OLIVE HOUSE Pasir Gudang JB
Menjadi peneraju dalam memasarkan rangkaian produk yang semulajadi & organik, berkualiti tinggi dan
Jom Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
Aafiyat Lifestyle
Olive House
Kesan minyak zaitun kepada penghidap kencing manis?!
Korang kena dengar ni!! 😱😱😱😱
Jom ketahui cara pengambilan dan penyimpanan Olivie Power Up.
Semoga bermanfaat
Anda batuk atau sakit tekak.
Boleh cuba cara ni.
Hanya dua bahan saja anda akan berasa lega tanpa ambil ubat.
Amal 3x sehari..
Selamat mencuba..
Promosi Combo
"Ramadan Bertenaga"
Ayuh grab segera..
Asam & jeruk memang dah jadi bestfriend ibu hamil🤰
Tapi... kan tak elok tu kalau asyik makan asam yang diproses dan boleh membahayakan kesihatan.
Jom ambil masam yang berkhasiat untuk kesihatan ibu dan bayi dengan Jus Delima Olive House!
Jadikan Jus Delima ini teman setia anda sepanjang kehamilan ini. Dapatkan sekarang
Tekan pautan untuk tempahan:
www.wasap.my/60164189646/jusDelima
Cooking Virgin Olive Oil (CVOO) produk baru Olive House.
Diimport khas dari negara Turkiye. Ia boleh menggantikan minyak masak sedia ada di mana ia lebih berkhasiat dengan tinggi kandungan vitamin D dan E dari minyak masak lain.
Minyak Masak Zaitun ini serbaguna untuk masakan. Ia boleh digunakan untuk menumis, memasak stew, memanggang, penyediaan kek serta pastri dan sebagai kuah pencicah.
Jom cuba sekarang : https://www.wasap.my/+60164189646
✨ Tak Cukup Tidur Tapi Bertenaga ?
Haa mesti ramai yang ingat ini adalah trend 0.5 yang viral sekarang tu kan?
Tapi sebenarnya bukan. Jom nak share satu rahsia ataupun khasiat yang ada dekat Olivie Plus Minyak Zaitun.
Amalkan satu sudu setiap hari untuk pastikan kita dapat kekalkan tenaga kita dan yang paling utama adalah kita dapat kekalkan kesihatan kita.
Jom amalkan minyak khasiat ini sekarang. Dapatkan dengan segera dengan ejen-ejen yang berada di seluruh Malaysia berdekatan anda sekarang !
Kenalkan sahabat Kepada Jantung! 🫀
Jantung manusia adalah organ yang mengepam darah ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah (cardiovascular system).
Jantung kita tak pernah berhenti meskipun kita sedang tidur dan peranannya sangatlah penting.
Jom admin kenalkan Minyak Zaitun sebagai sahabat yang baik kepada jantung. Hal ini kerana Pengambilan Minyak Zaitun Extra Virgin mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 7-10%. Kajian melibatkan 7216 lelaki dan wanita berusia 55 hingga 80 tahun, dengan tempoh susulan selama 4 tahun.
Jadi, takkan nak pisahkan sahabat baik jantung ni. Jom sama-sama kita amalkan Minyak Zaitun ini dan jadikan ia sebagai sahabat kita. ✨
Sembelit punca hari anda jadi serba tak kena?😰
Rawat masalah sembelit anda secara alami dengan amalkan Minyak Zaitun Olivie Plus 30x!🫒
Menurut kajian yang ditulis menerusi akhbar Harian Metro (2022), dengan minyak zaitun boleh membantu melegakan sembelit yang dialami kira-kira 34 peratus orang dewasa berumur 60 tahun ke atas.
Dalam sebuah kajian selama empat minggu ke atas 50 pesakit yang menjalani rawatan dialisis mengalami masalah sembelit mendapati pengambilan kira-kira satu sudu teh (empat mililiter) minyak zaitun setiap hari dapat melembutkan najis mereka.
Ia seterusnya memudahkan proses membuang air besar.
Jadi, jom dapatkan Olivie Plus 30x dan nikmati 30% diskaun pada Madu dari Pergunungan Kyrgyzstan menerusi Promosi Ohsem Sale dengan WhatsApp link dibawah Message Olive House Pasir Gudang Johor on WhatsApp. https://wa.me/message/FUWMQ4IJEEVQD1
Sumber: https://www.hmetro.com.my/sihat/2022/01/802948/amalkan-minum-minyak-zaitun
“Ibu mengandung boleh ambil minyak zaitun ke?”
