NorahafezamdProperty

Kepakaran Saya adalah memberi kemudahan kepada anda untuk membeli Dan menjual rumah idaman anda deng

Check kelayakan loan percuma
check market value rumah anda
Uruskan proses jualbeli rumah Dan tanah secara efficient Dan Telus
Khidmat guaman Dan bank disediakan�

09/08/2024

Bismillah 🤲

Lama tak beli akhbar, pagi nie nampak iklan begini.

Harga tak murah dah, semua harga harga T20 nie.

Hartanah kekal naik 10%-15% setahun kata TV3.

Masih ada yang kita mampu beli punya.

09/08/2024

HARGA RUMAH NAIK 10%-15% SETAHUN!

1. Dikawasan saya harga rumah teres setingkat sekitar RM200k- RM250k seunit.

2. Jika di Kuala Lumpur harga kediaman bertingkat bermula harga RM300k-RM450k. Kenaikan 10% sahaja antara RM30k-45k.

3. Jika bahagikan dengan 12 bulan, sebulan kenaikan hartanah sekitar RM2500-3750 sebulan!

4. Penjawat awam pegawai kenaikan gaji tahunan sekitar RM250 sahaja, antara 2% sahaja kenaikan gaji.

5. Harga rumah semakin jauh meninggalkan kita. Apa pilihan kita ada? Sedikit cadangan ;

+ Beli kediaman dikawasan pinggir bandar yang masih mampu beli.

+ Atau beli dinegeri lain yang masih rendah, sewakan sahaja dulu biarkan orang bantu bayarkan.

+ Rumah Subsale: Membeli rumah subsale (rumah yang dijual semula) boleh menjadi pilihan yang lebih murah berbanding rumah baru. Pembeli boleh mencari rumah subsale yang berlokasi strategik tetapi dengan harga yang lebih berpatutan.

+ Rumah Lelong: Rumah lelong sering dijual pada harga yang lebih rendah daripada pasaran. Walaupun ada risikonya, dengan penyelidikan yang teliti, pembeli boleh mendapatkan kediaman dengan harga yang lebih mampu milik.

+ Skim Perumahan Mampu Milik: Beberapa skim perumahan yang disokong oleh kerajaan atau pihak pemaju menawarkan rumah dengan harga yang lebih rendah untuk golongan berpendapatan sederhana.

+ Menyewa Sementara: Jika pembelian rumah belum lagi berpatutan, menyewa mungkin menjadi pilihan jangka pendek. Ini memberi masa kepada pembeli untuk mengumpul lebih banyak deposit atau menunggu harga rumah menjadi lebih stabil.

+ Kerjasama atau Pembelian Berpasangan: Berkongsi kos pembelian rumah dengan ahli keluarga atau rakan boleh mengurangkan beban kewangan. Ini juga membolehkan pembeli mendapatkan rumah di kawasan yang lebih dekat dengan bandar besar.

+ Mencari Bantuan Kewangan: Pembeli juga boleh melihat kepada skim pinjaman yang disubsidi atau bantuan kewangan lain yang ditawarkan oleh kerajaan atau institusi kewangan untuk meringankan beban pembayaran.

Kawan kawan,

Pilihan-pilihan ini boleh dipertimbangkan berdasarkan keperluan, lokasi, dan kemampuan kewangan pembeli.

Menyewa hanyalah strategi jangka pendek kerana akhirnya kita akan bersara

NorahafezamdProperty
REN49413

Lawati TikTok untuk meneroka video! 11/07/2024

https://vt.tiktok.com/ZSYqWJhVX/

Lawati TikTok untuk meneroka video! Tonton, ikut dan terokai lebih banyak kandungan sohor kini.

25/06/2024

======MRTT vs MLTT =======

Apa itu MRTT ?

Secara asasnya ialah perlindungan ke atas pinjaman perumahan yang basically melindungi pembeli atas *manfaat Kematian @ hilang upaya kekal*

MRTT adalah perlindungan yang nilainya akan berkurangan dengan baki pinjaman. MRTT hanya akan menyelesaikan baki pinjaman . Rumah masih lagi tertakhluk dibawah harta faraid yang mempunyai fasa pentadbiran harta yang memerlukan kos .

