Pejabat Pembangunan Negeri Melaka

Pejabat Pembangunan Negeri Melaka

Laman Rasmi Pejabat Pembangunan Negeri Melaka, ICU JPM

01/11/2024

SALAM JUMAAT, PENGHULU SEGALA HARI.
JUMAAT PERTAMA DI BULAN NOVEMBER 2024.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka 's post 23/10/2024

LAWATAN KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN SEKOLAH BAHARU KOMPLEKS SEKOLAH DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN BERKAITAN DI SK KRUBONG 2 OLEH YB SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA

KRUBONG, 23 Oktober 2024 – Pagi ini YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato’ Azhar bin Haji Arshad telah mengadakan Lawatan ke Projek Pembinaan Sekolah Baharu Kompleks Sekolah 24 Bilik Darjah dan 6 Kelas PPKI Dan Lain-Lain Kemudahan Berkaitan di SK Krubong 2 , Melaka. Lawatan ini turut dihadiri oleh YBrs. Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli bersama - sama Encik Afzai Nizam bin Sandiman, Timbalan Pengarah PPNM, dan Pegawai Seksyen Pemantauan Penilaian PPNM. Selain daripada itu Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Unit Perancang Ekonomi (UPEN), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah turut hadir bagi lawatan tapak projek pembinaan Sekolah SK Krubong ini.

Lawatan ini juga bertujuan untuk memantau status terkini pelaksanaan projek di tapak selain membincangkan mengenai permasalahan dan isu-isu berkaitan projek. Pejabat Pembangunan Negeri Melaka amat komited dalam memantau dan memastikan gerak kerja kontraktor adalah mengikut sasaran dan perancangan yang telah ditetapkan dalam usaha memastikan projek siap seperti yang dijadualkan.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka 's post 23/10/2024

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN NEGERI ( JTPNg) MELAKA BIL.3/2024

MELAKA - 23 Oktober 2024 , Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Bil. 3/2024 yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato’ Azhar bin Haji Arshad, telah diadakan pada pagi ini di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Blok Bendahari , Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli selaku Setiausaha Mesyuarat JTPNg, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka dan Ketua-ketua jabatan/ agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Sejumlah tiga (3) kertas kerja telah dibentangkan dalam mesyuarat kali ini.

1. Prestasi Perbelanjaan / Pelaksanaan Projek Pembangunan RMKe-12 RP4 bagi Tahun 2024 bagi Peruntukan Persekutuan di Negeri Melaka;
2. Prestasi Pelaksanaan Projek Pembinaan Sel Tambahan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sungai Udang, Melaka oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, KPKT; dan
3. Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan Persekutuan di bawah RMK-12 Negeri Melaka oleh Bahagian Bekalan Air, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Semoga hasil perbincangan dapat diselaraskan dan diambil tindakan segera dalam memastikan projek-projek pembangunan fizikal dan sosioekonomi Negeri Melaka membangun pesat.

18/10/2024

MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN PROJEK-PROJEK PERSEKUTUAN NEGERI MELAKA (JKPPPNM) BIL. 2/2024

18 Oktober 2024 (Jumaat) - Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penyelarasan dan Pemantauan Projek-Projek Persekutuan Negeri Melaka (JKPPPNM) Bil. 2/2024 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Noraini binti Tawel, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Melaka telah diadakan di Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (PPNM).

Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli selaku Setiausaha Mesyuarat JKPPPNM serta wakil jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Jawatankuasa ini berfungsi bagi memantau projek-projek pembangunan persekutuan yang memerlukan tindakan segera (secara ad-hoc) terutamanya berhubung isu tanah yang melibatkan pihak kerajaan negeri dan persekutuan.

Diharapkan perbincangan ini dapat memberikan _way forward_ terhadap mana-mana projek yang melibatkan isu tanah agar dapat diselesaikan dengan segera.

