Siti Zainab A.Raof

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Siti Zainab A.Raof, Consulting Agency, Kulim.

Saya merupakan pengasas SZR Barakah Wealth Consultancy yang memberi khidmat mengenai PENGURUSAN KEWANGAN ISLAM dari sudut pengurusan risiko kewangan, pelaburan unit amanah saham dan PRS serta perancangan harta pusaka Islam. Pengurusan kewangan Islam merangkumi:

R- Resources(SUMBER PENDAPATAN)

E-Emergency Saving(SIMPANAN KECEMASAN)

S-Saving(SIMPANAN)

P-Protection(PERLINDUNGAN)
-hilang upay

Photos from Siti Zainab A.Raof's post 03/05/2024

Lelaki Itu.

Bismillah.

Bila dijadikan drama kisah masyarakat, lebih ramai yang terbuka mata dan hati untuk ambil tahu dan faham tentang isu perwarisan dan realiti dalam kehidupan. Tahniah buat Penerbit dan penulis skrip Lelaki Itu, Erma Fatima dan diarahkan Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif.

Alhamdulillah, dalam SB Group ada yang mengulas drama ni. M Lina Azlina.

1. Qaidah - ada hak tuntut harta sepencarian sepanjang tempoh perkahwinan. Namun harta sepencarian ni ada pecahan atau peratusannya. Dia nak tuntut semua harta pada asalnya. Memang tak boleh lah. Bahagian faraid dia sebagai isteri p**a perlu dikongsi dengan madu. Bukan lagi 1/8 untuk dia seorang. Sebaliknya bahagian 1/8 itu perlu dikongsi bersama 2 lagi isteri Syed Mirza. Maka Qaidah mendapat 1/24 bahagian faraid sahaja.

2. Imani - Nikah luar negara masih boleh didaftarkan walau selepas pasangan meninggal dunia sebelum tuntutan faraid boleh dibuat. Imani juga boleh tuntut harta sepencarian sepanjang tempoh perkahwinan sahaja iaitu 1 tahun. Pada asalnya, dia nak tuntut harta sepencarian daripada tempoh 8 tahun sebab jadi orang penting dalam syarikat dan banyak membantu Syed Mirza membangunkan perniagaan tersebut. Tapi hat tu tak boleh lah kerana pada ketika itu statusnya hanya sebagai pekerja sahaja. Namun akhirnya dia membatalkan tuntutan tersebut atas nasihat bapanya.

3. Anak Imani - disebabkan dia masih dibawah umur, dia berhak mendapat keseluruhan bahagian faraidnya sebagai anak lelaki.

4. Sarina - Dia memiliki sijil nikah, maka perkahwinannya sah dan berhak menuntut bahagian faraid sebagai isteri.

5. Khai - waris yang menerima bahagian terbanyak selain anak Imani sebagai anak lelaki Syed Mirza. Namun Khai mewaqafkan kesemua bahagiannya atas nama Batrisya.

6. Nama Khai berbin kan Abdullah kerana pada ketika kelahiran, sijil nikah ibunya masih belum diperolehi. Maka perlu mendaftarkan kelahiran anaknya sebagai TIADA BAPA dan dibin kepada Abdullah.

7. Hanya selepas 7 tahun kelahiran Khai, barulah Sarina mendapatkan pengesahan pernikahan dan memperolehi sijil nikah tersebut. Sepatutnya Sarina boleh ke JPN semula untuk menukar maklumat bapa sebagaimana pengesahan Mahkamah Syariah agar dapat ditukarkan nama anak kepada Syed Khairullah bin Syed Mirza. Tetapi ini tidak dibuat yang telah mengakibatkan berlakunya pernikahan bersama adik kandung yang tidak diketahui kewujudannya.

8. Qaidah sepatutnya beruntung kerana Mirza ada anak-anak lelaki daripada madu-madunya. Kalau tidak, sebahagian harta suaminya itu akan diwarisi oleh adik Syed Mirza yang muncul diakhir episod yang kelihatan tiada potensi untuk melepaskan bahagian. At least Khai melepaskan untuk bekal Batrisya manakala Imani melepaskan sebagai bekalan Syed Mirza.

9. Mungkin ada khilaf editing kat sini bilamana pada 1 scene Imani membatalkan tuntutan harta sepencarian yang dibuat pada awalnya. Namun peguamnya mengatakan dia juga menyerahkan bahagian faraidnya kepada Sarina. Rujuk di sini ↩️
https://www.facebook.com/share/v/aZ7jfrGJ8L4RzvoC/?mibextid=w8EBqM
Dalam erti kata sepatutnya Sarina menerima 2/24 atas pemberian Imani tersebut.
Namun pada sesi penggulungan, Imani kata dia nak waqaf p**a bahagiannya pada rumah anak-anak yatim. Rujuk di sini ↩️
https://www.facebook.com/share/v/TpjjxoDz6qAu7iwc/?mibextid=w8EBqM

Tergamak Imani mempermainkan perasaan Sarina 🤭. Tak kisah lah tu. Ceritanya Imani berhak je nak beri kepada sesiapapun bahagiannya.

