Surau Ar-Raudhah Taman YPJ Kota Tinggi
Laman Facebook Rasmi Surau Ar-Raudhah Taman YPJ Kota Tinggi
syukur hujan rahmat terus membasahi bumi selatan
seperti mana tiap titis air hujan yang bersih itu turunnya dari awan yang mendung..
begitu juga manusia.
setiap orang itu, pasti ada turun naik imannya. ada s**a duka perjalanannya.
hidup ini, tak perlu sibuk nak bersaing dengan orang lain.
cukuplah bersaing dengan diri sendiri.
bersaing untuk jadi hamba-NYA yang lebih baik dari semalam. itu lebih baik.
jika semalam, masih ada yang kurang.
jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.
jom betulkan niat.bersihkan hati.
sama-sama kita pohon taufik dan hidayah Ilahi.
hati kita itu tempat tilik-NYA.
yang Allah nilai adalah hati.
baik hati, baiklah keseluruhannya.
semoga Allah pandu hati kita untuk sentiasa bertaubat kepada-NYA.
assalamualaikum donia, pagi semua kehidupan.
rezeki ini sifatnya kita nampak.
banyak masa, banyak gumbira, banyak harta,
pakaian, makanan, gaya hidup, bahagia, kesihatan.
semua kita boleh nampak. sebab itu kita sentiasa kejar, kejar dan kejar.
yang kita tak nampak itu adalah pengampunan, taubat, diampuni, dihapuskan dosa-dosa kita. sebab itu kita tak kejar yang itu.
sedangkan mahu rezeki banyak, sedap, seronok, bahagia dan diredai Allah itu ada di pengampunan dosa-dosa kita.
sebab itu kita diminta istighfar sentiasa.
sedang Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pun beristighfar setiap hari, inikan kita yang banyak dosa.
daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”
jadi, istighfar dan memohonlah dari Allah setiap masa untuk dosa kita ini diampuni dan dihapuskan.
dapat taubat.rezeki juga mendekat.
begitulah
kekal hamba
sebutan Lafaz Allah (Lafz Jalalah)
jom sama-sama kita usaha & baiki macam mana cara sebutan lafaz Allah yang betul.
semoga bermanfaat.
sama-sama kita berazam istiqomah amalkan zikir pagi & petang. tak dapat buat semua jangan tinggal semua.
paling tidak pun bacalah 100x سبحان الله وبحمده
assalamualaikum donia. pagi semua yang berusaha
Kita dah berada di penghujung 2023.
Ambil waktu muhasabah diri. Rancang tahun baru yang akan datang untuk jadi muslim yang lebih baik.
assalamualaikum donia, pagi semua yang berusaha.
pesan ustaz azam tahun baru kena berazam baiki solat. Macam mana nak baiki SOLAT???
Kena baiki WUDU' dulu. kena khusyu' wudu', kena baiki bacaan solat, kena tahu makna setiap bacaan dalam solat.
baru la boleh dapat khusyu' solat.
jommm sama-sama baiki ibadah kita.
Pagi jumaat ni, minta Tuhan berkahi rezeki yang ada sebelum keluar cari rezeki.
antara caranya dengan bersedekah. kami doakan yang amalkan petua ini, Allah lipatgandakan rezeki langit & bumi dan seluruh isinya kepada anda,
آمين اللهم آمين يارب العالمين
sumbangan secara terus boleh dibuat melalui
BANK RAKYAT
SURAU AR RAUDHAH PPAIM TAMAN YPJ
1102056424
REF: INFAQ AWNING
untuk maklumat lanjut boleh hubungi ajk yang terlibat.
https://bit.ly/wakafawningArRaudah
https://bit.ly/infaqawningArRaudah
http://bit.ly/sedekahawningArRaudah
share posting ini juga satu sedekah
assalamualaikum, salam jummah mubarak & selamat pagi semua manusia2 yang ajaib 🫶
adakala orang yang memiliki masa silam paling buruk akan jadi paling baik di masa hadapan.
