Makdis Surau Al-firdaus Smkks
Menjalankan aktiviti dakwah di SMK Kelapa Sawit,Kulai.
Kasih Ramadan 2024
TARIKH: 1 April 2024
Masa: 12 tgh
Tempat : Dewan Nilam
Sekitar Sambutan Majlis Maulidul Rasul Peringkat Sekolah 1445H/2023.Terima kasih warga SmekSa.
Jemputan Maulidurrasul SMEKSA 1445H/2023M
kepada ibubapa, penjaga, murid, serta seluruh warga muslim SMEKSA.
Hari: Jumaat 13/10/2023
Masa: 7.30-12.00 tgh
Keperluan:
1) Berwudhuk dari rumah
2)Telekung & Sejadah
3) Plastik untuk simpan sandal
Pakaian murid:
1) Baju Kurung
2) Baju Melayu
3) Kurta + seluar (bukan jeans)
4) Sandal
Parking ibubapa & murid:
Di luar sekolah
Sumbangan:
Masih boleh disumbangkan sehingga hari jumaat 13/10/2023. Sumbangan diserahkan kepada mana2 guru Pendidikan Islam.
SEMARAK CINTA RASUL S.A.W
EMK: NILAI MURNI
NAMA PROGRAM:
PROGRAM SAMBUTAN HARI-HARI KEBESARAN ISLAM
1) KUIZ NUZUL AL-QURAN
2) KUIZ LAILATUL QADAR
3) KUIZ AIDILFITIRI
TARIKH& MASA: Mengikut ketetapan sambutan tahunan
TEMPAT: SMEKSA
PENGLIBATAN: Semua Murid Islam T1-5
ANJURAN: Panitia Pendidikan Islam
Majlis Khatam Al-quran SMEKSA sempena Ihya Ramadan.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SMEKSA 1444H / 2023 Majlis Khatam Al-Quran diadakan sempena program Ihya Ramadan peringkat sekolah yang diadakan pada 17 April 2023 di Dewan Nilam dan dihadiri seramai 450 orang...
Program Ihya Ramadan SMEKSA 1444H / 2023
1. Pelancaran Semarak Ramadan ( 23 Mac 2023 )
2. Tadarus Al-Quran Guru-guru dan Murid-murid (Sepanjang Ramadan)
3. Budaya Infak Ramadan ( Sepanjang Ramadan )
4. Program Kasih Ramadan ( 13 April 2023 )
5.Bakul Ramadan ( 16 - 18 April 2023 )
6. Khatam Al-Quran & Berbuka Puasa ( 17 April 2023 )
7. Quran Hour ( 13 April 2023 )
8. Tazkirah Ramadan
9. Kuiz Lailatul Qadar
10. Kuiz Nuzul Al-Quran
Alhamdulillah,
👉Terima kasih kepada para pentadbir,guru2 pagi,ptg,AKP,PIBG Dan AJK,Ibu bapa,murid2 serta keluarga masing2 yg hadir Majlis Khatam & Berbuka Puasa 1444H/2023M
👉 Terima kasih ats kerjasama & komitmen barisan AJK2 Tadarus,Khatam Al-Quran,Bakul Ramadan,Berbuka Puasa,Kasih Ramadan,Kuiz serta para dermawan sepanjang program Kita Di Bulan Ramadan ini. Semoga beroleh pahala berlipat ganda dan penuh keberkatan daripada Allah S.W.T.
👉 Mohon maaf jika ad kekurangan sepanjang program.
Semoga Kita beroleh ganjaran pahala berganda ats keikhlasan ibadah kita dalam Bulan Ramadan dan amalan diterima Allah S.W.T. Terima kasih.😊
Daripada kami:
Panitia P.Islam & MAKDIS SMEKSA
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PASCA UASA T.3 SESI 2022 / 2023
Tarikh : 30 Januari 2023 ( Selasa )
Masa : 7.25pg-10.05pg
Tempat : Makdis Surau Al-firdaus Smkks
Alhamdulillah,kursus Pengurusan Jenazah dapat dijalankan dengan jayanya dan seramai 160 murid Tingkatan 3 yang menyertai kursus ini.Terima Kasih juga kepada Pengurusan Jenazah Al Kauthar kerana bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan kursus ini.