Sudah semestinya!
Bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah ia juga mampu membantu menstabilkan hormon ibu hamil.
Jom tengok video ni untuk tahu dengan lebih lanjut tentang manfaatnya!
Jangan lupa dapatkan minyak zaitun dengan ejen-ejen sah Olive House seluruh Malaysia.
Selamat Beramal ✨
Wajah Baru!!
Jus Delima dan Jus Delima Pekat Organik Olive House kesayangan ramai kini tampil dengan wajah baharu yang lebih segar dan menawan!
Setelah menanti dengan penuh kerinduan, kini tiba masanya untuk dapatkan produk laku keras ini sekarang!!
Khasiat buah delima terbaik dunia daripada Azerbaijan tinggi dengan antioksidan mendapat pengiktirafan organik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, tiada campuran gula putih dan bahan lain, rasai kelainannya hari ini!
Keaslian Madu Menjamin Kesihatan dan Kepuasan! 🍯💚
Ketahui fakta mengejutkan ini! - hampir 80 peratus madu di Malaysia diklaim sebagai madu tiruan!
Jangan khilaf dengan tawaran harga murah yang diberikan. Pastikan anda selalu periksa logo autentik pada bungkusan madu sebelum membeli.
Pilihlah Madu Dari Pergunungan Kyrgystan, diyakini asli dengan adanya logo autentik yang memberi manfaat sejati bagi tubuh Anda.
Jangan Sampai Terjebak! Ketahui 7 Jenis Penipuan Makanan Ini untuk Lindungi Diri dan Keluarga Anda!
Dilution- Mencampurkan bahan cecair yang bernilai tinggi dengan cecair yang nilainya lebih rendah.
Substitution- Menggantikan bahan, atau sebahagian daripada produk, yang bernilai tinggi dengan bahan lain, atau sebahagian daripada produk yang nilainya lebih rendah.
Concealment - Menyembunyikan kualiti rendah bahan makanan atau produk.
Unapproved Enhancement- Menambah bahan yang tidak diketahui dan tidak diisytiharkan pada produk makanan untuk meningkatkan sifat kualiti.
Counterfeit- Meniru nama jenama, konsep pembungkusan, resipi, kaedah pemprosesan, dan lain-lain produk makanan untuk keuntungan ekonomi.
Mislabelling - Meletakkan tuntutan palsu pada pembungkusan untuk keuntungan ekonomi.
Grey Market/ Forgery - Penjualan produk lebihan yang tidak dilaporkan.
Selalu lah berhati-hati dan teliti ketika memilih makanan. Pilih dengan bijaksana, utamakan kualiti dan keselamatan untuk kesihatan dan kesejahteraan Anda!
Minyak zaitun ada pelbagai jenis?
Betul!
Jom kenali jenis-jenisnya!
🌿 Minyak Zaitun Extra-Virgin 🌿 Minyak zaitun Extra-virgin adalah yang terbaik di antara semua jenis. Ia diekstrak secara mekanikal dengan kaedah 'cold-pressed', memastikan rasa dan aroma semula jadi terpelihara. Ia sering digunakan untuk tujuan kesihatan dan dressing salad, tetapi tidak disarankan untuk deep fry kerana ia boleh mengurangkan khasiat dan nutrisi minyak.
🌿 Minyak Zaitun Virgin 🌿 Virgin Olive Oil sama prosesnya seperti Extra Virgin Olive Oil, unrefined, pemanasan atau menggunakan bahan kimia. Kualitinya lebih rendah, keasidan bebas hingga 2.0%, warna kuning kehijauan, dan rasa lebih ringan. Digunakan untuk makanan dengan api kecil dan perawatan kulit. Tidak sesuai untuk masakan berhaba tinggi.
🌿 Minyak Zaitun Refined 🌿 Minyak zaitun jenis ini diekstrak daripada buah zaitun hitam dan masak. Antara jenis lain, ia mempunyai jumlah paling sedikit minyak zaitun dara yang terkenal dengan faedah besarnya untuk mencegah kanser kolon. Jenis ‘lite’ ini kadangkala dipasarkan sebagai lebih baik daripada yang biasa, tetapi ia masih dianggap berkualiti rendah. Ia hanya baik untuk tujuan memasak, terutamanya yang melibatkan suhu tinggi.
