Pejabat Pembangunan Negeri Melaka

Laman rasmi untuk Pejabat Pembangunan Negeri Melaka, ICU JPM.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 23/11/2023

MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK PEMBANGUNAN DAN SISTEM PEMANTAUAN MyPROJEK DIBAWAH RMKe-12 BIL. 4/2023

23 November 2023 (Khamis) - Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembangunan Dan Sistem Pemantauan MyProjek Dibawah RMKe-12 Bil. 4/2023 bagi Negeri Melaka telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPN Melaka yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Afzai Nizam bin Sandiman, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Melaka.

Mesyuarat ini membabitkan sesi libat urus bersama kementerian dan agensi dalam membincangkan pelaporan kemajuan projek dan mengenal pasti sebarang permasalahan yang timbul bagi projek-projek pembangunan dibawah RMKe-12

08/11/2023
06/11/2023

Saksikan SPM @ RTM Bersama YM Raja Muhammad Azhan Shah bin Raja Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pemantauan dan Penilaian Pembangunan ICU JPM

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 03/11/2023

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN NEGERI (JTPNg) MELAKA BIL. 4/2023

3 November 2023 (Jumaat) - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Melaka Bil. 4/2023 yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Zaidi bin Johari telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli selaku Setiausaha Mesyuarat JTPNg serta Ketua-ketua jabatan/agensi di peringkat Negeri dan persekutuan.

Sejumlah tiga (3) kertas kerja telah dibentangkan dalam mesyuarat kali ini iaitu:
1. Prestasi Perbelanjaan / Pelaksanaan Projek Pembangunan RMKe-12 RP3 bagi Tahun 2023 bagi Peruntukan Persekutuan di Negeri Melaka;
2. Laporan Pelaksanaan Naik Taraf & Penyelenggaraan Kecil Institut Pendidikan Malaysia Tahun 2023 di Negeri Melaka; dan
3. Taklimat Garis Panduan Perlindungan, Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan RMKe-12.

YB Datuk Wira Pengerusi menegaskan agar setiap jabatan dan agensi yang terlibat di dalam projek pembangunan dalam Negeri Melaka supaya mempertingkatkan usaha bagi mempercepat projek-projek yang sedang dilaksanakan serta memantau dengan rapat pelaksanaan projek-projek yang terlibat bagi memastikan projek siap seperti yang dijadualkan.

31/10/2023

NOTIS SEBUTHARGA
NO.SEBUTHARGA : PPNM/05/2023

TAJUK KERJA:
KERJA-KERJA MENAIK TARAF MASJID AN-NUR, TAMAN MAJU, JASIN, MELAKA
GRED : G1 (DAERAH JASIN SAHAJA)
KATEGORI : B dan CE
PENGKHUSUSAN : B04 dan CE21
TARIKH TAKLIMAT & PENDAFTARAN : 7 NOVEMBER 2023 (SELASA)
MASA TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN : 10.30 PAGI
LOKASI PENDAFTARAN KONTRAKTOR : PERKARANGAN MASJID AN-NUR, TAMAN MAJU, JASIN, MELAKA

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 30/10/2023

30 Oktober 2023 (Isnin) - Satu Lawatan Pemantauan Projek telah diadakan oleh Seksyen Pemantauan & Penilaian PPN Melaka ke projek berikut :

1. Projek Rancangan Tebatan Banjir Alor Gajah Fasa I Daerah Alor Gajah, Melaka
2. Projek Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih, Melaka

Turut hadir dalam lawatan ini adalah wakil JPS Melaka, wakil kontraktor dan pihak perunding bagi projek yang terlibat.

