Little Avicenna STEAM
We Learn | We Play | We Construct | We Ask Question | We Teach | We Enjoy
Ahlan wasahlan, ya Ramadhan!
❤️Let's Colour Daily
❤️Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 2 : Ayat 2 Surah Al-Mulk
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ
Maksudnya :
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,
Link Almulk Workbook (Full version) :
https://anyflip.com/ecxpp/vszp/
Ahlan wasahlan, ya Ramadhan!
❤️Let's Colour Daily
❤️Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 1 : Ayat 1 Surah Al-Mulk
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
تَبَٰرَكَ ٱلَّذِى بِيَدِهِ ٱلْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya :
Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu,
Link Almulk Workbook (Full version) :
https://anyflip.com/ecxpp/vszp/
Ahlan wasahlan, ya Ramadhan!
Ramadhan Day 1 : Ayat 1 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 2 : Ayat 2 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 3 : Ayat 3 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 4 : Ayat 4 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 5 : Ayat 5 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 6 : Ayat 6 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 7 : Ayat 7 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 8 : Ayat 8 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 9 : Ayat 9 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 10 : Ayat 10 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 11 : Ayat 11 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 12 : Ayat 12 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 13 : Ayat 13 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 14 : Ayat 14 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 15 : Ayat 15 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 16 : Ayat 16 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 17 : Ayat 17 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 18 : Ayat 18 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 19 : Ayat 19 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 20 : Ayat 20 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 21 : Ayat 21 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 22 : Ayat 22 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 23 : Ayat 23 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 24 : Ayat 24 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 25 : Ayat 25 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 26 : Ayat 26 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 27 : Ayat 27 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 28 : Ayat 28 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 29 : Ayat 29 Surah Al-Mulk
Ramadhan Day 30 : Ayat 30 Surah Al-Mulk
Ahlan wasahlan, ya Ramadhan!
❤️Let's Colour Daily
❤️Surah Al-Mulk
Sepanjang Ramadhan 1445H/2024M ini, jom ajak anak-anak mewarna, satu ayat sehari, dari Surah Al-Mulk.
Semoga dapat membantu mereka menghafal, dengan mewarna setiap hari.
Insyaallah, Kami akan upload setiap hari, satu ayat, untuk mewarna 😀 Link download file berbentuk PDF, di ruangan komen ya.
Sila kongsikan dengan kawan-kawan anda yang lain juga.
Ahlan wasahlan ya Ramadhan 💞
أللهمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Artinya: Ya Allah, sampaikan aku [dengan selamat] kepada [bulan] Ramadhan. Sampaikanlah Ramadhan kepadaku (juga) dan terimalah [amal-amal]ku [di bulan] Ramadhan)
"Ya Allah, bulan Ramadhan sudah membayangi dan datang. Maka, sampaikanlah [bulan] Ramadhan kepadaku, dan sampaikanlah aku [dengan selamat] ke dalamnya, dan terimalah [amal-amal]ku [di bulan] Ramadhan. Ya Allah, karuniailah aku kesabaran dan [niat tulus] mengharap [pahala dan ridha-Mu] atas puasa [Ramadhan]ku dan [qiyamul lail]ku. [Ya Allah], karuniailah aku dalam [bulan] Ramadhan kesungguhan hati, ketekunan, kekuatan, dan vitalitas. [Ya Allah], lindulingah aku dalam [bulan] Ramadhan dari kebosanan, lemah lesu, kemalasan, dan lemas/[banyaknya kantuk]. [Ya Allah], sukseskanlah aku dalam [mendapatkan] lailatul qadar di [bulan] Ramadhan [ini], dan jadikanlah [pahala atau kebaikan]nya [lebih] baik dari seribu bulan."
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
Telah selesai anak-anak ini mengenali ayat 19-24 dari surah
Pengajaran dari ayat-ayat ini adalah tentang bagaimana kita masih belum bersyukur terhadap semua kekuasaan Allah dan bagaimana kaum kafir dan musyrik belum mengEsakan Allah...
❤️ Siapakah yang mengembangkan dan menutup sayap burung-burung yang sedang terbang, tanpa jatuh? Ar-Rahman, Al-Basir. Allah maha pemurah dan maha melihat.