10. Ada kesilapan pada pembahagian faraid dalam episod akhir ini kerana bahagian Batrisya telah diabaikan. Hakim menyebut bahagian Khai dan anak Imani menerima 14/48 dan bahagian kedua-dua anak perempuan sebagai 7/48 tiap seorang. Seolah-olah Syed Mirza hanya meninggalkan 2 anak perempuan sahaja.

11. Batrisya tetap ada bahagian daripada pusaka ayahnya walaupun dia telah meninggal dunia. Kerana ayahnya mati terlebih dahulu sebelum dia. Sepatutnya Khai dan anak Imani masing-masing menerima 6/24, manakala 3 anak perempuan Syed Mirza termasuk Batrisya menerima 3/24 tiap seorang.

12. Maka bahagian Batrisya 3/24 tersebut kemudiannya diwarisi p**a oleh ibunya, Qaidah sebanyak 1/6 bahagian, kakak-kakaknya yang merupakan adik-beradik seibu sebapa sebanyak 2/3 bahagian dikongsi sama rata. Manakala bakinya adalah milik Khai serta anak kepada Imani yang merupakan adik-beradik sebapa secara sama rata.

13. Ini tidak disebut dalam episod ini dan bukan untuk dijadikan pertikaian. Dia nak buat drama je... bukan nak buat kelas faraid 🤭 so dimaafkan. Hanya info tambahan untuk korang ambil maklum.
OK dah tamat cerita ni 😁.

Siapa yang marah-marah cerita ini merapu, inilah realiti sebenar yang berlaku kat luar sana. So korang tau lah betapa merapunya orang kita melalui kehidupan yang hanya nak bersenang di dunia.

Oh ya, harta pusaka Syed Mirza dalam drama ni 12 billion.

Terima kasih juga buat Nurhanis Syazni Roslan yang buat Conceptual Framework Drama Lelaki Itu. Siapa yang belum tengok drama ni akan faham la jalan cerita.

Semoga lebih ramai akan ambil tahu tentang kesan dan akibat POLIGAMI dalam perwarisan, PERKAHWINAN yang TAK DIDAFTARKAN, WATI' SYUBHAH, pengesahan NASAB ANAK, PUSAKA, FARAID, HARTA SEPENCARIAN, KEMATIAN BERLAPIS dan HARTA BATIL...

Kalau disentuh satu persatu akan jadi lebih dari 30 episod ni...
"Tiada apa yang perlu disambung lagi untuk drama ini" kata Erma Fatima.






Kredit kepada FB Hartini Zubir.

05/03/2024

Insurans MRTT tak cukup nak cover loan rumah.
Tapi macam tak cukup tempoh saja.

Sebab tempoh loan rumah dengan bank 35 tahun total RM500,000.
Saya ambil MRTT cover 10 tahun saja.Tahun ni expired lah.
Jadi ada shortfall 25 tahun lagi.
Lama tempoh tu sementara nak habis bayar loan.Jadi apa-apa dekat saya dalam tempoh pembiayaan tu,jenuhlah waris nak korek duit bayar duit rumah tersebut.

OK.
Jom kita tengok contoh penyelesaiannya.

Plan MLTT coverage 500,000.Umur 37 tahun bayaran baru RM210/bulan.
Bayar sampai tempoh 20 tahun sahaja.
Lepas tu,tak payah bayar dah.
Dah pencen.
Tak nak pening pening bayar komitmen dah.

Tapi,perlindungan masih berjalan sampai umur 70 tau.
Yang bestnya lagi,ada cash value(nilai tunai) dalam akaun tersebut.
Biar je dia rolling dalam tu.
At least bila sampai tempoh matang,ada la jugak cash value boleh keluarkan.

Kalau meninggal sebelum umur 70?
Contohlah meninggal pada umur 50 tahun.
Jadi,ada pampasan RM500,000 ni untuk bayar loan rumah.
Masa ni,for sure jumlah loan tinggal separuh.
Jadi,baki pampasan selepas tolak loan boleh 'hibah' kepada keluarga.

Nak buat infaq atas duit lebihan pampasan ni pun boleh.Kot-kot nak bagi terang 'spotlight' di alam kubur nanti dengan amalan sedeqah jariah kita.Boleh bagi untuk Maahad tahfiz ke,rumah anak-anak yatim ke atau untuk pembinaan masjid.
Besar pahala tu.

Boleh boleh boleh.Semua benda boleh buat aih.Benda boleh planning kan.

Macamna nak buat tu?

