DPPK Pagoh

DPPK Pagoh

Page Facebook Rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Pagoh

12/05/2024

12 MEI 2024 : SELAMAT HARI IBU

Kasih ibu membawa ke Syurga. Terima kasih ibu atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang berikan.
Marilah kita semua untuk sama-sama mendoakan kerahmatan dan juga keampunan kepada kedua ibubapa kita.

Selamat Hari Ibu untuk semua yang bergelar ibu. Ikhlas daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Pagoh.

14/04/2024

PEMUDA PAS JOHOR SENTIASA BERSAMA INSTITUSI DIRAJA

1) Pemuda PAS Johor berasa terkilan apabila tersebarnya satu hantaran yang dibuat oleh Saudara Hezry Yasin berkenaan "Doa Sultan sewaktu Khutbah Jumaat".

2) Buat pengetahuan semua, Saudara Hezry tidak lagi memegang jawatan sebagai Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor seperti yang digembar-gemburkan. Kali terakhir beliau menjadi Exco adalah pada tahun 2021.

3) Pendirian dan pandangan Hezry merupakan pendirian peribadi dan tidak mewakili PAS apatah lagi Pemuda PAS. PAS dan Pemuda PAS Johor sentiasa kekal menjunjung Institusi Raja Berpelembagaan bahkan mempertahankannya disaat ada kelompok yang cuba untuk mengganggu gugat ia melalui ICERD.

4) Kami sentiasa berpegang teguh kepada Hadith Nabi Muhammad SAW untuk terus mendoakan pemerintah khususnya DYMM Tuanku Sultan serta institusi raja berperlembagaan.

Rasulullah SAW Bersabda :
"Mereka (para pemerintah) mendoakan (kebaikan) untuk kamu, dan kamu mendoakan (kebaikan) untuk mereka". (Hadith Riwayat Muslim).

Fudhail bin Iyadh berkata, maksudnya : "Andai aku punyai doa yang mustahab, nescaya akan aku panjatkan doa untuk pemerintah".

5) Pemuda PAS Johor yakin bahawa Pemuda PAS Selangor tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hezry Yasin.

6) Pemuda PAS Johor menyeru agar ahli-ahli dan masyarakat sentiasa bertenang. Kami melahirkan rasa kesal dengan pandangan peribadi Hezry. Kami percaya dengan tindakan beliau memadamkan hantaran tersebut adalah kerana beliau sedar atas kesilapan dan tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.

7) Akhir sekali, kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor sentiasa mendoakan kesejahteraan ke atas DYMM SPB YDPA Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar serta kerabat-kerabat diraja Johor sekalian.

Ahmad Nawfal Dato' Mahfodz
Ketua Pemuda PAS Negeri Johor

02/05/2023

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2023 PAS JOHOR

Assalamualaikum Wrt Wbt & Selamat Sejahtera.

Dengan segala hormat dan takzimnya menjemput Tan Sri/ Puan Sri/ YB Dato'/ YB Tuan/ YB Puan/ Tuan/ Puan/Encik/ Cik/ Saudara/ Saudari ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 PAS Johor.

Tarikh : 13 Mei 2023 Sabtu
Masa : 12 tghri - 4.00 petang
Tempat : No 23 Bawah, Jalan Cengkih Taman Makmur Kluang.

Semoga dengan kehadiran Tan Sri/ Puan Sri/YB Dato'/ YB Tuan/ YB Puan/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik/ Saudara/ Saudari akan menyerikan lagi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 PAS Johor. Sekian, terima kasih.

๐Ÿ“Lokasi : 23, Jln Cengkih maps.app.goo.gl/qohcK9zxnha9Cayd9





๐Ÿ“ฒ Instagram :
https://www.instagram.com/p/CriZ0shvhgG/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

๐Ÿ“ฒ Twitter :
https://twitter.com/pas_johor/status/1651545815633256450?t=FozxdN-mry8d1a17QXUymg&s=19

๐Ÿ“ฒ Facebook :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=543041731322985&id=100068514877003&mibextid=Nif5oz

21/04/2023

Assalamualaikum dan salam Aidilfitri,

Kami dari Dewan Pemuda Pas Pagoh ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Setelah sebulan penuh berpuasa, kini tiba masanya untuk merayakan kemenangan kita dalam menahan nafsu dan memperkuatkan iman.

