Projek bina banglo-design idaman
KONTRAKTOR BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI MENGIKUT CITARASA DAN BUDGET
*PANDUAN UNTUK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI*
1) Sediakan Bajet Untuk Pembinaan Rumah
Tak kisahlah rumah baru atau rumah sendiri, perkara paling penting sekali adalah tengok bajet dahulu.
Ada beberapa faktor penting yang akan mempengaruhi kos anda, iaitu:
-Saiz rumah
-Kualiti bahan binaan
-Struktur dan reka bentuk rumah
2) Semak Status Hak Milik Tanah
*Bila anda dah tahu tanah mana nak pilih (kalau anda ada banyak tanah la), pastikan struktur tanah tu kukuh dan bukan terletak di kawasan banjir atau tanah runtuh.
*Kemudian, semak hak milik tanah untuk memastikan anda boleh mendapat kelulusan untuk membina rumah sendiri.
3) Pastikan Anda Lantik Pasukan Yang Bertauliah
Sekarang tiba masanya untuk anda melantik:
- Arkitek dan juru ukur
- Kontraktor
- Peguam untuk menguruskan kontrak perjanjian antara anda dengan kontraktor
Pada fasa ini, kontraktor bertanggungjawab untuk:
- Reka bentuk berdasarkan bajet, kualiti, dan tempoh yang dipersetujui.
- Menyediakan pelan lukisan rumah yang sesuai untuk dihantar kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan permit rumah.
- Bila rumah siap dibina, arkitek akan mengeluarkan "Certificate of Completion and Compliance" (CCC) yang menandakan rumah tersebut selamat untuk didiami.
*Harus diingat, ada tempoh masa menunggu untuk anda mendapatkan kelulusan pelan daripada pihak berkuasa.
4) Sediakan Perjanjian Membina Rumah
*Anda perlu mendapatkan quotation (sebut harga) daripada kontraktor.
*Sebut harga akan digunakan untuk menghantar permohonan pembiayaan anda kepada LPPSA (jika anda guna pinjaman perumahan kerajaan) atau kepada bank untuk menilai pinjaman yang anda layak.
*Pastikan anda melantik kontraktor dan peguam bertauliah untuk selesaikan kerja. Semak kelulusan dan latar belakang mereka terlebih dahulu!
*Buat tinjauan sebut harga terlebih dahulu, supaya anda boleh bandingkan harga apa yang sesuai dengan bajet anda menggunakan bahan binaan yang berkualiti.
*Kemudian, tibalah masa untuk mencari peguam yang bertanggungjawab untuk:
-Memastikan perjanjian membina rumah antara anda dengan kontraktor sah di sisi undang-undang.
-Menguruskan permohonan pinjaman yang melibatkan aspek undang-undang.
-Menguruskan proses tuntutan wang daripada pihak kontraktor berdasarkan perkembangan projek binaan yang telah dijalankan.
Jika anda tidak teliti dalam membuat surat perjanjian membina rumah, mungkin akan ada masalah di kemudian hari.
5) Proses Penilaian
*Setelah pelan rumah diluluskan dan perjanjian membina rumah ditandatangani, bank dan LPPSA akan menjalankan penilaian sebelum meluluskan pinjaman.
*Pemberi pinjaman akan membuat perbandingan daripada aspek keluasan rumah, lokasi, dan beberapa faktor lain.
6) Kini Proses Pembinaan Bermula!
*Sepanjang proses pembinaan, jangan lupa untuk memantau perkembangan kerja kontraktor.
*Pastikan anda simpan segala resit yang dikeluarkan kontraktor. Anda juga perlu selalu menghubungi peguam anda bagi melancarkan urusan tuntutan wang dengan kontraktor berdasarkan perkembangan kerja.
*Jika ada apa-apa masalah dengan prestasi kontraktor, anda boleh membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di bawah Seksyen 53, Akta Perlindungan Pengguna.
7) Dapatkan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
*Setelah rumah siap, Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperlukan untuk menandakan yang rumah tersebut selamat didiami.
CCC hanya akan diluluskan sekiranya:
- Syarat yang dikenakan oleh PBT dipatuhi.
- Borang-borang yang berkaitan diisi dengan lengkap.
- Semua perkhidmatan utama disediakan termasuklah air, elektrik, sistem pembetungan, beberapa khidmat lain.
- Principal Submitting Person (PSP) mengakui bahawa sepanjang dia mengawasi pembinaan ini, dia mengakui bangunan ini telah disiapkan dan pelan telah diluluskan.
8 ) Pembayaran cukai dan insurans
Setalah rumah siap, ada beberapa pembayaran yang perlu anda jelaskan:
- Cukai pintu dan tanah
- Insurans kebakaran
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 982, Jalan Lembah Impiana 7, Taman Lembah Impiana III
Kulim
09000
Opening Hours
Monday | 08:30 - 17:30 |
Tuesday | 08:30 - 17:30 |
Wednesday | 08:30 - 17:30 |
Thursday | 08:30 - 17:30 |
Sunday | 08:30 - 17:30 |
Mahang
Kulim, 09000
Kami menyediakan perkhidmatan pengubahsuaian rumah & pertukangan.
Kulim
Tukang rumah Tukang mozek Kerja plaster siling Mengecat rumah Water proofing Kerja paip Service airco
Jalan Hi Tech 2/7, Kulim Hi-Tech Park
Kulim, 09000
Kepakaran kami adalah membantu anda untuk merealisasikan Banglo Impian anda. Kami juga adalah Kontra
1-35 Jalan Cengal 2 Taman Cengal Kulim Kedah Darul Aman
Kulim, 09000
BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI & RENOVATION
Bersebelahan Buraq Oil Kampung Batu Puteh Karangan Kedah Darul Aman
Kulim, 09700
SYARIKAT PEMBINAAN YG SENTIASA MENAWARKAN HARGA TERMURAH DI UTARA
No 31 Jalan Kota Kenari 1, Taman Kota Kenari
Kulim, 09000
Kontraktor Pembinaan dan Pengubahsuaian Bangunan serta perkhidmatan memperbaharui VISA pekerja warga
Kulim
Kami merupakan pakar bina dan pengubahsuaian rumah kawasan Kedah dan Pulau Pinang.
1-35 Jalan Cengal 2, Taman Cengal
Kulim, 09000
Bina Rumah Atas Tanah Sendiri | Renovation | Interior Design