Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, JKN SARAWAK
Laman page Rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
SARIKEI, SARAWAK
Tahniah diucapkan kepada Anna Triple N Enterprise (Pn Mardiana) kerana telah berjaya mendapat penyenaraian makanan sediaan di rumah.
KAPIT
KURSUS PEMBUNGKUSAN DAN PELABELAN AM MAKANAN
27/08/2024:
Sebuah kursus berkaitan pembungkusan dan pelabelan am makanan telah dijalankan di Hotel Meligai, Kapit. Kursus ini telah dianjurkan oleh Seksyen Industri Asas Tani (IAT), Pejabat Pertanian Bahagian Kapit.
Peserta yang terdiri daripada usahawan Jabatan Pertanian telah didedahkan berkenaan jenis-jenis pembungkusan, tujuan pembungkusan dan pelabelan am makanan terhadap produk makanan mereka.
Semoga kursus ini memberi ilmu yang lebih banyak kepada peserta terlibat dan dapat mengaplikasikannya pada produk yang diusahakan oleh peserta.
KAPIT
KURSUS PENSIJILAN HOMEBASED
24/8/2024:
Sebuah kursus berkaitan Pensijilan Homebased telah dijalankan di Hotel Meligai, Kapit. Kursus kali ini dianjurkan oleh Seksyen Industri Asas Tani (IAT), Jabatan Pertanian Bahagian Kapit. Peserta terdiri daripada usahawan Jabatan Pertanian yang mengusahakan produk-produk homebased berasaskan pertanian.
Peserta telah didedahkan dengan elemen keselamatan makanan daripada pemilihan bahan mentah sehingga ke penghidangan makanan dan juga pelabelan am produk homebased.
Semoga para peserta dapat memanfaat dan mengaplikasikan ilmu yang telah dikongsi demi penyediaan makanan selamat sekaligus membina masyarakat yang lebih sihat sejahtera.
MUKAH
Antara aktiviti lain yang dilaksanakan oleh Unit Keselamatan & Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah semasa berlangsungnya SUKMA XXI Sarawak 2024 ialah pemeriksaan dan pemantauan Gerai Jualan yang beroperasi sementara.
Kepada pengguna, ANDA BIJAK KERANA MEMILIH GERAI YANG BERSIH โผ๏ธโผ๏ธ
TikTok ยท UKKM PKB Mukah 39 likes, 10 comments. โPemeriksaan Dan Pemantauan Gerai Jualan Sempena Sukan Malaysia XXI Di Bahagian Mukahโ
MUKAH
Tahukah anda โ๏ธ Bahawa pihak KKM juga memantau tahap kebersihan dan keselamatan makanan sempena SUKMA XXI Sarawak 2024.
Selama 16 hari tanpa henti 2 aktiviti utama yang telah dilaksanakan di setiap bahagian yang terlibat dengan SUKMA ialah : ๐จ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐ ๐บ๐ผ๐ฒ๐ด๐จ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐ ๐๐๐๐๐.
Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab KKM untuk memastikan bahawa tahap keselamatan makanan yang dihidangkan ialah berada ditahap kualiti yang terbaik dan tidak menyebabkan keracunan makanan. โจโจ
Terima kasih untuk semua kerjasama baik yang diberikan daripada semua kontigen dan juga caterer yang terlibat serta petugas daripada Jabatan Pertanian Sarawak. ๐๐ธ
SARIKEI
16 Ogos 2024
Tahniah diucapkan kepada Hospimart Shoppe (Pastry Corner) Hospital Sarikei kerana telah berjaya mendapat pengiktirafan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat). Penyerahan sijil dan plak BeSS juga diiringi oleh Timbalan Pengarah Hospital Sarikei, Pegawai Dietetik dan Sajian serta Pegawai Penyediaan Makanan.
Pemasangan banner Pesanan Keselamatan Makanan di venue dan perkampungan sukan sempena SUKMA XXI Sarawak 2024.
SRI AMAN
7 Ogos 2024
Taklimat Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan Di Rumah (Home-Based Food) kepada 18 orang usahawan rintis Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman bersempena Kursus Generik - Penyenaraian Home- Based, Pemasaran dan Pembungkusan & Pelabelan anjuran Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman.
