Qulai Pizza Kayu Api

Qulai Pizza Kayu Api

Nearby restaurants

The Bake House
The Bake House
81000

Italian Inspired Original Kulai's pizzas cooked in wood-fired brick oven. Open order for delivery and

16/08/2024

Selepas hujan. Pizza, Pasta and Semangat Merdeka!

Photos from Qulai Pizza Kayu Api's post 15/08/2024

Merdeka kah kita?
Hari ni pakcik dan staf2 pakcik memasang bendera Malaysia dan Johor di kawasan kedai QP.
Negara kita pernah struggle untuk Merdeka. Kita semua juga akan sentiasa struggle untuk ‘Merdeka’ dari pelbagai perkara dalam hidup kita. Jangan pernah kita lelah dan putus asa dalam ‘memerdekakan’ jiwa dan diri kita.
Bukan sehari dua tok nenek kita berjuang memerdekakan negara. Bukan sehari dua juga baru kita dapat memerdekakan diri kita. Bukan sedikit darah dan airmata pejuang kemerdekaan nak bebaskan negara kita. Maka tidak sedikit juga airmata dan darah kita untuk memerdekakan diri kita sendiri.
Kalau negara untuk Rakyatnya, kalau kita untuk diri kita dan keluarga.

Photos from Qulai Pizza Kayu Api's post 14/08/2024

Koleksi Pizza Paddle yang pernah berkhidmat dengan Qulai Pizza sejak 2020. Mereka di’bersara’kan atas pelbagai sebab. Tercabut, batang patah, rosak dan pelbagai sebab lain. Entah berapa ribu pizza dah diorang ni sodok. Yang tergantung belakang kaunter sorang2 tu adalah paddle pizza yang first dan pertama sekali pakcik beli dan guna bila beroperasi. Kalau ada siapa nak beli bahan sejarah ni boleh je pakcik jual. Sebatang RM10k je. Tak mahal kan kih3

Photos from Qulai Pizza Kayu Api's post 11/08/2024

Alhamdulillah. Penangan cuti umum di Johor. Buka jam 2pm orang dah beratur. Ramai yang nak makan pizza kayu api dan pasta Qulai Pizza. Syukur rezeki dari Allah.

Photos from Qulai Pizza Kayu Api's post 08/08/2024

Fullhouse malam ni walaupun hari Khamis. Terima kasih semua sudi bersantap di QP yang kebetulan merupakan ulangtahun ke 4 QP hari ini. Semua bangsa ada. Doakan kami terus maju ya! Terima kasih!

08/08/2024

Qulai Pizza’s 5-Years Business Plan almost come to the end. Another 5-Years Business Plan will appears soon with opening outlet (similar like PH & D) will be one of the focus. Lets starts with Pantai Timur. 😊

Pakcik sangat2 appreciate support korang dari dulu hingga kini dan selamanya. Semoga Allah murahkan rezeki pakcik sekeluarga, rezeki staf2 Qulai Pizza dan semestinya rezeki2 pelanggan2 yang sentiasa menyokong Qulai Pizza. Amiin ya rabb!

08/08/2024

Jom sama2 kibarkan bendera Malaysia di rumah dan premis masing2 sempena Hari Kemerdekaan kita tahun ini.

"Tidak ada hasil yang memuaskan tanpa adanya kerja keras dan perjuangan. Tidak ada hasil dari perjuangan dan kerja keras yang tidak menghasilkan apa-apa..Selamat Hari Merdeka saudara-saudaraku!”

*terima kasih MPKu guna QP sebagai bahan hebahan

Photos from Qulai Pizza Kayu Api's post 07/08/2024

Woodfired Fun Class Pizza with Kids hari ni bersama kanak2 Tabika Perpaduan Zon Jati Kulai. Betapa seronoknya kanak2 ni bermain tepung dan doh untuk buat pizza mereka sendiri. Di samping merasai pengalaman unik membakar pizza mereka dalam Oven Batu menggunakan kayu api dari pokok rambutan. Setelah selesai mereka dijamu mushroom soup dan air soya disamping pizza buatan mereka sendiri. Penyampaian sijil penyertaan yang cantik menjadi memori indah buat kanak2 comel ini. Terima kasih guru2 dan para ibubapa yang menemani mereka dari mula hingga akhir.

