SMK Pujut

FB rasmi (official) SMK Pujut
yang memaparkan info dan aktiviti sekolah. Tel: 085-657349
Faks: 085-658793
Emel: [email protected]
[email protected]

Sebarang urusan RASMI, sila hubungi pihak pentadbiran atau berjumpa terus dengan pihak pentadbiran. Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut (SMKP) telah dibuka pada 5 Januari 2004. Ia terletak di kawasan Senadin, Miri kira-kira 11 km dari Bandaraya Miri. Sekolah ini meliputi kawasan seluas 11.116 hektar ataupun 27.4 ekar. Pelan asal SMK Pujut ini terletak di kawasan Pujut, Miri tetapi telah ditempatkan

07/09/2024

Kursus Pertolongan Cemas
Tarikh: 7 Sept 2024 (Sabtu)
Masa : 8.00 - 10.30 pagi
Tempat: Dewan Newton, SMK Pujut
Penceramah Jemputan :
En. Voon Tze Ming & Cik Jacobina Johnny

Seramai 46 orang murid Pandu Puteri dari 7 buah Sekolah Menengah Daerah Miri telah menyertai kursus anjuran SMK Pujut pagi tadi.

Photos from SMK Pujut's post 05/09/2024

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) Tahun 2023 &

MAJLIS PERSARAAN Tahun 2024
PPD Miri

Syabas dan tahniah kepada Penerima APC 2023 atas komitmen tinggi, dedikasi dan usaha tanpa jemu dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Semoga terus cemerlang dan menjadi suri teladan kepada para rakan guru dan AKP. Semoga penganugerahan ini menjadi dorongan untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik pada setiap masa.

Terima kasih kepada pesara dan yang akan bersara atas sumbangan besar dalam dunia pendidikan. Semoga masa persaraan ini dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik dan ketenangan bersama keluarga tercinta.

&AKP
&Persaraan2024

Photos from SMK Pujut's post 01/09/2024

Majlis Penyerahan Aku Janji β€œAku Boleh Cemerlang SPM 2024”.

30 Ogos 2024 (Jumaat)
6.30 - 7.00 pagi
Tapak Perhimpunan

Sasaran : Calon T5 Berpotensi Cemerlang dan Semua Calon SPM 2024

Semoga semua calon SPM 2024 SMK Pujut diberi kekuatan, ketenangan, dan keberkatan dalam menduduki peperiksaan percubaan yang akan datang.

Semoga Tuhan memberi kebijaksanaan kepada anda semua untuk menjawab setiap soalan dengan tepat, diberi kekuatan mental serta fizikal untuk terus berusaha hingga ke saat saat akhir SPM 2024 yang sebenar.

Photos from SMK Pujut's post 30/08/2024

Majlis Perhimpunan Sempena Ambang Merdeka 2024.

30 Ogos 2024 (Jumaat)
Sesi Pagi : 6.40 - 7.40 pagi
Sesi Petang : 4.45 - 6.00 petang
Tapak Perhimpunan Sekolah

30/08/2024

Getting To Know ACCA πŸ‘

Photos from Pusat Maklumat Pemakanan Miri's post 30/08/2024

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pengusaha kantin dan pihak sekolah SMK Pujut atas kejayaan mematuhi penjualan makanan dan minuman di kantin sekolahπŸ₯³

Semoga usaha murni ini diteruskan demi kesejahteraan anak-anak SMK PujutπŸ’–

Photos from SMK Pujut's post 28/08/2024

Program Kesedaran Pendidikan Inklusif
28.08.2024 (Rabu)
2.30 - 4.30 petang
Bilik Seminar, SMK Pujut.

PENDIDIKAN INKLUSIF dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan murid-murid normal di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.

PENDIDIKAN KHAS didefinisikan sebagai satu program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus yang sesuai untuk memenuhi keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu yang berkeperluan khas.

Terima kasih Cgu Aziz bin Tahir atas perkongsian yang amat bermanfaat dan membantu.