- Saidina Umar al-Khattab (RA) -
terus buat baik di mana pun kita berada.
selagi ia membawa kebaikan, teruskan, jangan berhenti dan tegapkan diri.
baik, ambil, tak baik, ambil, semuanya mesti dikira sebagai sebuah pelajaran bermakna.
ujian datang dan pergi, semua juga begitu.
assalamualaikum doniaa
pagi semua jiwa jiwa yang baik.
Selamat tinggal buat penghina agamawan, ulama dan penceramah agama. Kita takkan boleh duduk semeja atau bertapak dalam persahabatan di alam maya mahupun realiti. kami kekal bersama ulama dan agamawan.
andai dikumpulkan semua air di dunia sama ada air laut sekalipun tidak akan dapat memadamkan api neraka.
tetapi dengan air mata walau sebesar kepala lalat sekalipun yang keluar kerana takutkan Allah, dapat menyelamatkan kita dari neraka jahannam.
orang beriman itu, tidak mahu masuk neraka walaupun hanya sekejap.
tidak ada dalam hatinya perasaan 'tak mengapalah, aku masuk neraka sekejap, then aku keluar '.
neraka bukan macam FB, Tiktok mahupun IG yang boleh log in dan log out ses**a hati
assalamualaikum donia, pagi semua yang berusaha
𝐓𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐊𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐢𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐃𝐚𝐣𝐣𝐚𝐥.
Pada zaman Rasulullah SAW, terdapat seorang lelaki yang bernama Tamim ad Dari telah memberitahu kepada Baginda SAW bahawa beliau menjumpai al Masih Dajjal di sebuah kepulauan tempat terbenamnya matahari. Saat beliau bertemu dengan al Masih Dajjal, beliau ditanya beberapa soalan kepadanya. Kisah ini telah dijelaskan dalam sebuah hadis yang panjang diriwayatkan oleh Fatimah binti Qais RA. Persoalan yang ditanya oleh al Masih Dajjal kepada Tamim ad Dari ialah:
Dajjal: "Beritahu kepada aku tentang pokok kurma yang ada di Daerah Baisan"
Tamim ad Dari: "Apa yang kamu ingin tahu tentangnya?"
Dajjal: "Aku ingin tahu sama ada pokok kurma itu sudah berbuah ataupun tidak"
Tamim ad Dari: "Ya"
Dajjal: "Adapun pokok kurma itu, maka hampir saja tidak akan berbuah lagi. Beritahu kepada aku tentang sebuah tasik bernama Galilee."
Tamim ad Dari: "Apa yang kamu ingin tahu tentangnya?"
Dajjal: "Apakah ia masih tetap mempunyai air"
Tamim ad Dari: "Airnya masih banyak"
Dajjal: "Adapun airnya, maka hampir sahaja akan habis. Beritahu kepada aku tentang mata air Zugar"
Tamim ad Dari: "Apa yang kamu ingin tahu tentangnya?"
Dajjal: "Apakah di sana masih ada air dan penduduk di sana masih bertani dengan menggunakan air dari mata air Zugar itu?"
Tamim ad Dari: "Benar, ia berair dengan banyak dan penduduknya bertani menggunakan air mata tersebut"
Dajjal: "Beritahu kepada aku tentang Nabi yang ummi (tidak boleh menulis dan membaca), apakah yang dia telah lakukan?"
Tamim ad Dari: "Dia telah keluar dari Makkah dan menetap di Yathrib (Madinah)"
Dajjal: "Apakah dia ditentang oleh orang-orang Arab?"
Tamim ad Dari: "Ya"
Dajjal: "Apakah yang dia lakukan terhadap mereka?"
Maka kami (Tamim ad Dari) memberitahu kepadanya bahawa Nabi itu telah menundukkan orang-orang Arab yang bersama dengannya dan mereka mentaatinya.
Lalu ia berkata: "Apakah itu semua telah berlaku?"