Photos from Qulai Pizza Kayu Api's post 04/08/2024

Thank you JB City Guide for your scoop!

02/08/2024

Sekitar lawatan sahabat satu platun dulu2 Mejar Syaifulnizam pakar bahan letupan dan peluru MINDEF ke Qulai Pizza hari ni. Thank skot. Berpuluh tahun tak jumpa. Terima kasih spt biasa sahabat LtM (B) Farisan yang sudi bwk saing kito jalan2 jmpa kawan.

Photos from Qulai Pizza Kayu Api's post 02/08/2024

Keluarga baru Qulai Pizza - Sarang Kelulut

Macam salah satu episod Upin Ipin, now kanak-kanak yang datang makan pizza boleh melihat sendiri sarang kelulut dan kalau ada madunya nanti boleh disedut untuk memberi pengalaman baru pada mereka. Lebah kelulut ini tiada sengat dan selamat. Dan pakcik dah boleh dapat madu sepanjang masa. Madu kelulut tau. Bukan MADU Tiga. Tak pasal2 pakcik kena tidur luar oleh makcik kau nanti karang.

01/08/2024

Buat Pelanggan yang kami hargai,

Kami ingin refund buat pelanggan yang membeli Lasagna kami sepanjang minggu ini. Berdasarkan batch lasagna iaitu 20 unit setiap satu pusingan, ada 14 orang pelanggan yang telah membeli. Ada kesilapan jumlah penggunaan garam yang menyebabkan rasa masin yang kuat tidak seperti Lasagna sebelum ini. Dengan rendah hati saya mohon pelanggan yang telah membeli untuk pm atau hubungi kami untuk kami refund semula mengikut harga Lasagna tersebut. Para pelanggan boleh mendapatkan refund di kedai atau memberikan akaun bank untuk kami kembalikan wang. Sekali lagi kami memohon maaf atas kesilapan ini yang pertama kali berlaku untuk produk Lasagna kami. Kami akan meperbaiki SOP pembuatan Lasagna agar tidak berulang kembali. Terima kasih.

24/07/2024

Hebat Cikgu Adda! Dah nak complete Kulai Food Trail : The First Chapter’s Map. Bravooo!

Photos from Qulai Pizza Kayu Api's post 24/07/2024

Semoga Qulai Pizza akan mampu menjadi seperti ini dalam tempoh 10 tahun lagi dengan mula membuka outlet seperti PH dan D tapi dengan signature dan concept tersendiri.

24/07/2024

Antara “Hunter” berbangsa Cina yang menyertai program Kulai Food Trail : The First Chapter yang sedang berlangsung sekarang. Chayoook!!

24/07/2024

Assalamualaikum & Selamat Hari Rabu dan seterusnya…

18 Muharram 1446 H
24 Julai 2024

Just a reminder to all married people:

If you have promised ur wife or husband that you will love her 24/7

then today is 24/7

Jom Selawat

23/07/2024

Syukur dapat jumpa sahabat lama di IRDA dulu. Setelah meninjau investor2 di area Senai, IRDA, UTM dan beberapa wakil agensi kerajaan lain sanggup singgah lunch di Qulai Pizza hari ni walaupun next trip ke Larkin. Licin pizza, spaghetti olio, carbonara, lasagna dan chicken chop. Ada antara mereka ini pertama kali dan baru tahu kewujudan Qulai Pizza. Lepas ni diorang nak bawa family p**a. Siap kata tak boleh brain dapat makan western tapi suasana kampung. Healing katanya. Appreciate it all!

22/07/2024

Terbuka kepada semua. Nak part time 2 bulan boleh. Nak lama2 pun boleh.

