Tips Faraid, Wasiat dan Hibah harta

Tips faraid, wasiat, penama, hibah, pengurusan pusaka dan perancangan harta

27/10/2023

Jangan hal lain dijaga tapi hal faraid kita asal boleh saja. Dapatkan khidmat dari yang arif kalau kita ambil serius soal termakan harta bathil

17/10/2023

Ramai ibu2 salah faham. Mereka ingat apabila suami mati, bahagian faraid anak bawah umur akan dipegang oleh mereka selaku ibu.
Realitinya, tengok komen👇🏻

Photos from Tips Faraid, Wasiat dan Hibah harta's post 15/10/2023

MUAFAKAT KELUARGA IS THE KEY

Tidak mahu mahu menyebelahi mana- mana pihak antara Shila dan ibu Shila dan tak mahu komen tentang adik- beradik Shila cuma dalam isu ni, jelas sekali Shila sebagai penama rumah mempunyai hak mutlak untuk buat apa saja ke atas rumah tu.
Nak jual?
Hibah?
Wakaf?
Sewakan?
Semuanya terpulang kepada Shila

Kisah rumah Shila dan konflik keluarganya juga jelas menunjukkan muafakat keluarga tu kunci penyelesaian masalah pengurusan harta. Kalau semasa hidup dah berantakan tentang harta, bayangkan selepas kematian. Salah satu punca harta pusaka orang Islam berbilion terbeku dan tidak dapat dicairkan adalah disebabkan keluarga tidak memberi kerjasama!

Mungkin ini ujian untuk Shila dan keluarganya. Jadikan pengajaran untuk kita. Ambil tahu struktur faraid kita, ambil tahu status pemilikan harta semasa hidup dan selepas mati dan rancanglah harta semasa kita masih sihat mentally dan physically kerana itu memang hak kita 💯

10/10/2023

URUS PUSAKA

Nak urus pusaka ni bukan optional. Nak tak nak kena lalui. Dah tau ada pilihan, saya pilih jalan yang mudah dan lancar sebab memang ada pilihan begitu. Boleh whatsapp(di komen)untuk mudahkan pengurusan pusaka untuk diri kita sendiri atau untuk waris kita.

Photos from Tips Faraid, Wasiat dan Hibah harta's post 17/09/2023

HIBAH RUMAH

List kan rumah keluar dari senarai harta pusaka dan rumah tu terus jadi hak milik mutlak penerima tanpa perlu agih pada waris faraid si mati(waris faraid owner rumah)

Ini quick and easy definition untuk HIBAH HARTANAH, contoh harta yang paling ramai client Wasiyyah hibahkan, RUMAH

HIBAH RUMAH ramai tak tahu lagi boleh buat
HIBAH RUMAH ramai tak perasan kena buat
HIBAH RUMAH ramai confuse dgn hibah takaful

Whatsapp link di komen kalau nak faham lagi tentang hibah ni, kita sembang thru virtual pun boleh. Senang😊

09/09/2023

Beli rumah bersama- Kadang kadang kita tak tahu apa yang kita tak tahu sebab kita ingat kita dah tahu benda yang kita ingat tahu tapi tak tahu tu🤔

07/09/2023

Kalau kita ni jenis organized dan well planned dalam kebanyakan hal terutama financial. Ada yang dah allocate 10% untuk investment, savings dan takaful dari gaji. Rumah pun tak risau sebab dah ambil MRTT dengan bank. Kereta pun siap dengan autolife. Penama kwsp siap atas nama pasangan masing2.

Tapi kalau kita meninggal, semua di atas kecuali takaful akan TERBEKU sehingga surat kuasa mentadbir diuruskan.

Kalau tak ada investment atau savings pun, apa sahaja harta atas nama kita akan terbeku.

Kalau kita fikir pasangan boleh guna duit hibah takaful untuk tebus pusaka, mungkin kita kena fikir lagi. Kerana lebih baik duit ini digunakan untuk kelangsungan hidup dan hal2 emergency lain sebab tuntukan pusaka mungkin ambil masa yang agak lama dan kos yang agak tinggi untuk selesai

Kalau kita fikir urus pusaka selepas kita mati tu mudah bagi pasangan atau anak2, fikir sekali lagi. Perlu pengetahuan tentang urus pusaka, masa, tenaga dan kos2 terlibat yang agak tinggi.

Kalau rasa pembahagian harta pada pasangan dan anak2 ikut faraid itu lancar lepas kita mati, think again. Kerjasama, tolak ansur dan muafakat dari semua waris sangat main peranan. Sorang bantah, semua punah.

Alang alang ada dah ada good living, financial dan segala planning, make it great dengan rancang harta dan urus pusaka semasa kita HIDUP juga.

Untuk diri sendiri dan waris kita juga

Setuju kan hal ni ramai dari kita yang terlepas pandang?

07/09/2023

Ibrah dari kisah di bawah

Rancang harta masa hidup bukanlah maksudnya kita sibuk dengan hal harta dunia

Rancang harta masa hidup tanda kita tu bijak sebab kita beringat yang mati tu dekat boleh terjadi bila2 masa tanpa kira umur seperti yang nabi saw bersabda.

Rancanglah harta, uruslah pusaka semasa kita masih HIDUP.

Untuk diri sendiri, untuk waris kita juga

Saya ingin membuat perkongsian beberapa perkara atas pengalaman sendiri kehilangan kakak dan abang ipar sekelip mata dalam kemalangan jalan raya dengan meninggalkan 3 orang anak kecil yang masih dibawah umur.
Hanya sebagai persediaan kerana kamatian pasti berlaku cuma saat dan masanya sahaja belum diketahui.

1. Jangan rahsiakan apa jua no pin atau password kepada pasangan kita bagi yang berkahwin. Bagi yang masih bujang tidak salah untuk mempercayai ibubapa atau adik beradik. No pin ATM sangat perlu untuk mengeluarkan duit yang ada kerana setelah mendaftar sijil kematian semua akaun simpanan akan dibekukan bermaksud tidak boleh dikeluarkan. Andai berjuta sekalipun duit kita di dalam bank, bagaimana waris utk gunakannya sekiranya dibekukan? Waris gunakan untuk meneruskan membayar hutang sekiranya tiada perlindungan insuran/takaful, urusan berkaitan pengurusan harta pusaka. Walau bagaimanapun simpanan tersebut perlu di faraidkan juga. Bukan menjadi hak pasangan. Ingat tu!

2. Senaraikan semua hutang-hutang(loan rumah, loan kereta, loan penapis air, loan peribadi, kredit kad, hutang rakan2, loan asb dan bermacam2 loan lain) dan beritahu kepada pasangan atau adik beradik lain.

3. Senaraikan juga aset yang ada (geran tanah, simpanan asb, tabung haji, sspn, pelaburan, kereta, motor, takaful/insuran dan sebagainya) simpan di dalam satu fail khas. Senarai hutang dan harta yang dimiliki ini sangat penting untuk urusan harta pusaka nanti. Waris yang ditinggalkan akan berasa susah namun kita yang 'pergi' ini akan lebih susah dengan hutang yang ditinggalkan andai tidak diurus dengan betul.

4. Sediakanlah Perlindungan Takaful Nyawa walaupun sedikit kerana pampasan takaful tidak akan dibekukan seperti harta2 lain yang kita ada. Duit pampasan takaful akan diberi kepada penama terus dan orang lain tidak berhak atas pampasan tersebut kerana diberikan secara Hibah atau hadiah. Duit pampasan tersebut boleh digunakan untuk membayar segala kos urusan harta pusaka, membayar hutang2 yang ada dan sebagainya sebelum harta yang ada dicairkan.

5. Lantiklah perunding harta pusaka sekarang untuk membuat hibah harta-harta yang ada dan wasi yang akan menguruskan segala urusan kita selepas kematian kita. Hal ini sangat penting sekiranya kita tidak mahu waris naik turun pejabat serta pembahagian harta dilakukan mengikut hukum faraid sebenar.

6. Andai kita waris, sediakan salinan kad pengenalan sebelum diserahkan ke pejabat pendaftaran, sijil kematian, surat beranak si mati, surat beranak anak2,laporan post-mortem,geran2 dan apa jua dokumen yang telah disahkan. Simpan dalam satu fail dengan rapi dan bawa kemana sahaja untuk membuat segala urusan tuntutan.

7. Pergi ke bank, asb, tabung haji, perkeso, berjumpa ejen takaful, kwsp dan sebagainya untuk menuntut khairat kematian jika ada. Dapatkan laporan simpanan, kwsp dan sebagainya untuk urusan harta pusaka. Diingatkan lagi sekali, simpanan itu bukan milik pasangan.

8. Mohon untuk mendapatkan pencen setiap bulan dari pihak socso untuk anak-anak sekiranya sedang/pernah bekerja serta mencarum socso setiap bulan.

9. Waris perlu tahu cara atau wajib bertanya kepada pakar pengurusan harta pusaka berkaitan Faraid. Hal ini dikhuatiri akan termakan harta anak yatim! Ramai menganggap penama adalah pemilik harta tersebut. Silap ya tuan/puan. Penama hanya orang yang mengurus harta sebelum diagihkan.

10. Sementara masih hidup, buatlah perancangan sesuatu. Hibahkanlah harta anda, melantik wasi dan ambil perlindungan takaful. Ramai beranggapan mati lama lagi, tiada harta dan sebagainya. Namun kita tidak sedar kematian tidak mengira usia dan anak-anak adalah harta paling besar dalam kehidupan. Berfikir sejenak, siapa dan sumber apa yang akan menguruskan mereka setelah kita tiada?

Want your business to be the top-listed Finance Company in Kulim?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Beli rumah secara bersama

Website

Address


Kulim

Other Financial Consultants in Kulim (show all)
Quantum Metal Consultant Kedah Quantum Metal Consultant Kedah
Padang Serai
Kulim, 09400

Bersama Tingkatkan Ekonomi Ummah Dalam Simpanan Dan Pelaburan Emas 99.99% Patuh Syariah. Urusniaga Si

Takaful Advisor AIA-Nisya Zulfakkar Takaful Advisor AIA-Nisya Zulfakkar
Kulim, 09000

Miliki Medical Card dengan bulanan yang rendah.. Dapatkan Medical Card , Hibah & Saving dengan bula

Takaful Syaza Anuar Takaful Syaza Anuar
Norlia Abdul Agency
Kulim, 09000

Hi, I am Syaza Anuar, a Great Eastern Takaful Advisor. Willing to help people to make a long-term plan for financial security.

Archanaa Golle Demudu Archanaa Golle Demudu
No 67 & 67A, Jalan MOLEK 1/29, TAMAN MOLEK, 81100 BAHRU
Kulim, 81300

Experienced and driven Financial consultant providing clients with optimal assistance with insurance

Personal Loan Kulim Personal Loan Kulim
Kulim, 09000

Wan Hibah Planner Wan Hibah Planner
KULIM
Kulim, 090900

Yuin QM Yuin QM
Kulim

Quantum Metal Dealer Consultant