Madrasah Tahfiz Al Mizan Muar

Madrasah Tahfiz Al Mizan Muar

You may also like

Taman Hafiz Indonesia
Taman Hafiz Indonesia

PAGE RASMI MADRASAH TAHFIZ AL-MIZAN MUAR, JOHOR.

Photos from Madrasah Tahfiz Al Mizan Muar's post 24/06/2024

Rombongan Dato Hj Mahmod Bin Hj Kadir Sekeluarga pada 23 Jun 2024.
*Kami mengucapkan terima kasih atas Kunjung Ziarah ini*

09/06/2024
BACAAN YASIN DAN TAHLIL 08/06/2024

BACAAN YASIN DAN TAHLIL BUAT KELUARGA NAZIRAH , BATU 2, JALAN BAKRI MUAR

BACAAN YASIN DAN TAHLIL KELUARGA NAZARIAH JALAN BAKRI BATU 2, MUARSEMOGA ALLAH TERIMA DAN MASUKKAN ALLAHYARHAM DAN ALLAHYARHAMAH DIKALANGAN ORANG BERIMAN LAGI SOLEH

WIRID KHAUJAKAN 29/05/2024

WIRID KHAUJAKAN OLEH PELAJAR MADRASAH TAHFIZ ALMIZAN MUAR

WIRID KHAUJAKAN MADRASAH TAHFIZ ALMIZAN MUAR

YASIN DAN TAHLIL 05/05/2024

https://www.youtube.com/live/q91cU-gV7mw?si=gg4VQQq5yxf2FmOD

YASIN DAN TAHLIL MADRASAH TA HFIZ ALMIZAN MUAR UNTUK SEMUA PEWAQAF DAN PEMYUMBANG MADRASAH

17/04/2024

"TUKANG MASAK"
DIPERLUKAN
018 667 7740

10/04/2024

*Pesanan Dakwah 1 Syawal 1445H*

*MAAF (1)*

Tidak ada kata yang sering kita ucapkan di hari yang Fitri ini kecuali *MAAF*. Maafkanlah hamba-Mu ini ya Allah yang masih banyak lalai dalam ketaatan kepada-Mu. Maafkanlah aku, wahai istri dan anak-anakku, karena belum mampu menjadi yang terbaik seperti Rasulullah. Maafkanlah saya wahai para kerabat dan sahabatku, karena diri ni sangat lemah dan jauh dari kesempurnaan.

Meminta *MAAF* adalah ajaran Islam yang sangat indah. Mungkin terindah dari ciptaan Allah di alam semesta ini. Tidak sedikit masalah yang selesai hanya dengan kalimat "Mohon MAAF, saya salah." Konflik yang berkepanjangan antar sesama manusia kadang karena ketiadaan kemauan untuk meminta *MAAF.* Diperlukan kebersihan hati dan keikhlasan yang tinggi untuk mengucapkannya. Namun, Allah menyiapkan pahala yang besar.

Allah menginginkan semua makhluknya hidup damai dan berkasih sayang. Meminta maaf memiliki derajat yang tinggi di sisi Allah. Ada wujud hati yang bersih dan dada yang lapang. Ada rasa cinta kepada sesama saudara dan menerima segala keterbatasan dan kekhilafan. Manusia memang tempat segala kesalahan. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

"Jika kamu menyatakan sesuatu kebajikan, menyembunyikannya, atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sungguh, Allah Maha Pemaaf, Maha Kuasa." (QS. An-Nisa' 4: Ayat 149)

*MAAFKAN SAUDARAMU SEBAGAIMANA ENGKAU MENGHARAPKAN MAAF DARI-NYA.*

*Selamat Hari Raya Idul Fitri 1445H*
*Mohn Maaf Lahir dan Batin.*

Ratib Al Attas 06/04/2024

https://www.youtube.com/live/6MXabiZpBco?si=8THafgCwr5aYn9qk

Ratib Al Attas Madrasah Tahfiz Al Mizan MuarSemoga Hjh Rahmah Bt Ismail diberikan kesihatan, aamiin

Tahlil 03/04/2024

Tahlil oleh Madrasah Tahfiz AlMizan Madrasah Tahfiz Al Mizan Muar

Tahlil Pelajar Madrasah Tahfiz AlMizan Muar

02/04/2024

INFAQ RAMADHAN

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Assalamualaikum WBT, Madrasah Tahfiz Al Mizan Muar amat berbesar hati serta mengalu-alukan anda semua berinfaq sempena bulan Ramadhan ini bagi menampung perbelanjaan juadah berbuka puasa dan kos aktiviti yang dijalankan untuk anak-anak tahfiz kami.