APA YANG PENTING DLM MRTT ?

1) pastikan jumlah perlindungan adalah setara dengan nilai pinjaman anda !
2) Pastikan jumlah perlindungan setara dengan nilai pinjaman & tempoh pinjaman anda !

*Banyak Kes*

Ramai yang ghairah memiliki rumah tanpa pernah membaca details MRTT mereka . Ada yang MRTT yg cuma lindungi sebahagian drp tempoh pinjaman , Ada yang Cover nilai pinjaman yang tidak penuh

*Apa itu MLTT ?*

Kebiasaanya merujuk kepada perlindungan takaful hayat yang turut melindungi manfaat kematian & hilang upaya . Jika berlaku kematian @ hilang upaya manfaat drp perlindungan takaful dapat digunakan utk membayar baki pinjaman tanpa menjejaskan nilai perlindungan @ sum cover . Sebagai Contoh Takaful hayat anda RM500,000 dan semasa berlaku kematian baki pinjaman perumahan RM200,000 maka selebihnya akan diberikan kepada penama/waris yang dinamakan sebagai hibah . Dengan baki yang ada mereka boleh gunakan utk biayai kos sara hidup dan kos yang terlibat dalam pentadbiran harta pusaka.

*MLTT*

Semaklah MRTT anda , lihat sejauh mana ianya melindungi harta yang anda miliki

NorahafezamdProperty
REN 49413
Real Estate Negotiator
The Roof Realty

13/06/2024

"Tahun 2019 saya jual rumah tanpa guna khidmat Agen Hartanah. Saya juga tak lantik lawyer, cuma buyer sahaja lantik lawyer. Buyer apply loan LPPSA dan loan dah lulus. Tapi dah genap 2 tahun belum selesai dan saya belum dapat disbursement dari LPPSA sebab ada dokumen yang tak lengkap"

Situasi di atas berlaku disebabkan pihak owner menguruskan sendiri jualan rumah beliau. Ini adalah sebab mengapa pentingnya melantik Agen Hartanah bagi menguruskan jualan rumah kita.

Agen Hartanah bukan sekadar iklankan untuk dapatkan buyer sahaja. Mereka juga bertindak sebagai orang tengah/pemudahcara dalam urusan pemilihan lawyer, valuer dan banker/LPPSA.

Adalah sangat penting untuk kita memilih lawyer, valuer yang sekepala (panel) dengan banker/LPPSA. Ia membantu memudahkan dan mempercepatkan urusan pindah milik rumah kita.

Booking form dan booking fee juga sangat penting dalam transaksi jualan rumah. Booking form dan booking fee ini adalah pengikat perjanjian antara owner dan juga buyer. Hanya Agen Hartanah yang boleh mengeluarkan booking form ini.

Agen Hartanah juga bertanggungjawab untuk push lawyer, valuer dan banker/LPPSA agar tidak berlaku kelewatan dalam urusan pindah milik rumah kita. Bayaran fee yang dikenakan juga hanya 3.24% dari nilai transaksi rumah berkenaan dan hanya perlu ditanggung oleh owner rumah berkenaan.

Jangan disebabkan nak jimat fee 3.24%, kita rugi masa, tenaga dan potential buyer... Silap-silap buyer batalkan transaksi sebab proses makan masa terlalu lama...Lagipun tiada sebarang ikatan perjanjian antara owner dan buyer dalam kes di atas.

Bertindaklah dengan bijak 😀

Credit : EJEN AMIERUL

Jualbeli hartanah.
NorahafezamdProperty
REN 49413
01113095596

09/03/2024

Bank silap- ejen kena
Lawyer lambat- ejen kena
Pejabat tanah lambat- ejen kena
Lphp lambat - kena lagi
Mb consent tak lulus - kita lagi kena

Dah tiba masanya untuk saya berkongsi dengan anda semua tugas tugas individu yg terlibat dalam proses jual beli rumah.