Semoga kita dapat terus mempertahankan semangat yang sama sepanjang tahun dan terus meningkatkan keimanan serta amalan kita sebagai umat Islam. Sambutlah hari yang mulia ini dengan penuh kegembiraan dan rasa syukur atas segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT.

Sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan selama bergaul dan berinteraksi, kami memohon maaf sebesar-besarnya. Marilah kita bermaaf-maafan dan memohon keampunan dari Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin!

Photos from Pemuda PAS Johor's post 25/03/2023

๐Ÿ“ธ Lensa Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Johor Kali ke-51

Photos from Pemuda PAS Johor's post 25/03/2023
23/03/2023

๏บ‘ู๏บดู’ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€๏ปขู ๏บ๏ปŸ๏ป ๏ปชู ๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู’๏ปคูŽ๏ปฆู ู๏บ๏ปŸ๏บฎูŽู‘๏บฃู๏ปดู’ู€ู€ู€ู€ู€๏ปข
ุงู„ุณูŽู‘ู„ุงูŽู…ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽุฑูŽุญู’ู…ูŽุฉู ุงู„ู„ู‡ู ูˆูŽุจูŽุฑูŽูƒูŽุงุชูู‡

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุงู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

01RAMADHAN1444@23MAC2023

โ€œAyuh JADILAH ibarat pepohon RENDANG yang berbuah ranum, WALAU dibaling batu namun DIBALAS dengan menggugurkan buah yang masak.

DPPK Pagoh Page Facebook Rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Pagoh

18/03/2023

*SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH*

PASTI Johor mendoakan, semoga anak-anak diberi kesihatan yang baik, dilapangkan fikiran untuk menimba ilmu serta memperoleh berjaya yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Ikhlas Daripada,
Pengarah & Ahli Lembaga Pengarah
Jabatan PASTI Negeri Johor

Assalamualaikum. Apa khabar anak-anak dan PASTI Johor? Semoga semua sihat dan baik-baik sahaja.

Insya-Allah, esok (19 Mac 2023) seluruh negara akan bermula persekolahan bagi sesi 2023/2024.

PASTI Johor mengambil kesempatan ini mengucapkan "Selamat Kembali Ke Sekolah" kepada semua anak-anak PASTI Johor dari umur 4 tahun sehingga 6 tahun yang akan masuk ke sekolah esok.

Namun, ada beberapa premis PASTI yang tidak dapat mulakan operasi persekolahan esok kerana PASTI tersebut masih lagi menjalankan kerja-kerja pembersihan akibat bencana banjir yang melanda baru-baru ini.

Kami mendoakan, semoga anak-anak diberi kesihatan yang baik, dilapangkan fikiran untuk menimba ilmu serta memperoleh berjaya yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Ikhlas Daripada,
Pengarah & Ahli Lembaga Pengarah
Jabatan PASTI Negeri Johor

09/02/2023
04/12/2022

TAHNIAH KABINET KERAJAAN โ€˜REFORMASIโ€™

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada kerajaan campuran pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman barisan kabinet yang cukup mantap dan membawa semangat reformasi.

2. Pemuda PAS melihat pengumuman ini pasti memberikan 'kelegaan dan kegembiraan' kepada rakyat, khususnya pengundi PH yang tekad melawan kleptokrasi dan mahukan semangat reformasi dalam pentadbiran kerajaan baharu.

3. Reformasi terbesar kabinet Kerajaan Campuran kali ini adalah dengan pelantikan Dato Seri Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang berdepan 47 pertuduhan di mahkamah dalam kes Yayasan Akalbudi, sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Pelantikan ini selaras Tawaran ke-2 dalam 10 Manifesto Pakatan Harapan, iaitu untuk memerangi rasuah dan mengukuhkan institusi demokrasi.

4. Selain itu, kabinet โ€˜Reformasiโ€™ ini juga turut dianggotai Nga Kor Ming, pemimpin DAP ekstrim yang masyhur dengan cermah berbaur perkauman, sebagai Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan. Ini bukti Pakatan Harapan sangat menyanjung perpaduan dan menolak perkauman. Dengan pelantikan ini, hasrat DAP untuk melaksanakan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal terlaksana dengan jayanya.

