Tawakkal Ambulance
Nearby clinics
84000
84000
Parit Samsu
84600
84000
84000
84000
Muar
Muar
Melaka
Kami menyediakan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran pesakit ke hospital
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri gaisss!! Dian tak diam dah 1 minggu berlalu syawal tahun ini!
Lama sangat dah abam tak ke udara di siaran ini. Jadi sementara mood raya masih menyala-nyala ni, mesti ramai je lagi yang masih ke sana sini untuk memenuhi jemputan open house mungkin?
Jadinya abam takda la nak tulis ape sangat musim-musim perayaan ni. Ape yang abam nak kongsikan benda yang biasa abam amalkan untuk keluar berjalan, atau ke tempat kerja atau ke aman saja abam pergi.
1. Keluarkan melangkah dari rumah dengan kaki kanan. Pakai selipar atau kasut bermula dengan kanan. Itu SUNNAH!
2. Biasanya bila dah masuk kereta, baca doa naik kenderaan. Kemudian baca bismillahi tawakkaltu 'alaAllah sampai habis dan baca p**a bismillahillazi la yadhurru sampai habis juga...
3. Sebelum mula perjalanan atau mana-mana tempat abam singgah untuk solat, abam akan berdoa supaya dijauhkan dari sebarang musibah, atau kemalangan, dijauhkan dari perkara yang boleh menyusahkan abam.
4. Terkadang kalau ingat untuk tinggalkan rumah abam berdoa je supaya Allah jaga rumah tu dari sebarang keburukan juga.
Nampak macam panjang tapi benda tak sampai 5 minit pun untuk buat dan baca semua ni.
Jom amalkan benda mudah tapi pada abam sangat bermanfaat. Nak-nak masa musim perayaan ni semestinya kita akan lebih banyak keluar ke sana sini!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN abam ucapkan kepada semua yang mengenali abam๐งจ๐งจ๐๐
Semoga para pesakit yang abam rawat juga beroleh kesembuhan. Jaga pemakanan ya semua...dengan musim hujan panas hujan panas ni memang ramai yang batuk dan demam! ๐ช๐ช
Selamat hari lahir tuan Dr Ibn Mutalib ๐ฅธ
Kenal akan keindahan dan sanggup menyatakan keindahan itu kepada orang lain adalah bahagia ๐
Klinik Keluarga Perdana
Your Family One Stop Centre.
1. 2D/3D/4D/5D Scan
2. Vaccination & Neonatal Jaundice Check up
Alhamdulillah sempat kami melawat Pusat Jagaan Warga Emas Ehsan 2. Semoga dipermudahkan urusan semua. ๐
Alhamdulillah semalam sempat menjamah sate padang kak wani yang enak hingga menjilat jari bersama individu yang tidak asing lagi dan sering diperkatakan wajahnya persis Anuar Zain dan vokal p**a seperti Ziana Zain.
Selamat tahun baru cina ๐คฉ
Klinik Keluarga Perdana ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya
"Wishing you good luck and good fortune in the lunar new year. Warm greetings on the occasion of Chinese New Year to you"
------------------------------------------------------------------------------
ps: klinik buka seperti BIASA pada hari ini (Sabtu, 10/02/24) dan esok (Ahad, 11/02/2024) dari jam 9.00 PAGI - 11.30 MALAM
------------------------------------------------------------------------------
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi / Whatsapp kami di talian:
๐ 06-335 3996
๐ฒhttp://www.wasap.my/601158793002/KlinikKeluargaPerdana
Salam jumaat semua ๐
Ramai yang mengadu merasa shaking atau menggeletar sejak akhir akhir ini. Tangan yang menggeletar adalah satu pergerakan yang tidak terkawal yang berpunca dari pelbagai faktor.
Punca tangan menggeletar mungkin termasuk faktor gaya hidup (seperti minum terlalu banyak kopi) dan masalah perubatan seperti strok atau penyakit Parkinson. Ia juga boleh berlaku apabila kita penat dan terlalu marah
Jika gejala shaking berterusan, dapatkan pemeriksaan
โKenapa tak boleh bawa anak? Anak saya seorang siapa nak jaga di rumahโ
Seorang pesakit yang terlantar sekian lama, di label โMRSAโ, yang membawa maksud โ kuman yang tidak boleh dirawat dengan pelbagai jenis antibiotik.
Satu pesakit yang diletakkan di katil belakang wad merupakan pesakit TB yang rintang dengan ubat anti TB.
Bayangkan dengan persekitaran sebegini, anak anda berlari lari, menyentuh barangan yang tercemar dan masukkan tangan ke mulut.
Sekiranya anda bercadang untuk membawa anak anak kecil ke hospital untuk melawat pesakit, fikirkan semula.
