Bakerich Pizza
⭐MFN Bakery
⭐(003034326-X)
⭐Pengeluar & Pembekal Pizza Panas & Frozen Terengganu
Ok Zayn dah siap pasang bendera! 🇲🇾 😍.
Zahirkan kecintaan kita kepada negara tercinta, berbangga dengan bahasa, identiti & adat budaya warisan bangsa 💪🏻. Sentiasa bersyukur & pelihara keamanan yg sedang kita kecapi 🤲
Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 67 Tahun 😎
**Kedai Bakerich buka macam biasa, 11pagi - 10malam. Jemput singgah, kita ada promosi istimewa hari ni 😃
Bakerich Pizza menerima kunjungan pensyarah kesayangan dari UPM, Prof. Norsida Man
Terima kasih banyak Prof sudi singgah kedai kecil kami. Moga Prof Norsida dirahmati Allah sentiasa, ada rezeki kita jumpa lagi ❤️
Buat kawan2 yg ada jalan Terengganu, pakat maghi kedai kita ya 😉
Hai semua !!😃 Kedai Bakerich dah buka hari ni, waktu operasi macam biasa, 11am-10pm. 7pm-8pm TUTUP REHAT. Jemput singgah! 😘
Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua!!🐪🐑🐐🐂🕌
“Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih dis**ai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi)
Semoga amal ibadah kita diterima Allah dan mendapat keredhaanNya 🤲🏻
Kedai Bakerich Pizza tutup harini dan esok ya! Hari Rabu (19/6/2024) buka semula insyaAllah 🥰🍕🧀🔥☎️✅
Sabasun Lambang Kejayaan Anak Melayu Tempatan
Siapa yang tak kenal sabasun yang merupakan salah satu pasar raya 'hyperuncit' terbesar milik anak melayu di Terengganu.
Namun setiap kejayaan pasti ada pengorbanan serta cabaran tersendiri dan bagi setiap yang di atas, pasti bermula dari bawah.
Begitu juga Sabasun, bermodalkan lebih RM100 ribu hasil simpanan keluarga, dengan ruang jualan berkeluasan 3,000 kaki persegi dan dua unit kaunter pembayaran KONSEP HALALAN TAYYIBA pasar raya anak tempatan ini mampu mengembangkan perniagaan sehingga memiliki lima cawangan di seluruh negeri.
Pemilik rangkaian Pasar Raya Sabasun Hyperruncit Sdn Bhd, Che Salmi Ibrahim, 52, berkata segala kejayaan ini bermula daripada bawah hasil usahasama dan kesepakatan keluarga yang telah melakukan pengorbanan wang ringgit dan masa.
“Pasar raya ini mula beroperasi pada 2 April 1995, dimana usia Sabasun sekarang menjangkau lebih dari 25 tahun dan pada waktu itu, kami bermula dgn tiga orang pekerja dengan dibantu oleh ahli keluarga yang lain.
"Sabasun tu akronim daripada dua perkataan iaitu sabar dan bersungguh-sungguh, manakala hyperruncit p**a merupakan satu konsep yang berpaksikan pada glocal iaitu 'global technology local application'.
“Secara amnya, Sabasun masih lagi mengekalkan 100 peratus tenaga kerja yang terdiri dari anak tempatan, menjadikannya satu-satunya peruncit berskala besar yang tidak menggunakan tenaga pekerja asing dan memakai resepi utama iaitu 'Pelanggan Adalah Majikan'.
“Sebenarnya, di sini kami tidak ada gelaran khusus untuk apa-apa jawatan, kita hanya menggunakan gelaran abang dan kakak malah semua kakitangan dan semua pembekal-pembekal panggil saya abang long sebab nak kurangkan 'barrier', tembok, pemisah antara pekerja dengan kita,” ujarnya.