Lawatan Pemantauan ini bertujuan untuk meninjau status dan prestasi pelaksanaan fizikal projek-projek berkenaan yang dikenal pasti sebagai 'projek sakit'. Diharapkan usaha sama pihak terlibat dapat dipergiat sekaligus memastikan projek dapat berjalan seperti yang dijadualkan.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 19/10/2023

19 Oktober 2023 (Khamis) - Satu Lawatan Pemantauan Projek telah diadakan oleh Seksyen Pemantauan & Penilaian dan Seksyen Teknikal PPN Melaka ke projek berikut :

1. Projek KV Rintis Datuk Seri Mohd Zin - Menaik Taraf Kolej Vokasional Rintis Alor Gajah, Melaka
2. Projek Kompleks Sukan Bemban, Jasin, Melaka

Turut hadir dalam lawatan ini adalah wakil JKR Daerah Alor Gajah, pegawai Jabatan Pendidikan Negeri serta pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Pejabat Pembangunan Negeri akan terus memantau perkembangan projek yang berkaitan bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 18/10/2023

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

NO.SEBUTHARGA : PPNM/04/2023
TAJUK KERJA:
KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI KAMPUNG BAKAR BATU, DUN KESIDANG SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN
GRED : G1 (DAERAH MELAKA TENGAH SAHAJA)
KATEGORI : CE
PENGKHUSUSAN : CE01

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 16/10/2023

MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS PENYELARASAN DAN PEMANTAUAN PROJEK-PROJEK PERSEKUTUAN NEGERI MELAKA (JKPPPNM) BIL. 4/2023

16 Oktober 2023 (Isnin) - Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penyelarasan dan Pemantauan Projek-Projek Persekutuan Negeri Melaka (JKPPPNM) Bil. 4/2023 yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Noraini binti Tawel, Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Melaka telah diadakan di Pejabat Tanah dan Galian Melaka.

Mesyuarat turut dihadiri oleh YBrs. Encik Afzai Nizam bin Sandiman, Timbalan Pengarah PPN Melaka serta Ketua-ketua dan wakil jabatan/agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Diharapkan isu-isu yang dibincangkan dapat diambil tindakan segera supaya isu berhubung permasalahan tanah di Negeri Melaka dapat diselesaikan dengan segera.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 16/10/2023

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT PPN MELAKA TAHUN 2023

MELAKA, 13 Oktober 2023 - Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi PPN Melaka telah menganjurkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat PPN Melaka Tahun 2023 yang berlangsung di Melaka International Bowling Centre (MIBC), Ayer Keroh, Melaka.

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat PPN Melaka ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, Encik Afzai Nizam bin Sandiman.

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat PPN Melaka ini disemarakkan dengan Pertandingan Bowling PPN Melaka yang
telah disertai oleh warga kerja PPNM.

02/10/2023

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
NOTIS SEBUTHARGA
NO.SEBUTHARGA : PPNM/04/2023

TAJUK KERJA:
KERJA-KERJA MENURAP SEMULA JALAN DI KAMPUNG BAKAR BATU, DUN KESIDANG SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN
GRED : G1 (DAERAH MELAKA TENGAH SAHAJA)
KATEGORI : CE
PENGKHUSUSAN : CE01
TARIKH TAKLIMAT & PENDAFTARAN : 9 OKTOBER 2023 (ISNIN)
MASA TAKLIMAT DAN PENDAFTARAN : 10.00 PAGI
LOKASI PENDAFTARAN KONTRAKTOR : PERKARANGAN PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA, ARAS BAWAH, MENARA MITC, KOMPLEKS MITC, AYER KEROH.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 30/09/2023

PERHIMPUNAN BULANAN PPN MELAKA BILANGAN 3 TAHUN 2023

29 September 2023, Jumaat - PPN Melaka telah mengadakan Perhimpunan Bulanan PPN Melaka Bilangan 3 bagi Tahun 2023. Perhimpunanan bulanan tersebut telah melibatkan seluruh kakitangan PPN Melaka.

Ketika perhimpunan berlangsung semalam, PPN Melaka juga telah mengadakan Sesi Berselawat bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1445H.

Di samping itu, satu Pertandingan Kuiz bersempena dengan Maulidur Rasul juga telah diadakan. Hal ini bertujuan untuk, menguji pengetahuan kakitangan PPN Melaka dalam menyelusuri kisah sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW.

Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pembangunan Negeri Melaka telah hadir bagi mempengerusikan perhimpunan tersebut. Turut hadir Encik Afzai Nizam bin Sandiman, Timbalan Pengarah.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 28/09/2023

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1445H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2023

28 September 2023, Khamis- Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 telah diadakan dengan meriah diiringi dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sepanjang perjalanan dari Stadium Tun Fatimah menuju ke Dataran Pusat Islam.

Pejabat Pembangunan Negeri Melaka tidak melepaskan peluang untuk menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 pada pagi tadi. Perarakan ini telah diketuai oleh Encik Afzai Nizam bin Sandiman, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Melaka. Seramai 35 orang kakitangan yang telah terlibat dalam kontinjen perarakan tersebut.

Sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2023 ini turut disempurnakan dengan kehadiran TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Salam Maulidur Rasul 1445 Hijrah.
12 Rabiulawal 1445H
"Perpaduan Teras Malaysia Madani"

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 21/09/2023

KURSUS PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN PROJEK ICU JPM SIRI 1 TAHUN 2023

Bahagian Konsultatif Dan Referal Teknikal (BKRT) ICU JPM dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Melaka telah menganjurkan Kursus Pengurusan dan Pemantauan Projek ICU JPM Siri 1 Tahun 2023 bermula 18 sehingga 21 September 2023 di Hotel Hatten, Melaka.

Kursus yang berlangsung selama empat hari ini melibatkan warga Seksyen Teknikal dan Seksyen Pemantauan dan Penilaian daripada Pejabat-Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) seluruh negara serta ibu pejabat ICU JPM.

Kursus ini dianjurkan sebagai salah satu usaha bagi meningkatkan ilmu pengetahuan, memantapkan pemahaman serta memperkasakan kemahiran teknikal bidang pengurusan dan pemantauan projek pegawai-pegawai ICU JPM.

Selain itu, perkongsian amalan terbaik yang dipelajari juga dapat dijadikan panduan dan secara tidak langsung dapat dipraktikkan di peringkat Ibu Pejabat dan juga Pejabat-Pejabat Pembangunan Negeri.

Majlis perasmian dan penutup kursus telah disempurnakan oleh YM Raja Muhammad Azhan Shah bin Raja Muhammad, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pemantauan Dan Penilaian Pembangunan) ICU JPM.

Syabas dan tahniah kepada BKRT ICU JPM di atas penganjuran kursus ini dan diharapkan usaha sama dapat diteruskan bagi memantapkan lagi pengendalian projek-projek di bawah ICU JPM.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 15/09/2023

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK HAJI TALIB KARIM, ALOR GAJAH, MELAKA

15 September 2023 (Jumaat) – Majlis penyerahan projek Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Talib Karim, Alor Gajah Melaka telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Datuk Haji Talib Karim. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Masyati binti Abg Ibrahim (SUB Bahagian Pembangunan KPM). Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohamed bin Abdul Rahman (Timbalan Setiausaha Bahagian Kanan, KPM), YBrs. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Ahmad (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka), YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli (Pengarah Pembangunan Negeri Melaka [ICU JPM]), pegawai kanan KPM, wakil Jabatan Pendidikan Negeri, wakil sekolah, pihak kontraktor dan pihak perunding.

Projek ini telah siap pelaksanaanya pada 28 Ogos 2023 dengan skop kerja yang melibatkan pembinaan bangunan tambahan 6 bilik darjah dan lain-lain kemudahan. Projek bangunan baharu dengan prasarana terkini ini diharap dapat mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif bagi para guru dan pelajar.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 08/09/2023

Lawatan ke Projek Membina Baharu Masjid Kampung Serkam Darat dan Projek Membina Baharu Kampung Bukit Tembakau, Jasin oleh Pengarah, Timbalan Pengarah, Seksyen Khas dan Seksyen Teknikal pada 8 September 2023.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 05/09/2023

SESI PENYERAHAN RUMAH PESERTA PROGRAM INSPIRASIKU MyHAUS YaPEIM BAGI NEGERI MELAKA

5 September 2023, Selasa – Sesi penyerahan rumah peserta Program Inspirasiku MyH.A.U.S YaEIM telah selesai dilaksanakan bagi peringkat Negeri Melaka.