22/07/2024

Dulu Pakcik bila haus masa main api, air manis mmg jadi minuman then pakcik realise ia tidak hilangkan haus pun. Now, pakcik amalkan minum ni hari2. Air sejuk campur lemon campur madu kelulut hasil ternakan kelulut kawan Pakcik, Aswad di Petri Jaya. So lepas ni kalau korang nampak pakcik leh tebang pokok dan potong kecik2 paling kurang 2 pokok sehari ke atau nmpk pakcik jogging guna pace pelari Kenya ke atau boleh lari atas air ke janganla korang terkejut ya. 😁

20/07/2024

Ini cara kita. Cara orang Kulai. Kita hanya usahawan kecil. Masing2 ada sebab berniaga. Sebab paling utama untuk sara hidup keluarga. Usahawan juga kena berani buat inisiatif sendiri. Kena berani berkolaborasi. Kena berani support each other. Kena berani percaya setiap orang ada rezeki masing2. Jangan terlalu bergantung pada kerajaan semata untuk berjaya. Kena berani usaha sendiri. Kena berani keluar dari kepompong mentaliti jumud kena bunuh pesaing sesama kita. Kena berani bersatu. Bersatu bukan dimulut ber retorik. Tapi bersatu dengan tindakan. Berjaya atau tidak itu cerita lain. Kena berani konsisten dengan apa kita buat.

Kita nak Kulai pop**ar. Kita nak Kulai benar2 Bandar Bahagia. Sebab ini tempat tinggal kita. Paling tidak Kulai Bahagia dengan makanan. Kita nak ramai pelancong datang ke kulai. Baik dari dalam negeri mahupun luar negara. Lagi ramai pelancong datang lagi besar rezeki untuk semua. Marilah kita sama2 jaga. Marilah kita mula sesuatu. Kita mulakan kecil. Sebab dari kecil lah biasanya akan jadi besar. Tiada yang dalam dunia ni terus besar. Kita yakin, kita usaha, kita tawakal insyaAllah tiada apa pun yang dapat kalahkan kita. Sebab semua rezeki adalah dari Nya!

19/07/2024

The First Chapter : Kulai Food Trail

Collect stamps and win prizes from participating outlet .. and the best part, Enjoy The Food!

16/07/2024

Pizza ni unik sebenarnya. Selain anak2 dapat belajar Matematik melalui pecahan, dalam bidang pengurusan, pemilik Amazon juga mengamalkan “2 pizza rule” dalam membentuk pasukan. Mengikut amalan Bezos, jumlah ahli dalam satu pasukan yang efektif dan efisien adalah bila 2 kotak pizza mencukupi untuk dimakan oleh staf dalam satu2 department. Flat vs Fat Organizational Structure.
Di US, pizza adalah makanan santai staf sepertimana kita di Malaysia ramai bos belanja makan pisang goreng petang2. So korang bagi staf korang makan apa? Kalau kalau korang jenis bagi portion Nasi Briyani Lambshank memang Pakcik angkat tangan la. I rest my case!

Photos from Qulai Pizza Kayu Api's post 16/07/2024

Rezeki kadang2 dalam pelbagai bentuk. Pakcik mmg tak pernah hire influencer atau bayar mana2 social media untuk promote Qulai Pizza. Kesemua yang pernah hadir dan scoop dalam social media adalah secara volunteer. Win-win bak orang Jawa kata. Diorang dapat konten, pakcik dapat exposure. Ada yang guna Qulai Pizza as konten awal mereka masa berjinak2 buat konten. Pakcik happy dapat menyumbang pada kejayaan mereka sekarang. Contohnya Makan Best Johor. Sampai skrg kitaorang friend. Kadangkala pakcik dapatkan info dari dia juga tentang trend2 makanan terkini yg b*k views dsbnya. At least pakcik tahu andai nak buka biz fnb yg lain apa menu2 yg sebenar2nya orang ramai cari.
Hari ni, ada page pop**ar dikalangan masyarakat Cina di Johor dan Singapura requested nak buat konten pasal Qulai Pizza. No charges. Pengerasnya hanya pizza dan menu untuk shooting je. Sebenarnya memang sekarang sangat konsisten pelanggan2 Cina datang dan makan di Qulai Pizza. Terutama bila Qulai Pizza banyak keluar dalam satu applikasi ala Tik Tok yang semakin mningkat naik dari China, Little Red Book atau Xiahongshu. Manala tau nanti lagi ramai Pelancong dari China nak datang Qulai Pizza kan.

Photos from Qulai Pizza Kayu Api's post 11/07/2024

Terima kasih rider Xmax dr Batu Pahat sudi pit stop makan pizza dan burger prosperity di Qulai Pizza malam ni. Safe ride bro & sis!

