Pertubuhan Kebajikan Millenial Muar

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Kebajikan Millenial Muar, Non-Governmental Organization (NGO), muar, Muar.

Pertubuhan Kebajikan Millenial Muar merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menjalankan aktiviti-aktiviti Kebajikan khususnya untuk golongan Millenial di Muar.

05/11/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

7 CIRI MUKMIN YANG TAKUT KEPADA ALLAH

1. Menjaga Lisan [ucapannya], baik dari berkata kotor maupun dari perkataan bohong.

2. Menjaga hatinya, agar tidak timbul rasa permusuhan, hasut, dengki dan lain sebagainya.

3. Menjaga pandangannya dari hal yang dilarang dalam agama

4. Menjaga perutnya, agar tidak makan yang diharamkan

5. Menjaga tangannya, agar tidak mencuri atau berbuat hal yang tercela dalam agama

6. Menjaga kakinya, agar tidak digunakan untuk berjalan kejalan maksiat

7. Menjaga ketaatannya, maksudnya menggunakan sikap taat tersebut semata-mata untuk Allah subhanahu wa ta'ala.

(al-Faqih Abu al-Laist)

03/11/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Amalan Hati

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : إِنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَ أَمْوَالِكُمْ وَ لَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَ أَعْمَالِكُمْ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata: Nabi SAW telah bersabda: ”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kalian, juga tidak kepada harta kalian, akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amal kalian”. (HR Muslim No: 2564).
Status Hadis Sahih

24/10/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Bersyukur Atas Nikmat

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا نَظَرَ أَحَدُكُمْ إِلَى مَنْ فُضِّلَ عَلَيْهِ فِي الْمَالِ وَالْخَلْقِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْهُ.

Daripada Abu Hurairah RA daripada Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu melihat kepada seseorang yang diberikan kelebihan pada harta dan bentuk tubuh, maka hendaklah dia melihat kepada seseorang yang lebih rendah (atau kurang) daripadanya.” (HR Bukhari No: 6490).
Status: Hadis Sahih

23/10/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

DOA YANG DIAJAR NABI SAW DI WAKTU PAGI :

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا،
وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

Allahumma inni as aluka ‘ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa

“ Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.”

~ HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah ~

22/10/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Tak rugi pun buat baik selalu. Allah baik dengan kita setiap masa. Jangan la kita berkira nak buat baik dengan orang lain 🥰

21/10/2024

Assalamualaikum wbt & salam pagi Isnin🥰

Jangan risaukan perkara yang di luar kawalan kita, fokuslah pada apa yang mampu kita ubah dan cipta!

20/10/2024

Cara Allah menyayangimu terkadang bukan dengan segera memberimu kesembuhan, Tapi dengan cara tetap memberimu sakit, Sebab Allah ingin menghapus dosa-dosamu.

Cara Allah menyayangimu terkadang bukan dengan cara memberimu kebahagiaan dan kenyamanan, Tapi dengan memberimu berbagai musibah dan ujian, Sebab Allah ingin meninggikan darjatmu kelak di syurga.

Cara Allah menyayangimu terkadang bukan dengan cara mengabulkan apa yang engkau inginkan, Tapi dengan menunda doamu atau menggantikan sesuatu yg lebih baik lainnya, Sebab Allah tahu bahawa ada bahaya disebalik yg kau minta.

Maka bersabar dan berbaik sangkalah pada-Nya dalam setiap doamu.

Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Tidaklah seorang muslim memanjatkan do’a pada Allah selama tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturrahim (antara kerabat) melainkan Allah akan beri padanya tiga hal:

1. Allah akan segera mengabulkan do’anya,
2. Allah akan menyimpannya baginya di akhirat kelak,
3. Dan Allah akan menghindarkan darinya keburukan yang semisal.

Para sahabat lantas mengatakan, “Kalau begitu kami akan memperbanyak berdo’a.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Allah nanti yang memperbanyak mengabulkan do’a-do’a kalian.”
(HR. Ahmad 3/18, dari Abu Sa’id; darjat hasan)

17/10/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Dah Selawat ke belum harini ?