Bapa kepada tujuh orang anak yang juga merupakan lulusan Ijazah Sarjana daripada California State Universiti dalam bidang Psycho Linguistik itu berkata, pasar raya Sabasun membuka peluang pekerjaan kepada hampir 500 penduduk setempat, 350 orang usahawan muslim tempatan dengan 2,200 produk industri kecil sederhana (IKS) dan mempunyai pilihan hampir 30,000 barangan yang menjana pendapatan lebih RM2.5 juta sebulan.
Katanya, tidak kedekut ilmu dan mengamalkan konsep sentiasa membantu anak melayu, Sabasun telah menubuhkan Unit Pembangunan Usahawan Sabasun Hyperuncit (UPUSH) bagi memperkasakan perniagaan anak tempatan.
“UPUSH adalah antara bentuk bantuan untuk anak-anak tempatan yang ingin menceburkn diri dalam bidang peruncitan/pembekalan yang mana mereka mempunyai modal tetapi tidak mmpunyai ilmu atau pengetahuan.
"Daripada situ unit ini mengambil penekanan untuk sama-sama membantu, beri ilmu, sokongan dan tunjuk ajar serta mengadakan seminar untuk peserta-peserta di bawah bimbingan kita ini, dua hingga tiga bulan sekali secara percuma.
“Sebab untuk pastikan suatu program berjaya kepada Islam, anak melayu, Malaysia kita, kita jangan letakkan kepentingan duit didepan.
“Kalau yang baru nak mula ini, kebanyakan anak melayu bukan datang dari keluarga yang berada jadi, dalam bisnes biar tak bergaya asal tak papa.
"Fokus pada bisnes, tolak kepentingan diri kerana ada dua perkara di sini apabila kita buat bisnes samada nak bina bisnes atau nak buat bisnes. Kalau buat bisnes, rumah semakin besar, kereta semakin banyak tapi perniagaan kekal sama, tapi yang bina bisnes, bisnes dia berkembang walaupun kereta tak besar,” tambah Che Salmi lagi.
Menurutnya, untuk meningkatkan lagi kedudukan Sabasun sebagai pusat jualan untuk orang melayu dan IKS, beliau berhasrat dalam tempoh dua tahun akan datang untuk memastikan bahawa semua cawangan Sabasun berada di seluruh daerah di negeri Terengganu dan perancangan masa sederhana antara dua hingga lima tahun untuk berkembang keluar ke negeri lain.
“Ini termasuk perancangan jangka panjang lima tahun ke atas untuk mengadakan outlet Sabasun di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
“Di luar Terengganu, boleh dikatakan pesaing-pesaing majoritinya terdiri daripada yang bukan Islam dan di situlah kami nampak ada ruang dan peluang kerana apabila Sabasun dapat menawarkan produk-produk halal lagi baik yang belum pernah ditekankan oleh mana-mana supermarket bukan Islam sebelum ini dan Alhamdulillah insyaAllah pengguna Islam akan dapat membuat pembelian yang lebih meyakinkan,” ujarnya.
**Berita lama disiarkan semula.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
💚Maaf Zahir dan Batin💚
Bakerich bercuti sehingga raya ke-4, hari Ahad (14/4/2024) insyaAllah kedai beroperasi semula 😁
Pizza Frozen Bakerich pun ada dijual di sini. Pakat gi support ore kito!! 😁
Seronok jadi orang ganung, PASARAYA muslim mmang bnyak pilihan, ade dimana mana
Lokasi
ZUA HYPERUNCIT (Zua Permai Sdn Bhd)
019-514 8144
https://g.co/kgs/VZywtSy
Bandar Permaisuri, 22100 Permaisuri, Terengganu
utk makluman,96% penduduk muslim kt sini, sewajarnya kitalah monopoli segala jenis perniagaan di tanah air sndiri..