5. Kejayaan paling besar Kabinet โ€˜Reformasiโ€™ ini, adalah apabila PH bertindak tidak meletakkan semula menteri-menteri mereka yang dicanang sebagai kejayaan dan kebanggan Kabinet PH 2020. Contohnya, YB Dr Dzulkefly Ahmad tidak dipilih sebagai Menteri Kesihatan, walaupun menang di kerusi Kuala Selangor pada PRU-15. Sebaliknya, lawan beliau di kerusi parlimen tersebut yang kalah dilantik p**a menjadi Menteri .

6. Pemuda PAS Malaysia sekali mengucapkan tahniah atas pembentukan Kabinet โ€˜Reformasiโ€™ ini. PAS akan terus memainkan peranan kami semaksimum mungkin dalam menjadi pembangkang berwibawa yang akan menyemak imbang setiap tindak tanduk kerajaan campuran PH-BN ini!

Afnan Hamimi
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

01/11/2022
13/10/2022

๐๐€๐’ ๐™๐„๐‘๐Ž ๐Š๐„๐’ ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡?

PAS sudah pun berjaya mentadbir 3 negeri tanpa kes rasuah, PAS buktikan bahawa PAS benci kepada rasuah melalui tindakan dan tauladan. Sudah pasti bukan hanya slogan retorika semata-mata.

Kita pernah melihat kesan kepimpinan kerajaan yang korup, kini rakyat telah mula menilai dalam pelbagai sudut terhadap calon yang ditampilkan termasuk keintegritian mereka sama ada terlibat dengan rasuah mahupun tidak.

Menurut Corruption Perception Index (CPI), kedudukan CPI Malaysia di tangga ke-62 pada 2021 dari tangga ke-57 pada 2020. Perkara ini menunjukkan keseriusan masalah rasuah di Malaysia di mana ia akan mengundang persepsi tidak baik dunia kepada kita.

Sebagai langkah awal pencegahan rakyat seharusnya bijak memilih pemimpin berintegriti. Pemimpin berintegriti tidak mengamalkan politik berasaskan wang untuk memenangi hati rakyat supaya mengundi mereka.

Selain pemilihan individu berintegriti, rakyat juga sewajarnya memilih kelompok atau parti yang paling berintegriti bebas rasuah. Kerana secara realitinya, seseorang individu tidak mungkin dapat bergerak secara mandiri akan tetapi secara berkelompok (kepartian).

Jujurnya, supaya kita tidak menyesal di kemudian hari dan tidak mengulangi sejarah perit kepimpinan kerajaan korup, undilah parti yang berintegriti, bebas dari penyelewengan, serta benar-benar ikhlas membawa aspirasi rakyat.

12/10/2022

Tegakkan ekonomi, bangsa dan umat tanpa Islam, tidak akan selamat. Hanya Islam menjadi penyelamat.

Maka bangkit dan berjuanglah wahai anak muda, tegakkan Islam di bumi Malaysia ini.

https://fb.watch/g5UBXcz47m/

Photos from Pemuda PAS Johor's post 08/10/2022

Ingat pesanan KP ini Pemuda PAS Johor! ๐Ÿšจ๐Ÿšจ๐Ÿšจ

01/10/2022

Alhamdulillah.. Tahniah
JDT II Juara Liga Perdana 2022
Buat Kali Pertama

Kami bangga menjadi anak Johor Ngauman Harimau Selatan Diteruskan.

Luaskan Kuasamu Johor!!!

Photos from DPPK Pagoh's post 01/10/2022

Alhamdulillah petugas Jabatan Amal kawasan Pagoh dan ARC Kawasan Pagoh di Kompleks Pendidikan An Nur, Besut Terengganu.

01/10/2022

*((SIARAN LANGSUNG))*

IJTIMAK TARBAWI 8.0

SLOT 5: PENGURUSAN IKHTILAF
OLEH : YB DATUK USTAZ IDRIS AHMAD
NAIB PRESIDEN PAS, PENGERUSI LTPPP

1 OKTOBER 2022 | SABTU
KOMPLEKS PENDIDIKAN TAHFIZ AN-NUR,
BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.









https://fb.watch/fTkZxORiS_/

Photos from Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz's post 22/09/2022
09/09/2022

Cuba bayangkan 9 tawaran ini dilaksanakan jika PAS diberi peluang menerajui Kerajaan Persekutuan PRU-15 nanti.

Tak sabar rasanya! Banyak betul tawaran untuk anak muda ni.