Semoga Ramadan anda kali ini lebih baik daripada daripada tahun-tahun sebelumnya. Limpahan Rahmat Allah Kepada Mereka Yang Sedekah & Infaq di Bulan Ramadhan. Aamiin Insya Allah.

Sumbangan boleh dilakukan melalui :

https://toyyibpay.com/SUMBANGAN-TAHFIZ-AL-MIZAN-MUAR

Atau

551043552324
(MAYBANK ISLAMIC BERHAD)
MADRASAH TAHFIZ AL MIZAN MUAR

0176922317 (USTAZ SHAM)

01/04/2024

الإعجاز العددي في سورة( القدر)
إنا. ١
أنزلناه ٢
في. ٣
ليلة. ٤
القدر. ٥
وما. ٦
ادراك ٧
ما. ٨
ليلة. ٩
القدر. ١٠
ليلة. ١١
القدر. ١٢
خير. ١٣
من. ١٤
ألف. ١٥
شهر. ١٦
تنزل. ١٧
الملائكة. ١٨
والروح. ١٩
فيها. ٢٠
بإذن. ٢١
ربهم. ٢٢
من. ٢٣
كل. ٢٤
أمر. ٢٥
سلام. ٢٦
هي. ٢٧
حتى. ٢٨
مطلع. ٢٩
الفجر. ٣٠
تأملوا عدد كلمات سورة القدر ٣٠ كلمة بعدد أجزاء القرآن

وعدد حروفها ١١٤ حرف بعدد سور القرآن الكريم

وكلمة( هي) في السور رقمها ٢٧ إشارة إلى أن ليلة القدر هي ليلة ٢٧ من شهر رمضان

كلمة (القدر) تكررت في السورة في الأرقام ٥-١٠-١٢
لوجمعت. ٥+١٠+١٢ = ٢٧والله اعلم

Wirid Khaujakan 31/03/2024

MajlisWirid Khaujakan Oleh Ahli Madrasah Tahfiz AlMizan Madrasah Tahfiz Al Mizan Muar

Wirid Khaujakan Madrasah Tahfiz AlMizan Muar

Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil 30/03/2024

Majlis Berbuka puasa bersama Ibu Bapa

Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil Madrasah Tahfiz AlMizan Muar

28/03/2024

NOTA RINGKAS NUZUL QUR'AN

PENGERTIAN NUZUL :
Erti Nuzul : sampai, tiba atau menetap (surah mukminun : ayat 29)
Boleh diertikan juga : sesuatu dari atas turun ke bawah (surah ar Ra'd : ayat 17)

PERINGKAT PENURUNAN :

Terdapat khilaf kalangan para ulama' :
a) 3 peringkat : dari Allah SWT ke Luh Mahfuz, dari luh mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia), dari baitul izzah kepada baginda Nabi SAW

b) 2 peringkat : 2 peringkat : dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia, dari langit dunia kepada baginda Nabi SAW. Pendapat Ibn Abbas r.a dan majoriti.

c) 1 peringkat : dari Luh Mahfuz pada malam Lailatul Qadar bermula turun al Quran sedikit-sedikit terus kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Pendapat Sya'bi Tabi'i & Sheikh Muhammad Abduh r.h.

DIMANA LETAKNYA AL QURAN SEBELUM DITURUNKAN ?

Al Qur'an Kalam Suci Allah SWT terpelihara dan terjaga di Luh Mahfuz atau Kitab al Maknun. (Surah al Buruj : ayat 21-22) dan (surah al Waqiah : ayat 77-80)

APAKAH QUR'AN DITURUNKAN SEBELUM KENABIAN ATAU SELEPAS KENABIAN NABI MUHAMMAD SAW ?

