Klinik Model STI Muar

Klinik yang menawarkan saringan HIV, Siflis, dan Hepatitis C

08/12/2022

STI-FACTS!

PENYAKIT KELAMIN

Sejenis penyakit yang disebarkan daripada seseorang ke seseorang melalui hubungan seks.

JENIS-JENIS PENYAKIT KELAMIN

🧐 SYPHLLIS
🧐 GONORRHOEA
🧐 JANGKITAN HIV/AIDS
🧐 KANDIDIASIS
🧐 HERPES KELAMIN

PENGURUSAN PENYAKIT KELAMIN YANG DIBERI DI Klinik Model STI Muar

1. Pemeriksaan fizikal
2. Rawatan pada hari yang sama
3. Ujian makmal
4. Ujian HIV
5. Kaunseling
6. Rawatan susulan
7. Pemeriksaan pada pasangan anda
8. Rujukan ke doktor pakar
9. Rujukan ke agensi lain

SEGALA MAKLUMAT ADALAH RAHSIA! 🀫

HUBUNGI PEKERJA KESIHATAN KAMI :

www.wasap.my/601112224953/TempahSlot
www.wasap.my/601112224953/TempahSlot
www.wasap.my/601112224953/TempahSlot

06/12/2022

TAHUKAH ANDA?🧐

Pencegahan lebih baik daripada merawat.

Bagaimana anda mencegah dari dijangkiti Gonorea ?

1) Tidak melakukan hubungan seks terutama dengan orang yang dijangkiti

2) Setia pada pasangan anda sahaja

3) Penggunaan kondom yang betul

4) Cuci kemaluan selepas membuang air kecil atau selepas hubungan seks.

Share on WhatsApp 04/12/2022

STI-FACTS!

GONOREA

Q : Apakah Gonorea?
A : Penyakit Gonorea ialah JANGKITAN KELAMIN yang disebabkan oleh bakteria Neisseria Gonorrhea

Q : Bagaimana Gonorea berjangkit?
A : Gonorea berjangkit melalui hubungan seks va**na, dubur atau oral, walaupun individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia juga boleh merebak dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran.

Q : Apakah tanda berkemungkinan menghidap Gonorea?
A : Bagi seseorang yang berisiko tinggi seperti di Q&A kedua, mereka mungkin :

- Sakit ketika membuang air kecil atau mengeluarkan cecair yang berwarna kuning kehijauan dari va**na / f***j / p***s

- Mengalami pendarahan antara kitaran haid

- Gejala timbul 2 hingga 7 hari selepas terdedah kepada jangkitan dan bagi perempuan gejala akan timbul lebih lambat.

Q : Bolehkah Gonorea dirawat?
A : Tentunya BOLEH!

Ingin tahu lebih lanjut tentang penyakit Gonorea ?

Jom dapatkan saringan HIV / STI / Hepatitis C secara PERCUMA di Klinik Model STI Muar !

SEMUA MAKLUMAT ADALAH RAHSIA!
Jangan ragu-ragu untuk hubungi pekerja kesihatan komuniti kami :

www.wasap.my/601112224953/TempahSlot
www.wasap.my/601112224953/TempahSlot
www.wasap.my/601112224953/TempahSlot

Mengetahui status Anda : Hak dan Tanggungjawab Anda

Share on WhatsApp WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

01/12/2022

HARI AIDS SEDUNIA

1 DISEMBER 2022

EQUALIZE

Kesaksamaan untuk kesihatan bagi mengakhiri AIDS

Jom bersama kami menunaikan tanggungjawab bagi mengakhiri HIV/AIDS di Malaysia umunya dan di Johor khususnya.

lakukan saringan HIV sekarang. Ketahui status HIV anda.
Elakkan perilaku berisiko HIV
Tingkatkan pengetahuan anda berkaitan HIV/AIDS
hentikan stigma dan beri sokongan kepada golongan HIV/AIDS.

Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Malaysian AIDS Council
Klinik STI Model Batu Pahat
Klinik Model Bandar IOI Segamat
Klinik Model STI Muar
Klinik Penyayang - KK Model Kluang

01/12/2022

1 DISEMBER 2022 : HARI AIDS SEDUNIA
"EQUALIZE : KESAKSAMAAN UNTUK KESIHATAN BAGI MENGAKHIRI AIDS"

29/11/2022

HIV AND AIDS

Credit to : ML Studio Youtube

29/11/2022

STI-FACTS!

FAQ HIV & AIDS PART 1

Q : Bolehkah HIV hidup di luar tubuh manusia?
A : HIV TIDAK BOLEH HIDUP LAMA DI LUAR TUBUH MANUSIA. Ia akan musnah oleh suhu yang tinggi lagi kering, sabun / pencuci, air dan disinfektan.

Q : Bolehkah HIV dijangkiti melalui seks oral?
A : Risiko jangkitan timbul sekiranya air mani atau cecair f***j pasangan yang dijangkiti masuk ke dalam mulut dan terdapat luka / rekahan / ulser dalam rongga mulut.

Q : Bolehkah HIV dijangkiti melalui ciuman ?
A : Secara teori, HIV dari darah atau air liur boleh masuk ke mulut pasangan sekiranya ada luka / rekahan / ulser di dalam rongga mulut

Q : Adakah ubat untuk menyembuhkan penyakit ini?
A : TIADA. Pencegahan adalah kaedah terbaik untuk mengawal penularan virus ini.

24/11/2022

Lawatan kerja oleh Pegawai Malaysia AIDS Council (MAC) Tuan Said Azahari diiringi Dr Nurmawati Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit HIV / STI / Hep C JKNJ ; Mr. Chiam, Project Manager ILZ bersama Pakar Perubatan Keluarga, Dr Rosnah binti Mohd Tahir ; Encik Muhamad Nabawi bin Mohamad Khida, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran PKD Muar ; Pekerja Kesihatan Komuniti dan Penolong Pegawai Perubatan ke Klinik Model STI Muar

24/11/2022

STI-FACTS!

HEPATITIS C ialah jangkitan oleh Virus Hepatitis C yang menyerang hati. Ia boleh menyebabkan :

1) Kerosakan hati akut
2) Kerosakan sel hati kronik (sirosis)
3) Kegagalan hati
4) Kanser hati

BAGAIMANA IA MEREBAK?

1) Tranfusi darah dan produknya
2) Bertatu
3) Berkongsi jarum

HEPATITIS C TIDAK MEREBAK MELALUI :

1) Berpelukan
2) Susu ibu
3) Ciuman ringan
4) Berkongsi makanan

Ingin tahu lebih lanjut tentang penyakit Hepatitis C ?

Jom dapatkan saringan HIV / STI / Hepatitis C secara PERCUMA di Klinik Model STI Muar !

SEMUA MAKLUMAT ADALAH RAHSIA! 🀫
Jangan ragu-ragu untuk hubungi pekerja kesihatan komuniti kami :

www.wasap.my/601112224953/TempahSlot
www.wasap.my/601112224953/TempahSlot
www.wasap.my/601112224953/TempahSlot

Mengetahui status Anda : Hak dan Tanggungjawab Anda

23/11/2022

Jom dapatkan saringan HIV / STI / Hep C secara PERCUMA di Klinik Model STI Muar !

Kini Ujian Saringan boleh dibuat di lapangan mengikut kesesuaian tempat dan klien. Ujian tersebut akan dilakukan oleh Pekerja Kesihatan Komuniti (NGO), di bawah Intan Life Zone.

SEMUA MAKLUMAT ADALAH RAHSIA! 🀫

Jangan ragu-ragu untuk hubungi pekerja kesihatan komuniti kami :

www.wasap.my/601112224953/TempahSlot
www.wasap.my/601112224953/TempahSlot
www.wasap.my/601112224953/TempahSlot

Mengetahui Status Anda : Hak dan Tanggungjawab Anda

23/11/2022

STI-FACTS!