Program MyH.A.U.S dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah bermula pada Julai 2022. Bagi tahun 2022, PPN Melaka telah menerima 2 kuota bagi baik pulih rumah iaitu Baik Pulih Rumah Pn Suhaila binti Jaafar di Kampung Melayu, Machap Baru dan Baik pulih Rumah Pn Siti Hazura binti Abd Rahman di kampung Seri Terubuk, Masjid Tanah.

Manakala bagi tahun 2023, PPN Melaka telah menerima 1 kuota bagi baik pulih rumah dan 1 kuota bagi bina baharu.

Majlis telah berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari setelah penyerahan selesai disempurnakan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli bersama Ketua Bahagian Pembangunan Usahawan Puan Parihah binti Hasan, Ketua Bahagian Pembangunan Projek Encik Azli bin Abdullah dan En Azharry Bin Giman Pengurus YaPEIM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 04/09/2023

Lawatan Projek Naik Taraf & Penyelenggaraan Sekolah oleh Pengarah, Timbalan Pengarah, Seksyen Khas dan Seksyen Teknikal di bawah peruntukan Kementerian Pendidikan pada 4 September 2023:
1) SK Bukit Beringin, Masjid Tanah;
2) SK Pengkalan Balak, Masjid Tanah; dan
3) SK Melekek, Alor Gajah

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 29/08/2023

PROGRAM KONVOI MERDEKA ANJURAN KELAB KEBAJIKAN SUKAN DAN REKREASI PPN MELAKA

24-25 Ogos 2023- Kelab Kebajikan Sukan dan Rekreasi PPN Melaka telah menganjurkan Program Konvoi Merdeka dan lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak, Perak. Program ini telah diadakan bersempena Hari Kemerdekaan yang akan disambut pada 31 Ogos 2023.

Program ini telah dirancang bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan disamping dapat menyemai semangat patriotisme yang tinggi, mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan, menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara serta bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi dalam kalangan warga kerja PPN Melaka.

Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli dan kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri Melaka yang terlibat dalam menjayakan program.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 23/08/2023

Lawatan ke 3 Projek Naik Taraf & Penyelenggaraan Sekolah oleh Pengarah, Seksyen Khas dan Seksyen Teknikal di bawah peruntukan Kementerian Pendidikan pada 23 Ogos 2023:
1) SK Tehel, Bemban;
2) SK Tedong, Merlimau; dan
3) SK Sempang, Merlimau

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 23/08/2023

Lawatan projek oleh Timbalan Pengarah, Seksyen Khas dan Seksyen Teknikal di bawah Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri pada 22 Ogos 2023:
1) Membina Dewan Serbaguna & SRA Melaka Pindah, Alor Gajah; dan
2) Membina SRA Durian Daun, Masjid Tanah.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 22/08/2023

MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK PEMBANGUNAN DAN SISTEM PEMANTAUAN MyPROJEK DIBAWAH RMKe-12 BIL. 3/2023

22 Ogos 2023 (Selasa) - Mesyuarat Penyelarasan Projek Pembangunan Dan Sistem Pemantauan MyProjek Dibawah RMKe-12 Bil. 3/2023 bagi Negeri Melaka telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPN Melaka yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pembangunan Negeri Melaka.

Mesyuarat ini membabitkan sesi libat urus bersama kementerian dan agensi dalam membincangkan pelaporan kemajuan projek dan mengenal pasti sebarang permasalahan yang timbul bagi projek-projek pembangunan dibawah RMKe-12.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 22/08/2023

KAUNTER SEMAKAN, PENDAFTARAN eKasih DAN PROGRAM i-CARE4U DI BAWAH DUN KOTA LAKSAMANA MELAKA SEMPENA PROGRAM JALINAN MARHABBAH BERSAMA KOMUNITI RUMAH PANGSA AL-EHSAN ANJURAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH MELAKA TENGAH MELAKA

SABTU, 19 OGOS 2023 – Pejabat Pembangunan Negeri Melaka telah bekerjasama dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah dan Japerun Kota Laksamana telah mengadakan program i-Care4u bagi sumbangan kepada 32 KIR Miskin Tegar.

