Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
Selamat Hari Malaysia 2024๐
Pada 16 September ini, marilah kita bersama-sama meraikan Hari Malaysia dengan penuh semangat dan rasa bangga. Semoga semangat perpaduan dan keharmonian terus kukuh di kalangan kita semua. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk membina Malaysia yang maju, aman, dan sejahtera.๐๐
Salam Maulidur Rasul 1446H/2024M๐
Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam. Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan semangat perpaduan, keharmonian, dan saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira agama dan kepercayaan. Semoga kita semua diberkati dengan kedamaian dan kesejahteraan.โจ๐ค
ikhlas daripada:
Seluruh Warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
๐ฃ๐ฃ Jumpa kami di Curtin Malaysia Careers Fair Anjuran Curtin University Malaysia.
Jemput datang ke booth kami. Kami bersedia membantu anda merungkai persoalan berkaitan berkhidmat dalam SCS & seterusnya mengambil langkah tepat menceburi kerjaya yang anda minati.โ. Jangan lepaskan peluang ini!โ
JUM BERAMBEH KE SITUK!!๐ค
๐ Sertai Kami di Curtin Malaysia Careers Fair 2024! ๐
Adakah anda bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dalam kerjaya anda?
SPANS telah dijemput bagi menyertai Curtin Malaysia Careers Fair anjuran Curtin University Malaysia. Adakah anda bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dalam kerjaya anda? ๐ Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan kru kami dan dapatkan jawapan kepada semua persoalan kerjaya anda dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Jumpa di sana!
๐
Butiran Acara:
๐ Lokasi: Recreation & Event Centre, Curtin University Malaysia
๐ Tarikh: 13-14 September 2024
๐ Masa: 10 AM - 4 PM
Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut! ๐ฒ
Acara ini terbuka kepada semua pelajar dan orang awam. Datang dan sertai kami untuk memulakan perjalanan kerjaya anda! ๐
SPANS telah mengadakan sesi libat urus bersama pemegang taruh dalam mentranformasi SCS pada 5/9/24 bagi membincangkan dapatan dan pemerhatian lawatan rasmi ke agensi-agensi kerajaan Singapura dan Indonesia pada 28 Julai - 3 Ogos 2024.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ฃ๐ฃ
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) mempelawa pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda๐ di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Universiti Awam untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) bagi Sesi 2024/2025.
Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian di portal escholarship.sarawak.gov.my
Tempoh permohonan adalah dari 1 September 2024 sehingga 14 September 2024
โKami warga SPANS mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-67!
Dengan tema "Jiwa Merdeka", iaitu menzahirkan kebebasan rakyat daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotik melalui aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif, marilah kita terus berusaha dengan terus menyumbang tenaga & keringat melindungi kemerdekan negara Malaysia & memajukan negara kita dengan bertunjang semangat patriotisme yang padu & teguh.โ
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan!Merdeka!Merdeka!
โค๏ธ๐ฒ๐พ
๐ Tahniah Sarawak! ๐
๐Sarawak telah dinobatkan sebagai juara bagi SUKMA ke-21 mengakhiri penantian 30 tahun.
Agi Idup Agi Ngelaban!!
Kredit Gambar: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS
Pengumuman!!๐ข๐ข
Pembayaran balik BPKNS kini boleh dilakukan di kaunter dan kiosk Service Sarawak berdekatan dengan anda. Anda juga boleh membayar melalui laman web dan aplikasi mudah alih Service Sarawak (service.sarawak.gov.my).
BPKNS repayment can now be ๐ฆ๐๐๐ at Service Sarawak counters and kiosks ๐ฅ๐จ๐๐๐ญ๐๐ ๐ฌ๐ญ๐ซ๐๐ญ๐๐ ๐ข๐๐๐ฅ๐ฅ๐ฒ near you. You ๐๐ซ๐ ๐๐ฅ๐ฌ๐จ ๐๐จ๐ฎ๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ค๐ ๐ญ๐ก๐ ๐ฉ๐๐ฒ๐ฆ๐๐ง๐ญ through the Service Sarawak website and mobile application (service.sarawak.gov.my).
Android:
https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.sarawak.service
Apple:
https://apps.apple.com/my/app/service-sarawak/id1511865683
Huawei AppGallery:
https://appgallery.huawei.com/ #/app/C103083497
# servicesarawak
SPANS telah menerima lawatan kerja dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Selangor yang diketuai oleh YAD Dato' Haji Emran Bin Haji Kadir. Pengerusi SPN Selangor bersama 9 orang ahli-ahli dan sekretariatnya telah diberi taklimat berkaitan fungsi-fungsi utama SPAN Sarawak.