SRI AMAN
Tahniah diucapkan kepada:
1. Restoran Asam Pedas telah mendapat Pengiktirafan Bersih dan Selamat (BeSS)
2. Resepi Teratak telah mendapat Pensijilan Trust myCatering (TMC)
3. Fazzah's Kitchen telah mendapat Pensijilan Trust myCatering (TMC)
4. Joe Corner telah mendapat Pensijilan Trust myCatering (TMC)
IFSTC Malaysia will be hosting the inaugural ๐ก๐ฎ๐๐ถ๐ผ๐ป๐ฎ๐น ๐๐ผ๐ผ๐ฑ ๐ฆ๐ฎ๐ณ๐ฒ๐๐ ๐๐ผ๐ป๐ณ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ป๐ฐ๐ฒ (๐ก๐๐ฆ๐) with the theme "๐๐ผ๐ผ๐ฑ ๐ฆ๐ฎ๐ณ๐ฒ๐๐ ๐ถ๐ ๐๐๐ฒ๐ฟ๐๐ผ๐ป๐ฒ'๐ ๐๐๐๐ถ๐ป๐ฒ๐๐."
Mark your calendars for ๐ข๐ฐ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ญ๐ฐ๐๐ต ๐ฎ๐ป๐ฑ ๐ญ๐ฑ๐๐ต, ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ, as we gather at the prestigious ๐ง๐ต๐ฒ ๐๐๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐๐ผ๐๐ฒ๐น, ๐ฃ๐๐๐ฟ๐ฎ๐ท๐ฎ๐๐ฎ for an extraordinary event!
Join us as we embark on a journey towards holistic well-being and food safety practices on a national scale. NFSC 2024 promises to be an enriching experience filled with policies implementation, insightful discussions, innovative solutions, and impactful collaborations.
Ready to be part of this transformative event? Secure your spot now by registering via QR Code provided in the event poster and be prepared to be inspired!
Don't miss out on this opportunity to contribute to the future of food safety and quality for generations to come.
๐ฆ๐ฒ๐ฒ ๐๐ผ๐ ๐ฎ๐ ๐ก๐๐ฆ๐๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ!!
Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM
Gedong
Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan telah membuka booth pameran sempena Jelajah Agensi Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Dewan Datu Patinggi Ali pada 10/7/2024.
KUCHING
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS): Program Kesedaran Kesihatan anjuran Pengurusan Kuching Central bersama PKB Kuching telah dijalankan pada 3 Ogos 2024. Program ini akan diteruskan pada 4 Ogos 2024.
Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, PKB Kuching juga terlibat dalam program ini. Beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya kuiz keselamatan makanan dan permainan puzzle selain daripada khidmat nasihat tentang pelabelan.
Melalui program ini, pengunjung dapat menambah ilmu tentang amalan pengendalian makanan yang baik serta kesedaran tentang keracunan makanan.
TB
SARIKEI- BENGKEL PENYENARAIAN MAKANAN SEDIAAN DI RUMAH (HOMEBASED FOOD) BAHAGIAN SARIKEI TAHUN 2024
Satu sesi ceramah dan hands on untuk memperkenalkan sijil penyenaraian makanan sediaan di rumah telah dianjurkan. Sasaran peserta adalah daripada pengusaha yang menyediakan makanan sedia dimakan atau makanan terproses di rumah persendirian bagi tujuan JUALAN.
TB- PROGRAM WANITA CAKNA KESELAMATAN MAKANAN (WACANA) BAHAGIAN SARIKEI, SARAWAK.