Nampak dah nak bagi undi kat siapa PRU-15 ni ๐Ÿ˜Ž

01/09/2022

PETIKAN UCAPTAMA KETUA PEMUDA DPPM

Oleh: YB Ustaz Ahmad Fadhli Shaari
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia

1 September 2022 | Khamis

Photos from Umpanmania's post 07/08/2022
Photos from Pemuda PAS Malaysia's post 06/08/2022

Skandal LCS: Heret Pengkhianat Sebenar Ke Mahkamah

Kes sudah berlarutan 10 tahun lamanya๐Ÿ˜ฎ
6 billion duit rakyat hangus!
Pelan kapal pun tak siap!

Sudah tiba masanya langkah berani diambil untuk heret pengkhianat ke muka pengadilan.

Bukan itu saja, Laporan PAC telah dibentang dan didedahkan. Rujuk https://www.parlimen.gov.my/pac/publication-details.html

16/05/2022

Selamat Hari Guru 2022. โ€œGuru Tunjang, Sekolah Sejahteraโ€! Semoga Allah Subhanahu Wa Taโ€™ala mengganjari segala bentuk usaha dan pengorbanan yang telah diberikan khususnya kepada guru-guru sempena hari istimewa ini.
Taqabbalallahu minna wa minkum, semoga Allah menerima segala amalan kita semua.

Photos from Dr. Abd Latiff Ahmad's post 05/01/2022

๐‘ƒ๐‘’๐‘›๐‘”โ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘”๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐ด๐‘‘๐‘–๐‘ค๐‘–๐‘Ÿ๐‘Ž ๐‘ƒ๐‘Ÿ๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘› ๐‘€๐‘ขโ„Ž๐‘–๐‘๐‘Žโ„Ž๐ŸŽ–

Penghargaan kepada Allahyarham Tuan Ahmad Zaki bin Mahbar Komandan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Mersing, merupakan salah seorang sukarelawan Khidmat Malaysia Negeri Johor meninggal dunia ketika bertugas dalam 'ops banjir' di Bukit Changgang, Banting.

Perhargaan tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), YAS KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed kepada waris. Selain itu juga beberapa sumbangan dari agensi dan Parlimen Mersing diberikan sewaktu mengunjungi ke rumah waris.

Jasa dan pengorbanan Allahyarham tidak terbalas, namun nilai perjuangan yang dicurahkan harus diberi contoh kepada masyarakat. Semoga keluarga tabah.

02/01/2022

PAS JOHOR KERAH 26 PAS KAWASAN SIAP SIAGA HADAPI BANJIR
Memandangkan musim tengkujuh telah bermula sejak beberapa hari di Negeri Johor. Setakat ini dilaporkan sudah lebih 1623 orang telah dipindahkan dan 27 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka.
Oleh itu, PAS Johor telah mengambil langkah awal dalam menghadapi banjir kali ini dengan menggerakkan Khidmat Malaysia (KM) Negeri Johor dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Johor untuk memantau situasi semasa banjir.
Justeru PAS Johor menyeru kepada semua 26 PAS Kawasan untuk mula aktifkan Bilik Operasi (BO) Banjir di bawah Khidmat Malaysia (KM) Kawasan bagi mengambil langkah-langkah berwaspada dan sentiasa bersiap siaga dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.
PAS Johor mengajak semua ahli PAS dan seluruh anggota masyarakat agar terus berdoa dan merayu kepada Allah SWT melindungi kita semua dari bencana banjir kali ini.
https://www.facebook.com/542437942521369/posts/4464962653602192/?d=n

PAS JOHOR KERAH 26 PAS KAWASAN SIAP SIAGA HADAPI BANJIR

Memandangkan musim tengkujuh telah bermula sejak beberapa hari di Negeri Johor. Setakat ini dilaporkan sudah lebih 1623 orang telah dipindahkan dan 27 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka.

Oleh itu, PAS Johor telah mengambil langkah awal dalam menghadapi banjir kali ini dengan menggerakkan Khidmat Malaysia (KM) Negeri Johor dan Jabatan Amal Malaysia (JAM) Negeri Johor untuk memantau situasi semasa banjir.