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH PASCA UASA T.3 2023
Tarikh : 30 Januari 2023 ( SELASA)
Masa : 7.25-10.05pg
Tempat : Makdis Surau Al-firdaus Smkks
Alhamdulillah,kursus Pengurusan Jenazah berjalan dengan lancar.Ia membabitkan 160 orang murid Tingkatan 3. Terima kasih juga Pengurusan Jenazah Al Kauthar kerana bekerjasama dengan pihak sekolah dalam program ini. Semoga ilmu dapat dimanfaat kepada semua yang menyertai kursus ini.
PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA & BACAAN YASIN SPM 2022 / 2023
Tarikh : 26 Januari 2023 ( Khamis mlm Jumaat )
Masa : 6.30ptg - 9.00mlm
Tempat : Makdis Surau Al-firdaus Smkks
Alhamdulillah,program berjalan lancar dan disertai oleh murid2 Islam Ting.5, para ibu bapa,guru2 sesi pagi dan petang. Program bermula dengan solat Maghrib berjamaah,Solat Hajat,Bacaan Yasin dan Tahlil,Solat Isyak dan diakhiri dengan jamuan. Seramai 170 orang yang hadir pada majlis tersebut.Semoga murid2 SPM sesi 2022/2023 berjaya dengan cemerlang..
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH SMK KELAPA SAWIT, KULAI, JOHOR. 1444H/2022M
💻 Tarikh : 29 OKTOBER 2022 (SABTU)
🕰 Masa : 8.00 PAGI
🏢 Tempat : Dewan Nilam
Program ini diadakan bagi menanam sifat cinta warga SMEKSA akan Nabi Muhammad S.A.W. Ia dihadiri oleh lebih 400 orang dikalangan murid dan guru serta AKP. Pihak MAKDIS dan Panitia Pend.Islam mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan majlis ini..
PROGRAM MAHROJAN PADNI PERINGKAT DAERAH TAHUN 2022
Tarikh ; 30 Ogos 2022
Tempat ; Online
-E-DENDANGAN SYAIR PEREMPUAN
Nur Izzah Salleh- JOHAN Peringkat Daerah
-E-DEKLAMASI SAJAK LELAKI
Mohamad Adi Zikry Kamarudin- JOHAN Peringkat Daerah
-E-DEKLAMASI SAJAK PEREMPUAN
Nurul Raihanah Razali- NAIB JOHAN Peringkat Daerah
-KHAT SIBER (PEREMPUAN)
Norairien Umairah Binti Mohd Azrin Anuar- KETIGA Peringkat Daerah
-E- HAFAZAN (PEREMPUAN)
Siti Norhusna Binti Mohd Shah- - KETIGA Peringkat Daerah
-E- MIMBAR DAIE (PEREMPUAN)
Umairah Aqeela Binti Ahmad Zaidee- PENYERTAAN Peringkat Daerah
-E- TARANNUM (PEREMPUAN)
Nur Khalisah Aqilah Binti Khairul Azman- PENYERTAAN Peringkat Daerah
-E- TARANNUM (LELAKI)
Naqib Haneef Bin Imran- PENYERTAAN Peringkat Daerah
Tahniah kpd semua wakil peserta..semoga terus cemerlang..😊
Majlis Khatam Al-Quran sempena Ihya Ramadan 1443/2022
Tarikh : 21 April 2022 (Khamis)
Masa : 3.00ptg
https://fb.watch/cwNCqFl9RQ/
Program Tadarus Al-Quran Warga SMEKSA 1443/2022.
