The Apprentice
Loaz Academy Telah Ditubuhkan Sejak 2018 Dengan Misi Untuk Melahirkan Individu Yang Membina Kerjaya Sendiri Dan Tidak Mengharapkan Ekosistem Ekonomi Negara
Radhy ada buat content Youtube tiap2 hari.. boleh tengok video kalau rasa interest dgn gaming, and please support by subscribing channel jugak.. need that target 1000 subscriber yaw.. kalau hampa ada channel boleh drop link kat komen, aku akan follow balik.. peace
ORadhy - YouTube Share your videos with friends, family, and the world
[ NEWS FEED 0.34 ]
Semakin hari semakin bertambah kes baharu, teruskan mematuhi SOP sehingga kita menang, JOM bersama kita bantu petugas barisan hadapan dan menghargai setiap pengorbanan mereka.
Covid-19 boleh membawa maut, adakah kita bersedia untuk menghadapinya ? adakah kita sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan ekonomi kita ?
http://www.kosmo.com.my/2021/07/07/kes-baharu-masih-lebih-7000/
Kes baharu masih lebih 7,000 PUTRAJAYA – Sebanyak 7,097 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 799,790 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 3,119 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 1,005 kes dan N***r...
[ NEWS FEED 0.33 ]
Seorang wanita yang juga merupakan pesakit kanser otak ditemui maut dalam kebakaran rumah.
Oleh itu, perlulah kita membuat persediaan awal bagi menghadapi segala musibah ini.
Dalam Islam, 3 perkara yang Allah rahsiakan dari hambanya sejak azali lagi iaitu
- Jodoh
- Rezeki
- Ajal/maut
Persediaan apa ?
- persediaan dari segi ekonomi atau hibah untuk diberi kepada mereka iaitu ibubapa, keluarga, anak2, dan generasi kita akan datang apabila berlaku apa-apa diluar jangkaan kita seperti kematian.
http://www.kosmo.com.my/2021/07/07/wanita-maut-kebakaran-menderita-kanser-otak/
Wanita maut kebakaran menderita kanser otak ALOR SETAR – Seorang wanita yang ditemui mati dalam kebakaran rumah di Kampung Bohor di sini pagi ini merupakan pesakit kanser otak. Mangsa dikenal pasti sebagai Azmiza Azmi, 51, yang menderita kanser otak sejak berusia 19 tahun. Bapa mangsa, Azmi Zain, 71, memberitahu, dia tinggal bertiga bersama...
[NEWS FEED 0.32]
Berita pop**ar di pada 2 JULAI 2021
Bendera putih 'bongkar' lima beranak tinggal di bilik kecil
https://www.sinarharian.com.my/article/147622/EDISI/Bendera-putih-bongkar-lima-beranak-tinggal-di-bilik-kecil
Nazri Aziz isytihar kembali sokong Muhyiddin
https://www.sinarharian.com.my/article/147685/BERITA/Politik/Nazri-Aziz-isytihar-kembali-sokong-Muhyiddin
Mati dibelasah ahli keluarga
https://www.sinarharian.com.my/article/147765/BERITA/Semasa/Mati-dibelasah-ahli-keluarga
'Saya cuba cari kerja tapi semua ditolak'
https://www.sinarharian.com.my/article/147638/EDISI/Johor/Saya-cuba-cari-kerja-tapi-semua-ditolak
Nor Zamani Ketua Pengarah Pendidikan baharu
https://www.sinarharian.com.my/article/147715/BERITA/Nasional/Nor-Zamani-Ketua-Pengarah-Pendidikan-baharu
[NEWS FEED 0.31]
“Saya memang tiada sumber lain. Baki duit KWSP saya gunakan untuk beli telefon dan keperluan sekolah anak-anak. Apa lagi yang saya ada, hanyalah simpati daripada orang lain,” - Ruzaitunsansuria
credit to Sinar Harian
Ibu tunggal habis ikhtiar, tak sanggup lihat anak berlapar JOHOR BAHRU - Meskipun malu, namun usaha mengibarkan bendera putih di hadapan rumah menjadi jalan terakhir buat seorang ibu tunggal di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram bagi memastikan dapurnya berasap setelah keputusan bekalan makanan.