Perunding/ejen hartanah - menguruskan urusan pengiklanan, tapisan awal buyer, mencari buyer yang berkualiti, deal harga dan deposit dengan owner serta deal tentang rumah. Rumah dijual dengan keadaan yang macam mana, perabot sekali atau tak. Apa yang owner akan repair atau tak.

Paling senang ejen hartanah ni macam sales agent. Tapi biasanya mereka tahu cara kira loan, proses jual beli rumah dan undang undang hartanah sebagai ilmu asas untuk memudahkan kerja mereka.

Banker- apa apa urusan tentang bembiayaan (loan) banker yang uruskan. Bila perlu bayar, apa interest rate, isu dengan insurans, isu dengan LA, kenapa lambat disburse.

Valuer- pihak berlesen yang menentukan berapa market value rumah. Mereka yang akan datang tengok rumah dan buat report selepas loan (bank) pembeli lulus. Ini adalah prosedur yang wajib jika kita buat loan untuk beli rumah. Jika beli guna cash, tak perlu.

Lawyer- individu yang menguruskan agreement, signing, bayar baki hutang, apply consent, pembayaran duty stamp dan ckht, keluarkan geran asal, daftar nama pembeli baru dan yang berkaitan.

Dan perlu ingat, lawyer hanya menguruskan. Yang meluluskan sebarang consent atau yang keluarkan surat adalah agensi agensi yang berkaitan dengan dokumen. Contohnya pejabat tanah, lphp, lhdn dan sebagainya.

Penjualan rumah melibatkan banyak pihak. Jadi untuk kita salahkan satu individu sahaja tidak adil.

Jika ada sebarang masalah, kena tengok balik isu tu dengan pihak mana. Rujuk dengan pihak yang betul.

“Puan Nora, OPR naik lagi ni. Bulanan saya naik. Puan tak boleh buat sesuatu ke?”

Ahh sudah.

Nak kena tukar jawatan ke ni?

😆

Nora Hafeza
- pemudah cara urusan jual beli rumah anda

Photos from NorahafezamdProperty's post 10/01/2024

🛑 Arahan Pengecualian CKHT
(EXEMPTION ORDER)

Kadar Cukai Jual Rumah (CKHT/RPGT) adalah seperti berikut :

📌 Pengecualian dan Pelepasan Cukai CKHT jual rumah pertama ini hanya untuk digunakan sekali sahaja seumur hidup

📌 Pengecualian ini melibatkan juga tanah

NorahafezamdProperty
Real Estate Negotiator
REN 49413
01113095596

02/01/2024

Assalamualaikum Semua 🩷
Berita Terbaru untuk Awal Tahun 2024 🫣

Untuk Makluman Semua penduduk Malaysia SST Changes in Rate.

Bermula 1 March 2024, SST akan dinaikkan pada kadar 6% - 8%. Kecuali F&B dan lain2 spt makluman dibawah

Nilai Agensi Fees naik sedikit dari 3.18% menjadi 3.24% start bulan March.

Moga dipermudahkan segala urusan jual beli rumah ampa nanti 🤲

29/11/2023

*Untuk makluman permohonan pembiayaan Perumahan Skim SJKP Bank Rakyat dihentikan sementara waktu bermula 28 Nov 2023 berikutan telah mencapai had limit peruntukan jaminan yg telah ditetapkan DAN akan dimaklumkan semula dalam tempoh terdekat sekiranya ia ditawarkan semula terima kasih atas sokongan anda semua*
*Tahniah kepada permohonan yg telah diluluskan*

Harap maklum🙏🙏🙏

Maklumat lanjut boleh hubungi:

Norahafeza Hafeeza
NorahafezamdProperty
01113095596
REN 49413
Real Estate Negotiator
The Roof Realty

Photos from NorahafezamdProperty's post 20/11/2023

LAST UNIT SEMI-D ‼️‼️‼️
Taman Shahbandar,Alor Setar
(Dekat Laksa Telok Kechai)

RM 362,720 sahaja😎

InsyaAllah awal tahun depan boleh dapat kunci dah🥰

Para peniaga layak mohon, tak perlu income tax.Hanya guna ssm dan statement bank shj.
Full loan,zero downpayment,kelulusan segera, insyaallah mudah lulus-Skim SKJP

LPPSA for Gov Staff & Loan bank for swasta.