Tarikh: Sepanjang Ramadan
Masa: 9.30-10.00pg (Sesi Pagi)
12.30-1.00ptg (Sesi Petang)
Penyertaan: Murid2 dan Guru2
🔴 [LIVE]
MAJLIS PELANCARAN SEMARAK RAMADAN SMK KELAPA SAWIT 1443H / 2022
💻 Tarikh : 31 MAC 2022 (KHAMIS)
🕰 Masa : 7.45 MALAM
📡 Siaran live:
https://youtu.be/qk7FgEPSFhE
Anjuran :
Unit MAKDIS & PIBG SMEKSA
MAJLIS PELANCARAN SEMARAK RAMADAN 1443H / 2022 Majlis ini dianjurkan bagi memberi pengisian dan motivasi kepada seluruh warga SMK Kelapa Sawit dalam menghadapi bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba.
Program Solat Hajat SPM 2021
Tarikh: 26 & 27 Jan 2022
Tempat : Surau Al- Firdaus SMEKSA
Masa: 1.30-2.00ptg.
🔴 [LIVE]
MAJLIS SAMBUTAN E-MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH SMK KELAPA SAWIT, KULAI, JOHOR. 1443H/2021M
💻 Tarikh : 28 OKTOBER 2021 (KHAMIS)
🕰 Masa : 8.30 MALAM
📡 Siaran live:
https://youtu.be/hYjSZeiki-k
📲 Sila tekan SET REMINDER dipautan di atas👆
Anjuran :
Unit MAKDIS, Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Perpustakaan & Media, PIBG/PIBK serta SMK Kompleks Tembesu, Kuala Nerus, Terengganu.
[LIVE] SAMBUTAN E - MAULIDURASUL PERINGKAT SEKOLAH SMEKSA 2021 Program ini dianjurkan bagi memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Ia dianjurkan oleh Unit MAKDIS,Unit Bimbingan & Kauseling, Unit Perpustakaan & Media,...
PROGRAM JALAN KE SYURGA: BACAAN YASIN SMK KELAPA SAWIT, KULAI, JOHOR SIRI 8/2021
💻 Tarikh : 2 SEPTEMBER 2021 (KHAMIS)
🕰 Masa : 8.00 MALAM
📡 Siaran live:
https://youtu.be/Rc3_U55SB9M
Anjuran :
MAKDIS,PIBG/PIBK,PANITIA DAN PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM,PUSAT SUMBER SMKKS,PERSATUAN PUTERI ISLAM
PROGRAM JALAN KE SYURGA : BACAAN YASIN WARGA SMK KELAPA SAWIT SIRI 8 / 2021 Program Jalan Ke Syurga : Bacaan Yasin Warga SMK Kelapa Sawit adalah anjuran MAKDIS,Panitia & Persatuan Agama Islam,Puteri Islam dan PIBG/PIBK SMK Kelapa Sawit.
PROGRAM JALAN KE SYURGA: BACAAN YASIN SMK KELAPA SAWIT, KULAI, JOHOR SIRI 7/2021
💻 Tarikh : 19 OGOS 2021 (KHAMIS)
🕰 Masa : 8.00 MALAM
📡 Siaran live:
https://youtu.be/nhFmE_Ftw-g
Anjuran :
MAKDIS,PIBG/PIBK,PANITIA DAN PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM,PUSAT SUMBER SMKKS,PERSATUAN PUTERI ISLAM
PROGRAM JALAN KE SYURGA : BACAAN YASIN WARGA SMK KELAPA SAWIT SIRI 7 / 2021 Program Jalan Ke Syurga : Bacaan Yasin Warga SMK Kelapa Sawit adalah anjuran MAKDIS,Panitia & Persatuan Agama Islam,Puteri Islam dan PIBG/PIBK SMK Kelapa Sawit.
Pertandingan Kuiz Ma'al Hijrah 1443H
Makluman:
Pihak MAKDIS SMEKSA menganjurkan Quizzes sempena Sambutan Ma'al Hijrah 1443H. Oleh itu,berikut adalah perincian pertandingan:
- Kategori : Murid & Guru
-Tarikh Tutup : 11 Ogos 2021 (Rabu)
-Penyertaan : Terbuka kepada semua warga SMEKSA ( Islam & Bukan Islam)
- 5 TERBAIK dikira pemenang
Cara-cara:
1) Sila tonton video dibawah terlebih dahulu.
LINK VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=W2axwNgoJu0
2) Isi borang penyertaan dan klik link Quizzes di akhir borang penyertaan untuk menjawab Quzzies.
