Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia
Official Facebook of the Department of Wildlife and National Parks
VISION : To be an excellent institution in the conservation and sustainable management of biodiversity towards the nation's
OBJECTIVES :
1. Protection, management and preservation of biodiversity for the production of optimum benefits.
2. Protection and development of protected areas for the purpose of research, education, economic, aesthetic, recreation and ecological purposes.
3. Enhancement of knowledge, awareness and public support on the importance of biodiversity conservation
SERBUAN JENAYAH HIDUPAN LIAR DI BANTING π¨
Pada 2 November 2024, pasukan Wildlife Crime Unit (WCU) telah melakukan serbuan ke atas sebuah premis di Banting, Selangor. Pasukan serbuan telah menemukan sejumlah besar bahagian disyaki hidupan liar yang disimpan tanpa dokumen dan permit yang sah.
Tiga individu termasuk pemilik perniagaan dan dua pekerja telah ditahan. Operasi ini membuktikan kesungguhan WCU dalam memerangi jenayah hidupan liar dan melindungi spesies terancam. Syabas kepada pasukan WCU!
Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada rakyat Malaysia yang meraikannya.
Ikhlas daripada:
YBhg. Dato' Abdul Kadir bin Abu Hashim
Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia.
OPERASI MENYELAMAT BERUANG MATAHARI DI GUA MUSANG
Pada 22 Oktober 2024, Pejabat PERHILITAN Daerah Gua Musang telah menjalankan operasi menyelamat seekor Beruang Matahari jantan dengan anggaran berat 100 kg. Pemeriksaan dan pengukuran morfologi ke atas beruang tersebut telah dilaksanakan. Beruang Matahari tersebut telah selamat dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak untuk pemantauan dan rawatan selanjutnya.
OPERASI MENYELAMAT HARIMAU MALAYA DI JELI
Pada 19 Oktober 2024, Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan telah berjaya menyelamatkan seekor Harimau Malaya di Jeli, Kelantan ekoran dari kes serangan harimau di sekitar kawasan berkenaan. Operasi tersebut telah dijalankan dengan kerjasama daripada PERHILITAN Negeri Perak, Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak dan PDRM. Pemeriksaan dan ukuran morfologi telah dilaksanakan dan harimau tersebut telah selamat dipindahkan ke NWRC untuk pemantauan dan rawatan selanjutnya.
πΏ MESYUARAT OPERASI BERSEPADU KHAZANAH (OBK) SIRI 16, BIL. 02/2024: MELINDUNGI KHAZANAH ALAM NEGARA πΏ
Pada 21 Oktober 2024, Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 16 Bilangan 2/2024 telah diadakan di Taman Negara Pahang, Jerantut, Pahang. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, YBhg Dato' Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin bin Husain dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Tuan Ribuan Abdullah yang mewakili Ketua Pengarah JKDM.
Dalam ucapan YBhg Datoβ Abdul Kadir bin Abu Hashim memaklumkan bahawa sejak 2019, OBK terus berjuang dalam memerangi jenayah hidupan liar, pembalakan haram, dan pencerobohan sumber alam negara. Kerjasama antara Jabatan PERHILITAN, PDRM, Kastam, Jabatan Perhutanan, Perbadanan Taman Negara Johor, Perbadanan Taman Negeri Perak, Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu, Perbadanan Taman Negeri Pahang, Jabatan Imigresen Malaysia, Malaysian Timber Industry Board, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Sarawak Forestry Corporation, NGO seperti Wildlife Conservation Society Malaysia (WCS), Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia (Pelindung), Malaysian Conservation Alliance for Tiger (MyCat), Panthera dan World Wide Fund for Nature (WWF), dan banyak lagi telah berjaya membuka 394 kertas siasatan dengan nilai sitaan mencecah RM256.3 juta.
Pada 2024 sahaja, dengan 97 tangkapan warga tempatan dan asing serta rampasan bernilai RM91.5 juta, OBK semakin gigih melindungi khazanah negara ππͺ.
Pada mesyuarat kali ini, coffee table Operasi Khazanah Negara turut dilancarkan sempena 5 tahun pelaksanaan OBK.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjaga warisan alam kita. Untuk teruskan usaha ini, laporkan sebarang aktiviti haram ke hotline PERHILITAN: 1-800-88-5151.
