Ppmkcp - Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh
Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh
| 4 & 5 November 2024 | ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐)
Pada 4 & 5 November 2024, Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh (PPMKCP) telah menerima kunjungan daripada Politeknik Ungku Omar (PUO). Delegasi ini telah dibawa melawat ke beberapa makmal di bawah Kluster Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Multimedia (KTKEM)
Antara initipati kunjungan ini adalah dalam memberi keterangan tentang idea-idea susunan ruang amali dan sistem-sistem yang diwujudkan dalam makmal. Memberi maklumat inovasi terhadap integrasi rangkaian SCADA dan papan kawalan voltan rendah. Memperlihatkan pembangunan-pembangunan inovasi Internet of Things (IoT) dan lain-lain lagi.
Sebanyak 8 buah makmal telah dilawat. Makmal pengalatan & pengujian, Makmal elektronik kuasa, Makmal tenaga boleh diperbaharui, Makmal teknologi mesin & pemacu, Makmal teknologi pepasangan industri, Makmal teknologi automasi industri, Makmal teknologi kawalan industri dan Makmal pepasangan elektrik.
| 4 November 2024 | ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐-๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam (JTKA), Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) telah menjemput beberapa staf daripada Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh (PPMKCP) untuk turut serta di dalam aktiviti Bergotong Royong Bagi Persediaan Program KTP-CSR: Pembangunan Sistem Panel Penyulingan Lestari Melalui Cahaya Matahari Bagi Rawatan Air Bawah Tanah bertempat di Kampung Lama Orang Asli Leboh, Kangkar Senangar, Batu Pahat.
Aktiviti ini turut dihadiri oleh Ranhill SAJ Sdn. Bhd. dan Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Staf PPMKCP yang terlibat adalah Ts. Mohd Sufyan bin Abdullah, Tc. Hazri bin Mokhtar, Tc. Faizal Riza bin Kamian, Tc. Mudzaffar Syah bin Kamarudin dan Tc. Muhamad Khairul Fitri bin Sarimin.
| 26 Oktober โ 1 November 2024 | ๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐ ๐) @ ๐๐๐๐
26 Oktober โ 1 November 2024 - K-Youth Development Programme 2024 merupakan program anjuran Khazanah Nasional bersama rakan program Exzellent Profis Sdn. Bhd. dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Program ini merupakan program berbentuk latihan teknikal kepada para peserta yang terdiri daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dari seluruh semenanjung Malaysia.
Program ini telah dikendalikan oleh Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh (PPMKCP) yang diketuai oleh Pengarah PPMKCP iaitu YBhg. Prof. Dr. Abdul Mutalib bin Leman. Ia juga melibatkan 70 orang staf UTHM yang berperanan sebagai tenaga pengajar, fasilitator, pembantu fasilitator dan juga ahli jawatankuasa program.
Seramai 153 orang peserta telah mengikuti program ini. Para peserta dibahagikan beberapa Kump**an mengikut kursus. Antara kursus yang ditawarkan adalah Machine Tools Operation (MTO), Industrials Robotics & Programming (RBT), Data Analytic Using ANN (ANN) dan IOT Ecosystem (IOT).
Para peserta diberikan pendedahan melalui pembelajaran secara teori oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan seterusnya secara praktikal. Para peserta akan dinilai dan dikehendaki menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberikan bagi membolehkan mereka mendapat sijil selepas tamat kursus ini.
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ !
Semoga Deepavali tahun ini membawa kekayaan, kesihatan dan kebahagiaan kepada anda.
Ikhlas daripada,
Pengarah,
& Seluruh warga kerja,
Pejabat Pengurusan Makmal,
Kampus Cawangan Pagoh.
| 15 & 17 Oktober 2024 | ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ & ๐๐๐
Pada 15 dan 17 Oktober 2024, program Training of Trainers (ToT) telah diadakan di Makmal Gunasama Kimia 3 dan Makmal Gunasama Kimia 1. Program ini bertujuan untuk memberikan latihan khusus kepada para pensyarah dan penyelia makmal dalam persediaan menjalankan sesi amali bagi semester baharu. Training ini melibatkan subjek Chemistry Laboratory I (BWK10402) dan Chemistry Laboratory III (BWK20502), latihan ini berkaitan tentang pengendalian serta mengujilari peralatan makmal dan prosedur amali terkini.
Latihan ini diselaraskan oleh Dr. Mohammad Arif Budiman bin Pauzan dan Dr. Syazwan Hanani binti Meriam Suhaimy, yang berperanan memastikan bahawa setiap pensyarah dan penyelia makmal mendapat panduan yang jelas dan terperinci. Mereka menekankan aspek keselamatan serta efisiensi dalam pengurusan makmal, selari dengan keperluan amali semester yang akan datang.
