Kesukkma

Kesukkma

Page Rasmi KESUKKMA

07/08/2024

Perlawanan Bowling Warga Mahkamah Kembali Lagi! Biro Sukan KESUKKMA akan menganjurkan pertandingan kejohanan bowling pada 14.9.2024 (sabtu). Penyertaan terbuka kepada semua warga mahkamah. Tarikh tutup penyertaan pada 30.8.2024. Sebarang penyertaan lanjut, boleh hubungi En Zamani (010-9270039). JOM SERTAI SEKARANG!

31/07/2024

Gambar-gambar sepanjang perlawanan persahabatan di antara Mahkamah Melaka dan Mahkamah Negeri Sembilan pada 29 Jun 2024.

Photos from Kesukkma's post 31/07/2024
06/07/2024

SALAM MAAL HIJRAH 1446H

Awal Muharam adalah amat penting bagi memperingati kisah peristiwa dalam sejarah Islam iaitu hijrah Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Peristiwa ini telah mengajar tentang erti kesabaran, keberanian, persaudaraan dan perpaduan dalam setiap langkah yang diambil. Marilah kita bersama-sama merenung makna sebenar perjuangan dan meneruskan perjuangan ini dengan membawa nilai nilai yang baik dan harmoni.

Photos from Kesukkma's post 29/06/2024

Perlawanan Persahabatan diantara Mahkamah Negeri Melaka dan Mahkamah Negeri Sembilan

16/06/2024

KESUKKMA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1445H / 2024M

21/05/2024

βœ¨π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ π–π„π’π€πŠ πŸπŸŽπŸπŸ’βœ¨

KESUKKMA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua ahli dan penganut agama Buddha yang meraikannya.

Semoga kita dapat terus kekal hidup bersama dalam suasana yang harmoni, sejahtera, penuh dengan kasih sayang, kesyukuran dan sikap toleransi antara satu sama lain.

12/05/2024

"Selamat Hari Ibu kepada semua warga Mahkamah Melaka yang menyambutnya. Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan, dan dedikasi yang tak terbatas. Semoga hari ini penuh dengan kebahagiaan dan cinta yang tulus."

09/04/2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H
Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada KESUKKMA

Photos from Kesukkma's post 01/04/2024

Program Bubur Lambuk KESUKKMA 2024

Pada 28 Mac 2024, KESUKKMA telah mengadakan Program Gotong Royong Menyediakan dan Memasak Bubur Lambuk KESUKKMA sempena kemeriahan bulan Ramadhan dan berkongsi rezeki bersama warga Mahkamah Negeri Melaka.

Dua jenis bubur lambuk iaitu ayam dan daging telah disediakan. Program memasak dan edaran ini telah dirasmikan oleh Penasihat KESUKKMA Puan Elesabet Paya Wan.

Bubur Lambuk ini telah diagihkan dan diedarkan kepada semua kakitangan warga Mahkamah Ayer Keroh, Mahkamah Alor Gajah dan Mahkamah Jasin. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada semua kakitangan yang telah menjayakan program ini.

28/03/2024

KESUKKMA ingin mengucapkan Salam Nuzul Quran 1445H buat semua umat Islam.

Peristiwa Nuzul Quran bukan sekadar kisah penurunan Al Quran kepada Baginda Nabi Muhammad SAW malah kehadiran Al-Quran membawa sinar kebenaran dan petunjuk kepada umat manusia. Ia merupakan panduan utama dalam kehidupan manusia.

Photos from Kesukkma's post 20/03/2024

Mesyuarat Agong Tahunan
19 Mac 2024 || 2:30 petang

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KESUKKMA ke-25 sesi 2022-2024 telah diadakan pada hari Selasa bertempat di dewan Auditorium Kompleks Mahkamah Melaka.

Mesyuarat diadakan bagi membentangkan laporan aktiviti tahunan,pembentangan penyata kewangan bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2023, Pembentangan Usul dan Lantikan AJK baru bagi sesi 2024-2026

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YA Penaung Kelab, YA Datuk Anslem Charles Fernandis dan YBhg Penasihat Kelab, Puan Elesabet Paya Wan.

Turut diadakan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Peperiksaan SPM Tahun 2022/2023.
Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YA Penaung Kelab, YA Datuk Anslem Charles Fernandis.