Hospital merupakan tempat rawatan untuk pesakit dengan pelbagai jenis penyakit. Anda tidak tahu apa kuman yang ada di persekitaran hospital.
Sekiranya anda sendiri melawat pesakit ke hospital, pastikan tangan anda di cuci sebelum meninggalkan hospital.
Mandi dan basuh pakaian anda sebaik tiba di rumah.
"cik, nak tanya..ada buat xray tak dekat klinik?"
"kalau nak chest xray untuk medical check-up boleh tak?"
"boleh tak nak xray kaki? tadi ada jatuh"
antara soalan yang klinik dapat bila patient call berkenaan xray..Klinik Keluarga Perdana ada menyediakan perkhidmatan xray ๐ฉป nak xray kepala? tangan? abdomen? lutut? boleh, takkan tak boleh
--------------------------------------------------------------------------
ps: boleh call / whatsapp dahulu untuk double confirm jadual juru xray kami
--------------------------------------------------------------------------
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi / Whatsapp kami di talian:
๐ 06-335 3996
๐ฒhttp://www.wasap.my/601158793002/KlinikKeluargaPerdana
Penjual buku berusia 72 tahun, Mohamed Aziz, dari Maghribi, menghabiskan masa 6 hingga 8 jam sehari membaca buku.
Beliau telah membaca lebih 5000 buku dalam bahasa Perancis, Arab dan Inggeris, beliau kekal sebagai penjual buku tertua di Maghribi selepas lebih 43 tahun berada di lokasi yang sama.
Apabila ditanya tentang keselamatan meninggalkan bukunya tanpa pengawasan di luar, di mana ia berpotensi dicuri, dia menjawab, โ mereka yang tidak boleh membaca tidak mencuri buku, dan mereka yang boleh, bukan pencuriโ.
Lagipun ada Oyen sentiasa menjaga.
Jika anda terserempak dengan lipas semasa berada di dalam tandasโฆ jangan lari dahulu. Anda ada peluang 99% untuk menang dalam pertarungan ini!
Capai sabun atau syampu yang terdekat, pancut air sabun ke arah lipas tersebut. Air sabun akan menyebabkan permukaan badan lipas yang berlilin pecah dan air sabun akan memasuki liang pernafasan lipas.
Memang tak sia sia anda bermain dengan sabun ๐ช
Salam jumaat ๐
Salam Jumaat.
Jangan lupa, harini pembukaan rasmi Ramly Halal Mart Johor Bahru di Taman Adda Height, Johor. Waktu perniagaan 10.15 pagi hingga 9.15 malam
Min nak kongsi rezeki Jumaat pada 10 orang pelanggan di Ramly Halal Mart Johor Bahru.
Min nak bagi PERCUMA 1 paket Burger Lembu Rasa panggang.
Cara-caranya seperti berikut;
1. Pergi Ramly Halal Mart Johor Bahru
2. Dah sampai, cari kawan min nama CIKGU dan bagitahu yang Min suruh korang datang
3. Claim 1 paket Burger Lembu Rasa Panggang, selfie dan post kat komen
4. Kalau tak post, CIKGU akan rampas semula Burger Lembu Rasa Panggang tu dan denda korang ๐
Assalamualaikum dan selamat pagi
Kurang berat badan boleh menjejaskan kesihatan anda secara negatif. Orang yang kurang berat badan berisiko mendapat osteoporosis, jangkitan akibat rendah imuniti, masalah kesuburan, dan kematian awal.
Mereka juga ada risiko dibuli dengan gelaran gelaran yang memalukan, lebih lebih lagi jika memakai tshirt hitam. Ada risiko kesihatan mental.
Seseorang individu dikatakan kurang berat badan jika BMI mereka kurang dari 18.5
Untuk menambah berat badan, pastikan makan. sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memasukkan banyak karbohidrat dan protein. Makan lebih kerap dengan kuantiti yang tidak terlalu banyak.
Untuk menambah berat badan, anda perlu makan lebih banyak kalori daripada yang dibakar. Sasaran untuk tambahan 300-500 kalori setiap hari
Dengan mengambil 500 kalori tambahan sehari, seseorang mungkin boleh menambah berat badan kira-kira 6.8 kg selama 6 bulan
Senaman untuk menguatkan kekuatan otot sangat membantu untuk menambah berat badan. Pastikan anda cukup tidur kerana otot dibina semasa anda sedang berehat.
Elakkan makan banyak makanan tinggi gula untuk menaikkan berat badan. Nanti penyakit lain p**a yang datang.
๐คจ
Gula tinggi dalam darah dan diabetes tidak terkawal akan menyebabkan berlaku radang dalam saluran darah, kerosakan saraf dan organ tubuh.
Seperti mana engin kenderaan boleh rosak apabila ada gula, begitu juga dengan tubuh manusia.