❤️ Siapa yang akan menolong kita selain Allah Ar-Rahman?
❤️ Siapa yang memberi rezeki, jika Allah menahannya?
❤️ Bagaimana mereka yang tidak berjalan pada jalan yang lurus, diberikan hidayah.
❤️ Allah yang maha mencipta, dari tiada kepada ada.
❤️ Allah mengurniakan pendengaran, penglihatan dan hati, tetapi terlalu sedikit kita bersyukur.
❤️ KepadaNya lah kita akan dihimpunkan kelak.
Jumpa di Kelas (5) ya adik2
Alhamdulillah selesai Kelas (3)
Kem Surah Al-Mulk Ayat 13-18
❤️ Little Avicenna S.T.E.A.M team
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
Telah selesai anak-anak ini mengenali ayat 13-18 dari surah
Pengajaran dari ayat-ayat ini adalah tentang bagaimana Allah Maha Mengetahui dan bagaimana kekuasaan kemurkaan Allah kepada orang-orang kafir.
❤️ Bagaimana Allah Maha Mengetahui akan segala isi hati, baik suara perlahan atau nyaring.
❤️ Allah al-Latif maha halus urusan pentadbiranNya.
❤️ Allah al-Khair maha mendalam pengetahuanNya.
❤️ Allah menjadikan bumi, untuk mencari rezeki, makanlah dari rezeki kurniaan Allah.
❤️ Ingatlah, kepada Allah, kita akan kembali. Maka hargailah nikmatNya, dan takutilah kemurkaanNya.
❤️ KekuasaanNya kepada orang kafir boleh menunggang-balikkan bumi, menimbusnya, lalu bergegar, melenyapkannya.
❤️ KekuasaanNya kepada orang kafir juga dengan menghantar angin ribut yang menghujaninya dengan batu.
❤️ Maka takutilah buruk kesan kemurkaan Allah.
Insyaallah, cuma pengenalan awal dalam bentuk video kepada anak-anak ini. Teruja betul wajah mereka. Begitulah maha besar kuasa Allah.
Moga membesar menjadi anak-anak yang mentauhidkan Allah. Insyaallah aamin3 ya kholiq 🥰
Jumpa di Kelas (4) ya adik2
Alhamdulillah selesai Kelas (2)
Kem Surah Al-Mulk Ayat 7-12
❤️ Little Avicenna S.T.E.A.M team
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
Telah selesai anak-anak ini mengenali ayat 7-12 dari surah
Pengajaran dari ayat-ayat ini adalah :
📖 Tentang orang-orang yang kufur dan ingkar kepada Allah disediakan azab neraka Jahannam. Didalamnya, mereka meraung-raung, apinya menggelegak, pecah berkecai-kecai.
📖 Mereka mendustakan Rasul, menuduh Rasul sesat.
Mereka adalah ahli neraka, yang jauh dari rahmat Allah.
📖 Sebaliknya, orang yang takut melanggar perintah Allah dalam diam, mereka diampunkan dan diberikan pahala yang besar.
Antara aktiviti anak-anak hari ini :
❤️ Mereka menampal stricker tentang kekuasaan Allah menciptakan alam dan mahluk.
❤️ Mereka menuliskan amalan-amalan yang membawa ke Syurga dan Neraka.
❤️ Mereka melihat gambaran apa yang terjadi di Syurga dan Neraka.
❤️ Sebagai gambaran api menggelegak di Neraka, mereka ditunjukkan video volcano/gunung berapi yang mana di Neraka nanti beribu kali lebih panas dan menggelegak.
❤️ Mereka bermain bersama membuat volcano/gunung berapi
Moga mereka diberi kefahaman dan membesar menjadi anak-anak soleh-solehah yang mentauhidkan Allah. Insyaallah aamin3 ya kholiq 🥰
Jumpa di Kelas (3) ya adik2
Alhamdulillah selesai Kelas (1)
Kem Surah Al-Mulk Ayat 1-6
❤️ Little Avicenna S.T.E.A.M team
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
Telah selesai anak-anak ini mengenali ayat 1-6 dari surah
Pengajaran dari ayat-ayat ini adalah tentang kebesaran Allah dalam penciptaan alam semesta.