Objektif: Mempromosikan keselamatan makanan dan mewar-warkan kepentingan Hari Keselamatan Makanan Sedunia di kalangan wanita, melalui Jabatan Wanita dan Keluarga, Bahagian Sarikei.
safety: prepare for the unexpected
LIMBANG
Tahniah diucapkan kepada FAIDZA ENTERPRISE yang telah berjaya mendapat Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) di Kantin SJK (C) Yuk Hin Limbang. BeSS merupakan satu pengiktirafan yang diberi kepada pengusaha premis makanan yang:
- telah mengekalkan premis yang bersih
- telah menyediakan makanan yang selamat
KUCHING
Taklimat Penyenaraian Pengusaha Makanan Home-Based anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak, Unit Pembangunan Komuniti (Pembangunan Masyarakat), Parlimen 196 Stampin, KEMAS Bahagian Kuching
Tarikh : 30.07.2024
Tempat : PUSTAKA Negeri Sarawak
Peserta : 21 usahawan
Diharapkan agar ilmu yang telah diperolehi dapat membantu pengusaha-pengusaha untuk menghasilkan makanan yang selamat serta meningkatkan peluang kebolehpasaran produk makanan.
MIRI
Di susuli dengan
PROGRAM KEMBARA SIHAT SEJAHTERA HEPILI BERSAMA DIDI & FRIENDS PERINGKAT ZON SARAWAK 2024
Tarikh: 19-21/7/2024
Tempat: Permaisuri Mall, Miri
Turut dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan
Stage show - 30min di kelola oleh Pn. Nur Afiqah bagi Slot Lihat, Hidu & Rasa
MIRI
PROGRAM MEET & GREET KEMBARA SIHAT SEJAHTERA HEPILI BERSAMA DIDI &FRIENDS PERINGKAT KEBANGSAAN (ZON SARAWAK) 2024.
Tarikh: 15 -16/7/2024 (Isnin & Selasa)
Tempat: Sk Merbau (15.7.24)
Sk Temenggong Datuk Muip (16.7.24)
Program ini telah dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan di SK Temenggong Datuk Muip, Miri
Pada 15-17 Julai 2024 telah berlansungnya sesi Audit Dalaman 2024 bagi Bahagian keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak oleh pasukan audit dalaman dari Ibu Pejabat Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas maklumbalas yang telah diberikan oleh pasukan audit untuk penambahbaikan di masa hadapan. Penghargaan turut diberikan kepada semua urusetia yang telah bertungkus lumus menguruskan seterusnya menjayakan sesi audit dalaman pada kali ini.
Mesyuarat penutupan audit telah berlansung pada 17 Julai 2024 di Bilik Mesyuarat Gading Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.
Tahniah diucapkan kepada semua!
MUKAH
Audit bimbingan Program Keselamatan Makanan (ProKEM) bersama dengan pihak Maktab Rendah Sains MARA (Mukah)
Tarikh : 09.07.2024
Masa : 1000-1200
Tempat : Dapur Asrama, MRSM Mukah
Kontraktor dilantik : Armani Rewards Sdn Bhd
โญ๏ธProgram Keselamatan Makanan (ProKEM) Dapur Asrama dibangunkan bagi menambahbaik Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) di dapur asrama sekolah/institusi.
โญ๏ธProKEM menggariskan keperluan kebersihan dan keselamatan makanan yang lebih bersistem melalui amalan kebersihan baik (GHP) dalam memastikan tahap keselamatan makanan yang disediakan di dapur asrama / institusi adalah bersih dan selamat.
โญ๏ธIa bagi meningkatkan sistem yang sedia ada dari segi jaminan keselamatan makanan dan melindungi murid/pelajar/penghuni terhadap bahaya pencemaran makanan disepanjang rantaian penyediaan makanan.
SELAMATKAH DAGING AYAM ANDA ?
TIDAK PASTI ?
MARI TELITI INFO KAMI DAN AMALKAN
Berikut kami kongsikan panduan pengendalian daging ayam yang selamat untuk diamalkan oleh semua pengendali makanan sama ada untuk sediaan di rumah ataupun jualan.