Justeru PAS Johor menyeru kepada semua 26 PAS Kawasan untuk mula aktifkan Bilik Operasi (BO) Banjir di bawah Khidmat Malaysia (KM) Kawasan bagi mengambil langkah-langkah berwaspada dan sentiasa bersiap siaga dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

PAS Johor mengajak semua ahli PAS dan seluruh anggota masyarakat agar terus berdoa dan merayu kepada Allah SWT melindungi kita semua dari bencana banjir kali ini.

24/12/2021

๐Ÿ“ŒBerminat dengan kerja-kerja Amal?

๐Ÿ“ŒBersedia pada bila-bila masa sekiranya diperlukan?

๐Ÿ“ŒSemangat Berpasukan Amat Diperlukan

๐Ÿ“ฉ Ayuh Sertai Kami Sebagai SUKARELAWAN AMAL Jabatan Amal Malaysia

๐Ÿ’ปUntuk Mendaftar Sila Isi Borang Di:

Link Daftar Sukarelawan Jabatan Amal Malaysia (Pusat):

https://tinyurl.com/DaftarSukarelawanAmalMalaysia

๐Ÿ“ฑMaklumat Lanjut Boleh Hubungi Unit Sukarelawan JAM (WhatsApp):
Tuan Aliman : https://wa.me/601165658489
Tuan Syauqi : https://wa.me/60143521985

TERBUKA KEPADA:
๐Ÿ–๏ธ RAKYAT MALAYSIA
๐Ÿ–๏ธBERUMUR 18 TAHUN & KEATAS
๐Ÿ–๏ธTERBUKA KEPADA SEMUA KAUM & JANTINA
๐Ÿ–๏ธBOLEH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN
๐Ÿ–๏ธSIHAT TUBUH BADAN
๐Ÿ–๏ธDISIPLIN DIRI DALAM SETIAP TUGASAN YANG DIBERIKAN

๐Ÿšฉ๐ŸŸฅโŒ Jika anda sudah menjadi Anggota Jabatan Amal Malaysia, TIDAK PERLU lagi buat pendaftaran dengan Sukarelawan Amal Malaysia. Sekian, terima kasih.

Sila like & share





BERAMAL KERANA ALLAH
AMAL DIHATI, SUKARELAWAN DINANTI

Photos from Pas Kawasan Pagoh's post 23/12/2021

23 Disember 2021 bersamaan 18 Jamadilawal 1443H
Alhamdulillah petugas Khidmat Malaysia Pas Kawasan Pagoh bertolak ke negeri Selangor untuk menyertai operasi pembersihan banjir.
Gelombang pertama ini seramai 15 orang membawa bersama sama aset pembersihan dan sumbangan daripada orang ramai.
Kontinjen ini diketuai oleh Timbalan Ketua Khidmat Malaysia Pagoh, saudara Zaidi Abdul Hamid dan YDP PAS Kawasan Pagoh, Tuan Faharuddin Ahmad.
Kontinjen ini akan lapor diri kepada Khidmat Malaysia Johor di bilik operasi Taman Sri Muda.
Bagi Tuan-tuan / Puan-puan yang ingin menyumbang barangan seperti
1. Telekung
2. Sejadah
3. Kain batik / kain pelikat
4. Susu bayi
5. Drypers
6. Peralatan cuci diri sabun , syampu dll
7. Tudung
boleh drop-off di PASTI yang berdekatan atau berhubung terus dengan
saudara Nur Iqbal (Ketua Khidmat Malaysia Pagoh) https://wa.me/+60137397681?text=SumbanganBanjir

atau

Puan Miswati Ibrahim (Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Pagoh)
https://wa.me/+60146464481?text=SumbanganBanjir

Bagi Tuan-tuan dan puan-puan yang masih ingin menyumbang kewangan boleh salurkan sumbangan kewangan anda ke akaun

Pertubuhan Kebajikan Pagoh Prihatin Johor
Agrobank 100 7572 000000 613
atau

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pagoh
Maybank 551230013101
ref: AmalPagoh

Atau
klik di pautan
https://toyyibpay.com/tabung-banjir-disember-2021

InshaAllah gelombang kedua operasi pembersihan akan menyusul akan menyusul.

20/12/2021

Beberapa negeri di Malaysia diuji dengan musibah banjir yang teruk.

Sebagai tanda keperihatinan, NGO Pagoh Prihatin dengan kerjasama Jabatan Amal Kawasan Pagoh melancarkan sumbangan bagi meringankan kesulitan yang dihadapi.

Semoga amal jariah kita mendapat keredhaan Allah Ta'ala.