🌿 Minyak Zaitun Pure 🌿 Minyak ini dikatakan tulen, tetapi sebenarnya campuran minyak zaitun extra virgin atau virgin dengan minyak yang ditapis. Kaedah ini digunakan apabila kualiti pengekstrakan kurang memuaskan. Campuran ini meningkatkan kualiti dengan tambahan vitamin E dan rasa yang lebih baik. Ia sesuai digunakan untuk memasak, minyak urut badan serta penyediaan minyak herba.
🌿 Minyak Zaitun Olive Pomace 🌿 Jenis pomace adalah minyak zaitun kualiti paling rendah. Ia diekstrak daripada sisa yang tinggal selepas buah ditekan. Selepas buah-buahan sebenar ditekan, ia meninggalkan sisa yang mengandungi minyak dan air. Setelah air dan minyak dikeluarkan, sisa masih mengandungi sejumlah minyak dan boleh diekstrak. Oleh kerana ia diekstrak hanya daripada sisa, minyak dara dicampur untuk membantu meningkatkan kualiti. Oleh itu, ia adalah yang paling murah di pasaran dan sesuai untuk tujuan mengilatkan perabot serta digunakan untuk masakan bersuhu tinggi.
Pastikan anda membeli minyak zaitun yang asli tau! Barulah berkualiti. Apa yang pasti, minyak zaitun Olive house 100% organik dan tulen. Jadi, tunggu apa lagi?
✨ Dengan Sesudu Olivie Dapat Memberikan Kita Tenaga?
Yaa Betul !
Jom mula jalani kehidupan yang sihat dan bertenaga setiap hari bersama sesudu Minyak Zaitun Olivie !
Sesudu Olivie mampu memberi manfaat kepada kesihatan untuk sentiasa kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Jadi, apa tunggu lagi, jom dapatkan Minyak Zaitun Olivie Plus 30x anda dengan ejen-ejen Olive House yang berdekatan anda sekarang.
✨ Tips & Saranan Pemakanan Produk Olive House
Pastinya tak semua orang tahu mengenai tips dan saranan pemakanan produk Olive House sepanjang Ramadan ni kan ?
Disini terdapat beberapa tips dan saranan tentang cara ambilan yang sesuai sepanjang bulan Ramadan. Jom kita lihat 😊
Sebelum itu, jangan lupa kongsi tips dan saranan ni dengan ahli keluarga dan rakan-rakan tau.
Nak dapatkannya klik link dibawah :
http://www.wasap.my/+60164189646
Semoga bermanfaat
✨ Wanita pun perlukan tenaga yang banyak!
Jangan kata wanita tak perlu ambil makanan yang memberikan tenaga kepada mereka. Nak pergi kerja, kemas rumah dan beriadah. Semua ini memerlukan tenaga tahu tak?
Sebenarnya sama juga seperti lelaki. Jadi, bagus juga kalau wanita-wanita di luar sana amalkan Minyak Kelapa Dara sebagai sumber tenaga yang cepat dengan adanya sumber asid laurik yang tinggi.
Jom wanita amalkan Minyak Kelapa Dara sekarang!
Dapatkan dengan ejen-ejen anda di seluruh Malaysia.
✨ Oh, leganya dapat membuang dengan lancar
Nak tahu tak rahsia untuk melancarkan proses pembuangan najis kita dengan lancar dalam erti kata lain mengelakkan daripada masalah sembelit ?
Alhamdulillah, dengan mengamalkan Sari Cuka Tin untuk membantu detoks perut kita dengan kaya serat dan mempunyai mother of fermentation.
Jom jadikan Sari Cuka Untuk membantu proses pembuangan kita dan elak daripada masalah sembelit.
Dapatkan Sari Cuka Tin sekarang dengan ejen-ejen Olive House yang sah berdekatan anda sekarang.
✨ TAHUKAH ANDA?
Satu sudu teh Olivie Power Up bersamaan 10 liter khasiat minyak zaitun biasa.
Butiran mutiara Olivie Power UP dihasilkan daripada ekstrak terbaik daripada daun dan buah zaitun terpilih menggunakan teknologi Jepun.
NIKMATI KHASIAT DARIPADA SEPOHON ZAITUN BERSAMA OLIVIE POWER UP
Jom dapatkan Olivie Power Up anda sekarang..
✨ : *Betul ke kesihatan tulang semakin merosot bila menginjak usia emas?*
Bagi yang berumur melebihi 40 tahun, keperluan kepada kalsium adalah wajib supaya dapat mengelakkan dari berlakunya tulang menipis, rapuh, retak, patah dan pecah khususnya di bahagian spine, punggung, pinggang, pergelangan tangan dan kaki.