Meh sini kita sembang.
Benda boleh plan.
Tak gitu.

Ke nak kena lukis bagi faham.

Tekan link bawah ye untuk info lanjut.

https://rancanghartadanperwarisanislam.wasap.my/

27/02/2024

Dia macam ni kisahnya.

Pesara ni complaint yang dia terpaksa discharged dari IJN atas alasan semua pesara/pekerja kerajaan perlu di-discharge selepas dah setel rawatan di IJN. Maksudnya segala follow up semua kena pergi semula di GH sebelum ni.

Pesara ni tak puas hati la sebab kes jantung dia agak complicated, tu yang terpaksa di masukkan ke IJN tu. Tapi doctor IJN kata ni semua isu"costing" dan arahan dari pihak kerajaan. Depa pon tak boleh buat apa.

Jadi, nak tak nak pesara ni kena pi balik kat hospita sebelum ni untuk rawatan susulan. Time ni pesara
ni kena tunggu 2 bulan untuk next appointment.

Bila dapat turn, doctor dekat GH tu kata kena
refer IJN semula, sebab depa takdak kepakaran untuk kes pesara ni. Lagi nak kena tunggu berbulan-bulan untuk queue balik masuk IJN.

So pesara ni frust la sebab tu dia complaint pasal isu ni. Sebab ramai yang senasib dengan dia.

Isu dia macam ni:-

1. Terlalu ramai orang sakit, kes teruk GH akan refer ke IJN.

2. Queue kat GH pon dah lama, kat IJN apatah lagi, walaupon ada title "orang government".

3. Bila dah ramai sakit, kos government nak tampung pon makin tinggi. Ya la kita Malaysian bayaq murah ja masuk GH kan.

4. Kalau kita boleh kurangkan kesesakan kat GH, waiting time patient yang lebih memerlukan akan jadi lebih pendek. Ni pon dah sangat-sangat membantu.

5. Ambil medical card seawal mungkin ketika masih muda dan sihat.Carumannya pun masih rendah.Jadi,kita boleh bagi ruang dan peluang kepada yang lebih memerlukan mendapatkan rawatan di GH.

Renung-renungkan.

Kredit: Cik Lily

09/02/2024

Zaman internet hujung hari ini cemerlang akademik bukan lagi no 1.Tetapi cemerlang agama & akhlak perlu diutamakan kepada anak-anak.Takut sungguh pada fitnah akhir zaman.Moga Allah lindungi kita & anak-anak.🤲

09/02/2024

Mak ayah dah tak boleh pesan wasiat guna 'mulut' sahaja.Bila meninggal,waris bergaduh riuh sebab pesanan wasiat mereka.Jom buat dokumen wasiat & hibah bertulis supaya waris faham hasrat terakhir mereka

TikTok · RancangHartaAnda 06/02/2024

Tahukah anda?

TikTok · RancangHartaAnda Check out RancangHartaAnda's post.

06/02/2024

Isteri ‘blurr’ di Mahkamah bila Hakim tanya ‘Apa puan nak?’

Kes Permohonan Poligami yang difailkan oleh suami Puan A sebelum dia meneruskan rancangannya membina 'masjid' baru.
Dalam keserabutan fikiran kerana bakal bermadu,Puan A jadi 'blur' apabila ditanya Hakim ketika perbicaraan kes.

Ini kes suami gentle nak poligami secara sah.Bukan yang jenis kahwin sindiket dekat sempadan sebab tak nak isteri pertama tahu.
Jadi,memang kena buat permohonan poligami untuk hakim beri keputusan mengenai kemampuan suami menambah cawangan baru.

Jadi,jangan takut wahai isteri jika ini berlaku.

Apa yang perlu isteri buat bila terima permohonan poligami?

Tip**ah kalau tak rasa sakit hati dan marah kan.Tapi,rileks bertenang.Jangan biarkan amarah menguasai diri.Be rational.
Tolong!

✅Tolong jangan tak pergi ke Mahkamah bila dipanggil.

Bila dihadapan Hakim, Hakim hanya nak tahu, jika anda setuju poligami ini, apa hak yang anda nak direkodkan. Ini kuasa Hakim. Mintak direkodkan Nafkah Diri anda ikut keperluan yang anda perlu.

Kedua, mintak direkodkan Nafkah Anak untuk anak-anak anda. Rekod ikut keperluan, bukan ikut ala kadar. Kalau Nafkah Anak dan Nafkah Isteri pun suami takat nak bagi ala kadar, baik tak payah la poligami.

✅ Apa yang paling penting untuk rekod ?

Pada saya yang paling penting adalah rekodkan tentang Harta Sepencarian. Anda kena tahu, kes Harta Sepencarian adalah kes yang rumit di Mahkamah jika satu pasangan bercerai dan nak buat tuntutan tersebut.