Sumbangan kewangan boleh disalurkan ke akaun Pertubuhan Kebajikan dan Kemasyarakatan Pagoh Prihatin :

Agro Bank : 100 7572 000000 613
Ref: Tabung banjir

atau klik link di bawah
https://toyyibpay.com/tabung-banjir-disember-2021

Sila maklumkan sumbangan anda kepada atau ada sebarang pertanyaan:

En. Nazri: 014 2721062
En. Zuki : 017 6583183

Want your organization to be the top-listed Government Service in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address

Muar
Other Muar government services (show all)
Pemuda UMNO Bahagian Muar Pemuda UMNO Bahagian Muar
Muar

pemudaumnomuar.blogspot.com

้บปๅก ๆญฆๅ‰็”˜่œœ | Muar , Bukit Gambir ้บปๅก ๆญฆๅ‰็”˜่œœ | Muar , Bukit Gambir
Bukit Gambir
Muar, 84800

ๆญฆๅ‰็”˜่œœๆ–ฐ้Žฎไฝ่™•้บปๅกๅŒ—ๅ€็š„ไธญๅฟƒ๏ผŒๆŒ‰ๅœฐ็†ไฝ็ฝฎๅฐ‡ไพ†ๅฏไปฅๆˆ็‚บๆœฌๅ€็š„ๆ“š้ปž๏ผ›่ท้›ขไปฅๅŒ—็š„ๆฑ็”ฒๅธ‚ๅ€่ฟ‘20ๅ…ฌ้‡Œๅ’Œๅพ€่ฅฟ้บปๅกๅธ‚็ด„25ๅ…ฌ้‡Œใ€‚ๅœจ้บปๅŒ—ๅ€ๅ…ง๏ผŒๆญฆๅ‰็”˜่œœไฝ็ฝฎ่™•ๆ–ผๅˆฉ่ฑๆธฏ้€šๅพ€ๅค่˜ญ็ƒ้ญฏไน‹ไธญ้–“.

WooBi Design WooBi Design
Woobi Design, No. 27, Bazar MARA Muar, Jalan Abdullah
Muar, 84000

graphic design | web design | advertising | printing | event management | It solutions | interior de

Parti Bersatu Bahagian Pagoh Parti Bersatu Bahagian Pagoh
Muar

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Pagoh

Kelab Kebajikan Permata Hati Kesmuar Kelab Kebajikan Permata Hati Kesmuar
PEJABAT KESIHATAN DAERAH MUAR, Jalan OTHMAN
Muar, 84000

Kelab yang menjaga kebajikan ahli-ahli yang berdaftar

AntParcel Hub Muar AntParcel Hub Muar
NO 3 GROUND FLOOR, Jalan INDAH 1, TAMAN INDAH
Muar, 84000

Antparcel Hub is a retail business provide courier services with convenient locations and world-clas

Tabika KEMAS Felda Sri Jaya Tabika KEMAS Felda Sri Jaya
Felda Sri Jaya
Muar, 85210

Tabika KEMAS Kg.Parit Raja,Gersik

Pusat Komuniti Desa Lenga, Muar, Johor Pusat Komuniti Desa Lenga, Muar, Johor
Pusat Komuniti Desa Lenga
Muar, 84040

pusat komuniti desa luar bandar sejahtera

Rakan Digital PEDi Teluk Rimba Rakan Digital PEDi Teluk Rimba
Kampung Teluk Rimba
Muar, 84400

Rakan Digital membantu usahawan untuk menceburi perniagaan dalam talian menerusi platform e-dagang

Pusat Aduan Rakyat Dun Naning Pusat Aduan Rakyat Dun Naning
LOT 3222 BATU 15, Jalan AIR HITAM
Muar, 84060

Berkhidmat untuk rakyat Bukit Naning khususnya. Menerima sebarang Aduan berkaitan jalan, aduan penduduk dan sebagainya. Kami juga ada menyediakan perkhidmatan foodbank untuk mereka...

De Metrology Sdn Bhd Muar De Metrology Sdn Bhd Muar
Muar, 84000

Penentusahan Alat Timbang dan Sukat

Dewan 'Ulamak PAS Kawasan Muar - Rasmi Dewan 'Ulamak PAS Kawasan Muar - Rasmi
Pusat Tarbiah PAS Kawasan Muar
Muar, 84150