Bagi lantikan AJK baru sesi 2024-2026, TAHNIAH diucapkan kepada semua. Semoga dapat memikul amanah dengan ikhlas dan dapat menyumbang buah fikiran untuk sama-sama berganding bahu dalam memajukan kelab dan seterusnya dapat menjalankan lebih banyak aktiviti kebajikan kepada ahli di bawah naungan KESUKKMA

Terima kasih kepada ahli yang hadir bagi Mesyuarat Agong Tahunan kali ini dan Kelab ada memberi doorgift Thumbler kepada semua ahli yang hadir.

Photos from Kesukkma's post 06/11/2023

Perlawanan Sukan Bar and Bench 2023

Pada 3 dan 4hb November 2023, satu perlawanan sukan untuk merebut Piala Bar And Bench telah diadakan antara Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Mahkamah-Mahkamah Negeri Melaka(KESUKKMA) dan Majlis Peguam Negeri Melaka (Malacca Bar) bertempat di Malacca Club Rotunda Tg. Kling Melaka.

Kemenangan pada tahun ini telah berpihak kepada pasukan Malacca Bar dengan keputusan 3-2. Antara acara sukan yang dipertanding adalah Bowling, Futsal Lelaki, Dart, Snooker dan Badminton.

Keputusan
Bowling : Mahkamah 2 - 0 Malacca Bar
Futsal Lelaki : Mahkamah 5 - 2 Malacca Bar
Dart : Mahkamah 14 - 17 Malacca Bar
Snooker : Mahkamah 1 - 2 Malacca Bar
Badminton : Mahkamah 2 - 3 Malacca Bar

Pada hari pertama perlawanan, pertandingan bowling mula dilangsungkan dahulu. Perlawanan bowling ini diadakan di Melaka Bowling International Centre (MIBC). Turut hadir menyaksikan perlawanan adalah YA Tuan Mohd Radzi Bin Abdul Hamid dan Pengarah Mahkamah Negeri Melaka, Puan Elesabet Paya Wan serta Presiden Malacca Bar Puan Amber Foo Qiao Wei.

Berikut adalah rangkuman gambar sepanjang aktiviti Piala Bar and Bench 2023 berlangsung.

Part 2

Part 1

30/09/2023

SALAM TAKZIAH

Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa kita kehilangan lagi salah seorang warga kerja mahkamah iaitu Encik Muhammad Izzat Mahyuddin bin Kamarrudin, Pembantu Tadbir Undang-undang Mahkamah Negeri Melaka yang telah meninggal dunia pada malam tadi (29 September 2023) Jumaat, jam lebih kurang 11:15 malam setelah rebah ketika bermain badminton.

Allahyarham merupakan seorang warga kerja yang sangat komited dengan kerja dan disenangi oleh rakan sekerja. Pemergian Allahyarham sangat mengejutkan kerana Allayarham adalah seorang yang sangat aktif bersukan terutama dalam permainan sukan badminton.

Bagi pihak Pengerusi KESUKKMA dan warga kerja Mahkamah Negeri Melaka mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham atas pemergiannya. Marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah buat roh Allahyarham dan mendoakan semoga Allah S.W.T akan memberikan keampunan dan mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham agar ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin Ya Rabbal A’lamin.

Al Fatihah

Photos from Kesukkma's post 04/09/2023

Perbarisan Raptai dan Perbarisan Penuh
Sempena Hari Kebangsaan kali ke-66
Peringkat Negeri Melaka 2023

Pada 31hb Ogos 2023 lepas, Mahkamah Negeri Melaka telah menyertai perbarisan sempena Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka. Seramai 41 orang peserta telah terlibat menyertai acara perbarisan ini yang di ketuai oleh Ketua Kontinjen Tuan Ahmad Shakib Bin Ismail.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang bertemakan "Tekad Perpaduan Penuhi Harapan"

Ribuan terima kasih kepada KESUKKMA dan Pusat Tanggungjawab yang telah menyumbang baju raptai kepada semua peserta yang terlibat.

Photos from Kesukkma's post 17/05/2023

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2023 MAHKAMAH NEGERI MELAKA

15 Mei 2023 || Isnin 12:00tgh - 3:00 ptg

Pada hari Isnin yang lalu, Mahkamah Melaka telah mengadakan satu Majlis Hari Raya Aidilfitri yang telah dikelolakan oleh Mahkamah Tinggi Melaka.

Sambutan Majlis Hari Raya Mahkamah Tinggi ini juga turut bergabung dengan setiap unit dan pusat kos yang terdiri daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, Mahkamah Alor Gajah, Mahkamah Jasin dan Pusat Tanggungjawab. KESUKKMA juga turut berkongsi kos dan tenaga untuk menjayakan Majlis Hari Raya tahun ini.