Biasanya perbicaraan kes Harta Sepencarian ini makan tahun dan perlukan segala macam bukti untuk perbicaraan. Tapi, bagi isteri yang dapat Tuntutan Poligami, anda diberi keistimewaan untuk mintak Hakim ‘declare’ sebagai perintah, apa sahaja Harta yang suami anda ada sekarang sebagai Harta Sepencarian tanpa perlu bicara.

Bahkan, anda boleh mintak diisytiharkan ‘1/2’ atau separuh bahagian milik anda walaupun suami yang beli 100%. Orang lain nak dapat 1/3 bahagian pun sukar jika bicara kes Harta Sepencarian.

✅ Kenapa penting rekod Harta Sepencarian ini?

Sebagai isteri, anda kena tahu, meskipun suami beli 100% rumah dan sediakan untuk anda, mungkin benar itu adalah Harta Sepencarian. Tapi, jika tidak ada Perintah, andai berlaku kematian suami, Rumah itu tetap dikira pusaka dan perlu dibahagi secara Faraid.

Melainkan anda dapat Perintah Harta sepencarian. Nak dapat perintah 1/2 bahagian, anda perlu ada bukti yang anda juga ada sumbangan langsung terhadap pembelian rumah tersebut.

✅ Apa jadi kalau suami mati, dan tak rekod Harta Sepencarian?

Rumah dan segala harta itu akan dibahagi secara Faraid. Kalau anda ada anak, bahagian faraid anda adalah 1/8. Namun, jika suami anda berpoligami, mungkin dua isteri, bahagian anda akan jadi 1/16.

Itu belum kira jika suami ada 3 atau 4 isteri. Lagi kecil bahagian pusaka anda. Dan tak semena-mena, anda terpaksa naik turun Mahkamah hanya untuk ‘declare’ Harta Sepencarian dan berlawan dengan semua ahli waris.

Itu kalau mati. Kalau anda diceraikan sewaktu hidup, selepas cerai anda nak kena lantik peguam bagi failkan Harta Sepencarian. Itu pun jika Harta itu masih ada. Kalau rumah sudah dijual sebelum cerai, jenuhlah anda naik turun Mahkamah.

✅Jadi isteri biar realistik dan bijak

Ingat tau.
Jangan tak pergi p**ak hari perbicaraan poligami di mahkamah. Rugi tersangatlah rugi.
Suami boleh ‘hoora hooray’ depan Hakim.

Jika saya sendiri berada di tempat isteri pertama tu, saya mungkin rasa sedih sat.Tapi tak marah kalau suami saya mampu dan berkemampuan untuk poligami.Siapalah kita nak menidakkan hukum Allah kan.

Tapi,tentu ada syaratnya.

Tapi kan.
Ini contoh sahaja ya.
Saya akan mintak rekod Nafkah diri sebagai isteri RM2000 sebulan at least, Nafkah Anak seorang RM700 at least seorang setiap bulan, RM300 untuk baju raya setiap seorang dan RM1000 untuk perbelanjaan awal persekolahan mereka.

Harta Sepencarian confirm, semua harta yang suami beli, saya nak mintak Mahkamah ‘declare’ 1/2. Kalau ada yang saya keluarkan duit lebih, saya nak mintak 2/3 bahagian.

Lagi satu, sebelum bina 'cawangan baru',saya nak mintak suami sediakan Hibah Takaful RM1 juta sebagai simpanan dan tinggalan jika berlaku kematian. At least, hak saya selamat selepas kematian suami. Dan bolehlah saya nak survive dengan baik dan selamatkan Harta pusaka arwah.Nak selesaikan harta pusaka bukan pakai air liur saja.Kena ada kos juga keluar nak proses tadbir dan tukar nama.

❤️ Kesimp**annya sayang-sayang semua,jadi isteri ni kita kena bijak dan realistik.

Saya sangat berharap, perkongsian saya ini sampai kepada lebih ramai wanita di luar sana.
Tak kisahlah yang belum berkahwin,jadikan ia panduan untuk kehidupan yang mendatang.Yang dah berkahwin,siap sedia dengan ilmu di dada.Mana tahu,situasi ini akan terjadi kepada diri sendiri.
Jadi,be prepared.

Jangan pergi ke Mahkamah dalam keadaan yang anda tak tahu apa-apa.

Rugi. Tersangat rugi.

Ingat.
Suami ini adalah pinjaman.
Jika tidak dipinjam wanita lain,akan dip**angkan semula kepada Yang Maha Esa bila tiba masanya.

p/s : Ada ke isteri-isteri diluar sana yang suaminya belum sediakan Hibah Takaful kepada dia?
Rugi. Anda tak nampak kenapa pentingnya kena ada Hibah Takaful ni macam mana saya nampak sebagai seorang perunding kewangan Islam.