HIV bermaksud human immunodeficiency virus (HIV). Ia adalah virus yang boleh menyebabkan AIDS jika tidak dirawat. Virus HIV bukan seperti virus lain. Penyakit HIV disebabkan oleh jangkitan HIV-1 atau HIV-2, yang merupakan retrovirus dalam keluarga Retroviridae, genus Lentivirus.

BAGAIMANA IA MEREBAK?

- Aktiviti seksual
- Perkongsian jarum suntik
- Melalui cecair badan
- Boleh disebarkan daripada ibu yang dijangkiti kepada anak

H-SeT 13/10/2022

H-Set

HIV information at your fingertips ☝️

H-SeT Info Kesihatan

Want your practice to be the top-listed Clinic in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

HIV AND AIDS Credit to : ML Studio Youtube
Jom dapatkan saringan HIV / STI / Hep C secara PERCUMA di Klinik Model STI Muar !Kini Ujian Saringan boleh dibuat di lap...

Category

Website

Address

Klinik Kesihatan Maharani
Muar
84000

Other Medical & Health in Muar (show all)
Klinik Anda 24Jam Muar Klinik Anda 24Jam Muar
PTB 16353 (TINGKAT BAWAH, TINGKAT 1 & TINGKAT 2), Jalan ABDUL RAHMAN, BANDAR MAHARANI
Muar, 84000

General Practitioner, Antenatal & Paediatric Care, Minor Surgery, Pain and Mental Health Clinic Your Family's Health Our Priority Dimiliki oleh: KLINIK ANDA MUAR SDN. BHD. 2021010...

Sin Si Ma ε…ˆη”Ÿεͺ½ Muar Johor Sin Si Ma ε…ˆη”Ÿεͺ½ Muar Johor
52-3 Lorong Pasamanickam Jalan Khalidi
Muar, 84000

Chinese Medicine

Klinik SALAM Muar - Sg. Abong Klinik SALAM Muar - Sg. Abong
NO 14. Jalan INDAH, TAMAN PERTAMA INDAH
Muar, 84000

KLINIK SALAM MUAR (06-9592404) (018-9833521 WHATSAPP) No 14, Jalan Indah, Taman Pertama Indah, 84000

Tawakkal Ambulance Tawakkal Ambulance
Muar, 84000

Kami menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran pesakit ke hospital

World Sight Day Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar-Johor World Sight Day Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar-Johor
HPSF
Muar, 84000

To raise awareness of public regarding prevention of blindness and importance of eye care

Aowaleetmuar_nrlftya Aowaleetmuar_nrlftya
Parit Samsu
Muar

Kami membantu ibu2 yg sedangkan mempunyai masalah ank2 sprti batuk,kahak,lendir,demam,selsema dan by

Klinik Dr Ko - Muar, Johor Klinik Dr Ko - Muar, Johor
No. 31, Lorong Dato Ahmad, Jalan Khalidi Muar
Muar, 84000

✨New Look β€’ New Life✨

SPRAY Biobax SPRAY Biobax
Muar
Muar, 84000

Biobax Spray untuk Melegakan sakit luaran seperti sakit sendi,lutut,stress,mengantuk,selsema,kenjang otot,sakit belakang,terseliuh dan lenguh badan.

Ambulans Team Medik Harmoni                              Kawasan Muar Ambulans Team Medik Harmoni Kawasan Muar
Muar, 84000

Kami menyediakan perkhidmatan ambulans swasta kawasan Muar.

Herba- Solusi Slim & Fit Herba- Solusi Slim & Fit
Muar, 84500

You Are What You Eat. Memperkenalkan solusi kepada masalah berat badan yang berlebihan, sembelit dan pencegahan kepada penyakit 3 serangkai iaitu jantung, kencing manis & darah ti...

Dobi Annisa Olive House Dobi Annisa Olive House
KEDAI DOBI ANNISA
Muar

kami menjual makanan sunnah dan qurani