07/10/2024

ZIARAH KEBAJIKAN PENGARAH PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA (PPNM) KE RUMAH PEGAWAI PPNM

TAMPIN- Pengarah Pembangunan Negeri Melaka , Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli bersama-sama Pengerusi Kelab Kebajikan PPNM, Encik Yusri bin Zainal telah membuat lawatan kebajikan ke rumah Cik Siti Holifah binti Maasum diatas kematian arwah bapanya yang meninggal dunia pada 2 Oktober 2024 yang lalu.

Lawatan ini adalah untuk menziarahi keluarga arwah dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga arwah sebagai tanda keprihatin PPNM memberikan sokongan moral selain memastikan aspek kebajikan pegawai PPNM dipelihara.

Semoga roh arwah ayah Cik Siti Holifah dicucuri rahmat dan diletakkan bersama golongan-golongan orang yang beriman dengan Allah swt.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka 's post 04/10/2024

LAWATAN PEMANTAUAN PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI MADANI ( SejaTi MADANI ) DUN Duyong dan DUN Ayer Molek

Melaka Tengah, 4 Oktober 2024 - Satu sesi lawatan pemantauan Program Sejati Madani yang diketuai oleh Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pembangunan Negeri Melaka di sekitar DUN Duyong dan DUN Ayer Molek telah diadakan pada hari ini.

Lawatan ini turut dihadiri oleh YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abd Halem bersama-sama Jabatan dan Agensi Negeri dan Persekutuan yang berkaitan.

Lawatan ini bertujuan untuk memantau dan menilai hasil pelaksanaan program sejati madani yang dilaksanakan di peringkat komuniti.

Sekalung tahniah buat JPKK Bukit Duyong dan JPKK Solok Gaung & Pendamar atas kejayaan dalam melaksanakan projek dibawah peruntukan Program Sejati Madani.

Semoga dengan peruntukan yang disalurkan dapat merancakkan lagi ekonomi komuniti dan menyumbang kepada kemakmuran negara.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka 's post 03/10/2024

LAWATAN DAN TINJAUAN PENGARAH PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA KE BANGUNAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH MELAKA TENGAH

BATU BERENDAM, 2 Oktober 2024 - Pengarah Pembangunan Negeri Melaka (PPNM) , Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli bersama-sama Ketua Polis Negeri Melaka DCP Datuk Wira Haji Zainol Haji Samah telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di Wisma Amanah, Batu Berendam.

Lawatan ini telah disambut oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, YDH ACP Christopher Patit, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supt.Halim bin Abas, DSP Haslinda Mohamed , Ketua Jabatan Logistik dan Teknologi Kontijen Melaka, Ketua-Ketua Jabatan Kontinjen Melaka dan Ketua-Ketua Bahagian IPD Melaka.

Turut hadir dalam lawatan ini juga adalah Penolong Pengarah Seksyen Khas, Encik Hanif bin Baharom dan Penolong Pengarah Seksyen Teknikal Puan Aidilla binti Mohammad telah dibawa melawat sekitar bangunan pejabat IPD Melaka tengah yang masih dalam pemindahan secara berperingkat dan proses menaiktaraf bangunan. Pengarah PPNM juga diberi penerangan dan taklimat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah yang dipengerusikan oleh DCP Datuk Wira Haji Zainol Haji Samah.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka 's post 01/10/2024

MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK PEMBANGUNAN DAN SISTEM PEMANTAUAN MyPROJEK DIBAWAH RMKe-12 BIL. 3/2024 BAGI NEGERI MELAKA

AYER KEROH, 30 September 2024 - Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembangunan dan Sistem Pemantauan MyProjek dibawah RMKe-12 Bil. 3/2024 bagi Negeri Melaka telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Pembangunan Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Melaka.

Mesyuarat ini melibatkan sesi libat urus bersama wakil kementerian dan agensi yang bertujuan bagi mengenal pasti kemajuan projek selain membincangkan permasalahan yang timbul bagi projek-projek pembangunan dibawah RMKe-12.