Jika nak safeguard lagi hak kalian walau suami belum ada niat nak poligami,elok buat siap-siap Dokumen Harta Sepencarian.

Macamana nak buat?
Siapa yang boleh dihubungi?

Saya kan One Stop Centre Financial Services anda.
Boleh saja hubungi saya.Kita discuss apa yang perlu dibuat mengikut 'kasut' anda.

Boleh tara tu!

https://rancanghartadanperwarisanislam.wasap.my/

https://rancanghartadanperwarisanislam.wasap.my/

09/08/2022

Kuliah pagi ini di TV3 dalam segment Tanyalah Ustaz Biar Tahu Jangan Keliru.

Tajuk pagi ini mengenai 'Hibah Sebelum Hiba' oleh ustaz Ghazali Ibrahim.

Bila berlaku kematian,semua aset akan dibekukan.Jadi,semasa masih hidup,eloklah dibuat perancangan siap-siap harta dan aset yang kita miliki.

Tetapi,tak kesemua harta yang boleh dihibahkan.Antaranya adalah Wang KWSP kerana ia belum sempurna pemilikan.

Dan,kena faham juga.Kita tidak boleh hibah 100% kesemua harta kita kepada penerima hibah.
Tau dak kenapa.

Yelah.Kita tak pasti penghujung usia kita nanti masih ada hutang dunia yang berbaki seperti cukai LHDN yang tertunggak,saman,hutang perseorangan dan sebagainya.
Hutang akhirat jangan p**a buat-buat lupa.Kot-kot masa sebelum meninggal,Haji tak sempat nak buat.Ada lagi zakat,kaffarah dan hutang yang belum dilangsaikan kepada Allah.

Penerima hibah tak perlu bertanggungjawab untuk selesaikan hutang kita.Dah namanya hibah iaitu PEMBERIAN KASIH SAYANG TANPA MENGHARAPKAN BALASAN.
Jadi,kita yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hutang yang kita miliki.

Sebab itu,kena tahu apa instrument sesuai untuk buat dokumen perancangan harta kita.

Siti Zainab And Raof
Perancang Harta Pusaka Islam(IEP)
As-salihinTrustee Berhad

24/01/2022

Yang kita nampak dia memakai jam tangan mahal.Lalu kita kagum sekagumnya.
Padahal kita tak nampak dia bayar swipe kad kredit ansuran 24 bulan lamanya.

Yang kita nampak dia guna handphone baru jenama paling terkini.
Padahal kita tak nampak seksa dia membayar bil telefon bulanan termasuk kontrak 24 bulan ansuran bulanan.

Yang kita nampak dia memandu kereta model terbaru semestinya kereta import yang mewah dan trendy.Padahal kita tak tahu dia beli dengan hutang bank kontrak 9 tahun untuk aset yang susut nilai setiap tahun.

Yang kita nampak dia memakai pakaian berjenama mahal dan bergaya.Padahal kita tak tahu dari atas ke bawah pakaiannya hutang beli guna kad kredit bayaran ansuran minimum.

Yang kita nampak sakan dia bercuti ke luar negara travel sana sini.Yang kita tak nampak dia bayar ticket flight accomodations semua guna kad kredit.Bayaran bulanan kad confirm minimum dari baki pinjaman.

Yang kita nampak dia tinggal di rumah besar dan mewah renovate semuanya nak bagi nampak gah di mata orang.Padahal,kita tak tahu peritnya menanggung personal loan untuk renovation rumah dicampur p**a installment bulanan rumah yang tinggi bayarannya.

Begitulah.
Yang kita nampak semuanya indah-indah belaka luarannya.
Tetapi,kita tak tahu betapa sakitnya dia nak menanggung beban hutang dekat bank .Dah pegang prinsip walaupun papa,asalkan bergaya,memang buruklah akibatnya.

Bukan salah kad kredit.
Bukan salah bank yang memberi pinjaman.
Tetapi salah kita sendiri tak pandai kawal nafsu berbelanja.

Kalau dulu bergaji RM2,000,kita belanja RM 2,000 juga.
Kini gaji naik jadi RM 10,000,belanja p**ak RM 12,000,mana mahunya duit nak lekat di tangan.

Sebab itu,dulu kini dan seterusnya kita akan tetap berada di dalam zone 'Rat Race'.

Pernah tengok hamster main dalam gelung bulat tu kan?
Itulah dia perumpaannya jika kita tak kawal diri dan merancang kewangan sebaiknya.

Silap haribulan jatuh muflis dan kena blacklist nama sebab hutang tak berbayar.

Tapi itulah. Dah namanya dunia penuh tipu-tipu drama sangat.Dan orang menilai selalunya dari luaran sahaja.

Kaya tapi tak pakai kereta mewah?
Lemah!