Kami menjawab: "Ya"
Dajjal: "Sesungguhnya adalah lebih baik bagi mereka itu mentaatinya (Nabi) dan sesungguhnya aku akan mengatakan kepada kamu tentang diriku. Aku adalah al Masih Dajjal. Dan sesungguhnya aku hampir sahaja dibenarkan untuk keluar. Maka aku akan keluar dan berjalan di muka bumi ini dan tidak ada satu pun negeri kecuali aku memasukinya dalam masa empat puluh malam selain Makkah dan Thaibah (Madinah). Kedua-dua negeri itu terlarang bagiku. Setiap kali aku ingin memasuki salah satu daripada negeri itu, maka aku akan dihalang oleh Malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan sangatlah tajam untuk menghalau aku dari kedua-dua negeri tersebut. Dan di setiap jalan-jalan yang ada di Kota Madinah, terdapat beberapa malaikat yang menjaganya."
Selepas sahaja Nabi Muhammad SAW bercerita tentang kisah Tamim ad Dari bertemu dengan Dajjal, Rasulullah SAW bersabda sambil menghentakkan tongkat Baginda di atas mimbar: "Inilah Thaibah, inilah Thaibah, inilah Thaibah (iaitu Kota Madinah). Bukankah aku sudah memberitahu kepada kamu tentang perkara itu?"
Para sahabat Nabi SAW menjawab: "Benar"
Baginda SAW bersabda: "Aku tertarik dengan apa yang disampaikan oleh Tamim ad Dari kerana ia bersesuaian dengan apa yang pernah aku sampaikan kepada kamu tentang dia (Dajjal) dan tentang Madinah dan Makkah. Ketahuilah, tempatnya (Dajjal) terletak di laut Syam atau laut Yaman. Ia datang dari arah Timur, dari arah Timur, dari arah Timur." Rasulullah SAW mengisyaratkan tangannya kepada arah Timur." (Hadis Riwayat Muslim)
Perceritaan seperti ini bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan umat Islam, bahkan ia adalah sebagai peringatan buat kita agar kita mendapat kesedaran untuk melakukan persiapan diri bagi menghadapi fitnah akhir zaman khususnya fitnah al Masih Dajjal. Semoga kita semua dipelihara oleh Allah SWT daripada fitnah dunia dan akhirat. Wallahu'alam.
Ditulis oleh Musytaq al Sha'ari, pendakwah bebas
Solat di Afrika suhu boleh mencecah sehingga 50 darjah Celsius, kita yang kat Malaysia ni masjid dah sediakan aircond keliling pun masjid tapi ramai yang tak hadir 😌😌
Ya Allah ampunilah kami
ingat pesan baginda ﷺ , akan hadis daripada Abu Sa'id al-Khudri RA, sabda Rasulullah ﷺ
"kalian benar-benar akan mengikut jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian akan memasukinya.
kami (iaitu kalangan sahabat) bertanya: "Ya Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?
Baginda SAW menjawab: "Siapa lagi (kalau bukan mereka)? "
Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim
assalamualaikum donia, pagi semua yang berusaha.
Jom datang awal ke masjid
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ، ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً ،
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka dia seakan-akan berkorban dengan unta,
وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً ،
sesiapa yang pergi pada masa yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu betina,
وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ ،
dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk,
وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً ،
dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam,
وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً ،
dan sesiapa yang pergi pada masa yang kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur.
فَإِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ حَضَرَتِ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ “
dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah), maka para Malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah).
al-Bukhari: 881 dan Muslim: 850
Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi
=======
1. Pada hari jumaat ini perbanyakkanlah berselawat. Mereka yang banyak berselawat akan diampunkan dosa mereka. Perkara ini direkodkan dalam sebuah hadis Nabi yang menceritakan tentang kisah Saidina Ubai bin Ka’ab yang bertanya kepada Rasulullah tentang berapa banyak selawat yang seharusnya di ungkapkan ke atas Baginda Nabi.
2. Saidina Ubai bertanya kepada Rasulullah:
يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلاَةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلاَتِي؟
“Wahai Rasulullah, aku ingin memperbanyak berselawat ke atasmu. Berapa banyak aku harus berselawat kepadamu dalam doaku? Lalu Rasulullah bersabda: Terserah kepadamu wahai Ubai.