26/09/2024

SUMBANGAN I CARE 4U KEPADA WARIS KEMALANGAN JALANRAYA

MELAKA, 25 September 2024 - Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli , Pengarah Pembangunan Negeri Melaka (PPNM) bersama-sama Unit Kesejahteraan Rakyat petang ini berkesempatan untuk melawat ibu kedua mangsa kemalangan jiwa di Lebuh SPA tempoh hari, Puan Norizan Ujak di Kg. Bertam Ulu yang telah kehilangan 2 orang anaknya, iaitu Muhammad Amirul Hazli , 18 tahun dan Nur Afiqah Sofea Azlin, 5 tahun.

Kemalangan ini berlaku di Lebuh SPA Paya Rumput - Ayer Keroh apabila motorsikal yang dinaiki arwah dan adiknya telah merempuh Tong Sampar Roro yang diparkir dibahu jalan. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli , Pengarah Pembangunan Negeri Melaka telah menyampaikan Sumbangan I Care 4U kepada keluarga mangsa.

Semoga Puan Norizan tabah dan sabar dalam mengharungi ujian dan dugaan yang dihadapinya. Semoga roh kedua-dua Allahyarhamah dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT.

24/09/2024

LAWATAN ZIARAH eKASIH UNIT KESEJAHTERAAN RAKYAT PPNM

Seksyen Kesejahteraan Rakyat (SKR) PPNM telah menyantuni salah seorang peserta yang telah berdaftar dibawah Program eKasih. Lawatan ini adalah antara lain bertujuan untuk meninjau keadaan insan-insan istimewa serta mereka-mereka yang kurang berkemampuan dalam menjalani cabaran hidup. Keluarga ini merupakan salah seorang peserta eKasih yang telah menerima sumbangan peralatan kesihatan di bawah Peruntukan Pengarah PPNM.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka 's post 20/09/2024

PEMBERIAN SUMBANGAN I CARE 4U KEPADA MANGSA RIBUT DI BAWAH DUN SERKAM

19 Sept 2024 - Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (PPNM) hari ini telah mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di bawah Dun Serkam.

Pelbagai agensi yang turut serta memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa ribut di Dun Serkam antaranya Pejabat Daerah Jasin, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Melaka.

Pemberian sumbangan ini telah disampaikan oleh Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pembangunan Negeri Melaka. Semoga pemberian sumbangan ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa ribut ini.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka 's post 20/09/2024

KUNJUNGAN HORMAT UNIT PEMENTASAN TEATER PERKHIDMATAN AWAM DAN KEBUDAYAAN (UTEPA) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM KE PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA (PPNM)

19 Sept 2024 - Pejabat Pembangunan Negeri Melaka telah menerima Kunjungan Hormat daripada YBrs. Dr Ahmad Zairy bin Mohd Soieb, Ketua Unit Pementasan Teater Perkhidmatan Awam dan Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Unit Pementasan Teater Perkhidmatan Awam dan Kebudayaan (UTEPA) Jabatan Perkhidmatan Awam.

Kunjungan Hormat ini adalah bagi menjalinkan kolaborasi strategik dengan Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (PPNM) bagi menjayakan agenda kebahasaan berimpak tinggi di Perkhidmatan Awam. Kunjungan ini telah disambut oleh Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli , Pengarah Pembangunan Negeri Melaka bertempat di Bilik Mesyuarat PPNM yang dihadiri oleh 7 orang pegawai UTEPA.

20/09/2024
18/09/2024

Tahniah kepada Unit Komunikasi Korporat dan Media (UKOM) Pejabat Pembangunan Negeri Melaka kerana telah memenangi tempat ketiga bagi Pertandingan Video Pendek Jiwa Merdeka 2024 anjuran Bahagian Pemantauan Pembangunan ICU JPM. Pertandingan bertemakan “Jiwa Merdeka’ dengan durasi 10 saat.