Berlaku khilaf kalangan para ulama' :
a) ada menyebutkan sebelum kenabian lagi yakni sebelum Nabi Muhammad SAW diutus menjadi Nabi
b) selepas kenabian baginda saw pada tahun ke 41 waktu usia baginda saw atau dikatakan pada usia baginda 17 tahun 2 bulan
c) bertawaqquf yakni tidak menetapkan kerana tiada dalil yg sahih menyebutkan hal ini.

BAGAIMANA AL QUR'AN ITU DITURUNKAN?

A) JUMALI الجملي
B) MUFARRAQ ATAU MUNAJJAM المفرق /المنجم

Al Jumali : maksudnya diturunkan al Qur'an dari Luh Mahfuz ke langit dunia Baitul Izzah secara sekaligus yakni sebuah kitab al Qur'an 30 juz pada satu malam iaitu malam Lailatul Qadar yg dibawa oleh Malaikat Jibril a.s bersama malaikat Safarah al Kiram al Bararah.

Dalil :
-Surah al Qadr : ayat 1/ Dukhan : ayat 3/ Baqarah : ayat 185
-Hadis riwayat Nasaie, al Hakim dalam Mustadrak, dan al Baihaqi secara mauquf dari Abdullah Ibn Abbas r.a yang menyebutkan al Qur'an diturunkan secara sekaligus dari luh mahfuz ke langit dunia pada satu malam.

Terdapat pendapat yang menyebutkan : Al Qur'an diturunkan ke langit dunia iaitu Baitul Izzah pada malam Lailatul Qadar selama 20 kali atau 23 kali atau 25 kali malam Lailatul Qadar pada setiap tahun bulan Ramadan sehinggalah baginda menerima wahyu pertama dari al Qur'an. Ini adalah pendapat Muqatil Ibn Hayyan (149H) dan imam al Mawardi r.h.

APAKAH BENTUK AL QUR'AN YANG DITERIMA OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S DAN BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW ?

Malaikat Jibril a.s menerima al Qur'an secara mendengar dari Allah SWT dengan suara dan huruf dari kalam Allah SWT yg suci dan bukan makhluk itu. Kemudian malaikat Jibril a.s memelihara dan menjaganya sehingga menyampaikan al Qur'an kepada hati baginda Nabi SAW secara lafaz dan maknanya sepertimana yang beliau dengarkan dari Allah SWT. Dalam erti kata yang lain, ada pendapat yg mengatakan lafaz yg diterima malaikat Jibril a.s adalah lafaz bahasa Arab sepertimana yg disampaikan kepada baginda Nabi SAW kerana al Qur'an itu diturunkan di dalam bahasa Arab (surah Asy-Syuara' : ayat 193-195/ surah an Nahl : ayat 102)

HIKMAH DITURUNKAN SEKALIGUS (AL JUMALI) KE BAITUL IZZAH LANGIT DUNIA :

Berkata imam Badruddin al Zarkasyi dan Abu Syamah al Maqdisi;
a) Membesarkan serta mengagungkan kemuliaan al Qur'an, kemuliaan Rasul yg terakhir yang menerimanya dan Umat yang akan mempelajarinya dengan memaklumkan pada seluruh penduduk-penduduk di langit dan di bumi akan hal kemuliaan itu

b) melebihkan al Qur'an dan baginda Nabi SAW kerana cara penurunannya 2 peringkat berbeza dengan kitab-kitab Samawi yg lain hanya satu peringkat.

PENURUNAN AL QUR'AN SECARA BERPERINGKAT (MUFARRAQ & MUNAJJAM)

Dari Baitul Izzah langit dunia, malaikat Jibril a.s menurunkan kepada baginda Nabi SAW secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun atau 22 tahun 2 bulan 22 hari. Penurunan berperingkat ini kerana beberapa keutamaan dan keperluan :
a) menetapkan hati baginda Nabi SAW
b) menghiburkan hati Nabi SAW
c) memudahkan hafalan
d) memudahkan untuk faham dan beramal
e) mengikut peristiwa dan kejadian
f) tiada sebab tertentu atau khusus tapi sebagai hidayah dan petunjuk
g) menjawab persoalan yang terjadi
h) mensyariatkan syariat atau hukum yang baru
i) menetapkan hukum secara berperingkat
j) mencabar dan melemahkan orang kafir
k) membuktikan kemukjizatan dan kebenaran kerasulan baginda Nabi SAW

Dalilnya : Surah al Isra' : ayat 106/ Surah al Furqan : ayat 32

APA HARI DAN BULAN DITURUNKAN AL QUR'AN ?