[NEWS FEED 0.30]
Ustaz Ebit Kini Berada Di Gaza ‼️
Alhamdulilah, Ustaz Ebit kini berada di Gaza, Palestin selepas masuk diiringi tentera Mesir dan kereta berperisai sepanjang perjalanan.
Ini merupakan team pertama dunia yang dibenarkan masuk melalui pintu Rafah selepas perang 2021 baru-baru ini.
Ustaz minta maaf sebab tak dapat update status di sana sebelum ini atas faktor keselamatan. Semoga urusan dan misi Ustaz Ebit di Gaza dipermudahkan 🤲
[NEWS FEED 0.29]
BERITA HARIAN : RUMAH TERBAKAR, BOMBA P**A DISERANG
Kejadian ini berlaku di Kampung Belipat, Lawas (Kuching).
Pengarah JBPM Sarawak, Khirudin Drahman berkata, lelaki yang menyerang anggota bomba terbabit mendakwa gagal mengawal emosi selepas melihat rumah pusaka mereka musnah terbakar.
Pada mulanya, seorang lelaki dilihat mengamuk dan menghempas barang sambil memarahi anggota bomba yang sedang menjalankan tugas.
Tidak lama selepas itu, seorang lagi lelaki tiba-tiba menyerang anggota bomba dari arah belakang menyebabkan anggota terbabit terjatuh.
Credit to Berita Harian Online
Rumah terbakar, bomba p**a diserang | Berita Harian KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak kesal apabila anggotanya diserang ketika melakukan tugas memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Belipat, Lawas, petang semalam.
[ NEWS FEED 0.28]
ASTRO AWANI : 54 INDIVIDU DIKOMPOUND JOGGING, LEPAK DI JAMBATAN
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, tindakan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam terhadap aktiviti di lokasi berkenaan.
Mereka telah dikenakan kompaun bernilai RM2,000 setiap satu.
Credit to Astro AWANI
54 individu dikompaun joging, lepak di jambatan Tindakan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam terhadap aktiviti di lokasi berkenaan.
[ NEWS FEED 0.27 ]
BERITA HARIAN : 885 DICEKUP INGKAR SOP PKP
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis membabitkan 178 orang, tiada penjarakan fizikal (145), tidak memakai pelitup muka (144), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (101) dan membawa penumpang berlebihan (73).
Credit to Berita Harian Online
885 dicekup ingkar SOP PKP | Berita Harian KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa menahan 885 individu semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dengan 852 dikompaun dan 33 direman.
[ NEWS FEED 0.26 ]
MALAYSIA : POLIS AKAN PANGGIL AHLI PARLIMEN KEPONG
Eng Lai berkata, pihaknya memandang serius dakwaan itu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap tiga anggota terbabit jika benar salah laku itu berlaku.
Polis Kes : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/825016/polis-akan-panggil-ahli-parlimen-kepong
INTERNATIONAL : PERBINCANGAN MH17 NERMULA DENGAN BUKTI
"Adakah pesawat MH17 ditembak jatuh dengan peluru berpanduk BUK? Adakah peluru berpandu BUK dilancarkan dari ladang pertanian berhampiran Pervomaiskyi? Adakah tertuduh berperanan dalam hal ini?," kata mahkamah dalam satu kenyataan.
MH17 ISU : https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2021/06/825103/perbicaraan-mh17-bermula-dengan-mendengar-bukti
Credit to Berita Harian Online
[ NEWS FEED 0.25 ]
TOTAL LOCKDOWN : RAKYAT TIDAK PERLU KECEWA KERANA MEREKA PATUT DUDUK DI RUMAH
Tiada sebab untuk rakyat melahirkan rasa marah kepada kerajaan pada waktu 'total lockdown', tegas Menteri Dalam N***ri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Tegas Hamzah bahawa rakyat tidak perlu merasa kecewa kerana rakyat tiada hak untuk keluar kecuali mereka yang benar-benar perlu keluar dan membeli barangan keperluan.
Credit to Berita Harian Online
Total lockdown: “Tiada sebab untuk rakyat kecewa kerana mereka patut duduk rumah” - Hamzah Rakyat seharusnya patuh peraturan serta tingkatkan disiplin untuk sama-sama bantu kerajaan kekang penularan COVID-19.