Photos from SMK Pujut's post 24/08/2024

Bengkel Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu 2024
Anjuran Panitia Bahasa Melayu SMK Pujut
Penceramah Jemputan: Cikgu Siti Hotimah Binti Muzahir
Terima kasih cikgu kerana sudi berkongsi ilmu dengan anak-anak murid kami di sini. πŸ₯°πŸ₯°

Photos from SMK Pujut's post 24/08/2024

Bengkel Penandaan Kertas 2 SPM 2024
Peserta: Semua Guru Menengah Atas BM SMK Pujut dan SMK Long Lama
Penceramah Jemputan: Cg Siti Hotimah binti Muzahir
Terbaik Panitia Bahasa Melayu SMK Pujut! πŸ€©πŸ‘
Jutaan terima kasih kepada guru-guru BM SMK Long Lama yang turut hadir bersama, dan penghargaan khasnya kepada Penceramah Jemputan Cikgu Siti Hotimah binti Muzahir kerana sanggup datang dari jauh untuk berkongsi ilmu. πŸ₯°πŸ™

Photos from SMK Pujut's post 23/08/2024

Program "Borneo Sustainable Development Goals Summit 2024" yang dianjurkan oleh Curtin University, Malaysia pada 23 Ogos 2024 telah disertai oleh 40 orang murid SMK Pujut.
Banyak aktiviti yang menarik telah dianjurkan dan telah memberi impak kepada kesedaran murid tentang kepentingan matlamat pembangunan mampan (Sustainable development goals).

Photos from SMK Pujut's post 23/08/2024

Bengkel Perniagaan SPM 2024.
Penceramah: Dr.Antony Hii (Principal IBS College).
Bengkel perniagaan ini bukan sahaja dapat memberi galakan kepada murid untuk terus berusaha dalam meningkatkan prestasi akademik mereka dalam peperiksaan SPM 2024, tetapi juga dapat menanamkan minat yang mendalam dalam dunia perniagaan.
Terima Kasih Pihak IBS College Miri atas bengkel yang bermakna ini πŸ‘πŸ»

Photos from SMK Pujut's post 20/08/2024

Program Pidato 3 Minit
Aspirasi Generasi Madani
Seramai 108 orang murid terlibat dalam aktiviti ini.

Photos from SMK Pujut's post 20/08/2024

Bengkel Pengurusan Projek Penyelenggaraan Sekolah SMK Pujut.

19.08.2024 (Isnin)
2.30 - 5.00 petang
Bilik Seminar SMK Pujut
Kehadiran : Semua ahli Jawatankuasa Pengurusan Perolehan Sebut Harga

Penceramah: 1. Encik Jorji Bin Mamin (Pembantu Jurutera, Unit Infrastruktur, PPD Miri).
2. Puan Cynthia Caroline Uda (Ketua Unit Kewangan, PPD Miri).

Terima kasih barisan AKP yang diketuai oleh Pn Noraini bt. Japar, KPT dalam menjayakan anjuran sesi bengkel ini. πŸ‘πŸ‘πŸ‘

20/08/2024

Perkongsian Ilmu: KERTAS 2 Bahasa Melayu SPM.
Anjuran Panitia Bahasa Melayu.
24 Ogos 2024 (Sabtu)
8.00 - 11.00 pagi.
Sasaran: Kumpulan fokus murid yang terpilih sahaja.

20/08/2024

Pesta Pulasan: 'Booth' Panitia Bahasa Cina telah mempamerkan hasil kerja murid seperti 'big book', topeng muka dan lain-lain hasil kraf tangan. Aktiviti pada hari tersebut ialah penulisan kreatif.

20/08/2024

Bengkel Bahasa Cina KERTAS 3 SPM 2024 telah diadakan pada 13/8/2024 (Selasa) di PSS SMK PUJUT. Seramai 13 orang murid telah menghadiri bengkel tersebut.

Photos from SMK Pujut's post 18/08/2024

Seramai 40 pelajar SMK Pujut membentuk pasukan sorak bagi memberi sokongan kepada atlet Ragbi Sarawak yang bertanding di Stadium Miri dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 22 Ogos.

