Videos by Little Avicenna STEAM in Muar. We Learn | We Play | We Construct | We Ask Question | We Teach | We Enjoy
Alhamdulillah selesai Kelas (3)
Kem Surah Al-Mulk Ayat 13-18
#WeLearn #WePlay #WeEnjoy
❤️ Little Avicenna S.T.E.A.M team
Alhamdulillah selesai Kelas (3) Kem Surah Al-Mulk Ayat 13-18 #WeLearn #WePlay #WeEnjoy ❤️ Little Avicenna S.T.E.A.M team
Alhamdulillah selesai Kelas (2) Kem Surah Al-Mulk Ayat 7-12 #WeLearn #WePlay #WeEnjoy ❤️ Little Avicenna S.T.E.A.M team
Alhamdulillah selesai Kelas (1) Kem Surah Al-Mulk Ayat 1-6 #WeLearn #WePlay #WeEnjoy ❤️ Little Avicenna S.T.E.A.M team
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم Heart-Pumping Model Model Jantung Mengepam Darah Bahan-bahan : - Bikar atau balang kaca mulut lebar (Boleh juga guna cawan plastik yang keras) - 1 belon biasa, 1 belon kecil (Boleh juga guna bahagian leher belon yang telah dipotong) - 2 straw minuman (Bended) - Pencucuk gigi - Gunting - Air dan pewarna makanan merah - Pita pelekat - Dulang . . . Cara-cara : 🌟 Isi balang separuh penuh dengan air, tambahkan pewarna makanan berwarna merah. 🌟 Potong belon bawah lehernya. 🌟 Regangkan belon pada permukaan balang kaca/cawan plastik. Lebih rata anda meratakan permukaan belon, lebih baik. 🌟 Gunakan hujung pencucuk gigi dengan berhati-hati untuk mencucuk dua lubang kecil di permukaan belon. Jarakkan mereka kira-kira satu inci antara satu sama lain dan berhampiran permukaan tepi balang. 🌟 Cucuk bahagian panjang straw ke dalam setiap lubang. 🌟 Tutup satu straw dengan belon kecil atau leher belon yang telah dipotong dan pita pelekat. 🌟 Letakkan model tadi dalam dulang. 🌟 Tekan belon dan lihat apa yang berlaku kepada air di dalam balang. . . . Apa yang Berlaku: 🌟 Jantung manusia mempunyai empat ruang berasingan di dalamnya. Pam model jantung ini menunjukkan cara salah satu ruang dan injapnya berfungsi. 🌟 Anda membuat pam ringkas yang memindahkan air dari balang kaca/cawan plastik melalui penyedut minuman keluae ke dulang. 🌟 Belon kecil berfungsi sebagai injap untuk menghalang aliran balik darah ke jantung. 🌟 Apabila belon ditekan, ia seakan otot jantung yang menguncup, menyebabkan peningkatan tekanan di dalam ruang jantung, menyebabkan darah ditekan keluar dari ruang. 🌟 Apabila belon dilepaskan dan relaks, ia seakan otot jantung mengembang, dan tekanan di dalam ruang jantung menurun. Saat ini darah mengisi di dalam ruang tadi dan tidak dipam keluar. Selamat mencuba 💖
Assalamualaikum Alhamdulillah, pendaftaran untuk aktiviti 3.2.2023 : Doktor Cilik 3 - Otak Kesayangan Saya saya buka link mendaftar hingga 31/1/2023 Ini bagi melancarkan proses penyediaan barang kanak2 dan penyediaan jamuan. Boleh mendaftar di link berikut : https://forms.gle/Jsh5HPsCV44GUD8b8
o بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ Jom buat Mini Lung Model musim sekolah ni, dan kita bermain sambil belajar 🥰 mudah sangat! . Video kredit to : Youtube MEL Chemistry . Bahan-bahannya : 1. 3 Belon - 2 belon untuk paru-paru dan satu lagi untuk diafragma. 2. Botol mineral boleh guna pelbagai saiz. Di video adalah bersaiz botol mineral biasa, 3. 2 straw kecil. 4. Pita pelekat 5. Gelang getah . Cara-caranya : 1. Tapak botol dipotong buang. 2. Ambil belon ( paru-paru/peparu ) dan masukkan straw lebih kurang seinchi ke dalam belon dan dilekatkan dengan pita pelekat atau getah dengan kemas agar tidak mudah tertanggal. Lakukan yang sama pada straw kedua. 2. Penutup botol dilubangkan dua dan masukkan straw yang telah dilekatkan belon tadi dari arah bawah. Lebihkan sedikit straw dibahagian atas ( sebagai batang tenggorok/trakea ). Jika lubang keliling straw ada rongga boleh ditutup dengan tanah liat atau pita pelekat. Dilubangkan satu sahaja juga boleh. Kemudian kemaskan dua straw yang dibahagian atas dengan pita pelekat. 3. Setelah kemas dan kuat, bolehlah ambil satu lagi belon digunting bahagian atasnya. Kemudian tarik untuk dijadikan tapak botol ( sebagai diafragma ). . Dari model ini, Ibu Ayah boleh jelaskan bahagian sistem pernafasan kita : - Straw bahagian atas : trakea - Belon merah : paru-paru kanan dan kiri - Botol : rongga dada (thoraxic cavity) - Belon hijau : diaphragma . Pemerhatian dan perbincangan : SATU : a) Apabila belon hijau ditarik ke bawah, isipadu di dalam balang akan bertambah tetapi tekanan udara berkurang. Ini menyebabkan belon mengembang. b) Aksi ini mewaili proses inspirasi dalam mekanisma pernafasan. . DUA : a) Apabila belon hijau ditolak ke atas, isipadu di dalam balang berkurang tetapi tekanan udara bertambah. Ini menyebabkan belon menguncup. b) Aksi ini mewakili ekspirasi dalam mekanisma pernafasan. . Kesimpulan : 🫁 Bila tarik nafas (inspirasi) : paru-paru mengembang (diaphragma