[ NEWS FEED 0.24 ]
ASTRO AWANI : SEMOGA HARIMAU MALAYA MENANG MALAM INI - PM MUHYIDDIN
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat Malaysia memberi sokongan kepada perjuangan skuad kebangsaan itu.
Perlawanan bola sepak Malaysia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dijadualkan pada pukul 12.45 tengah malam ini (waktu Malaysia).
Malaysia yang perlu menjuarai Kump**an G untuk layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 akan menamatkan baki saingan kump**an berdepan Vietnam dan Thailand.
Credit to Astro AWANI
Semoga Harimau Malaya menang malam ini - PM Muhyiddin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat Malaysia memberi sokongan kepada perjuangan skuad Harimau Malaya malam ini.
[ NEWS FEED 0.23 ]
COVID-19 : 3 KANAK-KANAK BAWAH 5 TAHUN MAUT, 27 MASIH DI ICU
sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun
Credit to Astro AWANI
COVID-19: 3 kanak-kanak bawah 5 tahun maut, 27 lagi masih di ICU Sehingga Mei 2021, sebanyak 27 kes memerlukan rawatan di ICU dan 19 kes daripadanya adalah kanak-kanak berumur bawah 5 tahun.
[ NEWS FEED 0.22 ]
BERITA HARIAN : KADAR KEBOLEHJANGKITAN TERUS MENURUN 14 HARI
Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 merekodkan penurunan semenjak Ahad lalu dengan mencatat 1.06, semalam.
Manakala, pertambahan kes masih berlaku di Selangor dengan mencatat jumlah paling tinggi iaitu 2,728 kes, diikuti Kuala Lumpur (701), Sarawak (588), N***ri Sembilan (586), Johor (554) dan Kelantan (541).
Credit to Berita Harian Online
Kadar kebolehjangkitan terus menurun 4 hari | Berita Harian KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara ini terus merekodkan penurunan sejak Ahad lalu dengan mencatat 1.06, semalam.
[ NEWS FEED 0.21 ]
ASTRO AWANI : ARCA 'GHAIB' DILELONG PADA HARGA 15,000 EURO
Hasil karya pengukir warga Itali, Salvatore Garau, 67 tahun, diberi nama 'Io Sono' yang bermaksud 'Saya warga Itali'.
Seperti cerita pendek turun-temurun kisah raja tanpa baju, Garau berjaya meyakinkan peminat hasil seni apabila menjual sebuah arca ghaib dengan harga 15,000 euro dalam satu jualan lelong bulan lepas dan pada ukuran 5x5 kaki.
Garau berkata ia sebenarnya merujuk kepada keadaan spiritual dan bukan keadaan fizikal seseorang itu. Dalam erti kata lain, ia sebenarnya tidak wujud dan ia diperbuat daripada udara dan semangat seseorang.
Credit to Astro AWANI
Arca 'ghaib' dilelong pada harga 15,000 euro Seorang pengukir berjaya meyakinkan peminat hasil seni apabila menjual sebuah arca ghaib dengan harga 15,000 euro.
[ NEWS FEED 0.20 ]
ASTRO AWANI : TUDM SAHKAN 16 PESAWAT TENTERA CHINA 'CEROBOH' RUANG UDARA MALAYSIA
Terdapat 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) mengampiri ruang udara Malaysia pada Isnin.
Dalam misi itu, mereka didapati mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara.
Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang pada ketinggian di antara 23,000 kaki sehingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singapore FIR sebelum memasuki ruang udara ZMM, KK FIR dan seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.
TUDM telah mengenal pasti pesawat-pesawat tersebut adalah daripada jenis Llyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20.
Pesawat-pesawat jenis ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan berupaya melaksanakan pelbagai misi
Credit to Astro AWANI
TUDM sahkan 16 pesawat tentera China ceroboh ruang udara Malaysia Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain.
[ NEWS FEED 0.19 ]
SINAR HARIAN : E-DOMPET DITINGKATKAN KE RM150 DIBAWAH PROGRAM E-BELIA
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Program e-Belia merupakan inisiatif Belanjawan 2021 yang ditambah baik melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) yang mana nilai kredit telah ditingkatkan dari RM100 ke RM150 bagi setiap penerima.