Rasulullah ﷺ bersabda

"Orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" (HR. Tirmidzi; hasan)

Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

1) Berasa lebih mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

2) Menjadi zakat dan pembersih diri.

3) Menjadikan sebab doa diterima oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

4) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.

5) Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing masing.

6) Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.

7) Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.

8) Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sudah wafat.

Wallahu A'lam.

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﻭَﺻَﺤْﺒِﻪِ ﻭَﺳﻠِّﻢ

14/10/2024

MINTALAH REZEKI HARIAN

Umar Bin Al Khattab Radiyallahu anhu berkata :

كونوا أوعية الكتاب و ينابيع العلم وسلوا الله رزق يوم بيوم

Jadilah seperti wadah yang menampung kitab suci Al Qur'an, sumber-sumber ilmu
Mintalah rezeki kepada Allah sehari demi sehari

Az Zuhud hal 102 karya Imam Ahmad

Mengapa beliau menganjurkan kita meminta rezeki perhari tidak sekaligus?

Kerana seorang manusia biasanya bila segala keperluan hidupnya tercukupi ia akan berhenti meminta kepada Allah

Bila ia berhenti meminta pada-Nya maka ia semakin malas menyembah dan beribadah

Sungguh beruntung mereka yang rezekinya harian, selalu meminta pada Tuhannya tak pernah berhenti dan menyerah

10/10/2024

Dunia Ini Hanya Tiga Hari..

Hari Semalam: Ia sudah berlalu, dan tiada apa yang mampu kita ubah. Namun, daripada setiap kesilapan dan kenangan, kita belajar. Semalam juga mengingatkan kita tentang betapa singkatnya masa

Hari Ini: Inilah peluang sebenar yang kita miliki. Detik ini adalah satu-satunya masa untuk kita melakukan kebaikan, mengubah diri, dan memberi makna kepada hidup.

Hari Esok: Ia penuh dengan ketidakpastian. Kita tidak tahu jika esok akan hadir. Kita hanya mampu merancang, namun tidak berkuasa menentukan.

Setiap hari adalah hadiah, peluang untuk bangkit, memperbaiki diri, dan meninggalkan jejak kebaikan.

Jangan biarkan masa berlalu tanpa makna. Hidup ini lebih singkat daripada yang kita jangkakan. Hidup ini terlalu berharga untuk ditangguhkan. Kita tidak akan memiliki hari ini lagi.

Hargai setiap detik dengan sepenuh hati, kerana kita hanya mempunyai hari ini.

07/10/2024

Bersyukur sentiasa dan jangan sesekali kufur dengan segala nikmat yang Allah bagi ❤

06/10/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Doa Ketika Hujan

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالْآجَامِ وَالظُّرَابِ وَالْأَوْدِيَّةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ.

Ertinya: Ya Allah, jadikanlah hujan ini sebagai nikmat bagi kami, bukan sebagai siksa atas kami.Ya Allah, berikanlah hujan ke dataran tinggi, gunung, anak bukit, lembah dan tempat-tempat tumbuhnya pepohonan.

03/10/2024

Pernah tak rasa sakit sangat dengan beban2 yang ada. Rasa nak lepaskan ja kan semuanya.

Amal doa ni supaya Allah jauhkan kita dari beban2 yang tak mampu kita tanggung.

Tapi saat Allah uji, ingatlah Allah tak uji kita melainkan apa yang kita mampu.

02/10/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

𝗟𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗞𝗔𝗣 𝗘𝗚𝗢

Firman Allah SWT dalam Surah Luqman ayat 18 yang bermaksud : "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak s**a kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."

Sikap ego dan sombong tidak membawa kebaikan, malah merosakkan hubungan kita dengan manusia dan menjauhkan rahmat Allah SWT.

01/10/2024

Semakin hari semakin tinggi ujian buat kita semua. Semakin canggih zaman semakin banyak ujian.

Nak berubah tak susah, yang susahnya nak istiqamah. Tak lain tak bukan memang kena selalu berharap dan doa kepada Allah supaya pimpin hati kita untuk kekal istiqamah sampai hujung nyawa.