3. Ubai menyebutkan beberapa bilangan dan Rasulullah hanya menjawab: Terserah kepadamu. Sehinggalah di hujung dialog tersebut Ubai bertekad untuk menjadikan seluruh doanya mengandungi selawat kepada Baginda Nabi. Lalu Rasulullah bersabda:
إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ، وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ
“Jika demikian, Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu.” (HR al-Tirmizi - dinilai Hasan)
4. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah. Allah dan para malaikat turut mengucapkan selawat ke atas Nabi. Selawat bukan sahaja menjadikan kita lebih dekat dengan Rasulullah, bahkan dosa kita berupaya di ampunkan.
Semoga Allah membimbing kita.
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد
assalamualaikum donia, salam jummah mubarak wahai umat Nabi Muhammad SAW
dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.
semoga kita adalah anak anak soleh yang di maksudkan itu.
jom sama-sama kita ambil ruang dan peluang yang ada. jom imarah & ibrah.
kita sangat nak menunjuk kebaikan sebab kita sendiri tahu betapa banyak keburukan kita yang telah Tuhan sembunyikan.
maka kita sehabis baiklah membuktikan yang kita ini baik.
sedang kalau Tuhan bongkarkan semuanya, entah berani atau tidak kita nak angkat muka.
jadi kawan kawan,
tidak mengangkat diri sendiri itu yang lebih baik. dan sebaiknya saat melihat orang lain berbuat salah kita tidak lebih-lebih komen atau mengata.
sebab kita selalu ingat, buruk kita ada. jahat kita pun ada. cuma Tuhan simpan.
begitulah.
assalamualaikum doniaa, pagi semua kehidupan.
PENUBUHAN PENGURUSAN KHAIRAT KEMATIAN DAN JENAZAH TAMAN YPJ
tidur itu mati sementara
mati itu tidur selama lamanya..
assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua ahli kariah Surau Ar Raudah dan penduduk Taman YPJ .
semoga sentiasa dalam pemeliharaan serta rahmat Allah hingga ke jannahNYA
s**acita dimaklumkan bahawa pihak jawatankuasa surau akan menubuhkan Khairat Kematian dan Pengurusan Jenazah bagi penduduk Taman YPJ.
Khairat Kematian adalah sebuah tabung sumbangan yang bertujuan membantu meringankan beban kewangan ahli keluarga bagi tujuan pengurusan jenazah.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوٰى ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوٰنِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNYA (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)."
(QS. Al-Ma'idah 5: Ayat 2)
oleh yang demikian, kami ingin menjemput semua ahli kariah & jemaah penduduk untuk menyertai khairat kematian bagi menggalakkan sikap saling tolong-menolong sesama Islam demi memudahkan tuntutan Fardhu Kifayah yakni menguruskan jenazah apabila berlaku kematian dari kalangan ahli kariah.
untuk makluman semua, insya Allah Tabung Kebajikan Khairat Kematian Taman YPJ akan bermula pada Januari 2024 .
boleh rujuk info grafik dan tekan link dibawah untuk sebarang maklumat
https://bit.ly/khairatkematianTmnYPJ
https://bit.ly/KhairatKematianJalan1
http://bit.ly/KhairatKematianJalan2
http://bit.ly/KhairatKematianJalan3
http://bit.ly/KhairatKematianJalan4
http://bit.ly/KhairatKematianJalan5
marilah kita saling bekerjasama & tolong menolong ringankan beban ahli keluarga kariah apabila berlaku kematian dengan menyertai khairat kematian.
semoga kita sama-sama jadi menjadi agen pengembang, membina wasilah seorang yang beriman lagi bertakwa.
2 bacaan wirid harian yang akan mengembirakan si pengamalnya ketika dia melihat catatan amalnya dineraca mizan kelak.
👇👇👇👇
Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.
HR Thobrani
jom semak solat kita
ISTIQOMAH ZIKIR PAGI
Tekun, sabar, istiqomah..PASTI BERUNTUNG.
