Balai Polis Hi-Tech
Facebook rasmi Balai Polis Hi-Tech
MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR.
PERUTUSAN KETUA POLIS NEGARA SEMPENA SAMBUTAN HARI KRISMAS TAHUN 2021
Salam sejahtera.
Bersempena dengan perayaan Hari Krismas 2021, saya dan keluarga serta barisan kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada warga PDRM serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian.
Semoga perayaan Krismas tahun ini diraikan dengan lebih meriah dan harmoni dalam kesepakatan kita menjunjung nilai-nilai murni masyarakat majmuk yang berbilang agama, bangsa dan budaya. Marilah kita sama-sama bersatu hati untuk terus memelihara perpaduan serta mensyukuri nikmat keamanan dan keharmonian yang dikecapi di tanah air ini. Sesungguhnya keutuhan silaturahim di antara kaum, sikap kebertanggungjawaban dan kerjasama erat seluruh rakyat Malaysia amat membantu usaha PDRM untuk memperkukuhkan lagi jaringan keselamatan negara.
Dalam kemeriahan dan keriangan menyambut Krismas, sama-samalah kita beringat dan jangan sesekali alpa untuk terus kekal mematuhi protokol kesihatan yang masih berkuat kuasa. Bagi yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
“MERRY CHRISTMAS AND HAPPY NEW YEAR”
(TAN SRI ACRYL SANI BIN HJ. ABDULLAH SANI) IG
Ketua Polis Negara
DIG DATO’ RAZARUDIN DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN KPN KE-28
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan DIG Dato’ Razarudin Husain sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baharu yang ke-28 berkuat kuasa mulai 26 Disember 2021.
Sebagai makluman, Dato’ Razarudin Husain dilahirkan pada 15 Mac 1963 di Dengkil, Selangor dan telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Zainah Othman.
Siswa Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia ini pernah diamanahkan pelbagai jawatan penting dalam Pasukan.
Antaranya Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Timbalan Komander Special Task Force on Organised Crime (STAFOC), Timbalan Ketua Polis Perak dan Ketua Polis Perak sebelum dilantik menjadi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 9 September 2020.
Sekali lagi bagi pihak warga Pasukan, kami mengucapkan selamat menjalankan tugas dan amanah demi Pasukan dan negara buat DIG Dato’ Razarudin Husain!
#24122021
TAHNIAH KEPADA KETUA POLIS NEGARA ATAS PENERIMAAN DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN P.M.N.
#13112021
TAHNIAH KEPADA KETUA POLIS NEGARA ATAS PENERIMAAN DARJAH KEBESARAN PERSEKUTUAN P.M.N.
Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato' Kamarul Zaman Bin Mamat mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia Kontinjen Kedah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani atas Penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri.
Ketua Polis Negara telah menerima P.M.N. dalam Istiadat Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung di Istana Negara, pagi tadi.
#13112021
INFOGRAFIK : TALIAN TELEFON KONTINJEN DAN DAERAH SEBAGAI RUJUKAN UNTUK PESARA POLIS / BEKAS POLIS / PETUGAS POLIS ERA DARURAT SERTA WARIS.
Infografik talian telefon seperti paparan boleh dihubungi bagi mendapatkan bantuan dan pertanyaan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh PDRM. Anda juga boleh melayari pautan berikut : https://epesara.rmp.gov.my.
Sumber : Jabatan Pengurusan PDRM
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS NEGARA
Pengumuman Kebenaran Merentas Negeri.
"INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN"
(Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali)
Ketua Polis Kedah serta seluruh warga PDRM Kontinjen Kedah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota polis Allahyarham D/Sjn 117376 Bahari Bin Mat Kesa yang telah meninggal dunia pada 29 Ogos 2021 jam 8 pagi.
Tugas terakhir Allahyarham di Cawangan D9, BSJ IPD Kulim.
Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah.