Kurangkan pengambilan gula dari sekarang
Belajar tidak semestinya perlu masuk kelas..
Umur lanjut bukan lagi penghalang..
Duit dan masa bukan lagi alasan.
Buku bukan lagi satu satunya sumber.
Anda boleh belajar pelbagai perkara baru, skil dan kemahiran baru setiap hari, semuanya hanya di hujung jari.
Belajar SATU ilmu/kemahiran/skill setiap hari, bayangkan betapa luas ilmu anda pada hujung tahun nanti?
Selamat tahun baru, semoga 2024 lebih baik dari yang lepas ๐
dalam musim macam2 penyakit ni which is covid-19/influenza/denggi, kita kena tingkatkan sistem imun badan kita untuk kurangkan risiko jangkitan..
antara makanan yang boleh membantu untuk tingkatkan sistem imun badan:
1. buah sitrus
2. brokoli
3. bayam
4. beri biru
5. bawang putih
6. teh hijau
7. yogurt/susu
8. lada benggala merah
dengan pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien baik, sedikit sebanyak dapat membantu kuatkan sistem imun badan kita
Anda bukannya ingin menjadi pembantu pasar atau menjadi pembantu dapur di restoran.
Its ok, jika menyiang ikan bukan satu kemahiran yang anda kuasai.
Nilai wanita, isteri dan ibu lebih besar dari itu.
Selamat tahun baru 2024, awal tak kalut baq ang ๐
https://www.who.int/southeastasia/news/detail/15-10-2020-handwashing-an-effective-tool-to-prevent-covid-19-other-diseases
"Dengan penularan COVID-19 terutamanya melalui hubungan langsung, tidak langsung (melalui objek atau permukaan yang tercemar), atau sentuhan rapat dengan orang yang terinfeksi melalui sekresi mulut dan hidung, mencuci tangan dengan sabun dan air yang mengalir sangat penting. Untuk menghentikan penyebaran COVID-19, bersama dengan perilaku lain yang sesuai dengan COVID, amalan mencuci tangan dengan kerap adalah wajib, selepas batuk atau bersin, semasa menjaga orang sakit, selepas menggunakan tandas, sebelum makan, semasa menyediakan makanan, dan selepas menangani haiwan atau najis haiwan. Mencuci tangan selepas menyentuh permukaan umum seperti pemegang pintu atau pegangan, atau setelah p**ang dari tempat umum akan menjaga keselamatan diri dan orang sekeliling." - WHO
Cucilah tangan untuk mengelak jangkitan.
Stay safe.
Salam Jumaat dan Selamat berhujung minggu semua, selesai sudah lawatan perkenalan kami ke pusat-pusat jagaan di sekitar muar. Jika anda perlukan khidmat ambulan boleh roger2. Klinik Keluarga Perdana Ibn Mutalib Hadi Hasnor Malin Salleh Muhammad Nur Hafiz Easa
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Muar
84000
PTB 16353 (TINGKAT BAWAH, TINGKAT 1 & TINGKAT 2), Jalan ABDUL RAHMAN, BANDAR MAHARANI
Muar, 84000
General Practitioner, Antenatal & Paediatric Care, Minor Surgery, Pain and Mental Health Clinic Your Family's Health Our Priority Dimiliki oleh: KLINIK ANDA MUAR SDN. BHD. 2021010...
NO 14. Jalan INDAH, TAMAN PERTAMA INDAH
Muar, 84000
KLINIK SALAM MUAR (06-9592404) (018-9833521 WHATSAPP) No 14, Jalan Indah, Taman Pertama Indah, 84000
HPSF
Muar, 84000
To raise awareness of public regarding prevention of blindness and importance of eye care
Klinik Kesihatan Maharani
Muar, 84000
Klinik yang menawarkan saringan HIV, Siflis, dan Hepatitis C
Parit Samsu
Muar
Kami membantu ibu2 yg sedangkan mempunyai masalah ank2 sprti batuk,kahak,lendir,demam,selsema dan by
No. 31, Lorong Dato Ahmad, Jalan Khalidi Muar
Muar, 84000
โจNew Look โข New Lifeโจ
Muar
Muar, 84000
Biobax Spray untuk Melegakan sakit luaran seperti sakit sendi,lutut,stress,mengantuk,selsema,kenjang otot,sakit belakang,terseliuh dan lenguh badan.
Muar, 84000
Kami menyediakan perkhidmatan ambulans swasta kawasan Muar.
Muar, 84500
You Are What You Eat. Memperkenalkan solusi kepada masalah berat badan yang berlebihan, sembelit dan pencegahan kepada penyakit 3 serangkai iaitu jantung, kencing manis & darah ti...
HPSF MUAR
Muar, 84000
To raise awareness regarding prevention of blindness, promoting importance of eye care in public.