PESANAN KESELAΞΞΞ€ΞΞ ΞΞPADA PENGGUNA JALAN RAYA BERIKUTAN KES SERANGAN HIDUPAN LIAR
BAGI APA JUA AKTIVITI SEPERTI BEREHAT DI LUAR KENDERAAN, MEMBUANG AIR KECIL DAN LAIN-LAIN AKTIVITI DI PINGGIR HUTAN, TERUTAMA PADA WAKTU SENJA HINGGA AWAL PAGI DI LOKASI BERDEKATAN BAGI MENGELAK BERLAKUNYA PERTEMBUNGAN YANG TIDAK DIINGINI ANTARA MANUSIA HIDUPAN LIAR YANG BOLEH MENGANCAM NYAWA.
MENGHUBUNGI SEGERA PIHAK JABATAN PERHILITAN UNTUK MELAPORKAN KEJADIAN KONFLIK HIDUPAN LIAR UNTUK TIDAKAN SELANJUTNYA.
π ONLINE FITNESS CHALLENGE CERGAS BERSAMA SEMPENA HSN2024 π
Jabatan PERHILITAN Pahang dengan bangganya menyahut cabaran Online Fitness Challenge Cergas Bersama sempena Hari Sukan Negara 2024 pada 11 Oktober 2024. πͺπΌβ¨ Aktiviti ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Pejabat Belia dan Sukan Kuantan serta Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS).
Jom sama-sama kita terus kekal cergas dan sihat! ππ»ββοΈπ₯
Repost Global Tiger Forum
π¦ JENAYAH HIDUPAN LIAR: TINDAKAN TEGAS OBK ZON SELATAN π¦
Dalam Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 10/2024, Jabatan PERHILITAN telah berjaya menahan dua individu dalam kes yang berasingan iaitu di Gelang Patah dan Pontian, Johor kerana menyimpan hidupan liar secara tidak sah. Antara yang disita ialah burung Bayan Serindit, Bayan Puling, White Cockatoo, dan Sulphur-Crested Cockatoo.
π‘ Hidupan liar adalah khazanah negara yang perlu dilindungi. Terima kasih kepada pasukan OBK dan masyarakat yang terus menyokong usaha ini.
Laporkan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa! ππΌ
OPERASI TRANSLOKASI BERUANG MATAHARI DI GUA MUSANG
Jabatan PERHILITAN ingin berkongsi video operasi tersebut yang telah berlangsung pada 11 Oktober 2024. Pemasangan microchip dan pengukuran morfologi telah dilaksanakan. Beruang Matahari tersebut berada dalam keadaan yang baik dan telah selamat dipindahkan ke habitat yang sesuai.
PAMERAN SEMPENA HARI KESEDARAN UNDANG-UNDANG DI KOTA BHARU
Pada 7 Oktober 2024, Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan telah mengadakan pameran sempena Hari Kesedaran Undang-undang yang dianjurkan oleh Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Kelantan dan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Kelantan bertempat di Mydin Mall Tunjung, Kota Bharu. Pameran ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam berkaitan konservasi hidupan liar dan pematuhan undang-undang.
TANGKAPAN HIDUPAN LIAR DI BALING, KEDAH
Pada 13 Oktober 2024, sepasukan 11 anggota Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Zon Utara berjaya melakukan serbuan di sebuah premis di Kampung Bukit Payong, Baling. Hasil pemeriksaan mendapati 14 ekor burung Murai Batu (πͺππππππππ πππππππππππ) yang disimpan tanpa lesen.
Kesemua burung dan barangan yang berkaitan telah disita dan tindakan lanjut akan diambil oleh Jabatan PERHILITAN Negeri Kedah.
πππππππ ππππ ππππππ ππππππ πππππππ | ππ πππππππ ππππ
Selamat Menyambut Hari Burung Hijrah Sedunia 2024 ποΈποΈ
π§πππ¨πππ ππ‘ππ?
Hari Burung Hijrah Sedunia atau βWorld Migratory Bird Dayβ disambut pada setiap hari Sabtu minggu kedua Bulan Mei dan Oktober setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan burung hijrah dan ekosistem mereka di peringkat global.
Fakta menarik π€©
π― Lebih 50 juta spesies burung hijrah bermigrasi untuk mengelakkan musim sejuk di negara asal.
ποΈ Burung hijrah bergantung pada kawasan tanah lembap bagi berehat dan makan untuk mengumpul tenaga bagi meneruskan perjalanan.
Marilah kita semua meningkatkan usaha dalam pemuliharaan Burung Hijrah bagi generasi yang akan datang.