Olivie Plus adalah antara minyak zaitun yang mengandungi mineral seperti kalsium dan magnesium yang tinggi yang dapat membantu merawat masalah tulang dalam badan kita. Justeru pengambilannya setiap hari adalah suatu keperluan bagi mereka yang berusia 40an dan ke atas.
InsyaAllah kita sama-sama ikhtiar dengan mengamalkan Olivie Plus sebagai makanan kesihatan setiap harii
Selamat datang Tahun Baru 2023.
Moga tahun 2023 memberi sinar baru untuk kita semua.
Cara amal Minyak Zaitun Olivie Plus 30x
Cara 1 :*
1 sudu besar pagi lepas Subuh sebelum sarapan
1 sudu besar malam sejurus sebelum tidur
Cara 2 :*
2 sudu besar pagi atau 2 sudu besar malam
Cara 3 Kecemasan
Boleh ambil 2 sudu setiap 2 jam
buat selama 3 hari berturut-turut sahaja
boleh berhenti dari sukatan ini, jika kesakitan telah pulih
Kecemasan
Rasa sakit yg amat seperti sakit gigi, sakit perut, pening, serangan stroke, bisa sendi dan seumpama dengannya.
Kegunaan luaran
# Boleh buat sapuan secara tawaf pada tempat yang sakit, bisa, berdenyut-denyut.
# Boleh juga disapu pada bahagian yang melepuh akibat terkena minyak panas, terbakar atau air panas (ia sangat berkesan jika terus disapu olivie)
Dah Beli Banyak MINYAK HABBATUS SAUDA, Tapi Tak tahu Cara Amalkan?
Ramai yang bagi alasan tak mahu amalkan Minyak Habbatus Sauda ini sebab SUSAH.
Sebenarnya ia amatlah mudah kalau kita nak amalkan Minyak Habbatus Sauda ni dengan hanya 3 cara ini sahaja. Antaranya:
1. Dimakan terus, boleh diambil 1-2 kali sehari (7-11 titis).
2. Diambil bersama madu, sama ada nak titiskan atas sesudu madu, atau boleh juga dicampur dengan secawan air suam.
3. Di 'diffuse' dan ambil wapnya untuk memberi kelegaan kepada saluran pernafasan.
Mudah sahaja kan?
Produk terbaik dari Olive House
Berminat klik link dibawah
Https://wasep.me/olive-house-pasir-gudang-jb
Atau
http://www.wasap.my/+60164189646
HINDARI SERANGAN JANTUNG!
Mari Amalkan Gaya Hidup Sihat
Penyakit jantung merupakan sesuatu yang serius dan boleh mengubah hidup sesiapa sahaja yang menghadapinya dengan sekelip mata.
Tetapi tahukah anda, ada banyak cara menghindari penyakit jantung yang boleh kita turuti?
✅Mengawal paras gula dalam darah
✅Mengawal kolesterol
✅Memantau tekanan darah
✅Mengamalkan gaya hidup aktif
✅Mengekalkan berat badan ideal
✅Berhenti merokok
“Bertindak sebelum terlambat”
Mulakan perlahan-lahan, kemudian tingkatkan jumlah aktiviti fizikal yang anda lakukan secara beransur-ansur.
Rujukan : https://www.myhealthmylife.com.my/ms/kardiovaskular/serangan-jantung
5 Tips Penting Mencegah Penyakit Lemah Jantung
“Nak cegah sakit jantung, tetapi tak tahu nak mula dari mana?”
Ramai yang menganggap penyakit jantung ini hanya berlaku kepada mereka yang sudah berusia, hakikatnya serangan jantung kini semakin kerap berlaku dalam kalangan golongan muda.
Kurang bersenam, diet yang tidak sihat dan tabiat merokok adalah punca utama masalah pada jantung. Jadi, disini admin mengajak semua golongan tidak kira tua ataupun muda sama-sama kita pastikan jantung kekal sihat dengan mengikuti “5 Tips Penting Mencegah Penyakit Lemah Jantung”.
❤️Tip tambahan:
15 minit berjalan cepat setiap hari boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat sakit jantung di kalangan warga emas.
Mencegah lebih baik daripada mengubati!
Rujukan: https://thediagnosa.com/lemah-jantung-punca-simptom-dan-rawatan
✨AafiyatTips : Kardiovaskular : 5 Tips Sihat Turun Kolestrol
Pernahkah anda terfikir cara mengurangkan kolesterol yang berkesan? Ini admin kongsikan beberapa tip membantu menurunkan kolesterol dengan efektif.
