Pejabat Penerangan Daerah Kulai
Nearby public figures
81000
81000
81000
81030
kulai
Kulai
Kulaijaya, Kulai Jaya
Malaysia Johor Kulai
kulai
81000
81000
Laman Rasmi Pejabat Penerangan Daerah Kulai
Untuk maklumat cuaca terkini, anda boleh dapatkan di www.met.gov.my atau melalui aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.
Terkait definisi T15 yang membabitkan penyasaran subsidi RON95, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim tegaskan bahawa kadar pendapatan isi rumah T15, iaitu golongan 15 peratus paling kaya di negara ini, masih belum dimuktamadkan.
Kerajaan maklum bahawa kumpulan T15 yang ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan (DOSM) ketika ini, iaitu pendapatan bulanan isi rumah sekurang-kurangnya RM13,000, adalah agak rendah.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB Dato' Sri Fadillah Yusof berkata, air bakal menjadi aset ekonomi yang signifikan, kerana potensinya untuk menjana pendapatan adalah besar meskipun buat masa ini pengurusannya belum memberikan pulangan ekonomi yang optimum.
Inilah yang terbaik untuk 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺.
Pegawai Awam yang berintegriti, menyumbang ke arah peningkatan produktiviti, bekerja dengan baik, berdisiplin dan tidak menyalahi undang-undang, tidak perlu khuatir.
𝘌𝘹𝘪𝘵 𝘗𝘰𝘭𝘪𝘤𝘺 ini bukanlah anda terus dibuang, akan ada proses pemantauan dan penilaian semula dalam tempoh yang ditetapkan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang berkata, program berkenaan bertujuan membina asas yang kukuh untuk melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi selain dalam usaha memupuk minat golongan itu terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, langkah itu akan dilaksanakan segera memandangkan FIM bakal memasuki siri 3 pada bulan depan.
Saya, Datuk Fauzi Md Isa (KSU Kementerian Komunikasi) dan Tan Sri Salim (Pengerusi MCMC) telah mengadakan pertemuan dengan Rafael Frankel (Pengarah Dasar Awam Meta Asia Tenggara) dan pasukan Meta petang semalam.
Perbincangan kami berkisar kepada kesiapsiagaan semua pihak bagi penguatkuasaan pelesenan platform media sosial dan sistem pemesejan Internet bermula 1 Januari 2025.
Pihak Meta menyuarakan pandangan mengenai pematuhan yang perlu dipenuhi untuk melaksanakan syarat-syarat ditetapkan, termasuk Kod Tatalaku dan Akta Keselamatan Dalam Talian belum mereka teliti sepenuhnya.
Saya telah mengingatkan Meta bahawa niat Kerajaan mengenakan lesen ini adalah untuk menangani isu jenayah yang berhijrah ke media sosial, termasuk scam, judi dalam talian, buli siber, dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Namun saya beri komitmen untuk mendengar pandangan semua platform media sosial, memandangkan lesen yang bakal dikenakan adalah lesen kelas (Class License).
Lesen ini dikenakan kepada semua platform yang memenuhi syarat-syarat, termasuk yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 juta pengguna di Malaysia.
Pihak Meta telah bersetuju untuk menyediakan maklum balas kepada draf Kod Tatalaku yang telah diterbitkan pada 22 Oktober lalu, dan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan MCMC pada awal minggu hadapan untuk meneliti beberapa aspek dengan lebih terperinci.
Saya terima baik kesediaan pihak Meta untuk terus bekerjasama dalam isu pelesenan ini.
Bagaimanapun, saya turut menegur pihak Meta kerana masih gagal menangani jenayah pedofilia dan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming), khususnya di platform Facebook.
Meta perlu jauh lebih proaktif dalam membanteras kumpulan-kumpulan di akaun media sosial Meta yang menjurus kepada aktiviti jenayah seksual tersebut.
Kerajaan MADANI akan terus pastikan platform media sosial tegas dalam menangani jenayah dalam talian demi Internet yang lebih selamat untuk semua terutama kanak-kanak dan keluarga.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan terus mempertahankan kepentingan 85 peratus rakyat dalam pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 yang dicadangkan pada pertengahan tahun depan.
DBOOK PENERANGAN | RISALAH MANFAAT BELANJAWAN 2025 MALAYSIA MADANI
https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=risalah-manfaat-belanjawan-2025
Jabatan Penerangan Malaysia dan seluruh warganya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali!
Semoga perayaan ini membawa sinar cahaya keamanan, kesejahteraan, kebahagiaan dan keafiatan kepada semua penganut agama Hindu di Malaysia.
Lebih 70 ribu guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut akan menerima sumbangan khas 500 ringgit dengan peruntukan 35 juta ringgit.
Air banjir boleh menjadi punca penyakit dan kemalangan jiwa. Oleh itu, jangan biarkan anak-anak bermain dengan air banjir.
Dalam pertemuannya bersama pihak Meta petang semalam, Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil berkata, beliau telah menegur pihak tersebut kerana masih gagal menangani jenayah pedofilia dan pengantunan kanak-kanak (sexual grooming) khususnya di platform Facebook.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Kulai
81000
Pusat Pentadbiran Baharu Daerah Kulai, , Persiaran Indahpura 6
Kulai, 81000
Laman Sosial Rasmi Pejabat Daerah Kulai