Semoga pasukan Ragbi Sarawak dapat membawa pingat untuk Sarawak.

Siapa Juara, Sarawak!
Sarawak, Gold Gold Gold!
Agi Idup, Agi Ngelaban!
Ooohaaa..Ooohaaa!!

Photos from SMK Pujut's post 18/08/2024

SYABAS & TAHNIAH

Majlis Apresiasi SPM & STPM 2023 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Miri

Terima kasih dan penghargaan kepada pihak PPD Miri atas sokongan dan bimbingan secara berterusan untuk sentiasa bersama-sama dengan pihak sekolah menggapai kecemerlangan dalam SPM 2023.

Tahniah kepada semua calon SPM 2023, para Ibu bapa, PIBG, mantan Pengetua Pn Madline ak Jayan, semua warga sekolah dan pihak komuniti atas semangat kekeluargaan yang mantap, bergerak seiring dengan hasrat sekolah yang sentiasa berusaha ke arah yang lebih cemerlang pada setiap masa.

KEEP IT UP & ALWAYS DO THE BEST 🀩

πŸ–οΈ SMK PUJUT Aim For More, We Will Soar! πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Photos from SMK Pujut's post 17/08/2024

Tahniah Atas Kejayaan Dalam Pertandingan Bottle Challenge Anjuran Curtin University πŸ₯‰

Photos from SMK Pujut's post 17/08/2024

Pemberian Sijil Kepada Murid Kehadiran Penuh 100% Semua Tingkatan Untuk Sesi Persekolahan Mac - Julai 2024 πŸ‘πŸ»

Jom Hadir Ke Sekolah

Photos from SMK Pujut's post 17/08/2024

Majlis Penyerahan Tugas Dan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah Sesi 2024/2025.

13/08/2024

Program Motivasi Ubah Diri Tingkat Prestasi.

12/08/2024

Lambaian Kasih, Seindah Kenangan~

Selamat bertugas di stesen baharu, Cikgu Nurul Syuhada binti Zailani!

Terima kasih atas segala ilmu dan dedikasi cikgu yang dicurahkan di SMK Pujut selama ini, segala budi cikgu tetap terpahat segar dalam ingatan kami. Mohon jangan lupakan kami di SMK Pujut.

Sungguh indah bunga melati,
Harumnya mewangi nan abadi,
Sedih memang perpisahan ini,
Semoga kita bisa bersua lagi,

Selamat maju jaya Cikgu Nurul Syuhada, jasamu dikenang.

Ikhlas daripada Warga SMK Pujut

11/08/2024

Mohd Syahmin (3 Igan) telah mewakili Miri dalam pertandingan Bola Sepak MSS Sarawak dan berjaya mendapat Naib Johan dalam final yang berlangsung hari ini di Stadium MBM.
Tahniahhh πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ...hebatt πŸ‘πŸ‘πŸŒŸβœ¨. TQ Cgu Syazwan πŸ‘

11/08/2024

VIDEO PESTA PULASAN 1.0, 2024 by cikgu Brenda Marie.

Photos from SMK Pujut's post 11/08/2024

GAMBAR-GAMBAR PESTA PULASAN 1.0, 2024.

Photos from SMK Pujut's post 11/08/2024

PESTA PULASAN 1.0
10 Ogos 2024 (Sabtu)
Jam 7.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Kawasan sekolah.
Tema - Keluarga Madani Pulasan : Tunggak Kecemerlangan Menuju Kejayaan.
Menekankan konsep bahawa setiap komuniti sekolah termasuk murid, guru, ibu bapa, staf sokongan dan semua pihak berkepentingan boleh bertindak seperti sebuah keluarga besar yang harmoni dan dapat berganding bahu untuk bersama-sama menuju ke arah yang lebih cemerlang pada setiap masa.