Berminat, boleh wasap mai na :-

www.wasap.my/60175288137/tmnshahbandar362k

NorahafezamdProperty
01113095596
Perunding Hartanah Berdaftar
The Roof Reality Sdn Bhd

31/10/2023

*Apa bezanya kalau beli rumah FREEHOLD dan LEASEHOLD?*

Mesti ada yang jawab kalau Leasehold kerajaan boleh ambil rumah dan bayar pampasan yang murah atau ambil selepas habis pajakan. Freehold pulak kalau kerajaan nak ambil kena pulak bayar mahal atau kerajaan tak boleh ambil langsung.

Hmm.. Salah tu!!

★ *FREEHOLD* (Pegangan Bebas)
Hartanah berpegang bebas menjadi kepunyaan anda sampai bila2 kecuali jika anda menjualnya. Hak yang sama diberikan kepada waris anda. Hanya satu situasi sahaja yang membolehkan hak anda dirampas iaitu jika kerajaan memerlukan sebahagian tanah itu untuk melaksanakan projek, contohnya buat lebuhraya. Di bawah undang2 negara, kerajaan berhak membeli hartanah dan pemilik akan diberikan pampasan mengikut harga pasaran semasa. Nilai hartanah semasa adalah lebih tinggi.

★ *LEASEHOLD* (Pegangan Sementara)
Dengan hartanah jenis ini, tempoh pemilikan ada had masa, ada tarikh luput, ada akhir dan penghujung, tidak selama2nya. Biasanya tempoh pegangan mungkin 30 tahun, 60 tahun tetapi tidak melebihi 99 tahun. Hartanah Leasehold akan kembali semula kepada PBN (Pihak Berkuasa Negeri) dan menjadi tanah kerajaan selepas tempoh pajakanya tamat melainkan tempoh pajakan tersebut diperbaharui atau disambung.

Pemilik boleh pada bila2 masa untuk menyambung tempoh pajakan dan tak terikat dengan baki pajakan sedia ada dengan membayar sejumlah premium mengikut kadar nilaian semasa. Contoh tempoh pajakan 99 tahun dan masih berbaki 66 tahun lagi, tuan tanah sudah boleh mengemukakan permohonan sambungan kembali kepada tempoh 99 tahun. Nilai hartanah semasa adalah lebih rendah dari pegangan Freehold.

Pada kebiasanya pemaju tidak meletakan perkataan Leasehold dalam iklan kerana boleh "mengurangkan selera" bakal pembeli kecuali hartanah tersebut terletak di lokasi "hot". Sebab itu lah pemaju perumahan lebih s**a meletakan perkataan Freehold di dalam iklan mereka.

Ada bakal pembeli hartanah pegangan Freehold dan Leasehold memberi pertimbangan manakala sesetengah bakal pembeli mereka tidak kisah Freehold atau pun Leasehold kerana "tarikh luput hidupnya" mendahului tarik luput hartanah itu sendiri. TERPULANG. ITU PILIHAN MASING2😁

Untuk urusan Loan Bank / pinjaman LPPSA, Saya bantu uruskan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi saya 😉
www.wasap.my/60175288137/sayanakbelirumah

NorahafezamdProperty |☎️ 01113095596
Perunding Hartanah Berdaftar
The Roof Realty

Photos from NorahafezamdProperty's post 27/10/2023

This is The Roof Realty Sdn Bhd🎉🎉🎉💪💪💪🔥🔥🔥

18/10/2023

Alhamdulillah..loan sjkp buyer akk dah lulus.tahniah..semoga urusan seterusnya dipermudahkan Allah swt..Aamiin..

Nak beli rumah melalui loan sjkp? Hubungi akk segera..khas utk peniaga yg tidak mempunyai payslip..

Akk akan uruskan sampai selesai..

Hubungi:

www.wasap.my/60175288137

NorahafezamdProperty
01113095596
REN49413
Real Estate Negotiator
The Roof Realty

09/10/2023

I have reached 500 followers! Thank you for your continued support. I could not have done it without each of you. 🙏🤗🎉

Photos from NorahafezamdProperty's post 06/10/2023

Amanee Residence@Wakaf Seetee Aishah di Seberang Jaya,Penang open Booking..