Ulama' menyatakan al Qur'an diturunkan pada Hari Isnin. Berdasarkan hadis riwayat Muslim :
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ الِاثْنَيْنِ فَقَالَ : ( فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ )
Ada pun bulan turun al Qur'an adalah bulan Ramadhan pada malam Lailatul Qadar. Surah al Qadar : ayat 1/ surah al Baqarah : ayat 185.

PADA WAKTU BILAKAH AL QUR'AN DITURUNKAN DI BULAN RAMADHAN?

Terdapat pelbagai riwayat tentang hal ini ;
a) 17 Ramadhan = riwayat masyhur
b) 18 Ramadhan
c) 24 Ramadhan = riwayat Baihaqi, Musnad Ahmad & Tabrani. Menurut al Halimi & selainnya ia pada malam 25 Ramadan
d) 8 Rabiul Awwal
e) 18 Rabiul Awwal
f) 27 Rejab = riwayat Syiah

TEMPAT DITURUNKAN AL QUR'AN :

A) MEKAH atau disebut surah MAKKIYYAH : iaitu semua surah yang diturunkan sebelum hijrah sekalipun turun di selain mekah.

B) MADINAH atau disebut surah MADANIYYAH : iaitu semua surah yang diturunkan selepas hijrah sekalipun diturunkan di selain madinah.

BERAPA JUMLAH BILANGAN SURAH MAKKIYYAH & MADANIYYAH ?

A) Makkiyyah = 82 SURAH
B) Madaniyyah = 20 SURAH
C) KHILAF SAMADA TURUN MEKAH ATAU MADINAH = 12 SURAH

KADAR DAN JUMLAH AYAT ATAU SURAH YANG DITURUNKAN KEPADA NABI SAW ?

A) Satu Ayat : Surah al Maidah : ayat 3
B) Separuh Ayat : Surah al Baqarah : ayat 187 وَكُلُوا۟ وَٱشۡرَبُوا۟ حَتَّىٰ یَتَبَیَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَیۡطُ ٱلۡأَبۡیَضُ مِنَ ٱلۡخَیۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِۖ
C) Tidak sampai Separuh Ayat : Surah an Nisa' : ayat 95 غَیۡرُ أُو۟لِی ٱلضَّرَرِ
D) 5 Ayat : Surah al A'laq : ayat 1-5 / surah Ad Duha : ayat 1-5
E) 10 Ayat : Surah Mukminun : ayat 1-10 / kisah al Ifk : Surah an Nur : ayat 11-20
F) Surah Penuh : Surah al Fatihah, Surah Al An'am (dikatakan), Surah al Qadar & Surah al Falaq dan An Nas (al Muawwizatain).

APAKAH AYAT TERAWAL & AYAT TERAKHIR DITURUNKAN :

A) Surah al A'laq : Ayat 1-5. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Terakhir ayat :
A) Ayat Riba = pendapat Umar ibn Khattab dan Ibn Abbas r.anhuma. Surah al Baqarah : ayat 278.
B) Ayat hutang = pendapat Ibn Syihab. Surah al Baqarah : ayat 282
C) Surah Baqarah : ayat 281(pendapat majoriti ditarjihkan oleh Ibn Hajar al Asqalani)
D) Ayat Pusaka bagi Kalalah, Surah an Nisa' : ayat 176
E) Surah Tawbah : ayat 128. Pendapat Ubay ibn Ka'ab r.a
F) Surah al Maidah : ayat 3

