KTDTHB adalah sekolah yang tertua di Sarawak. Mula beroperasi pada tahun 1957, sekolah ini telah ban Tapak sementara sekolah ini ialah di kawasan bandar Miri.
Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang terletak di atas sebuah bukit bernama Tanjong Lobang di Bahagian Miri, Sarawak, yang menghala ke Laut China Selatan. Kolej ini adalah antara sekolah khas yang disegani hingga ke hari ini. Hal ini demikian kerana sejak ditubuhkan lebih suku abad yang lalu, Kolej telah menjadi tempat membina ilmu beribu-ribu pelajar di bumi Kenyalang ini. Justeru Kolej telah melahi
rkan ramai tokoh yang berjaya dalam pelbagai bidang. Dengan menyingkap kembali sejarah Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, kita dapat menyaksikan Kolej ini berjaya mengekalkan imejnya sebagai salah sebuah institusi pendidikan terpilih, melalui kejayaan yang dicapai dalam kedua-dua bidang kurikulum dan kokurikulum. Sejarah awal Kolej bermula pada tahun 1956 melalui cadangan kerajaan Sarawak untuk menubuhkan beberapa buah sekolah menengah kerajaan berasrama untuk pelajar-pelajar pelbagai kaum dari kawasan luar bandar. Usaha ini menjadi kenyataan apabila pada tahun 1957 Government Secondary School Miri yang merupakan sekolah kerajaan yang pertama di Miri telah dibina. Sebanyak 6 orang tenaga akademik dan 87 orang pelajar telah memulakan sesi persekolahannya yang pertama. Pelajar yang berbilang kaum ini datang dari bahagian Miri dan Limbang. Sebanyak 4 buah kelas telah dibuka iaitu satu kelas Darjah Lima bagi menempatkan pelajar-pelajar bumiputera bahagian Miri dan Limbang dan kelas Peralihan bagi pelajar-pelajar aliran bahasa Cina yang tamat Darjah 6, Tingkatan 4 dan kelas untuk guru-guru pelatih. Empat orang pegawai bertanggungjawab dalam penubuhan sekolah ini iaitu Encik M.G. Dickson, Pengarah Pelajar pada masa itu, Encik Robert Nicholl, Pegawai Pelajaran Bahagian Miri dan Limbang, Rev.Fr.D.R.Rawlins,Pengetua yang pertama sekolah ini dan Captain D.R Gribble dari Syarikat Minyak Sarawak yang telah banyak memberi bantuan pada masa itu. Beberapa bangunan Syarikat Minyak Sarawak (SHELL) yang terletak di belakang masjid lama Miri telah digunakan sebagai bilik darjah sementara, manakala rumah rehat untuk pegawai perkhidmatan kanan SHELL telah digunakan sebagai asrama. Pada tahun 1959 sekolah ini telah berpindah ke tapak barunya di Tanjung Lobang. Berikutan pemindahan itu, sekolah ini telah dikenali sebagai “Tanjung Lobang School”. Biaya pembinaan sekolah ini adalah daripada Kerajaan New Zealand di bawah skim Bantuan Rancangan Colombo. Sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya pada 24 September 1959 oleh Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, Encik R.L. Hutchens. Selaras dengan pembangunan di Sarawak, Kolej ini turut berkembang dengan pesatnya. Kalau pada peringkat awalnya sekolah ini hanya menempatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dari pedalaman, tetapi pada tahun 1969, sekolah ini hanya dikhususkan untuk pelajar Tingkatan 4 ke atas sahaja. Sejak tahun 1963 kelas Tingkatan 6 telah dimulakan. Disebabkan jumlah pelajar tingkatan 6 kian bertambah dan melebihi pelajar Tingkatan 4 dan 5, pihak kerajaan mendapati sudah tiba masanya untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai institusi pendidikan tinggi yang menempatkan pelajar Tingkatan 6 sahaja. Selaras dengan cita-cita itu, pada 6 Mei 1969, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Penghulu Tawi Sli, telah merasmikan penganugerahan taraf Tanjong Lobang School kepada taraf Kolej. Sejak itu bermulalah era baru dalam sejarah kolej dengan nama barunya Tanjong Lobang College. Lawatan Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak, Tun Datu Tuanku Haji Bujang pada tahun 1973, merupakan lawatan pertama sejak sekolah ditukar nama menjadi Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, pada tahun 1971. Pada tahun 1976, kelas Tingkatan 4 diwujudkan semula. Tahun demi tahun kolej tetap berkembang selaras dengan dasar Pelajaran Kebangsaan, Kolej memperkenalkan kelas aliran Bahasa Malaysia pada tahun 1980 buat pertama kali. Pada tahun 1982, aliran Bahasa Malaysia dalam Tingkatan 6 Sastera diperkenalkan. Pada tahun 1984, murid-murid Tingkatan 1 telah ditawarkan untuk belajar di kolej berdasarkan keputusan Penilaian Darjah 5. Kolej ini juga berbangga kerana sentiasa dilawati oleh orang-orang kenamaan yang lain. Antaranya, TYT Negeri Pulau Pinang, Datuk Petinggi (Dr.) Haji Hamdan Bin Sheik Tahir dan rombongannya telah membuat lawatan rasmi ke Kolej pada 26 Jun 1992. Sebelum itu beliau juga pernah melawat ke Kolej pada tahun 1972 dan 1975 selaku Ketua Pengarah Pendidikan. Hampir semua Menteri Pendidikan Malaysia telah melawat ke kolej. Antaranya ialah Tun Hussein Onn pada 23 Mac 1972, Mohamed Yacob pada 15 Mac 1974, Dato Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 28 April 1975, dan Datuk Amar Sulaiman Bin Haji Daud pada 30 Mei 1982. Lawatan yang terbaru ialah lawatan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Hishamuddin Tun Hussein pada 5 Disember 2004.
The Official SMK Saint Columba Page aims to link and reassemble all students of the school, present and former students alike, to discuss current school events, experiences, opinio...
Selamat Datang. 欢迎. Welcome to Curtin.
With over 45 countries represented, experience a truly global university based in the heart of Sarawak, Malaysia