Selamat Hari Burung Hijrah Sedunia !!!! ποΈποΈ
βLindungi Serangga, Lindungi Burungβ
SALAM TAKZIAH
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Salam takziah daripada seluruh warga Jabatan PERHILITAN kepada keluarga allahyarham En. Khairul Naaim bin Burhanuddin yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 Oktober 2024.
"Tuhan kami, ampunkanlah segala dosanya, limpahkanlah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia, maafkanlah segala kesalahannya."
Al-Fatihah
SALAM TAKZIAH
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.
Salam takziah daripada seluruh warga Jabatan PERHILITAN kepada keluarga allahyarham En. Mahammad Zakpeli bin Mohd Ramli atau lebih dikenali sebagai Pak Andak yang telah kembali ke rahmatullah pada 8 Oktober 2024 jam lebih kurang 8.30 malam.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah
PENCARIAN BADANG NRES TARIK TALI @ FRIM
Pasukan A Jabatan PERHILITAN berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Pencarian Badang (Tarik Tali) sempena Hari Sukan Negara 2024 yang dianjurkan oleh FRIM ππͺ. Kejayaan ini mengalahkan saingan hebat, dengan JUPEM di tempat kedua, FRIM B di tempat ketiga, dan PERHILITAN B di kedudukan keempat πποΈ. Turut memeriahkan kejohanan ini adalah penyertaan daripada pasukan JPSM dan JMG yang sama-sama menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi β‘οΈπ₯
Tahniah kepada semua yang bertanding! π©
Repost Turtle Conservation Society of Malaysia
PENUTUPAN SEMENTARA BUMBUN CHEGAR ANJING & BUMBUN TAHAN
PROGRAM PENILAIAN KESIHATAN GIANT PANDA TAHUN 2024
Pada 26 September 2024, Jabatan telah menerima lawatan delegasi Republik Rakyat China melalui China Conservation and Research Centre for the Giant Panda (CCRCGP). Lawatan ini adalah bagi tujuan Program Penilaian Kesihatan Giant Panda Tahun 2024 yang telah berlangsung pada 23 hingga 26 September 2024 di Pusat Konservasi Giant Panda, Zoo Negara, Selangor.
Sepanjang 10 tahun konservasi Giant Panda dilaksanakan di negara ini, induk Giant Panda (Fu Wa dan Feng Yi) telah berjaya melahirkan sebanyak 3 ekor anak (Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi) di Zoo Negara dengan kerjasama pihak Malaysian Zoological Society. Dalam rangka lawatan tersebut juga, delegasi CCRCGP juga dibawa ke beberapa fasiliti Jabatan antaranya Makmal Forensik Hidupan Liar Kebangsaan (MFHLK) serta Pusat Konservasi Hidupan Liar Sg Dusun yang memelihara spesies Tapir Malaya. Delegasi CCRCGP turut dibawa melawat kawasan penanaman buluh bagi penilaian pengurusan sumber makanan Giant Panda.
Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak NRES, Kementerian Luar Negeri, Malaysia Airport Berhad, Zoo Negara, dan pihak komuniti setempat serta semua agensi yang telah terlibat secara langsung bagi menjayakan Program Penilaian Kesihatan Giant Panda Tahun 2024.
PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor dan Gamuda Land (Discovery Wetlands Sdn Bhd) (DWSB) hari ini memeterai perjanjian bagi mengembangkan lagi potensi Paya Indah Wetlands (PIW) di Dengkil, Selangor sebagai destinasi ekopelancongan.
Perjanjian tiga pihak melibatkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES); Kerajaan Negeri Selangor dan Gamuda Land itu disaksikan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Perjanjian berkenaan ditandatangani Ketua Setiausaha NRES Datuk Dr Ching Thoo Kim, Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Selangor Datuk Johary Anuar dan Pengarah Eksekutif Gamuda Land Datuk Abdul Sahak Safi di NRES di sini hari ini.
Paya Indah Wetlands Diberi Nafas Baharu, Mantapkan Ekopelancongan Di Selangor Paya Indah, ekopelancongan, destinasi, Selangor, p
πΏ MENGHARGAI LEGASI DR. VELLAYAN SUBRAMANIAM πΏ
Kami ingin mengambil masa untuk mengenang dan menghargai sumbangan luar biasa Prof. Madya Datuk Dr. Vellayan Subramaniam, bekas Ketua Doktor Veterinar dan Penolong Pengarah Zoo Negara. Dr. Vellayan, yang baru sahaja meninggalkan kita pada usia 72 tahun, telah mendedikasikan hidupnya untuk konservasi hidupan liar dan perubatan veterinar di Malaysia.