Bakerich ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan buat semua ✨
Semoga kita beroleh keampunan di bulan mulia ini. Berbuka sekadarnya dan jangan membazir makanan. Ingat saudara kita di Palestin, teruskan doa dan sumbangan buat mereka. 💪🇵🇸
Waktu operasi Bakerich sepanjang bulan puasa adalah 1 hingga 7 petang. Kami tidak menyediakan 'dine-in' sepanjang Ramadan, hanya 'take-away' sahaja ya 😉🤗🍕🍜✅
Hari terakhir boleh makan siang. Esok dah puasa, jom singgah Kedai Bakerich harini, buka macam biasa 11am-10pm. 😁
Sambil tunggu pizza siap bakar, bolehlah sejukkan tekak dulu, macam-macam perisa Aiskrim Malaysia ada jual di Kedai Bakerich 😋🍕🧀🔥✅
Tambah pokok sikit, penyejuk mata sambil menikmati pizza & sup cendawan 😁🍕🧀🔥🍜🍪☎️✅
Alhamdulillah, memasuki tahun kedua beroperasi, Bakerich berjaya mengekalkan Gred A untuk penilaian daripada KKM. Semoga semua staf terus bersemangat berkerja & memberikan servis yg terbaik utk para pelanggan semua. 🤗
Bagi anda yg menitikberatkan isu kebersihan setiap kali makan di luar, dah boleh masukkan Bakerich dalam senarai kedai pilihan 😍
Setelah 2 minggu 'diserang' pelanggan sempena cuti sekolah, harini baru Bakerich berpeluang fokus untuk pengeluaran pizza 'frozen'.
InsyaAllah 1-2 hari lagi kita mula 'topup' stok di kedai & pasaraya pengedar. 💪🏻🤩🍕🧀🔥☎️✅
Menerima kunjungan adik-adik dari UMT ❤️. Kenangan bersama kawan-kawan zaman belajar akan menjadi memori indah pada masa akan datang 🤗. Ada masa jemput singgah lagi ke kedai kecik kami 😍
Dalam keamanan & kesejahteraan yg kita nikmati saban waktu dalam negara tercinta ini, pastikan hati kita tidak leka dengan kesenangan yg dikecapi.
Ajarkan hati kita untuk sentiasa titipkan doa kepada Allah untuk saudara-saudara kita yg sedang diuji dengan dasyat di Palestin khasnya, dan seluruh dunia am nya. Mudahan Allah mengangkat darjat mereka asbab ujian getir yg dilalui & jangan lupa bahawa kita juga sedang diuji. Apakah tindakan kita tatkala melihat mereka sedang berjuang di sana?
🥺
Beri sumbangan kpd badan2 yg dipercayai jika mampu. Jika tidak, cukup doakan untuk mereka. 💪🏻
Kedai buka macam biasa ya, 11am-10pm. Jumaat sahaja tutup. 😊
Rumput dah panjang lagi, nak habis bulan lah ni. 😁 Apa-apa pun, jemput singgah ke kedai kami, pelbagai menu selain pizza dah ada sekarang. 😍
*Kerja pemotongan rumput dilakukan oleh profesional 😎
•Laksa Penang ✅
•Mushroom soup + garlic bread ✅
•Shepherd's Pie ✅
•Roti Bakar Coklat ✅
•Roti Cheese Manis ✅
•Roti Aiskrim ✅
Selamat Hari Malaysia 🇲🇾. Semoga keamanan & kestabilan negara kita terus berkekalan insyaAllah. 🥰
Jom ke Kedai Bakerich, ada promosi istimewa untuk harini sahaja!
🍕🍜🧀🔥☎️✅
Harini aroma Pizza Bakerich tenggelam dengan bau 2T RXZ Members 🥴. Walaubagaimanapun, kedai tetap buka macam biasa, 11am-10pm 🤩.
Jemput singgah ramai-ramai, semoga selamat perjalanan riders semua 🍕🍜🧀🔥☎️✅
Merdeka! Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 66 buat semua warganegara Malaysia tercinta 😍.
