PBM St Columba Miri

PBM St Columba Miri

Kebaktian perjamuan kudus PBM bermula pada 9.00 pagi hingga 10.30 pagi, setiap Ahad, di Dewan Parish/ Parish Hall Gereja St. Columba Miri.

✔️Pelayanan Bahasa Malaysia (PBM) merupakan kebaktian yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan antara jemaat-jemaat di Gereja Anglikan St Columba Miri.

✔️Para jemaat dialu-alukan untuk datang dan beribadah bersama di gereja ini pada setiap Ahad, bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

✔️Jemaat-jemaat sangat digalakkan untuk mengambil bahagian dalam Puji dan Sembah, sebagai Pe

Photos from PBM St Columba Miri's post 24/09/2024

24 September 2024

Perkongsian tentang Gideons International oleh Subdeacon Albert Tambi dari Gereja Good Shepherd Lutong telah disampaikan kepada jemaat PBM pada Ahad yang lepas.

📅 22 Ogos 2024, Ahad
🕘 9.00 pagi
📍 Dewan Gereja St. Columba

Photos from PBM St Columba Miri's post 27/08/2024

27 Ogos 2024

Reverend Timon Lugi merupakan salah seorang pastor yang pertama mendirikan Pelayanan Bahasa Malaysia, atau lebih dikenali sebagai PBM. Beliau telah dijemput dan hadir untuk berkhutbah bersama jemaat PBM pada minggu lepas.

Kami daripada keluarga PBM sangat berbesar hati menerima kedatangan beliau untuk beribadah bersama setelah sekian lama berpisah. Sebagai tanda penghargaan atas kehadiran beliau, kami mengadakan potbless untuk meraikan kunjungan beliau.

📅 25 Ogos 2024, Ahad
🕘 9.00 pagi
📍 Dewan Gereja St. Columba

Photos from PBM St Columba Miri's post 29/07/2024

29 Julai 2024

Sorotan dialog menarik antara para muda mudi mengenai Pelayanan Kampus atau 'Campus Ministry' yang dipimpin oleh Reverend Frederick bin Romzy.

📅 27 Julai 2024, Sabtu
🕘 7.30 malam
📍 Dewan Gereja St. Columba

Photos from PBM St Columba Miri's post 28/07/2024

28 Julai 2024

Reverend Frederick bin Romzy telah dijemput untuk menghadiri kebaktian PBM pada Ahad ini dan menyampaikan khutbah yang sangat bermakna, khususnya untuk muda-mudi.

📅 28 Julai 2024, Ahad
🕘 9.00 pagi
📍 Dewan Gereja St. Columba

Photos from PBM St Columba Miri's post 25/06/2024

23 Jun 2024

Sempena sambutan Hari Patronal St. Columba, PBM telah menyediakan pameran foto untuk mempamerkan kebaktian Hari Ahad dan juga aktiviti di luar kebaktian.

📅 Ahad
🕘 8.00 pagi
📍 Gereja Utama St. Columba

14/06/2024

Video sorotan Majlis Makan Malam PBM pada 8 Jun 2024.

📅 8 Jun 2024, Sabtu
📍 Imperial Suite Palace

Photos from PBM St Columba Miri's post 10/06/2024
Photos from PBM St Columba Miri's post 20/05/2024

19 Mei 2024

Hari Ahad kelmarin adalah hari yang sangat istimewa kerana semua jemaat memakai pakaian tradisional untuk memeriahkan suasana pelayanan di gereja seraya dengan sambutan pra Gawai.

📅 Ahad
🕘 9.00 pagi hingga 10.45 pagi
📍 Dewan Gereja St. Columba

Photos from PBM St Columba Miri's post 20/05/2024

12 Mei 2024

Sorotan sambutan Hari Ibu bagi tahun 2024. 🌷🌷🌷

📅 Ahad
🕘 9.00 pagi hingga 10.45 pagi
📍 Dewan Gereja St. Columba

06/05/2024

Sorotan PBM di Karnival Jualan Gereja St Columba Miri pada 27 April 2024.

Photos from PBM St Columba Miri's post 06/05/2024

27 April 2024

Imbas kembali kenangan PBM semasa Karnival Jualan 2024 di Gereja St Columba Miri pada bulan lepas.

📅 Sabtu
🕘 8.30 pagi hingga 3.00 petang
📍 Gereja St. Columba

Photos from PBM St Columba Miri's post 08/04/2024

7 April 2024

Kami mengucapkan tahniah kepada Encik Christmanuel Jackson kerana dianugerahkan sebagai Deacon. Kami juga berbesar hati atas kedatangan beliau dengan memberikan khutbah yang penuh bermakna di Pelayanan Bahasa Malaysia kelmarin. 🙏🏼🙌🏼✨

Info:
⛪ Kebaktian PBM
📅 Setiap Ahad
🕘 9:00 pagi hingga 10:45 pagi
📍 Dewan Gereja St. Columba

31/03/2024

31 Mac 2024

Sambutan Hari Easter oleh kanak-kanak dari Sekolah Minggu. 🌷🌼🌸

Info:
⛪ Kebaktian PBM
📅 Setiap Ahad
🕘 9:00 pagi hingga 10:45 pagi
📍 Dewan Gereja St. Columba

Photos from PBM St Columba Miri's post 11/02/2024

11 Februari 2024

Syukur kepada Tuhan! 🙏

Kami baru sahaja menamatkan retreat kami di Tim's Seaside Hideout Resort untuk memperkasakan pelayanan Bahasa Malaysia bagi gereja St Columba Miri. Terima kasih kepada semua yang telah menyertai, berkongsi dan menyumbangkan idea-idea yang bernas.