Projek mampu milik pertama untuk warganegara berstatus MUSLIM..baki unit dah xbyk.dah ramai pakat booking sebab?
👉berhadapan hway
👉harga mampu milik
👉rumah luas
👉bayaran booking RM500 slps loan lulus😍
👉boleh beli untuk invest

Harga bermula RM 299,991 💥💥💥💥

Hanya perlukan dokumen mudah utk booking unit idaman anda❤️
✅ic depan belakang

Maklumat lanjut? Wasap Akk Nora
www.wasap.my/60175288137/amanee

05/10/2023

The warmest congratulations to Million Dollars Sales Club Achievers of The Roof Bumiputera in August 2023 !
This newly introduced award category recognizes a sales person who have achieved outstanding sales performance with highest volume and unit sales .
Keep Up the excellent work ! Looking forward to witnessing your next milestone further with TRR !

09/07/2023

I've received 100 reactions to my posts in the past 30 days. Thanks for your support. 🙏🤗🎉

Photos from NorahafezamdProperty's post 19/06/2023

Tanah lot kebun utk dijual..muuuuuuuuurah ja na.yang penting NAMA ADA DALAM GERAN☺️
📍Lokasi : Kg.Begia,S*k,Kedah
📍Luas 4800sqft
📍tanah boleh access dengan kereta,moto,nk parking kereta dpn jln pn boleh,sbb tanah ni selang 2 lot ja dari jalan besar😍
📍dekat dgn semua kemudahan 👉 sekolah,stesen minyak,kedai makan,nak ke pekan Jeniang/pekan S*k pn dekat ja..agak² jering ghengkong, boleh p pekena cendoi kt pekan Jeniang😁

Harga??RM 45k ja..nak tanam rambutan ka nk bina rumah pn boleh

Berminat??wasap NorahafezamdProperty
01113095596
www.wasap.my/60175288137/tnhkebunbegia

Photos from NorahafezamdProperty's post 12/06/2023

🚨🚨🚨*PENGUMUMAN PENTING* 🚨🚨🚨

Bermula *12 JUN 2023 hingga 31 JULAI 2023*, kami akan mengadakan kempen *FREE BOOKING & RM100 INSENTIF KEPADA PEMBELI*😲😲

Syarat-syarat:
1. Pembeli boleh membuat tempahan tanpa perlu membayar apa2 untuk projek2 tertentu di spt di bawah..

2. Pembeli boleh mendapat tunai RM 100 apabila berjaya melengkapkan dokumen2 yang diperlukan dalam masa 4 hari daripada tarikh tempahan mengikut terma dan syarat ditetapkan.

3. Projek-projek yang termasuk dalam kempen ini ialah:
🏠BIDORIA RESIDENSI
🏠LAGENDA TROPIKA
🏠TAMAN MULIA PHASE 5
🏠BEMBAN PERMAI
🏠TAMAN PERWIRA JAYA

Manakala Promo untuk freebooking dan ganjaran RM100 bagi kempen terdahulu iaitu utk projek BBSAP 2D,,3A,3B,3C,4A,4B & LTI PHASE 2,3A,3B akan tamat pada 19 JUN 2023.

Jangan tunggu lagi, hubungi

www.wasap.my/60175288137

01113095596
Norahafeza Hafeeza
NorahafezamdProperty

Gunakan kesempatan ini untuk memiliki rumah idaman anda sementara peluang masih ada
🔥🔥🔥

Photos from NorahafezamdProperty's post 08/06/2023

Assalamualaikum, sy ada tanah yg hendak dijual di pulau perhentian kecil besut terengganu...
* Luas 3.4 ekar
* Berhampiran pantai
* Terlindung dari angin monsun
* Direct owner
* Harga RM3.8j ( boleh runding jika serius buyer)

Sila hubungi:

www.wasap.my/60175288137/tanahganu3j

NorahafezamdProperty
01113095596
REN49413
The Roof Realty

19/04/2023

BOLEH KA BELI RUMAH KALAU TAK CUKUP CASH?