Neraka telah diharamkan dari membakar umat Nabi ﷺ yang ada mengamalkan amalan ini secara istiqomah.
lihat komen 👇
bila Allah gerakkan hati kita untuk bersedekah, maknanya Allah nak tambah rezeki kita & bantu mudahkan urusan kita dunia & akhirat. kami doakan anda orang yang terpilih untuk mendapat nikmat ini, amiin
jemput infaq awning untuk kegunaan 300± jemaah.
semoga Allah gandakan hasanah buat semua pewakaf, penderma.
sama sama kita raih berkah pahala sedekah, infaq & wakaf.
untuk maklumat lanjut boleh hubungi ajk yang terlibat.
https://bit.ly/wakafawningArRaudah
https://bit.ly/infaqawningArRaudah
http://bit.ly/sedekahawningArRaudah
share posting ini juga satu sedekah
pasti ramai mengamalkan bacaan 10 ayat awal surah Kahfi kerana manfaatnya sangat besar
“barangsiapa yang memelihara (beramal) 10 ayat dari awal surah al-Kahfi, dia terlindung dari Dajjal”
Hadith riwayat Muslim
juragan nak share ada satu doa POWER yang di dalamnya iaitu pada ayat 10 :
رَبَّنَآ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا
"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMU serta pimpin, permudah & sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami"
sebelum kita memahami kepentingan doa ini, kita sama-sama selusuri latar belakangnya dahulu.
doa ini diminta oleh pemuda ashabul Kahfi, beberapa remaja yang berlindung ke gua kerana khuatirkan pemerintah zalim yang memaksa mereka murtad.
remaja ini hatinya baik. s**a buat baik. mereka lari ke gua untuk mempertahankan iman. keberanian luarbiasa kerana susah nak jumpa remaja yang sejak muda dah s**a agama.
Alhamdulillah.
walau dalam keadaan sebegitu, mereka masih harapkan Tuhan tambahkan kebaikan dalam usaha mereka.
minta Tuhan luruskan niat, lindungi mereka & akhiri semuanya dengan kebaikan.
apa relevan doa ini dengan kehidupan kita sekarang?
doa ini POWER kawan.
ia amat penting untuk kita amal & baca setiap hari lepas solat kerana di dalamnya, kita sedang meminta 3 PERKARA.
Kita doa '3 in 1' lah iaitu :
- doa agar kekal hidup dalam kebaikan,
- doa agar ditambahbaik kebaikan yg dilakukan
- doa agar jangan terpengaruh hingga 'ter'buat lagha semula
Kita ni alhamdulillah semuanya dah berubah. Dah s**a buat baik. Jika dulu solat selalu tinggal, sekarang qiamullail sempat setiap hari. Jika dulu mengaji merangkak, sekarang dah lancar. Jika dulu hati cenderung buat maksiat, sekarang nak buat maksiat pun hati dah tak syok.
semua ini nikmat mahal kawan .
nikmat S**A AGAMA.
nikmat dikurniakan hidayah & dilembutkan hati senang buat ketaatan.
Allah dah bantu ubah hidup kita s**akan kebaikan & bencikan maksiat.
Alhamdulillah syukur, syukur.
cuma pesan ulama, kita jangan alpa & leka. walaupun sekarang dah baik tapi kita perlu berdoa juga sebab syaitan masih ada 'trick'nya yang lain.
Syaitan ni, orang lagha pun dia boleh tipu, para abid & ulama pun dia boleh pesongkan.
jadi sama sama kita baca doa ni dengan niat berikut :
Ya Allah, terima kasih kerana Engkau bantu aku berubah. aku sangat hargai nikmat hidup beragama ni.
cuma aku mohon sangat-sangat dariMu Ya Rahman, dalam keadaan hatiku dah s**akan kebaikan, mohon Engkau tambah lagi kebaikan di dalamnya.