Selain itu, latihan ini turut disokong oleh penyelia makmal berpengalaman, Pn. Norhafizam binti Mohamed Yusof dan En. Mohd Azman bin Sadikin, yang memastikan segala peralatan dan bahan amali berada dalam keadaan siap sedia. Program ini berjalan lancar dan berjaya mencapai objektifnya dalam mempersiapkan tenaga pengajar dan penyelia makmal untuk semester baharu.
| 17 Oktober 2024 | ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
Taklimat Keselamatan Makmal bagi pelajar Projek Sarjana Muda (PSM) sesi 2024/2025 sub kluster Fizik, Kimia, Matematik dan Statistik telah berjaya diadakan secara dalam talian. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Muhamad Muizzudin bin Azali, Pegawai Sains PPMCKP dan dihadiri oleh semua pelajar yang terdiri dari program BWA, BWQ dan BWC.
Program ini bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan keselamatan dan peraturan penggunaan makmal, serta tatacara permohonan untuk menggunakan kemudahan makmal sepanjang tempoh penyelidikan PSM mereka. Diharapkan para pelajar akan lebih bersedia dalam menguruskan keselamatan semasa menjalankan eksperimen di makmal.
| 15 - 17 Oktober 2024 | ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ (๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐)
Bertempat di Bengkel Teknologi Pembuatan Moden (2.E.1.004), Kluster Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Pengangkutan (KTKMP) telah dijalankan satu latihan bagi peralatan G1 iaitu Fanuc Injection Mould. Latihan yang berlangsung selama tiga hari ini telah menjemput pihak Syarikat dari industri luar yang berpengalaman untuk mengendalikan sesi latihan ini.
Beberapa orang pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) juga terlibat di dalam latihan ini, iaitu Ts. Dr. Khairu bin Kamarudin, Dr. Rahim bin Jamian, Ir. Ts. Dr. Aznizam bin Ahmad dan Ts. Haffidzudin bin Hehsan.
Staf Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh (PPMKCP) yang terlibat p**a adalah Ts. Dr. Shaiful Rizal bin Masrol, En. Muhammad Zaidi bin Jaafar, En. Zul Haffizi bin Mohd SIhat, En. Mohd Akmal Hakim bin Razak, En. Ahmad Syakir bin Mohamad Jamil dan Pn. Norsahidah binti Abdullah.
| 15 Oktober 2024 | ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
15 Oktober 2024 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima lawatan penilaian akreditasi (lanjutan) dari Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) untuk Program Teknologi Kejuruteraan.
Antara program yang dinilai adalah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Automasi Industri) dengan Kepujian (BND), Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi) dengan Kepujian (BNN), Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pengangkutan Rel dengan Kepujian (BNT) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DAM).
Lawatan akreditasi ini juga turut melawat makmal dibawah Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh (PPMKCP). Makmal yang di lawat adalah dari Sub Kluster Teknologi Kejuruteraan Kimia, Kluster Teknologi Kejuruteraan Awam dan Kimia (KTKAK).
Ts. Dr. Shaiful Rizal bin Masrol dan Ts. Mohd Sufyan bin Abdullah, Pengurus Makmal PPMKCP bersama penyelia-penyelia makmal juga turut bersama-sama membantu melancarkan lagi urusan lawatan akreditasi ini ke makmal.
| ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ค๐ฆ๐๐ฅ ๐๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ฐ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ ๐จ๐ก (๐๐๐๐๐๐) mengucapkkan setinggi-tinggi tahniah kepada PROF. Dr. Ahmad Jais bin Alimin (FKMP), PROF. Dr. Sh Salleh bin Sh Ahmad (FKMP), PROF. Dr. Nor Hazana binti Abdullah (FPTP), PROF. Ts. Dr. Mohd Fadzelly bin Abu Bakar (FAST), Prof. Dr. Mohamad Zaky bin Noh (FAST), PROF. Ir. Dr. Soon Chin Fhong (FKEE) & PROF. Ir. Dr. Fauziahanim binti Che Seman (FKEE), di atas kenaikan pangkat ke Profesor Gred VK7.
| 14 Oktober 2024 | ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐
Seramai 36 orang pelajar diiringi 3 orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Merlimau, Melaka telah mengadakan satu lawatan akademik ke Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh (PPMKCP).
Delegasi ini telah disambut mesra oleh staf-staf PPMKCP yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Abdul Mutalib bin Leman, Pengarah PPMKCP dan Ts. Hj. Maizul bin Ishak, Pengurus Makmal Kluster Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Multimedia (KTKEM).