Dr. Vellayan mempunyai ijazah dalam perubatan veterinar dari Madras Veterinary College dan kemudian melanjutkan pengajian pascasiswazah di Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia). Beliau terkenal dengan penyelidikan bersama Universiti Cambridge mengenai Ungka Tangan Putih (Lar Gibbons). Beliau juga merupakan penyelidik pertama yang mengkaji diet berkaitan spesies ini di Malaysia pada tahun 1978 - 1981 di Kuala Krau (kini Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal).
Sepanjang lima dekad perkhidmatannya di Zoo Negara, Dr. Vellayan telah memainkan peranan penting dalam membina hospital veterinar yang canggih, yang menjadi mercu tanda dalam penjagaan haiwan di Malaysia. Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah, termasuk Fulbright Professional Scholarship dan Sandosham Gold Medal, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangannya dalam parasitologi dan perubatan veterinar.
Selepas bersara, Dr. Vellayan terus berkhidmat kepada komuniti dengan membuka klinik veterinar kecil yang memberi tumpuan kepada haiwan eksotik. Namun, beliau tidak pernah menolak untuk merawat kucing dan anjing jalanan yang dibawa oleh penyelamat haiwan, sering kali menolak bayaran dan meminta sumbangan untuk organisasi penyelamat haiwan.
Legasi Dr. Vellayan akan terus hidup melalui sumbangannya yang tidak ternilai dalam konservasi hidupan liar dan perubatan veterinar. Kami berterima kasih atas dedikasi dan komitmen beliau yang tiada tandingan. π
Repost Malaysian Timber Industry Board
KEJOHANAN PERAHU NAGA BAGI JABATAN/AGENSI NRES
Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Perahu Naga Jabatan/Agensi NRES sempena Hari Sukan Negara 2024 pada 29 September 2024 (Ahad) bertempat di Kelab Tasik Putrajaya, PUTRAJAYA. Sebanyak 10 pasukan yang terdiri daripada 6 agensi iaitu FRIM, JKPTG, MET, JMG, JUPEM dan PERHILITAN telah menyertai acara ini. Tempat pertama di menangi oleh Pasukan SPARTA. Tempat kedua dimenangi oleh Pasukan JKPTG dan tempat ketiga jatuh kepada Pasukan JMG. Jabatan PERHILITAN mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan tahniah kepada semua pemenang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Contact the business
Website
Address
Mont Kiara
Opening Hours
Monday | 09:00 - 13:00 |
14:00 - 17:00 | |
Tuesday | 08:00 - 13:00 |
14:00 - 17:00 | |
Wednesday | 08:00 - 13:00 |
14:00 - 17:00 | |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 12:15 |
14:45 - 17:00 |
Arcoris Mont Kiara
Mont Kiara
Hi there, Life Coach NLP practitioner Hypnotherapist Life is to live passionately. Change Your Life Now. Your vision will become clear only when you can look into your heart. T...
Aethreal Mont Kiara
Mont Kiara
Innovative chess education that is designed to foster talent and cultivate interest nationwide.
Jalan Cerdas
Mont Kiara, 56000
εζ¬δΈεε倫ζ¦ζ―
Hoops Station Sdn Bhd (SSM:1000953/802237-A)
Mont Kiara, 20080
BASKETBALL SPECIALITY STORE Official page of Hoops Station Malaysia Follow us on Instagram - @hoopsstation
No. 23, 2nd Flr, Jalan SP 2, Taman Segar Perdana
Mont Kiara
ε ζ»‘ 温馨 εζ¦ ηη©Ίι΄ β€οΈ ε©΅ζ¦.ηζ΄»ι¦ β€οΈ SimYoTe We are offering classses of PILATES , Yoga ALIGNMENT Operation hour WED-SAT : 9am-12noon Pre-booking π PM π +60162631307
Mont Kiara
Established in late 2015 With a group of enthusiatic Nepalese avid football fans here in Kuala Lumpur
Maju LinkοΌBandar Tasik Selatan
Mont Kiara
We have over 36 years experience in super luxury car trading. Help clients BUY at LOW price & SELL
69-1, Jalan DAMAI NIAGA 1 ALAM DAMAI CHERAS K. L
Mont Kiara, 56000
K2 Adventure Guarantee Selling 100% Original Gregory Backpacks With Lifetime Warranty!! Customers who receives a counterfeit product from K2 Adventure will be entitled to 200% refu...