Anak-anak berkesempatan melihat video kebesaran dan kasih sayang Allah dalam bumi yang menghijau, menjadi 4 musim.
Dalam fungsi organ dan tubuh badan manusia. Dalam haiwan-haiwan yang pelbagai rupa dan saiz. Dalam bercambahnya benih menjadi pokok.
Dalam berkembang mekarnya bunga dengan cantik.
Dalam luas dan tingginya langit dan cakerawala, menunjukkan kerdilnya kita manusia.
Insyaallah, cuma pengenalan awal dalam bentuk video kepada anak-anak ini. Teruja betul wajah mereka. Begitulah maha besar kuasa Allah.
Moga membesar menjadi anak-anak yang mentauhidkan Allah. Insyaallah aamin3 ya kholiq 🥰
Jumpa di Kelas (2) ya adik2
بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Hai adik-adik! Cuti sekolah ni jom kita sertai Kem Surah Al-Mulk bersama Little Avicenna!
Adik-adik dapat belajar dan tadabbur 30 ayat surah Al-Mulk tau!
Bestnya!!!🤩
Terhad 5 peserta sahaja, sehari!
----------------------------------------------------------
Apa yang akan kita belajar :
📖 Kem Al-Mulk (1) : Ayat 1-6
27/8/2023 : 9am-11am
📖 Kem Al-Mulk (2) : Ayat 7-12
28/8/2023 : 9am-11am
📖 Kem Al-Mulk (3) : Ayat 13-18
29/8/2023 : 9am-11am
📖 Kem Al-Mulk (4) : Ayat 19-24
1/9/2023 : 9am-11am
📖 Kem Al-Mulk (5) : Ayat 25-30
2/9/2023 : 9am-11am
----------------------------------------------------------
*Yuran :*
RM 8/kelas/pax
Atau Pakej 5 kelas RM 35/pax
*Tempat :*
Al Hamraa Empire Home Office
No 46, Jalan Sri Temenggong 26 ,
Tmn Sri Temenggong, Muar Johor.
*Map :* https://goo.gl/maps/5JzGBkGnn3wWhyhP7
Jom Daftar sekarang!
Little Avicenna : , , 🥰
*Hubungi :*
Dr Syafa : 01110654066
*Whatsapp :*
http://www.wasap.my/601110654066/LittleAvicenna
🗣️📢 *page :*
facebook.com/littleavicennaSTEAM
👩🏻⚕️ *Info page :*
https://beacons.ai/littleavicennasteam
📝 *Pendaftaran :*
Scan QRcode atau guna link :
https://forms.gle/AUcYD8vh6LP3cDnv9
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الحمدلله
Program bersama Artventuroar Melaka telah digadiri oleh 15 orang anak-anak yang berani! Mereka memotong kayu, mengecat, mengetuk paku dan menghias Sailboat mereka dengan sangat cantik sekali 🥰
Yang paling penting adalah....Sailboat mereka terapung di air 💖
Tahniah anak-anak!
Anda hebat!!!
Jumpa lagi di lain masa, insyaallah.
Jom bermain bersama kami,
Little Avicenna STEAM team
Will meet again Artventuroar 🥰
They can do it! 🥰
Kiddos can do what adults can do, too 🥰💖
💖💖💖 We Sail the Sailboat
Tq Artventuroar Ayer Keroh for coming 🥰
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الحمدلله
Robotic hand bersama TS. Dr Muhammad Nazir dari UniSel telah berlangsung 19 Feb 2023 lalu, dihadiri oleh 25 orang anak-anak.
Majlis dibuka dengan alunan selawat dan asmaul husna, dan dimulakan dengan BrainGym. Setelah itu Dr Nazir memulakan penerangan dan mereka mula membuat model Robotic Hand.
Subhanallah. Ini kali pertama saya tau tentang pembuatan Robotic Hand, dari straw dan tali! Seakan sama dengan tendon dan tulang, pergerakan sendi dan otot menggerakkan tangan.
Insyaallah, aktiviti ini akan kami kongsikan lagi dengan lebih ramai lagi anak-anak. Mereka teruja bila tangan yang mereka buat tu boleh menggenggam kertas dan bola 🥰
Jumpa lagi, di aktiviti akan datang.