Pada tahun ini, kami memulakan perjalanan kami dengan retreat yang memberkati ini! Meskipun retreat telah berakhir, semangat dan komitmen kami untuk meningkatkan kebaktian Bahasa Malaysia akan terus berkobar! Mari kita terus bekerjasama dan menggerakkan kebaktian kita ke hadapan.

Info:
📅 10 Februari 2024, Sabtu
📍 Tim's Seaside Hideout Resort

Photos from PBM St Columba Miri's post 08/01/2024

08 Januari 2024

Sambutan Hari Kelahiran adik Othniel pada ahad minggu lepas dan juga mengalu-alukan dua jemaat dari Sabah yang akan berkhidmat sebagai guru di Miri.

Info:
⛪ Kebaktian PBM
📅 Setiap Ahad
🕘 9:00 pagi hingga 10:45 pagi
📍 Dewan Gereja St. Columba

31/12/2023

31 Disember 2023

Keluarga PBM ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2024.
Doa pemberkatan untuk pelajar-pelajar yang akan mengambil SPM tahun ini.
Semoga diberikan hikmat kebijaksanaan dan kesihatan yang baik sepanjang menduduki peperiksaan SPM nanti.
Kita juga berdoa semoga tahun 2024 menjadi tahun yang lebih diberkati bagi kita semua.

Info:
⛪ Kebaktian PBM
📅 Setiap Ahad
🕘 9:00 pagi hingga 10:45 pagi
📍 Dewan Gereja St. Columba

Photos from PBM St Columba Miri's post 26/12/2023

24 Disember 2023

Kebaktian Pelayanan Bahasa Malaysia pada sehari sebelum Hari Krismas. 🎄🎄🎁🎁

Info:
⛪ Kebaktian PBM
📅 Setiap Ahad
🕘 9:00 pagi hingga 10:45 pagi
📍 Dewan Gereja St. Columba

Photos from PBM St Columba Miri's post 05/11/2023

Hari Keluarga PBM
29 Oktober 2023

Sudah menjadi kelaziman kepada PBM untuk mengadakan Hari Keluarga PBM setiap tahun.
Tahun ini Indin Resort menjadi pilihan sekali lagi untuk berkumpul bersama-sama.
Dimulakan dengan Kebaktian Ahad seperti biasa dan kemudian di sambung dengan aktiviti sukaneka dan makan-makan.
Pelbagai juadah dibawa oleh setiap keluarga untuk dikongsi bersama.

Semoga tahun hadapan kita dapat berkumpul lagi dan lebih ramai keluarga dapat menyertai Hari Keluarga PBM.

Info:
📍 Indin Resort
📅 29 Oktober 2023, Ahad

Photos from PBM St Columba Miri's post 11/09/2023

10 September 2023

Sambutan Hari Kelahiran bagi kanak-kanak yang menghadiri Sekolah Minggu di Pelayanan Bahasa Malaysia.

Info:
⛪ Kebaktian PBM
📅 Setiap Ahad
🕘 9:00 pagi hingga 10:45 pagi
📍 Dewan Gereja St. Columba

Photos from PBM St Columba Miri's post 18/06/2023

18 Jun 2023

Selain daripada ibu, jasa bapa turut tidak dilupakan dan dikenang kerana pengorbanan, penat lelah dan kasih sayang mereka yang tidak terhitung banyaknya. Mereka telah berusaha memberikan yang terbaik untuk keluarga dan sukar untuk kita balas semuanya.

Meskipun ada dikalangan kita yang telah kehilangan seorang bapa, kita tetap berkongsi rasa bersukacita untuk mengenang kasih sayang mereka yang telah dicurahkan kepada isteri dan anak-anak mereka. Semoga Tuhan memberkati dan memiliki rencana yang lebih indah untuk para bapa.

Dikesempatan ini, kami keluarga PBM mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa.
💐💐💐

Info:
⛪ Kebaktian PBM
📅 Setiap Ahad
🕘 9:00 pagi hingga 10:45 pagi
📍 Dewan Gereja St. Columba

05/06/2023

Belasungkawa.

Kami turut berdukacita diatas pemergian Cikgu Alma anak Jerry Saraie yang telah meninggal dunia pada 04 Jun 2023 (Ahad) jam 3.33 pagi di Hospital Umum, Miri.