Antara tetamu yang hadir adalah YA Dato Anslem Charles Fernandis, Hakim Mahkamah Tinggi 1 dan YA Tuan Mohd Radzi Bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi 2,

Majlis turut berkesempatan meraikan 2 orang pegawai yang telah berpindah iaitu Puan Tan Chai Wei, Majistret Jasin dan Puan Nur Wahida Ibrahim Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret Alor Gajah.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir. Semoga ikatan ukhuwah terjalin sampai bila-bila.

Photos from Kesukkma's post 20/04/2023

KAUNTER ZAKAT FITRAH

KESUKKMA melalui Biro Agama telah membuka kaunter bayaran zakat dan telah diuruskan oleh Amil dari Pusat Zakat Melaka. Ini bagi memudahkan ahli kelab,Polis Mahkamah dan orang awam yang berurusan di Mahkamah untuk membayar zakat.

Tindakan : Biro Agama (En Sharil Ibrahim)

Photos from Kesukkma's post 07/04/2023

CERAMAH AGAMA SEMPENA BULAN RAMADAN 1444 HIJRAH
6 April 2023 || 2:30 petang

Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan Mahkamah-Mahkamah Negeri Melaka (KESUKKMA) melalui Biro Agama telah menganjurkan satu ceramah agama bertajuk 'Bagaimana Rasulullah Menjalankan Puasa'

Penceramah jemputan pada kali ini telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Rauf Bin Minhat, dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah yang telah disempurnakan oleh Pengerusi KESUKKMA Tuan Afizi Bin Othman.

Photos from Kesukkma's post 17/03/2023

Mesyuarat Agong Tahunan
16 Mac 2023 || 3:00 petang

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) KESUKKMA ke-24 sesi 2022-2024 telah diadakan pada hari Khamis lepas bertempat di dewan Auditorium Kompleks Mahkamah Melaka.

Mesyuarat diadakan bagi membentangkan laporan aktiviti tahunan,pembentangan penyata kewangan bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2022, pembentangan usul dan cadangan serta hal-hal lain yang berbangkit.

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YA Penaung Kelab, YA Datuk Anslem Charles Fernandis dan YBhg Penasihat Kelab, Puan Elesabet Paya Wan.

Turut diadakan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Peperiksaan SPM Tahun 2021/2022, Penyampaian Hadiah Pertandingan Bowling dan Penyampaian Kutipan Khas Bagi Ahli Kelab Yang Ditimpa Kesusahan dan Bencana. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YA Penaung Kelab, YA Datuk Anslem Charles Fernandis.

Terima kasih kepada ahli yang hadir bagi Mesyuarat Agong Tahunan kali ini dan Kelab Sukan ada memberi sedikit saguhati air minuman kordial F&N untuk semua ahli yang hadir.

Photos from Kesukkma's post 13/03/2023

Pertandingan Bowling 2023
11 Mac 2023 || 2:00 petang

Pertandingan Bowling Tertutup Anjuran KESUKKMA dan Syarikat Menara Mass Enterprise (Maintenance) telah diadakan pada hari sabtu lepas bertempat di Melaka International Bowling Centre (MIBC).

Pertandingan persahabatan ini telah disempurnakan oleh YA Datuk Anslem Charles Fernandis dan juga telah membuat satu balingan bola bowling pertama sebagai gimik bermulanya pertandingan ini.

Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta, semoga hubungan ukhuwah akan terus terjalin dan jika berkempatan kita akan adakan lagi perlawanan seperti ini.

Photos from Kesukkma's post 09/02/2023

SALAM TAKZIAH.

Dengan rasa sedih dan dukacita dimaklumkan bahawa bapa kepada Puan Norhashimawaty Abu Bakar telah kembali ke rahmatullah pada 11:00 pagi Rabu (8 Februari 2023) di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Bagi pihak Pengerusi KESUKKMA, ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga, diatas pemergian Allahyarham. Marilah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam golongan yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah

Photos from Kesukkma's post 07/02/2023

𝐏𝐞𝐫π₯𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐝𝐦𝐒𝐧𝐭𝐨𝐧 ππžπ«π¬πšπ‘πšπ›πšπ­πšπ§ πŸπŸŽπŸπŸ‘

Mahkamah Negeri Melaka vs Mahkamah Shah Alam

Pada 5hb Februari 2023, KESUKKMA berkesempatan mengadakan satu Perlawanan Badminton Persahabatan antara Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Melaka vs Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Mahkamah Shah Alam di gelanggang Badminton Kompleks Sukan Batu Berendam, Melaka

Pengerusi KESUKKMA Tuan Afizi Othman, hadir menyaksikan perlawanan ini di mana Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam, YA Tuan Hasbullah Adam juga turut beraksi dalam pertandingan ini.