18/09/2024

Tahniah kepada Unit Komunikasi Korporat dan Media (UKOM) Pejabat Pembangunan Negeri Melaka kerana telah memenangi tempat ketiga bagi Pertandingan Video Pendek Jiwa Merdeka 2024 anjuran Bahagian Pemantauan Pembangunan ICU JPM .

18/09/2024

LAWATAN ZIARAH eKASIH

Seksyen Kesejahteraan Rakyat (SKR) PPNM telah menyantuni salah seorang peserta yang telah berdaftar dengan Program e-Kasih. Lawatan ini adalah antara lain bertujuan untuk meninjau keadaan insan-insan istimewa serta mereka-mereka yang kurang berkemampuan dalam menjalani cabaran hidup. Keluarga ini merupakan salah seorang peserta e-Kasih yang telah menerima sumbangan peralatan kesihatan di bawah Peruntukan Pengarah PPNM.

Biarkan orang bertutup upih
Kita mengukur buah pedada
Biarkan orang hidup berlebih
Kita bersyukur pada yang ada

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka 's post 17/09/2024

PROGRAM BICARA INTEGRITI PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA 2024

13 September 2024 - Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (PPNM) telah menganjurkan Program Bicara Integriti PPNM 2024 sebagai usaha untuk memupuk budaya kerja berintegriti dalam kalangan warga PPNM dan bagi tujuan meningkatkan komitmen warga PPNM tentang peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam.

Program Bicara Integriti ini telah dijayakan dengan kehadiran Tuan Haji Rahman bin Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) yang telah sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau melalui sesi perkongsian ilmu berjudul "Kepentingan Integriti di Tempat Kerja".

Turut hadir dalam program ini adalah Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli (Pengarah Pembangunan Negeri Melaka), Encik Afzai Nizam bin Sandiman (Timbalan Pengarah), pegawai-pegawai serta keseluruhan anggota PPNM.

Adalah diharapkan agar program ini sedikit sebanyak dapat menjadi pemangkin kepada warga PPNM untuk terus berusaha mempertingkatkan diri menjadi warga kerja yang berintegriti, berakhlak mulia dan cemerlang dalam semua aspek kehidupan.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

15/09/2024

SELAMAT HARI MALAYSIA!

"Selamat Hari Malaysia 2024! Semoga semangat perpaduan dan keharmonian antara kita terus utuh demi masa depan yang cerah.Malaysia dihati kita!"

12/09/2024
10/09/2024

SELAMAT DATANG

YBHG. DATO’ SRI NOORHUDA BINTI HAJI ALIAS

PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KECIL ICU JPM.

10/09/2024

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH

Setinggi-tinggi tahniah

kepada

YBHG. DATO’ HAJI ZULKIFLI BIN LONG
Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang

Di atas pelantikan

SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Berkuatkuasa pada 9 September 2024.

Ikhlas daripada
Pengarah & Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pembangunan Negeri Melaka

09/09/2024

TAHNIAH KEPADA KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM ATAS PENGANUGERAHAN PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M)

Setinggi-tinggi tahniah

kepada

YBHG. TAN SRI WAN AHMAD DAHLAN BIN HAJI ABDUL AZIZ
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Di atas penganugerahan

PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M)

yang membawa gelaran TAN SRI sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertua Agong.

Ikhlas daripada
Pengarah & Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pembangunan Negeri Melaka

06/09/2024

SALAM JUMAAT

SELAMAT PAGI !