KETUA POLIS NEGARA TURUN PADANG MENYEMPURNAKAN OP BANTU DI DAERAH KULIM
KULIM, 26 Ogos 2021 - Ketua Polis Negara, YDH IG Dato' Sri Acryl Sani Bin Hj. Abdullah Sani berbesar hati untuk turun padang menyempurnakan Program Op Bantu di Daerah Kulim, hari ini.
Sebanyak 56 buah rumah telah menerima sumbangan melalui program yang diadakan pada hari ini.
YDH IG Dato' Sri Acryl Sani telah mengunjungi 5 buah rumah yang melibatkan rumah asnaf dan pesara PDRM.
Di kesempatan itu juga, YDH IG Dato' Sri Acryl Sani turun menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN), Sijil dan mock check One Off RM500 kepada SM (B) Othman. Sarjan Mejar (B) 23739 Othman Bin Senawi yang berusia 91 tahun. Beliau telah bersara pada 7 September 1985.
Hadir sama, YDH CP Dato' Kamarul Zaman Bin Mamat, Ketua Polis Kedah, YDH DCP Dato' Othman Bin Nanyan, Setiausaha Polis Malaysia, YDH DCP Dato' Roze Bin Shaari, Timbalan Ketua Polis Kedah, Ketua-ketua Jabatan Kedah, dan Pegawai-Pegawai Kanan daerah Kulim.
DEGIL TAK NAK BERHENTI DI SJR
Tindakan tiga lelaki yang sengaja tidak mahu memberhentikan kereta ketika ditahan dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) di hadapan sebuah bank di Jalan Serdang, di sini, mengundang padah apabila ditahan polis, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Sazalee Adam berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang, pegawai polis berkenaan memberi isyarat kepada pemandu kereta dinaiki suspek supaya memberhentikan kenderaan untuk diperiksa.
TEKAD PERKHIDMATAN AWAM.
Sumber :-
Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara
TEKAD PERKHIDMATAN AWAM
SYARIKAT PEMBINAAN LANGGAR SOP DIKOMPAUN RM50,000
KULIM : Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM50,000 ke atas sebuah syarikat pembinaan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam Op Patuh di kawasan perindustrian Padang Meha, di sini semalam.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pemeriksaan kira-kira pukul 1 petang itu mendapati lebih 200 pekerja yang kebanyakannya warga asing sedang melakukan kerja-kerja pembinaan sebuah kilang.
“Syarikat terbabit didapati mendapat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk kerja-kerja pembinaan infrastruktur pembinaan iaitu pembinaan empangan, saliran dan pembentungan.
“Bagaimanapun kita mendapati syarikat itu menjalankan kerja-kerja pembinaan sebuah kilang yang tidak dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Kata beliau, selain itu, syarikat tersebut juga didapati melakukan kesalahan lain antaranya gagal memastikan kehadiran pekerja 60 peratus apabila seramai 220 pekerja hadir berdasarkan rekod buku kehadiran dan tidak menyediakan laluan keluar masuk.
“Polis juga mendapati tiada penjarakan fizikal di tapak pembinaan berkenaan,” ujarnya.
Kamarul Zaman memberitahu, seramai 41 pekerja ditahan dan selebihnya dipercayai sempat melarikan diri.
“Kesemua pekerja warga asing yang ditahan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut bagi menyemak sama ada mereka mempunyai dokumen sah berada di negara ini,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, sebanyak 836 kilang, tapak pembinaan dan asrama di seluruh negeri ini telah diperiksa dengan 78 kompaun dikeluarkan sejak 26 Julai lalu hingga semalam.
Sumber : Utusan Malaysia.
Syarikat pembinaan langgar SOP dikompaun RM50,000 KULIM: Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM50,000 ke atas sebuah syarikat pembinaan selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam Op Patuh di kawasan perindustrian Padang Meha, di sini hari ini. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pemeriksaan kira-kira pukul 1...
,
TALIAN WHATSAPP SELURUH KONTINJEN KEDAH
Mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan diminta hadir ke IPD berdekatan untuk mendapatkan bantuan segera.