"Puan Nora saya nak beli rumah tapi tak da cash kat tangan❓. Dalam bank ada RM2k - RM3K ja. Tu pun nak pakai untuk benda lain. Boleh ka nak beli❓.... " Jawapannya BOLEH dan BERSYARAT. 😁

Sering kali saya diaju soalan ni.
Dengan sedikit ilmu yang saya ada diharapkan dapat membantu anda di luar sana untuk membeli rumah idaman.

Seperti yang kita sedia maklum, bukan sikit kos-kos yang perlu ada untuk membeli rumah. Lagi mahal harga rumah lagi mahal kos yang perlu dibayar.

Sekurang-kurangnya anda kena ada 10%-15% untuk membeli sebuah rumah. Bergantung kepada harga rumah yang nak dibeli.

- Deposit rumah : 10%
- Kos Lawyer dan lain-lain : 3% - 5%
- Kos Valuer : Anggaran RM700 ke atas.

Ada 3 cara yang akan saya kongsikan kepada anda.

(1) KWSP

Boleh keluarkan KWSP akaun 2 untuk membayar deposit 10% dari harga rumah. Jadi gunakan kelebihan dan peluang ni untuk membeli rumah impian anda. Bukan senang nak keluarkan KWSP ses**a hati. 😁

(2) MARKUP LOAN

Apa tu Markup Loan? Markup Loan ni bermaksud apply loan lebih tinggi dari harga rumah yang nak dibeli berdasarkan Market Value tertinggi rumah tu. (Jika Layak).

Belilah rumah below dari Market Value. Setiap rumah tak sama Market Value walaupun taman perumahan yang sama, melainkan rumah-rumah standard.

Macammana nak tau rumah tu below Market Value atau tak? Tanya agent yang iklankan rumah tu. Agent bersedia membantu anda. 😊

Markup Loan ni kena dapatkan persetujuan dari Owner terlebih dulu.

(3) UNDERCON

Beli rumah yang masih dalam pembinaan/undercon. Selalunya rumah - rumah undercon ni ada early bid, diskaun untuk bumiputera dan lain - lain lagi. Ada juga rumah - rumah undercon ni yang boleh dapat Cash Back dari Pemaju. 💸💸💸

Kos Guaman dan Kos Setem Duti/Mot juga percuma. Selalunya terus ada dalam pakej rumah undercon. Booking pun hanya serendah RM500 atau RM1000. Ada juga rumah undercon yang tak perlu keluarkan duit booking. Hanya perlu sediakan dokumen sahaja.

Dengan sedikit ilmu, pembacaan dan pengalaman saya dalam bidang hartanah, diharapkan dapat membantu anda untuk membeli rumah impian. Semoga bermanfaat untuk anda semua. 😊

Nak beli / jual rumah boleh terus call /whatsapp Nora

NorahafezamdProperty
REN 49413
Real Estate Negotiator
The Roof Realty

Credit to : Ren Fad Rahman

JUAL | BELI | SEWA HARTANAH

NorahafezamdProperty
REN 49413
011-1309 5596
http://www.wasap.my/60175288137/nakjualrumahtanah
http://www.wasap.my/60175288137/nakbelirumah
http://www.wasap.my/60175288137/nakjadiagenhartanah

11/04/2023

PROGRAM HADRAH 7.0 HADIAH RAMADAN 1444H

Alhamdulillah Uitm Permatang Pauh membuka peluang dan ruang kepada kami dalam usaha sama & Mohd Anuar & Co. serta rakanniaga lain seperti Adabi dalam menjayakan program khidmat masyarakat, Sumbangan aidilfitri, keusahawanan, pemindahan ilmu, iftar, ceramah dan banyak lagi program yang akan dilaksanakan..