05/09/2024

Setinggi-Tinggi Tahniah, Selamat Datang dan Selamat Berkhidmat

Diucapkan kepada

YBHG. DATO’ INDERA NIK NASARUDIN BIN MOHD ZAWAWI K

Di atas pelantikan sebagai

KETUA PENGARAH ICU JPM KE-17
Unit Penyelarasan Pelaksanaan , Jabatan Perdana Menteri
ICU JPM

Berkuatkuasa pada 5 September 2024

Ikhlas daripada
Pengarah & Seluruh Warga Kerja
Pejabat Pembangunan Negeri Melaka
Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri

Want your organization to be the top-listed Government Service in Melaka?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Lawatan Ziarah e-Kasih
Tahniah kepada Unit Komunikasi Korporat dan Media (UKOM) Pejabat Pembangunan Negeri Melaka kerana telah memenangi tempat...
LAWATAN ZIARAH eKASIHSeksyen Kesejahteraan Rakyat (SKR) PPNM telah menyantuni salah seorang peserta yang telah berdaftar...
Di sebalik tabir Rakaman Video Sambutan Hari Merdeka PPNM. Nantikan video penuh daripada kami sempena sambutan Hari Keme...
PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI MADANI(SejaTi MADANI)Masjid Tanah - Projek Penternakan Ikan Air Tawar (Akuakultur) merupakan ...
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1445H✨🌙Tangan dihulur maaf dipinta,Erat hubungan sesama kita,Salam Aidilfitri buat s...
Ohhh yeahhh!!! Dua hari lagi Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba✨. Kami pun terjebak juga! Team Pejabat Pembangunan Neg...
Saksikan bicara mengenai Program Sejahtera MADANI (SejaTi MADANI) bersama YBhg.Dato' Azman bin Ibrahim, Ketua Pengarah U...
Saksikan bicara mengenai Program Sejahtera MADANI (SejaTi MADANI) bersama YBhg.Dato' Azman bin Ibrahim, Ketua Pengarah U...

Telephone

Address

Pejabat Pembangunan Negeri Melaka Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Aras Bawah Menara Mitc, Kompleks Mitc, Jalan Konvensyen Ayer Keroh
Melaka
75450

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 05:30
Thursday 07:30 - 05:30
Friday 07:30 - 05:30

Other Government Organizations in Melaka (show all)
Trafik IPD Melaka Tengah Trafik IPD Melaka Tengah
Jalan Kota Melaka
Melaka, 75661

BSPT IPD MELAKA TENGAH

RISDA Melaka RISDA Melaka
PEJABAT RISDA NEGERI MELAKA, NO 36, Jalan TUN SRI LANANG
Melaka, 75100

Medium pantas hebahan info & maklumat berkenaan program & bantuan kerajaan kepada pekebun kecil ind

Muzium Seni Bina Malaysia - Page Rasmi Muzium Seni Bina Malaysia - Page Rasmi
Muzium Seni Bina Malaysia, No. 1, Jalan Kota
Melaka, 75000

Muzium Seni Bina Malaysia di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia

MAQIS Melaka dan Negeri Sembilan MAQIS Melaka dan Negeri Sembilan
KOMPLEKS ICQS BANDAR HILIR
Melaka, 75200

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan

Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka
Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh
Melaka, 76400

Sekolah Tunas Bakti Sungai Bakti Sungai Lereh, Melaka.

PACSU Cawangan Melaka PACSU Cawangan Melaka
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka
Melaka, 75450

Facebook Rasmi PACSU Cawangan Melaka " Membantu Bersama PACSU "

Pejabat Pembangunan Negeri Melaka Pejabat Pembangunan Negeri Melaka
Pejabat Pembangunan Negeri Melaka, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Aras Bawah Menara MITC, Kompleks MITC, Jalan Konvensyen, Ayer Keroh
Melaka, 75450

Laman rasmi untuk Pejabat Pembangunan Negeri Melaka, ICU JPM.

MARA NEGERI MELAKA MARA NEGERI MELAKA
Melaka

Majlis Amanah Rakyat (MARA) Pejabat MARA Negeri Melaka Tkt 4 & 5 Plaza Usahawan, Jalan Hang Tuah

Vektor Melaka Vektor Melaka
3565 Kuarters
Melaka, 75460

Laman untuk berinteraksi dengan semua ahli masyarakat

Perodua Zara Bella Perodua Zara Bella
Melaka
Melaka

� Sales Advisor � � 010-211 7474 � Ms Bella