Jangan abaikan mesej ini kerana keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama. Lepas selesai membaca, barulah boleh fikir nak masak apa nanti ๐๐
MUKAH
Taklimat Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MESTI) dan Taklimat Penyenaraian Pengusaha Makanan Home-Based sempena Kursus Modal Insan bersama Jabatan Pertanian Sarawak
Tarikh : 10.07.2024
Tempat : Dewan Kemas, Daro Sarawak
Masa : 0830-10.30
Peserta : Usahawan di bawah bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Daro & Matu
MUKAH
Syabas dan tahniah diucapkan kepada premis KING SAM ENTERPRISE yang telah lulus ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฆ dan ๐๐๐ฃ๐จ๐๐๐๐ก๐๐ฃ ๐๐๐ ๐๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ข๐๐ฉ ๐๐๐ฃ๐๐๐ช๐ฃ๐๐๐๐ฌ๐๐ ๐๐ฃ๐๐ช๐จ๐ฉ๐ง๐ (๐๐๐๐๐) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Alamat premis :
KING SAM ENTERPRISE
LOT NO.377, IN BLOCK 68,
KAMPUNG TANJUNG MUKAH,
96400, MUKAH, SARAWAK
Amalkan 5 panduan ke arah penyediaaan makanan yang selamat.
Syarat-syarat permohonan Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan di Rumah (Homebased Food). Permohonan boleh dihantar terus ke Pejabat Kesihatan Bahagian/Daerah berhampiran anda.
Kelebihan penyenaraian:
1. Permohonan adalah percuma dan sah selama 3 tahun!
2. Anda akan mendapat bimbingan teknikal secara terus dari KKM dalam penyediaan dan pelabelan makanan.
3. Produk makanan akan lebih diyakini dan berdaya saing.
Mari mendaftar sekarang! ๐๐
KAPIT
Taklimat Pelabelan Am Makanan dan Pendaftaran FoSIM kepada pengusaha makanan sediaan di rumah (Homebased Food). Tahniah diucapkan kepada peserta yang terlibat. Semoga dapat memanfaatkan ilmu yang diterima dan seterusnya memohon untuk penyenaraian Homebased.
Terima kasih diucapkan kepada Pusat Ekonomi Digital Sungai Pelajau dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Pekan Kapit atas kerjasama yang diberikan. Semoga dapat bekerjsama lagi pada masa akan datang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako
Kuching
93050
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SARAWAK, TINGKAT 10, BANGUNAN SULTAN ISKANDAR, Jalan SIMPANG TIGA, PETI SURAT 1368, KUCHING
Kuching, 93728
Laman Facebook rasmi ini diselenggara oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sarawak
KM24 Jalan Borneo Height
Kuching, 93250
Ini adalah LAMAN RASMI PULAPOL KUCHING setelah LAMAN sebelum ini ADMIN telah kehilangan AKSES
Jalan Penrissen, Pasar Batu 10, Kota Padawan
Kuching, 93250
The Official page for Majlis Perbandaran Padawan (also known as Padawan Municipal Council). The objective of this page is to publicise MPP's activities and services to th...
Level 4 & 6, Wisma Satok, Jalan Satok, 93400 Kuching
Kuching, 93050
Sarawak Rural Broadband Network (MySRBN) is established by the Sarawak Digital Economic Corporation (SDEC), to provide high-speed broadband connectivity across suburban and rural a...
PEJABAT PENERANGAN DAERAH KUCHING, NO. 49 TINGKAT BAWAH, Jalan TUN AHMAD ZAIDI ADRUCE
Kuching, 93400
Objektif untuk mempertingkatkan kesedaran, kefahaman, semangat perpaduan serta sokongan padu rakyat astas segala dasar, falsafah dan wawasan kerajaan.
Batu 12, Jalan Kuching/Serian
Kuching, 93250
This is our new official page for RSK Kuching. Do follow us and stay tuned for more updates!
Jabatan Penerangan Malaysia, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, Petra Jaya
Kuching, 93050
Pusat Sumber dan Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak (PSF JaPen Sarawak)
Lot 8185, Blok 26, Muara Tuang Land District, Kota Samarahan
Kuching, 94300
Institut Kemajuan Desa atau lebih dikenali sebagai INFRA (Institute For Rural Advancement) merupakan institusi latihan utama pengurusan pembangunan desa di bawah Kementerian Pemban...
Kuching, 93150
Peneraju Kecemerlangan Tadbir Urus Badan Sukan Di Sarawak
Kuching, 93050
FB Page ini adalah medium untuk usahawan tempatan mendapatkan maklumat berkenaan aktiviti yang dijal