Dari kami di Little Avicenna Team
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Model tangan. Bagaimana tangan bekerja?
Subhanallah.
Dalam tangan kita, tendon panjang bertali melekat kepada tulang-tulang kita. Melalui jari-jari ini, pergerakan menutup dan mengendurkan tangan, boleh berlaku. Dengan itu jari dapat bergerak secara bebas, dapat memegang barang-barang.
Semasa membuat robotic hand ini, anak-anak dilatih berfikir secara bebas dan saintifik, agar mereka dapat melihat bagaimana keadaan tangan bekerja. Apabila tali ditarik, tangan akan menggenggam, barang dapat dipegang. Apabila tali dilepas, tangan akan terbuka, barang akan jatuh.
Teknologi ini dapat membantu mereka yang mengalami kecacatan/kecederaan tangan untuk melakukan pekerjaan sehari2.
Semoga anak-anak kita nanti dapat membantu lebih ramai yang memerlukan 🦾🦾🦾
(والله أعلمُ)
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Very simple robotic hand 💖
Subhanallah, maha hebat ciptaan Allah.
Jom, buat bersama-sama.
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الحمدلله
Kami berbesar hati atas kehadiran Ts Dr Muhammad Nazir bin Mohammed Khalid ke Muar Johor, untuk bersama dengan anak-anak Little Avicenna, menyelami dunia Robotic, Engineering and Technology 🥰
Esok, kita akan belajar tentang AlQuran dan Sains.
Sama-sama kita selami qalam Allah yang berkaitan tentang kehidupan, bagaimana kebesaranNya dalam segala ciptaan, yang diguna dari zaman ke zaman, tidak ditelan masa.
Insyaallah, detail program seperti berikut :
Program : Robotic Hand bersama Dr Nazir
Tarikh : 19 Februari 2023
Hari : Ahad
Tempat : Dasar Centre Muar
https://maps.google.com/?q=2.059505,102.552513
Pengenalan :
Tangan ringkas seperti manusia ini menggunakan asas jaringan dengan satu tendon panjang diikat melalui jari untuk menutup dan membuka jari-jari.
Dengan ini pergerakan jari dapat berlaku secara bebas. Anak-anak dapat belajar, bagaimana asas pergerakan jari manusia.
Subhanallah, maha sempurna ciptaan Allah.
Ini dapat diaplikasikan lagi kemudiannya dengan tambahan teknologi AI untuk robotic atau sistem hydraulik.
(والله أعلمُ)
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Heart-Pumping Model
Model Jantung Mengepam Darah
Bahan-bahan :
- Bikar atau balang kaca mulut lebar
(Boleh juga guna cawan plastik yang keras)
- 1 belon biasa, 1 belon kecil (Boleh juga guna bahagian leher belon yang telah dipotong)
- 2 straw minuman (Bended)
- Pencucuk gigi
- Gunting
- Air dan pewarna makanan merah
- Pita pelekat
- Dulang
Cara-cara :
🌟 Isi balang separuh penuh dengan air, tambahkan pewarna makanan berwarna merah.
🌟 Potong belon bawah lehernya.
🌟 Regangkan belon pada permukaan balang kaca/cawan plastik. Lebih rata anda meratakan permukaan belon, lebih baik.
🌟 Gunakan hujung pencucuk gigi dengan berhati-hati untuk mencucuk dua lubang kecil di permukaan belon. Jarakkan mereka kira-kira satu inci antara satu sama lain dan berhampiran permukaan tepi balang.
🌟 Cucuk bahagian panjang straw ke dalam setiap lubang.
🌟 Tutup satu straw dengan belon kecil atau leher belon yang telah dipotong dan pita pelekat.
🌟 Letakkan model tadi dalam dulang.
🌟 Tekan belon dan lihat apa yang berlaku kepada air di dalam balang.
Apa yang Berlaku:
🌟 Jantung manusia mempunyai empat ruang berasingan di dalamnya. Pam model jantung ini menunjukkan cara salah satu ruang dan injapnya berfungsi.
🌟 Anda membuat pam ringkas yang memindahkan air dari balang kaca/cawan plastik melalui penyedut minuman keluae ke dulang.
🌟 Belon kecil berfungsi sebagai injap untuk menghalang aliran balik darah ke jantung.