Sesungguhnya satu kehilangan besar kepada gereja kita terutamanya keluarga besar PBM. Kami akan merindui lantunan suara mendiang yang merdu setiap kali memimpin Pujian dan Sembah.

Salam takziah kepada keluarga mendiang.

Yohanes 11:25-26
" jawab Jesus... barangsiapa percaya kepadaKu, ia akan hidup walaupun ia sudah mati."

Photos from PBM St Columba Miri's post 14/05/2023

14 Mei 2023

Sempena Hari Ibu, para bapa telah melibatkan diri mereka dalam mengetuai puji dan sembah. Selain itu, anak-anak daripada Sekolah Minggu juga turut serta dalam membuat persembahan nyanyian khas untuk ibu-ibu.

Dengan ini, kami mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua keluarga PBM yang begelar ibu. 🌺🌺🌺

Info:
⛪️ Kebaktian PBM
📅 Setiap Ahad
🕘 9:00 pagi hingga 10:45 pagi
📍 Dewan Gereja St. Columba

Photos from PBM St Columba Miri's post 14/05/2023

13 Mei 2023

Imbasan kembali aktiviti pembersihan pantai Luak Esplanade yang telah dianjurkan oleh Gereja St Columba Miri dan jutaan terima kasih kepada YB Chiew Choon Man yang merupakan Ahli Parlimen bagi bahagian Miri kerana sudi meluangkan masa memeriahkan lagi acara kita.

Info:
📅 Sabtu
🕘 7:00 pagi hingga 11:00 pagi
📍 Pantai Luak Esplanade

16/04/2023

16 April 2023

Hari ini adalah hari yang sangat menggembirakan kerana ramai jemaat datang dan beribadah dalam Kebaktian Pelayanan Bahasa Malaysia.

Info:
⛪️ Kebaktian PBM
📅 Setiap Ahad
🕘 9:00 pagi hingga 10:45 pagi
📍 Dewan Gereja St. Columba

16/03/2023

16 Mac 2023

Gereja St. Columba Miri mengalu-alukan anda semua untuk datang dan mendengar ceramah Lent yang akan disampaikan oleh Revd Roland Rayang. Ceramah ini akan diadakan di gereja utama St. Columba Miri pada hari Rabu, 29 Mac 2023 jam 7.30 malam.

Selain itu, akan ada ministri doa di mana anda boleh tampil ke hadapan untuk doa pelepasan pada akhir perkongsian.

Kami amat menggalakkan semua orang untuk terlibat dan juga menggalakkan anda untuk menyebarkan berita ini.
Sekian.

Info:
📅 29 Mac 2023, Rabu
🕘 7.30 malam
📍 Gereja Utama St. Columba Miri

Want your place of worship to be the top-listed Place Of Worship in Miri?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Telephone

Website

Address


St. Columba Anglican Church, Jalan Kubu
Miri
98000

Opening Hours

09:00 - 10:30

Other Religious Organizations in Miri (show all)
Masjid Miri Jalan Merbau Masjid Miri Jalan Merbau
Jalan Merbau
Miri, 98000

Masjid Miri Merupakan Masjid Ke 3 dibina sekitar tahun 1955 & Masjid Tertua Di Bahagian Miri

Fajar Christian Fellowship Fajar Christian Fellowship
Pujut 5D
Miri, 98000

Fajar Christian Fellowship is located at Fajar International College in Miri, Sarawak, Malaysia. Our Regular meeting will be posted on Wednesday every week. This page is created fo...

All Saints Chapel Sungai Entulang All Saints Chapel Sungai Entulang
Miri, 98050

All together in the illuminity of God.

BEM Life BEM Life
LOT 883, 1ST FLOOR, Jalan Lautan Utama, Ocean Park
Miri, 98000

A church that is passionate about influencing nations with love and life. #EncounteringGodintheJourney2021 #lovelife

Pelayanan Kanak-Kanak BEM Sarawak Pelayanan Kanak-Kanak BEM Sarawak
Miri, 98000

Pelayanan kanak-kanak BEM Sarawak

BEM美里宣道堂 BEM美里宣道堂
Lot 1346 & 1347, Jalan Muria 6, Pujut 2B
Miri, 98000

“委身基督,同心建造” 他所赐的有使徒,有先知,有传福音的,有牧师和

Bethel Church Malaysia, Miri Bethel Church Malaysia, Miri
Bandar Baru Permyjaya
Miri, 98000

Mengupayakan anggota jemaat untuk menjalani kehidupan yang maksimal di zaman yang penuh cabaran ini

Miri Gospel Chapel Riam 美里福音堂廉律堂会 Miri Gospel Chapel Riam 美里福音堂廉律堂会
LOT 9973, Jalan FRIENDSHIP 5, SIANG SIANG GARDEN No. 3
Miri, 98000

Full Gospel Assembly Miri - FGAM Full Gospel Assembly Miri - FGAM
Miri, 98000

Full Gospel Assembly Miri

Muhasabah Diri Muhasabah Diri
Miri

Muhasabah diri