Acara dimulakan selepas kedua-dua pasukan bertukar cenderahati sebagai simbolik kejohanan sebelum pertandingan dijalankan.

Terima kasih dan tahniah kepada semua pemain, semoga hubungan ukhuwah akan terus terjalin antara kedua-dua Kelab Sukan ini dan inshaAllah jika berkempatan kita akan adakan lagi perlawanan seperti ini.

Photos from Kesukkma's post 27/01/2023

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Tahun Baharu 2023 Anjuran Biro Agama KESUKKMA

Majlis ini merupakan program tahunan yang diadakan bagi mendoakan kesejahteraan seluruh ahli dan warga kerja Mahkamah. Bacaan Yasin ini telah dipimpin oleh En Sharil Bin Ibrahim selaku Ketua Biro Agama KESUKKMA

Terima kasih kepada semua ahli yang hadir pada bacaan Yasin pagi ini semoga Allah SWT memberkati kehadiran semua.

Photos from Kesukkma's post 16/01/2023

Persiapan sambutan Hari Natal dan Tahun Baru Cina
dari unit Biro Kebudayaan Kesukkma

Semoga sambutan kali ini diraikan dengan penuh kemakmuran dan kegembiraan di samping keluarga tersayang

Photos from Kesukkma's post 31/10/2022

PERTANDINGAN SUKAN DALAMAN ANJURAN KESUKKMA

Pada 5 Oktober yang lepas, KESUKKMA melalui Biro Sukan telah menganjurkan satu pertandingan sukan dalaman yang telah diadakan di dewan Auditorium Kompleks Mahkamah Negeri Melaka.

Sukan dalaman ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan rumah yang terdiri daripada Rumah Merah, Rumah Hijau, Rumah Kuning dan Rumah Biru. Antara sukan yang telah dipertandingkan adalah Congkak, Batu Seremban, Dam Haji, Cap Teh, dan Karom.

Juara Keseluruhan dalam pertandingan ini telah dimenangi oleh Rumah Biru yang diketuai oleh Tuan Mohd Sabri Ismail. Tempat kedua Rumah Kuning, tempat ketiga Rumah Hijau dan tempat keempat Rumah Merah.

Berikut adalah rangkuman gambar sepanjang pertandingan sukan dalaman diadakan

Photos from Kesukkma's post 28/09/2022

LAWATAN KE JABATAN KIMIA MALAYSIA NEGERI MELAKA

Pada 27 September 2022 Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan Mahkamah-Mahkamah Negeri Melaka (KESUKKMA) telah mengadakan sesi lawatan ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Melaka

Tujuan lawatan diadakan adalah bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas berhubung pelaksanaan berkenaan proses ujian kimia itu dilakukan di samping mengambil peluang mengenali pegawai-pegawai di Jabatan Kimia dengan lebih dekat.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Melaka Puan Hajah Shasya Binti Uzir. Program lawatan telah dimulakan dengan taklimat oleh Ketua Bahagian Forensik Jabatan Kimia Malaysia Negeri Melaka Puan Norleen Binti Abd Manaf. Taklimat juga dibantu oleh Pegawai Sains Puan Nur Maisarah Binti Esa, Pegawai Sains Puan Suriati Binti Abd Latif, Ketua Seksyen Kriminalistik En. Mohd Isa Bin Suparman dan Ketua Bahagian Sekitaran dan Industri En. Guareswaran.

Photos from Kesukkma's post 18/08/2022

Program Hiking ke Gunung Datuk,Rembau Negeri Sembilan

Pada 13 Ogos 2022, KESUKKMA telah menganjurkan aktiviti Hiking dengan kerjasama Qayyum Adventure Trip. Seramai 13 orang pendaki telah menghadiri aktiviti ini.

Untuk info, Gunung Datuk mempunyai ketinggian 855 meter. Kesemua peserta telah berkumpul di perkarangan Mahkamah seawal jam 4:30 pagi. Program berakhir jam 2:00 petang.

Tindakan : Biro Sukan Dan Rekreasi
(En Kamarudin Abd Karim)

Want your organization to be the top-listed Government Service in Malacca City?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Kompleks Mahkamah Melaka, Jalan Tun Abdul Razak-ayer Keroh, Kampung Teluk Baharu, Ayer Keroh
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00