Duit banyak tapi duduk rumah biasa-biasa sahaja bukan banglo mewah?
Lemah!

Bisnes kencang tapi pakai baju bundle sahaja?
Lemah!

So what?
Hidup kita semata-mata nak impress orang sahaja ke?

Tak kisahlah orang cakap begitu begini terhadap kita.Jenuh nak puaskan hati manusia yang takkan puas sebenarnya.

Maka,kita yang perlu bijak sebenarnya merancang supaya hidup sentiasa tenang dan tak stres.

Kalau mampu,silakan membeli ikut pilihan hati.
Kalau tak mampu,kawal nafsu daripada membeli.

Apa yang penting,kita buat sesuatu biarlah Allah redha dengan kita.
In shaaAllah jika kita pegang yang satu itu,hidup kita akan tetap kekal tenang walaupun hidup biasa-biasa sahaja.

Lagipun,orang yang betul-betul kaya tak perlukan material mewah semua itu untuk menampakkannya kaya.
Sebab,mereka sendiri merasakan diri mereka kaya dan eksklusif.

Ikut resmi pagi,makin tunduk makin berisi.

Begitulah.

Siti Zainab Abd Raof
24/1/2022
Padang Serai

02/08/2021

"Saya terpaksa jual rumah kami sebab tiada pilihan lain."

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang dalam kepala aku.Sampai ke hari ini,aku masih tak dapat lupakan perbualan tersebut.

Moga kisah ini dapat dijadikan iktibar buat kita.

Aku dihubungi seorang wanita bernama Puan Sarah(bukan nama sebenar).Kami berhubung hanya melalui perbualan telefon disebabkan kekangan PKP.

Katanya,beliau baru kehilangan suaminya akibat Covid19 pada 4 bulan yang lepas.

"Puan Sarah, kenapa sampai kena jual rumah?" aku mula bertanya.

"Saya terpaksa jual kerana desakan keluarga belah arwah suami saya.Mereka nakkan hak faraid mereka.Sementelah kami hanya mempunyai seorang sahaja anak perempuan dan tiada anak lelaki."

Allahuakhbar.Tiada kata-kata mampu keluar dari mulut aku.

"Ayah mentua saya dah lama meninggal.Tinggal mak mentua sahaja.Arwah suami mempunyai 2 orang abang kandung.Si abang yang sibuk nak jual rumah ini.Mak mentua saya pun sekarang dah termakan hasutan mereka."
Kedengaran suaranya mulai berubah jadi sebak.

"Arwah ada tinggalkan harta apa lagi selain rumah?" berhati-hati aku cuba menyusun ayat.

"Selain rumah,adalah sedikit duit kwsp.Itu pun masalah juga sebab arwah tak sempat update penama.Sejak bujang lagi,arwah letak penama emaknya 100%.Nasib baik duit Tabung Haji arwah letak nama saya sebagai penama.Tapi,tak banyak.Adalah dalam RM 5,000." Perlahan beliau menjawab.

"Banyak ke duit kwsp tersebut Puan?Habis tu,mak mentua dah keluarkan duit tersebut?" Aku tak sabar ingin tahu.

"Huhh.Awal-awal lagi Abang arwah dah bawak emak mentua ke pejabat kwsp untuk keluarkan bila tahu perkara tersebut.Ada lebih kurang RM100,000 jugak dalam akaun tersebut.
Sekupang pun dibaginya kepada saya dan anak.Katanya,itu duit pemberian anaknya sebagai membalas jasanya melahirkan dan membesarkan anaknya."

Subhanallah.Beratnya dugaan wanita hebat ini.

"Jadi,sekarang Puan Sarah tinggal dengan siapa kalau rumah arwah dah kena jual?"

"Saya terpaksa menumpang sementara di rumah kakak saya sebab orang tua saya dah meninggal dunia.Dia pun bukannya orang senang.Anaknya seramai 5 orang,ditambah kami 2 beranak.Lagilah bersesak kami tinggal di rumah kakak." Ujar beliau sambil melepaskan keluhan berat.

"In shaaAllah,jika saya dapat kerja nanti,dapatlah menyewa bilik atau rumah yang lain.Doakan saya ya Siti."

"Puan Sarah boleh buat tuntutan harta sepencarian ke atas rumah tersebut sebelum dibuat pembahagian faraid.Tetapi,kena lantik peguam untuk buat tuntutan tersebut di mahkamah."Aku memberinya jalan.

"In shaaAllah.Terima kasih Siti atas nasihat dan tunjuk ajar.Lega sikit hati akak bila dapat bercerita dengan orang yang arif dalam bidang perancangan harta pusaka ini."

"Saya doakan agar urusan Puan Sarah dipermudahkan dan diperluaskan rezeki dari segenap segi.Amiin Ya Mujib."