LINK BORANG PENYERTAAN:
https://forms.gle/5TedGBCPe1vg4pJS7
SEMOGA BERJAYA
PROGRAM JALAN KE SYURGA: BACAAN YASIN SMK KELAPA SAWIT, KULAI, JOHOR SIRI 6/2021
💻 Tarikh : 5 OGOS 2021 (KHAMIS)
🕰 Masa : 8.00 MALAM
📡 Siaran live:
https://youtu.be/M-nSwUcKoEE
Anjuran :
MAKDIS,PIBG/PIBK,PANITIA DAN PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM,PUSAT SUMBER SMKKS,PERSATUAN PUTERI ISLAM
PROGRAM JALAN KE SYURGA : BACAAN YASIN WARGA SMK KELAPA SAWIT SIRI 6 / 2021 Program Jalan Ke Syurga : Bacaan Yasin Warga SMK Kelapa Sawit adalah anjuran MAKDIS,Panitia & Persatuan Agama Islam,Puteri Islam dan PIBG/PIBK SMK Kelapa Sawit.
"Kaya dan miskin, pangkat dan harta, sihat dan sakit tidak menjadi syarat untuk *BAHAGIA*"
Kadangkala mempunyai anak yang baik sudah dapat memberi kebahagian kepada kita...
Namun begitu untuk mendapat *anak yang baik* , ibu bapa haruslah menjadi *ibu bapa yang terbaik* terlebih dahulu!
Oleh itu, pihak *Unit Bimbingan & Kaunseling SMKKS*, dgn kerjasama unit *MAKDIS & PUSAT SUMBER SMKKS* akan mengadakan ceramah keibubapaan secara online *IBU BAPA TERBAIK ANAK HEBAT*
📆Tarikh: 29 Julai 2021 (Khamis)
⌚️Masa: 8.00 malam (selepas majlis bacaan Yassin)
📡siaran live: https://youtu.be/_hu1UYpik4M
IBU BAPA TERBAIK, ANAK HEBAT ! Program Jalan Ke Syurga : Bacaan Yasin Warga SMK Kelapa Sawit & Ibu Bapa Terbaik,Anak Hebat adalah anjuran Unit Kaunseling ,Unit PSS, & MAKDIS
Program Jalan Ke Syurga : Bacaan Yasin Warga SMK Kelapa Sawit dan Sembang Santai Siri 4 / 2021.
TARIKH : 15.7.21 ( KHAMIS)
MASA : 8.00 MLM
TEMPAT : Rumah masing-masing (musim PKP)
SALURAN : YOUTUBE TVPSS SMK KELAPA SAWIT
Anjuran : MAKDIS,UBK,Panitia & Persatuan Agama Islam,Puteri Islam dan PIBG/PIBK SMK Kelapa Sawit
https://www.youtube.com/watch?v=HU4GfbAO7Ww
PROGRAM JALAN KE SYURGA : BACAAN YASIN WARGA SMK KELAPA SAWIT & SEMBANG SANTAI SIRI 4 / 2021 Program Jalan Ke Syurga : Bacaan Yasin Warga SMK Kelapa Sawit & Sembang Santai adalah anjuran Unit Kaunseling ,MAKDIS,Panitia & Persatuan Agama Islam,Puteri ...
Program Jalan Ke Syurga : Bacaan Yasin Warga SMK Kelapa Sawit Siri 3 / 2021.
TARIKH : 8.7.21 ( KHAMIS)
MASA : 8.00 MLM
TEMPAT : Rumah masing-masing (musim PKP)
SALURAN : YOUTUBE TVPSS SMK KELAPA SAWIT
Anjuran : MAKDIS,Panitia & Persatuan Agama Islam,Puteri Islam dan PIBG/PIBK SMK Kelapa Sawit
https://www.youtube.com/watch?v=UsTPQDlRPLo&t=1375s
PROGRAM JALAN KE SYURGA : BACAAN YASIN WARGA SMK KELAPA SAWIT SIRI 3 / 2021 Program Jalan Ke Syurga : Bacaan Yasin Warga SMK Kelapa Sawit adalah anjuran MAKDIS,Panitia & Persatuan Agama Islam,Puteri Islam dan PIBG/PIBK SMK Kelapa Sawit.