Ini akan dipadankan oleh penyedia e-dompet melalui pelbagai inisiatif tambahan seperti baucar, p**angan tunai (cashback) dan mata ganjaran (reward points).
Antara aplikasi yang boleh ditebus melalui BigPay, Boost, Touch n Go E-Wallet dan Shopee Pay.
Credit to Sinar Harian
E-dompet ditingkatkan ke RM150 di bawah program E-Belia SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan golongan belia sebagai penggerak utama dalam usaha memacu dan menjayakan usaha pendigitalan di negara.
STATUS TERKINI COVID-19 MALAYSIA PADA 31/05/2021
Credit to KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Status Terkini , 31 Mei 2021
Kes sembuh= 5,251
Jumlah kes sembuh= 490,038
Kes baharu positif= 6,824 (6,821 tempatan, 3 import)
Jumlah positif= 572,357
Kes kematian= 67
Jumlah kes kematian= 2,796
Kes dirawat di ICU= 851
Bantuan alat pernafasan= 422
[ NEWS FEED 0.18 ]
ASTRO AWANI : KERAJAAN KOMITED CAPAI 150,000 SUNTIKAN VAKSIN SEHARI HUJUNG JUN
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata sehingga kini kadar vaksinasi di seluruh negara sudah mencecah 100,000 dos sehari.
Inisiatif sukarela AstraZeneca masih dijalankan dan setakat semalam rakyat Malaysia telah memvaksinasi 213, 232 individu melalui inisiatif pelawaan opt in AstraZeneca.
Perancangan seterusnya,
Malaysia akan menerima sebanyak 444,600 dos lagi vaksin Pfizer-BioNTech pada minggu ini.
Selain itu, vaksin Sinovac p**a, sebanyak 668,520 dos yang dibotolkan dengan kelulusan Lot Release akan diterima pada minggu ini.
Vaksin CanSino sedang dalam penilaian kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
Credit to Astro AWANI
Kerajaan komited capai 150,000 suntikan vaksin sehari hujung Jun - Khairy Dalam perkembangan sama, Khairy berkata, Malaysia akan menerima sebanyak 444,600 dos lagi vaksin Pfizer pada minggu ini.
[ NEWS FEED 0.17 ]
BERITA HARIAN : BEKALAN MAKANAN NEGARA STABIL, TIDAK PERLU PANIK
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) turut membuka 43 lokasi Pasar Segar Terkawal (PST) di seluruh negara iaitu 24 Pasar Tani Kekal, tiga MyFarm Outlet, 14 Pusat Operasi FAMA dan dua Agrobazaar.
Sejumlah 89 Pasar Nelayan dan 33 Pusat Pengump**an dan Pengedaran Ikan (CCDC) masih beroperasi di seluruh negara
Bekalan yang disediakan
- Bekalan beras itu dapat ditampung berdasarkan kedudukan stok beras semasa sebanyak 764,000 tan pada masa ini
- Stok semasa bekalan ikan negara mngikut keperluan smasa sebanyak 155,000 tan dan dipertingkatkan menjadi 185,000 tan sebulan.
- Bekalan komoditi, bekalan daging, ayam, telur dan susu turut mencukupi untuk keperluan negara.
- Bekalan daging lembu dan kerbau dianggarkan sebanyak 22,590.58 tan
- Bekalan telur ayam untuk Jun p**a dianggarkan sebanyak 976,847,250 biji dan bekalan susu segar sebanyak 4,147,608.10 liter
Credit to Berita Harian Online
Bekalan makanan negara stabil, tidak perlu panik | Berita Harian PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menganggarkan keperluan antara 100,000 hingga 150,000 tan beras dalam tempoh dua minggu pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, yang bermula esok.
[ NEWS FEED 0.16 ]
ASTRO AWANI : M***I PERAK TAN SRI HARUSSANI MENINGGAL DUNIA
M***i Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad
Al - Fatihah . . .
credit to Astro AWANI
M***i Perak Tan Sri Harussani meninggal dunia M***i Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dilaporkan baru sahaja meninggal dunia.