09/07/2024

Mengikuti perkongsian dan perbincangan isu-isu pertanian dan keterjaminan makanan rakyat Malaysia petang ni. Ada antara isu tersebut sudah lama sejak zaman Tun Razak lagi. Pada pakcik, mentaliti dan kaedah bekerja seharusnya sudah berubah baik pada agensi kerajaan mahupun petani. Kalau Thailand boleh, kenapa Malaysia tak boleh. To produce UNUSUAL Result, we have to work UNUSUALLY! Itu je sebenarnya.

Photos from Qulai Pizza Kayu Api's post 05/07/2024

Sadaqah Pizza Jumaat 05.07.2024
Menyampaikan hajat Saudari Rabbiatul Najua yang infaq pizza kepada anak yatim agar mendoakan untuk ayahnya, Rosman Abdul Rashid supaya diberi kekuatan dan kesihatan yang baik selepas affected by major stroke untuk kali ketiga hari ini disebabkan oleh high blood pressure. Semua pizza diserahkan kepada anak2 yatim yang tinggal di sekitar Senai berdasarkan list anak yatim SK Senai Utama. Pakcik harap rakan2 pakcik dalam FB ni mendoakan sama ya. Manakala infaq regular penyumbang kami iaitu pn Salina, sadaqahnya kami hantarkan ke masjid Ar-Abrar Taman Muhibah Saleng untuk jamaah Solat Jumaat.

Photos from Qulai Pizza Kayu Api's post 03/07/2024

Team PPD Kota Tinggi in da house tonite!
Seramai 43 staf PPD Kota Tinggi dinner di QP sebelum menaiki keretapi ke Dabong jam 9.15pm diketuai Tn PPD KT sendiri. Jarak hanya 700m dari stesen keretapi sementara Kulai memudahkan jadual mereka. Terima kasih Tuan Hairizan yang mengatur makan malam ini dan sempat juga mereka tapau beberapa kotak pizza untuk dijadikan bekal atas tren.
Terima kasih daun keladi. Nanti datang lagi. Bawa keluarga p**a sekali. Terima kasih!