Semoga sesi lawatan kerja dan perkongsian maklumat ini dapat menyubur ukhwah kedua-dua Suruhanjaya dan memberi manfaat kepada kejayaan dan kemajuan perkhidmatan awam di Malaysia.
Sesi temu duga bagi pelajar-pelajar lepasan SPM 2023 yang juga merupakan calon-calon yang disenarai pendek untuk ditawarkan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak ke IPTA di Malaysia sedang berlangsung di dua lokasi berbeza iaitu di Raia Hotel, Kuching bagi 109 calon dan Pullman Hotel, Miri bagi 16 calon.
Sesi temu duga secara atas talian juga sedang berlangsung di pejabat SPANS bagi 20 calon yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA di Malaysia. Ini merupakan satu inisiatif digital SPANS dalam memudahkan urusan temuduga BPKNS untuk memberi peluang kepada calon yang mendepani cabaran untuk hadir secara fizikal ke tempat temuduga.
Destinasi terakhir dalam kunjungan SPANS adalah di Bandung, Indonesia. Delegasi dari Kerajaan Sarawak telah dijamu dengan taklimat komprehensif oleh Mr. Agi Agung Galuh Purwa, Timbalan Pengarah, Dinas Komunikasi dan Informatika, Provinsi Jawa Barat (DISKOMINFO) di Jabar Command Center yang terletak di Gedung Sate. Taklimat berkaitan โWest Java Digital Provinceโ.
๐ฃ๐๐ก๐๐จ๐ ๐จ๐ ๐๐กโผ๏ธ๐ฃ๐ฃ
SPANS telah dijemput untuk menyertai August Event & Roadshow Plaza Merdeka bersempena dengan Sarawak Government Digital Week 2024.
Datanglah ke booth kami dan ketahui bagaimana kami boleh membantu anda:
๐ต๏ธโโ๏ธTengah mencari kerja? Daftarkan diri anda dalam sistem e-Recruitment bagi membuka peluang anda untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Sarawak.
๐Berminat untuk sambung belajar? Dapatkan maklumat biasiswa terkini dan panduan permohonan yang komprehensif menerusi platform e-scholarship kami.
Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan kru kami dan dapatkan jawapan kepada semua pertanyaan anda. Jumpa di sana!
Sejurus lawatan ke Kementerian PANRB pagi 31 Julai 2024, pada petangnya, rombongan lawatan meneruskan jejak pembelajaran dengan mengadakan lawatan ke Badan Kepegawaian Negara Republik Indonesia (BKN). Rombongan telah disambut oleh Drs. Aris Windiyanto, M.Si., Deputi Bidang Mutasi Kepegawaian, BKN.
Hari ketiga jejak pembelajaran SPANS, rombongan lawatan meneruskan perjalanan ke Jakarta, Indonesia. Destinasi pertama bagi rombongan di Jakarta adalah Kementerian Pendayagunaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi Republik Indonesia (PANRB). Rombongan disambut baik oleh pihak Kementerian PANRB yang diketuai oleh Ronald Andrea Annas, Asisten Deputi Perumusan Kebijakan Reformasi Birokrasi, Akuntabilitas Aparatur, dan Pengawasan.
Hari kedua jejak pembelajaran SPANS di Perkhidmatan Awam Singapura. Kunjungan hormat SPANS ke Civil Service College Singapore telah diadakan pada 30 Julai 2024. Rombongan telah disambut dan diraikan oleh Mr. Roger Tan, Assistant CEO (International) Civil Service College dan Mr Christopher Pragasam, Director Leadership Development and International Relations, Public Service Division, Prime Minister's Office (PMO).
Pada 29 Julai 2024, SPANS telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura, Mr. Lee Tzu Yang. Rombongan ini diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), YBhg. Datu Dr. Muhammad Abdullah bin Haji Zaidel, mewakili Setiausaha Kerajaan Sarawak. Rombongan ini dihadiri bersama Setiausaha Kewangan Negeri, YBhg. Dato Sri Dr. Wan Lizozman bin Wan Omar, wakil Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (UPPSM), Jabatan Premier Sarawak serta
pihak Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak (SAGC).
Selamat Hari Sarawak ikhlas daripada Datu Dr. Hajah Sabariah Putit Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.