[ NEWS FEED 0.15 ]
SEKATAN PENUH : MANGSA KEBAKARAN RESAH, MASIH TIADA RUMAH
Mangsa kebakaran rumah di Kampung Sundang Laut pada bulan lalu meluahkan kebimbangan ekoran pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau 'total lockdown' pada Selasa ini kerana kebanyakan mereka tidak mampu menyewa rumah dan kekurangan dana untuk membina semula rumah mereka.
Masalah yang dihadapi
ketiadaan tandas di dewan dan mereka terpaksa menumpang di rumah orang lain di kawasan berdekatan.
Selain itu, mereka akan basah kerana keadaan dewan tiada dinding, hanya ada bumbung sahaja.
Kejadian berlaku pada 21 April 2021 lalu, lebih 50 buah rumah di kampung itu hangus terbakar menyebabkan lebih 300 penduduk hilang tempat tinggal.
Credit to Astro AWANI
Sekatan Penuh: Mangsa kebakaran resah, masih tiada rumah Kebanyakan mereka tidak mampu menyewa rumah dan kekurangan dana untuk membina semula rumah mereka.
[ NEWS FEED 0.14]
ASTRO AWANI : RINGGIT MALAYSIA DIJANGKA MELONJAK NAIK MINGGU DEPAN
Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata dolar AS telah merosot berbanding ringgit akibat data ekonomi yang bercampur-campur daripada Amerika Syarikat.
Ringgit dijangka diniagakan sehingga paras 4.1000 berbanding dolar AS pada minggu depan.
Seorang penganalisis berkata kestabilan harga minyak, disertai penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent yang ketika ini melepasi US$69 setong akan turut memberi manfaat kepada prestasi ringgit.
Credit to Astro AWANI
Ringgit dijangka meneruskan momentum kenaikan minggu depan Ringgit dijangka meneruskan momentum positifnya berbanding dolar AS minggu depan.
[ NEWS FEED 0.13]
KEKEJAMAN ISRAEL : MALAYSIA, OIC, NAM SOKONG PERTUBUHAN SURUHANJAYA SIASATAN DEMI KEADILAN PALESTIN
Malaysia bersama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) menyokong resolusi Majlis Hak Asasi Manusia yang menuntut penubuhan Suruhanjaya Siasatan (COI) bagi memastikan ketelusan dan sokongan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.
Tujuan penubuhan Suruhanjaya Siasatan
Malaysia berpendirian menyertai masyarakat antarabangsa mengecam tindakan tentera Zionis Israel yang terus menduduki secara haram tanah Palestin
Israel juga melanggar hak asasi manusia dan undang-undang secara terang-terangan serta dasar Israel yang tidak berperikemanusiaan, kolonial dan aparteid mesti ditamatkan.
Majlis Hak Asasi Manusia digesa untuk bertindak segera dan tegas menangani punca krisis berkenaan
credit to Astro AWANI
Kekejaman Israel: Malaysia, OIC, NAM sokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan demi keadilan Palestin Malaysia pada masa sama menegaskan Israel perlu memberi bekerjasama sepenuhnya bagi memastikan COI dapat melaksanakan tugasnya dengan berkesan.
[ NEWS FEED 0.12 ]
BERITA HARIAN : KERAJAAN UMUM TOTAL LOCKDOWN BERMULA 1 JUN 2021
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan malam ini berkata, menerusi total lockdown atau perintah berkurung penuh itu selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.
Semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Nasihat yang disampaikan oleh Perdana Menteri
Semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk terus berdisiplin dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
"Apa yang terbaik ialah duduk di rumah atau 'stay at home' untuk bersama-sama melandaikan lengkuk jangkitan COVID-19," katanya.
credit to Berita Harian Online
Kerajaan umum 'total lockdown' bermula 1 Jun | Berita Harian KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
49 Lorong KTC 1/21 Kulim Tecno Park
Kulim
Kulim, 09000
Hello everyone welcome and we are glad you guys visit here our agency is for social media marketing
NO 30 Jalan MUTIARA 1/1 TAMAN MUTIARA
Kulim, 09700
WELCOME TO AALIA NADIERA ENTERPRISE