30/09/2024

5 PERKARA KITA KENA BUAT UNTUK HADAP UJIAN KEHIDUPAN.

1. Belajar bersabar walaupun kita tak kuat.

2. Belajar memahami walaupun setiap orang berbeza.

3. Tetap bangkit walaupun banyak kali jatuh.

4. Latih hati untuk menerima walaupun sedang kecewa.

5. Cuba memaafkan walaupun s**ar dan pedih.

Begitulah kehidupan, banyak benda yang kita tak nak hadap, tapi kita tetap kena hadapinya.

Selagi kita hidup, ujian takkan pernah habis.

Tiada jalan lain selain dari kita berdamai dengan segala takdir.

29/09/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

𝗠𝗘𝗠𝗘𝗟𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗨𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧𝗔𝗡

Allah SWT mengingatkan kita dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud : “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”

Sebagai hamba-Nya, kita dianjurkan memohon perlindungan dari segala bahaya. Mari amalkan Doa Mohon Keselamatan ini:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

26/09/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Jangan lupa setiap kali lepas solat untuk sentiasa puji Allah SWT. Hidup tanpa Allah sakit sebenarnya, tak ada arah tuju.

Allah sentiasa jaga dan bagi kita macam2 nikmat. Doa selalu moga bertambah keberkatan dalam hidup kita ❤

25/09/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

6 NASIHAT UMAR IBN KHATTAB r.a KEPADA KITA

1. Jika engkau menemukan keburukan pada seseorang dan kamu ingin mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana keburukanmu lebih banyak darinya.

2. Jika engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah perutmu dahulu. Kerana tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

3. Jika engkau ingin memuji seseorang, maka pujilah Allah SWT. Kerana tidak seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain Allah SWT.

4. Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia. Kerana ketika engkau meninggalkannya, itu bererti engkau terpuji.

5. Jika engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana jika engkau tidak bersiap untuk mati, maka engkau akan menderita, rugi, dan penuh penyesalan.

6. Jika engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah akhirat. Kerana engkau tidak akan memperolehnya kecuali dengan mencarinya.

23/09/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Impian semua orang di akhirat nanti kan?

Moga Allah kurniakan kita semua syafaat baginda
Rasulullah SAW 🥰

22/09/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Al-Quran dan Sunnah Panduan Hidup Diredhai

عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi "
(Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih

19/09/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi😊

Keutamaan Orang Berselawat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُ النَّاسِ عَلَيَّ صَلاةً

Daripada Abdullah Bin Masoud berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling utama bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.
(HR at-Tabrani No: 9679)
Status: Hadis Sahih

18/09/2024

Macam mana nak cinta kepada Rasulullah? Buat semua ni dan yang paling penting jangan lupa untuk selawat setiap hari 😊

Photos from Pertubuhan Kebajikan Millenial Muar's post 17/09/2024

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟒 🕌

۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِسَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah SWT akan berselawat ke atasnya 10 kali.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Salam Maulidur Rasul diucapkan kepada semua umat Islam.

Semoga hari yang mulia ini membawa keberkatan dan memperkuatkan lagi kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ.