Penyampaian sumbangan ini telah diserahkan sendiri oleh ADUN Kota Laksamana, YB Low Chee Leong. Turut hadir bersama Encik Mohd Zamry bin Abulis, Ketua Bahagian Produktif Kebajikan dan Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka dan Setiausaha Japerun Kota Laksamana.

Inisiatif ini dilihat mampu membantu meringankan beban yang ditanggung oleh KIR yang terlibat.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 21/08/2023

NO. SEBUTHARGA:
1. PPNM/02/2023
TAJUK KERJA:
KERJA-KERJA MEMBINA SUSUR GAJAH BERBUMBUNG SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI SMK TEBONG, DUN MACHAP, MELAKA

2. PPNM/03/2023
TAJUK KERJA:
KERJA-KERJA MEMBINA SUSUR GAJAH BERBUMBUNG SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI SK PADANG SEBANG, ALOR GAJAH, MELAKA
GRED : G1 (DAERAH ALOR GAJAH SAHAJA)
KATEGORI : B
PENGKHUSUSAN : B04

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 18/08/2023

PROGRAM i-CARE4U SUMBANGAN KEPADA KIR MISKIN TEGAR DI TANJUNG BIDARA MELAKA

JUMAAT, 18 Ogos 2023 – Pejabat Pembangunan Negeri Melaka telah bekerjasama dengan JAPERUN Tanjung Bidara dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah mengadakan program i-Care4u bagi sumbangan kepada KIR Miskin Tegar di Dun Tanjung Bidara. Sebanyak 20 keluarga yang terpilih telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan bakul makanan.

Penyampaian sumbangan ini telah diserahkan sendiri oleh YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap ADUN Tanjung Bidara, dengan diiringi oleh YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pembangunan Negeri Melaka. Turut hadir bersama Tuan TPr. Saifuddin bin Abdul Karim, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Encik Azharry bin Giman, Pengurus Negeri Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Melaka, Setiausaha Japerun Tanjung Bidara dan Penghulu Kawasan.

Inisiatif ini dilihat mampu membantu meringankan beban yang ditanggung oleh KIR tersebut.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 16/08/2023

PROGRAM i-CARE4U SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR DI DUN PANTAI KUNDUR MELAKA

RABU, 16 Ogos 2023 – Pejabat Pembangunan Negeri Melaka telah bekerjasama dengan Japerun Pantai Kundur mengadakan program i-Care4u bagi sumbangan kepada mangsa banjir di Dun Pantai Kundur. Sebanyak 10 keluarga yang terkesan di sekitar Kampung Bukit Belian telah menerima sumbangan.

Penyampaian sumbangan ini telah diserahkan sendiri oleh ADUN Pantai Kundur YB. Tuminah binti Kadi @ Mohd Hashim dengan diiringi oleh YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pembangunan Negeri Melaka. Turut hadir bersama Encik Afzai Nizam bin Sandiman, Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, Setiausaha Japerun Pantai Kundur dan Penghulu Kawasan.

Inisiatif ini dilihat mampu membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir yang terlibat.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 16/08/2023

16 Ogos 2023 – Kunjung Hormat YB Tuan Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka ke Pejabat Pembangunan Negeri Melaka. Sesi perbincangan antara Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, membincangkan beberapa perkara termasuklah menangani miskin tegar di dalam Parlimen Kota Melaka.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 16/08/2023

MAJLIS BACAAN YAASIN & CERAMAH KEMERDEKAAN

16 Ogos 2023 – Majlis Bacaan Yaasin sempena Program Pembudayaan Al-Quran (PPQ) ICU JPM telah diadakan dan pada hari ini juga, satu sesi Ceramah Kemerdekaan turut diadakan sebagai salah satu acara Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat PPNM Tahun 2023.