InshaAllah program tersebut akan berlansung pada

Tarikh : 15hb April 2023 (24 Ramadan 1444H)
Tempat : Masjid Al Muhajirin Bandar Seberang Jaya
Masa : 10am -8pm

10.00 pagi: Kacau Bubur Lambuk

2.00 petang: Aktiviti Membungkus Bubur Lambuk & serahan bubur lambuk

5.30 petang: Program bersama TYT

7.28 mlm: Berbuka Puasa di Masjid Al Muhajirin Bandar Seberang Jaya

“Untukmu, kerana-Nya”

"CREATE OPPURTUNITY, BUILDING FUTURE"

Photos from NorahafezamdProperty's post 20/03/2023

⭐️PERUMAHAN BARU DI TAMAN SELASIH KULIM KEDAH ⭐️

Rumah Berkembar 2 Tingkat

✅booking serendah RM1000
✅free SPA
✅free yuran guaman
✅berdekatan dengan semua kemudahan
✅projek dijangka siap 2025
✅bumi lot
✅non bumi lot

Berminat boleh Call atau Whatapps 👇

https://watsap.my/0175288137

https://watsap.my/0175288137

https://watsap.my/0175288127

NORA | REN49413
011-1309 5596
Real Estate Negotiators

THE ROOF REALTY SDN BHD (TRR)

Buy | Sell | Rent | Residential - New Development | Land | Commercial | Hotel

18/03/2023

To all clients yg dihormati...skim rumah pertama 100 % loan Akan Ditamatkan Oleh bank negara Malaysia berkuat kuasa 1/4/2023

Beli la rumah skrg kepada pembeli pertama

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

*Info Penting‼️*

Bank Negara scheme 100% akan henti pada 31 March 2023. Dan loan last disbursement 30 June 2023.

*Lepas 30 June 2023 tak sempat disburse loan akan tukar balik ke 90%*

26/01/2023

NAK BELI RUMAH?

Cari yang sesuai dengan kelayakan, cukup keperluan, dan matlamat perlaburan kalau rancang nak buat perlaburan!

13/01/2023

"Saya meniaga ja,boleh beli rmh x?"

Jawapan👉bolehhhhh.guna SSM dan penyata akaun bank ja nak beli rumah..mudah kan☺️

Antara Syarat-Syarat utama :

1. Ada SSM
2. Rumah pertama sahaja
3. Ada penyata bank yang aktif
(duit keluar masuk, jangan keluar ja tau)
4. Nama x blacklist @ jangan bg sangkut apa² payment
5. Rumah berharga RM300k ke bawah. RM300k ke bawah sahaja !!! kalau lebih kena top up "CASH"

Jommm beli rumah☺️

📍Psssstttt...adik² yg kja FOOD PANDA/GRAB/ JNT /NELAYAN / PESAWAH pn boleh jgk mohon utk beli rumah❤️pastikan ada penyata bank yang aktif dan dokumen sokongan

www.wasap.my/60175288137

Photos from NorahafezamdProperty's post 14/12/2022

RUMAH KEDAI UNTUK DIJUAL

TAMAN SELASIH
KULIM KEDAH

Harga Jualan RM 350,000

====================

Spesifikasi :
» Teres Setingkat
» Freehold
» 1323 sqft
» 2 Bilik Air
» Freehold
» Bumi Lot

====================

Kemudahan :

- 180 Meter Masjid
- 170 Meter Klinik
- 3.8 KM Giant
- 2.9 KM Tesco
- 3.5 KM CIMB
- 1.7 KM SMK Taman Selasih
- 3.0 KM Sekolah Kebangsaan Kulim
- 4.7 KM Pasar Besar Kulim
- 4.4 KM Balai Polis

====================

Bank Loan/Cash

====================

Harga Jualan : RM 350,000 (nego)

Booking 1000 sahaja

Untuk Maklumat Lanjut Dan Sebarang pertanyaan, sila hubungi

www.wasap.my/60175288137/rumahkedaitmnselasih350k

NORA HAFEZA
REN 49413
01113095596
Real Estate Negotiator
The Roof Realty

Buy | Sell | Rent - Residential | New Development | Land | Commercial

21/11/2022

Guna SSM sahaja nak beli rumah ??

Kerajaan sediakan skim khas yang hanya guna SSM sahaja untuk beli rumah.