Marilah kita menghayati sunnah baginda, memperbaiki akhlak, serta memperkukuh ukhuwah demi kesejahteraan bersama.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Muar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi😊Jom perbanyakkan berzikir di pagi hari.𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐀𝐂𝐀 𝐙𝐈𝐊𝐈𝐑 "𝐋𝐀 𝐇𝐀𝐖𝐋𝐀 𝐖𝐀 𝐋𝐀 𝐐...
Assalamualaikum dan selamat pagi😊Fadhilat Berzikir.Beberapa kelebihan berzikir antaranya :1 - Zikir menjauhkan syaitan d...
Assalamualaikum dan selamat pagi😊Dah Selawat ke belum harini ? Rasulullah ﷺ bersabda"Orang yang paling dekat denganku di...
Assalamualaikum dan selamat pagi😊Awali Tahun Baru 2024 dengan ucapan Alhamdulillah atas segala nikmatNYA. Semoga setiap ...
Assalamualaikum dan selamat pagi😊Orang yang bersyukur adalah orang yang berterima kasih dengan Allah dan orang yang bers...
Assalamualaikum dan selamat pagi😊Dah Selawat ke belum harini ? Rasulullah ﷺ bersabda"Orang yang paling dekat denganku di...
Assalamualaikum dan selamat pagi😊Dah Selawat ke belum harini ? Rasulullah ﷺ bersabda"Orang yang paling dekat denganku di...
Assalamualaikum wbt.Apa khabar & selamat pagi😊😊Moga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.#Me...
Assalamualaikum wbt.Apa khabar & selamat pagi😊😊Moga dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.#Me...
Assalamualaikum wbt.Apa khabar & selamat pagi🌹🌹Jom amalkan doa ini supaya dimurahkan rezeki, mendapat ilmu & amalan dite...
Assalamualaikum dan selamat pagi😊ZIKIR LAILAHAILLALLAH✨."Hanya dengan mengingati Allah, hati akan tenang".اللّهُمَّ صَلّ...
Alhamdulillah, sebahagian sumbangan foodbank ini kami agihkan untuk cawangan foodbank kami di Jalan Daud.Terima kasih ke...

Website

Address


Muar
Muar
84000

Other Non-Governmental Organizations (NGOs) in Muar (show all)
Persatuan Pembanggunan Usahawan Muafakat Muar Persatuan Pembanggunan Usahawan Muafakat Muar
Muar, 84000

SILATURRAHIM MEMBINA UMMAH, MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

Persatuan Permuafakatan Dan  Kesejahteraan Komuniti Muar Persatuan Permuafakatan Dan Kesejahteraan Komuniti Muar
81, Tingkat Satu, Jalan Pesta 1/3, Tmn Tun Drive Ismail
Muar, 84000

Daftar Pertubuhan-NGO Daftar Pertubuhan-NGO
NO 3, Jalan BESAR PAGOH
Muar

Tak tahu bagaimana nak daftar persatuan? jom saya bantu

Persatuan Penggiat Tari dan Muzik Tradisi Muar Johor Persatuan Penggiat Tari dan Muzik Tradisi Muar Johor
Muar, 84150

Menyatupadukan dan menjalin kerjasama dengan semua penggiat seni budaya di Muar

慈悲爱心结缘基金会 Merit Charity Muar Johor 慈悲爱心结缘基金会 Merit Charity Muar Johor
731 Jalan Hang J***t, , Taman Khalidi Baru
Muar, 84000

《慈悲爱心结缘基金会》是坐落予麻坡县内一所非盈利,非政府的慈善机构。所有理事与义工皆属无薪金制也无任何津贴补助。本会提供: 免费教育,中医治疗,素食,义剪,心灵辅导,济贫,施棺,健康舞蹈与乐龄活动。

SidanG RakyAt Muo Bakri SidanG RakyAt Muo Bakri
Muar

membicarakan isu-isu masyarakat tempatan, masalah berkaitan kesejahteraan awam,tempat masyarakat bakri dan muo memberi pandangan dan idea dlm pelbagai isu tempatan untuk meningkatk...

Persatuan Penternak Panchor PPPNJ Persatuan Penternak Panchor PPPNJ
Jalan Maidin Kg Semaseh Panchor
Muar, 84500

KPAPNJ Adalah Persatuan Yg Menjalankan Aktivit Ternakan Fokus Utama Adalah Arnab Pedaging.Masih Baru

Pertubuhan Alumni 4B Parlimen MUAR Pertubuhan Alumni 4B Parlimen MUAR
Muar

Kukuhkan Perpaduan Eratkan Hubungan

Muar说唱厂牌 Muar说唱厂牌
Muar, 84000

每日更新麻坡新冠肺炎情况 欢迎follow,like和share

Pertubuhan Amal Bersatu Malaysia Johor Pertubuhan Amal Bersatu Malaysia Johor
Muar

Pertubuhan Kebajikan Jaringan Amal Bersatu Malaysia

Persatuan Nelayan Kawasan Muar Persatuan Nelayan Kawasan Muar
Persatuan Nelayan Kawasan Muar, Km 7. 2 Jalan Abdul Rahman Muar
Muar, 84000

PNK Muar