SEMOGA BERMANFAAT

Tahlil Dan Selawat 28/03/2024

Majlis Tahlil Madrasah Tahfiz AlMizan Madrasah Tahfiz Al Mizan Muar

Tahlil Dan Selawat Pelajar Madrasah Tahfiz AlMizan Muar

Ratib AlAttas Dan Asmaul Husna 26/03/2024

Ratib AlAttas Bersama Pelajar Tahfiz AlMizan Muar

Ratib AlAttas Dan Asmaul Husna Pelajar Tahfiz AlMizan Muar

Wirid Khaujakan 25/03/2024

Wirid Khaujakan bersama pelajar Madrasah Tahfiz AlMizan Muar

Wirid Khaujakan Madrasah Tahfiz AlMizan Muar

Bacaan Yasin Dan Tahlil 22/03/2024

Tahlil Dan Ratib AlAttas

Bacaan Yasin Dan Tahlil Pelajar Tahfiz AlMizan membuat bacaan Yasin, Tahlil doa untuk Pewaqaf, Penyumbang dan Asnaf2

03/04/2023

Ratib AlAttas Dan Asmaul Husna

Photos from Tahfiz Almizan's post 27/03/2023

Bersama Berwaqaf membina kehidupan abadi

Want your school to be the top-listed School/college in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

RATIB & BENGKEL TAJWID SELASA ONLINE📌 PEMBIMBING :USTAZ SHAMSUDIN BIN ISMAILGURU KHAS AL-QURAN NEGERI JOHOR1️⃣ Tarikh  :...
RATIB @ BENGKIL TAJWID ONLINE
RATIB @ BENGKIL TAJWID ONLINE
TAHLIL PERDANA AKHIR RAMADHAN 1443H
RATIB @ BENGKIL TAJWID ONLINE
RATIB @ BENGKIL TAJWID ONLINE
RATIB @ BENGKIL TAJWID ONLINE
RATIB @ BENGKIL TAJWID ONLINE

Telephone

Website

Address

118, Lorong Bunga Ros, Jalan Daud
Muar
84000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 16:00

Other Education Websites in Muar (show all)
SEKOLAH AGAMA TUN DR ISMAIL SEKOLAH AGAMA TUN DR ISMAIL
Kg. Kenangan Tun Drive Ismail 1
Muar, 84000

SEKOLAH AGAMA TUN DR. ISMAIL MUAR Tarikh Ditubuhkan : 17 Mac 1974 Sempena Pesta Pembangunan Negeri Johor Kali Pertama..... Pihak sekolah tidak bertanggung jawab di atas segal...

Ta'allum muar Ta'allum muar
No20A, Tingkat 1, Bangunan Kogaj, Jalan Othman
Muar, 84000

kelas bahasa arab Muar tahun 4,5,6 UPKK,SDEA

KAFA At Tanwiriah Offical KAFA At Tanwiriah Offical
Parit Sri Jalan Abdul Rahman Parit Jawa
Muar, 84150

Page offical ini ditubuhkan untuk mencari dana pembangunan untuk mendirikan sebuah Sekolah Agama kafa

Ppmkcp - Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh Ppmkcp - Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh
UTHM Kampus Pagoh, Hab Pendidikan Tinggi, KM1, Jalan Panchor
Muar, 84600

Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh

Tabika Perpaduan Jalan Daud Tabika Perpaduan Jalan Daud
Muar, 84000

tabika perpaduan Jalan Daud untuk kanak-kanak berumur 4tahun hingga 6tahun

Halaqah Bukhari 2020 Halaqah Bukhari 2020
SMKA Maahad Muar
Muar, 84000

Page Halaqah Al-Bukhari SMKA Maahad Muar Tahfiz Model Ulul Albab

Sektor Pembangunan Murid PPD Muar Sektor Pembangunan Murid PPD Muar
JKR 242, Jalan Arab
Muar, 84000

Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Muar.

Pengajian Iqra' & Al-Quran Maq'adi Sidqi Pengajian Iqra' & Al-Quran Maq'adi Sidqi
HUB Pendidikan Pagoj
Muar, 84600

KUMON PKGB MUAR KUMON PKGB MUAR
No. 42, Tingkat 1, Jalan Gemilang Bakri 1, Pusat Komersial Gemilang Bakri
Muar, 84200

KUMON PKGB MUAR OPEN FOR REGISTRATION NOW. PLEASE CONTACT 0122996978

SMK P Sultan Abu Bakar SMK P Sultan Abu Bakar
Muar, 84000

Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah TS25 Kohort 6

Mdm selim Mdm selim
Muar, 84000

Sekolah Kebangsaan Temiang Rasmi Sekolah Kebangsaan Temiang Rasmi
KM6 Jalan Salleh
Muar, 84300