'Semoga Sarawak Terus Maju dan Makmur'
Mari kita raikan Hari Sarawak dengan penuh kegembiraan dan kebanggaan! Pada hari ini, kita mengenang sejarah dan budaya yang kaya serta semangat kemerdekaan yang dicapai pada 22 Julai 1963. Semoga Sarawak terus maju dan makmur!
๐๐๐๐๐๐๐ฅ โ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ฃ๐๐จ๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17
โ๐บ๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐พ๐ ๐ป๐โ๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐ ๐ซ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐โ
Sembah takzim daripada,
Pengerusi, Ahli Suruhanjaya dan Warga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
SPANS telah mengadakan Mesyuarat General Advisory Management Committee (GMAC) Bil.02/2024 SPANS pada 18 Julai 2024 yang lalu bertempat di Riverside Majestic Hotel, Kuching Sarawak. Mesyuarat ini turut disertai oleh Puan Sharifah Rohana Binti Datu Wan Alwi, Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak, Encik Angelico anak Francis Freddy Tiam, Pemangku Ketua Penolong Pengarah Seksyen Tatatertib dan Peperiksaan dan juga Puan Eizan Azura binti Zainudin, Setiausaha Bahagian Naik Pangkat dan Tatatertib, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Majlis Angkat Sumpah Ahli Suruhanjaya SPANS Datu Jack Aman Luat dan Dato Hajah Simoi binti Haji Peri
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak telah memperkenan pelantikan YBhg. Datu Jack Aman Luat dan Ybhg. Dato Hajah Simoi binti Haji Peri sebagai Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Upacara angkat sumpah beliau berdua telah dilaksanakan di Kompleks Mahkamah Kuching, dihadapan Yang Arif Dato Dr. Hj. Alwi Bin Hj. Abdul Wahab, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching.
Terima kasih kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu atas kunjungan hormat ke SPANS pada 17 Julai yang lalu. Semoga segala perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat kepada kejayaan dan kemajuan kita bersama.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg atas penganugerahan Bintang Darjah Setia Negara Brunei Darjah Pertama (PSNB) yang telah disampaikan oleh Sultan BruneI Sultan Hassanal Bolkiah sempena Istiadat Pengurniaan Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan pada 15 Julai yang lalu.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the organization
Website
Address
Level 9 & 10, Wisma Satok, Jalan Satok
Kuching
93400
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SARAWAK, TINGKAT 10, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR, Jalan SIMPANG TIGA, PETI SURAT 1368, KUCHING
Kuching, 93728
Laman Facebook rasmi ini diselenggara oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sarawak
KM24 Jalan Borneo Height
Kuching, 93250
Ini adalah LAMAN RASMI PULAPOL KUCHING setelah LAMAN sebelum ini ADMIN telah kehilangan AKSES
Jalan Penrissen, Pasar Batu 10, Kota Padawan
Kuching, 93250
The Official page for Majlis Perbandaran Padawan (also known as Padawan Municipal Council). The objective of this page is to publicise MPP's activities and services to th...
Level 4 & 6, Wisma Satok, Jalan Satok, 93400 Kuching
Kuching, 93050
Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) is established by the Sarawak Digital Economic Corporation (SDEC), to provide high-speed broadband connectivity across suburban and rural a...
PEJABAT PENERANGAN DAERAH KUCHING, NO. 49 TINGKAT BAWAH, Jalan TUN AHMAD ZAIDI ADRUCE
Kuching, 93400
Objektif untuk mempertingkatkan kesedaran, kefahaman, semangat perpaduan serta sokongan padu rakyat astas segala dasar, falsafah dan wawasan kerajaan.
Batu 12, Jalan Kuching/Serian
Kuching, 93250
This is our new official page for RSK Kuching. Do follow us and stay tuned for more updates!
Jabatan Penerangan Malaysia, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, Petra Jaya
Kuching, 93050
Pusat Sumber dan Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak (PSF JaPen Sarawak)
Lot 8185, Blok 26, Muara Tuang Land District, Kota Samarahan
Kuching, 94300
Institut Kemajuan Desa atau lebih dikenali sebagai INFRA (Institute For Rural Advancement) merupakan institusi latihan utama pengurusan pembangunan desa di bawah Kementerian Pemban...
Kuching, 93150
Peneraju Kecemerlangan Tadbir Urus Badan Sukan Di Sarawak
Kuching, 93050
FB Page ini adalah medium untuk usahawan tempatan mendapatkan maklumat berkenaan aktiviti yang dijal