Kawan-kawan,ini hanya satu kisah dari beribu kisah benar masyarakat kita mengenai pergelutan harta pusaka di antara waris faraid bila berlaku kematian.

Ambil pengajaran dari kisah di atas.

Malam ini sebelum tidur,cuba lihat wajah polos anak-anak kita yang sedang tidur.
Bincang elok-elok dengan pasangan.Buatlah dokumen perancangan harta dengan sebaiknya selagi nyawa masih dikandung jasad.

Alangkah eloknya jika dokumen wasiat,harta sepencarian dibuat seiring hibah Takaful yang mencukupi sebagai persediaan dalam perancangan harta dan perwarisan kita.

Ya Allah.
Kau permudahkanlah urusanku dalam usaha untuk memberikan kesedaran kepada saudara Muslimku untuk membuat perancangan harta dan perwarisan mengikut syarak.Amiin Ya rabbal A'lamiin.

25/01/2021

Posting ini khas buat Para Suami yang bergelar Ayah/Daddy/Papa/Abi dan seangkatan dengannya.

Adakah kalian mempunyai:
✓anak-anak di bawah umur 18 tahun
✓anak-anak kelainan supaya(OKU)

Sila baca dengan mata hati kalian.

Apa itu Penjaga Harta dan siapa yang layak menjadi Penjaga Harta bagi kanak-kanak dibawah Umur atau OKU.

Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, Ayah merupakan penjaga Harta Utama bagi anak di bawah umur dan apabila ayah sudah tiada, penjaga yang layak adalah seperti berikut :

a) Ayah kepada Ayah
b) Wasi yang di lantik dalam wasiat ayah
c) Wasi yang di lantik datuk
d) Wasi kepada wasi yang di lantik oleh datuk

Isteri hanya berhak kepada Hadhanah iaitu penjagaan fizikal anaknya sahaja.

Persoalannya jika suami meninggal, bagaimana isteri terpaksa mengharungi kesusahan dalam mendapatkan kelulusan untuk menguruskan bahagian pusaka suami yang turun kepada anak bawah umur atau OKU tersebut.

Cuba bayangkan gais tambahan buat isteri kalian yang tidak bekerja.
Bagaimana beliau ingin menjalani kehidupan seharian bersama anak-anak kalian berdua sedangkan wang pusaka suami yang turun kepada anak dibawah umur telah terbeku.

Malam ini sebelum tidur,pandanglah wajah polos isteri kalian dengan penuh kasih sayang.Jangan bebankan mereka dengan masalah yang kita boleh selesaikan semasa kita masih hidup.

Penat jika bergelar balu dan ibu tunggal.Lagi penat jika harta terbeku,tak dapat dikeluarkan untuk kelangsungan hidup mereka anak-beranak sepeninggalan kita kelak.

Kita semasa hidup sibuk mencari harta untuk ditinggalkan kepada anak-anak nanti.
Tetapi, adakah ia akan tercapai jika kita tidak merancang siapa yang bakal jadi penjaga harta anak-anak kita nanti.

Jadi para suami sekalian,
lantiklah penjaga harta kalian sekarang di dalam Wasiat dengan melantik isteri sebagai penjaga harta bagi anak-anak di bawah umur atau OKU.

Bagaimana caranya.
Siapa orang yang boleh tolong selesaikan masalah kalian ni.

Boleh hubungi KN untuk kita set temujanji.
Tak perlu berjumpa secara bersemuka ketika musim PKP ini.
Kita boleh bersua muka melalui platform ZOOM meeting dan seangkatan dengannya.
Mudah bukan.

Para isteri,
sila tagged pasangan masing-masing untuk info.Nak shared posting ini pun saya izinkan.

Nota : Hanya pewasiat lelaki boleh melantik penjaga harta, sekiranya ibu meninggal dahulu, ayah secara automatik menjadi penjaga harta bagi anaknya.

Harap bermanfaat untuk semua.

22/01/2021

Salam PKP gais.

Jom kita refresh semula kot-kot ada yang terlupa.

Kenapa kita nak kena buat dokumen perancangan harta semasa masih hidup ni gais?

Macam ni.Perancangan harta tu kita perlu plan siap-siap:

✓ siapa nak jadi pentadbir harta bila kita tiada nanti.
(Seeloknya lantik syarikat amanah yang tiada kepentingan ke atas harta kita).

✓siapa nak selesaikan hutang-piutang kita nanti.
(Sila ingat hutang akan menghalang kita masuk syurga).

✓lantikan penjaga harta(isteri) untuk anak-anak bawah 18 tahun atau OKU.
(Suami kalau tak lantik,isteri tak jadi penjaga harta anak secara automatik tau)

✓waqaf/infaq yang diimpikan untuk spotlight di kubur nanti
(Barulah terang kubur kita,doa anak yang soleh itu hanya bonus sahaja)

✓ pembahagian harta mengikut hasrat masing-masing terutama kepada bukan waris.
(Maksimum 1/3 harta)

Nampak tak gais.Pembahagian harta ni dah jatuh ke no 5 tau.In fact, kalau kita tak tulis hasrat pembahagian kepada waris pun,mereka dah ada hak faraid masing-masing.