29/06/2024

Teaser

Credit Chegu Azril

Photos from Qulai Pizza Kayu Api's post 27/06/2024

Bila korang g Legoland Malaysia, Dubai, Korea dan Jepun, korang tau tak yang semua Lego Model dalam bentuk bangunan ke jambatan ke airport ke dan lain2 tu semuanya di design dan pasang di Kulai? Lagi hebat ianya dihasilkan oleh anak2 muda Melayu di IPark, Indahpura. Background budak2 ni sebelum kerja bina Lego Model ni pelbagai. Ada yg SPM je. Ada Engineer. Ada Site Supervisor je. Ada fresh grad. Ada Penari Kebudayaan. Ada Chef dan macam2 lagi. Proses interview ada 2 bhg. Klu lepas the first mmg dah nk confirm dapat. Apa diorang buat masa interview first tu? Korang akan dibagi Lego dan bina apa sahaja. Proses first ni full day. Best tak? Mana ada interview kerja awal2 dah banyak main je.
Bila korang kerja p**ak, maksimum 40 jam seminggu jer, nak time off takde had, pakaian kerja casual setiap hari dan lepas tu kerja main lego bricks jer. Kalau designer p**ak kerjanya main software Lego. Klu cinematic dan effect p**ak kerjanya pasang lampu kt setiap lego model, tambah2 asap bagi mcm real dan mcm2 lagi. Starting salary pun RM3k utk level plg bawah. Tak campur perks and benefit lain lagi. Attrition rate tersangat rendah. Since buka 2012 dulu hanya 2 orang je berhenti. Masuk keje Singapore. Kita mmg tak boleh lawan Sing Dollar tp kita kena cari investor2 jenis mcm ni sbb sangat attractive utk youngsters. Lgpun brp ramai pun Singapore can accept foreigner kerja kt tmpt diorang. Pasti ada limit. Cuma bila peluang kerja menarik takde di Johor sbb itulah diorang lari ke tmpt lain. We need more semi skills and highly skilled jobs. We need more semi skilled and highly skilled business by investors.
Sebenarnya Pakcik dah lama tau pasal Merlin ni sejak 2012 lagi. Masa tu Pakcik ditanggungjawabkan oleh IRDA utk membangunkan bakat tenaga kerja untuk semua industri baru dan lama di Iskandar Malaysia. Masa Legoland nak dtg pakcik dan team lain dah jumpa and discuss dgn diorang nak cari Lego Builder. Senang cerita mana2 pelabur yang dah hampir confirm buka business di Iskandar dan Johor, pakcik akan jumpa mereka untuk memahami segala keperluan tenaga kerja baik dari segi kemahiran (skills), Job Description, jumlah job creation dan sbgnya. Ini penting utk pakcik faham dan kemudian berjumpa p**a dengan semua “Job Supplier” spt Pusat Kemahiran bawah kerajaan mahupun swasta, kolej komuniti, politeknik2 dan universiti2. Kalau kursus tu tak available maka pakcik akan design training dan collaborate dengan mana2 pusat latihan bersesuaian.
Sebenarnya, mana2 pelabur yang dah nak melabur, tiada alasan diorang kata Johor takde talent yg cukup. Kita ada masa yang cukup utk create talent sbb bila diorang sign, construction bangunan atau tempat diorang will take 2-3 years to complete. So cukup sangat kita train and develop talent utk diorang. Contohnya,macam masa pakcik layan Genting Group masa nak buat JPO, kitaorang siap buat training utk create manpower ikut requirement diorang. Walau pada asalnya mereka guna alasan budak2 Johor tak boleh kerja butik branded sbb customer skills dan language kurang siap nk recruit Filipino dan China bekerja di JPO tapi Pakcik bantah dan konfiden kata Pakcik boleh dapatkan local walau tak tau nak cari mana lagi waktu tu. Alhamdulillah, happy now setiap kali Pakcik g JPO semua budak2 Melayu dan lokal yg kerja situ sampai sekarang. Itu belum cerita masa mula2 nak buat Desaru Coast, puteri Harbour dan few places lagi. Macam2 cerita.
Panjang sangat dah pakcik bebel. My passion and forte mmg Human Capital Development dan Port Operations & Development. So now bila Johor announce nak buat Johor Singapore SEZ, Financial Hub di Forest City and Data Center di Sedenak dan Medini, Pakcik harap baik SMI mahupun team HC IRDA sekarang really buat core business diorang yang sebenar2nya. Facilitate, Coordinate & Monitor. Kalau nak Pakcik lead IRDA HC Team balik pun boleh hehehe manalah tau kalau Datuk Dr Badrul Hisham sudi nak amik Pakcik.
Takpelah Pakcik now tgh create dan develop talent staff2 pakcik kt Qulai Pizza ni. Majoriti diorang ni adalah Drop Outs. Form 2 dah berhenti sekolah. Pakcik nak diorang walaupun tiada SPM tapi satu hari nanti boleh jadi insan berjaya dalam career diorang. InsyaAllah.
Btw, Pakcik kat Merlin pagi tadi meeting dgn APAC Head of Human Capital diorang. Bulan September nanti pakcik nak buatkan teambuilding diorang. Utk staff Malaysia je dulu. Staf mereka kat HQ UK mungkin suatu hari nanti p**a. Manala tau kan. Pics dalam bangunan diorang mmg pakcik takleh share kt public. B*k Lego Model yang diorang tgh siapkan utk Legoland Park di Sichuan, Beijing, Shanghai dan Shenzhen. Tapi smptlah pakcik bergambar dgn x-gf Michelle Yeoh tadi. Kalau korang nak tahu Madame Tussauds adalah part of Merlin Group. Adios!