🌟 Apabila belon ditekan, ia seakan otot jantung yang menguncup, menyebabkan peningkatan tekanan di dalam ruang jantung, menyebabkan darah ditekan keluar dari ruang.
🌟 Apabila belon dilepaskan dan relaks, ia seakan otot jantung mengembang, dan tekanan di dalam ruang jantung menurun. Saat ini darah mengisi di dalam ruang tadi dan tidak dipam keluar.
Selamat mencuba 💖
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Jom! Galakkan anak-anak aktif sejak kecil!
Kurangi gadget, kerana dengan gadjet mereka kurang bergerak.
Apakah manfaat kesihatannya? Jom sambung baca , ya.
🧑🎓 Prestasi akademik
- Meningkatkan perhatian dan ingatan semasa belajar
🧠 Kesihatan Otak
- Mengurangkan risiko kemurungan dan depression
💪 Kecergasan Otot
– Membina otot dan daya tahan yang kuat
🫀🫁 Kesihatan Jantung dan Paru-paru
– Meningkatkan kekuatan otot jantung, memper aiki tekanan darah dan meningkatkan kecergasan aerobik
🩸 Kesihatan Kardiometabolik
– Membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang normal
🏥 Kesihatan Jangka Panjang
– Mengurangkan risiko beberapa penyakit kronik, termasuk diabetes jenis 2 dan obesiti
🦴 Kekuatan Tulang
– Menguatkan tulang
⚖️ Berat Badan Sihat
– Membantu mengawal berat badan dan mengurangkan lemak badan
(والله أعلمُ)
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
Apa Peranan Sistem Peredaran Darah Manusia?
🩸Sistem peredaran darah, juga dikenali sebagai sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung, saluran darah dan juga darah.
🩸Sistem inilah yang bertindak menyalurkan oksigen, hormon dan nutrien kepada semua sel di dalam badan untuk ditukarkan kepada tenaga.
🩸Pada masa yang sama, sistem ini juga akan mengangkut bahan buangan seperti karbon dioksida dan bahan buangan yang dihasilkan oleh hati dan menghantarnya ke organ lain untuk dikumuhkan.
🩸Apabila darah beredar melalui sistem pencernaan manusia, ia akan mengangkut sekali nutrien yang diserap daripada makanan.
🩸Badan juga mengangkut oksigen yang kita sedut ketika bernafas. Sistem peredaran darah akan menghantar nutrien dan oksigen ke jantung dan juga sel lain dalam badan sebelum menyerap p**a bahan buangan seperti karbon dioksida dan menghantarnya ke buah pinggang dan paru-paru untuk dikumuhkan.
🩸Sistem peredaran darah juga membawa hormon dari sistem endokrin. Hormon dibawa dari otak, kelenjar thyroid, kelejar adrenal dan lain-lain ke seluruh badan.
🩸Sistem ini juga membekalkan otak dengan oksigen untuk memastikan organ ini dapat berfungsi dengan baik.
🩸Sistem ini juga menghantar darah penuh oksigen ke tulang. Pada masa yang sama, tulang p**a akan sibuk menghasilkan sel darah baharu untuk badan.
🩸Sistem ini juga membawan enzim-enzim pencernaan ke usus manusia, untuk menguraikan makanan yang kita makan.
Apakah Yang Membentuk Sistem Peredaran Darah Manusia?
1. Darah, terdiri daripada :
🏵️ Sel darah merah untuk membawa oksigen ke badan.
🏵️Sel darah putih yang merupakan sebahagian daripada sistem imun.
🏵️ Platlet untuk membantu pembekuan darah.
🏵️ Plasma yang membawa sel darah, nutrien dan juga bahan buangan badan.
2. Jantung
🏵️ Jantung adalah organ yang bertanggungjawab mengepam darah ke seluruh badan.
🏵️Organ yang sebesar penumbuk ini terletak pada kiri dada dan di hadapan paru-paru.
🏵️ Sebenarnya, jantung kita terdiri daripada 4 ruang jantung (atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan, ventrikel kiri), 2 pam, setiap pam mempunyai 2 injap.
🏵️ Degupan jantung akan terhasil setiap kali jantung kita mengepam darah.