Sesi Ceramah Kemerdekaan ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Khidir bin Bahri, Imam Masjid Al-Alami, MITC, Ayer Keroh, Melaka. Pengisian ceramah ini antaranya menekankan Pengurusan Organisasi yang terbaik bermula dengan penjawat awam yang bersifat amanah dalam tugas dan secara tidak langsung ianya mencerminkan warganegara yang merdeka. Justeru, sifat ini dituntut dalam diri setiap penjawat awam. Ceramah ini turut dilengkapkan dengan sesi soal jawab isu-isu keagamaan bersama warga PPNM.

Majlis pada pagi ini turut dihadiri oleh Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli (Pengarah Pembangunan Negeri Melaka), Encik Afzai Nizam bin Sandiman (Timbalan Pengarah) dan seluruh kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri Melaka.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 15/08/2023

MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN NEGERI (JTPNg) MELAKA BIL. 3/2023

15 Ogos 2023 (Khamis) - Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Melaka Bil. 3/2023 yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Wira Zaidi bin Johari telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli selaku Setiausaha Mesyuarat JTPNg serta Ketua-ketua jabatan/agensi di peringkat Negeri dan persekutuan.

Sejumlah lima (5) kertas kerja telah dibentangkan dalam mesyuarat kali ini iaitu:
1. Prestasi Perbelanjaan / Pelaksanaan Projek Pembangunan RMKe-12 RP3 bagi Tahun 2023 bagi Peruntukan Persekutuan di Negeri Melaka.
2. Pembentangan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pemantauan dan Penyelarasan Projek-Projek Pembangunan Persekutuan Bil. 3/2023 di Negeri Melaka.
3. Pembentangan Prestasi Perbelanjaan Projek Pembangunan di bawah RP3 RMKe-12 di Negeri Melaka oleh Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
4. Pembentangan Prestasi Perbelanjaan Projek Pembangunan di bawah RP3 RMKe-12 di Negeri Melaka oleh Bahagian Pembangunan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
5. Status Pengoperasian Ecotourism Paya Lebar, Alor Gajah, Melaka oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG).

YB Datuk Wira Pengerusi menegaskan agar semua jabatan dan agensi yang terlibat di dalam projek pembangunan di Negeri Melaka untuk sentiasa bergerak dengan lebih cepat dan proaktif bagi menjayakan projek-projek yang telah dirancangkan serta membelanjakan peruntukan yang telah diberi oleh kerajaan persekutuan mengikut jadual yang ditetapkan.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 08/08/2023

MESYUARAT FOCUS GROUP PEMBASMIAN KEMISKINAN BIL. 2 TAHUN 2023

Melaka, Isnin 7 Ogos 2023 – Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Bil.2 Tahun 2023 telah diadakan Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, Aras 2, Blok Bendahari, Seri Negeri, Melaka.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka. Sebanyak enam kertas pembentangan telah dibentang dalam mesyuarat kali ini iaitu:

1. Kertas Bilangan 1/1/2023: Laporan Data eKasih Negeri Melaka oleh Tuan Megat Azlani Bin Megat Ramli, Pengarah Pembangunan, Pejabat Pembangunan Negeri Melaka;

2. Kertas Bilangan 2/1/2023: Status Pelaksanaan Bantuan Bagi Tahun 2023 oleh Encik Zulkifli Bin Hanifah, Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka(JKM);

3. Kertas Bilangan 3/1/2023: Status Pelaksanaan Bantuan Bagi Tahun 2023 oleh Tn Hj. Muhammad Ikram Bin Ibrahm, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM);

4. Kertas Bilangan 4/1/2023: Program Sosial Synergy oleh Encik Abd Razak Bin Omar, Pengarah,
Pertubuhan Keselamatan Sosial Negeri Melaka (PERKESO);

5. Kertas Bilangan 5/1/2023: Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PEKA B40) oleh Encik Mohd Fadzrel Bin Abu Bakar, Ketua Seksyen Pakej Manfaat Dan Mekanisme Pembayaran, Protect Health;

6. Kertas Bilangan 6/1/2023: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) oleh Encik Mohammad Khairul Nazri Bin Ghazali, Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (M*F).