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Kulai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Selepas hujan. Pizza, Pasta and Semangat Merdeka!
Hebat Cikgu Adda! Dah nak complete Kulai Food Trail : The First Chapter’s Map. Bravooo!
The First Chapter : Kulai Food TrailCollect stamps and win prizes from participating outlet .. and the best part, Enjoy ...
Jangan kita terlalu gembira sedangkan masih ada di luar sana yang dah tak punya apa..
Semoga Raya ini baik2 sahaja untuk kita semua.
Woodfired Pizza Fun Class @ Qulai Pizza Kayu Api .Sempena cuti sekolah ni kalau sesiapa berminat nk kumpulkan anak2 adik...
TEASER : Prosperity QP Burger. Beef & Chicken!Daging oblong diperap bersama sos perapan blackpepper ala IKEA. Dibakar da...
Macamana 6 slices boleh tetibe jadi 5 slices jer ni.Bentuk still bulat..musykil sungguh!
Syahir ni seorang insan istimewa tapi peminat setia Pizza..pakcik pun baru2 belajar guna CapCut ni ( fuhh..dah berkurun ...
Selalunya pakcik yang lead the class. But today, pakcik bg peluang pada salah seorang staf pakcik, Iddin untuk lead the ...
Qulai Pizza bermula sebagai tempat mencari rezeki sekeluarga tapi dalam masa yang sama, kami berhasrat untuk mempopulark...
Jangan lupa tonton Nona di TV3 Ahad ini jam 2pm. Qulai Pizza in da house. Kita cerita tentang Pizza Asam Pedas Muo dibak...

Category

Website

Address


2023 Jalan Manggis Kampung Pertanian
Kulai
81000

Opening Hours

Tuesday 14:00 - 22:30
Wednesday 14:00 - 22:30
Thursday 14:00 - 22:30
Friday 14:00 - 22:30
Saturday 14:00 - 22:30
Sunday 14:00 - 22:30

Other Restaurants in Kulai (show all)
PLOKO PLOKO
No 123, Jalan Kenanga 29/6 Bandar Indarpura
Kulai, 81000

MLD F & B Group (M) Sdn Bhd: 202301008582 (1502503-M) Local Food 𝗚𝗮𝘁𝗵𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗨𝗻𝗱𝗲𝗿 𝗧𝗵𝗲 𝗧𝗿𝗲𝗲 🌳 𝗗𝗮𝗶𝗹𝘆 𝗢𝗽𝗲𝗻|𝗡𝗼 𝗣𝗼𝗿𝗸, 𝗡𝗼 𝗟𝗮𝗿𝗱 📍Kulai 📍Mount Austin 📍Permas Jaya We’re Muslim Friendly🧕🏻...

食之味私房菜馆 Restaurant Shi Zhi Wei 食之味私房菜馆 Restaurant Shi Zhi Wei
1412 Jalan Lagenda 51
Kulai, 81000

食之味私房菜馆提供传统的客家大埔腌面和家常私房菜。

Hashtag Burger - Homemade Patty Hashtag Burger - Homemade Patty
280, Jalan Perak 3, Taman Bersatu
Kulai, 81000

Serving Homemade Patty to Satisfy Your Hunger - Delivery provided

美食 美食
Kulai, 81400

《我爱大家,请大家帮忙分享,点赞,订阅,谢谢大家。完美的厨艺。》《I

Gerai Makan Ieka dan Mohd Kahar Gerai Makan Ieka dan Mohd Kahar
Kulai, 81000

foodpanda-gerai makan ieka -gerai makan mohd kahar grab - gerai makanan ieka self

吉面家 吉面家
Kulai, 81000

吉面家店面并没有刻意的装潢,就像普通的咖啡店那样简单朴素,不过里头?

CikDonat's bakery CikDonat's bakery
No. 51 Jalan Impiana 2, Taman Impiana Kelapa Sawit
Kulai, 81030

cake ,donat, roti dn pastry

Restaurant Nasi Arab Aysar Restaurant Nasi Arab Aysar
105, Jalan Kenanga 29/6, Bandar Indahpura
Kulai, 81000

The Cloud Restaurant金斗云 The Cloud Restaurant金斗云
No. 191, Jalan Kiambang 12
Kulai, 81000

全蛋云吞面或面薄,口味有原味,黑酱,辣酱,黑辣酱,麻辣,面汤等,也有猪脚醋,咖喱鸡,香菇鸡脚,生熟蛋,蒸面包,牛油咖啡…

Nasi Lemak Qulaifornia Nasi Lemak Qulaifornia
352 Jalan Kenanga 29/9
Kulai, 81000

HOH 美食坊 HOH 美食坊
1, Jalan Bunga Ros, Taman Sri Kulai Baru
Kulai, 81000

世间万物,唯有爱和美食不可辜负 人间烟火,唯有美食能够治愈人心 不负时光,”食“ 刻相伴。💪