐Š๐”๐‚๐‡๐ˆ๐๐†
Ground Floor, Sublot 10 Section 65, KTLD TheHub @ Matang Jaya, 93050 Kuching, Sarawak

18/01/2024

Ini Pejabat IKRAM Sarawak baharu. Dah hampir setahun kami berpindah di sini. Di mana?

Ya, di Hub Matang Jaya, Jalan Matang. Anda tahu Coffee Break Matang Jaya? Di hujung ya ada Teh O Cafe kan....kami di tengah-tengah antara 2 restaurant ini.

Di sebelah blok, adalah rangkaian sekolah kami, yakni Sekolah Menengah Al Amin Kuching.

Warga Matang Jaya, pernah dengar nama
IKRAM Sarawak ataupun IKRAM Kuching?

31/12/2023

"Melangkah ke hadapan penuh kesyukuran,
Merenung diri dan mengambil pelajaran;
Bangkit dan terus lakukan perubahan,
Untuk Tahun Baharu yang lebih mapan."

Selamat Tahun Baharu 2024

Ikhlas dari IKRAM Sarawak

Photos from IKRAM Sarawak's post 19/11/2023

Peserta-Peserta Cilik Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak anjuran IKRAM Junior Kawasan Bintulu menunjukkan solidariti buat kanak-kanak di Palestin dengan menulis ucapan mereka di atas kanvas putih besar.

Photos from IKRAM Sarawak's post 19/11/2023

Pertandingan Bijak Bicara
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak 2023

Anjuran IKRAM Junior (Kawasan Bintulu)

๐Ÿ“ Commerce Square Mall, Bintulu
19 November 2023

Photos from IKRAM Sarawak's post 19/11/2023

Pertandingan Chef Cilik (Menghias Cupcake)
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak 2023

Anjuran IKRAM Junior (Kawasan Bintulu)

๐Ÿ“ Commerce Square Mall, Bintulu
19 November 2023

Photos from IKRAM Sarawak's post 19/11/2023

Pertandingan Mewarna
Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak 2023

Anjuran IKRAM Junior (Kawasan Bintulu)

๐Ÿ“ Commerce Square Mall, Bintulu
19 November 2023

04/10/2023

Orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat :

โœ… Berkata Baik Atau Diam

โœ… Memuliakan Jirannya

โœ… Memuliakan Tetamunya

Salam persaudaraan daripada :

*Pertubuhan IKRAM Malaysia*

https://ikram.org.my

Want your school to be the top-listed School/college in Kuching?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Ep 65 | Pengenalan Perubahan Fikiran. Bersama Dr Har
Tasneem Naturel-Dari Dapur Kini Punyai 17,000 Ejen! Jom HACKS!
PELUPUSAN UBAT YANG BETUL: PERLU KE?
Calon Suami Lembut Atau Lemah Lembut | Ep 2 Jom Sembang Musim 2
BBN25 | Hala Tuju Politik Malaysia: Perpaduan atau Perkauman?
Orang Ketiga Dalam Perkahwinan? Jom HACKS! Ep. 97

Address


Tingkat 2, Lot 3108-3113, Sublot 3, Jalan Astana, Petra Jaya
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Other Kuching schools & colleges (show all)
MJC Abacus Mental Arithmetic Center MJC Abacus Mental Arithmetic Center
BQ205, 1st Floor, Batu Kawah New Township
Kuching, 93250

MJC Abacus Mental Arithmetic Center offers holistic mental arithmetic teaching approach to kids 5 years & above as well as primary school maths tuition.

SZE YOGA STUDIO SZE YOGA STUDIO
1st Floor, Sublot 10, Lot 3027, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce Lorong 8
Kuching, 93200

Sze Sze is a Yoga Alliance Registered Yoga Teacher (E-RYT500) who wish to spread her passion in yoga to everyone

ไบ”่„šๅŸบ่กจๆผ”่‰บๆœฏๅŠ ไบ”่„šๅŸบ่กจๆผ”่‰บๆœฏๅŠ
No. 32, 2nd Floor, Block, Lorong A2
Kuching, 93350

ไบ”่„šๅŸบ่กจๆผ”่‰บๆœฏๅŠ

ๅคๆ™‹ไธญๅŽๅฐๅญฆ็ฌฌไบŒๆ ก ๅคๆ™‹ไธญๅŽๅฐๅญฆ็ฌฌไบŒๆ ก
LOT 11720, BLOCK 11, MTLD, Jalan STUTONG, KUCHING
Kuching, 93350

Knowledge is Power

SMK Bandar Kuching No.1 SMK Bandar Kuching No.1
Jalan Chong Kiun Kong
Kuching, 93300

SMK Bandar Kuching No.1 official page

Arcadyๅคšๅช’ไฝ“ๅฎž่ฎญๅŸบๅœฐ Arcadyๅคšๅช’ไฝ“ๅฎž่ฎญๅŸบๅœฐ
No71, Lot 10900, Jalan Tun Jugah
Kuching, 93350

Internet Marketing, Online Trading, Computer Multimedia, Graphic Design and other Software Training Institute

Focal Point Education Centre Focal Point Education Centre
No. 35, Foochow Road No. 1, Lorong 1F
Kuching, 93300

"TO EXCEL SIMPLY MEANS BE THE BEST YOU CAN BE "Set up in 2009.We are an education centre focusing on small group /1 to 1 academic coaching of children aged 10-15 and run wholistic...

Lighthouse Educare Centre Lighthouse Educare Centre
643, Lorong Bayor Bukit 1A1, Jalan Bayor Bukit, Tabuan Jaya
Kuching, 93350

Joy In Learning, Joy In Life.

BAFIN BAFIN
Kuching

Welcome to the BBA Finance Club of UiTM Swk Business Faculty.BAFIN organizes activities to assist members in evaluating careers in finance and identifying current career opportunit...

Universiti Malaysia Sarawak Universiti Malaysia Sarawak
Kuching, 94300

UNOFFICIAL page for members of the page to share news and events. We welcome every member to be actively participating to assist us to update and answer queries. Admins are NOT PAI...

Pejabat Pendidikan Daerah Padawan Pejabat Pendidikan Daerah Padawan
Lorong 17, Off Jalan Kapor, Sg Maong Hilir
Kuching, 93150

Padawan Education Office

SMK Kota Samarahan SMK Kota Samarahan
SMK Kota Samarahan, Jalan Dato' Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan, SARAWAK
Kuching, 94300

BERDISIPLIN BERTANGGUNGJAWAB BERILMU