QUIZZIES KHAS GURU
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Makluman :Sempena Ihya Ramadan & Kempen Galakan Membaca SMK Kelapa Sawit, Kuiz ini dituju Khas Buat Guru-guru SMK Kelapa Sawit.
Tajuk : Puasa dari sudut Sains Kesihatan.
Perubahan Fisiologi
Selepas lebih tiga minggu Ramadan berlalu, maka perubahan pada fisiologi badan sudah mula diadaptasi dan semakin serasi. Ini bermaksud, kita sudah mudah berasa selesa dengan ibadah ini sebagai satu bentuk latihan kerohanian dan secara langsung juga memberi kesan baik kepada fizikal tubuh badan. Seperti kita maklum, hikmah puasa boleh dijelaskan dari pelbagai sudut seperti kesihatan jasmani, kerohanian, sudut akhlak, sosial serta kemanusiaan.
Secara umumnya, tempoh berpuasa Ramadan ialah sekitar 14 hingga 16 jam sehari bergantung kepada negara seseorang beribadat. Dalam tempoh yang agak panjang pada siang hari, ini bukan menjadi alasan untuk indvidu Muslim meninggalkan tanggungjawab seharian mereka untuk bekerja. Lantaran itu, persediaan tubuh badan untuk melalui fasa puasa pada siang hari perlu diambil perhatian.
Antara perubahan fisiologi yang agak ketara ialah penggunaan tenaga badan banyak menggunakan sumber karbohidrat. Ini diperoleh dari sumber makanan yang diambil pada waktu malam sebelum tidur dan ketika sahur.
Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50 peratus daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Di samping itu, badan kita sangat memerlukan pengambilan air mencukupi ketika tempoh berpuasa. Sekurang-kurangnya lapan gelas air harus diambil ketika luar waktu puasa. Ini perlu dilakukan ketika berbuka puasa, malam sebelum tidur dan ketika waktu sahur.
Sekiranya jumlah karbohidrat dan air tidak mencukupi, kita akan mudah berasa penat terutama bila menjelang waktu tengahari. Tubuh badan yang mempunyai air yang tidak mencukupi menyebabkan tanda-tanda dehidrasi seperti keletihan, tidak bermaya, kurang tumpuan pemikiran, kurang cergas dan lain-lain lagi. Dalam keadaan yang agak serius, juga boleh menyebabkan seseorang itu pengsan.
Puasa juga memberi kesempatan bagi sistem gastrointestinal atau pencernaan untuk 'berhenti' seketika waktu siang hari. Dalam tempoh berpuasa, tiada tambahan makanan dan minuman baru yang diterima oleh sistem pencernaan. Jadi, sistem pencernaan manusia ini yang lazimnya memerlukan 7 hingga 8 jam untuk memproses makanan yang dimakan.
Dalam keadaan tidak berpuasa, sistem pencernaan seseorang akan bekerja terus tanpa henti. Buktinya ialah, kita akan berasa letih sekiranya makanan yang diambil itu lebih dari hadnya. Untuk memastikan pencernaan makanan berfungsi dengan baik, tenaga diperlukan. Lebih banyak makanan atau minuman yang diambil, maka lebih lama masa dan lebih tenaga diperlukan supaya pencernaan itu sempurna. Pencernaan sempurna akan memastikan serapan nutrien dan air ke dalam sistem tubuh berlaku.
Jadi, makanan atau minuman boleh memberi kesan langsung kepada kadar penghadaman dan serapan nutrien yang sepatutnya. Justeru, puasa juga memberi peluang kepada kita untuk menjaga dan mengamalkan pemakanan yang sihat. Ini bermula dengan pengambilan makanan dihadkan semasa siang hari selama sebulan puasa Ramadan. Juga kita dinasihatkan supaya mengambil makanan seimbang dan meminum air dengan secukupnya pada luar masa berpuasa.