Kunjungan ini telah dibawa melawat ke beberapa makmal di bawah KTKEM, antaranya adalah Makmal Teknologi Automasi Industri, Makmal Teknologi Kawalan Industri, Makmal Teknologi Multimedia dan Penyiaran, Makmal SAVA dan Makmal Grafik dan Animasi.
| 6 โ 10 Oktober 2024 | ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Menjadi amalan di Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh (PPMKCP) untuk memberikan Taklimat Keselamatan kepada para pelajar yang baharu pertama kali masuk ke dalam makmal atau bengkel. Taklimat ini kebiasaannya dilaksanakan pada hari pertama di minggu yang pertama sebelum bermula proses amali bermula di makmal.
Antara isi kandungan taklimat adalah merangkumi peraturan-peraturan am makmal, etika pemakaian, penggunaan alat pelindungan diri (PPE), alat bantu kecemasan, laluan kecemasan, tempat berkumpul kecemasan dan lain-lain lagi.
Selepas diberikan taklimat oleh penyelia makmal yang terlibat, para pelajar dikehendaki untuk membaca ikrar dan aku janji serta menandatangani borang kehadiran taklimat keselamatan bagi memastikan para pelajar faham dan jelas akan taklimat yang diberikan. Taklimat ini diadakan tidak lain tidak bukan adalah bagi memastikan keselamatan makmal dan para pelajar dalam keadaan yang baik.
| 6 โ 10 Oktober 2024 | ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
7 Oktober 2024 โ Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) di bawah Jabatan Teknologi Kejuruteraan Kimia (JTKK) telah mengadakan satu Training of Trainers (TOT) bersama Sub Kluster Teknologi Kejuruteraan Kimia, Kluster Teknologi Kejuruteraan Awam & Kimia (KTKAK), Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh (PPMKCP).
TOT yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti keadaan alat yang akan digunakan untuk amali dan perbincangan dua hala antara para pensyarah dan penyelia makmal sekiranya terdapat penambahbaikan bagi melancarkan amali untuk semester baharu ini.
Pensyarah dari FTK yang terlibat adalah Ts. Dr. Rama Yusvana, Dr. Elizah Binti Mohamed, Dr. Masrahayu binti Jalil, Ts. Dr. Alif Hisyam bin Abdul Razak, Encik Amir Haziq bin Abdul Razak, Dr. Mazatusziha binti Ahmad, Prof. Madya. Dr. Nadirul Hasraf Bin Mat Nayan, Dr. Mohd Haiqal Bin Abd Aziz dan Ts. Dr. Nor Faizah Binti Razali
Staf PPMKCP p**a Puan Nur Farrah Ain binti Sm Bakri, Ts Noor Aminadia binti Baharuddin, Encik Mohd Redzuan bin Md Nor, Puan Nurhasikin binti Tugiman, Encik Mohamad Zulhilmi bin Paiman dan Encik Muhammad Faizi bin Ibrahim.
| 3 Oktober 2024 | ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Pada 3 Oktober 2024, Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) telah mengadakan satu rundingan alatan teknologi dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) bersama pihak National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Encik Azreen Ajis bertempat Makmal Termodinamik. Pejabat Pengurusan Makmal Kampus Cawangan Pagoh (PPMKCP)
Beliau telah memberikan pendedahan dan demonstrasi berkenaan alat Wet Bulb Globe Temperature Thermal Comfort (WBGT) secara teori dan praktikal. Alat ini adalah untuk mengesan โheat stressโ dan โheat resistanceโ di kawasan tempat kerja.
Program rundingan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi kerjasama antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan NIOSH. Antara staf FTK yang terlibat adalah Encik Amir Haziq Bin Abdul Razak manakala staf PPMKCP yang turut serta adalah Puan Nur Farrah Ain binti Sm Bakri dan Puan Nurhasikin binti Tugiman.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
UTHM Kampus Pagoh, Hab Pendidikan Tinggi, KM1, Jalan Panchor
Muar
84600
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 03:30 |
Sunday | 08:00 - 17:00 |
No20A, Tingkat 1, Bangunan Kogaj, Jalan Othman
Muar, 84000
kelas bahasa arab Muar tahun 4,5,6 UPKK,SDEA
Parit Sri Jalan Abdul Rahman Parit Jawa
Muar, 84150
Page offical ini ditubuhkan untuk mencari dana pembangunan untuk mendirikan sebuah Sekolah Agama kafa
Muar, 84000
tabika perpaduan Jalan Daud untuk kanak-kanak berumur 4tahun hingga 6tahun
SMKA Maahad Muar
Muar, 84000
Page Halaqah Al-Bukhari SMKA Maahad Muar Tahfiz Model Ulul Albab
JKR 242, Jalan Arab
Muar, 84000
Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Muar.
No. 42, Tingkat 1, Jalan Gemilang Bakri 1, Pusat Komersial Gemilang Bakri
Muar, 84200
KUMON PKGB MUAR OPEN FOR REGISTRATION NOW. PLEASE CONTACT 0122996978
Muar, 84000
We Learn | We Play | We Construct | We Ask Question | We Teach | We Enjoy