Sama-sama lah kita menjaga keharmonian tanah air kita ini. 💪🏻
Kedai Bakerich buka macam biasa & ada promosi istimewa sempena Hari Merdeka, 🤩 (lihat gambar sebelah)
Jalan agak sibuk harini, ramai agaknya balik kampung sempena cuti Hari Merdeka ya, alang-alang berkumpul ramai-ramai tu, jom lah singgah ke Kedai Bakerich. Hari Merdeka pun kami buka macam biasa ya!
🤩🍕🍜🥧🍪🧀🔥☎️✅
Awok deme try dok lagi Laksa Penang Bakerich? Kalu dok lagi, pakat mari lalu lah! 🍜🤩🍕🔥☎️✅
Hai semua, selamat mengundi kepada semua pengundi PRN di 6 negeri. Pastikan pilih calon yg betul2 berkerja untuk rakyat 💪🏻. Dah siap pangkah tu, jemputlah singgah ke Kedai Bakerich, buka macam biasa harini. 11am - 10pm 🍕🍜🍪🥧🧀☎️🔥✅😍
Kedai Bakerich dah buka macam biasa harini ya, jemput singgah!
🍜🥧🍕🧀🔥😋☎️✅
Siapa biasa beli barang dapur sini, lepas ni boleh try pizza frozen Bakerich ya, ada jual sini! 😍🍕🧀🔥✅
http://www.wasap.my/601115316564/MenuPizza
http://www.wasap.my/601115316564/MenuPizza
http://www.wasap.my/601115316564/MenuPizza
Keju Mozzarella blok kecil pun ada jual di Kedai Bakerich, sesuai sangat yg mana s**a DIY makanan trending tu, dijamin rasa premium & paling penting boleh taariiik! panjang-panjang 😀.
Selamat berehat kepada yang bercuti hari ni. Kedai Pizza Bakerich buka macam biasa, 11am-10pm. Jom ramai-ramai ajak keluarga makan pizza 😃🍕🧀🔥☎️✅
Bakerich Pizza akan bercuti raya pertama hingga ke-3 dan akan dibuka semula pada 25 April 2023 🎆😁🍕✅
Salam Aidilfitri dan selamat bercuti semua!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the business
Website
Address
Bakerich Pizza, Lot 9504, Kampung Rhu Renggeh
Marang
21600
LOT 6469 C KG TELAGA MENGKUDU, BUKIT PAYUNG
Marang, 21600
PEMBORONG BARANGAN VIRAL PEKAKASAN DECO RUMAH/CONSOLE/BASIKAL ELEKTRIK SET PERIUK DESSINI / K&I READY STOCK� PRE ORDER�
427 Jalan Sekolah Bukit Payung
Marang, 21400
kami menjual kerepek isi durian kerepek pisang kerepek nangka madu kerepek strawberry
Kampung Pasir Puteh
Marang, 21610
Roti Paung Special, Kampung Pasir Puteh Location: Marang, Terengganu Whatsapps/Call: +60148354472 Facebook: Roti Paung Special Instagram: Rotipaung_special
Lot No 7335, Lorong Haji Ismail, Kg Padang Mengkuang
Marang, 21400
Pes Nasi Arab Mendhi dan Kabsah Al-Taj Enak dan Lazat Produk Muslim
No 47 Kg Tasek Bukit Payong Marang
Marang, 21400
Menerima pelbagai tempahan utk pelbagai majlis
Marang
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Kami menyediakan Ketupat Palas Frozen Pantai Timur. Produk kami pastinya Halal.
Jalan Kuala Berang QRTS Bomba Kg Wakaf Tapai
Marang, 21040
=>Menjual Ikan Bakar (Online Order) =>Cash On Delivery (Area Wakaf Tapai) =>Ikan Tilapia (Boleh request ikan laut) =>Closed Order : 5.00 pm => Whatsapp : 01117946516
2553-D Kampung Bukit, Pengadang Buloh
Marang, 21080
R2W Kitchen sedia menerima tempahan kuih, kek, Pastry, pencuci mulut dan hadiah untuk pelbagai majlis.. Kuala Tganu http://www.wasap.my/60139702490