Jika kita berjaya mengamalkan prinsip ini sepanjang bulan puasa, sudah hampir pasti berat badan akan berkurangan, tahap kolesterol bertambah baik, paras glukos darah juga stabil dan fungsi ginjal akan menjadi lebih baik. Fakta tahap kesihatan semakin baik seperti ini mampu dicapai oleh setiap individu Muslim yang sangat berdisiplin dalam Ramadan. Ketidakseimbangan pengambilan makanan p**a boleh mengundang penyakit dan kemudaratan.
Terapi Kesihatan
Ramadan yang mulia ini juga terkenal sebagai bulan 'terapi kesihatan' kepada beberapa jenis penyakit. Antaranya ialah kepada perokok dan penghisap v**e tegar. Mereka mampu untuk mengurangkan atau berhenti terus amalan yang membazir dan membahayakan kesihatan. Umum mengetahui, perokok tegar agak sukar untuk berhenti akibat kesan ketagihan terhadap nikotin, namun ketagihan itu lebih bersifat psikologi.
Ini bermakna ketagihan merokok ini boleh dirawat dengan sifat keazaman mental yang kuat dan menghindarkan diri daripada pengaruh sekitar seperti rakan perokok lain atau penghisap v**e. Banyak bukti perubatan bahaya merokok, dan kempen berhenti merokok dan v**e juga sudah terlalu lama dijalankan. Namun, keberkesanannya belum lagi optimum. Penyakit kerosakan kepada sistem paru-paru, batuk yang kronik dan kanser paru-paru antara sebahagian penyakit akibat merokok.
Justeru, objektif puasa dengan menahan lapar, dahaga serta mengelakkan perkara yang membatalkan puasa itu sangat sesuai untuk 'membunuh' nafsu merokok yang saban hari dikaitkan dengan komplikasi kesihatan yang serius. Atas penjelasan ilmiah ini, puasa boleh dijadikan satu daripada bentuk terapi kesihatan kepada pelbagai penyakit. Amalan puasa ini boleh terus dilakukan juga di luar Ramadan .
Perubahan fisiologi badan berlaku pada fasa awal puasa menunjukkan sistem tubuh badan kita mampu berfungsi secara normal. Segala sel, otot dan fungsi organ tubuh terbabit secara langsung ketika perubahan fisiologi ini. Selepas berakhir separuh Ramadan, pengamalnya akan berasa badan semakin 'ringan' kerana sebahagian lemak tersimpan dalam otot dan hati digunakan sebagai sumber tenaga.
"Semoga berjaya"
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the place of worship
Address
SMK KELAPA SAWIT, BATU 26, Jalan AYER HITAM
Kulai
81030
Jalan Putra Utama
Kulai, 81000
Laman Rasmi Badan Khairat Kematian Masjid Al Mubarak
441 FLOOR, Jalan KENANGA 29/11, TAMAN INDAHPURA
Kulai, 81000
Shirdi Sai Baba Centre Kulai was established at the 12th July 2015 which is located at Kulai. The centre is a devotional centre we our beloved Shirdi Sai Baba is living and is open...
Jalan Cengal Bandar Putra Kulai
Kulai, 81000
Penyebaran dakwah melalui medsos
40954, Jalan Cemara 1, Bandar Putra, 81000
Kulai, 40954
Infaq pembinaan Surau Ar Raudah Bandar Putra Kulai Johor ini berdaftar dengan Pejabat Kadi Daerah
5029 Jalan KENARI 1 BANDAR PUTRA
Kulai, 81000
本庙问事时间-晚上8.30PM ⭕每逢星期二:关帝圣君 ⭕每逢星期五:关帝圣君,大二爷伯 ⭕每逢初一/十五:张公圣君 ⭕每逢初二/十六:大二爷伯 (明范师傅) 016-711 1617 晚上8.30PM 地址:古来IOI太子城 #玉封法灵宫 5029, Jalan Kenari 1, Bandar Putra, 81000, Kulai, Johor
4758-01 Jalan Sri Putri 5, Taman Putri
Kulai, 81000
Divine and Spiritual place that conducts Guru and Ambal Pooja and Practices Bakti Maargam.