Antara Syarat-Syarat utama :

1. SSM lebih dari setahun
(baru 2 bulan, tak boleh)
2. Rumah pertama sahaja
3. Penyata bank yang aktif
(duit keluar masuk, jangan keluar je taw)
4. Nama tak blacklist
(jujur please🙏🙏 berbulan loan tertunggak
tak boleh yaaa)
5. Rumah berharga 400k ke bawah. RM400k ke bawah sahaja !!! kalau lebih kena top up "CASH"

Nak check kelayakan dulu??? 👇👇

www.wasap.my/60175288137/sjkp

21/11/2022

*Kestabilan Scheme Rumah Pertamaku Diutamakan*

CIMB masih melancarkan Scheme Rumah Pertamaku (100% +10%) bagi rakyat Malaysia.

Loan Margin up to 100%

Lagi tambah 10% (termasuk legal fee, valuation fee dan MRTT)

Tenure up to 35 years

Syarat untuk apply
1. Rakyat mesti adalah 1st time home buyer

2. Monthly Gross Household Income below RM 5,000 for below rumah RM 300K; Monthly Gross Income per person RM 10,000 for below RM 500K

3. Tiada had umur untuk apply

4. CCRIS tiada ada "3" loan late payment record

T&C apply, any more information or enquiry please call
Nora Hafeza MD
REN49413
www.wasap.my/60175288137

api.whatsapp.com

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

I've received 100 reactions to my posts in the past 30 days. Thanks for your support. 🙏🤗🎉
Renlife update today 💕
Tanah Bendang Berdekatan Jalan Utama‼️Mukim Kangkung, Kota Setar, Kedah*DETAIL:Leasehold sehingga 2120 , Rezab MelayuKel...
SINGLE STOREY TAMAN SUTERA IDAMAN
DOUBLE STOREY CORNER LOT
APARTMENT FOR SALE
Halaman Murni Apartment 180k sj
Majlis Ramah Mesra EHSAN bersama Rakan Niaga..
Top 13 December Achiever
Tanah lot 4000sqfr

Category

Website

Address


Kulim
09000

Other Real Estate in Kulim (show all)
Jom cari hartanah Jom cari hartanah
Lunas
Kulim, 09000

Rumah Kedah Untuk Kakitangan Kerajaan Rumah Kedah Untuk Kakitangan Kerajaan
Ground Floor 223, 6, Jalan Tunku Ibrahim, Taman Sago
Kulim, 09000

Khas untuk kakitangan kerajaan

Sinar Bahtera Enterprise Sinar Bahtera Enterprise
Mahang
Kulim, 09000

Kami menyediakan perkhidmatan pengubahsuaian rumah & pertukangan.

Dayah Ali Property Dayah Ali Property
Kulim, 09000

Boleh saya bantu anda untuk miliki rumah idaman? whatapps saya www.wasap.my/60175787025/information �

MSMY Bina Rumah Kedah Penang MSMY Bina Rumah Kedah Penang
Kulim, 09000

syarikat berdaftar untuk pembinaan rumah Idaman anda.

Aunty Mei Property Aunty Mei Property
Kulim
Kulim, 09000

时刻分享产业资讯,提供专业服务 REN 32214

Jual Beli Rumah Kulim & Padang Serai Jual Beli Rumah Kulim & Padang Serai
KTC
Kulim, 09000

Jom jual/beli rumah anda disini

Hartanah Utara Hartanah Utara
940 Jalan Lembah Impiana 5
Kulim, 09000

Perumahan baru di Kulim Hi Tech,Padang Serai, Kedah & Taman Cenderawasih Kupang, Baling.

Hub Hartanah Utara Hub Hartanah Utara
Kulim, 09000

Jual/Beli/Sewa Hartanah, Renovation & Transportation

Sitikhaty Property Sitikhaty Property
Kulim, 09800

Hartanah Utara, Penang & Kedah Hartanah Utara, Penang & Kedah
Kulim, 09000

Mengurus Jual-Beli Rumah Baru, Sub- Sale, Refinance

Hartanah Utara Hartanah Utara
Kulim, 09410

Saya sebagai Perunding Hartanah membantu anda menguruskan urusan jual@beli hartanah anda. Boleh Like