07/08/2023

Peserta uKasih Pejabat Pembangunan Negeri Melaka
Sahyumi binti Ismail

UMIE ABNA ENTERPRISE Umieabna Froozen Food
UMIE ABNA FROZEN FOOD 📢📢📢
✅Murah
✅Sedap
✅Inti Padat
✅Kulit Rangup

BOLEH DAPATKAN DI :
✨KAKEL MART MAJU KUALA SG BARU
✨MINI MARKET AYER MOLEK KUALA SG BARU

UNTUK YANG BERADA DI AREA PORT DICKSON
✨SYAWAL MINI MARKET POLITIKNIK TELUK KEMANG
✨ROZY FROZEN BT 4 TELUK KEMANG
( Produk popia cabonara umie abna)

Telefon : https://wa.me/60136084750
👆🏼 Call atau WhatsApp untuk order
Alamat : Lot 185 B, Jln Kuala Linggi, Seberang Parit

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 07/08/2023

SESI NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN MELAKA MAJU JAYA SERTA PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA PERINGKAT PPNM TAHUN 2023

7 OGOS 2023 – Sesi Nyanyian Lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya serta bacaan doa harian telah diadakan yang melibatkan semua warga kerja di Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (PPNM). Sesi ini diadakan pada setiap hari Isnin selaras dengan arahan dari YAB Ketua Menteri Melaka disamping dapat menyemai semangat patriotisme dan semangat cintakan Negara.

Sesi tersebut diteruskan lagi dengan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia Peringkat PPNM Tahun 2023 yang bertemakan TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menyemarakkan lagi sambutan dan bagi memupuk semangat perpaduan yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera dalam kalangan warga kerja PPNM.

Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pembangunan Negeri Melaka, Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli. Turut hadir bagi memeriahkan majlis ialah Timbalan Pengarah, Encik Afzai Nizam bin Sandiman dan seluruh kakitangan Pejabat Pembangunan Negeri Melaka.

01/08/2023

NOTIS SEBUTHARGA
NO. SEBUTHARGA:

1. PPNM/02/2023
TAJUK KERJA:
KERJA-KERJA MEMBINA SUSUR GAJAH BERBUMBUNG SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI SMK TEBONG, DUN MACHAP, MELAKA

2. PPNM/03/2023
TAJUK KERJA:
KERJA-KERJA MEMBINA SUSUR GAJAH BERBUMBUNG SERTA LAIN-LAIN KERJA YANG BERKAITAN DI SK PADANG SEBANG, ALOR GAJAH, MELAKA

GRED : G1 (DAERAH ALOR GAJAH SAHAJA)
KATEGORI : B
PENGKHUSUSAN : B04
TARIKH LAWATAN TAPAK & PENDAFTARAN : 08.08.2023 (SELASA)
MASA LAWATAN TAPAK DAN PENDAFTARAN : 9.30 PAGI
LOKASI PENDAFTARAN KONTRAKTOR : PERKARANGAN PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI MELAKA, ARAS BAWAH, MENARA MITC, KOMPLEKS MITC, AYER KEROH.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 01/08/2023

SESI NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN MELAKA MAJU JAYA
31 JULAI 2023- Selaras dengan arahan YAB Ketua Menteri Melaka supaya semua pejabat-pejabat kerajaan di negeri Melaka menyanyikan lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya pada setiap hari Isnin, Pejabat Pembangunan Negeri Melaka telah mengadakan sesi nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya serta bacaan doa harian yang melibatkan semua warga kerja Pejabat Pembangunan Negeri Melaka.

Photos from Pejabat Pembangunan Negeri Melaka's post 27/07/2023

MESYUARAT PEMANTAUAN DAN LAWATAN PROJEK PEMBANGUNAN DIBAWAH RMKe-12 DI NEGERI MELAKA – LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA), JABATAN PERDANA MENTERI