3. Bahagian kanan jantung
🏵️ Bahagian kanan jantung akan menerima darah yang dipenuhi karbon dioksida.
🏵️ Darah yang masuk melalui atrium akan mengalir ke ventrikel sebelum dihantar ke paru-paru.
🏵️ Di sinilah, oksigen akan masuk semula ke dalam darah menggantikan karbon dioksida.
4. Bahagian kiri jantung
🏵️ Darah yang dipenuhi oksigen akan dihantar kembali ke jantung.
🏵️ Ia akan masuk melalui atrium kiri dan dipam p**a ke ventrikel kiri.
🏵️ Kemudian, darah akan mengalir ke dalam aorta sebelum memulakan perjalanannya ke seluruh badan.
5. Saluran darah
🏵️ Saluran darah dalam badan manusia mempunyai struktur dan saiz yang berbeza mengikut fungsinya.
6. Arteri
🏵️ Darah yang penuh oksigen dipam melalui jantung melalui arteri.
🏵️ Arteri terbesar dalam badan manusia ialah aorta yang bersambung dengan jantung.
🏵️ Satu-satunya arteri yang menerima darah yang dipenuhi dengan karbon dioksida ialah arteri pulmonari yang menyambungkan jantung dan paru-paru.
7. Kapilari
🏵️ Arteri akan perlahan-lahan bercambah dan mengecil menjadi salur darah yang kecil, juga dikenali sebagai kapilari.
🏵️ Saiz kapilari sangat kecil. Hanya 1 sel darah sahaja yang boleh melaluinya dalam satu-satu masa.
🏵️ Pada waktu inilah, semua nutrien dan oksigen akan disalurkan pada sel.
🏵️ Malah, kapilari juga akan bersambung dengan vena. Jadi, bahan buangan daripada sel akan masuk ke dalam darah.
8. Vena
🏵️ Berbeza dengan salur darah lain, vena mempunyai injap yang berfungsi mengelakkan darah daripada mengalir ke arah yang salah.
🏵️ Vena bertugas membawa darah yang rendah oksigen dari badan ke jantung. Darah ini juga akan dihantar ke paru-paru untuk menerima oksigen sebelum ia dikitar semula dalam badan.
🏵️ Walau bagaimanapun, ada satu jenis vena iaitu vena pulmonari yang membawa darah penuh oksigen dari paru-paru ke jantung.
9. Tekanan darah
🏵️ Tekanan darah ialah jumlah tekanan di dalam sistem peredaran darah manusia ketika ia dipam ke seluruh badan.
🏵️ Tekanan darah hendaklah stabil dan dalam bacaan optimum bagi memastikan kita sentiasa sihat. Antara penyakit yang boleh muncul apabila tekanan darah menjadi tinggi adalah cardiovascular disease dan sindrom metabolik (Hipertensi, Aterosklerosis dan Penyakit Arteri Koroner, Serangan Jantung, Stroke, Masalah Kolesterol, Diabetes type 2, Dimentia, Cancer, PCOS dan Fatty Liver Disease).
Subhanallah.
Maha besar Allah.
Sekecil-kecil sel darah, hinggalah sebesar-besar jantung, banyak peranannya untuk menggerakkan jasad tubuh badan kita.
Marilah menjaganya, tubuh adalah amanah.
Tubuh yang sihat untuk menjalankan ibadah dengan sempurna.
(والله أعلمُ)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Tokoh kali ini adalah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan. Beliau adalah Bapa Ilmu Kimia Moden. Beliau dikenali dengan nama Geber atau Alchemist di barat.
Antara hasil usaha beliau dalam bidang kimia adalah :
- proses kristalisasi (crystalization)
- proses kalsinasi (calcination)
- proses sublimasi (sublimation)
- proses evaporasi (evaporation)
- proses sintesis asid (hydrochloric acid, nitric acid, citric acid, acetic acid, tartaric acid)
- proses distillasi (distillation) menggunakan alembic (Anbaiq)
- proses aqua regia untuk melarutkan emas
Masyaallah tabarakallahu
Hebatkan tokoh-tokoh Islam?
(والله أعلمُ)
بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
الحمدلله
Subhanallah.