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Syabas kpd Semua PKs, GKs, Cgu Nur Aina Abdullah, Penyelaras Pesta Pulasan 1.0, bersama semua ahli ajk dalam menjayakan pesta pulasan pada hari ini.
Semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang walaupun ada perubahan pada saat terakhir, tetap dapat kita uruskan dgn baik melalui kerjasama padu drpd semua pihak.
Teruskan semangat kekeluargaan Pujut dalam menggapai impian kecemerlangan demi kemenjadian anak2 murid yg tercinta.

Pujut sentiasa buat yang terbaik 🀩🀩

Want your school to be the top-listed School/college in Miri?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

SMK Pujut War Cry At Curtin University πŸ‘πŸ»
VIDEO PESTA PULASAN 1.0, 2024 by cikgu Brenda Marie.
Perasmian Pesta Pulasan 1.0 SMK Pujut 2024 oleh YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak pada 10 Ogos 2024...
Video Majlis Perasmian Bulan Kebangsaan Smk Pujut 2024 - 9 ogos 2024 By cikgu Brenda Marie πŸ‘πŸ»
HARI TERBUKA PESTA PULASAN 202410 OGOS 2024SABTU7.00 PAGI - 12.00 TGHAktiviti:1. Majlis perasmian Hari Terbuka Pesta Pul...
Video Majlis Peluncuran Kempen Amalan Pemakanan Sihat Peringkat Sekolah 2024.
Gotong-royong Siri 2, 2024.
Tahniah diucapkan kepada team Adwa Zhulfeqar, Brian Isaac & Fendy Bin Ramli telah berjaya mendapat tempat ke-4 dalam per...
Tahniah dan syabas kepada adik Stephanie Anak Hendry (5ST1) memperoleh sagu hati dalam Sayembara Deklamasi Sajak Bandar ...
Selamat Bersara & Selamat Bertugas Di Stesen Bertugas Baharu
Persembahan – Live Band Sada Remang

Category

Address


Lot 3119, Jalan Pulasan, Desa Senadin
Miri
98100

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:30
Tuesday 08:00 - 18:30
Wednesday 08:00 - 18:30
Thursday 08:00 - 18:30
Friday 08:00 - 11:45
14:00 - 18:30

Other Middle Schools in Miri (show all)
Dionε­™θ€εΈˆε…¨η§‘θ‘₯习班 Dionε­™θ€εΈˆε…¨η§‘θ‘₯习班
Lot684, No51, Pin F**k Garden, Jalan Calycina
Miri, 98000

Permy and Riam All Subjects , Homework, Lunch and Dinner

N.Math Studio - Miri N.Math Studio - Miri
3rd Floor, Jalan Melayu, Centre Point
Miri, 98000

Paul's tuition Miri Paul's tuition Miri
Lopeng Area
Miri

Group tuition & Personal home tutor for Ad Math, Modern Math for F4 - F5 students.

SMK Chung Hua SMK Chung Hua
Jalan Brighton
Miri, 98000

SMK Merbau SMK Merbau
SMK MERBAU, Lot 6410, Blok 10, Kuala Baram Land District, Bandar Baru Permyjaya
Miri, 98100

SMK MERBAU SEKOLAH BINTANG 2015 * Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris

SMK Chung Hua Miri ( ηΎŽι‡ŒδΈ­εŽδΈ­ε­¦ ) SMK Chung Hua Miri ( ηΎŽι‡ŒδΈ­εŽδΈ­ε­¦ )
Jalan Brighton
Miri, 98000

The official page of SMK Chung Hua Miri (Chung Hua Middle School) School news: http://smjk.

Sekolah Menengah Kebansaan Merbau Sekolah Menengah Kebansaan Merbau
LOT 7557-26, TAMAN CERIA, PERMYJAYA, TUDAN MIRI
Miri, 98000

smk merbau miri sarawak.

TV PSS SMKAMi TV PSS SMKAMi
Jalan Bakam
Miri, 98000

Selamat datang ke Halaman Rasmi TV As-Syafiee SMKAMi.

Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau Miri Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau Miri
LOT 7557-26, TAMAN CERIA, PERMYJAYA, TUDAN, MIRI
Miri, 98000