Mohon Engkau terima segala amal solehku. Mohon Engkau jaga hatiku agar tidak kembali terpesong.
jika dulu aku terpesong banyak buat maksiat, sekarang aku tak mahu terpesong buat baik tapi membuahkan kemurkaan.
aku tak mahu buat baik tapi hatiku riya'. aku tak mahu buat baik tapi niatku tak ikhlas atau usaha kebaikanku hanya suam-suam kuku.
aku tak mahu sekarang buat baik, tapi pengakhiranku bukan husnul khatimah. Mohon Ya Robbi, lindungiku dari semua ujian ini, Amin.
begitulah kawan semua kefahaman doa ini.
rupanya, doa ini membantu kita memandu & mengawal niat agar nikmat hidup beragama yang kita jalani sekarang Allah redhai,
Allah bantu tambah petunjukNYA & Allah akhiri hidup kita dengan husnul khatimah, Amin. Amin Ya Robb.
assalamualaikum donia, salam jumaat mubarak dan selamat pagi semua yang berusaha
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد وعلى
KELEBIHAN BAGI ORANG YANG MENGAMALKAN ZIKIR PAGI & PETANG ADALAH MENJADI PERISAI BAGI DIRINYA
Perisai dari APA?
1. Perisai dari gangguan jin & sihir.
2. Perisai dari musibah dan bencana
3. Perisai dari penyakit
4. Perisai dari kezaliman
5. Perisai dari kemiskinan
6. Perisai dari kemaksiatan
7. Perisai dari azab kubur dan neraka
Maka beruntunglah bagi mereka yang bersungguh istiqomah dengan amalan ini.
ISTIQOMAH ZIKIR PAGI.
assalamualaikum donia
pagi semua yang berusaha
sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya.
Al-A'raf, 56
kawan
yakinlah bahawa rahmat Allah SWT mengatasi kemurkaan-NYA.
sepertimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW:
tatkala Allah mencipta makhluk-NYA, DIA (Allah) menulis dalam kitab-NYA, yang kitab itu terletak di sisi-NYA di atas 'Arasy
sesungguhnya rahmat-KU lebih mendahului kemurkaan-KU"
muttafaq 'alaih
Sejauh-jauhnya kita, fitrahnya adalah kembali dan mendekat pada kebaikan. Jika tersesat, baliklah semula dengan jalan taubat.🙂
jom pujuk hati jadi orang yang s**a buat baik.
bukan sebab kita dah cukup baik tapi kita sedang berusaha jadi orang yang lebih baik.
assalamualaikum doniaa, pagi semua manusia2 yang ajaib.
ISTIQOMAH ZIKIR PAGI
Ada ibu-bapa, brotha & sis yang nak ikut kami pergi kelas mengaji dewasa harini?
nak ikut kan. kan. kan. ?☺️
port macam biasa gaiss.
Surau Ar-Raudhah Taman YPJ Kota Tinggi
kita belajar macam mana nak mengaji dengan lancar, mudah & seronok.
sangat2 kurang untung kalau kita tak ambil peluang ni.
sebab Al Quran ni akan datang sebagai penolong kita kepada sesiapa yang membaca & mengamalkannya di akhirat kelak
dibimbing oleh Ustaz Fizi Yahya kita yang ohsem . masyaAllah best.
belajar niat untuk dapat redha Allah. InsyaAllah 🫶🤲🏻🤲🏻..
jumpa malam ni hoccay
yang nak sama-sama rebut pahala berganda boleh infaq seikhlas hati
BANK RAKYAT
SURAU AR RAUDHAH PPAIM TAMAN YPJ
1102056424
REF: TAHSIN AL QURAN
dan ingatlah AKU banyak banyak agar kamu beruntung
Al Jumuah 10
hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.
ALLAH akan ampunkan dosa kita tau kalau kita solat jumaat.
Ini yang kita semua mahu kan??
daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda
solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagi mana tidak melakukan dosa besar.
salam jumaat mubarak semua yang berusaha
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد
Orang bersyukur, hatinya penuh damai, mudah menghargai & memberi. kami doakan begitulah hati anda, amin.
Jemput zahirkan syukur sempena jumaat dengan infaq wakaf awning.
semoga makin melimpah rezeki kita semua.
untuk maklumat lanjut boleh hubungi ajk yang terlibat.
https://bit.ly/wakafawningArRaudah
https://bit.ly/infaqawningArRaudah
http://bit.ly/sedekahawningArRaudah
PS. Semoga Allah gerakkan hati Dato / Tuan / Puan / Encik / Cik untuk bantu surau kami ni. Semoga murah rezeki dan dirahmati Allah selalu. Amin.