Bagi individu yang tidak dapat hadir ke IPD berdekatan mereka diminta menghubungi IPD berhampiran masing-masing melalui talian rasmi IPD ataupun melalui talian WhatsApp Khas Op Bantu. Skuad Amanita dan RELA di lapangan akan ditugaskan untuk menyampaikan bantuan segera.
Sumber, Polis Kedah
-Admin
TALIAN WHATSAPP SELURUH KONTINJEN KEDAH
Mana-mana individu yang telah terputus bekalan makanan diminta hadir ke IPD berdekatan untuk mendapatkan bantuan segera.
Bagi individu yang tidak dapat hadir ke IPD berdekatan mereka diminta menghubungi IPD berhampiran masing-masing melalui talian rasmi IPD ataupun melalui talian WhatsApp Khas Op Bantu. Skuad Amanita dan RELA di lapangan akan ditugaskan untuk menyampaikan bantuan segera.
🔴[LIVE] SIDANG MEDIA KHAS KETUA POLIS KEDAH
Sidang media YDH CP Dato' Kamarul Zaman Bin Mamat, Ketua Polis Kedah sempena pelancaran 'Op Vulture' Kontinjen Kedah
Sumber, Polis Kedah
NOTIS SEGERA.
Surat Kebenaran Penangguhan Pemeriksaan Berkala JPJ bagi semua kenderaan perdagangan untuk pemeriksaan PUSPAKOM adalah DIBATALKAN.
Sumber, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
NOTIS SEGERA 📢
Surat Kebenaran Penangguhan Pemeriksaan Berkala JPJ bagi semua kenderaan perdagangan untuk pemeriksaan PUSPAKOM adalah DIBATALKAN
DAULAT TUANKU
MERAFAK SEMBAH SERTA UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Seluruh warga kerja Balai Polis Kulim Hi-Tech merafak sembah serta ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman Yang Ke-79 pada hari ini, 20 Jun 2021 (Ahad) bersamaan 9 Zulkaedah 1442H.
Semoga Allah memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Photo : Polis Kedah
-Admin
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS KEDAH BERHUBUNG KEJAYAAN BERSAMA PENGUATKUASAAN TNB ZON UTARA DALAM PEMBANTERASAN AKTIVITI PERLOMBONGAN MATAWANG DIGITAL (BITCOIN)
YDH CP Dato' Kamarul Zaman Bin Mamat
Ketua Polis Kedah
10 Jun 2021
Sumber : Polis Kedah
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah dan Setinggi-tinggi Ucapan Tahniah
Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku 7Jun 2021 26 Shawal 1442H.
Photo : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
-Admin
Selamat Hari Wesak daripada warga kerja Balai Polis Kulim Hi-Tech.
Photo : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
-Admin
HEBAHAN: KAJIAN REAKSI TERHADAP KEBERKESANAN PKP 3.0
Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang menjalankan satu kajian yang bertajuk “Reaksi Terhadap Keberkesanan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0” bermula 20 hingga 24 Mei 2021.
Oleh demikian, orang ramai yang berumur 18 tahun ke atas adalah dipelawa untuk menjawab soal selidik tersebut di pautan:-
https://forms.gle/CuEV38p52XBjQRZC9
Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia
-Admin
Jabatan Penerangan Malaysia sedang menjalankan kajian berkenaan "Reaksi Terhadap Keberkesanan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0" bagi mendapatkan maklum balas rakyat.
Tujuan pelaksanaan kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan PKP 3.0
Mohon kerjasama tuan/ puan yang berumur 18 tahun ke atas untuk menjawab soal selidik
melalui pautan berikut:
https://forms.gle/CuEV38p52XBjQRZC9
dan menyebarluaskan kepada semua untuk mendapatkan lebih ramai responden.
Tempoh Kajian: 20 hingga 24 Mei 2021
Terima kasih kerana sudi menjawab kajian ini.