Fakta Tentang Jantung Manusia dan Qolbu :
🫀 Jantung adalah organ tubuh yang terdiri dari jutaan otot2 yang mengepam darah ke seluruh tubuh.
🫀 Letaknya di dada kiri kita.
🫀 Secara umummnya, jantung manusia dewasa berdenyut 60-90 kali per minit, mengepam 4-7 liter darah setiap minit!
🫀 Manakala jantung kanak-kanak bawah lima tahun p**a berdenyut
🫀 Dianggarkan, selama 24 jam, jantung dewasa berdenyut 86 400 kali! Masyaallah.
🫀 Selama 63+ tahun p**a, jantung dianggarkan berdenyut sebanyak 2 billion (2,000,000,000) kali!
🫀 Setiap denyutan jantung berbunyi seolah "Lup- Dup, Lup- Dup", seolah berzikir kepada yang maha kuasa ArRahman ArRahim, dengan "Alllah, Allah"
Tentang Qolbu :
AlQuran 96:2
خَلَقَ الإنْسَانَ مِنْ عَلَق
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
💖 Dalam bahasa arab, jantung dipanggil Qolbu قَلْب
💖 Qalb merupakan suatu anugerah Allah swt. yang diberikan kepada manusia yang mempunyai kedudukan dan fungsi yang sangat penting dan utama, sebab qalb berfungsi sebagai penggerak dan pengontrol anggota tubuh lainnya.
💖 Qalb adalah salah satu aspek terdalam dalam jiwa manusia yang senantiasa menilai benar salahnya perasaan, niat, angan-angan, pemikiran, hasrat, sikap dan tindakan seseorang, terutama dirinya sendiri.
💖 Tempat untuk memahami dan mengendalikan diri itu ada dalam qalb. Qalbu-lah yang menunjukkan watak dan jati diri yang sebenarnya.
💖 Al-Qur’an juga memberikan ketegasan tentang keharusan mempergunakan al-qalb untuk merasakan dan menghayati, untuk meningkatkan kualiti jati diri seseorang.
Sebagaimana firman Allah swt dalam QS al-Hadid/57: 16.
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آَمَنُوا أَنْ تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُونَ
Terjemahnya:
“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka), dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka menjadi orang orang fasik”
Ayat ini menegaskan betapa pentingnya mempergunakan daya al-qalb untuk merasa dan menghayati sesuatu.
💖 Salah satu cara untuk meningkatkan daya rasa al-qalb yang diharuskan oleh al-Qur’an adalah berzikir, seseorang akan menemukan ketenangan batin dan merasa dekat dengan Allah swt. Dengan merasa dekat kepada Allah swt. jiwa akan tenang dan sentiasa dia bawah kawalan.
(والله أعلمُ)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
84000
Opening Hours
Monday | 09:00 - 17:00 |
Tuesday | 09:00 - 17:00 |
Wednesday | 09:00 - 17:00 |
Thursday | 09:00 - 17:00 |
Sunday | 09:00 - 17:00 |
Kg. Kenangan Tun Drive Ismail 1
Muar, 84000
SEKOLAH AGAMA TUN DR. ISMAIL MUAR Tarikh Ditubuhkan : 17 Mac 1974 Sempena Pesta Pembangunan Negeri Johor Kali Pertama..... Pihak sekolah tidak bertanggung jawab di atas segal...
No20A, Tingkat 1, Bangunan Kogaj, Jalan Othman
Muar, 84000
kelas bahasa arab Muar tahun 4,5,6 UPKK,SDEA
UTHM Kampus Pagoh, Hab Pendidikan Tinggi, KM1, Jalan Panchor
Muar, 84600
Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh
Muar, 84000
tabika perpaduan Jalan Daud untuk kanak-kanak berumur 4tahun hingga 6tahun
SMKA Maahad Muar
Muar, 84000
Page Halaqah Al-Bukhari SMKA Maahad Muar Tahfiz Model Ulul Albab
JKR 242, Jalan Arab
Muar, 84000
Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Muar.
No. 42, Tingkat 1, Jalan Gemilang Bakri 1, Pusat Komersial Gemilang Bakri
Muar, 84200
KUMON PKGB MUAR OPEN FOR REGISTRATION NOW. PLEASE CONTACT 0122996978