Jangan lupa komen DONE ✅ supaya ramai lagi kawan2 yg tahu tentang peluang saham akhirat ini. Tolong kongsikan juga posting ini ye 🙏🏻
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد
DAHSYATNYA FADHILAT MEMBACA SAYYIDUL ISTIGHFAR
Alhamdulillah, lapangnya dada lepas baca Sayyidul Istighfar. Ini adalah amalan yang akan mematikan sipengamalnya di dalam Husnol Khotimah (Kematian yang baik).
Kata Nabi ﷺ , barangsiapa yang membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Segala Istighfar) ini SEKALI diwaktu pagi, baca DENGAN penghayatan dan tadabbur maknanya yakin dengan janjiNYA, maka sekiranya ditakdirkan dia mati (pada hari itu) sebelum petang maka dia akan mati di dalam keadaan dijamin Syurga.
begitu juga sekiranya seseorang itu membacanya SEKALI dipetang hari, lalu jika dia meninggal sebelum pagi, maka dia telah meletakkan kematiannya di dalam Husnol Khotimah (dijamin Syurga).
Al Bukhari 7/150
ajomm kita sama-sama amalkan zikir pagi & petang ini, takut terlepas. risau kalau terlupa baca.
kita tak tahu bila kita mati, dan tak tahu keadaan macam mana kita akan mati.
sekurang-kurangnya kita parking kematian kita di dalam kematian yang baik dengan kita amalkan Sayyidul Istighfar ini.
masyaaa Allah dahsyat kalimah ni.
lafadz keampunan yang tidak ada lagi sehebat dari lafadz ini.
sangat-sangat kurang untung jika tak amal.
assalamualaikum donia.
pagi semua yang berusaha
sebagai orang Islam, visi kehidupan tak terbatas di dunia saja tapi melampaui kehidupan ukhrawi.
kalau kita benar-benar beriman pada rukun iman, maka kita sedar ada kehidupan lain setelah kehidupan dunia berakhir.
sebenarnya tak ada ruang untuk kita berhenti berharap atau putus asa kalau kita gagal di dunia.
kerana Allah dah janji berharaplah kepadaKU, nescaya AKU perkenankan harapanmu" Al-Mukmin, 60
Allah uji niat dan usaha baik kita bukan kerana DIA tak s**a, tetapi DIA tak pernah janjikan pun apa yang kita niatkan, apa yang kita ikhtiarkan akan dapat hasilnya jam-jam tu jugak.
Plan Allah lebih hebat dari our plan.
Oleh sebab itu, logik kalau kita dilarang berhenti berharap.
halangan dari niat baik dah tentu ada.
Kalau niat baik takde halangan, dah tentu dakwah para Nabi semuanya smooth sailing.
tapi tak berlaku macam tu.
kerja-kerja dakwah Nabi dan Rasul semuanya tempuh jalan yang sangat susah.
Itu Nabi, kekasih Allah. Masih diberikan halangan.
kita, Nabi bukan, Imam bukan, jadi makmum pun kadang-kadang, tapi nak segalanya senang. logik kan?
assalamualaikum donia. pagi semua yang berusaha
JUMAAT. mencari 200 orang ikhlas infak hanya RM100 untuk awning tambahan untuk 300+ jemaah . Jom sama2 kita bantu 👇
sabar level paling rendah adalah sabar menghadapi ujian hidup.
itulah sabar level paling bawah.
tapi inipun kita ramai yang terbabas.
kalau dapat bersabar dengan ujian hidup ni pun dah hebat.
sabar level atas lagi dari tu adalah sabar meninggalkan dosa.
apa juga dosa , you name it.
kalau ikut pemahaman, inilah sabar level-level orang yang sedang berhijrah dan bertaubat.
selepas kita berhijrah, akan masuk fasa istiqomah.
inilah level yang kita kena tempuh.
patut la istiqomah itu sangat berat.