27 Julai 2023 (Khamis) – Pejabat Pembangunan Negeri Melaka telah mengadakan Mesyuarat Pemantauan dan Lawatan Projek Pembangunan FELDA di Negeri Melaka melibatkan Bahagian Kawal Selia FELDA Jabatan Perdana Menteri (BKSF, JPM), pihak FIC Integrated Property Management Sdn Bhd (FIC IPM), wakil Felda Wilayah Segamat, pihak kontraktor dan perunding.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Pembangunan Negeri Melaka dan diteruskan dengan lawatan pemantauan bagi Projek Menaik Taraf Sistem Bekalan Air FELDA Negeri Melaka (Pakej 5: Membina Dan Mentauliah Loji Air Bukit Bulat Di Felda Bukit Bulat Daerah Alor Gajah, Melaka). Turut hadir, Encik Muhammad Azmi bin Abdul Hamid (KPSU Pembangunan BKSF, JPM), Encik Syamsul Amri Mohd Yusuf (Pengurus Projek, FIC IPM) serta delegasinya.

PPN Melaka mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang lawatan ini diadakan. Diharap pelaksanaan kerja bagi projek-projek ini dapat disempurnakan mengikut ketetapan yang dijadualkan.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Melaka?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

1. Norwahidah binti Baharuddin (Ibu Pejabat) - Di Mata Aku Di Jiwamu Dia (Deja Moss, 2003)
2. Malia Hanifa binti Abd Mutalip (Negeri Sembilan) - Terukir di bintang (Yuna, 2012)
Nur Farhana binti Borhanuldin (Selangor) - Aku, Dia dan Lagu (Puan Sri Saloma)
Muhammad Shahfrezan bin Ibrahim (Pahang) - Teratai (Datuk Ramli Sarip)
Khairul Azam bin Mohamed (Kelantan) - Bukan Kerna Nama (Datuk Ramli Sarip)
Norwahidah binti Baharuddin (Ibu Pejabat) - Terbang Helang (Datuk Sharifah Aini)

Telephone

Address


Pejabat Pembangunan Negeri Melaka, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Aras Bawah Menara MITC, Kompleks MITC, Jalan Konvensyen, Ayer Keroh
Melaka
75450

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Other Government Organizations in Melaka (show all)
Trafik IPD Melaka Tengah Trafik IPD Melaka Tengah
Jalan Kota Melaka
Melaka, 75661

BSPT IPD MELAKA TENGAH

RISDA Melaka RISDA Melaka
PEJABAT RISDA NEGERI MELAKA, NO 36, Jalan TUN SRI LANANG
Melaka, 75100

Medium pantas hebahan info & maklumat berkenaan program & bantuan kerajaan kepada pekebun kecil ind

Muzium Seni Bina Malaysia - Page Rasmi Muzium Seni Bina Malaysia - Page Rasmi
Muzium Seni Bina Malaysia, No. 1, Jalan Kota
Melaka, 75000

Muzium Seni Bina Malaysia di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia

MAQIS Melaka dan Negeri Sembilan MAQIS Melaka dan Negeri Sembilan
KOMPLEKS ICQS BANDAR HILIR
Melaka, 75200

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Negeri Melaka dan Negeri Sembilan

Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh, Melaka
Sekolah Tunas Bakti Sungai Lereh
Melaka, 76400

Sekolah Tunas Bakti Sungai Bakti Sungai Lereh, Melaka.

PACSU Cawangan Melaka PACSU Cawangan Melaka
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka
Melaka, 75450

Facebook Rasmi PACSU Cawangan Melaka " Membantu Bersama PACSU "

MARA NEGERI MELAKA MARA NEGERI MELAKA
Melaka

Majlis Amanah Rakyat (MARA) Pejabat MARA Negeri Melaka Tkt 4 & 5 Plaza Usahawan, Jalan Hang Tuah

Vektor Melaka Vektor Melaka
3565 Kuarters
Melaka, 75460

Laman untuk berinteraksi dengan semua ahli masyarakat

Perodua Zara Bella Perodua Zara Bella
Melaka
Melaka

� Sales Advisor � � 010-211 7474 � Ms Bella

Pejabat Pembangunan Negeri Melaka Pejabat Pembangunan Negeri Melaka
Pejabat Pembangunan Negeri Melaka Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Aras Bawah Menara Mitc, Kompleks Mitc, Jalan Konvensyen Ayer Keroh
Melaka, 75450

Laman Rasmi Pejabat Pembangunan Negeri Melaka, ICU JPM