Sebelum itu mari kita kenali apa sebenarnya kolesterol? Kolesterol adalah sejenis lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk pembinaan sel, vitamin dan pelbagai jenis hormon.
Dua jenis kolesterol adalah:
⭐Kolesterol yang tidak baik iaitu lipoprotein berketumpatan rendah.
(LDL: Low density lipoprotein)
⭐Kolesterol yang baik iaitu lipoprotein berketumpatan tinggi.
(HDL: high density lipoprotein)
Sekiranya tubuh mengandungi LDL yang berlebihan atau HDL tidak mencukupi, risiko pengumpulan kolesterol pada bahagian dalam dinding salur darah yang membawa darah ke jantung dan otak akan meningkat.
Hal ini akan menyebabkan salur darah utama ke jantung atau otak akan menyempit dan tersumbat, seterusnya boleh mengakibatkan serangan jantung atau strok berlaku.
Ayuh berubah dengan mengamalkan tip sihat turun kolesterol!
✨ AafiyatInfo : Tanda-tanda Awal Penyakit Jantung🫀
Bulan lalu, kita digemparkan dengan kematian abang kepada pengacara dan pelakon Uyaina Arshad, Mohd Attaful Uzair Arshad (35 tahun) akibat serangan jantung. Dengan kejadian ini, kita dapat lihat serangan jantung bukan hanya berlaku pada individu yang berusia 60-an malah ia boleh berlaku seawal 20-an.
Dengan itu, kita perlu tahu tanda-tanda awal penyakit jantung seperti:
📌Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada
📌Sesak nafas ketika rehat dan melakukan aktiviti
📌Keletihan walaupun tidak melakukan aktiviti atau kerja berat
📌Sakit, kebas atau lemah pada anggota tangan atau kaki (sebelah kiri)
📌Sakit pada bahagian rahang, leher, perut bahagian atas atau belakang
Sekiranya anda sering alami tanda-tanda seperti ini, segeralah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di klinik atau hospital yang berdekatan.
“Kesihatan lebih berharga daripada harta”
_Rujukan: Kementerian Kesihatan Malaysia_
✨ AafiyatLifestyle : 5 FAKTA UNIK BERKAITAN JANTUNG 🫀
“Sejauh mana anda kenal Jantung anda?”
“Adakah anda tahu fakta-fakta sebenar mengenai organ penting ini?”
Jom kita kenali 5 Fakta Unik Jantung🫀
▶️ Berat jantung hanyalah 300g-
400g atau seberat 1 tin minuman
▶️ Purata saiz jantung ialah sebesar penumbuk berbentuk kon
▶️ Jantung berdegup 85,000 kali degupan sehari
▶️ Kadar degupan normal ialah antara 60 hingga 100 degupan dalam masa seminit.
▶️ Sel jantung tidak mempunyai kebolehan untuk membiak sebab itu ianya sangat berharga.
Sekarang anda dah tahu kan betapa berharganya jantung kita ni?
Jangan pernah menyesali takdir,
Nikmat tuhan tidak terhitung,
Saya yakin semua yang hadir,
Tidak ada yang sakit jantung.
Sayangilah Jantung Anda! ❤️
_Rujukan: Petrosains.com.my_
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 32 Jalan Mawar 46 Taman Mawar
Masai
81700
Masai, 81750
Menjual snack viral 2022, OVOCHI! Snack sayuran dan buahan yang digemari ramai. Jom snacking sihat bersama OVOCHI!
NO. 8C Jalan Puyuh, Kampung Sepakat Satu
Masai, 81750
We provide rental services of various types of vehicles with driver and also without driver
D0307 Seri Mutiara Apartment, Persiaran Seri Alam, Banadar Seri Alam
Masai, 81750
越来越多人选择自己在家里沖咖啡, 不只为了兴趣,, 也为了健康和更好的生
Masai, 81750
A Malaysian local brand. Estalished since 2010, has been served million people healthy aloe vera drink at affordable price. Follow us on Instagram https://instagram.com/midorialoev...
Masai
Genten Enzyme使命:用天然与自然链接美好与健康,让人们恢复健康体态,成为更强健的自己 https://linktr.ee/yilin8008
33, Jalan Permas 9/1, Bandar Baru Permas Jaya
Masai, 81750
Dapatkan pelbagai produk muslim disini dengan harga kempen BMF