sebab nak tinggalkan dosa itu tak mudah.
lagi jaman sekarang ni, bukan senang kita nak elakkan diri dari dosa
nak bersabar dari menyampai-nyampaikan cerita, menulis yang bukan-bukan, provakasi, debat - payah.
lagi kalau kita nampak orang lain dipuji-puji sedangkan kita tau dia bukan orang yang selayaknya dipuji.
membuak-buak rasanya nak bagitau semua orang.
senang tak bersabar dalam keadaan macam ni?
dan selalunya, nak tutup aib sendiri senang, tapi nak tutup aib orang lain susah gila.
pelik juga eh bila pikir-pikir balik.
kita boleh tutup aib sendiri tapi bila part tutup aib orang tak tau lah kenapa, payah nau rasanya.
tak ada manusia yang sempurna. selalu ada je kekurangan.
muka cantik, tapi mulut macam bawang holland
boleh kuasai ilmu dengan baik, tapi tak boleh kuasai emosi.
kuat di satu sudut, tapi lemah di sudut lain.
even kita berada dalam kedudukan dan situasi yang sama, kita tidak lebih baik daripada orang yang kita nilai.
Ego manusia cenderung untuk kata "aku lebih baik dari dia".
ini yang buat penilaian kita sangat tidak adil.
kesalahan dan kekurangan orang lain sangat jelas, tapi kekurangan diri sendiri tak pernah dilihat.
di sinilah ujiannya.
sebenarnya, kalau bukan kerana rahmat Allah tutup buruk kita, dah tentu orang akan nampak aib kita kat mana.
assalamualaikum donia. Salam Jumaat semua yang berusaha.
اللهم صل على محمد وعلى ال محمد
kami
manusia yang banyak dan selalu buat dosa
jangan memandang rendah amalan orang lain & menganggap diri kita lebih mulia.
Inilah sifat UJUB yang menyebabkan amalan & kebaikan seseorang itu DIBUANG.
assalamualaikum doniaa
pagi semua yang berusaha.
Witir jangan tinggal, bacalah Al Mulk & lawan diri untuk bangun Tahajjud. Sedarilah akhirat nanti tiada ruang lagi untuk beramal.
Alhamdulillah for another blessed day.
setiap hari penuh dengan keajaiban.
bersyukur masih ada kudrat untuk berusaha.
kita sendiri tentukan sama ada kita terus mahu terperuk di dalam zon selesa atau kita jalan terus menuju cita-cita.
kita semua nak sama sama berjaya.
jom ubah mindset, ubah tindakan ubah semuanya.
semoga usaha kita membawa kepada kejayaan yang diredhai Allah.
assalamualaikum doniaa
pagi semua yang berusaha.
dosa kita semua tak sama. yang pasti kita ada dosa masing2.
jom selalu mohon keampunan dari Allah , jangan rasa diri baik sampai tiada dosa.
kita bukan nabi yang maksum dari segala dosa.
assalamualaikum donia pagi semua yang berusaha 💪💪
إنا لله وإنا إليه راجعون
الفاتحه
tidur itu mati sementara, mati itu tidur selama lamanya.
beruntungnya pakcik ni, dijemput Allah di hari Jumaat yang penuh barokah.
semua ini dalam rahsia Allah. Allah yang menilai.
Adalah amalan kecil tapi istiqomah yang menjadi amalan mereka yang Allah pilih untuk memuliakan kematian seseorang.
Sebab itu guru saya selalu pesan;
Bukan besarnya amalan yang dipandang hebat, tapi macam mana kita mempertahankan sekecil-kecil amalan.
Amalan kecil yang berkekalan. Dibuat tanpa henti dan sampai jadi habit.
Maka, berdoalah kita akan ada amalan kecil yang kita berjaya amalkan sampai kita sungguh-sungguh jadi istiqomah dalam beramal.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
Jalan Kota Tinggi
Kulai
81000
Batu 21, Jalan Ayer Hitam
Kulai, 81000
Surau an-Nur merupakan surau rasmi SMK Tunku Abdul Rahman Putra.