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2021
Selamat Menyambut Hari Guru 2021 kepada seluruh warga pendidik di seluruh Malaysia
"Terima kasih Cikgu!"
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 2021/1442H
Warga Kerja Polis Kulim Hi-Tech mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya mereka yang beragama Islam.
-Admin
Kenyataan Media YAB Perdana Menteri- Keputusan Sidang MKN 10 Mei 2021
Sumber, YAB Perdana Menteri
INFO PENTING UNTUK SEKTOR EKONOMI BERKAITAN PENGUMUMAN 3.0
Berikut adalah ringkasan makluman berkaitan 3.0 yang boleh dijadikan rujukan tuan/puan.
Sumber, KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
PENUTUPAN BAZAR RAMADAN & BAZAR AIDILFITRI DI KAWASAN PKP BERKUATKUASA 10 MEI 2021.
SUMBER, Majlis Keselamatan Negara
-Admin
PENUTUPAN BAZAR RAMADAN & BAZAR AIDILFITRI DI KAWASAN PKP BERKUATKUASA 10 MEI 2021
LARANGAN RENTAS NEGERI & DAERAH TANPA KEBENARAN PIHAK PDRM DI SELURUH NEGARA BERKUATKUASA 10 MEI 2021.
SUMBER, Majlis Keselamatan Negara
-Admin
PENUTUPAN PREMIS DALAM SENARAI SISTEM HIDE BERKUATKUASA SERTA MERTA.
SUMBER, Majlis Keselamatan Negara
-Admin
PENGANJURAN BAGI MAJLIS RASMI & TIDAK RASMI KERAJAAN & SWASTA BAGI KAWASAN PKP TIDAK DIBENARKAN
SUMBER, Majlis Keselamatan Negara
-Admin
PENGANJURAN BAGI MAJLIS RASMI & TIDAK RASMI KERAJAAN & SWASTA BAGI KAWASAN PKP TIDAK DIBENARKAN
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Telephone
Website
Address
Kulim
09000
KLM HQ, 14A (1ST FLOOR), PERSIARAN 1, KULIM Avenue, KULIM HI TECH PARK
Kulim, 09000
Kami adalah Rakan Sah TM Technology ( TM ). Jom sertai komuniti UNIFI Business ,klik www.unifibiz.com
KULIM LANDMARK CENTRAL SHOPPING CENTRE Lot K1F12-13, 1st Floor, KLC Satu
Kulim, 09000
Case Zone grew strongly in the smartphone accessories industry with high quality and original products as well as trusted delivery service for customer.
No 87, Jalan Kempas 1/5, Taman Kempas Indah
Kulim, 09000
Menjual, Ansuran, Repairing ✅
Jalan Teoh Moh Soo
Kulim, 09000
Hi! Neighbors! We’re Maxis Exclusive Partner and are here to bring you the best Unlimited Internet solution plan and the latest smartphone plan
3410 Lorong Selasih C/1, Taman Selasih, Keladi
Kulim, 09000
Menjual permainan video dan cd game
No 623, Jalan Seraya 3/7, Pusat Perniagaan Seraya
Kulim, 09000
Kedai komputer mampu milik terbesar di Malaysia dengan lebih 100 cawangan di seluruh Malaysia !
Jalan Tunku Asaad
Kulim, 09000
Unifi TM Home Fibre Kulim Penjual Sah/Authorised Reseller : Adil 0107938140 Pendaftaran & Pemasangan Percuma (Kontrak 2 Tahun)
Unifi Kulim
Kulim, 09000
HUBUNGI KAMI 016-2672404 UNTUK PENDAFTARAN DAN PEMASANGAN DI KULIM AGENT UNIFI KULIM ZAI
Taman Kempas 3, Kampung Ayer Merah
Kulim, 09000
Ingin pasang Maxis Fibre Wifi? saya Mohamad sedia membantu anda untuk mendapatkan pakej Maxis Fibre: