Dengue Patrol SMK Pantai

Dengue Patrol SMK Pantai

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dengue Patrol SMK Pantai, Medical Lab, Labuan.

06/03/2018

Tarikh pengumuman Keputusan Peperiksaan pada Khamis, 15 Mac 2018. Harap maklum.

23/07/2017

Kes demam denggi bagi Januari - 15 Julai 2017 menurun kepada 53,750 kes berbanding 61,534 kes dlm tempoh sama 2016 - DS Dr S.Subramaniam

Sumber: Bernama Radio

04/06/2017

Usaha memerangi sarang nyamuk. Tiada aedes tiada denggi!

39,275 kes denggi seluruh negara 28/05/2017

Kes denggi. Jaga kebersihan diri & persekitaran!

39,275 kes denggi seluruh negara PUTRAJAYA: Sebanyak 39,275 kes denggi dilaporkan pada tahun ini, sehingga semalam di seluruh negara, dengan mencatatkan 83 kematian.

Timeline photos 07/05/2017

Hepatitis C

Hepatitis C: Ketahui secara ringkas risiko, tanda-tanda dan pencegahan penyakit tersebut.

Photos from SMK Pantai WPLabuan's post 01/10/2016

Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah

Photos from SMK Pantai IBWS WPLabuan's post 01/10/2016

Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah

15/09/2016

Terbuka. Silalah hadir untuk memeriahkan program ini.

Ahad, 25 September 2016
Jam 8.00 pg hingga 4.00 petang

Hari Keusahawanan SMK PANTAI WP LABUAN
25/09/2016
"MARITAH, RAMAI-RAMAI TAH KITANI BEDUDUN KE SMK PANTAI"

Timeline photos 14/09/2016

Situasi terkini Zika Di Malaysia

SITUASI ZIKA DI MALAYSIA 13 SEPT 2016 DUA KES JANGKITAN BARU.

Pada 11 dan 13 September 2016, dua (2) laporan mengenai kes ke-5 dan ke-6 jangkitan Zika yang merupakan adik-beradik telah diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kes ke-5 melibatkan seorang pesakit wanita berumur 35 tahun yang hamil 2 bulan dan menetap di Miri, Sarawak. Pada 6 September pesakit telah datang ke klinik swasta kerana mengalami demam yang berpanjangan dan selsema serta sakit tekak. Keputusan ujian Zika yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur dan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menunjukkan keputusan adalah positif untuk Zika. Pesakit telah dimasukkan ke hospital di Miri pada 11 September 2016 untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut. Pesakit pernah bekerja di Singapura sebelum ini dan kali terakhir melawat ke sana pada 24 Julai hingga 29 Julai 2016. Semua enam (6) orang ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesakit didapati tidak menunjukkan sebarang gejala dan tanda-tanda jangkitan Zika.

Kes ke-6, merupakan kontak dan kakak kepada kes ke-5, yang berumur 39 tahun menetap di Setapak, Kuala Lumpur dan telah dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur pada 11 September 2016. Pada 6 September 2016, pesakit mula menunjukkan gejala ruam. Pesakit ini mempunyai sejarah mengunjungi adiknya di Miri, Sarawak pada 26 Ogos 2016 dan pulang ke Kuala Lumpur pada 6 September 2016.

Aktiviti pencegahan dan kawalan vektor telah dilaksanakan di kawasan kediaman pesakit-pesakit. Ini termasuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes, larvasiding, pengkabutan dan pendidikan kesihatan kepada jiran-jiran di kawasan perumahan tersebut.

Bermula dari 1 September hingga 14 September 2016, sebanyak enam (6) kes yang disahkan positif Zika di seluruh negara. Bagi tempoh sama, pemantauan KKM juga mendapati sebanyak 68 kes yang mempunyai tanda-tanda Zika telah dilaporkan, namun kesemua mempunyai keputusan ujian yang negatif.

KKM ingin mengingatkan semua masyarakat termasuk wanita hamil, perlu melindungi diri dari gigitan nyamuk Aedes dengan menggunakan repelen atau pakaian cerah serta menutup anggota badan. Penggunaan aerosol juga digalakkan di dalam rumah terutama di bawah meja, belakang langsir atau tempat-tempat yang gelap. Semburan aerosol boleh dilakukan pada waktu nyamuk aktif menggigit iaitu di antara 5 hingga 7 pagi dan 5 hingga 7 petang. Bagi individu yang mengalami gejala seperti demam, ruam dan konjunktivitis serta mempunyai sejarah melawati kawasan yang melaporkan Zika perlu berjumpa doktor dengan segera. Tiada Aedes, Tiada Zika dan Denggi.

YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

13 September 2016

Timeline photos 05/09/2016

Cari dan lupuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes di sekitar kediaman anda! Tiada Aedes Tiada Denggi & Zika

Timeline photos 01/09/2016

Virus zika: tingkatkan pengetahuan mengenainya

Virus Zika : Ketahui Gejala & Tanda-Tanda Penyakit Zika, Ikuti Langkah-Langkah Pencegahan Bagi Mengelak Jangkitan. & Zika

Timeline photos 01/09/2016

Kes Zika pertama negara

Malaysia has its first case of Zika, the Health Ministry reported.
Here are five things you need to know.

Read more about it here: http://www.malaysiakini.com/news/354270

Kes pertama zika dikenalpasti di Klang 01/09/2016

Kes pertama zika di Malaysia.

Kes pertama zika dikenalpasti di Klang PUTRAJAYA: Seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang dikenalpasti dijangkiti virus zika selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura.

Timeline photos 31/08/2016

Pantai WPLabuan , Dengue Patrol SMK Pantai

Selamat Hari Merdeka kepada semua!
Selamat Hari Kebangsaan 2016

Malaysia bumi bertuah.

s e h a t i s e j i w a

Timeline photos 30/08/2016

Kemaskini demam denggi di Malaysia

Kemaskini terkini demam denggi & zika di Malaysia.

Timeline photos 21/05/2016

Cegah sebelum parah.

Ikuti langkah pencegahan untuk elakkan daripada gigitan nyamuk aedes

Timeline photos 19/03/2016

20 Mac 2016 - Ahad
TV al-Hijrah
Live telecast- jom tambah ilmu tentang DENGGI

Tonton rancangan "Assalamualaikum" di TVAlhijrah dengan topik Denggi pada 20 Mac 2016 (Ahad) 8.30 pagi bersama YBrs Dr Izwan Effendy bin Zainudin, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA .

Want your practice to be the top-listed Clinic in Labuan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Labuan
87027