Cumanya,bila ditulis dalam dokumen wasiat tentang hasrat pembahagian tersebut,waris kita akan 'clear' pasal hasrat kita tersebut.

"Wasiat ni boleh ditentang lah!
Tak guna kalau nak buat,nanti tak boleh pakai."

Eh,cuba kau baca betul-betul turutan mengenai kenapa perlu buat dokumen wasiat?
Priority bukan pembahagian harta.

Kalau takut sangat hasrat tu tak boleh direalisasikan melalui wasiat,jangan risau.
Dokumen pri-hibah kan ada.
Tapi kena make sure waris kau ada duit untuk fee pentadbiran nanti terutamanya asset tak Alih.Kena isi borang 14A bersama bayaran ke LHDN ya.
Dan yang paling penting sekali,asset tersebut haruslah sempurna milik bebas dari hutang/loan.Dan benda yang nak dihibahkan tersebut perlu ada value bukan depreciate value macam kereta.

Alamak!
Semuanya macam tak fullfil requirement nak buat hibah.
So,tak payah banyak cekadak.Tulis sahaja dalam dokumen wasiat.

Lagipun, buat apa kita nak risaukan perkara yang kita tak boleh kontrol kan.

Cuba bayangkan wasiat kita ini pihak syarikat amanah yang akan bacakan di depan waris nanti selepas kita meninggal kelak.Dah pentadbir pun kita lantik siap-siap syarikat amanah.

Berani ke waris kita nk tentang hasrat terakhir kita tu nanti.Tak pasal-pasal nanti kena syarah semula dek staff yang membaca wasiat tersebut.
Melainkan jika nama mereka tiada langsung dalam pembahagian harta dalam wasiat tersebut,memang patutlah masing-masing berbunyi!

Last but not least.
Kenapa kita panggil harta peninggalan si mati sebagai harta pusaka?
Sebab ia berpotensi bertukar menjadi SAKA jika tidak diurus dengan betul.

Fikir-fikirkan dan selamat merancang!

Jika rasa posting ini bermanfaat,KN izinkan untuk kalian share ya!

Want your business to be the top-listed Business in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kulim

Other Consulting Agencies in Kulim (show all)
Izawaty Property Malaysia Izawaty Property Malaysia
Kulim

untuk info selanjutnya... www.wasap.my/601114480449/Semakkelayakkanbelirumahmampumilik

Penawar Gout Penawar Gout
Kulim
Kulim

Bebas gout selamanya dengan Jus Gomix, gout Hilang Tak Kembali

MIZ Consultancy Sdn Bhd 1390019-V MIZ Consultancy Sdn Bhd 1390019-V
No. 276, First Floor, Jalan Keranji 1, Taman Keranji
Kulim, 09000

MIZ Consultancy Sdn Bhd is a registered HRD Corp training provider, and consultancy company that prov

Outsource Technical Manpower Suplier for Contraction project Outsource Technical Manpower Suplier for Contraction project
Kulim
Kulim

Technical Manpower candidate suplier

JOB vacancy and Consultation. JOB vacancy and Consultation.
Hotayi Elektronok Batu Kawan
Kulim

PELUANG PEKERJAAN ..

Khasiat Herba Alam Khasiat Herba Alam
TAMAN NILAM
Kulim, 09000

herba tradisional

SR Management & Consultant SR Management & Consultant
No. 163, Jalan Putra Putra D, Pusat Perniagaan Putra, Kilang Lama
Kulim, 09000

Sebuah syarikat yang menyediakan khidmat latihan & konsultansi serta coaching

Hibah Takaful Online Malaysia Hibah Takaful Online Malaysia
Kulim
Kulim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya Muhammad Najwan Arif Penasihat Kewangan anda yang akan mem

Ayra Financing Consultant Ayra Financing Consultant
Kulim, 09000

Perkhidmatan 'Personal Loan'. ❌Tiada Wang Pendahuluan ✅Mndapat Kelulusan KPKT

LM Smart Kulim Global Services LM Smart Kulim Global Services
3718, 1st Floor, Lorong Selasih B/1
Kulim, 09000

Accounting and Admin Services

Pháp Phục Huyền Bảo Pháp Phục Huyền Bảo
1761 Lorong Kenari 7/3 Taman Kenari
Kulim, 09000

Salam / Hai,Saya menyediakan perkhidmatan AERIAL VIDEO atau PHOTO dengan Kualiti terbaik. Sesuai untuk projek berikut :1) Construction wedding Dan lain²